psv part a
Post on 23-Jan-2016
266 views
DESCRIPTION
1TRANSCRIPT
PSV 3073E 2015
3.1 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
3.1.1 Pendekatan Proses dan Produk
Pendekatan ini diperkenalkan oleh Stufflebeam(1971). Tugas para penilai ialah
mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih tindakan
alternatif dan melaporkan. Penilaian “proses” tertumpu kepada proses yang digunakan untuk
mencapai objektif dan matlamat program. Maklumat ini perlu diketahui dari masa ke masa
untuk mengawal pelaksanaan program. Untuk kajian ini penilaian “proses” ialah cara
pengajaran dan pembelajaran guru-guru PSV, cara guru menilai kerja-kerja projek dan kursus
PSV yang diikuti oleh guru.
Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan bagi mata pelajaran PSV
berdasarkan kepada pembelajaran melalui pengalaman. Terdapat banyak aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang bersesuaian disarankan. Ini termasuklah kerja amali, projek, tunjuk
cara, kerja luar, main peranan, sumbang saran, dan kaji siasat. Adalah diharapkan suasana
yang diwujudkan dapat memberi murid pengalaman dan keyakinan untuk mengaitkan
pengetahuan PSV dengan kemahiran dan amalannya dalam kehidupan seharian.
Program ini mengajar murid-murid sepatutnya menggunakan kaedah penyampaian yang
beragam, beberapa kajian telah menunjukkan keputusan yang agak memeranjatkan. Penilaian
“produk’ tertumpu kepada hasil program setelah ia tamat dilaksanakan. Penilaian “produk”
dalam kajian ini ialah hasil perubahan sikap pelajar dan pencapaian objektif PSV. Sikap pelajar
juga merupakan faktor yang dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan
pembelajaran. Rummers dan Gage (1987) menyatakan bahawa sikap mempengaruhi dan
mencorakkan pengajaran di dalam bilik darjah. Ramlah (1993) menegaskan bahawa ada empat
proses sikap yang mempengaruhi pembelajaran iaitu integrasi, perbezaan, kejutan, dan
penerimaan. Keempat-empat proses ini dapat menentukan sama ada pelajar dapat
menyesuaikan diri dengan pengajaran dan pembelajaran.
3.1.2 Pendekatan Discipline Based of Art Education (DBAE)
DBAE adalah pendekatan kepada perkembangan Pendidikan Seni yang bermula pada
awal 1980an oleh ‘Getty Center For Art Education’ (dikenali sebagai Getty Education Institute).
Ianya merupakan sebahagian daripada ‘J.Paul Getty Trust’ sebuah yayasan swasta yang
PSV 3073E 2015
mendedikasikan sumbangan kepada Seni Visual dan Kemanusiaan. DBAE bukanlah teori yang
asli tetapi lebih merupakan kerangka konsep yang menggabungkan elemen-elemen daripada
teori-teori pendidikan yang lain (contoh; Visual Thinking Strategies).
DBAE meliputi 4 Asas Disiplin Seni
i. Produk Seni
Murid mempelajari kemahiran bagi menghasilkan keaslian hasil karya secara tersendiri.
ii. Sejarah Seni
Murid mempelajari kejayaan penghasilan karya pada masa lampau dan semasa bagi
memotivasikan diri, contohnya gaya serta teknik, atau pun perbincangan tentang perhubungan
dengan kebudayaan, politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi dan pergerakan seni.
iii. Kritikan Seni
Murid akan menyata, menganalisa, membuat intepretasi dan membuat penilaian sesuatu hasil
karya. Aktiviti ini dikenali sebagai membuat apriesiasi seni.
iv. Estetika
Murid akan menimbangkan keaslian, maksud serta impak dan nilai sesuatu hasil karya yang
menjana formula yang mencerminkan pendapat yang ilmiah serta penghakiman terhadap karya
seni itu. Di samping mengkaji karya serta membuat penilaian sesuatu hasil karya itu.
Pada awalnya DBAE diperkembangan untuk hasil seni sahaja tetapi secara beransur-
ansur terarah mengkaji pelbagai bidang termasuk, tarian, drama dan muzik. Ia juga digunakan
dalam kepelbagaian bidang pendidikan, seperti penkajian tinggi, pembelajaran sepanjang
hayat, muzium seni tetapi lebih digunakan dalam kelas Pendidikan Seni Visual.
Seperti kedua-dua ‘Visual Thinking Strategies’ (VIS) dan ‘New Muzeum Model (NMM),
DBAE merupakan satu asas latihan inkuiri (inquiry based training), di mana fokusnya kepada
murid dengan minat, pertimbangan, penaakulan serta kemahiran pemikiran kritikal mereka.
