psz 19:16 (pind. 1/97) · psz 19:16 (pind. 1/97) uni versiti teknologi malaysia . b. o rang...

21
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA U BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS B JUDUL :PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK JUDUL : NIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN KBSM TINGKATAN 5 BERTAJUK “PROGRESSIONS” BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME DAN PENDEKATAN PENYELESAIAN MASALAH SESI PENGAJIAN : 1 2008/2009 Saya SITI AZARIA BINTI MOHD TAIB (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) 4 TIDAK TERHAD ______________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 16, JLN SRI SUTERA 6, TAMAN SRI SUTERA EN. SHAHARUDDIN MD. SALLEH 82000 PONTIAN, Nama Penyelia JOHOR DARUL TA’ZIM Tarikh: Tarikh: CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan sekali surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: others

Post on 22-Oct-2020

0 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

    UUNNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA UU

    BBOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN SSTTAATTUUSS TTEESSIISS♦♦ B

    JUDUL :PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK JUDUL :

    NNIIVVEERRSSIITTII TTEEKKNNOOLLOOGGII MMAALLAAYYSSIIAA

    BOORRAANNGG PPEENNGGEESSAAHHAANN SSTTAATTUUSS TTEESSIISS♦♦

    PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN KBSM TINGKATAN 5 BERTAJUK “PROGRESSIONS” BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME DAN PENDEKATAN PENYELESAIAN MASALAH

    SESI PENGAJIAN : 1 2008/2009

    Saya SITI AZARIA BINTI MOHD TAIB (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

    Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan

    pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

    institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )

    SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

    TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

    organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) 4 TIDAK TERHAD ______________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

    NO 16, JLN SRI SUTERA 6, TAMAN SRI SUTERA EN. SHAHARUDDIN MD. SALLEH 82000 PONTIAN, Nama Penyelia JOHOR DARUL TA’ZIM Tarikh: Tarikh:

    CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

    ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan sekali surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

    ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

  • PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI MATAPELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN KBSM TINGKATAN 5 BERTAJUK “PROGRESSIONS” BERDASARKAN TEORI KONSTRUKTIVISME DAN PENDEKATAN

    PENYELESAIAN MASALAH

    SITI AZARIA BINTI MOHD TAIB

    Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana

    Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    NOV, 2008

  • ii

    “Saya akui kerja ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

    Tandatangan : …………………………………….

    Nama Penulis : SITI AZARIA BINTI MOHD TAIB

    Tarikh :

  • iii

    “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

    Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”

    Tandatangan : ……………………………………….

    Nama Penyelia : EN. SHAHARUDDIN MD. SALLEH

    Tarikh :

  • iv

    Buat Ayahanda Bonda dan kekanda yang disayangi

    Restu dan doa kalian mengiringi kejayaan

    Buat yang tersayang

    Hadirmu membawa sinar

    Rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi

    Semangat dan dorongan kujadikan sandaran

    Pensyarah pembimbing yang dihormati

    Harapan dan sumbangan membantu kesempurnaan

    Tiada lain lebih bererti Selagi kalian masih disisi

    Terima kasih daun keladi Semoga kelak ketemu lagi

  • v

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan rahmat-Nya dapat juga

    saya menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Sekalung penghargaan buat

    pensyarah pembimbing iaitu Encik Shaharuddin Md. Salleh di atas segala tunjuk ajar

    dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang saya menyiapkan projek ini.

    Tidak lupa juga buat ibu bapa yang dicintai serta abang dan kakak yang

    dikasihi yang tidak putus- putus memberikan sokongan, dorongan, kasih sayang, doa

    dan segala-galanya dari dulu sehingga kini.

    Buat sahabat-sahabat yang tidak jemu-jemu mendengar keluhan serta

    memberi nasihat serta dorongan kepada diri ini, terima kasih yang tidak terhingga.

    Buat sahabat-sahabat seperjuangan khususnya kepada sahabat SPT 04-08, ukhuwah

    ini ibarat bunga yang mekar, harum mewangi sepanjang zaman.

