r1001 unit 4

29
R1001 / UNIT 4/ 1 PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL Objektif am : Mengetahui Etika dan Protokol majlis rasmi. Mengamalkan Etika dan Protokol ketika menghadiri majlis. Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- mentakrifkan maksud Etika dan Protokol. mengetahui protokol-protokol untuk menghadiri majlis rasmi mengetahui dan mengamalkan etika dimeja makan. UNIT 4 OBJEKTIF PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Upload: mechestud

Post on 05-Dec-2014

3.597 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

R1001 - Polibriged

TRANSCRIPT

Page 1: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 1

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Objektif am :

• Mengetahui Etika dan Protokol majlis rasmi.

• Mengamalkan Etika dan Protokol ketika menghadiri majlis.

Objektif khusus :

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

Ø mentakrifkan maksud Etika dan Protokol.

Ø mengetahui protokol-protokol untuk menghadiri majlis rasmi

Ø mengetahui dan mengamalkan etika dimeja makan.

UNIT 4

OBJEKTIF

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Page 2: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 2

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

4.1 DEFINISI PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL

Protokol merupakan perkataan yang berasal Yunani iaitu protokollen yang

menggabungkan dua perkataan iaitu protos yang membawa maksud yang

pertama dan perkataan koiI yang bermaksud pelekat

Protokol merupakan etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam perlaksanaan

upacara-upacara tertentu berhubung dengan susunan keutamaan dalam pangkat

dan status seseorang.

Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos yang membawa

maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada

perlakuan seseorang.

Etika sosial yang hendak disampaikan dalam modul ini merupakan satu tingkah

laku dan sopan santun yang seharusnya anda lakukan untuk berinteraksi dengan

individu atau masyarakat sekeliling anda. Ia melibatkan amalan tingkah laku,

budi pekerti, imej serta keyakinan diri yang baik yang diiktiraf dan diamalkan

dalam masyarakat sama ada dalam majlis rasmi atau bukan rasmi.

INPUT

Page 3: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 3

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

4.2 TATASUSILA DAN KELAKUAN

Tatasusila atau adab tertib merupakan punca pengenalan peribadi seseorang.

Tidak semua tatasusila orang barat itu sesuai dengan orang timur terutamanya

yang beragama Islam.

4.2.1 Tatacara majlis rasmi

Majlis rasmi boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu:

i. Peringkat antarabangsa

ii. Peringkat Kebangsaan

iii. Peringkat Negeri

iv. Peringkat Daerah

v. Peringkat Agensi. (Kementerian, Jabatan, Swasta dan sebagainya)

Di peringkat persekutuan, semua majlis rasmi kerajaan dikelolakan oleh

sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Majlis Rasmi.

Apa yang akan diperbincangkan dalam modul ini adalah asas-asas kepada

tatacara majlis rasmi agar anda tidak terpinga-pinga atau kekok apabila

menghadir majlis rasmi.

a) Tatacara menghadiri majlis

Tetamu-tetamu bagi majlis rasmi biasanya diundang menggunakan kad

jemputan. Tanggunjawab anda sebagai tetamu bagi sesuatu majlis rasmi

adalah bermula daripada hari penerimaan kad jemputan dan berakhir

Page 4: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 4

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

apabila anda meninggalkan majlis tersebut. Oleh itu, sekiranya anda

menerima kad jemputan bagi sesuatu majlis rasmi, adalah menjadi

tanggungjawab anda untuk melakukan perkara-perkara berikut:

i. Anda hendaklah membaca kad jemputan dengan teliti. Perhatikan

apakah kad jemputan tersebut perlu dijawab atau disediakan pelekat

kenderaan.

ii. Telitilah tujuan jemputan dan jenis majlis yang akan diadakan. Adakah

ia majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Ini adalah penting untuk

menentukan jenis pakaian yang hendak dipakai sekiranya kad

jemputan tersebut tidak menyatakan jenis pakaian yang patut dipakai.

iii. Pastikan tarikh, hari, masa dan tempat majlis hendak diadakan.

iv. Tentukan jenis pakaian yang hendak dipakai. Pada kebiasaannya kad

jemputan ada menyatakan jenis pakaian yang perlu dipakai

tetamunya.

v. Buat keputusan sama ada anda hendak hadir atau tidak pada majlis

tersebut. Jawablah segera jemputan tersebut untuk memudahkan

penganjur majlis menentukan bilangan tetamu keseluruhannya.

b) Tatacara pergaulan sosial

Pergaulan sosial merupakan pengenalan peribadi seseorang iaitu samada

beliau seorang yang hidup dalam suasana sopan santun atau pun hanya

seorang yang jahil dan kurang kesopanan.