Inkuiri secara terbuka, perbincangan kumpulan serta penyelesaian masalah memainkan
peranan yang penting di dalam kurikulum dan bilik darjah di mana guru dilihat sebagai
PSV 3073E 2015
pemudah-cara di dalam proses ini. DBAE berbeza dari kedua-dua model ini (VTS dan NMM)
kerana mempunyai matlamat pendidikan yang luas dan lebih berstruktur serta kurikulum yang
lebih terarah.
3.1.3 Pendekatan Chapman
Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran
seni iaitu:
(i) Pemerhatian
(ii) Penerokaan
(iii) Penghasilan (pembuatan)
(iv) Apresiasi dan perlanjutan
i. Pemerhatian yang aktif
Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi
kepada perkara berikut:
• pengetahuan sedia ada murid
• benda yang konkrit / maujud
• minat, kecenderongan dan latar belakang murid
• bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi
• mencetus idea dan imaginasi
ii. Penerokaan
• aktiviti kecil mudah ringkas
• cuba mencuba, suaikenal dengan bahan
• penemuan oleh murid sendiri, uji menguji
• mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain
PSV 3073E 2015
• bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba
• aktif melibatkan pelbagai kecerdasan
• menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafikPenghasilan / membuat penggunaan
alat bahan dan teknik
• tatacara, langkah dan proses membuat
• amalan tertib kerja
• keselamatan semasa bekerja
• penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil
iii. Apresiasi
Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis aktiviti Apresiasi. Aktiviti
yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap
pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:
• aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna,
ton, rupabentuk dan bentuk (laras bahasa visual/tampak)
• aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda (hal benda/subject
matter)
• aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik
• penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya
• perasaan, penghargaan dan refleksi diri
• penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.
PSV 3073E 2015
PROSES APRESIASI SENI
Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi.
Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni, berasaskan
kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:
Jenis Tahap Penerangan
Menggambar
(description)
• Mengamati hasil seni dan
menggambarkan sifat-sifat tampak
seperti warna, garisan, bentuk, rupa,
jalinan dan elemen-elemen gubahan
iaitu prinsip dan struktur
Menganalisa
(analisis)
• Menganalisa perhubungan sifat-sifat
tampak seperti unsur-unsur seni,
prinsip dan struktur.
• Menganalisa kualiti ekspresif seperti
mood dan suasana.
• Menghuraikan stail sesuatu karya.
Tafsiran
(interpretation)
• Mencari makna-makna yang terdapat
pada sifat-sifat tampak seperti subjek,
simbol, unsur-unsur seni, prinsip,
struktur corak dan bahan.
• Mencari metafora-metafora
(ibarat/kiasan) dan analogi-analogi
(persamaan) untuk menjelaskan
makna tersebut.
• Membuat penilaian berdasarkan
kepada kriteria yang bersesuaian
PSV 3073E 2015
Penilaian
(evaluation)
seperti keaslian, gubahan, teknik dan
fungsi.
• Menilai hasil seni berdasarkan kepada
pengertiannya (significance) dari segi
individu, sosial, keagamaan dan
kepercayaan, sejarah serta
keseniannya.
Jadual 1.1: Proses persepsi dan intelektual Feldman dan Smith
Laura H. Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini
dalam pelajaran seni iaitu:
(i) pemerhatian
(ii) penerokaan
(iii) penghasilan (pembuatan)
(iv) apresiasi dan perlanjutan
Laura H. Chapman telah menyatakan bahawa proses kreativiti = proses
penghasilan/artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu
menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah
guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai pengalaman
yang lebih banyak untuk mengajar murid.
3.1.4 Pendekatan PSV KBSR
Pendekatan PSV sekolah rendah merangkumi empat aspek utama iaitu:
Pemerhatian secara aktif
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Apresiasi seni visual secara mudah
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Pemerhatian secara aktif:
PSV 3073E 2015
Merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci
Memperkembangkan pemahaman terhadap asas seni visual
Murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia
Membantu murid terus menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasi murid ke arah
perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan:
Menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan
kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan
Proses ini membantu perkembangan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni
visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik- teknik mudah.
Apresiasi seni visual secara mudah:
Memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan
kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi
Murid diperkenalkan tokoh- tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan:
Murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam
persekitaran dan kehidupan mereka
Ini termasuk memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai
kebersihan dan kepekaan.
3.1.5 Pendekatan Pendidikan Seni JOHN A. MICHAEL
Pendidikan Seni Visual di sekolah memberikan tumpuan yang khusus dalam empat
bidang utama iaitu :-
Menggambar
Membuat Corak dan Rekaan
Membentuk dan Membuat Binaan
PSV 3073E 2015
Mengenal Kraf Tradisional.
