psv m11 (2)

20
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 4 TAHUN RPH 8 PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR TAHUN 4 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN TARIKH : 17 APRIL 2015 (JUMAAT) MASA : 1000 – 1100 PAGI (60 MINIT) BIDANG : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN AKTIVITI : DIORAMA TEMA : ALAM SEMULA JADI 1

Upload: joyce-chiew

Post on 12-Nov-2015

142 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

diorama

TRANSCRIPT

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 4TAHUNRPH 8

PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR TAHUN 4RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

TARIKH : 17 APRIL 2015 (JUMAAT)MASA: 1000 1100 PAGI (60 MINIT)BIDANG: MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANAKTIVITI: DIORAMATEMA: ALAM SEMULA JADITAJUK : DIORAMA DASAR LAUT

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR TAHUN 4Tahun:Tahun 4

Bidang:Membentuk dan Membuat Binaan

Aktiviti:Diorama

Tema:Alam Semula Jadi

Tajuk:Diorama Dasar Laut

Masa:60 minit

Media:Alat: guntingBahan: pinggan kertas, krayon, biji manik, gam bersinar, pencucui paip, kertas warna / kad manila, pen magik, dan bahan lain-lain yang sesuai

StandardKandungan:1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, kepelbagaian serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada objek buatan manusia atau alam semula jadi dalam penghasilan diorama.2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan diorama.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan diorama.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual sejarah seni dan budaya.

Standard Pembelajaran:3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada diorama. 3.1.1 Unsur seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Ruang - nyata 3.1.2 Prinsip Rekaan 3.1.2.1 Kepelbagaian bahan, warna dan saiz 3.1.2.2 Ritma dan pergerakan - objek3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan diorama. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 3.2.1.1 Alat gunting 3.2.1.2 Bahan pinggan kertas, krayon, biji manik, gam, gam bersinar, pencucui paip, kertas warna / kad manila, pen magik, dan bahan lain-lain yang sesuai 3.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya3.2.2.1 Teknik gabungan pelbagai teknik (montaj, origami, kolaj, lukisan dan lain-lain)3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik menggunakan dalam penghasilan diorama secara kreatif. 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan diorama3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual. 3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan

Objektif Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran, murid dapat:1. menghasilkan diorama dengan menggunakan media, proses dan teknik yang betul mengikut kreativiti masing-masing.2. menyatakan bahasa seni visual yang ada pada diorama.3. melakukan apresiasi seni terhadap hasil karya sendiri dan hasil karya rakan.

Pengetahuan sedia ada:1. Murid-murid pernah melawat ke akuarium.2. Murid-murid pernah melihat pelbagai jenis hidupan laut dari pelbagai media massa seperti buku cerita, surat khabar, majalah, dan program televisyen sebelum ini.

Aktiviti P&P:1. Guru menjelaskan tentang definisi dan fungsi diorama.2. Guru menjelaskan tentang teknik, alat dan bahan untuk menghasilkan diorama.3. Guru menyatakan tentang penggunaan unsur seni (bentuk dan ruang) dan prinsip rekaan (kepelbagaian, ritma dan pergerakan) dalam penghasilan diorama.4. Murid-murid ditunjukkan contoh-contoh karya diorama yang telah dihasilkan oleh guru.5. Murid-murid menghasilkan diorama berpandukan langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh guru mengikut kreativiti masing-masing.6. Murid menjalankan apresiasi terhadap hasil karya.

EMK:1. Keusahawanan (hasil diorama boleh diolah menjadi hasil yang lain, contohnya kad ucapan, magnet peti sejuk, hadiah, hiasan meja, hiasan dinding, bingkai gambar, alat permainan, dan sebagainya)2. Kreativiti dan inovasi (Fasa persediaan murid memerhatikan pelbagai contoh yang telah dipamerkan oleh guru; Fasa imaginasi - penjanaan idea pencantuman bahan-bahan yang pelbagai supaya dijadikan diorama yang unik).3. Nilai murni (Menghargai karya sendiri dan karya orang lain; Kerajinan semasa menghasilkan karya diorama; Kebersihan semasa menjalankan aktiviti seni; Keselamatan semasa menggunakan gunting atau alat tajam; Kitar semula)

Bahan Bantu Mengajar:Pelbagai contoh diorama dasar laut, tayangan slaid Powerpoint

Pendekatan P&P:Konstruktivisme1. Murid-murid menghasilkan diorama yang cantik dengan menggunakan pelbagai teknik mengikut kreativiti masing-masing.2. Murid-murid mempelbagaikan bahan dan media untuk menghasilkan diorama yang berbeza dan unik.

Penilaian P&P:Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti menghasilkan diorama dengan menggunakan pelbagai teknik berdasarkan empat Standard Kandungan.

