rancangan pengajaran harian bahasa melayu
DESCRIPTION
BMTRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Masa : 7.45 – 8.45 (1 jam)
Hari : Rabu
Tahun : 5 Maju
Jumlah murid : 30 orang
Tema :Budi Bahasa Budaya Kita
Tajuk : Orang Berbudi Kita Berbahasa
: 11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
Aras 1
(i) Mengulas perkara menarik dalam karya.
Fokus sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yg
dibaca.
Aras 3
(ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:-
1. Mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks ‘Orang Berbudi Kita Berbahasa’ secara
bertulis.
2. Menjawab 5 soalan pemahaman objektif berdasarkan teks ‘Orang Berbudi Kita Berbahasa’ secara
bertulis dengan betul.
3. Menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam slide yang dipaparkan.
: Dapat menggunakan kosa kata yang betul mengikut konteks.
Bahan bantu mengajar :
Bil . Bahan Jumlah
1. Video ‘Budi Bahasa’ 1
2. LCD 1
3. Petikan cerita 30
4. Lembaran kerja 30
5. Carta permainan 1
6. Dadu 1
7. Penanda pemain 6
8. Poster 1
9. Skrin 1
ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARANCATATAN
1. Slide
2. Soalan:
a. Apakah yang dapat
kamu lihat dalam poster
tersebut?
Gambar dua orang budak
lelaki memimpin seorang
lelaki buta
b. Apakah kempen yang
berkaitan dengan poster
tersebut?
Kempen Budi Bahasa
Membaca teks petikan
cerita ‘Orang Berbudi Kita
Berbahasa’ untuk
mendapat idea
keseluruhan.
Menyatakan dan mengulas
nilai-nilai murni yang
terdapat dalam teks ‘Orang
Berbudi Kita Berbahasa’
secara bertulis.
Induksi set (5 minit)
Aktiviti i
1. Guru menampal poster di
hadapan kelas.
2. Guru bertanya murid tentang
situasi di dalam poster tersebut.
3. Guru bertanya murid perkaitan
poster yang ditunjukkan dengan
kempen yang dijalankan oleh
kerajaan.
Aktiviti ii
3. Guru mengaitkan jawapan murid
dengan isi pelajaran pada hari
tersebut.
Pengetahuan sedia ada
BBB
Poster
Teks: “Orang Berbudi Kita
Berbahasa”
1.Soalan:
a. Apakah makna nilai-nila
murni?
b. Apakah makna
perkataan yang sukar
kamu terjemahkan?
Fasa sebelum(15 minit)
Langkah 1
Aktiviti i
1. Guru mengedarkan petikan. Murid
membaca secara skimming untuk
memahami idea keseluruhan teks.
2. Guru meminta pelajar menceritakan
pengalaman sendiri berdasarkan
makna kata .
3. Guru menyatakan maksud “Orang
Berbudi Kita Berbahasa” secara
lebih terperinci supaya murid
faham.
Aktiviti ii
1. Guru menayangkan slide yang
menggambarkan 2 situasi tentang
budi bahasa.
BBB
- Teks cerita
Kaedah skimming
Kemahiran bernilai
tambah:
Mentalis
Belajar cara belajar
1. Slide
- Situasi i:
Orang yang turun daripada
bas tidak mengucapkan
terima kasih kepada
pemandu bas.
- Situasi ii:
Seorang sahaja
penumpang yang
mengucapkan terima kasih
kepada pemandu bas
semasa menuruni bas.
2. Guru membimbing murid merujuk
terus kepada nilai murni yang
dikenal pasti
Apakah perbezaan situasi
idan situasi ii?
Apakah perkara yang patut kita
lakukan jika berada dalamsituasi i?
Buat ulasan tentang perlakuan yang
kurang bersopan dengan perlakuan
yang bersopan?
Sebab apa?
BBB
- Slide video situasi
- LCD
- Skrin
Pendekatan deduktif
Membanding beza
Fasa semasa(10 minit)
Langkah 2
Aktiviti i
1. Guru menyuruh murid menulis
karangan tentang perbezaan yang
telah dikenalpasti dalam slide yang
dipaparkan secara lengkap
menggunakan ayat sendiri.