Page 5: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 5

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Memperkenalkan seseorang

i. Orang yang penting kepada orang yang kurang lebih penting

Anda memperkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang

lebih penting. Misalnya anda mempunyai seorang kawan yang ingin

berkenalan dengan ketua anda. Anda bersetuju memperkenalkannya

kepadanya. Ini bermakna kawan anda itu adalah orang yang

diperkenalkan dan ketua anda adalah orang yang menerima

perkenalan.

ii. Yang berpangkat rendah kepada yang berpangkat tinggi

Jika kedua-dua orang yang hendak dikenalkan diketahui pangkatnya

maka hendaklah orang yang lebih rendah pangkatnya diperkenalkan

kepada orang yang lebih tinggi pangkat. Misalnya memperkenalkan

seorang penolong setiausaha kepada setiausaha bahagian walaupun

mereka bukan dalam satu kementerian

iii. Yang muda kepada yang tua

Perkenalan seorang yang lebih muda usianya kepada seorang yang

lebih tua usianya, berlaku dalam lingkungan kekeluargaan. Sebagai

contoh apabila seseorang memperkenalkan rakannya kepada bapanya

ataupun anda hendak memperkenalkan rakan anda kepada bapa anda.

Dalam situasi ini bapa dianggap sebagai orang yang tua dan dengan

itu dia merupakan orang yang menerima perkenalan.

iv. Lelaki kepada perempuan

Perkenalan seorang lelaki kepada seorang perempuan. Ini dilakukan

dengan cara menyebut nama perempuan yang berkenaan terlebih

dahulu barulah disebut nama lelaki. Walau bagaimanapun sekiranya

Page 6: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 6

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

lelaki itu orang ternama atau mempunyai kedudukan tinggi, peraturan

ini dikecualikan. Dalam keadaan ini nama orang yang ternama terlebih

dahulu disebut sebagai tanda menghormatinya.

Perilaku dan lafaz perkenalan

“Benarkan saya perkenalkan encik……………..”

Sebutkan nama penuh orang yang diperkenalkan.

Perkenalkan hanya apabila orang yang ditanya itu setuju.

Perempuan yang diperkenalkan boleh tetapi tidak perlu menghulurkan

tangan.

Perempuan yang duduk tidak perlu berdiri. Tanda ‘acknowledgement’

dengan menunduk kepala dan senyum manis sudah mencukupi.

Boleh minta sahabat yang memang kenal orang yang hendak dikenali

memperkenalkan diri.

Bagi orang Melayu, perempuan tidak diperkenalkan kepada lelaki

melainkan oleh suami ataupun bapa perempuan sendiri.

Perempuan Melayu tidak perlu berjabat tangan dengan lelaki, hanya perlu

tundukkan kepala sahaja.

Umur merupakan faktor yang penting. Yang muda akan diperkenalkan

dahulu kecuali dalam kes keluarga diraja, yang bukan keluarga diraja

diperkenalkan dahulu. Gunakan gelaran jika ada seperti Yang Mulia, Yang

Berbahagia, Yang Berhormat, Tuan Haji dan sebagainya.