Micheal (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan
Kemanusiaan (Humanis). Ia diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan
memberi peluang kepada pelajar mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan
kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat
paling asas iaitu:
• Mengenali diri sendiri
• Mengenali seni dan kelompok-kelompok kecil di persekitaran mereka
• Peka tentang perasaan
• Memiliki konsepsi diri
Murid mempunyai cara pembelajaran mereka sendiri. Seharusnya kita mengeksploitasi
kelebihan itu di samping memberi tunjuk ajar secara berkesan dalam meningkatkan
kefahaman dan penguasaan mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran. Mengikut John A.
Michael dalam bukunya 'Art and Adolescense' ada dua pendekatan dalam Apresiasi
Seni iaitu:
(a) Pendekatan secara logik
Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman
intelek semata-mata. Banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan
munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.
(b) Pendekatan secara psikologi
Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada
perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada
penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni. Pendekatan ini akan dapat
meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini
lebih realistik dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan
tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.
PSV 3073E 2015
3.2 Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV
3.2.1 Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)
Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan, dan kebolehan
membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu
budaya.
Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam
kajiannya Howard Gardner mendapati ‘seven ways of knowing, perceiving and understanding
life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa
dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.Teori
Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep
kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai:
• kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
• kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
• kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.
Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang
berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri
mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap
menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.
Rajah 2.1: Perhubungan otak kiri dan kanan
OTAK KIRI
• Bahasa
• Formula Matematik
• Logik
OTAK
OTAK KANAN
• Bentuk dan corak
• Ruang
• Irama dan apresiasi
PSV 3073E 2015
Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai
Rajah 2.2: Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)
Objektif Teori Kepelbagaian Kecerdasan(TKP)
TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan
yang relevan dalam pendidikan masa kini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee
Dickinson merumuskan definisiHoward Gardner sebagai:
a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.
Tujuan Mengaplikasikan Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran
i. Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam
ii Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara
iii Mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baharu dan
berlain.
Naturalis
Intrapersonal
Interpersonal
Muzik
Kinestetik
Visual-Ruang
Logik-Matematik
Verbal-Linguistik
KECERDASAN PELBAGAI
PSV 3073E 2015
Ciri-Ciri Teori Kepelbagaian Kecerdasan
Rajah 2.3: Perhubungan otak kiri dan kanan
Jenis-Jenis Teori Kepelbagaian Kecerdasan
- Natural
- Verbal-linguistik
- Logik Matematik
- Visual-Ruang
- Kinestatik
- Muzik
- Interpersonal
- Intrapersonal
Individu mempunyai 8 kecerdasan
Boleh dirangsang
Boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan
CIRI-CIRI
Tidak berkembang seiring
Boleh dipindahkan kecerdasan interpersonal ke linguistik
Tidak boleh dinilai berasingan
Satu atau dua kecerdasan berkembang sepenuhnya
PSV 3073E 2015
Contoh Pengintegrasian Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran
i Verbal-Linguistik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
menggunakan bahasa lisan (pidato, ceramah, perbahasan), bacaan (buku, surat khabar,
majalah), dan penulisan (puisi, laporan, minit mesyuarat).
ii Logik-Matematik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran
kritis.
iii Visual-Ruang
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi peta minda, garis, visualisasi, warna, seni, metafora atau lain-lain borang
pengurusan grafik.
iv Kinestetik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti ‘hands-on’ (latihan amali, penyiasatan,
kajian luar).
v Muzik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
penggunaan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi.
vi Interpersonal
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
murid dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran korporatif dan kolaboratif atau
simulasi kumpulan, lawatan, amali, dan kerja lapangan.
PSV 3073E 2015
vii Intrapersonal
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
pilihan kepada murid merangsang perasaan kendiri (menulis, jurnal, diari, membuat refleksi,
penilaian kendiri).
viii Naturalis
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
penggunaan flora dan fauna, awan, sungai, gunung (alam semula jadi) ke dalam bilik darjah
atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi, kembara visual, amali, dan kerja lapangan.
Kepentingan Teori Kepelbagaian Kecerdasan
- petunjuk kepada potensi murid
- menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya
- membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan
- membangun bidang akademik dan ko kurikulum murid
- mempelbagaikan cara penilaian
- menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK dan
keperluan murid
- mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah
- menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran
Bagaimana Melaksanakan TKP Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Terdapat lima model yang dicadangkan, guru boleh memilihnya berdasarkan kesesuaian
murid, bilik darjah, dan topik yang diajar iaitu;
SISIPAN Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam
pengajaran secara tidak langsung.
JARINGAN Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran PSV.
JALINAN Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran.
PERKONGSIAN Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata
PSV 3073E 2015
pelajaran.
KESEPADUAN Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi
mata pelajaran yang berlainan.
3.2.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)
Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK) dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri.
