qr code dpys12 finall - yayasan...
TRANSCRIPT
2
Yayasan Selangor
YAYASAN SELANGOR
VISI‘Menyediakan Prasarana Pendidikan Yang Efektif Dalam Membentuk Generasi Insan Kamil’
MISI‘Menjana Dana, Mengenal Pasti Kumpulan Sasar, Membiayai Pendidikan Untuk Semua’
MOTTO“PENDIDIKAN UNGGUL: MENGUPAYA INSAN, MEREALISASI WAWASAN”
OBJEKTIF
* Memberikan pendedahan kepada pelajar format perbahasan gaya parlimen dan supaya pelajar membangunkan kemahiran perdebatan yang baik.
* Melahirkan pelajar yang ‘well rounded’ bukan sahaja berkemampuan dalam bidang akademik,
kokurikulum dan keusahawanan.
*Mengembangkan kemahiran pendebat dan pemidato dalam melahirkan idea bernas dan pengucapan awam.
3
PERUTUSANYAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat saya menitipkan sepatah dua kata di dalam buku program Pertandingan Debat dan Pidato Yayasan Selangor Kali Ke - 12.
Debat dan Pidato Yayasan Selangor (DPYS) merupakan program tahunan anjuran Yayasan Selangor yang menjadi platform menghimpunkan para pendebat dan pemidato seluruh Malaysia termasuk daripada Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Agama dan Sekolah Swasta. Melalui DPYS peserta diuji dengan topik – topik semasa di luar kotak pembelajaran bilik darjah. DPYS telah menjadi arena menguji bakat pengucapan awam, mengasah pemikiran kritis, analitikal dan spontan di samping sebagai medium beradu pendapat.
Penganjuran DPYS telah mendapat sambutan yang sangat baik sejak pertama kali diadakan. Bermula sebagai pertandingan tertutup, tahun demi tahun , ia kemudian membesar, terbuka dan dipertandingkan dengan pelbagai kategori. Ia tidak langsung telah melonjakkan nama Yayasan Selangor sebagai institusi pendidikan yang disegani. Tahun 2020 bakal menjadi edisi ke-12 buat pertandingan ini. Bersempena dengan usia Yayasan Selangor yang ke-50, DPYS12 disasarkan untuk disertai oleh lebih 50 pasukan debat melibatkan 200 orang pendebat serta 100 orang pemidato.
Bagi memastikan mutu pertandingan terus pada tahapnya, DPYS12 akan bekerjasama dengan Universiti Selangor sebagai lokasi program ini dilangsungkan. Perkampungan intelek ini turut berganding bahu dengan alumni debat Institusi Pengajian Tinggi seluruh Malaysia sebagai hakim pertandingan.
DPYS sememangnya telah memainkan peranan dalam membantu Yayasan Selangor memacu kejayaan berlandaskan misi dan visi Negeri Selangor amnya dan Yayasan Selangor khasnya. Oleh itu menjadi harapan Yayasan Selangor agar usaha murni ini dapat sediikit sebanyak mencambah nilai intelek, membudaya amalan membaca dan menyemarak sikap berfikir dalam kalangan murid. Sekian.
SELANGOR MAJU BERSAMA
DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARIDato’ Menteri Besar SelangorMerangkapPengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor
4
PERUTUSANKETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
YAYASAN SELANGOR
EN. EDDIE AHMAD KHODZALI
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan inayah serta izin-Nya jua, Yayasan Selangor dapat meneruskan tradisi bagi penganjuran Pertandingan Debat & Pidato Yayasan Selangor (DPYS) Kali Ke-12 Tahun 2020. Penganjuran ini telah mendapat sambutan yang sangat baik sejak pertama kali diadakan. Ia telah melonjakkan nama Yayasan Selangor sebagai sebuah institusi pendidikan yang disegani seantero Malaysia. Di ruangan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Selangor, khasnya kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang sentiasa memberi sokongan kepada penganjuran pertandingan ini.
Saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan pelbagai sekolah dari seluruh negeri di Malaysia. Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat bermakna bagi Yayasan Selangor yang akan memasuki usia penubuhan ke 50 tahun (Jubli Emas) selepas ditubuhkan pada 5 November 1970. Justeru itu, pihak penganjur mensasarkan 50 penyertaan bagi setiap katogeri. Alhamdulilah, saya amat berbangga kerana sebanyak 50 pasukan telah mengesahkan penyertaan berbanding 38 pasukan pada edisi lalu.
Oleh yang demikian, dengan adanya program ini, Yayasan Selangor telah berjaya membina sebuah medan ilmu yang berupaya meningkatkan tahap intelek dan sahsiah para murid sekali gus melahirkan para pendebat & pemidato yang bermutu dan berkualiti. Justeru, saya menyeru kepada semua peserta agar dapat memanfaatkan peluang ini sebaiknya dalam meningkatkan kemahiran diri di samping mengasah rangsangan pemikiran yang kritis demi mencipta hujah dan gaya bahasa yang tepat.
Akhir kata, semoga penganjuran DPYS edisi kali ini akan berjalan lancar dan seterusnya mencapai objektifnya. Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa penganjur yang sentiasa gigih dan komited demi memastikan perancangan yang di atur dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.
Selamat bertanding!
"PENDIDIKAN UNGGUL: MENGUPAYA INSAN, MEREALISASI WAWASAN"“SELANGOR MAJU BERSAMA”
EDDIE AHMAD KHODZALI FCMA, CGMA Yayasan Selangor
5
PERUTUSANPENGARAH KANAN PENDIDIKAN
YAYASAN SELANGOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat kita bertemu pada pertandingan Debat dan Pidato Yayasan Selangor kali ke-12. Saya bagi pihak penganjur amat berbesar hati dengan kehadiran para peserta khususnya murid sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Pada kesempatan ini, saya bagi pihak Yayasan Selangor juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kesudian Guru-guru untuk meluangkan masa bersama-sama kita pada hari yang mulia ini.
Pertandingan ini dianjurkan sebagai sala satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Selain itu, untuk melahirkan murid-murid yang mampu berfikir secara kritis dan spontan dalam menganalisis sesuatu isu untuk dipraktikkan dalam kelas, pembelajaran dan kehidupan seharian
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor, khususnya kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selan-gor yang sentiasa memberi sokongan kepada penganjuran ini. Semoga dengan sokongan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor mampu mencungkil bakat pelapis debat yang berkualiti demi mempersiapkan pasukan sekolah dalam bidang pengucapan awam bagi mengharumkan nama sekolah seterusnya menggarap kejayaan di pentas nasional mahupun global.
Akhir kata, sekalung penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana di atas komitmen yang diberikan serta syabas dan tahniah diucapkan kerana berjaya menganjurkan pertandingan ini.
Sekian, terima kasih.
Selamat Bertanding!