PERKARA/ LANGKAHSTANDARD KURIKULUMAKTIVITI P&P / STRATEGIBBM/ CATATAN

Set Induksi (7 minit)3.1 Persepsi EstetikMurid boleh membuat pemerhatian dan mengetahui bahasa seni visual dari segi:

3.1.1 Unsur Seni 3.1.1.1 Bentuk konkrit3.1.1.2 Ruang - nyata

3.1.2 Prinsip Rekaan 3.1.2.1 Kepelbagaian bahan, warna, dan saiz3.1.2.2 Ritma dan pergerakan - objek

Persepsi Estetik1. Guru masuk ke dalam kelas dengan memakaikan topi pelayar bagi menarik perhatian murid-murid.

2. Guru mengajak murid sama-sama menyanyikan lagu A Sailor Went To Sea.3. Hidupan apa yang ada di dasar laut?Apakah jenis hidupan laut yang dapat anda kenali?Guru menanya soalan secara rawak untuk merangsang daya pemikiran murid.

4. Ikan amat cantik. Ia amat menakjubkan kerana mempunyai pelbagai bentuk dan warna. Kita hanya meneroka satu per ratus bahagian dasar laut, oleh itu mungkin banyak lagi jenis ikan yang pelik dan aneh yang belum ditemui. Jadi, hari ini kita akan menghasilkan sebuah diorama dasar laut yang ajaib.Guru memperkenalkan aktiviti pada hari ini iaitu menghasilkan diorama dasar laut yang ajaib.

5. Definisi DioramaDiorama bersifat tiga dimensi (3D), mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi berdasarkan tema yang dipilih.Guru menyatakan definisi diorama melalui tayangan slaid.

6. Guru mempamerkan diorama dasar laut yang telah disediakan.

7. Guru menunjukkan murid contoh diorama dasar laut serta membincangkan bahasa seni visual yang ada pada karya seperti ruang dan kepelbagaian bersama murid.

Ruang: kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara objek atau rongga dalam sesuatu objekKepelbagaian: penggunaan pelbagai unsur seni untuk menghasilkan sebuah karya yang kreatif dan menarik.

BBMKlip Video A Sailor Went To SeaSampel karya diorama dasar laut (rujuk lampiran 1)Gambar Hidupan Laut (rujuk lampiran 2)Tayangan Slaid Powerpoint (rujuk lampiran 3)TKP1. Interpersonal (interaksi dua hala)2. Visual ruang(pemerhatian terhadap contoh hasil karya diorama dasar laut)TeknikSoal jawabKBMengenalpasti (mengenalpasti bahasa seni visual yang ada pada hasil karya diorama dasar laut) EMKKreativiti dan Inovasi(Fasa persediaan pemerhatian terhadap contoh karya diorama dasar laut)Keusahawanan(Fungsi diorama)TMKTayangan slaid Powerpoint

Langkah 1 (8 minit)3.2 Aplikasi SeniMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan diorama.3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media3.2.1.1 Alat gunting3.2.1.2 Bahan pinggan kertas, krayon, biji manik, gam, gam bersinar, pencucui paip, kertas warna / kad manila, pen magik, dan bahan lain-lain yang sesuaiAplikasi Seni1. Guru menanya soalan sebelum memperkenalkan alat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya diorama dasar laut.

Bolehkah siapa bagitahu cikgu bahan apa yang boleh kita pakai untuk menghasilkan diorama dasar laut selain daripada kotak?Pinggan kertasBerkas CD, dsb(sambil tunjuk BBM)Bahan apa yang anda perlukan untuk menghasilkan latar dasar laut?Apa yang boleh anda gantikan pasir?Macam mana dengan hidupan laut pula?

2. Guru menanya soalan untuk menjana daya pemikiran murid.

Bagaimana anda menggunakan bahan-bahan yang disediakan untuk menghasilkan diorama dasar laut?

3. Murid memerhati carta langkah penghasilan diorama dasar laut dengan teliti.Langkah 1:Mengguntingkan bahagian tengah pinggan kertas bagi membentuk tingkap untuk diorama dasar laut. Murid-murid mesti berhati-hati semasa menggunakan alat tajam seperti gunting. Murid boleh menghasilkan tingkap yang pelbagai bentuk.

Langkah 2:Melakar dan mewarnakan pinggan kertas untuk membentuk latar belakang dasar laut. Murid-murid boleh menggunakan teknik kolaj juga.

Langkah 3:Menyediakan hidupan laut mengikut teknik yang sesuai, contohnya lukisan, kolaj, montaj, model, asemblaj, dan sebagainya (ikut kesesuaian dan bahan yang ada).