-
Aktiviti membaca teks:
“Orang Berbudi Kita
Berbahasa”
1. Karangan bergambar
Fasa selepas (25 minit)
Langkah 3
Aktiviti i
1. Guru menerangkan makna ayat
yang sukar difahami.
2. Guru menerangkan kandungan
teks:
Teks ini menerangkan tentang ...
Menggunakan kata tanya:
i. Mengapa....?
ii. Apakah...?
iii. Di manakah...?
iv. Bilakah...?
v. Bagaimanakah
(4W 1H)
3. Guru meminta murid menjawab
soalan yang disediakan dalam
lembaran kerja.
Cadangan aktiviti pemulihan
1. Guru mengedarkan gambar bersiri
beserta keratan-keratan perkataan
kepada murid-murid pemulihan.
2. Murid-murid diminta untuk memilih
BBB
- Teks petikan
- lembaran kerja
Soalan objektif
Peta minda nilai-nilai
murni.
BBB
- Gambar bersiri
-Keratan-keratan
perkataan
- lembaran kerja
1. Permainan Bahasa
- Jika pemain berhenti di
petak yang mengandungi
nilai yang positif,pemain
akan maju ke hadapan.
Jika pemain berhenti di
petak yang mengandungi
nilai yang negatif,pemain
akan mundur ke belakang.
Soalan :
a. Apakah alasan jawapan
tersebut betul atau salah?
perkataan yang sesuai bagi
melengkapkan ayat dengan
menambah rangkai kata yang
sesuai berdasarkan gambar bersiri
bagi menyudahkan cerita.
3. Seterusnya,murid akan
menggabungkan ayat-ayat yang
telah dibuat menjadi sebuah
karangan pendek yang lengkap.
Cadangan aktiviti pengayaan
1. Guru membahagikan murid
kepada 6 kumpulan iaitu lima murid
setiap kumpulan.
2. Guru menerangkan jenis dan
peraturan permainan yang akan
dijalankan kepada murid.
3. Guru membimbing murid merujuk
terus kepada nilai yang terdapat
dalam petak permainan dam tempat
murid berhenti.
4. Permainan diteruskan sehingga
ada kumpulan yang memenangi
permainan tersebut.
Aktiviti ii
1. Setelah semua murid selesai
menjawab, guru meminta pelajar
menukarkan lembaran kerja dengan
rakan-rakan dan membincangkan
jawapan yang tepat.
2. Guru memberi alasan untuk
menerima atau menolak jawapan.
3. Murid yang berjaya menjawab
kesemua soalan akan mendapat
hadiah.
Kertas menulis karangan
koperatif
Pendekatan Induktif
Permainan Bahasa
BBB
- Carta permainan
dam‘kejar nilai’
- Dadu
- Penanda pemain
Peneguhan positif : hadiah
(alat tulis)
- motivasi ekstrinsik
Kognitif :
Rumusan isi pelajaran
- Nilai-nilai murni
Sosial :
Pujian
Nyanyian lagu ‘Budi Bahasa
Budaya Kita’
Penutup (5 minit)
1. Guru merumuskan isi pelajaran
pada hari tersebut.
2. Guru memberi pujian atas sikap
murid .
3.Guru meminta murid-murid
menyanyikan semula lagu ‘Budi
bahasa budaya kita’ diiringi paparan
video lagu tersebut.
Gabungjalin kemahiran
muzik
BBB
- LCD
- Skrin
- Video lagu ‘Budi Bahasa
Budaya Kita’
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5
Mata Pelajaran : Bahasa MelayuTahun : 5 Cerdas Tarikh : 3 April 2012Masa : 1 jam (7.30 pagi hingga 8.30 pagi)Bilangan Murid : 38 orangTema : Kesusasteraan (Pantun)Tajuk : Buah-buahan TempatanHasil Pembelajaran/Kemahiran :
: 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. : (i) Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan soalan pelbagai aras.
Fokus Sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
: (i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:(i) menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara bertatasusila.(ii) membaca kuat teks pantun teka-teki dan definisi kata adjektif dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.