Penggunaan TMK mestilah dilihat sebagai satu tambahan kepada alat Pengajaran dan
Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan. Penggunaan TMK juga mampu
menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam
komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media
secara manual dalam Pendidikan seni Visual.
Pendekatan TMK yang terbaik apabila digunakan secara bijak dan terancang mampu
meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual.
Perisian perlu sesuai mengikut keperluan sesuatu topik pengajaran Pendidikan seni Visual
supaya dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan memuaskan.
Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)
TMK dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada kemampuan teknologi itu
sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada murid,
guru, panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada
kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah melaksanakan
kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.
Rasional Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- untuk menyediakan warga pendidik Seni Visual dalam menghadapi perkembangan
TMK masa kini dan akan datang.
PSV 3073E 2015
- Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah menjadi
salah satu jurusan yang diminati serta kompetetif di IPT.
- Sebagai salah satu tarikan serta salah satu cara penyelesaian masalah seni reka
dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang lebih
mudah, pantas dan berkesan.
Pengaplikasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh diintegrasikan secara:
i Integrasi TMK dalam pembelajaran tutorial
Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih komprehensif
dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan tapak pembelajaran. Aplikasi
ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara kendiri.
ii Integrasi TMK dalam pembelajaran eksploratasi
Kemudahan TMK digunakan sebagai medium untuk pembelajaran penerokaan, mencari, dan
mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat, dan tapak pembelajaran.
Dalam pembelajaran secara penerokaan ini, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat
yang mereka terima melalui TMK. Hal ini berbeza dengan pembelajaran tutorial; murid hanya
menerima bahan pelajaran yang dikawal oleh sistem.
iii Integrasi TMK sebagai alat aplikasi
TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.
iv Integrasi TMK sebagai alat pemudah komunikasi
TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara murid dan guru di lokasi yang
berbeza tetapi saling berinteraksi, menghantar, menerima, dan berkongsi maklumat seperti
dalam bentuk teks, bahan grafik, audio, emel, telefaks, Facebook, Blog dan lain-lain. Murid
boleh bertukar maklumat sesama sendiri bagi menganalisis dan membuat perbandingan
dengan pengalaman dan maklumat yang mereka peroleh. Menerusi pembelajaran seperti,
murid dapat membina pengalaman yang lebih menarik, bermakna, dan berkesan.
PSV 3073E 2015
Ciri-Ciri Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Penggunaan TMK adalah merentas kurikulum Pendidikan Seni Visual yang mengandungi
bidang Penghasilan Seni Visual, Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Dalam mencari maklumat
ini TMK boleh digunakan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penghasilan Seni Sejarah dan Apresiasi
Visual Seni Visual
Penggunaan TMK
Rajah 2.4: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kurikulum Pendidikan seni Visual
PSV 3073E 2015
Penggunaan TMK dalam Pendidikan Seni Visual boleh dibahagikan kepada 4 bahagian
utama;
2.1.4 Pembelajaran Kontekstual
Ia menyediakan pembelajaran secara konkrik yang melibatkan aktiviti ‘hands on’
dan‘mind on’. Kajian Masa Depan dapat menyedarkan dan merangsang minda berfikir
apa yang akan berlaku berdasarkan ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan
kepada sejarah. Mengikut Teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan
berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan
Rajah 2.5: Bahagian-bahagian Utama Penggunaan TMK Dalam PSV
1
Akriviti Penghasilan Seni Visual
2
Penghasilan Seni digital
3
Sejarah dan Apresiasi Seni (internet,sumber elektronik
4
Pengurusan Bilik Seni
Peringkat Awal-dapatkan contoh unsur seni dan motif seperti jalinan, clip dan lain-lain daripada program cakera padat, scanner atau kamera digital.
Peringkat Pertengahan-proses eksperimentasi dan perkembangan idea menggunakan kemudahan dari menu dan tools sesuatu program untuk membuat gubahan seperti mewarna, copy,paste dll.
Peringkat awal/pertengahan- menggabungkan kedua-dua teknik/kemahiran manual dan ICT atau menumpukan kepada ICT sahaja.
Peringkat akhir-hasil kerja seni digital catan ataupun grafik mesti dicetak menggunakan pencetak.
E-mail dan laman web, CD dan E-book. Kemudahan komunikasi dan perolehan data dan maklumat berkaitan Seni Visual secara elektronik antara murid,guru dan sumber luar sama ada dalam negeri atau luar negeri.
Minit mesyuarat, perancangan pengajaran, program Seni Visual sepanjang tahun,rekod markah, data murid, stor/inventori terurus dengan baik.
PSV 3073E 2015
3.2.4 Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan
dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir.
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara
bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.
Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubungkait yang
bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan
kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal,
tempat kerja atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik atau mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks
sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Ciri-Ciri Pembelajaran Kontekstual
• Murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna
dalam rangka minda.
• Maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.
• Guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.