Langkah 4:Melekatkan biji manik ataupun bijirin yang menggantikan pasir untuk membentuk dataran diorama. Menyusun objek-objek mengikut kreativiti dan melekatkannya pada pinggan kertas.

Langkah 5:Menyapu gam pada sisi tingkap dan melekat pada pinggan kertas.

Langkah 6:Taa Daa~ Hasil diorama dasar laut yang cantik.

BBMContoh karya diorama dasar laut (rujuk lampiran 1)TeknikTunjuk caraEMK Kreativiti dan Inovasi(Fasa imaginasi penjanaan idea: bagaimana saya mencantumkan semua bahan yang dibawa menjadi satu diorama dasar laut yang seronok?)

Nilai KetelitianKebersihanKerjasama

Langkah 2 (35 minit)3.3 Ekspresi KreatifMurid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik menggunakan dalam penghasilan diorama.3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan diorama

Ekspresi Kreatif1. Murid mendapatkan alat dan bahan daripada guru mengikut kumpulan yang telah dibagi.2. Murid melapiskan meja dengan surat khabar supaya tidak mengotorkan meja dan menjaga kebersihan kelas dari semasa ke semasa.3. Murid menghasilkan diorama dasar laut mengikut langkah yang ditunjukkan oleh guru.4. Guru membimbing murid dari semasa ke semasa.5. Murid yang tidak sempat menghasilkan karya diorama dasar laut dibenarkan untuk siap di rumah dan hantar pada keesokan hari.Aktiviti Pemulihan:Bagi murid yang kurang mahir dalam teknik cantuman, mereka digalakkan untuk menggunakan teknik penghasilan diorama yang lebih senang, contohnya mewarna, menggunting dan menampal.Aktiviti Pengayaan:Murid yang cepat siap digalakkan untuk menghiaskan diorama dasar laut mereka supaya lebih cantik lagi dan memberikan nama untuk lautan serta hidupan laut yang telah mereka terokai.

6. Murid mengemaskan meja dan buangkan sampah sarap ke dalam tong sampah.7. Murid mempamerkan diorama dasar laut mereka di depan kelas.BBMContoh karya diorama dasar laut (rujuk lampiran 1)TKPKinestetik(Menghasilkan diorama dasar laut mengikut kreativiti masing-masing)EMKKreativiti dan Inovasi(Fasa perkembangan penambahbaikan supaya diorama dasar laut menjadi lebih menarik ; fasa tindakan pelaksanaan proses penghasilan diorama dasar laut yang betul)Keusahawanan(Murid mendapatkan bahan dengan cara bertukar sama kawan)NilaiKekemasanKebersihanKerjasama

Penutup (10 minit)3.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakanApresiasi Seni1. Guru memilih wakil kumpulan secara rawak untuk membuat persembahan secara kreatif dengan intonasi yang sesuai di depan kelas bawah bimbingan guru.

Contoh dialog:Murid A: Lapor!! Saya pelayar dari kapal Saya telah menerokai sebahagian daripada dasar laut . Banyak jenis ikan yang pelik-pelik ada dalam laut . Ada ikan , terumbu karang dan sebagainya. Saya suka sangat dengan diorama saya. Saya nak jadikannya hiasan bilik tidur saya.

2. Murid menghargai dan menceritakan pengalaman semasa menghasilkan karya di bawah bimbingan guru.

Dapatkah anda fikirkan fungsi lain bagi diorama?Seronokkah semasa menghasilkan diorama?Adakah anda puas hati dengan diorama anda?

3. Guru membuat rumusan keseluruhan.

Sebenarnya diorama boleh dihasilkan daripada banyak lagi bahan, tidak semestinya kotak sahaja. Cuba anda perhatikan dengan sekeliling anda, anda akan mendapat idea dan manfaat. Jadikanlah seorang prihatin dengan alam semesta dan juga mesra alam.

BBMHasil karya muridEMK Kreativiti dan Inovasi(Fasa tindakan penambahbaikan)

Nilai MurniMenghargai karya sendiri dan karya rakanMesra Alam

Lampiran 1 Sampel Karya Diorama Dasar Laut

PENYEMAKAN DAN PENGESAHAN RPH

Disemak oleh pensyarah pembimbing/guru pembimbing

Catatan:

Tandatangan :Nama : Tarikh :

Disemak oleh Guru Besar:

Catatan:

Tandatangan :Nama : Tarikh :

PENULISAN CATATAN REFLEKSI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KSSR TAHUN 4ISUBUKTITINDAKAN SUSULAN

Kekuatan:

Kelemahan:

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah PembimbingCatatan: Catatan:

Tandatangan : Tandatangan :Nama : Nama :Tarikh : Tarikh :

8