psikososial acoiii 1

16
1.0 PENDAHULUAN Dalam Konteks psikologi sukan, kebimbangan dan kebangkitan adalah dua konstruksi yang berbeza. Cara pengukuran kedua-duanya juga adalah berbeza dan memerlukan kaedah penyesuaian yang juga berbeza. Walaubagaimanapun kebimbangan dan kebangkitan saling berkaitan antara satu sama lain dan juga berkait rapat dengan stress. Landers dan Boutcher (1993) melihat kebimbangan state (state anxiety) atau stress berlaku akibat tahap kebangkitan yang berterusan. Gould dan Krane (1992) pula menyatakan kebimbangan juga dianggap sebagai implikasi emosi atau dimensi kognitif yang wujud akibat proses kebangkitan. Dalam membicarakan soal hubung kait kebimbangan, kebangkitan dan stress dalam sukan, kebimbangan akan dilihat dalam konteks emosi sebagai sesuatu yang memberi ancaman. Dalam sukan, kebimbangan merujuk kepada perasaan atlet bahawa dia akan melakukan kesilapan dalam persembahannya, atau akan mendapat kekalahan di akhir permainan. Adakala kebimbangan wujud dalam aktiviti sukan apabila atlet melihat lawannya sebagai seorang yang lebih kuat, atau mengetahui bahawa dia sedang diperhatikan oleh orang-orang yang penting seperti pengadil, ahli keluarga, kawan-kawan dan ahli pasukan. Keadaan ini boleh menimbulkan ancaman kepada atlet terutama mereka yang mempunyai tahap keyakinan dan penghargaan diri yang rendah. 1

Upload: linasally

Post on 16-Jan-2016

270 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jjj

TRANSCRIPT

Page 1: Psikososial acoiii  1

1.0 PENDAHULUAN

Dalam Konteks psikologi sukan, kebimbangan dan kebangkitan adalah

dua konstruksi yang berbeza. Cara pengukuran kedua-duanya juga adalah

berbeza dan memerlukan kaedah penyesuaian yang juga berbeza.

Walaubagaimanapun kebimbangan dan kebangkitan saling berkaitan antara satu

sama lain dan juga berkait rapat dengan stress.

Landers dan Boutcher (1993) melihat kebimbangan state (state anxiety)

atau stress berlaku akibat tahap kebangkitan yang berterusan. Gould dan Krane

(1992) pula menyatakan kebimbangan juga dianggap sebagai implikasi emosi

atau dimensi kognitif yang wujud akibat proses kebangkitan.

Dalam membicarakan soal hubung kait kebimbangan, kebangkitan dan

stress dalam sukan, kebimbangan akan dilihat dalam konteks emosi sebagai

sesuatu yang memberi ancaman. Dalam sukan, kebimbangan merujuk kepada

perasaan atlet bahawa dia akan melakukan kesilapan dalam persembahannya,

atau akan mendapat kekalahan di akhir permainan. Adakala kebimbangan wujud

dalam aktiviti sukan apabila atlet melihat lawannya sebagai seorang yang lebih

kuat, atau mengetahui bahawa dia sedang diperhatikan oleh orang-orang yang

penting seperti pengadil, ahli keluarga, kawan-kawan dan ahli pasukan. Keadaan

ini boleh menimbulkan ancaman kepada atlet terutama mereka yang mempunyai

tahap keyakinan dan penghargaan diri yang rendah.

Keupayaan mengatasi tekanan dan kebimbangan semasa menyertai

kejohanan kompetitif amat penting, terutama di kalangan atlet elit (Hardy, Jones

dan Gould, 1996; Orlick dan Partington, 1988). Pengkaji telah melaporkan

bahawa lebih 50 konsultansi yang dijalankan di kalangan atlet pada Sukan

Olimpik, mendapati mereka mengalami tekanan dan kebimbangan serta masalah

lain berkaitan kebimbangan dan tekanan yang dialami yang boleh menyebabkan

prestasi menurun (Murphy, 1988).