Page 7: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 7

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Tingkah-laku di Majlis.

i. Lelaki buka pintu kereta.

ii. Lelaki menarik dan menolak kerusi.

iii. Berbaris untuk mengambil makanan.

iv. Berbahasa sopan.

v. Jangan goyang kaki/makan chewing gum.

vi. Jangan menyampuk/mencelah perbualan.

vii. Jangan gigit kuku, korek telinga, hidung dan merokok.

viii. Jangan memakai bedak di khalayak ramai.

ix. Jangan bercakap dengan mulut penuh.

x. Jangan berlaga sudu dan garpu.

xi. Jangan meninggalkan sudu di dalam gelas

xii. Jangan letak siku di atas meja.

xiii. Bawa makanan ke mulut dan bukan sebaliknya.

xiv. Letakkan napkin di atas peha, bukan di kolar.

xv. Jika datang berpasangan, perempuan hendaklah masuk dahulu.

xvi. Jika membawa anak, yang muda mengikuti di belakang.

xvii. Jika memakai baju luar (cloak), hendaklah di tanggalkan dan di letak di

bilik kecil yang disediakan atau diserah kepada butler.

xviii. Biasanya ada bilik untuk tetamu membersihkan diri dan berhias

sebelum masuk dewan.

c) Tatacara menjadi pengacara majlis

Juruacara dalam sesuatu majlis hendaklah terdiri daripada mereka yang

berkebolehan dalam bidang ini. Tidak semua orang boleh menjadi juruacara

yang baik. Juruacara adalah berperanan untuk memaklumkan kepada

tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan majlis. Juruacara tidak

Page 8: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 8

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

semestinya Pengerusi Majlis tetapi Pengerusi Majlis boleh menjadi

juruacara. Sebaiknya setiap majlis disediakan dua orang juruacara. Teks

ucapan bagi juruacara hendaklah ditaip dengan menggunakan separuh dari

kertas A4 dan satu muka hanya dimuatkan dengan satu pengumuman

sahaja.

Sekiranya anda menjadi juruacara untuk sesuatu majlis, pastikan anda

mengetahui agenda atau turutan majlis dari permulaan sehingga majlis

tamat. Pastikan anda membuat teks ucapan yang penuh. Teks anda perlu

dipatuhi sepenuhnya kecuali ada perubahan yang berlaku disaat-saat akhir.

Teks anda juga penting bagi memastikan atur cara majlis berjalan dengan

licin serta lancar

Sekiranya anda menjadi juruacara dalam majlis formal, anda tidak perlu

memulakan majlis dengan kata-kata aluan atau berjenaka atau menyebut

tetamu kenamaan yang hadir. Anda hanya perlu mengumumkan apa yang

berlaku. Tidak perlu untuk membuat ulasan dan tiada ucapan terima kasih.

Berjenaka adalah dilarang sama sekali.

Pengetahuan anda mengenai panggilan-panggilan hormat berdasarkan

gelaran turun temurun ataupun jawatan yang disandang akan memudahkan

anda apabila untuk membuat pengumunan atau menyemput seseorang.

PANGGILAN HORMAT

Panggilan Hormat Lelaki Perempuan/Isteri Panggilan

hormat

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong DYMM

DYMM Raja Perlis Raja Perempuan DYMM KDYMM Sultan Kedah Sultanah DYMM DYMM Sultan Selangor Tengku Ampuan DYMM

Page 9: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 9

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Panggilan Hormat Lelaki Perempuan/Isteri Panggilan

hormat

DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Ampuan DYMM

KDYMM Sultan Pahang Sultanah DYMM KDYMM Al-Sultan Kelantan Raja Perempuan DYMM DYMM Sultan Terengganu Tengku Ampuan Besar DYMM DYMM Sultan Johor Sultanah DYMM DYMM Sultan Perak Raja Pemaisuri DYMM

DYTM Raja Muda Selangor Isteri Raja Muda Selangor YTM

DYTM Raja Muda Perlis Raja Puan Muda YTM

KDYTM Tengku Mahkota Pahang Isteri Tengku Mahkota Pahang YTM

DYTM Yang Dipertuan Muda Terengganu

Isteri Yang Dipertuan Muda Terengganu YTM

DYAM Tunku Mahkota Johor Isteri Tunku Mahkota YAM DYTM Raja Muda Kedah Raja Puan Muda YTM DYTM Raja Muda Perak Raja Puan Besar DYTM

YAM Anak-anak Raja Yang Memerintah

Anak-anak Raja Yang Memerintah YAM

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Isteri Y.A.Bhg

Y.A.B Perdana Menteri Isteri Y.A.Bhg Y.A.B Tim. Perdana Menteri Isteri Y.A.Bhg Y.A.B Menteri Besar Isteri Y.A.Bhg Y.A.B Ketua Menteri Isteri Y.A.Bhg Y.B Menteri Isteri Y.Bhg Y.B Timbalan Menteri Isteri Y.Bhg Y.B Setiausaha Parlimen Isteri Y.Bhg