Rajah 2.6: Hubungan Pembelajaran-Persekitaran Sekolah
Persekolahan
Pengalaman harian individu
Alam pekerjaan
Kehidupan masyarakat
PSV 3073E 2015
Perkara yang Boleh Dicapai Melalui Pembelajaran Kontekstual
Melalui pembelajaran kontekstual ini, murid boleh:
i Membina keyakinan diri
ii Memahami perhubungan antara teori dengan amalan
iii Membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan masalah
iv Memperoleh sokongan dan dorongan daripada ibu bapa kerana mereka terlibat secara
langsung dalam pembelajaran anak-anak mereka
v Membina asas yang kukuh untuk melahirkan tenaga mahir sebagai modal insan
generasi masa depan.
Proses Pembelajaran Kontekstual
Dalam pembelajaran kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui empat proses
iaitu proses motivasi, pemahaman, aplikasi, dan refleksi. Kemahiran melakukan latih amal
(praktikal) dan berfikir merupakan asas pembelajaran kontekstual. Kesimpulannya aktiviti ini
menjadi asas untuk murid sentiasa ingin tahu ketika berlakunya pengajaran dan pembelajaran.
PSV 3073E 2015
Kaedah Pembelajaran Kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual adalah seperti yang berikut:
Rajah 2.7: Kaedah Pembelajaran Kontekstual
Faedah Pembelajaran Kontekstual
Murid
Guru
Industri
Rajah 2.8: Hubungan Faedah Pembelajaran Kontekstual
Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dengan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui
Memindahkan
Bekerjasama
Mengaplikasi
Mengalami
Menghubungkait
Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas, dan berkomunikasi
Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain
Belajar dalam konteks, penemuan, dan reka cipta
Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baharu dengan pengalaman hidup
Faedah
Pembelajaran Kontekstual
PSV 3073E 2015
Contoh Aktiviti: Hiasan Dalaman dan Landskap
Melalui aktiviti mereka bentuk hiasan dalaman dan landskap, faedah-faedah yang diperolehi:
i) Murid
- Mengaitkan pembelajaran hiasan dalaman/landskap dengan pekerjaan atau kehidupan
harian.
- Mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian, contoh
keselesaan/keindahan landskap.
- Memindahkan kemahiran (menghasilkan lukisan pelan atau perspektif)
- Meneroka dan mendapatkan bukti.
- Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.
- Belajar secara bekerjasama melalui aktiviti berkumpulan.
ii) Guru
- Menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya melalui hasilan projek
- Dapat mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan.
- Menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.
iii) Industri
- Menerima tenaga kerja yang berpotensi apabila murid telah diberi pendedahan awal.
- Menggerakkan industri ke dalam pendidikan melalui projek hiasan dalaman.
3.2.5 Pendekatan Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh
membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok
untuk belajar sepanjang hayat.
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini,
murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi
PSV 3073E 2015
mereka dengan objek dan idea. Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid
mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme
kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan murid
mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud
secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran mereka melalui pengalaman
pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu
diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan
pengabstrakan. Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah
lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan
universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada diri mereka. Apabila maklumat baru telah
disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah
kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan
konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa
pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada
murid. John Dewey mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara
berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Pendapat ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam
menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murid
dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka
menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. Murid
dibekalkan dengan fakta-fakta dan diberi penekanan kepada proses berfikir dan kemahiran
berkomunikasi.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang
kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan
sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di
PSV 3073E 2015
samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya
kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
Ciri-ciri pembelajaran konstruktivisme ialah:
i Menggalakkan soalan/ idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai
panduan merancang.
ii Di sekolah menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan guru
iii Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran
iv Menyokong pembelajaran secara koperatif
v Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar
vi Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baharu dengan
memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi dunia yang sebenar
vii Menggalakkan proses inkuiri penemuan
viii Mengenal pasti perubahan sikap pelajar
Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme
Kelebihan pembelajaran konstruktivisme yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar adalah seperti
yang berikut:
i Berfikir
Dalam proses membina pengetahuan baharu, pelajar akan berfikir untuk menyelesaikan
masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, pengetahuan boleh dicapai melalui aktiviti
penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat,
memproses data, membuat interpretasi, dan membuat kesimpulan.
ii Faham
Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea akan lebih jelas apabila mereka terlibat
secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baharu. Seseorang pelajar yang memahami
apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baharu dalam kehidupan
dan situasi baharu.
PSV 3073E 2015
iii Ingat
Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut
kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.
iv Yakin
Pelajar yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri pemahaman
mereka tentang sesuatu perkara. Hal ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan
berani menghadapi cabaran serta menyelesaikan masalah dalam situasi baharu.
v Kemahiran Sosial
Pelajar yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi
sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi
dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
vi Seronok
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, pelajar membina sendiri pengetahuan, konsep,
dan idea secara aktif. Hal ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin, dan lebih seronok
untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran.
