rancangan mengajar tahun 2.docx

21
1.0 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) mengikut bidang pengajian dengan mengintegrasikan elemen Seni Visual, Muzik dan Pergerakan. 1.1 Rancanngan Pengajaran Harian RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2 Tahun : 2 Arif Bilangan Murid : 30 Orang Tarikh /Hari : 20 Ogos 2014 Masa : 9.10 – 10.10 pagi Hari : Isnin Tema : Saya Anak Malaysia Tajuk : Bunga Raya Fokus Utama STANDARD KANDUNGAN 3.3 . Membina dan menulis perkataan , frasa, ayat dengan betul STANDARD PEMBELAJARAN 3.3.4 membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarka grafik dengan betul. Fokus Sampingan STANDARD KANDUNGAN 4.1 Memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur. Objektif : Pada akhir proses pengajaran ini, murid dapat:

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 21-Dec-2015

46 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

1.0 Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) mengikut bidang pengajian dengan

mengintegrasikan elemen Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.

1.1 Rancanngan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2

Tahun : 2 Arif

Bilangan Murid : 30 Orang

Tarikh /Hari       : 20 Ogos 2014

Masa                : 9.10 – 10.10 pagi

Hari                  : Isnin

Tema                : Saya Anak Malaysia

Tajuk                : Bunga Raya

Fokus Utama STANDARD KANDUNGAN 3.3

. Membina dan menulis perkataan , frasa,

ayat dengan betul

STANDARD PEMBELAJARAN

3.3.4 membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarka grafik dengan betul.

Fokus Sampingan

STANDARD KANDUNGAN 4.1 Memahami unsur seni dalam lagu

melalui nyanyian secara didik hibur.STANDARD PEMBELAJARAN 4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas

melalui nyanyian secara didik hibur.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran ini, murid dapat:

      i.        Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar bunga raya.

     ii Menyebut seni kata lagu dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonansi yang betul mengikut irama lagu.

Page 2: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

iii Menghasilkan gambar bunga raya dengan teknik kolaj .

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum

         Ilmu                               : Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual dan PJK

         Nilai Murni                    : Kesyukuran, Keberanian, Petriotisme,kerjasama

Strategi

KB : Menghubung kait

TKP : Verbal linguistik. Interpersonal , kinestatik   , Verbal linguistik, Intrapersonal,

muzik dan

Kinestatik

BCB : Mengumpul maklumat dan memproses maklumat tentang lirik lagu

   Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan kebudayaan

Kreatif dan inovasi

EK 1: 1.4   Daya kreativiti dan inovasi : memerhati dengan bertujuan dan menghasilkan banyak

idea

Sistem bahasa

Tatabahasa : Ayat penyata

Kosa kata : mekar, tumbuh,berseri,pertiwi

Bahan Bantu Belajar : Komputer riba, Rakaman lagu,LCD, Slaid Lirik Lagu Bunga Raya, Kolaj

bunga raya

Pengetahuan Sedia Ada:

Page 3: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

Murid telah mengetahui dan mengenal bunga raya, bunga kebangsaan Negara Malaysia.

Langkah /masa

Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Induksi Set (5 minit)

Topeng Bunga Raya

Pantun Teka –teki

Tumbuh melata penyeri taman,

Lima kelopah merah warnanya,

Cuba teka wahai teman,-teman,

Bunga Kebangsaan apa

namanya?

        1. Seorang  murid memakai

topeng bunga raya berjalan

bersama guru.

2. Murid tersebut

memperkenalkan diri dengan

memberikan satu teka – teki.

3. Murid – murid lain

mendengar teka –teki dengan

telitin dan meneka jawapan

teka-teki tersebut.

4. Murid dan guru bersoal-

jawab tentang bunga raya dan

mengaitkan dengan tajuk

pelajaran hari ini.