Y.B Yang Dipertua Dewan Negara Isteri Y.Bhg

Y.B Yang Dipertua Dewan Rakyat Isteri Y.Bhg

Y.B Tim. Yang Dipertua Dewan Negara Isteri Y.Bhg

Y.B Tim. Yang Dipertua Dewan Rakyat Isteri Y.Bhg

Y.Amat Arif Ketua Hakim Negara Isteri Y.Bhg Y.Bhg Ketua Setiausaha Negara Isteri Y.Bhg Y.B Ahli Dewan Negara Isteri Puan Y.B Ahli Dewan Rakyat Isteri Puan

Page 10: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 10

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Panggilan Hormat Lelaki Perempuan/Isteri Panggilan

hormat

Y.B Ahli Dewan Undangan Negeri Isteri Puan

Y.Arif Hakim Besar Isteri Y.Bhg Y.Arif Hakim Mahkamah Agung Isteri Y.Bhg Y.Arif Hakim Mahkamah Tinggi Isteri Y.Bhg Y.Bhg. Peguam Negara Isteri Y.Bhg

Y.Bhg. Panglima Angkatan Tentera Isteri Y.Bhg

Y.Bhg Ketua Polis Negara Isteri Y.Bhg Y.Amat Bhg Tun Isteri Y.A.Bhg

Y.Bhg Tan Sri Isteri Y.Bhg Y.Bhg Dato/Datuk Isteri Y.Bhg Y.Mulia Tunku/Tengku Tunku/Tengku Yang Mulia Y.Mulia Ungku Ungku Yang Mulia Y.Mulia Ku Ku Yang Mulia Y.Mulia Raja Raja Yang Mulia Tuan Syed Syed Puan/Cik Tuan Sheikh Sheikh Puan/Cik Tuan Haji Hajjah Puan/Cik

Sahibul Samahah Mufti - -

Sahibul Fadillah Kadi Besar - -

Sahibul Fadillah Kadi - -

d) Tatacara menjadi penyambut tetamu

Penyambut tetamu merupakan orang yang paling hadapan sekali didalam

sesuatu majlis. Sebelum majlis bermula penyambut akan menyambut

tetamu-tetamu yang datang. Sebaiknya penyambut tetamu mempunyai

perawakan yang menarik dan berpakaian kemas. Penyambut tetamu

mempunyai tanggungjawab yang besar damlam melicinkan perjalanan

majlis.

Page 11: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 11

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Berikut ialah panduan bagi anda sekiranya anda menjadi seorang

penyambut tetamu:

i. Penyambut tetamu hendaklah mengetahui maklumat keraian yang

sedang diadakan sekurang-kurangnya tujuan keraian itu tersebut

diadakan dan masa keraian itu bermula dan berakhir mesti

diketahuinya.

ii. Penyambut tetamu hendaklah tahu susunan tempat duduk

keseluruhannya supaya senang untuk memandu atau menunjukkan

tempat-tempat duduk tetamu berkenaan.

iii. Penyambut tetamu hendaklah mengetahui tempat-tempat yang

penting yang penting seperti tandas, pintu masuk, tempat keluar dan

lain-lain.

iv. Penyambut hendaklah mahir dengan tempat-tempat dan kawasan

yang diuntukkan baginya.

v. Penyambut mestilah mempunyai ringkasan keseluruhan senarai

tetamu yang akan hadir dan sebaik-baiknya mengenali tetamu

tersebut.

vi. Selain daripada senarai kesemua tetamu yang dijemput, senarai

tetamu khas yang akan disambut

vii. Penyambut hendaklah memakai pakaian yang sempurna dan sesuai

mengikut keraian yang sedang dijalankan.

viii. Penyambut tetamu hendaklah tiba satu jam lebih awal daripada masa

tetamu dijangka tiba. Penyambut hendaklah melaporkan diri kepada

Pegawai Bertugas dan mengambil senarai tetamu. Ia hendaklah

memeriksa semua tempat duduk dan bandingkan dengan senarai

tetamu yang dikhaskan untuknya.

ix. Jika ada apa-apa pertanyaan yang dimajukan, jawablah dengan sopan.