1

Page 2: Psikososial acoiii  1

2.0 DEFINISI KEBANGKITAN, TEKANAN DAN KEBIMBANGAN

2.1 DEFINISI KEBANGKITAN

Cox (1998) mendefiniskan kebangkitan sebagai tahap kesediaan fisiologi

yang berada dalam satu kontinum dari tidur yang lena sehingga kepada

keseronokan yang terlampau. Cratty (1989) pula mendefinisikan kebangkitan

sebagai kesediaan untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perceptual.

Menurut LeUnes dan Nation (1989) pula, kebangkitan merujuk kepada aktivasi

psikologi individu. Wann (1997) mendefinisikan kebangkitan sebagai tahap

kesediaan fisiologikal untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perceptual

yang tidak dipengaruhi oleh emosi.

Berdasarkan definisi yang diutarakan di atas, terdapat persamaan yang

nyata tentang kebangkitan. Ia merujuk kepada tahap kesediaan seseorang

individu dalam menghadapi stimulus yang terdapat di persekitaran. Menurut

Wann (1997), kebangkitan sebenarnya bersifat neutral, sementara kesannya

sama ada positif atau negatif bergantung kepada tafsiran individu terbabit.

Secara keseluruhannya, ia didefinisikan sebagai tahap kesediaan fisiologi

individu untuk bertindak secara fizikal mahupun mental.

2.2 DEFINISI TEKANAN

Menurut Hans Selye (1982), stres merupakan respons tubuh badan tanpa

emosi terhadap bebanan atau tekanan yang dihadapi di persekitran. Antara

bentuk tekanan yang dihadapi adalah tekanan fizikal iaitu tekanan yang

berpunca dari penglibatan dalam aktiviti fizikal; tekanan mental seperti rasa

sedih, kecewa dan seronok serta bentuk tekanan yang lain. Apa pun bentuk

tekanan yang diterima, reaksi fisiologikalnya tetap sama.

Sekiranya individu tersebut membuat interpretasi bahawa stres yang

dialaminya bersifat positif, maka ia disebut sebagai eustres. Contohnya,

perasaan serta debaran yang dirasai oleh seorang atlet sementara menantikan

saat namanya diumumkan sebagai pemenang serta dikalungan dengan pingat

2

Page 3: Psikososial acoiii  1

emas. Dalam contoh ini, stres yang dialami dalam bentuk debaran ditafsirkan

sebagai positif oleh atlet tersebut.

Sekiranya individu tersebut membuat interprestasi bahawa stres yang

dialaminya bersifat negative, maka ia disebut distres. Dalam konteks ini, individu

tersebut merasakan bahawa beliau tidak mampu untuk menghadapi bebanan

atau tekanan yang dihadapi di persekitaran. Contohnya apabila seorang ahli

Gimnastik terjatuh dari balance beam. Walaupun ahli gimnastik tersebut

meneruskan semula rutin beliau, rasa takut jatuh untuk kali kedua serta

kebimbangan yang dirasai kerana kehilangan mata akibat jatuh pada awal rutin

memberikan kesan kepada beliau. Persepsi negatif ini boleh menjejaskan

prestasi ahli gimnastik tersebut. Ia juga menimbulkan kesan negatif yang dikenali

sebagai kebimbangan.

2.3 DEFINISI KEBIMBANGAN

Kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau emosi yang

terhasil daripada persepsi terhadap situasi yang dihadapi. Hal ini dilahirkan

dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu seperti

kekalahan, ugutan fizikal dan rasa malu (Shaharudin, 2001). Menurut

Weinberg dan Could (1999), kebimbangan adalah keadaan emosi yang

negatif, merangkumi keresahan dan kerisauan yang berhubungkait dengan

keaktifan seseorang dalam sesuatu bidang.

Biasanya, situasi kebimbangan tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah.

Setiap individu akan mengalami tahap kebimbangan yang berlainan dalam

situasi-situasi tertentu. Kebimbangan boleh mengganggu konsentrasi atlet malah

mampu untuk menjejaskan corak persembahan dan prestasi mereka dalam

pertandingan yang disertai. Semasa bertanding, perasaan bimbang bukan hanya

dialami oleh atlet sendiri, tetapi juga dialami oleh jurulatih, penyokong dan

penonton.