Sistem Bahasa Tatabahasa - Kata adjektif, binaan ayat lengkap.Kosa Kata - Kolek, menoreh
Pengisian Kurikulum Ilmu - Kesusasteraan, kemasyarakatanNilai Murni - Kesyukuran, patriotisme, rasional
Kemahiran bernilai tambah
- Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti.
Teori Kecerdasan Pelbagai - Muzik
Belajar Cara Belajar - Membaca mekanis
Bahan Bantu Mengajar - Kad imbasan, teks pantun teka-teki, slaid, lembaran kerja.
Masa
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Video lagu :
Buah-buahan tempatan.
Soalan
- Apakah yang ditunjukkan dalam video?
- Buah apakah yang ditunjukkan?
- Di negara manakah kita boleh perolehi buah-buahan ini?
1. Guru menayangkan video lagu buah-buahan tempatan
2. Murid memerhati tayangan video buah-buahan tempatan.
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang video.
4. Murid meneka tajuk pelajaran.
5. Guru memberitahu tajuk pelajaran hari ini.
Teknik :
- Soal jawab
Nilai :
- Kerjasama
BBM :
- video
Langkah 1
(10 minit)
Slaid
Pantun teka-teki bertajuk “Kenali Buah-buahan Tempatan”.
Teks pantun
Pantun teka-teki bertajuk “Kenali Buah-buahan Tempatan”.
1. Setiap kumpulan diberikan 1 teks pantun.
2. Guru membuat demonstrasi pembacaan pantun di hadapan kelas.
3. Murid diminta meneliti sebutan, intonasi dan gaya guru ketika guru berpantun.
4. Wakil setiap kumpulan diminta membaca pantun dengan menggunakan sebutan intonasi dan gaya yang betul.
Teknik :
- Tunjuk cara
Nilai :
- Kerjasama- Tekun
BBM :
- Slaid dan teks pantun teka-teki.
Langkah 2
(15 minit)
Teks pantun
Teka teki bertajuk “Kenali Buah-buahan
1. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan perkataan yang tidak difahami.
2. Secara berkumpulan murid
Teknik :
- Soal jawab- Perbincangan- sumbangsaran
Tempatan”.
Soalan:
- Apakah perkataan yang kamu tidak faham dalam pantun rangkap (pertama, kedua, ketiga, keempat kelima dan keenam)
- Perkataan:Belanga(periuk tanah)Meranduk(mengharungi)Paras(rupa muka)Kolek(sampan kecil)
Jawapan pantun:
1. Rambutan2. Durian3. Nenas4. Manggis5. Kelapa6. betik
diminta menyenaraikan nama buah-buahan yang tersirat di sebalik teka-teki, di atas lembaran kerja yang disediakan.
3. Murid diminta menyebut kembali nama buah-buahan tersebut secara lisan.
4. Guru memberikan jawapan bagi pantun teka-teki yang diberikan.
Nilai :
- Kerjasama- Tekun
BBM :- Lembaran kerja,
teks pantun, slaid
Langkah 3
(15 minit)
Pengajaran :
Kata adjektif.
Contoh :
- cantik
- tajam
- manis
- merah
1. Guru menerangkan secara ringkas definisi kata adjektif.
2. Murid dikehendaki membaca secara berkumpulan definisi kata adjektif secara kuat.
3. Murid diminta mencari dan membulatkan kata adjektif yang terdapat dalam rangkap pantun teka-teki. Kemudian menulis kembali dalam kotak yang disediakan.
Teknik :
- Tunjuk cara
- Soal jawab
Nilai :
- Kerjasama
- hitam 4. Perbincangan antara guru dan murid mengenai kata adjektif yang terdapat di dalam teks pantun.
5. Wakil murid setiap kumpulan diminta membuat ayat lain berdasarkan kata adjektif, secara spontan.
- Tekun
- Mendengar arahan
BBM :
- teks pantun teka-teki, lembaran kerja dan slaid.
Langkah 4
(5 minit)
Nyanyian lagu.