Jika ada teguran dari tetamu yang kurang senang didengar, hendaklah

Page 12: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 12

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

mendiamkan diri sahaja tetapi ambil ingatan. Jangan sekali-kali

bertengkar dengan tetamu atau memberi maklumat yang penyambut

sendiri kurang pasti.

x. Penyambut hendaklah senyum selalu.

Page 13: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 13

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Jawab soalan-soalan yang berikut:

4.1 Berikan definisi protokol dan etika.

4.2 Senaraikan peringkat-peringkat majlis rasmi.

4.3 Semua majlis rasmi kerajaan di peringkat persekutuan dikelolakan oleh

sebuah “Jawatankuasa” yang dikenali sebagai

A. Jawatankuasa Majlis Tidak Rasmi B. Jawatankuasa Majlis Rasmi

C. Jawatankuasa Istiadat Kerajaan D. Jawatankuasa ‘adhoc’

4.4 Perkara-perkara penting yang mesti diambil kira dalam penentuan

TEMPAT majlis adalah seperti berikut kecuali;

A. Diketahui umum dan mudah dituju

B. Mempunyai tempat letak kereta memcukupi

C. Mempunyai ruang legar yang kecil

D. Mempunyai kemudahan asas yang memcukupi

4.5 Dalam penulisan dan pengedaran kad jemputan,butir-butir berikut perlu

dinyatakan kecuali;

A. Nama Majlis B. Tempat Majlis diadakan

C. Tarikh majlis diadakan D. Senarai nama ahli Jawatankuasa

AKTIVITI 1a

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!

• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

Page 14: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 14

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Jawapan :

4.1 Protokol merupakan etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam

perlaksanaan upacara-upacara tertentu berhubung dengan susunan

keutamaan dalam pangkat dan status seseorang.

Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos yang

membawa maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai

penentu kepada perlakuan seseorang.

4.2 Ada lima peringkat

i. Peringkat antarabangsa

ii. Peringkat Kebangsaan

iii. Peringkat Negeri

iv. Peringkat Daerah

v. Peringkat Agensi. (Kementerian, Jabatan, Swasta dan sebagainya)

4.3 B

4.4 C

4.5 D

MAKLUMBALAS 1a

Page 15: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 15

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

4.2.2 TATACARA BERPAKAIAN DI DALAM MAJLIS

Pakaian yang anda pakai di dalam sesuatu majlis memainkan peranan yang

amat penting dalam memperlihatkan peribadi,personaliti dan imej anda.

Jenis pakaian juga memainkan peranan dalam penyesuaian terhadap aktiviti

dan majlis yang hendak anda hadiri.

Pakaian yang anda pakai untuk aktiviti sukan pastinya berbeza dengan

pakaian anda untuk menghadiri majlis rasmi umpamanya majlis

konvokesyen.

Pakaian bagi sesuatu majlis adalah tertakluk kepada tahap atau taraf majlis

tersebut. Tahap atau kategori majlis adalah seperti berikut:

i. Majlis Penuh Istiadat

ii. Majlis Formal

iii. Majlis Separuh Formal

iv. Majlis Tidak Formal

a) Tatacara berpakaian

i. Pakaian hendaklah bersih, sesuai dengan majlis.

ii. Pakaian pasangan mesti setanding.

iii. Jangan buka pakaian walaupun panas.

INPUT

Page 16: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 16

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

iv. Wanita jangan memakai pakaian berkilau di waktu siang.

v. Elakkan memakai pakaian yang menggunakan satu warna atau lebih

dari empat warna.

vi. Pastikan segalanya mencerminkan bahawa anda mempunyai citarasa

yang tinggi, sederhana tetapi menyerlah.

vii. Semak pakaian sebelum keluar rumah. Amalan ini dapat

menyelamatkan kita dari situasi yang memalukan.

viii. Jangan terlalu mengikut fesyen semasa dan jangan menjolok mata.

ix. Gunakan pewangi secara sederhana.

