rasional muka hadapan - bakau.forestry.gov.my · 2.0 pendahuluan 2 3.0 objektif 4 4.0 ......
TRANSCRIPT
Laporan Tahunan 2010i
Gambar kanan atas Pokok rhu yang telah ditanam oleh Y. Bhg. Dato’ Razani Ujang (KPPSM) pada tahun 2008 di Sg. Ular, Kuantan, Pahang
Gambar kanan tengahY. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Abd. Rahman b. Hj. Abd. Rahim (TKP(DP)) menanam pokok Bakau di Taman Negara Kuching Wetlands, Sarawak pada tahun 2010
Gambar kanan bawah Bakau kurap yang telah matang ditanam pada tahun 2006 di Kg. Parit Unas, Muar, Johor
RasionalMuka Hadapan
Isi Kandungan ii
Prakata vi
1.0 Tujuan 1
2.0 Pendahuluan 2
3.0 Objektif 4
4.0 Skop Program Tahun 2010 5
5.0 Laporan Pelaksanaan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara Tahun 2010
5.1 Mesyuarat-Mesyuarat Berkenaan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara Tahun 2010
6
5.2 Status Kemajuan Fizikal Pelaksanaan Program Bagi Tahun 2010 12
5.3 Status Kewangan Bagi Tahun 2010 25
5.4 Gambar-Gambar Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara Tahun 2010
26
5.5 Laporan MKRA/KPI Menteri NRE 39
5.6 Seminar Dan Bengkel 47
5.7 Program Kesedaran Masyarakat 49
5.8 Aktiviti-Aktiviti Kesedaran Komuniti Yang Dijalankan Oleh Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)
50
5.9 Lawatan Pemantauan Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara
66
6.0 Laporan Pelaksanaan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara Sepanjang RMKe-9
6.1 Status Kemajuan Fizikal Pelaksanaan Program Sepanjang RMKe-9 68
6.2 Status Peruntukan Kewangan Sepanjang RMKe-9 71
6.3 Gambar-Gambar Perkembangan Penanaman Sepanjang RMKe-9 72
6.4 Seminar Dan Bengkel Sepanjang RMKe-9 113
6.5 Program Kempen Kesedaran Sepanjang RMKe-9 115
6.6 Aktiviti-Aktiviti NGO Sepanjang RMKe-9 116
Isi KandunganTAJUK Muka surat
ii Laporan Tahunan 2010
7.0 Isu & Masalah Sepanjang RMKe-9 ( Ulasan Oleh Jabatan Perhutanan Negeri)
7.1 Rumusan Maklumat JTPP, JTRD Dan JTP 119
7.2 Ulasan Oleh Jabatan Perhutanan Negeri 121
8.0 Penilaian Outcome Sepanjang RMKe-9 127
9.0 Pengembangan Dan Pembelajaran
9.1 Risalah 135
9.2 Poster 136
10.0 Laporan Peristiwa 2010 137
11.0 Penutup RMKe-9 140
12.0 Lampiran
. Lokasi Tanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Semenanjung Malaysia (Tahun 2005-2010)
143
. Lokasi Tanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Speseis Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Sabah Dan Sarawak (Tahun 2005-2010)
144
Ahli Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan dan Pelaksanaan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara
. Ahli Jawatankuasa Kerja Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara
. Ahli Jawatankuasa Penyediaan Laporan Tahunan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara
. Seksyen Pemuliharaan Pesisiran Pantai
TAJUK Muka surat
iii Laporan Tahunan 2010
Laporan Tahunan 2010 iv
Jadual 1 Mesyuarat JTPP Bagi Tahun 2010 8
Jadual 2 Mesyuarat JKTB Bagi Tahun 2010 10
Jadual 3 Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Bakau Dan Speseis-Speseis Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara Bagi Tahun 2010
13
Jadual 4 Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Johor
14
Jadual 5 Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Kedah
15
Jadual 6 Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Kelantan
16
Jadual 7 Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Melaka
16
Jadual 8 Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Sembilan
17
Jadual 9 Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Pahang
17
Jadual 10 Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Perak
18
Jadual 11 Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Perlis
18