BBB

         Topeng

Bunga Raya

T Teknik

-Soal jawap

- Perbincangan

TPK

- Verbal

- Visual

- Kinestetik

- Interpersonal

BCB K. mendengar k. bertutur

NILAI MURNI:

Menghormati

Pembelajaran

Kontekstual

         Menghubungk

ait kan dengan

pengalaman

dalam kehidupan

Page 4: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

Langkah 1 (10 minit)

Video dan lirik lagu “ Bunga Raya”

Nyanyian Lagu Bunga Raya

Lirik Lagu Bunga Raya

Kembang mekar di waktu pagi

Bunga Raya merah berseri

Warna merah gagah berani

Bunga raya bunga pertiwi

Hidup subur merata-rata

Menghiasi kota dan desa

Kebanggaan rakyat semua

Bunga raya bunga negara

...

          1. Murid mendengar lagu “

Bunga Raya”yang ditayangkan.

2. Murid melihat seni kata

lagu yang dipaparkan.

3..Murid menyanyikan lagu

“Bunga Raya” dengan

bimbingan guru.

3. 4. Seorang murid diminta

memakai topeng bunga raya

dan melakukan pergerakan

mengikut lirik dan irama lagu.

3.Murid lain menyanyi lagu

sambil mengikut gerakan

murid yang memakai topeng

bunga raya mengikut irama

dan lirik lagu.

BBM           

Rakaman lagu

LCD

KB         Menghubung

kait

KP

       Verbal linguistik

       Muzik

Kinestetik

BCB

K. mendengar

k. bertutur

Nilai Murni

            Hormat-menghormati

            Kasih sayang

Pembelajaarn kontekstual

             Menghubungkaitkan

Page 5: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

pengalaman di taman bunga.

Langkah 2 ( 10 minit)

Slaid Lirik Lagu

Bunga Raya

Contoh: Kosa kata yang

berkaitan dengan Gambar / Lirik

Lagu:

mekar

merah

berseri

gagah

pertiwi

subur

Kota

Desa

Rakyat

    1. Murid ditunjukkan slaid

Lirik lagu bertajuk “Bunga

Raya”

2. Murid membaca lirik lagu

dengan nada dan intonansi

yang betul dengan bimbingan

guru.

3. Murid membaca kuat lirik

lagu “ Bunga Raya “dengan

dengan nada dan intonansi

yang betul serta lancar secara

kelas dan kumpulan .

     3. Murid diminta

mengenalpasti dan

menyenaraikan kosa kata

dalam lirik lagu “Bunga Raya “

     

 

BBB          -  Slaid Lirik

Lagu Bunga Raya

 TKP-Verbal linguistik-kecerdasan muzik- Interpersonal

BCB- K. bertutur- K. membaca

Teknik    

perbincangan

Nilai Murni            Kesyukuran            keberanian

P KB Menjana idea

menghubungkait

Page 6: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

Langkah 3 ( 20 minit)

Kolaj Bunga Raya 1. Murid ditunjukkan sampel

Kolaj Bunga Raya .

2. Guru dan murid bersoal

jawab tentang sampel kolaj

bunga raya yang ditunjukkan.

3. Guru menerangkan cara-

cara membuat kolaj bunga

raya.

4. Murid diagihkan kepada lima

kumpulan. Setiap kumpulan

diberikan bahan-bahan untuk

membuat kolaj bunga raya.

5. Murid –murid melakukan

aktiviti melakar

gambar,menggunting dan

menampal bentuk lakaran pada

monting board .

6. Lagu Bunga Raya

diperdengarkan semasa murid-

murid menjalankan aktiviti

membuat kolaj.

6. 7. Murid mempersembahkan

hasil kumpulan masing-masing

di hadapan kelas.

8. Hasil kerja murid ditampal di

papan putih sebagai satu

ganjaran dan peneguhan.

8 8. Murid dan guru membuat

refleksi tentang hasil kerja

setiap kumpulan.