x. Kita perlu mengetahui jenis kain yang dipakai untuk memudahkan di

cuci sekiranya berlaku kemalangan yang mengotorkan pakaian seperti

kuah tumpah.

b) Jenis-jenis pakaian rasmi

Pada kebiasaannya penganjur majlis rasmi akan menyatakan jenis pakaian

yang perlu dipakai oleh tetamu pada kad jemputan. Antara pakaian yang

biasa digunakan pada majlis rasmi adalah:

i. Pakaian kebangsaan ( Baju lengkap)

ii. Lounge suit

iii. White tie atau tail coat.

iv. Dinner jacket, black tie atau smoking

v. Morning dress

vi. Mess kit

vii. Batik berlengan panjang

viii. Pakaian istiadat

Page 17: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 17

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Pada kebiasaannya pakaian yang biasa dipakai di majlis rasmi adalah

Pakaian Kebangsaan, Lounge suit dan batik berlengan panjang.

i. Pakaian Kebangsaan

Jika kad jemputan menyebut pakaian kebangsaan sahaja bermakna anda

bebas untuk memilih warna kecuali warna larangan yang ditentukan jika

membabitkan pihak istana. Pakaian kebangsaan tersebut terdiri dari:

• Songkok hitam.

• Baju melayu, cekak musang.

• Seluar Melayu, sama warna dengan baju.

• Samping songket, dipakai di sebelah luar.

• Stoking hitam.

• Sepatu kulit hitam.

ii. Lounge suit

Pada masa sekarang Lounge suit merupakan pilihan pakaian yang popular

dan amat disenangi dikalangan para tetamu. Lounge suit biasanya terdiri

daripada:

• lounge suit warna gelap untuk malam dan warna cerah untuk siang

• Baju putih berkolar

• Stoking hitam

• Sepatu kulit hitam berkilat

• Bersongkok jika dikehendaki.

Page 18: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 18

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

iii. White tie atau tail coat.

• Tail coat panjang warna hitam

• Waist coat putih

• Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan

• Wing collar.

iv. Dinner jacket, black tie atau smoking

• Jaket hitam dengan berlapikkan sutera hitam di kelepak baju atau shell

jacket putih.

• Kemeja putih berkanji di senelah hadapan

• Kolar lembut

• Tie-bow hitam.

• Kumerban (cummerband) hitam atau waist coat putih.

• Seluar hitam dengan satu jalur sutera.

• Stoking hitam

• Sepatu kulit hitam berkilat.

Rajah 1: Pakaian sesuai untuk majlis rasmi.

Page 19: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 19

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

v. Morning dress

• Tail coat hitam

• Waist coat hitam

• Kemeja putih

• Plain (stiff turndown) collar

• Tali leher warna kelabu

• Stoking hitam

• Sepatu kulit hitam berkilat

vi. Mess kit

Mess Kit adalah pakaian istiadat untuk majlis makan malam seperti pakaian

istiadat tentera, polis, pegawai kanan kerajaan, menteri dan penyandang

darjah kebesaran.

vii. Batik

Batik sebenarnya tidak sesuai bagi majlis-majlis rasmi. Bagaimanapun oleh

sebab-sebab tertentu kadangkala ditetapkan pakaian batik. Jika dikehendaki

demikian maka, hendaklah memakai :

• Baju batik lengan panjang

• Baju berkolar

• Tidak perlu dimasukkan ke dalam seluar

• Batik Malaysia

• Tidak bercorak terlampau garang

• Seluar hendaklah tidak bercorak dan berwarna gelap.

Page 20: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 20

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

viii. Pakaian istiadat

Pakaian istiadat adalah dikhususkan kepada mereka yang tersebut dibawah

ini:

• Pakaian rasmi Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat, ahli-

ahli jemaah menteri dan timbalan menteri.

• Pakaian rasmi ahli-ahli Parlimen

• Pakaian rasmi bagi penyandang darjah kebesaran DMN dan PSD

• Pakaian rasmi bagi penyandang darjah kebesaran negeri dan pakainan

istiadat bagi katogeri-katogeri lain yang ditetapkan oleh pihak negeri.

• Pakaian istiadat bagi angkatan tentera, polis dan jabatan penjara.