Jadual 12 Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Pulau Pinang
19
Jadual 13 Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Selangor
20
Jadual 14 Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Terengganu
21
Jadual 15 Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Sabah
22
Jadual 16 Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Sarawak
23
Jadual 17 Ringkasan Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Speseis Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara Bagi Tahun 2010 Mengikut Spesies Pokok
Jadual 18 Perbelanjaan Kewangan Bagi Tahun 2010 25
Jadual 19 Lawatan Pemantauan Dan Peninjauan Ke Kawasan Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara Bagi Mendapatkan Input Perkembangan Tanaman Dan Lawatan Ke Cadangan Kawasan Tanaman Tahun 2010 (MKRA/KPI Menteri NRE)
39
Jadual 20 Nama Kampung Dan Anggaran Penduduk Yang Terlibat Dengan Kawasan Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Di Lima Buah Negeri Yang Terjejas Akibat Tsunami (2005-2010)
43
Jadual 21 Sasaran Luas Kawasan Penanaman 2010 Di Lima (5) Buah Negeri Yang Terjejas Akibat Tsunami
40
Jadual 22 Seminar Dan Bengkel Yang Telah Dianjurkan Sepanjang 2010 47
Jadual 23 Kempen Kesedaran Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2010 50
Jadual 24 Pencapaian Kumulatif Fizikal 2005 Hingga 2010 68
iv Laporan Tahunan 2010
JADUAL TAJUK Muka surat
Laporan Tahunan 2010v
Jadual 25 Pencapaian Kumulatif (Mengikut Spesies) Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara Bagi Tahun 2005-2010
71
Jadual 26 Pencapaian Kumulatif Peruntukan Kewangan Bagi Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara Bagi Tahun 2005-2010
72
Jadual 27 Seminar Yang Telah Dianjurkan Sepanjang RMKe-9 114
Jadual 28 Bengkel Yang Telah Dianjurkan Sepanjang 2010 115
Jadual 29 Statistik Ringkas Penyertaan Kempen Kesedaran Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara Sepanjang RMKe-9
116
Jadual 30 Penyertaan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sepanjang RMKe-9 117
Jadual 31 Pecahan Peruntukan Kewangan Bagi Badan-Badan Bukan Kerajaan Sepanjang RMKe-9
118
Jadual 32 Kawasan Yang Telah Dibangunkan Sebagai Tempat Pelancongan, Pembelajaran dan Penyelidikan
129
Jadual 33 Peratus Kehidupan Tanaman Bagi Setiap Negeri 132
Jadual 34a Stok Karbon Bagi Beberapa Spesies Hutan Paya Laut 133
Jadual 34b Kandungan Karbon Mengikut Jenis Hutan 134
RAJAH TAJUK Muka Surat
Rajah 1 Pecahan Luas Kawasan Tanaman Bagi Tahun 2010 13
Rajah 2 Peratus Pencapaian Fizikal Penanaman Bagi Tahun 2010 Mengikut Negeri
14
Rajah 3 Pecahan Pencapaian Fizikal Mengikut Spesies Bagi Tahun 2010 25
Rajah 4 Peratusan Bilangan Peserta Yang Menyertai Kempen Kesedaran Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2010 Yang Diadakan Di Seluruh Malaysia
52
Rajah 5 Pecahan Pencapaian Fizikal Kumulatif Mengikut Spesies (2005-2010) 70
Rajah 6 Sasaran Outcome Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara
128
v Laporan Tahunan 2010
JADUAL TAJUK Muka surat
Laporan Tahunan 2010 vi
PrakataBismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara merupakan satu program nasional yang
dilaksanakan secara bersepadu ke arah memelihara dan memulihara kawasan pesisiran pantai negara. Tahun 2010 merupakan tahun terakhir
pelaksanaan program ini di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9: 2006 – 2010). Sepanjang tempoh RMKe-9, program ini telah
dijalankan mengikut perancangan dan berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Pelaksanaan program ini merupakan satu tanggungjawab yang amat mencabar. Sejak pelaksanaannya pada tahun 2005, kekurangan dan kekangan yang dihadapi telah dapat diatasi dan membantu meningkatkan prestasi kejayaan program ini.