    Seterusnya buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau

    tidak, hanya Allah s.w.t yang layak membalas jasa dan budi kalian. Terima kasih atas

    segala- galanya.

  • vi

    ABSTRAK

    Pencantuman teknologi melalui jaringan komunikasi digital dan teknologi

    telah membenarkan pelbagai strategi pengajaran dilaksanakan. Seperti

    perkembangan teknologi dalam bidang lain, pendidikan melalui teknologi telah

    membuka mata pendidik dalam menyedari kepentingan penggunaannya, serta

    bagaimana ianyanya boleh diaplikasikan bagi tujuan pendidikan. Projek ini

    dilaksanakan bertujuan membangunkan laman web Matematik Tambahan Tingkatan

    Lima bagi tajuk Progressions. Teori pembelajaran konstruktivisme digunakan untuk

    menyampaikan isi kandungan tajuk kepada pengguna manakala Model pembangunan

    ADDIE diaplikasikan sebagai panduan bagi proses pembangunan perisian

    berasaskan laman web ini. Perisian berasaskan laman web ini dibangunkan dengan

    menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8 sebagai perisian utama dan

    disokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop

    CS 2 dan Sound Forge 6.0. Diharapkan perisian ini dapat membantu pengguna untuk

    menambah kefahaman konsep dan kemahiran matematik bagi tajuk Progressions ini

    dengan baik disamping kebolehan menyelesaikan masalah dalam topik Progressions.

  • vii

    ABSTRACT

    The combination of technology with digital communication has leading to

    many strategies in teaching to be conducted. As other technology development in

    many other fields, education with technology has provides new signal to educators

    on how important it can be applied for learning purpose. This project was carried out

    to develop a web based learning courseware for Additional Mathematics Form Five

    students in learning about Progressions topic. The learning theory of constructivism

    was used to deliver contents in the subtopics while the ADDIE design model was

    applied as a guide to develop this website. This website was developed by using

    Macromedia Dreamweaver 8 as main software and supported by other software such

    as Macromedia Flash 8, Adobe Photoshop CS 2 and Sound Forge 6.0. Hopefully, the

    software could help the users to enhance their understanding and knowledge about

    the concept of Progressions and be able to develop the skills to solve problems in

    Progressions topics.

  • viii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA HALAMAN

    1

    PENGESAHAN PENYELIA

    HALAMAN JUDUL

    PENGAKUAN PENULIS

    PENGAKUAN PENSYARAH

    DEDIKASI

    PENGHARGAAN

    ABSTRAK

    ABSTRACT

    KANDUNGAN

    SENARAI JADUAL

    SENARAI RAJAH

    SENARAI LAMPIRAN

    SENARAI SINGKATAN

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    1.2 Latar Belakang Masalah

    1.3 Pernyataan Masalah

    1.4 Objektif Projek

    1.5 Kepentingan Projek

    1.5.1 Pelajar

    1.5.2 Guru

    1.5.3 Fakulti Pendidikan UTM

    ii

    iii

    iv

    v

    vi

    vii

    viii

    xii

    xiii

    xiv

    xv

    1

    1

    3

    4

    5

    5

    6

    6

    7

  • ix

    2

    3

    1.5.4 Sekolah

    1.5.5 Kementerian Pelajaran Malaysia

    1.6 Skop/Batasan Projek

    1.7 Definisi Istilah/Operasional

    1.8 Penutup

    SOROTAN PENULISAN

    2.1 Pengenalan

    2.2 Penggunaan Teknologi Dalam Membantu Proses

    Pengajaran dan Pembelajaran

    2.3 Teori Pengajaran & Pembelajaran

    2.4 Strategi Pembelajaran

    2.4.1 Strategi Pembelajaran Tradisional

    2.4.2 Strategi Pembelajaran Berbantukan

    Komputer (PBK)