Pantun teka-teki menggunakan rentak lagu ikan kekek
1. Murid diperdengarkan terlebih dahulu rentak lagu ‘Ikan Kekek”.
2. Guru membuat demonstrasi terlebih dahulu cara nyanyian menggunakan rentak lagu “Ikan Kekek” dan rangkap pantun sebagai lirik lagu.
3. Murid diminta menyanyi beramai-ramai seperti nyanyian yang telah ditunjuk oleh guru.
Teknik :
- Tunjuk cara
Nilai :
- Kerjasama
- Tekun
BBM :
- Teks pantun teka-teki.
Penutup
(10 minit)
Nilai murni:
- Kesyukuran- Patriotisme- Rasional
Isi pelajaran :
1.Cara membaca pantun dengan betul.
2.Konsep Kata adjektif
1. Guru menyimpulkan pelajaran.
2. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan isi pelajaran dan nilai murni berdasarkan teks pantun teka-teki, secara lisan.
3. Guru memberikan aktiviti latihan pengukuhan.
Teknik :
- Soal jawab
Nilai :
- Kerjasama
- Tekun
BBM :
Lembaran kerja
Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran: Bahasa MalaysiaTahun: 4MBilangan Murid: 31 orangTarikh: 20 Mei 2013Masa: 8.30a.m-9.30a.mTema: Sukan Dan RekreaksiTajuk: Maharaja Kurang SihatHasil Pembelajaran:(utama): 5.2 Membaca kuat cerita dengan sebutan yang betul dan
lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2(i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan ,intonasi dan gaya penyampaian yang betul.
(sampingan): 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa dan ayat yang tepat dengan laras bahasa yang sesuai.
Aras 2(i) Mengenal pasti dan menyusun isi penting berdasarkan bahan.
Objektif: Pada akhir pelajaran ini, murid dapatMembaca lancar teks "Maharaja Kurang Sihat"denhgansebutan, intonasi, gaya penyempaian yang betul.
Menjawab soalan-soalan berkaitan dengan teks" Maharaja Kurang Sihat" dengan betul.
Menyusun isi penting berdasarkan teks "Maharaja Kurang Sihat" yang diberikan dengan betul.
Mengenal pasti maksud kata kerja dengan betul.
Kemahiran Bahasa: Membaca , Bertutur, Menulis.Sistem Bahasa: Kata KerjaIlmu: Pendidikan Kesiahatan,Pendidikan Moral.Nilai: Menjaga kesihatan, prihatin, kasih sayangKemahiran BernilaiTambah:
Kemahiran BerfikirKemahiran Belajara Cara Belajar
Langkah dan Masa
Isi kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi( 3 minit)8.30-8.33a.m
Tayangan LCD“Cerita Maharaja Kurang Sihat”
1. Guru menayangkan gambar slide.
2. Murid bercerita berpandukan gambar yang ditayangkan.
3. Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pelajaran.
KBT:Kemahiran BerfikirPembelajaran Kontekstual:Menghubungkait isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada murid.BBM:Komputer riba,LCD.
Langkah 1( 15minit)8.33-8.48a.m
Petikan Teks“Maharaja Kurang Sihat”
1. Murid-murid diminta membaca teks.
2. Guru meminta kumpulan murid yang disediakan membaca petikan teks.
3. Guru menyebut nama murid seorang demi seorang untuk membaca petikan teks.
4. Guru memperbetulkan sebutan,intonasi dan gaya penyampaian murid yang berkaitan teks tersebut.
KBT:Kemahiran Belajar Cara Belajar
BBM:Petikan Teks
Langkah 2( 10minit)8.48-8.58a.m
Soalan yang berkaitan dengan petikan teks”Maharaja Kurang Sihat” :Maharaja kurang sihat.-Siapakah yang menyediakan jadual bersukan kepada maharaja?: Doktor yang menyediakan jadual bersukan kepadaMaharaja.
-Bagaimanakah maharaja mendaki
1. Guru bersoala-jawab dengan murid.
2. Guru menilaikan jawapan yang diberi oleh murid dan memperbetulkan jawapannya.
3. Guru menghayati nilai murni kepada murid.
KBT:Kemahiran BerfikirPemikiran kritis dn kreaktif dalam aktiviti menjawab soalan.