BBM         Hasil Kolaj

Bunga Raya

Monting

board,span

getah,gunting,gam

KP

Verbal Linguistik

Intrapersonal

TKP

-Visual

-Verbal

linguistik

- kinestetik

BCB

K. Bertutur

K. Bertutur

Teknik

Demontrasi

Perbincangan

Nilai

Bekerjasama

Berhati-hati

Langkah 4 ( 10 minit)

Membina ayat penyata

Lembaran Kerja Kumpulan A1. Murid diberikan lembaran

BBB

Lembaran kerja

Page 7: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

-Membina ayat

Lembaran Kerja Kumpulan B

-Melengkapkan ayat

Lembaran Kerja Kumpulan A

-Menyusun perkataan menjadi ayat

kerja mengikut tahap

kebolehan.

Kumpulan A

Murid membina lima ayat

penyata berpandukan gambar

bunga raya.

Kumpulan B

Murid melengkapkan ayat

berpandukan perkataan yang

diberi.

Kumpulan C

Murid menyusun perkataan-

perkataan menjadi ayat yang

betul.

2. Murid dibimbing membina

ayat penyata dengan ejaan dan

tanda baca yang betul.

3. Murid dipilih secara rawak

untuk membaca ayat penyata

yang telah dibina.

4.Murid memurnikan ayat-ayat

yang telah dibina.

KP

Verbal Linguistik

Intrapersonal

TKP

TKP

-Verbal

linguistik

- kinestetik

BCB

K. menulis

K. Membaca

Teknik

Perbincangan

NIlai Murni

Tekun

Berani

Page 8: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

Penutup5 minit Rumusan

-Penerapan Nilai MurniMenghormatiMenghargai

-Menyanyi sambil mengaksikan lagu “Bunga Raya ”

1. Murid menilai keupayaan

dan perasaan terhadap hasil

kerja dan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran hari ini.

2. Murid menyanyikan semula

lagu “Bunga Raya” dengan

melakukan pergerakan bebas.

3. Guru membuat rumusan

tentang penglibatan murid

dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran serta

menerapkan nilai murni.

BBM      LCD             Video lagu

TPK

- Verbal

Linguistik

- Kinestetik

- Interpersonal

KB      Merumus

Nilai         Menghormati         petriotisme

KP:      Verbal linguistik      Intrapersonal

Refleksi : ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

1.2 Diskripsi Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2

Seni dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea

dan manifestasi pemikiran.Aktiviti Seni dalam Pendidikan memberi peluang untuk murid

membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai

estetikRancangan Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu Tahun 2 yang saya sediakan

Page 9: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

mengintegrasikan tiga elemen iaitu elemen Seni Visual, Muzik dan Pergerakan . Selain itu,

RPH Bahasa Melayu yang saya sediakan juga menerapkan  Kemahiran  Berfikir  dan

Penerapan  Nilai Murni . Pengintegrasian elemen Seni Visual, Muzik dan gerakan diharapkan

dapat memberi peluang murid-murid untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa

pancaindera selain dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni

pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untukmencapai

pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan

1.2.1 Pengintegrasian Elemen Seni Muzik

Aspek seni muzik merupakan salah satu elemen yang boleh menjadikan sesuatu sesi

pengajaran dan pembelajaran. itu menarik dan mendapat penglibatan murid secara

menyeluruh. Dalam penulisan RPH di atas, elemen muzik ini telah diterapkan pada langkah

pertama sesi pengajaran dan pembelajaran . Murid –murid dipaparkan slaid lirik lagu “Bunga

Raya:” pada skrin untuk dibaca sebelum ditayangkan video lagu “ Bunga Raya “ dimainkan.

Seorang murid diminta memakai topeng bunga raya sambil melakukan pergerakan mengikut

lirik dan irama semasa lagu dimainkan . Murid-murid diminta menyanyikan lagu “ Bunga Raya “

sambil menggayakan pergerakan yang sesuai dengan lirik lagu . Penerapan Elemen

muzik merupakan salah satu elemen yang boleh memberi peluang murid-murid memupuk nilai

keyakinan, disiplin diri dan daya estetika muzik.