    2.4.2.1 Penyelesaian Masalah

    2.4.2.2 Tutorial

    2.4.2.3 Simulasi

    2.4.2.4 Latih Tubi

    2.4.2.5 Penemuan

    2.5 Rekabentuk Pengajaran

    2.5.1 Model ADDIE

    2.5.2 Model ASSURE

    2.5.3 Model PIE

    2.6 Elemen Multimedia Yang Digunakan Dalam

    Pembangunan Laman Web

    2.7 Penutup

    METODOLOGI

    3.1 Pengenalan

    3.2 Model Reka Bentuk Laman Web Pembelajaran

    3.2.1 Fasa Analisis (Analyze)

    3.2.1.1 Penentuan Pengetahuan Sedia Ada

    7

    7

    8

    8

    10

    11

    11

    12

    15

    22

    22

    23

    24

    28

    28

    29

    29

    30

    30

    32

    34

    35

    37

    39

    39

    40

    40

    40

  • x

    4

    dan Prasyarat Pembelajaran Pelajar

    3.2.1.2 Penentuan Butir-Butir Diri Pelajar

    3.2.1.3 Penentuan Gaya Pembelajaran

    Pelajar

    3.2.1.4 Keperluan Peralatan

    3.2.1.4.1 Spesifikasi Perkakasan

    3.2.1.5 Keperluan Kos

    3.2.1.6 Keperluan Masa

    3.2.1.7 Keperluan Tenaga Pakar

    3.2.1.8 Penentuan Budaya Kerja

    3.2.1.9 Penentuan Kandungan Pelajaran

    3.2.1.10 Penentuan Tingkah Laku yang

    Diharapkan

    3.2.1.11 Penentuan Matlamat Pengajaran

    3.2.2 Fasa Rekabentuk

    3.2.2.1 Pembentukan Objektif

    3.2.2.2 Pembentukan Item-item Ujian

    3.2.2.3 Pemilihan Strategi-Strategi

    Pengajaran

    3.2.3 Fasa Pembangunan (Develop)

    3.2.3.1 Pembinaan Carta Alir

    3.2.3.2 Pembinaan Papan Cerita (Story

    Board)