Kejayaan yang dicapai ini merupakan tanda sokongan, kerjasama dan komitmen dari pelbagai agensi dan Badan-badan Bukan Kerajaan
yang banyak membantu menyelesaikan isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapi. Kejayaan program ini menjadi lebih bermakna apabila masyarakat tempatan turut mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti seminar dan kempen kesedaran masyarakat yang dianjurkan di bawah program ini. Dalam tahun 2010 sebanyak 24 kempen kesedaran telah dapat dianjurkan dengan penglibatan seramai 5,492 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Di samping itu, keprihatinan oleh Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah meningkatkan lagi keberkesanan dan kejayaan program nasional ini. Salah satu inisiatif yang telah dijalankan ialah penganjuran Makmal bagi membincangkan pelaksanaan Program Penanaman Pokok Bakau
Dato’ Razani UjangKetua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia
vi Laporan Tahunan 2010
Laporan Tahunan 20101
Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara dengan penglibatan secara kolektif Ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal Pemantauan (JTP), Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan dan Pelaksanaan (JTPP) dan Jawatankuasa Teknikal Mengenai Penyelidikan dan Pembangunan (JTRD). Makmal tersebut telah menghasilkan rumusan bagi menangani setiap masalah, isu dan cabaran serta halatuju di masa hadapan.
Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Agensi-agensi Kerajaan berkaitan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, Jabatan Perhutanan Negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta masyarakat tempatan yang telah bersama-sama berganding bahu mengembleng tenaga untuk menjayakan program tahun ini. Seterusnya, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) di atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang diberikan selama ini.
Akhir kata, saya harap penerbitan Laporan Tahunan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara sepanjang Tahun 2010 dapat memberikan input dan rujukan yang bermakna. Besarlah harapan saya agar sokongan dan komitmen yang sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan supaya objektif program ini dapat dicapai sepenuhnya.
Wassalam.
DATO’ RAZANI UJANGKetua Pengarah PerhutananSemenanjung Malaysia
vii Laporan Tahunan 2010
Laporan Tahunan 2010 2
Laporan ini diterbitkan adalah untuk memaklumkan status kemajuan pelaksanaan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara. Laporan ini merangkumi perkara-perkara seperti berikut :-
1.0 Tujuan
Pencapaian fizikal dankewangan bagi tahun 2010
Laporan Tahunan 2010
Aktiviti-aktiviti yang dijalankansepanjang tahun 2010
Pencapaian kumulatif fizikal dan kewangan dari tahun 2005 hingga 2010
Penglibatan NGO tempatan dalam ProgramPenanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies
Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara 2010
1 Laporan Tahunan 2010
Laporan Tahunan 20103
Di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9: 2006-2010), Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Pelbagai usaha dan pendekatan telah dijalankan bagi mencapai objektif program iaitu untuk memulihara dan memelihara pesisiran pantai negara, mewujudkan zon penampan yang kukuh, memulih habitat pesisiran pantai serta meningkatkan kualiti alam sekitar. Dari setahun ke setahun, perkembangan dan kemajuan pelaksanaan program ini terus dipertingkatkan dan ditambah baik melalui pendedahan dan pengalaman lapangan, perkongsian kepakaran dan penemuan hasil kajian (R&D). Sejak program ini dilaksanakan dari tahun 2005 hingga 2010, seluas 2,257.67 hektar kawasan pesisiran pantai Negara telah berjaya ditanam yang melibatkan sejumlah 5,862,163 pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai. Pada keseluruhannya, pencapaian fizikal program ini telah berjaya melepasi sasaran yang telah ditetapkan iaitu seluas 2,010 hektar.
Tahun 2010 merupakan tahun terakhir pelaksanaan program ini di bawah RMKe-9 (2006-2010). Sepanjang tahun 2010, seluas 428.86 hektar kawasan pesisiran pantai telah berjaya ditanam dengan 930,995 pokok menggunakan peruntukan sejumlah RM7.69 juta. Dalam tahun ini, dua teknik tanaman telah digunakan iaitu teknik tanaman secara konvensional bagi kawasan-kawasan yang berisiko rendah, manakala bagi kawasan yang sukar telah ditanam menggunakan teknik inovatif (Comp-mat dan Comp-pillow) hasil daripada kajian R&D.