3

Page 4: Psikososial acoiii  1

3.0 SUMBER KEBIMBANGAN DAN TEKANAN

Menurut Endler (1978), kebimbangan seketika terhasil dari gabungan lima

faktor. Antara faktornya adalah seperti berikut:

1. Tekanan terhadap ego. Tekanan berlaku khususnya apabila seseorang

atlet tewas sesuatu perlawanan khususnya kepada lawan yang lebih

rendah rankingnya. Ego atlet ini akan tercabar serta tertekan. Beliau juga

akan merasa kurang yakin untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan tahap kebimbangan

seketika atlet itu.

2. Tekanan terhadap fizikal individu. Seseorang atlet akan berasa bimbang

sekiranya beliau tahu bahawa ada usaha yang dilakukan oleh pihak lawan

untuk menewaskan beliau secara fizikal. Contohnya, seorang atlet acara

sukan tempur (silat, tae kwon do, tinju) lazimnya mempunyai tahap

kebimbangan seketika yang tinggi khususnya apabila menentang lawan

yang lebih handal. Ini kerana wujudnya tekanan terhadap fizikal secara

langsung yang sedang dihadapi di gelanggang.

3. Ketidaktentuan. Keputusan yang tidak pasti, perlawanan yang berlarutan

kepada sudden death serta saat-saat mencemaskan yang menentukan

menang-kalah sesebuah pasukan mempunyai elemen ketidaktentuan ini.

Kita tidak akan berasa bimbang sekiranya tahu kita akan menang atau

tidak mempunyai harapan untuk menang. Sesuatu yang sudah pasti tidak

akan membuat kita tertanya-tanya. Sebaliknya ketidaktentuan akan

menyebabkan kita rasa tertekan serta akan meningkatkan tahap

kebimbangan seketika.

4. Perubahan. Sebarang bentuk perubahan sebenarnya akan menyebabkan

kita menjadi kurang selesa dengan persekitran kerana ia bukan dari rutin

4

Page 5: Psikososial acoiii  1

seharian. Contohnya, seorang pemain yang sudah biasa dengan kaedah

latihan seorang jurulatih akan merasa tertekan dengan kehadiran seorang

jurulatih baru yang membawa pendekatan serta corak latihan dan

matlamat yang baru. Perubahan dan tekanan ini akan meningkatkan lagi

tahap kebimbangan seketika pemain tersebut.

5. Penilaian atau perbandingan sosial. Kita akan merasa tertekan sekiranya

kita tahu bahawa prestasi kita akan dinilai atau dibandingkan dengan

orang lain. Debaran yang dirasakan di garisan permulaan, sebelum

masuk ke padang atau gelanggang mahupun ketika mengambil

peperiksaan merupakan ciri-ciri kebimbangan seketika yang dihasilkan

menerusi penilaian. Justeru itu, kemampuan mengubah tafsiran

merupakan elemen penting untuk menangani masalah ini.

4.0 KEBANGKITAN DAN KEBIMBANGAN MEMPENGARUHI PRESTASI

Secara umumnya, terdapat dua jenis kebimbangan. Antaranya adalah

kebimbangan situasi semasa atau state atau trait kebimbangan (Speilberger,

1966). State lebih kepada keadaan semula jadi dan sering dirujuk kepada

kebangkitan atau arousal sistem saraf autonomi. Manakala trait individu

menggunakanya untuk mengatasi situasi yang menyebabkannya terasa tertekan

(Speilberger, 1966). Kebimbangan trait mempengaruhi prestasi individu yang

tinggi tahap kebimbangannya akan lebih banyak memperoleh maklumat

berkaitan kebimbangan state (Hardy et al., 1996). Kajian di luar psikologi dan

sukan juga telah menunjukkan bahawa individu yang kebimbangan trait tinggi

akan mendapat kurang maklumat (MacLeod, 1990). Dalam konteks pertandingan

sukan, individu yang dapat mengawal kebimbangannya tidak akan menghadapi

banyak masalah mencapai prestasi kemuncak (Hardy et al., 1996).