    3.2.3.3 Perisian yang Digunakan

    3.2.3.4 Pembinaan Prototaip Laman Web

    3.2.3.5 Penghasilan Laman Web Akhir

    3.2.4 Fasa Pelaksanaan (Implement)

    3.2.5 Fasa Penilaian (Evaluate)

    3.2.5.1 Penilaian Formatif

    3.2.5.2 Penilaian Sumatif

    3.3 Penutup

    HASIL REKABENTUK

    41

    41

    42

    43

    43

    43

    44

    44

    44

    45

    46

    46

    46

    47

    48

    49

    49

    49

    51

    52

    52

    52

    52

    53

    53

    54

    55

  • xi

    5

    RUJUKAN

    Lampiran

    A-C

    4.1 Pengenalan

    4.2 Paparan Laman Web

    4.2.1 Permulaan Perisian

    4.2.2 Bahagian Topik Pembelajaran

    4.2.3 Bahagian Latihan dan Contoh

    4.2.4 Bahagian Penilaian

    4.2.5 Bahagian Rekreasi

    4.2.6 Kemudahan Lain Dalam Perisian

    4.2.6.1 Bahagian Related Links

    4.2.6.2 Bahagian Sitemap

    4.3 Ciri-Ciri Multimedia Dalam Perisian

    4.3.6 Teks

    4.3.7 Grafik

    4.3.8 Animasi

    4.3.9 Audio

    4.4 Penutup

    PERBINCANGAN DAN CADANGAN

    5.1 Pengenalan

    5.2 Perbincangan

    5.2.1 Model Pembangunan Laman Web

    5.2.2 Aplikasi Teori Pembelajaran

    5.2.3 Kelebihan Laman Web

    5.2.4 Kekurangan Laman Web

    5.3 Masalah yang dihadapi

    5.3.1 Kesuntukan Masa

    5.3.2 Kekurangan Kemahiran dan Kepakaran

    5.4 Cadangan dan Penambahbaikan

    5.5 Penutup

    55

    55

    56

    59

    64

    67

    69

    70

    71

    71

    73

    73

    74

    74

    74

    75

    76

    76

    77

    77

    78

    79

    80

    81

    81

    82

    82

    83

    84

    86-95

  • xii

    SENARAI JADUAL

    JADUAL

    PERKARA

    HALAMAN

    3.1 Carta Gant Semester 1 86

    3.2 Carta Gant Semester 2 90

  • xiii

    SENARAI RAJAH

    RAJAH PERKARA HALAMAN

    3.1

    3.2

    3.3

    4.1

    4.2

    4.3

    4.4

    4.5

    4.6

    4.7

    4.8

    4.9

    4.10

    4.11

    4.12

    4.13

    4.14

    4.15

    4.16

    4.17

    4.18

    4.19

    4.20

    Papan Cerita Home

    Papan Cerita Topics

    Papan Cerita Exercises

    Paparan Home

    Paparan Learning Objectives

    Paparan Glossary

    Paparan Contact

    Paparan Topics

    Paparan Arithmetic Progressions.

    Paparan Geometric Progressions

    Paparan Subtopic 4 Arithmetic Progression

    Paparan Subtopic 5 GeometricProgression

    Paparan Exercises

    Paparan Question 1

    Paparan Hint

    Paparan Guide

    Paparan Check

    Paparan Assessment

    Paparan Check Answers

    Paparan Fun Math

    Paparan Forums

    Paparan Related Links

    Paparan Sitemap

    50

    50

    51

    56

    57

    58

    58

    59

    60

    60

    62

    63

    64

    65

    65

    66

    67

    68

    68

    69

    70

    71

    72

  • xiv

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN

    PERKARA

    HALAMAN

    A Carta GANT 86

    B

    C

    Carta Alir

    Borang Penilaian Formatif

    92

    95

  • xv

    SENARAI SINGKATAN

    HTML

    ICT

    KBKK

    KBSM

    KPM

    PBK

    PPSMI

    SPM

    URL

    UTM

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    Hypertext Markup Language

    Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

    Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Pembelajaran Berbantukan Komputer

    Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

    Bahasa Inggeris

    Sijil Pelajaran Malaysia

    Universal Resource Locator

    Universiti Teknologi Malaysia

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Pendidikan merupakan bidang yang sentiasa mengalami perubahan,

    bergantung kepada perkembangan terhadap persekitaran. Peralihan zaman

    melibatkan perubahan dalam aspek kehidupan manusia. Kini, penggunaan internet

    dan multimedia berlaku dalam semua bidang hasil daripada perkembangan teknologi

    maklumat dan komunikasi (ICT). Perkembangan kemajuan ICT pada masa kini turut

    memberi impak kepada bidang pendidikan. Perubahan yang berlaku dalam dunia

    pendidikan akan turut memberi kesan terhadap kurikulum matematik.

    Langkah kerajaan menggabungkan aspek-aspek teknologi dalam kurikulum

    sekolah dilihat sebagai suatu usaha yang komited ke arah menyemai dan memupuk

    minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi, sekaligus

    mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan.

    Penggabungan teknologi dengan kurikulum bukan sahaja melengkapkan kaedah

    pembelajaran, malah dapat menambah kecekapan proses pengajaran dan

    pembelajaran (Noraini Idris, 2001). Penggunaan teknologi dalam pendidikan dapat

    membaiki kualiti pengajaran serta mampu mengubah kepentingan dalam kurikulum

  • 2

    terutama dalam penyelesaian masalah. Sejak kebelakangan ini, Kementerian

    Pelajaran Malaysia dan Pusat Pengajian Tinggi melihat ke arah pembelajaran secara

    elektronik sebagai satu kaedah yang dapat membantu pelajar dalam memahami

    konsep bagi subjek yang diajar. Sebagai contoh, dalam program Pengajaran

    Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), penggunaan

    perisian kursus dilihat dapat membantu guru dan pelajar.