Selain penanaman pelbagai spesies pokok, aktiviti-aktiviti lain juga turut dijayakan seperti kempen kesedaran dan seminar. Sepanjang tahun 2010, sebanyak 24 kempen kesedaran telah diadakan dengan melibatkan seramai lebih kurang 5,492 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Selain itu, Badan-badan Kerajaan (NGO) juga mengambil bahagian membantu dalam memberi kesedaran dan pendedahan secara hands-on kepada masyarakat setempat berhubung dengan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan pesisiran pantai Negara. Dalam tahun ini, sebanyak 11 NGO telah terlibat dalam menjayakan program ini dengan melaksanakan pelbagai aktiviti pembelajaran dan kesedaran masyarakat. Bagi meningkatkan kefahaman, kemahiran dan kepakaran, Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2010 telah dianjurkan di Kota Kinabalu, Sabah. Seminar ini telah disertai oleh pelbagai Jabatan/Agensi Kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan, institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi tempatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan masyarakat tempatan yang telah membincangkan pelbagai aspek berkaitan pengurusan,
2.0 Pendahuluan
2 Laporan Tahunan 2010
Laporan Tahunan 2010 4
penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta isu dan cabaran yang dihadapi dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan pesisiran pantai Negara.
Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah memilih Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai di lima (5) buah negeri yang terjejas akibat Tsunami iaitu Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama (MKRA) /Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (MNRE) tahun 2010. Secara keseluruhannya, sasaran MKRA/KPI ini telah mencapai tahap Sangat Melepasi Sasaran (Significantly Exceed Target) iaitu seluas 154.15 hektar berbanding matlamat asal seluas 144 hektar.
Secara kolektifnya, program ini telah melibatkan pelbagai pihak yang telah memainkan peranan mengikut keupayaan dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Justeru itu, kesepakatan dan konsensus yang dicapai telah banyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Kerjasama yang erat di antara ahli-ahli Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok Bakau Dan Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara, Jawatankuasa Teknikal Pemantauan (JTP), Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan Dan Pelaksanaan (JTPP) dan Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan Dan Pembangunan (JTRD) adalah kunci utama kepada kejayaan program ini.
3 Laporan Tahunan 2010
Laporan Tahunan 20105
3.0 Objektif
Memulihara pesisiran pantaiSebagai lindungan semulajadi bagi mengurangkan kemusnahan akibat kejadian alam dan hakisan tanah
Memulihkan habitat pesisiran pantaiYang menjadi koridor kepada
kepelbagaian biologi serta memperkayakan sumber hasil pantai
Mewujudkan zon penampanBagi menahan kekuatan ombak
dan angin kencang serta mencegah pencemaran alam sekitar
Meningkatkan kualiti alam sekitar dan nilai estetika
Sebagai daya tarikan pelancong
ObjektifProgram
4 Laporan Tahunan 2010
Laporan Tahunan 2010 6
4.0 Skop Program tahun 2010
Pada tahun 2010, skop kerja yang telah dijalankan adalah seperti berikut : -
a) Mengenalpasti kawasan tanaman yang sesuai (i.e kawasan yang berisiko rendah/kurang bermasalah dan tiada konflik dari sudut perundangan);
b) Perolehan bahan tanaman yang mencukupi untuk tanaman secara konvensional dan menggunakan teknik inovatif bagi menjayakan program ini;
c) Kerja-kerja tanaman di kawasan yang telah dikenalpasti meliputi kerja-kerja seperti penyediaan sempadan, tapak tanaman, pemasangan papan tanda dan memasang pagar atau menyediakan struktur perlindungan ke atas anak pokok yang ditanam;
d) Kerja-kerja tanaman menggunakan teknik inovatif Comp-Mat dan Comp-Pillow di 5 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor;
e) Mengadakan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan Dan Pelaksanaan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara (JTPP) dan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara (JKTB);
f) Pemantauan dan penilaian pelaksanaan projek dari segi kejayaan kehidupan pokok secara berterusan di setiap lokasi;
g) Melaksanakan aktiviti pengukuhan program seperti bengkel, seminar, kempen kesedaran masyarakat, penerbitan buku prosiding seminar dan aktiviti-aktiviti pengembangan; dan
h) Penglibatan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam pelaksanaan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara.