PSV 3073E 2015
Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme
Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme dapat ditunjukkan menerusi carta alir berikut:
Rajah 2.9: Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme
PENEROKAAN
Pelajar mencari hubungan antara soalan-soalan dan sebarang masalah yang dijanakan dan membuat generalisasi, seterusnya pelajar mungkin
menemui situasi atau masalah baru untuk diterokai atau disiasat
PENYIASATAN DAN KAJIAN SPESIFIK
Pelajar memilih satu daripada soalan atau sebarang masalah yang diajukan dan menjalankan penyiasatan penuh
SOALAN DARIPADA PELAJAR
Pelajar mengajukan beberapa soalan yang berkaitan situasi atau masalah yang dihadapi
PENEROKAAN
Pelajar menghadapi situasi atau masalah
PSV 3073E 2015
3.2.6 Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah. Ia dibahagikan kepada
dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran
berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat
evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan
menghasilkan idea asli yang bersifat generatif. Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai
satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.
Strategi berfikir merupakan proses yang lebih tinggi peringkatnya. Ia melibatkan beberapa
langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses
mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KBKK secara
kritis dan kreatif digunakan.
Proses berfikir memerlukan aspek yang berikut:
a) Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang sesuatu objek itu
b) Kemahiran- menyoal diri sendiri tentang sesuatu objek itu
c) sikap/Nilai- keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu objek itu.
Rajah 2.10: Proses Berfikir
Sikap/nilai
Kemahiran/kognitif
Pengetahuan
PSV 3073E 2015
Strategi penerapan pula perlu menggabungkan tiga pendekatan pengajaran dan
pembelajaran KBKK iaitu;
a) Mengajar cara berfikir
b) Mengajar untuk berfikir
c) Mengajar tentang berfikir
PSV 3073E 2015
Rajah 2.11: Kemahiran Berfikir
3.2.7 Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara
yang dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut
kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap
penguasaan pembelajaran. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.
Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran,
diikuti dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran
murid adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap
tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan
aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan usaha
pemulihan.
Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri
a) Hasil pembelajaran perlu ditentukan, dan disusun mengikut hirarki atau unit
pembelajaran.
PSV 3073E 2015
b) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan
mengembirakan.
c) Keupayaan dan pencapaian dinilai semasa aktiviti pembelajaran.
d) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
e) semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
f) Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
g) Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri
Model Pembelajaran Masteri
Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan.
Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut;
Unit Pembelajaran 1
Penentuan hasil pembelajaran
Tindakan susulan aktiviti
pemulihan
Penilaian
Tindakan susulan aktiviti
pengayaan
Pengajaran dan Pembelajaran
Murid sudah
menguas
PSV 3073E 2015
Rajah 2.12: Model Pembelajaran Masteri
3.3 Kaedah dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV
3.3.1 Kaedah Individu
• Menumpukan perhatian kepada seorang individu atau murid.
• Berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain.
• Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan
pencapaian serta kadar kepantasan murid.
• Murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.
• Dijalankan dalam dua matlamat mengikut tujuan dan objektifnya.
• Pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh individu-individu tertentu.
• Sesuai untuk pengajaran pemulihan
• Memperkaya pengalaman pembelajaran individu.
• Belajar tanpa bergantung pada bantu guru tetapi memerlukan bimbingan guru.
Sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji/memahami objektif
pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini.
• Hubungan guru dan murid paling minima.
• Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai
kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing.
• Kaedah ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan
pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar
dan cara mempelajarinya.
Unit Pembelajaran 2
PSV 3073E 2015
• media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita
rakaman video, dan lain-lain boleh digunakan.
• Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.
3.3.2 Kaedah Kumpulan
• Menurut Gibb (1969) ia didefinisikan, “beberapa orang individu yang mempunyai tujuan
yang sama, saling berhubungan dan bertukar‐tukar pendapat serta fikiran dan
bergantung di antara satu sama lain atau berganding bahu dalam apa juga aktiviti untuk
mencapai objektif mereka.”
• L.M.Smith (1969) pula menyatakan; “unit sosial yang terdiri daripada beberapa individu
yang berinteraksi di antara satu sama lain, mempunyai nilai nilai yang sama dan saling
bergantung di antara mereka.
• Berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan guru kepada
berpusatkan pelajar.
• Ianya bertujuan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran yang tertentu.
• mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka .
3.3.3 Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan kembara visual.
Simulasi
• Murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan.
• Melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan
kemudian melakonkannya tanpa sebarang skrip.
• Disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang mementingkan interaksi
individu serta kumpulan.
• Dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar.
