rancangan pengajaran harian kssr pendidikan moral tahun 6

Upload: nirmaladevi-subramaniam

Post on 07-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pendidikan moral tahun 6

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6

1. Mata Pelajaran dan Kelas : Pendidikan Moral, Tahun 6

2. Nilai / Tajuk : Kesederhanaan

3. Masa : 10.40 -11.40 pagi (60 minit)

4. Standard Pembelajaran : ( 13.1.1), (13.1.2 ), (13.1.3 )

5. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

Penaakulan :

i. Menyatakan sekurang-kurangnya 3 cara menggunakan tandas awam secara berhemah.

ii. Menyatakan sekurang-kurangnya 3 kepentingan menggunakan tandas awam secara berhemahPerasaan :

i. Menceritakan sekurang-kurangnya 2 perasaan moral apabila menggunakan tandas awam secara berhemah.

6. Pengetahuan sedia ada : Murid pernah menggunakan tandas awam.

7. Teknik : Bercerita,simulasi.

8. Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran:

Set induksi: ( 5 minit)

i. Murid ditunjukkan tayangan video yang berkaitan. (Iklan Kempen Tandas Bersih)

ii. Guru bersoal jawab dengan murid. (guru mengajukan beberapa soalan)

Langkah 1: ( 10 minit)

i. Guru meminta murid menjana idea tentang penggunaan tandas awam.

ii. Murid menyatakan pengalaman penggunaan tandas awam.

iii. Guru menjelaskan nilai kesederhanaan.

Langkah 2: (15 minit)

i. Guru mempaparkan teks cerita dan murid diminta membaca teks tersebut.

ii. Murid cuba menyatakan sikap kesederhanaan yang yang terdapat dalam teks

iii. Murid mengadakan perbincangan dalam kumpulan untuk mengesan kepentingan bersikap sederhana semasa menggunakan tandas awam dan mencatat kepentingan tersebut dalam peta buih.

Langkah 3 ( 25 minit)

i. Dalam kumpulan yang sama, murid dikehendaki berbincang dan menulis perasaan mereka apabila menggunakan tandas awam secara berhemah di dalam sehelai kertas yang disediakan.

ii. Murid juga dikehendaki menulis perasaan mereka apabila mereka menggunakan tandas awam yang bersih.

iii. Murid perlu membentangkan hasil perbincangan mereka.

Penutup: ( 5 minit)

Guru bertanyakan pendapat murid tentang usaha pada masa hadapan untuk

menggunakan tandas secara berhemah.

9. EMK: i. Kreativiti & inovasi menjana idea, sumbangsaran

ii. TMK - Menggunakan internet

10. Bahan Bantu Belajar: Tayangan Video, Peta i-Think

11. Penilaian p&p:

i. Lembaran kerja (Aktiviti melengakapkan Peta Minda).

ii. Pemerhatian (Tingkah laku murid)

iii. Murid dapat menceritakan perasaan apabila bersikap kesederhanaan