5 Laporan Tahunan 2010
Laporan Tahunan 20107
5.1.1 Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara 2010
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara ini telah diadakan di Hotel Premiere, Bukit Tinggi, Klang, Selangor Darul Ehsan pada 22 November 2010 dan telah dipengerusikan oleh Y. Bhg. Dato’ Zoal Azha Bin Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (KSU, NRE) dan telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Pengerusi JTPP), Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Pengerusi JTRD), Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, wakil-wakil Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah-pengarah Perhutanan Negeri, wakil-wakil Jabatan/Agensi Teknikal dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO). Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membentangkan laporan terkini pencapaian kemajuan pelaksanaan penanaman sepanjang tahun 2010, laporan hasil penyelidikan, aktiviti-aktiviti kesedaran masyarakat serta isu dan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan program penanaman ini.
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas di Hotel Premiere, Bukit Tinggi, Klang, Selangor Darul Ehsan pada 22 November 2010
Lawatan Tapak Sempena Mesyuarat Pasukan Petugas Khas ke Sg. Hj. Dorani dan Bagan Nakhoda Omar, Selangor
5.0 LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU DAN SPESIES-SPESIES YANG SESUAI DI PESISIRAN PANTAI NEGARA TAHUN 2010
6 Laporan Tahunan 2010
MESYUARAT-MESYUARAT BERKENAAN PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU DAN SPESIES-SPESIES YANG SESUAI DI PESISIRAN PANTAI NEGARA TAHUN 2010
5.1
Laporan Tahunan 2010 8
5.1.2 Ringkasan Perbincangan Dan Keputusan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara 2010
Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara 2010 telah bersetuju dengan beberapa perkara yang telah dibincangkan seperti berikut:
• Menerima laporan kemajuan penanaman yang dibentangkan oleh Pengerusi JTPP, laporan kemajuan penyelidikan dan pembangunan yang dibentangkan oleh Pengerusi JTRD dan laporan pemantauan dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pemantauan (JTP);
• Mesyuarat mengambil maklum terdapat empat (4) komponen utama yang dibentangkan oleh JTRD iaitu teknik penghasilan bahan tanaman spesies bakau dan bukan bakau yang mampu menampung permintaan negara, teknik inovatif penanaman spesies bakau dan spesies bukan bakau di pesisiran pantai, pengawalan agen-agen perosak pokok bakau dan bukan bakau yang ditanam di pesisiran pantai serta penilaian dan pemantauan kawasan menggunakan teknik penderiaan jarak jauh dan kajian status tanah;
• Mesyuarat menyarankan agar Jabatan Perhutanan Negeri bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan agar semua kawasan pesisiran pantai mempunyai zon penampan yang stabil dan dapat diwartakan sebagai HSK di mana ianya turut berperanan untuk melindungi pantai dan masyarakat pesisiran pantai;
• Sebanyak sebelas (11) NGO tempatan terlibat bagi menjayakan program penanaman pokok di pesisiran pantai negara bagi tahun 2010. Mesyuarat telah menyarankan supaya semua NGO yang terlibat mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri berkenaan; dan
• Mesyuarat bersetuju supaya aktiviti tanaman pokok di bawah Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara bertujuan mewujudkan zon penampan di kawasan pesisiran pantai negara. Semua kawasan yang terlibat/dikenal pasti untuk ditanam adalah termasuk juga kawasan-kawasan kolam udang yang terbiar. Contohnya kawasan kolam terbiar yang telah ditanam di Mukim Lekir, Perak dan di Daerah Kunak, Sabah. Teknik dan kaedah tanaman di bawah program ini memerlukan input-input R&D.