• Pakaian pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai

pekhidmatan yang mempunyai pakaian istiadat

• Pakaian istiadat bagi duta-duta sebagaimana yang ditetapkan oleh

negara masing-masing.

• Pakaian istiadat bagi ahli-ahli jemaah hakim.

c) Pakaian yang sesuai berdasarkan bentuk badan.

Struktur Lelaki Wanita Pendek Berjalur, bergaris menegak Pakaian yang bergaris menegak.

Pakai kasut bertumit tinggi tetapi jangan terlalu tinggi.

Tinggi Baju dan seluar yang berlainan warna. Pakaian ketat akan memberi gambaran lebih tinggi

Pakaian yang mempunyai dua bahagian. Warna pakaian atas dan bawah yang berbeza. Kasut mempunyai tumit rendah.

Berat Pakaian yang dijahit elok. Warna gelap.

Jauhkan dari corak-corak yang besar. Kain jangan jenis yang melekat di badan. Warna gelap. Wanita gemuk yang berdagu dua tidak harus memakai baju yang mempunyai turtleneck.

Page 21: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 21

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Struktur Lelaki Wanita Kurus Bebas berpakaian. Jika

lengan kurus, pakai baju berlengan panjang

Bebas berpakaian. Jika ada bahagian tertentu yang kurang sedap dipandang,lindungi dengan skaf/high colar

Sederhana Bebas berpakaian Bebas berpakaian kecuali yang berkaki gemuk, tidak elok memakai mini skirt.

4.5.1 ETIKA DI MEJA MAKAN

Perkara asas mengenai etika di meja makan perlu diketahui supaya anda

tidak berasa serba salah apabila berada di meja makan terutama dalam

majlis rasmi.

Anda hendaklah mengelakkan diri dari meletakkan siku di atas meja semasa

hidangan disediakan. Jangan sekali-kali condongkan kerusi ke belakang.

Duduklah dengan bahagian belakang badan rapat kerusi dan kaki rata di

atas lantai.

Rajah 2 : Pakaian yang sesuai ke pejabat atau majlis bagi wanita Islam

Page 22: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 22

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Pengetahuan tentang adab dan tertib di meja makan amat berguna bagi

mereka yang sering diundang ke majlis-majlis jamuan rasmi atau

menghadiri jamuan di hotel-hotel atau di rumah orang kenamaan.

a) Tertib di meja makan

Biasanya mereka yang jarang menghadiri majlis rasmi akan terpandang-

pandang antara satu sama lain untuk memulakan makan ketika makanan

dihidangkan. Mereka yang pertama kali ke majlis rasmi tertunggu-tunggu

untuk makan kerana takut salah menggunakan peralatan yang disediakan.

Pada kebiasaannya sebelum sesuatu jamuan dimulakan para tetamu yang

berlegar di ruang legar akan dihidangkan dengan minuman ringan sebelum

jamuan. Lazimnya minuman dari jenis jus akan dihidangkan. Elakkan

meminta minuman kegemaran seperti susu atau lain-lain minuman yang

tidak dihidangkan oleh tuan rumah.

Kebanyakan masyarakat kita tidak minum sebelum makan. Jangan paksa

diri untuk minum jika tidak biasa. Bukan menjadi kesalahan jika anda tidak

mengambil minuman tetapi adalah tidak manis jika mengambil minuman

lebih dari dua gelas.

Minuman ini tidak perlu dibawa ke meja makan walau bagaimana sedap

sekalipun minuman tersebut. Selepas minum, letekkan gelas di atas meja-

meja kecil yang disediakan di ruang legar atau berikan semula kepada

pelayan.

Page 23: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 23

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Berikut adalah beberapa panduan bagi anda apabila berada di meja makan:

i. Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas meja

walaupun cantik.

ii. Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan.

iii. Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana ia

dianggap seperti menghina tuan rumah.

iv. Elakkan menggunakan tangan untuk makan.

v. Jangan terlalu bising bila menggunakan sudu dan garpu.

vi. Jangan sekali-kali mencungkil gigi, mengorek telinga atau hidung.

vii. Jika perlu meninggalkan meja letakkan napkin di atas kerusi

menandakkan anda akan kembali semula. Jika napkin diletakkan di

atas meja menandakan anda akan terus balik.

viii. Letakkan sudu dan garfu rapat di atas pinggan sekiranya telah selesai

makan.