    Pengenalan kepada persekitaran pembelajaran bestari adalah merupakan satu

    senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan

    teknologi, sosial dan budaya masa kini (Ismail Zain, 2002). Keberkesanan

    pendidikan ini dapat dilihat daripada peranan guru dan pelajar dalam proses

    pembelajaran bersepadu melalui kurikulum yang mantap. Proses pembelajaran

    seharusnya mempunyai ciri-ciri yang dapat menjana pemikiran pelajar ke arah

    memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh. Terdapat empat perkara

    yang difokuskan dalam persekitaran pembelajaran bestari. Pertamanya, berfokuskan

    pelbagai domain bagi membolehkan perkembangan pemikiran pelajar yang

    menyeluruh dan bersepadu. Keduanya, perlu mengintegrasikan ilmu pengetahuan,

    kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang tepat merentasi kurikulum.

    Seterusnya, pencapaian pembelajaran perlu dnyatakan secara eksplisit supaya

    pembelajaran berlaku secara kendiri merentasi tahun dan tingkatan. Fokus terakhir

    adalah mengintegrasikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap, sejajar dengan era

    teknologi maklumat.

    Dalam usaha untuk mewujudkan pembelajaran yang bermakna, tiga aspek

    penting perlu digabungjalinkan iaitu aspek pedagogi, psikologi dan teknologi. Ianya

    perlu disepadukan dalam proses perlaksanaan aktiviti pembelajaran dengan adanya

    suatu reka bentuk pengajaran bersistem. Ini bermaksud, setiap aktiviti pembelajaran

    harus mempunyai ciri-ciri yang dapat mempelbagaikan kaedah mengikut kesesuaian

    pelajar. Pelbagai kecerdasan yang ada dalam aspek psikologi pelajar perlu

    dikenalpasti dan diterokai dengan sebijak mungkin melalui pelbagai jenis media

    pengajaran (Ismail Zain, 2002).

  • 3

    Projek pembangunan laman web yang akan dihasilkan adalah berdasarkan

    topik daripada subjek Matematik Tambahan KBSM Tingkatan 5 di bawah tajuk

    Progression. Beberapa pendekatan serta teori pembelajaran berkaitan yang akan

    digunakan dalam pembangunan akan diperjelaskan dalam bab selanjutnya.

    1.2 Latar Belakang Masalah

    Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Ismail

    Zain, 2002). Bagi mewujudkan situasi pembelajaran yang menyeronokkan sekaligus

    berkesan kepada pelajar, guru haruslah kreatif mengenengahkan strategi yang boleh

    menimbulkan minat pelajar dan mendorong pelajar-pelajar memberi tumpuan dalam

    proses pembelajaran. Langkah penggubalan semula kurikulum Matematik

    Tambahan serta penggunaan Bahasa Inggeris bagi matapelajaran sains dan

    matematik mungkin telah menyebabkan pelajar bertambah hilang minat mempelajari

    subjek ini. Mereka hanya belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam

    peperiksaan, sedangkan matlamat utama pembelajaran adalah bagi membentuk

    modal insan yang berjaya. Proses pembelajaran haruslah memberi kesan positif

    dalam kehidupan pelajar seterusnya mampu menyelesaikan masalah seharian yang

    berkaitan. Selain itu, tajuk Progression telah berubah daripada tajuk kedua yang

    diajar pada Tingkatan 4 kepada tajuk pertama diajar pada Tingkatan 5. Ini kerana

    pelajar perlu menguasai tajuk-tajuk lain seperti Simultaneous Equations bagi

    membolehkan mereka mengaitkan isi pelajaran serta menyelesaikan masalah. Minat

    pelajar terhadap matapelajaran Matematik Tambahan ini perlu dipupuk dengan

    penggunaan teknologi supaya mereka dapat memahami keseronokan

    mempelajarinya. Pencantuman teknologi melalui jaringan komunikasi digital dan

    teknologi telah membenarkan pelbagai strategi pengajaran dilaksanakan. Seperti

    perkembangan teknologi dalam bidang lain, pendidikan melalui teknologi telah

    membuka mata pendidik dalam menyedari kepentingan penggunaannya serta

    bagaimana ianyanya boleh diaplikasikan bagi tujuan pendidikan.