7 Laporan Tahunan 2010
Laporan Tahunan 20109
Bil Tarikh Mesyuarat JTPP Tempat
1 25 Mac 2010 BIL 1/2010Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia,
Kuala Lumpur
2 2 Ogos 2010 BIL 2/2010Bilik Kota Melaka,
Hotel Park Avenue, Kedah
3 4 November 2010 BIL 3/2010Bilik Bunga Raya,
Agensi Remote Sensing Malaysia
5.1.3 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan Dan Pelaksanaan (JTPP) 2010
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi Tahun 2010 telah diadakan sebanyak tiga (3) kali dan telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM). Mesyuarat JTPP ini diadakan bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan dan mengetahui pencapaian penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai serta keperluan input-input sokongan bagi menjayakan program tersebut. Antara perkara utama yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut adalah taklimat dan perbincangan mengenai kemajuan projek penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai yang telah dicapai sepanjang tahun 2010. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari agensi-agensi teknikal Kerajaan Persekutuan, Jabatan/Agensi pelaksana peringkat negeri dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan. Siri mesyuarat yang telah diadakan pada tahun 2010 adalah seperti di Jadual 1.
Mesyuarat JTPP Sepanjang Tahun 2010
8 Laporan Tahunan 2010
Lawatan Tapak Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan Dan Pelaksanaan Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara
Jadual 1 : Mesyuarat JTPP Bagi Tahun 2010
Laporan Tahunan 2010 10
5.1.4 Ringkasan Perbincangan Dan Keputusan JTPP Bagi Tahun 2010
Dalam siri mesyuarat JTPP 2010 yang lalu, mesyuarat telah memutuskan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan iaitu:
• Membincang dan melaksanakan perkara-perkara yang diputuskan oleh Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara;
• Mengambil maklum tentang pencapaian kemajuan tahun 2009 iaitu seluas 526.87 hektar kawasan telah berjaya ditanam di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM9.5 juta;
• Menerima peruntukan yang telah diluluskan bagi tahun 2010 berjumlah RM7,687,810.00 untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti penanaman dan bagi menjalankan kajian R&D berhubung teknik-teknik Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara;
• Menetapkan matlamat penanaman di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang dirancangkan bagi tahun 2010 iaitu seluas 360 hektar;
• Memaklumkan penganjuran Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara 2010: “Kepelbagaian Hutan Pesisiran Pantai, Warisan 1Malaysia” yang diadakan pada 5-6 Oktober 2010 di Grand Ballroom 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah;
• Membincangkan penilaian ke atas kawasan cadangan penanaman telah dilakukan oleh JTRD yang diketuai oleh FRIM dan hasil penilaian tersebut telah dihantar kepada Pengerusi JTPP melalui surat rasmi bertarikh 5 Ogos 2010. Satu penilaian tambahan telah dibuat oleh JTRD dan kesesuaian pemilihan kawasan tersebut telah dimaklumkan kepada JTPP pada 8 September 2010;
• Meningkatkan usaha pelaksanaan program bagi tahun 2010 yang merupakan tahun terakhir tempoh pelaksanaan program di bawah RMKe-9: 2006-2010 dan membincangkan langkah-langkah awal bagi menghadapi pelaksanaan program ini di bawah RMKe-10: 2011-2015; dan
• Membuat penilaian ke atas pencapaian pelaksanaan Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara sepanjang tahun 2010.
9 Laporan Tahunan 2010
Laporan Tahunan 201011
5.1.5 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara (JKTB) 2010
Mesyuarat JKTB telah diadakan sebanyak tujuh (7) kali dalam tahun 2010 yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar dan Perancangan) di mana mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menilai dan mengesahkan kawasan-kawasan yang sesuai sebagai lokasi penanaman di negeri-negeri, mengumpul maklumat mengenai kemajuan aktiviti penanaman yang dijalankan di setiap negeri, mengenalpasti masalah yang dihadapi dari semasa ke semasa dan menjalankan pemantauan ke atas penanaman dan penyelenggaraan kawasan tanaman. JKTB juga adalah bertanggungjawab untuk mengambil tindakan susulan ke atas keputusan-keputusan serta ketetapan yang dibuat oleh mesyuarat JTPP. Siri mesyuarat yang telah diadakan pada tahun 2010 adalah seperti di Jadual 2.