• Berkesan terutama melibatkan aktiviti komunikatif.
• Membolehkan murid berinteraksi dengan menggunakan bahasa dalam situasi sosial
yang disediakan olok-olok oleh guru dalam bilik darjah.
• Murid perlu membayangkan keadaan situasi sosial yang sebenar terlebih dahulu
sebelum dapat berinteraksi dalam situasi-situasi tersebut.
PSV 3073E 2015
• Guru merancang aktiviti yang melibatkan murid berlatih untuk berinteraksi dalam situasi
sosial yang berlaku seharian di luar bilik darjah.
• Guru boleh memberi peranan-peranan tertentu kepada beberapa orang murid dan
kemudian meminta mereka melakonkan peranan-peranan tersebut secara spontan.
• Murid mempunyai kebebasan untuk memilih sendiri bahasa yang hendak digunakan
dalam situasi yang diberi oleh guru.
• Murid juga diberi kebebasan untuk memperkembang watak yang diberi.
• Dirancang oleh guru dengan teliti.
• Menekankan perkara berikut;
- Sebelum : terangkan terlebih dahulu kepada kelas situasinya.
- Sewaktu : murid-murid lain diminta memerhati. Pemain-pemain peranan harus tidak
terkeluar daripada peranan mereka. Apabila tiba masa yang sesuai, guru
menamatkannya.
- Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid.
Sumbangsaran
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan
satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan
pendapat dan idea.
Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan
berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada
peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan
pembelajaran secara analitis.
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid.
Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.
Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan
dalam sesi umum.
Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.
Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.
Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.
Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.
PSV 3073E 2015
Digalakkan menggunakan prinsip 5W + 1H ( What? Why? Who? Where? When? +
How? )
Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.
Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan.
Projek
• Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau
aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu.
• Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik darjah
dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.
• Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan
pengalaman pelajar semasa menjalankan projek.
• Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam
menghasilkan sesuatu projek.
• Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan
aktiviti.
• Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar.
• Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi.
• Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran.
• Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan
jika dapat menyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.
Akses Kendiri
• Seseorang pelajar belajar apa yang ia kehendaki pada kadar sendiri di sesuatu tempat
yang disediakan. Tempat ini dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri.
• Ciri-cirinya memerlukan tempat yang selesa, koleksi bahan bacaan dan rujukan, setiap
unit pelajaran dibahagikan kepada unit yang terkecil dan setiap unit disimpan di dalam
“folder” yang berasingan.
• Setiap unit disertakan dengan arahan, latihan dan jawapan.
• Penggunaan Pusat Akses Kendiri terbahagi kepada, Ikut Jadual dan Tanpa Jadual
• Setiap pelajar mempunyai kad rekod kemajuan.
• Peranan guru menentukan aras kecerdasan pelajar, mengenalkan konsep akses
kendiri, pemudahcara (bila perlu) dan memantau rekod pencapaian dan membuat
komen.
PSV 3073E 2015
• Kaedah yang boleh digunakan ialah seperti terarah kendiri, mesra pengguna,
Maklum balas semerta, masa kendiri, kadar kendiri dan bersendirian tanpa
pengawasan.
Kembara Visual
• Kembara visual ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa
yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar.
• Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu
yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah.
• Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman
secara langsung.
• Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa
kesan kepada pembelajaran.
• Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan
antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku.
• Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah
dengan pembelajaran kandungan di sekolah.
• Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperimental dan lebih menyeronokkan kerana
perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.
• Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini
akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar.
• Garis panduan teknik membuat lawatan:
Sebelum
Persediaan - tentukan tempat, objektif, tempat, jadual lawatan, agihan tugas AJK, taklimat
lawatan.
-Surat/panggilan telefon/layari internet jika perlu.
Semasa
Perlaksanaan aktiviti – ikut jadual, kawal semua murid, memberikan makluman
Selepas
PSV 3073E 2015
Tindakan susulan - adakan perbincangan tentang nilai yang terkandung dalam lawatan
kesesuatu tempat itu. Ceritakan pengalaman tentang lawatan dalam kelas / persatuan /
perhimpunan sekolah. Hasilkan laporan dalam pelbagai bentuk seperti buku skrap, koleksi
gambar, lukisan dan lain-lain.
3.4 Teknik dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV
3.4.1 Teknik soal jawab
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang
pendidikan.
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang
berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan isi pelajaran dan murid dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan murid berfikir disamping dapat menguji dan
menilai apa yang diajar.
Untuk mengesan pengetahuan asas seni murid.
Untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang telah ditunjuk ajar.
Memberi masa untuk murid berfikir menjawab soalan.
-Contohnya, guru memberi ruang masa kepada murid ketika menjawab soalan
berkenaan beberapa warna harmoni yang terdapat dalam gambar tersebut.
