protim

Upload: hema

Post on 07-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Jemaah Nazir Sekolah dengan kerjasama JPN dan PPD mengadakan Program PROTIM iaitu suatu ujian diagnostik yang dikendalikan untuk murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira untuk pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 bagi memastikan murid-murid Tahap 2 boleh menguasai kemahiran 3M yang kukuh sebelum melangkah ke peringkat Sekolah Menengah.

Program PROTIM terbahagia dua iaitu program PROTIM Bahasa Melayu yang dikhususkan kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis asas yang menjadi fokus dalam KBSR dan program PROTIM Matematik untuk kemahiran mengira. PROTIM adalah sebahagian daripada sejarah hidup Program PEMULIHAN. PROTIM mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan PEMULIHAN.

Praujian dan Pascaujian PROTIM dijalankan bagi tujuan mengesan daerah kekuatan dan kelemahan serta tahap literasi bacaan dan tulisan serta pencapaian murid. Murid yang gagal mencapai sekurang-kurangnya 90 daripada 100 markah akan terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.

Pelaksanaannya perlu dijalankan dalam waktu Matematik dan Bahasa Melayu mengikut budi bicara pentadbir sekolah. Pengubahsuaian jadual waktu boleh dilakukan untuk memastikan pelaksanaanya tercapai. Pemantauan perlu dilaksanakan oleh pihak pentadbir bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan.

Guru-guru Matematik dan Bahasa Melayu juga dikehendaki memanfaatkan penggunaan Modul PROTIM yang sedia ada di sekolah masing-masing dengan sebaik mungkin. Bagi melancarkan pelaksanaan program disediakan juga Carta Alir Program PROTIM untuk makluman dan tindakan pihak sekolah. Guru matapelajaran dikehendaki mematuhi pelaksanaan Pra Ujian dan Pasca Ujian protim Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 agar data ujian tersebut dapat dihantar kepada pihak bertanggungjawab mengikut masa yang telah ditetapkan.

Praujian dan Pascaujian terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A - Kemahiran Membaca Bahagian B - Kemahiran MenulisKandungan dan Pelaksanaan Praujian dan Pascaujian Kemahiran Membaca dan Menulis1. Bahagian A mengandungi 12 soalan.2. Jumlah keseluruhan markah kemahiran membaca ialah 100. 3. Bahagian B mengandungi 17 soalan.4. Jumlah keseluruhan markah kemahiran menulis ialah 100. 5. Praujian dan Pascaujian dijalankan secara individu.6. Ujian perlu dijalankan dengan adil dan tegas.7. Bagi ujian kemahiran membaca, bacaan murid yang tidak lancar, merangka-rangkak, mengeja atau tidak menjawab, dianggap tidak mencapai tahap dan diberikan 0 markah. 8. Bagi item menulis yang diuji, guru boleh membantu murid dengan menyatakan gambar yang tertera (sekiranya gambar atau item tidak jelas) untuk mengelakkan murid tidak menjawab soalan berkenaan.9. Tulisan tidak jelas, perkataan yang ditulis tidak betul, atau perkataan yang tertinggal dalam jawapan hendaklah diberi 0 markah. 10. Guru diminta memasukkan analisis pencapaian murid secara individu bagi PROTIM2M dalam Borang Analisis Pencapaian Individu (BORANG API).11. Guru diminta memasukkan skor pencapaian murid di sekolah bagi PROTIM 2M dalam Borang Skor Pencapaian Murid (BORANG SPM).12. Murid dikatakan menguasai 2M, apabila mendapat skor 90 100 % bagi kemahiran membaca, dan skor 90 100 % kemahiran menulis dalam praujian dan pascaujian yang diambil. UJIAN SARINGAN DAN DIAGNOSTIKUjian Saringan (US)Ujian Saringan merupakan ujian yang dijalankan untuk menapis atau menyaring murid-murid berkeperluan khas daripada kelas perdana. Guru dapat mengesan kurid-murid yang dijangka memerlukan program pemulihan khas hasil daripada Ujian Saringan. Ujian Saringan ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran mata pelajaran asas. Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam kelas biasa. Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.Faktor yang menentukan bilangan murid : Skor yang rendah dalam Ujian Saringan. Jumlah yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan. Masalah murid. Kemudahan ruang untuk kelas pemulihan.Ujian DiagnostikDefinisiAdalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.

Tujuan Ujian Diagnostik Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan kesulitanyangdihadapiolehmurid. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.Membina Ujian Diagnostik Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan: Objektif ujian Kemahiran yang hendak diuji Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan. Siapa yang hendak diuji sasaran. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.- Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam 3 kemahiran berturut-turut. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.Analisa Ujian Diagnostik Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang pengajaran sama ada secara kumpulan atau pun individu.