Penilaian sumatif –penilaian dilakukan secara pemerhatian
dan berjoging?:Maharaja mendaki dan berjoging dengan duduk di dalam tandu yang diusung oleh orang suruhannya.
-Apakah aktiviti sukan yang dilakukan oleh maharaja pada hari Jumaat?:Pada hari Jumaaat, maharaja berjoging.
-Sebutkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita.:i)prihatinMenteri mendapati maharaja kurang sihat lalu mendapatkan doctor untuk merawati maharaja.ii)menjaga kesihatanMaharaja akhirnya rajin bersukan demi menjaga kesihataniii)kasih sayangPermaisuri,putera serta menteri mengiringi dan menemani maharaja bersukan kerana sayangkan maharaja.
BBM:LCD, Komputer riba, power point
Nilai :PrihatinMenjaga kesihatanKasih saying
Langkah 3(12minit)8.58-9.10a.m.
Tugasan Kumpulan“Susun cerita mengikut urutan yang betul.”
1. Setiap kumpulan diberikan tugasan dan bincangkan.
2. Guru memberi tunjuk ajar semasa aktiviti murid dimulakan.
3. Perbincanga guru antara murid dengan menyemak jawapan.
KBT: Kemahiran Belajar Cara Belajar
BBM: Kertas tugasan,sampul surat ,isi kandungan cerita
Langkah 4(15minit)
Permainan KecilPadankan aktiviti
1. Guru menampalkan jadual pada papan tulis.
BBM :Kotak,
9.10-9.25a.m. sukan yang dilakukan oleh maharaja dalam seminggu.
Hari Isnin: Mendaki Hari Selasa: Menunggang KudaHari Rabu: berenangHari Khamis : bermain Bola lisutHari Jumaat: berjogingHari Sabtu : BersenamHari Ahad: Berehat
2. Murid mencabut hadiah dalam sebuah kotak.
3. Buka”hadiah”dan bacakan aktivitinya.
4. Berpandukan isi cerita, letakkan hadiah(aktiviti)itu pada hari yang betul.
5.Guru menilaikan .
Kad aktiviti,Jadual yang bertulis dengan 7 hari dalam seminggu.
Nilai:Berdisiplin
Penutup(5minit)9.25-9.30a.m.
Tayangan Video 1 Murid 1 Sukan
Soalan: 1. Apakah tajuk cerita
yang murid bacakan hari ini?-Maharaja kurang sihat.
2. Apakah kata kerja yang telah murid-
murid belajar pada hari ini?
-mendaki -menunggang -berenang -berehat -bersenam -berjoging -bermain 3. Latihan Pengukuhan
1. 1. Guru menayangkan Video 1 Murid 1 Sukan, murid melakukan senamrobik berdasarkan video.
2.Guru menekankan jika bersukan, badan akan sihat, otak juga cergas.
3. Guru bersoal-jawab dengan murid.
4.Guru mengedarkan kertas pengukuhan kepada murid
BBM :Kertas pengukuhan,LCD, Komputer riba
Lampiran 1
Teks Petikan ( Buku Cerita dari Power Point)
Tajuk: Maharaja Kurang Sihat
Slide Isi kandungan Cerita2 Pada suatu hari, maharaja berasa kurang sihat. Baginda tidak berselera dan tidak
lena tidur.Baginda berbaring-baring sahaja di atas katil tanpa menghiraukan sebarang urusan negara.
3 Para menteri segera menjemput doktor untuk merawati maharaja.Setelah memeriksa baginda, doktor mendapati bahawa baginda kurang bersenam.Doktor itu menyediakan satu jadual seperti berikut untuk maharaja melakukan aktiviti sukan.Hari Aktiviti Sukan Isnin Mendaki bukit Selasa Menunggang kuda Rabu Berenang Khamis Bermain bola lisut Jumaat Berjoging Sabtu Bersenam Ahad Berehat
4 Hari keesokan, maharaja bangun awal lalu mengarahkan orang suruhannya menyediakan tandu. Baginda akan mula bersukan. Demi menjaga kesihatan baginda, permaisuri telah mengarahkan putera dan menteri turut mengiringi baginda .