“PENDIDIKAN UNGGUL: MENGUPAYA INSAN, MEREALISASI WAWASAN”
“SELANGOR MAJU BERSAMA”
ZAHURA BINTI ZAKRY
Yayasan Selangor
PN. ZAHURA BINTI ZAKRY
6
ATURCARAMAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN & PENUTUP
PERTANDINGAN DEBAT & PIDATOYAYASAN SELANGOR KALI KE-12
PEMBUKAAN PENUTUP
Ketibaan Tetamu Jemputan
Ketibaan Perasmi: Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin ShariDato’ Menteri Besar SelangorPengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan
Nyanyian Lagu Negeri Selangor Dan Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Jamuan Makan Malam
Persembahan Pelajar
Ucapan Aluan Oleh:Puan Zahura Binti ZakryPengarah Kanan Pendidikan Yayasan SelangorMerangkap Pengerusi DPYS12 Ucapan Perasmian Pembukaan:Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin ShariDato’ Menteri Besar SelangorPengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan
Tayangan Multimedia DPYS12
Penyampaian Sijil Penghargaan & Cenderamata
Sesi Bergambar
Bersurai
8.30 malam :
9.00 malam :
9.15 malam :
11.30 malam :
Ketibaan Tetamu Jemputan
Ketibaan Perasmi:
Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan OthmanNaib Canselor Universiti Selangor (UNISEL)
Jamuan Makan*Bilik VIP (Dewan Naib Canselor)
Nyanyian Lagu Negeri Selangor dan Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Pertandingan Debat Akhir
Majlis PenutupUcapan Aluan Oleh:Puan Zahura Binti ZakryPengarah Kanan Pendidikan Yayasan SelangorMerangkap Pengerusi DPYS12
Ucapan Perasmian Penutup:Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan OthmanNaib Canselor Universiti Selangor (UNISEL)
Ulasan Ketua Hakim
Penyampaian Hadiah & Cenderamata
Sesi Bergambar
Bersurai
8.30 malam :
8.45 malam :
9.15 malam :
10.30 malam :
11.30 malam :
7
TENTATIF PROGRAMPERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO
YAYASAN SELANGOR KALI KE-12
8
PENYERTAAN DPYS 12PERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO
YAYASAN SELANGOR KALI KE-12 TAHUN 2020
SEK MEN AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG
SEK MEN ISLAM IQKL
SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
MRSM SULTAN AZLAN SHAH
SMK IBRAHIM
SEK MEN SAINS ALAM SHAH
MRSM FELDA
SEK MEN ISLAM DARUL EHSAN
MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG
MRSM TUN GHAFAR BABA
SEK MEN ISLAM AL-AMIN GOMBAK
SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK
SEK MEN SRI AL-AMIN BANGI
MRSM PENGKALAN CHEPA
SAM HULU LANGAT
ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG
MRSM KUANTAN
SAM RAWANG
SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI
SEK MEN SAINS SETIU
SMK SENTUL UTAMA
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN
SEK MEN INTEGRASI SAINS TAHFIZ MAIWP
KOLEJ MELAYU KUALA KANGSAR
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.
42.
43.
44.
45.
46.
MRSM BENTONG
MRSM GEMENCHEH
SEK MEN SAINS BANTING
SMKA MAAHAD HAMIDIAH
SMK JALAN TIGA
SMK JALAN EMPAT
SBPI RAWANG
MITS SEPANG
MRSM SERTING
SAMT SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
MITS KLANG
ASRAMA YAYASAN SELANGOR SABAK BERNAM
STELLA MARRIS ( INTERNATIONAL SCHOOL )
SAMT TENGKU AMPUAN JEMAAH
SMK TAMAN MELAWATI
MRSM SUNGAI BESAR
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
SBPI GOMBAK
SAM BESTARI
SEKOLAH SERI PUTERI
SBPI TUN ABDUL RAZAK
SAM PAYA JARAS
NAMA SEKOLAHBIL NAMA SEKOLAHBIL
9
jawatankuasa induk