5

Page 6: Psikososial acoiii  1

4.1 Hipotesis Inverted-U

Hipotesis Inverted-U (Broadhurst, 1957;Hebb, 1955). Model ini

menyatakan bahawa peningkatan kebangkitan juga akan meningkatkan prestasi,

tetapi jika kebangkitan terlalu tinggi, prestasi akan terganggu dan turut menjadi

teruk. Dengan kata lain, jika tekanan mulai terbentuk pada atlet, tetapi individu

masih yakin dan dapat mengawal tekanan berkenaan, prestasi akan menurun.

Walaupun teori ini menyatakan prestasi menurun sekirannya individu berasa

tertekan, tetapi ia tidak menyatakan atau mengambil kira perbezaan prestasi

atlet yang menghadapi tekanan yang sama.

Rajah 1 : Teori Inverted –U

Sumber: Cox R.H, 1998. Sport Psychology. Concepts and

Applications, 4th Edition. Boston: WCB/McGraw-Hill Co.

6

Page 7: Psikososial acoiii  1

4.2 Drive Teori

Ia berkaitan dengan kebangkitan/ arousal dan prestasi. Menurut teori ini,

pada peringkat awal pembelajaran kemahiran, peningkatan tahap kebangkitan

akan menyebabkan kualiti prestasi kurang memuaskan tetapi lama-kelamaan

apabila kemahiran dapat dikuasai, peningkatan kebangkitan tidak menjejaskan

prestasi tetapi semakin meningkatkan prestasi atau kualiti prestasi semakin

memuaskan.

Carta 2: Drive Teori

4.3 Teori Pembalikan

Teori ini menjelaskan bahawa untuk memahami perkaitan di antara

prestasi dan kebimbangan, interprestasi individu atau atlet yang terbabit perlu

diambil kira untuk mendapat gambaran mereka tentang situasi tersebut. Tahap

kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif

mahupun negative bergantung kepada situasi yang dihadapi. Dalam keadaan

“mengelakkan kebimbangan” atlet biasanya ingin berada pada tahap

kebangkitan yang rendah (persediaan pra-pertandingan) sementara dalam

7

Page 8: Psikososial acoiii  1

keadaan “mencari tahap kebangkitan” atlet lazimnya mencari keseronokan atau

sesuatu yang merangsangkan. Dengan kata lain, atlet boleh membalikkan

interprestasi mereka terhadap kebangkitan. Tahap kebangkitan yang tinggi atau

rendah boleh ditafsirkan sebagai positif pada satu ketika dan negative pada

ketika yang lain. Prestasi yang baik berlaku apabila tidak terdapat perbezaan

yang ketara di antara tahap kebangkitan yang diingini oleh atlet dan tahap

kebangkitan yang sebenarnya.

Kajian yang telah dilakukan oleh Raedeke dan Stein (1994) ke atas ahli

ski Slalom menyokong gagasan teori ini. Mereka mendapati bahawa ahli ski

yang mengalami tahap kebangkitan yang tinggi berserta mood yang positif

melaporkan bahawa prestasi mereka juga berada pada tahap yang terbaik. Ini

selari dengan gagasan Kerr (1990) yang menyatakan bahawa kebangkitan dan

tafsirannya oleh atlet bergabung mempengaruhi Prestasi.

Carta 3 : Teori Pembalikan

8

Page 9: Psikososial acoiii  1

4.4 Model Kebimbangan Catastrophe

Model Kebimbangan Prestasi dan kebimbangan Catastrophe melihat

kesan-kesan interaksi kebangkitan fisiologi dan kebimbangan kognitif terhadap

prestasi (Fazey dan Hardy, 1988; Hardy, 1990). Salah satu alternative terhadap

hipotesis Inverted-U ialah Teori Catastrophe yang menyatakan peningkatan

kebimbangan state akan memudahkan prestasi mencapai ke tahap optimum.

Teori ini menyatakan bahawa terdapat dua subkomponen kebimbangan

iaitu kebimbangan kognitif dan kebangkitan fisiologi. Kebangkitan fisiologi boleh

mempengaruhi prestasi akibat interpretasi individu tentang symptom-simptom

fisiologi. Menurut Model ini, kenaikan kebimbangan kognitif memberi faedah

kepada prestasi pada tahap rendah kebangkitan fisiologi tetapi memberi kesan

buruk kepada kebangkitan fisiologi tinggi . ( Hardy et al., 1996).