1.2.2 Pengintegrasian Elemen Seni Visual

Elemen Seni Visual juga turut diintegrasikan dalam penyediaan RPH Bahasa Melayu Tahun 2. Menurut Dewey, konsep aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak. Fungsi Pendidikan Seni adalah untuk memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia. Sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan intelektual (kecerdasan fikiran) melalui seni.

Pengintegrasian elemen Seni Visual saya integrasikan dalam langkah set induksi dan dalam

langkah pengajaran yang ke tiga. Dalam set induksi, guru masuk ke dalam kelas dengan

diiringi seorang murid yang memakai topeng bunga raya.Topeng bunga raya yang berwarna

merah yang berbentuk 3 dimensi ini dapat menarik minat murid untuk meneruskan sesi

pembelajaran

Page 10: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

Pengintegrasian elemen seni visual ini diterapkan sepenuhnya dalam aktiviti langkah ke

3 iaitu menggambar menggunakan teknik kolaj. Penerapan elemen seni visual ini membolehkan

murid-murid berpeluang meneroka bahan-bahan serta mempraktikan membuat gambar dengan

teknik kolaj. Dalam penghasilkan kolaj bunga raya , murid-murid berpeluang melakukan aktiviti

melakar , menggunting dan menampal objek pada monting board. Penerapan elemen sini visual

dalam aktiviti ini secara tidak langsung dapat menjana minda dalam penghasilan karya seni

yang kreatif.

1.2.3 Pengintegrasian Elemen Pergerakan

Konsep asas pergerakan bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi

kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan

menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan

dan kreativiti.  Elemen pergerakan  terbahagi  kepada   dua elemen  iaitu pergerakan  kreatif

dan pergerakan  gimnastik. Elemen pergerakan  ini  amat  penting  untuk  diterapkan  dalam

setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dalam mana- mana  subjek sekalipun. Dalam

penulisan RPH ini, saya telah mengintegrasikan elemen pergerakkan di dalam beberapa

bahagian dalam langkah pengajaran .Antaranya  ialah  semasa  menyanyikan  lagu  “ Bunga

Raya” , saya menyelitkan unsur pergerakan anggota badan seperti meneggakkan kepala,

berjalan dan menghayun tangan mengikut lirik dan irama lagu.

1.2.4 Aplikasi Penerapan Nilai

Penerapan nilai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mestilah disampaikan secara

bersahaja dan tidaklangsung dan sentiasa berterusan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah

melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana:" Nilai-nilai

murni akan disisipkan melalui kesemua mata pelajaran dan akan diperkukuhkan melalui

kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, didalam dan di luar bilik darjah, akan

digunakan sepenuhnya dengan cara bersepaduuntuk memastikan penerapan nilai-nilai murni

akan berhasil dan berkesan."Dalam penulisan RPH saya pada kali ini, penerapan nilai

sememangnya saya lakukan secara bersahaja dan spontan agar lebih berkesan dan mendapat

penerimaan yang baik oleh murid-murid. Antara nilai murni yang boleh diterapkan semasa sesi

pengajaran ini ialah semangat patriotisme terhadap negara,kerjasama dalam melaksanakan

tugasan, menghormati lambang negara dan sebagainya. 16 nilai yang boleh diajar dan

diserapkan kepada semua pelajar di Negara ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan

menyeluruh dari segi kognitif, afektif,psikomotor dan akhlak.Tujuan pendidikan nilai murni ialah

Page 11: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

untuk membentuk murid-murid supaya berperibadi mulia dan mampu dalam membuat

keputusan berdasarkan nilai moral diri,keluarga, komuniti dan masyarakat.Sikap sentiasa

mengambil berat terhadap perasaandan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati

boleh dilihat denganmenilai tindak tanduk orang lain

1.3 Manual aktiviti

1. TOPENG BUNGA RAYA

- Seorang Murid dipakaikan topeng untuk set induksi

- Murid memperdengarkan teka teki

- Dipakai oleh wakil setiap kumpulan mempersembahkan hasil perbincangan.