SENARAI JAWATANKUASA PERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO YAYASAN SELANGOR
KALI KE-12 TAHUN 2020
PenaungY.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari
Penasihat En. Eddie Ahmad KhodzaliProf. Dato’ Dr. Muhammad Redzuan Othman (UNISEL)
PengerusiPn. Zahura Binti ZakryPn. Hajjah Rokmaa Binti Haji Mat (UNISEL)
SetiausahaPn. Hajjah Rosmaria Hani Binti MaarofPn. Norsianti binti Talib (UNISEL)
Penolong SetiausahaEn. Muhammad Haziq Bin Md IsaEn. Ahmad Fauzani Bin Ismail
BendahariPn. Norhafizah Binti BadrunPn. Siti Syazwani Binti Ab Latib (PSM SUK)
JK Protokol, Publisiti & JemputanEn. Zaini Bin SulaimanEn. Mohd Ali bin IthninEn. Azrul Azim bin Abd Wahab (UNISEL )
JK Makanan & JamuanPn. Nor Fazilah Binti MamatEn. Khairuman Bin Abu YaminPn. Jamiah Binti AsriEn. Mohamad Eiman Haiqal Bin Al BaharenPn. Norhayati Binti MatPn. Rosnani Binti Abdul Latib
JK Hadiah, Sijil & CenderamataPn. Muzaliha Binti Mohamad YusoffPn. Roshidah Binti Abdul MalekPn. Nor Azrina Binti Abd AzizPn. Norehan Binti Abd AzizEn. Muhammad Naquib Najmi
JK PersembahanPn. Norazah Binti Asari
JK Pengangkutan, Keselamatan, Kebajikan & KebersihanEn. Zohdi Bin IshakEn. Mohd Fadzil Bin Mohd YusopEn. Mohd Khairi bin Hashim (UNISEL)
Pengacara Majlis En. Izwanuddin Bin NgadaliCik. Norfazura Binti Jafri
Pembaca Doa En. Muhammad Nur Waafi Bin Badruldin
JK PenginapanEn. Jaafar Bin HussainEn. Mohamad Saiful Azrin Bin Shamsul BahriPn. Murniza Binti Mohd YunosPn. Rohani Binti HashimPn. Khairunisa Fatihah Binti Mat SaatEn. Mokhtar Dahari bin Dawe (UNISEL)
JK Penyertaan & PertandinganPn Nilawati Binti SairanPn. Rohani Binti HashimPn. Khairunisa Fatihah Binti Mat SaatEn. Muhammad Ishrafil Bin AzamPn. Husmaliza Binti Husin
JK Persiapan Dewan, Tempat Pertandingan & GimikEn. Zaidi Bin JaafarEn. Mohamad Zam Zam Bin MasturiEn. Mohd Fariz Bin Abd AzizEn. En. Mohd Ali Bin Abd GhaniEn. Mohd Zainal Fitri Bin KussarinEn. Mohd Zaki bin Haron (UNISEL)
JK Buku ProgramPn. Sabariah Binti Abdul En. Mohd Nazrin Bin Md RajiEn. Mohamad Hazrani Bin HarunEn. Mohd Shafiq Bin Nor HishamEn. Nor Alhapis Bin SalehanCik Noorenor Binti Shahromniza
JK Multimedia & PA SistemEn. Syaifudin Bin Mohd RazifEn. Wan Mohd Hafiz Bin Abdul JalilEn. Noridzwan bin Nordin (UNISEL)
JK Teknikal & PenyelenggaraanEn. Khairul Nizam Bin Abu BakarEn. Mohamad Harunarasid Bin SharimanEn. Ahmad Saidi Bin HashimEn. Mohammad Haris Fadzilah bin Mat Jamal (UNISEL)
JK Teknikal Pertandingan & KehakimanPn. Nora Azlina Binti Abd RazakPn. Khairidawati Binti Abd TalibCik Anisuriani Binti Abd RahimEn. Mohamad Saiful Azrin Bin Shamsul BahriPn. Roshidah Binti Abdul MalekEn. Muhammad Naquib NajmiEn. Juniran bin Nazri (UNISEL)
Ketua HakimEn. Mohammad Adam Danial Bin Hafiz Goh
10
PENGHARGAAN
Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin ShariYang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor
Pejabat Kerajaan Negeri Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia
Majlis Orator Universiti Malaya
Alumni Debat & Pidato IPT Malaysia
Pengetua & Guru-Guru
Universiti Selangor, Kampus Bestari Jaya
Para Peserta
Media Cetak & Media Elektronik
Ahli Jawatankuasa Pertandingan Debat & Pidato Yayasan Selangor Kali ke-12
Agensi Kerajaan, Swasta dan Semua Pihak Yang Terlibat Secara Langsung Atau Tidak Langsung Dalam Menjayakan
PERTANDINGAN DEBAT & PIDATOYAYASAN SELANGOR KALI KE-12
2020
11
autograf