  • 4

    Sebelum 1980-an, komputer hanya digunakan bagi tujuan menyampaikan

    maklumat dan memberi latihan serta tutorial kepada pelajar (David H. Jonassen et.

    al, 2003). Selepas waktu tersebut, pendidik mula memilih untuk

    memperkembangkan penggunaan komputer dengan lebih produktif. Teknologi

    memberikan medium yang fleksibel dalam mempersembahkan kefahaman pelajar

    dan apa yang mereka pelajari. Kaedah penggunaan teknologi dalam pendidikan

    seharusnya berubah daripada teknologi-sebagai-pengajar kepada teknologi-sebagai-

    rakan. Pelajar tidak belajar dari teknologi, tetapi melalui kemahiran berfikir. Oleh

    itu, teknologi berperanan menyokong pemikiran pelajar apabila belajar menggunakan

    teknologi. Teknologi merupakan lebih daripada perkakasan, malah teknologi

    menyediakan persekitaran yang menghubungkan pelajar dengan pelajaran.

    Pembelajaran berasaskan teknologi banyak melibatkan kemahiran berfikir secara

    kreatif dan kritis (KBKK) serta kemahiran menyelesaikan masalah. Pembelajaran

    menggunakan teknologi akan menjadi berkesan sekiranya teknologi mampu

    membentuk pelajar belajar secara lebih bermakna.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Penggunaan teknologi dalam pendidikan bukan bertujuan mengubah teks dari

    buku-buku rujukan menjadi teks elektronik, sebaliknya menyediakan pendekatan

    yang berbeza dalam kaedah penyampaian ilmu. Ianya membolehkan strategi

    pengajaran berubah dari pelajar menerima arahan guru kepada pelajar belajar melalui

    kaedah inkuiri-penemuan serta kemahiran penyelesaian masalah. Menurut David H.

    Jonassen et.al (2003), teknologi membolehkan pelajar berkemahiran dalam proses

    menyelesaikan masalah berdasarkan kemudahan mendapatkan maklumat,

    menganalisa masalah seterusnya membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah

    yang dikehendaki. Kebanyakan isu dalam bidang pendidikan adalah berkaitan

    dengan pembelajaran secara individu berdasarkan masa dan tempat yang fleksibel

    (Luis & Joaquim Borges Gouveia, 2003). Kemudahan ICT juga membolehkan

    pembelajaran sepanjang hayat direalisasikan dan pelajaran dapat disampaikan

  • 5

    dengan lebih berkesan berbanding kaedah tradisional. Oleh yang demikian, satu

    laman web bagi subjek Matematik Tambahan KBSM Tingkatan 5 bertajuk

    Progressions akan dibangunkan. Oleh itu, laman web yang akan dibangunkan akan

    menggunakan strategi penyelesaian masalah berdasarkan teori konstruktivisme.

    1.4 Objektif Projek

    i. Merekabentuk dan membangunkan laman web bagi matapelajaran

    Matematik Tambahan KBSM Tingkatan 5 bertajuk Progressions

    berasaskan teori Konstruktivisme dan pendekatan Penyelesaian Masalah.

    ii. Menambah sumber rujukan berasaskan web bagi matapelajaran

    Matematik Tambahan KBSM Tingkatan 5 bertajuk Progressions dalam

    Bahasa Inggeris.

    StatusTesisUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS( Saya SITI AZARIA BINTI MOHD TAIB

    HALAMAN JUDULKANDUNGANSITIAZARIAAP040288D2008TTP