Rajah 3 : Kedudukan napkin yang menandakan anda akan kembali ke meja semula

Page 24: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 24

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

ix. Letakkan sudu dan garfu bersilang sekiranya belum selesai makan.

x. Sekiranya makanan pembasuh mulut dihidangkan di dalam piring

sudu boleh di ditinggakan di dalam bekasnya bila selesai makan.

Sekiranya ia dihidangkan di dalam gelas berkaki yang berlapik, sudu

hendaklah diletakkan di atas piring pelapik sebelah kanan.

Rajah 4 : Kedudukan sudu dan pisau selepas selesai makan

Rajah 5 : Kedudukan sudu dan garpu belum selesai makan.

Page 25: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 25

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Jawab soalan-soalan yang berikut:

4.6 Terangkan kedudukan sudu dan garpu jika anda selesai makan.

4.7 Senaraikan TIGA perkara yang tidak boleh dilakukan semasa anda dimeja

makan.

4.8 Perkenalan seorang lelaki dan perempuan. Ini dilaku dengan menyebut

nama __________________ dahulu, barulah nama ______________.

4.9 Panggilan hormat bagi mereka-mereka dibawah ialah

Ketua Polis Negara

Syed

Menteri

Kadi

haji

4.10 Dalam majlis makan malam formal, pakaian lelaki yang sesuai

adalah____________manakala perempuan yang sesuai

adalah_____________.

AKTIVITI 1b

• UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!

• SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

Page 26: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 26

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Jawapan :

4.6 Letakkan sudu dan garfu rapat di atas pinggan sekiranya telah selesai

makan.

4.7 i. Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas meja

walaupun cantik.

ii. Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan.

iii. Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana ia

dianggap seperti menghina tuan rumah.

4.8 Perempuan, lelaki.

4.9

Ketua Polis Negara YANG BERBAHAGIA

Syed TUAN

Menteri YANG BERHORMAT

Kadi SHAHIBUL FADILLAH

Haji TUAN

4.10 Baju Kebangsaan/Lounge suit—baju kurung/kebaya labuh.

MAKLUMBALAS 1b

Page 27: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 27

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian

kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .

Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat mencuba semoga berjaya !!!

1. Anda menerima kad jemputan majlis berbuka puasa di rumah Menteri

Besar. Apakah tindakan yang perlu anda ambil.

2. Anda diberi tugas untuk menentukan susunan meja makan bagi majlis

rasmi kerajaan. Maklumat adalah seperti berikut;

- Jumlah tetamu 380 orang

- Jumlah VIP 10 orang

- Jumlah meja bulat untu sepuluh orang 38 buah

- Sebuah meja panjang untuk sepuluh orang

- Majlis ini mempunyai persembahan dan pancaragam

PENILAIAN KENDIRI

Page 28: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 28

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

Adakah anda telah mencuba dahulu ???

Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .

JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI

1. Tindakan anda adalah

i. Anda bacalah kad jemputan dengan teliti. Perhatikan apakah kad

jemputan tersebut perlu dijawab atau disediakan pelekat kenderaan.

ii. Telitilah tujuan jemputan dan ia adalah majlis rasmi..

iii. Pastikan tarikh, hari, masa dan tempat majlis hendak diadakan.

iv. Tentukan jenis pakaian yang hendak dipakai. Pada kebiasaanya kad

jemputan ada menyatakan jenis pakaian yang perlu dipakai tetamunya.

Sekiranya tiada anda hendaklah memakai baju melayu lengkap

bersamping.

v. Jawablah segera jemputan tersebut untuk memudahkan penganjur majlis

menentukan bilangan tetamu keseluruhannya.

2. i. Susunan keseluruhan dewan

MAKLUMBALAS

Page 29: R1001 Unit 4

R1001 / UNIT 4/ 29

PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL

ii. Susunan kerusi Vip dimeja khas.

Meja Utama

10 8 6 4 2 1 3 5 7 9

iii. Susunan kedudukan dimeja bulat

Nombor menunjukkan pangkat atau kekanan jawatan .