PSV 3073E 2015
Guru mengendalikan jawapan murid yang salah dengan baik. Misalnya, tidak memarahi
murid apabila soalan yang dijawab itu salah.
-Contohnya, “bagus kerana menjawab, tetapi jawapan yang lebih baik ialah campuran
warna primer akan menghasilkan warna sekunder.”
Guru perlu mendorong murid untuk menjawab sesuatu soalan yang diberi.
Contohnya, guru membuat tunjuk cara untuk menghasilkan “topeng muka kartun
kegemaranku” terlebih dahulu. Kemudian bantu murid ketika melaksanakan tugasan
yang diberikan. Dorongan ini boleh dalam bentuk petunjuk-petunjuk yang dapat
membantu murid-murid melaksanakan tugas dengan lebih baik.
Guru meminta murid menceritakan atau menjelaskan jawapan yang tidak jelas atau
tidak lengkap.
Teknik soal jawab ini boleh dilaksanakan mengikut aras rendah kepada aras tinggi.
Soalan-soalan yang diberikan memerlukan laporan dari aspek perasaan, pendapat atau
kegemaran, mengubah bentuk maklumat seperti membuat perbandingan, rumusan, dan
menyusun semula nilai maklumat yang diberikan misalnya, melaksanakan tugasan
berdasarkan prosedur yang diberikan.
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar,
dapat mengapresiasikan sesuatu karya estetik dengan lebih baik di samping dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
3.4.2 Teknik memberi arahan
• Guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan
AKHIR sesuatu aktiviti.
• Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan prose yang dicadangkan
oleh Gallahue (1995)
• Tujuan teknik ini;
- Mengawal penuh pengajaran
- Memilih aktiviti
- Menentukan bagaimana dan bila
- Mengawal tingkah laku
- Menilaikeputusan
- Menjimatkan masa untuk membuat percubaan
• Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahiran yang
digunakan.
PSV 3073E 2015
• Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.
• Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut
• Guru mengarahkan murid-murid mengeluarkan bahan dan alat.
• Guru meminta murid-murid duduk dalam kumpulan. Murid-murid menjalankan aktviti
kolaj dalam kumpulan. Guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua
kumpulan.
• Guru menunjukkan cara-cara menghasilkan hasil kerja.
• Kumpulan yang dapat menyiapkan hasil kerja dengan segera diminta untuk bersedia
untuk aktiviti pembentangan.
• Guru meminta murid-murid lain memberi respon / komen tentang hasil rakan-rakan
mereka.
• Guru memberi bimbingan kepada murid-murid selepas membuat pembentangan.
3.4.3 Teknik tunjukcara, teknik tindakbalas, teknik bercerita, teknik kawalan kelas,
menggunakan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran.
Teknik tunjuk cara
• Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu
aktiviti mengikut prosedur.
• Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk
menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.
• Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, gimnastik atau
proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.
• Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak
dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.
• Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah.
• Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu
eksperimen.
• Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
• Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.
• Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru
kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran.
• Tiga jenis tunjuk cara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.
PSV 3073E 2015
• Untuk menghasilkan pembelajaran melalui tunjuk cara yang berkesan, guru hendaklah
mematuhi prinsip-prinsip berikut:
Sebelum demonstrasi
• Guru hendaklah mematuhi topik, objektif, dan kandungan tunjuk cara.
• Alatan dan bahan disediakan.
• Tempat demonstrasi hendaklah jelas dan mudah dilihat.
Semasa demonstrasi
• Guru hendaklah memandang ke arah pelajar semasa penerangan.
• Terangkan semula sekiranya ada yang tidak jelas.
Selepas demonstrasi
• Bincangkan dengan pelajar tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat
rumusan dengan tepat.
3.4.4 Teknik penerangan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber P&P.
• Menurut Edward M. Antony;1963, kemahiran guru digunakan untuk pengelolaan dan
pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
• Kaedah membentuk teknik seperti teknik bercerita (teknik penyampaian)
• Satu muslihat, strategi atau kemahiran digunakan guru dengan tujuan mencapai objektif
pelajaran secara optimum.
• Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru.
• Mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan hukum.
• Memperkenalkan pengetahuan dan pengalaman.
• Mengakumulasikan maklumat untuk membentuk hukum.
• Membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh tertentu.
• Pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-
contoh.
• Bermatlamatkan pemerolehan struktur kognitif.
PSV 3073E 2015
• Membentuk satu tatacara yang berkesan bagi mengajar kemahiran bahasa iaitu
memahami, menulis dan bertutur.
• Generalisasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit.
• Contoh-contoh yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi.
• Contoh hendaklah bertepatan dengan isi pelajaran.
• Contoh mestilah betul supaya murid dapat meniru dan menghasilkan contoh yang lain.
• Cara mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.
• Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan.
• Teknik ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara tradisinya, guru patut
memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.