2. CD

Page 12: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

- Murid ditayangkan video Lagu Bunga Raya

- Murid menyanyi sambil membuat gerakan berpandukan lagu Bunga Raya

- Murid ditunjukkan slaid Lirik Lagu Bunga Raya

-Murid menyenaraikan kosa kata yang terdapat dalam lirik lagu

3. Kolaj Bunga Raya

- Murid ditunjukkan hasil karya kolaj Bunga Raya

-Demontrasi cara membuat kolaj Bunga Raya

1. bahan- bahan

Page 13: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

2. Langkah- langkah membuat kolaj

- membuat lakaran pada span getah

menggunting lakaran

- menyusun objek

- menyapu gam pada bahagian belakang objek

Page 14: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

- menampal objek pada monting board

- Pamer hasil karya kolaj bunga raya

3. Murid melakukan aktiviti membuat kolaj secara berkumpulan mengikut langkah –langkah yang

ditunjukkan.

4. Ekspresiasi Hasil Karya murid

Page 15: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

2.0 Tugasan 2 : Kit Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2

Kit Pengajaran Bahasa Melayu dihantar bersama tugasan ini. Antara yang terkandung di dalam kit

Pengajaran tersebut ialah;

1. Topeng Bunga Raya

Page 16: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

2. CD Lagu dan Slaid Lirik

3. Hasil Karya Kolaj Bunga Raya

Page 17: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

Refleksi

Tugasan WAJ 3073  ini meliputi dan menepati skop perbincangan soalanyang digariskan dan

dikehendaki. Sepanjang menjalankan tugasan ini, saya telah mendapat banyak ilmu berkaitan

kreativiti guru dalam menerapkan unsur-unsur seni dalam sesi Pengajaran dan

Pembelajaran.Pada awal tugasan, penumpuan diberikan pada tugasan untuk membuat

penulisan RPH yang mengintegrasikan elemen seni visual , seni muzik dan pergerakan di

samping penerapan Nilai murni .Melalui tugasan ini saya dikehendaki menjelaskan sebab-

sebab kaedah, teknik dan strategi tersebut dipilih. Saya telah berusaha mencari maklumat yang

berkaitan melalui buku-buku di perpustakaan dan juga maklumat-maklumat tambahan daripada

internet. Sesungguhnya, bukan mudah untuk menjumpai sumber rujukan yang saya kehendaki

bagi menyiapkan tugasan ini. 

Tugasan subjek WAJ 3073, Seni Dalam Pendidikan, banyak perkara baru yang saya

peroleh. Setelah melalui beberapa interaksi bersama pensyarah berpengalaman,saya dapat

membuat kesimpulan bahawa Seni dalam pendidikan merupakan suatu elemen wajib yang

perlu diterapkan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P) berlansung.Secara

umumnya, seni dalam pendidikan dapat dipecahkan kepada tigabahagian iaitu yang pertama

Page 18: RANCANGAN MENGAJAR TAHUN 2.docx

seni visual, seni muzik dan seni pergerakan . Ketiga-tigaelemen ini mempunyai skop dan

konsep yang berbeza. Namun, seorang guru yang bijak menggabungkan ketiga-tiga elemen ini

dan mengintegrasikan ke dalam proses P&P,sudah pasti akan menghasilkan momentum yang

luar biasa dalam kalangan murid.

Alhamdulillah, akhirnya dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat juasaya

menyiapkan tugasan ini sebagaimana yang dikehendaki tepat pada tarikh dan masanya dengan

sempurna.  Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada mereka yang telah

banyak terlibat secara langsung dan juga secara tak langsung dalam menyiapkan kerja kursus

ini, khasnya kepada pensyarah subjek ini , Encik Ismail bin Taril serta rakanseperjuangan yang

sama-sama bertungkus-lumus membantu samada secara langsungatau tidak langsung dalam

menyiapkan tugasan ini.

(1180 Patah perkataan)