Tambahan pula, apabila kebimbangan kognitif di tahap rendah,

perubahan dalam kebangktian fisiologi boleh memberi sama ada kesan negatif

atau positif ke atas prestasi bergantung kepada beberapa banyak atau tinggi

kebangkitan yang dialami (Hardy et al., 1996). Sekali kebangkitan fisiologi terlalu

tinggi, itulah langkah penurunan prestasi yang hanya boleh berundur atau

kembali semula hanya dengan pengurangan kebangkitan fisiologi (Hadry et al.,

1996). Walaupun model ini gagal untuk mengambil kira keyakinan diri,

pendekatan interaktif dilihat sebagai penjelasan terbaik dalam melihat tingkah

laku.

9

Page 10: Psikososial acoiii  1

Carta 4 : Model Castastrophe

5.0 CARA MENGATASI MASALAH KEBANGKITAN, TEKANAN DAN

KEBIMBANGAN

Kebangkitan fisiologi yang berlebihan dan kebimbangan merupakan salah

satu elemen yang boleh menggugat prestasi individu dalam sukan. Antara

contoh terbaik yang dapat kita lihat adalah kegagalan pasukan Belanda kepada

pasukan Itali di peringkat separuh akhir kejohanan Bola Sepak Euro 2000 yang

lalu. Walaupun di peringkat awalnya pasukan Belanda merupakan salah satu

daripada pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan tersebut serta prestasi

mereka dalam beberapa perlawanan sebelumnya begitu memberangsangkan,

tekanan yang dihadapi apabila beraksi di hadapan penonton sendiri

menyebabkan mereka tewas kepada Itali menerusi sepakan Penalti. Kegagalan

beberapa orang pemain ternama yang berpengalaman mengawal kebimbangan

serta tekanan yang hadir semasa mengambil sepakan penalti telah

menyebabkan pasukan belanda berputih mata.

Satu contoh yang dapat menunjukkan tekanan dan kebimbangan adalah

pertandingan badminton antara Lee Chong Wei dan Lin Dan yang menjadi

10

Page 11: Psikososial acoiii  1

tumpuan seluruh dunia. Pelawan yang sengit bagi Lee Chong Wei dan

kecederaannya adalah perkara yang akan menambah tahap tekanan dan

kebimbangannya.

Senario yang sama juga wujud dalam beberapa jenis sukan yang lain

serta melibatkan beberapa orang ahli sukan ternama dunia. Kegagalan

melakukan tindakan yang sepatutnya di saat-saat genting sering kali menjadi

penyebab kepada kekalahan pemain atau pasukan ternama. Kegagalan

melakukan tindakan yang tepat ini berkemungkinan besar berpunca dari

tekanan, kebangkitan serta peningkatan tahap kebimbangan sehingga

menyebabkan individu yang berkenaan tidak mampu memberikan tumpuan serta

berfikir dengan baik sebelum membuat sesuatu keputusan. Kesannya, tindakan

yang dibuat di bawah tekanan sering kali memakan diri.

Terdapat dua bahagian dalam mengatasi masalah kebangkitan dan

kebimbangan. Antaranya adalah strategi untuk mengurangkan kebangkitan serta

strategi untuk meningkatkan individu tersebut. Penggunaan strategi yang betul

dalam usaha membantu atlet mengurangkan atau meningkatkan tahap

kebangkitan lazimnya membuahkan hasil yang positif. Penggunaan proses

intervensi yang sesuai dengan symptom kebimbangan yag wujud biasanya dapat

mengurangkan kebimbangan yang dialami oleh individu berkenaan. Contohnya,

individu yang menghadapi masalah kebimbangan sehingga menyebabkan

ketegangan otot seharusnya dibantu dengan proses intervensi yang dapat

mengurangkan ketegangan otot yang terbabit agar mereka menjadi relaks serta

dapat beraksi dengan baik. Sebaliknya, individu yang menghadapi masalah

kebimbangan kognitif yang tinggi harus dibantu bagi mengawal pemikiran

mereka.

5.1 Strategi mengurangkan Kebangkitan

Terdapat empat teknik yang sering digunakan untuk mengurangkan tahap

kebangkitan:

11

Page 12: Psikososial acoiii  1

12