5 Pada hari Isnin, putera sulung telah mengiringi maharaja pergi mendaki bukit .Baginda hanya duduk dalam tandu yang diusung oleh orang suruhannya sehingga sampai ke atas puncak bukit. Setelah puas menikmati pemandangagn indah di atas bukit, baginda mengarahkan orang suruhannya agar mengusung baginda turun bukit.
6 Pada hari Selasa, putera kedua membawa baginda pergi menunggang kuda.Namun, baginda hanya berminat melihat gaya putera dan menterinya menunggang kuda.
7 Pada hari Rabu, maharaja dibawa oleh putera ketiga ke kolam renang. Setibanya di kolam renang, baginda terus bersantai di atas kerusi malas sambil melihat orang suruhannya berenang.
8 Pada hari Khamis, para menteri mengiringi maharaja bermain bermain bola lisut.Baginda begitu berkean melihat menterinya bermain, namun baginda tetap tidak bergerak.
9 Pada hari Jumaat, menteri-menterinya menemani maharaja berjoging. Baginda pula berjoging dengan asyik duduk dalam tandu yang diusung oleh orang suruhannya.
10 Pada hari Sabtu, permaisuri menemani maharaja membuat senaman.Walau bagaimanapun,maharaja cuma berperanan penonton yang menyaksikan permaisuri bersenam.
11 Pada hari Ahad, maharaja berehat. Keadaan ini berterusan selama sebulan.Maharaja masih kurang sihat.
121314
Maharaja bertanya kepada doktor,”Beta telah melakukan semua aktiviti sukan,kenapa beta masih kurang sihat?” Maharaja seterusnya memberitahu doktor cara-caranya melakukan aktiviti dalam jadual yang ditetapkan.
15 Doktor itu ketawa terbahak-bahak sambil berkata, “Tuanku menjalankan aktiviti ini dengan duduk di tandu sahaja.Sebenarnya,tuanku tidak bersenam, pengiring tuanku yang bersenam.”Hari Aktiviti Sukan Isnin Mendaki bukit Selasa Menunggang kuda Rabu Berenang Khamis Bermain bola lisut Jumaat Berjoging Sabtu Bersenam Ahad Berehat
16 Setelah mendengar kata-kata doktor itu, maharaja tinggalkan tandunya di istana. Baginda pergi mendaki bukit, menunggang kuda,berenang dan sebagainya bersama-sama putera dan menterinya.
17 Pada setiap petang, baginda akan bersiar-siar di taman bersama dengan permaisuri.
18 Setelah beberapa bulan, maharaja telah sihat. Baginda berupaya mengendalikan semua urusan negara dengan baik.
Posted by penang USM at 18:56 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
AktivitiSet Induksi
Sesi Bercerita " Maharaja Kurang Sihat"
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=spgxDoB2uQA
Penutup:
Video 1 Murid 1 Sukanhttp://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=4vUPdsougr8
Lembaran Kerja 1 Pemulihan
Mata pelajaran :Bahasa Malaysia
Nama :__________________ Kelas :4( ) Tarikh :___________
Tema : Sukan Dan RekreasiTajuk : Maharaja Kurang Sihat
Latihan Pengukuhan :Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat berikut dengan kata kerja yang sesuai.
1.
Maharaja tidak _____________ kuda, baginda hanya melihat gayakuda berlari.
2.
Permaisuri _____________ demi menjaga kesihatan.
3.
Putera sulung membawa maharaja _____________ bukit.
4.
Menteri-menteri itu __________ doktor untuk merawati maharaja.
Lembaran Kerja 2
Pengayaan
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Nama :__________________ Kelas :4( ) Tarikh :____________
Tema : Sukan Dan RekreasiTajuk : MaharajaKurang Sihat Latihan Pengukuhan : Lengkapkan ayat dengan kata kerja yang sesuai.
1. Setiap hari Ahad, bapa membawa saya _____________ bukit.
2. Adik berasa seronok kerana berpeluang ___________ dalam laut .
3. Berikan empat aktiviti sukan yang menyihatkan badan.
a) ____________________
b) ____________________
c) _____________________