Bil Tarikh Mesyuarat JKTB Tempat
1 3 Februari 2010 BIL 1/2010 Bukit Jawi Golf Resort, Pulau Pinang
2 23 Mac 2010 BIL 2/2010Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia,
Kuala Lumpur
3 22 Jun 2010 BIL 3 & 4/2010 Kota Kinabalu, Sabah
4 8 November 2010 BIL 5/2010Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia,
Kuala Lumpur
5 29 November 2010 BIL 6/2010 Kuching, Sarawak
Mesyuarat JKTB Sepanjang Tahun 2010
10 Laporan Tahunan 2010
Lawatan Tapak Sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara
Jadual 2 : Mesyuarat JKTB Bagi Tahun 2010
Laporan Tahunan 2010 12
5.1.6 Ringkasan Perbincangan Dan Keputusan JKTB Bagi Tahun 2010
Dalam siri mesyuarat JKTB 2010 yang lalu, mesyuarat telah membincang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti utama berikut:
• Perancangan dan penilaian ke atas semua kawasan yang dicadangkan untuk ditanam pada tahun 2010;
• Keperluan dari segi kewangan berdasarkan analisis kos tanaman setiap negeri;
• Pelaksanaan aktiviti penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai bagi setiap negeri dengan mengambil kira kesesuaian tanah dan spesies pokok;
• Penilaian kemajuan fizikal dan kewangan pelaksanaan program bagi setiap negeri;
• Pengenalpastian isu dan masalah yang dihadapi di lapangan dan keperluan untuk mendapatkan input kajian bagi tujuan menangani masalah dan penambahbaikan;
• Memperkemaskan penyimpanan maklumat mengenai kemajuan pelaksanaan penanaman dari semasa ke semasa untuk disampaikan kepada JTPP, JTRD, Jawatankuasa Pemantauan dan Pasukan Petugas Khas;
• Membincangkan dan melaksanakan aktiviti pengukuhan; dan
• Dokumentasi dan penerbitan aktiviti-aktiviti pengukuhan iaitu buku prosiding seminar, penyediaan brosur, poster dan bahan-bahan pembelajaran.
11 Laporan Tahunan 2010
Laporan Tahunan 201013
Sepanjang tahun 2010, seluas 428.86 hektar kawasan dengan sejumlah 930,995 pokok telah ditanam di seluruh Malaysia di bawah Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara. Ianya meliputi kawasan seluas 222.26 hektar di Semenanjung Malaysia, 115.90 hektar di negeri Sabah dan 90.70 hektar di negeri Sarawak (Rajah 1). Jadual 3 menunjukkan maklumat terperinci berhubung pencapaian fizikal Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara bagi tahun 2010.
90.70 ha21%
115.90 ha27%
222.26 ha52%
Semenanjung Malaysia
Sabah
Sarawak
12 Laporan Tahunan 2010
5.2 STATUS KEMAJUAN FIZIKAL PELAKSANAAN PROGRAM BAGI TAHUN 2010 5.2 STATUS KEMAJUAN FIZIKAL PELAKSANAAN PROGRAM BAGI TAHUN 2010
Rajah 1 : Pecahan Luas Kawasan Tanaman Bagi Tahun 2010
Laporan Tahunan 2010 14
Seluas 360.0 hektar keluasan penanaman telah disasarkan bagi aktiviti penanaman tahun 2010 ini. Beberapa kawasan telah dikenal pasti di setiap negeri untuk melaksanakan program penanaman ini. Rajah 2 menunjukkan peratus pencapaian fizikal penanaman bagi tahun 2010 mengikut negeri.
NegeriKeluasan Tanaman (Ha) Bil. Pokok
Matlamat Pencapaian Bakau Rhu Spesies lain Jumlah
Johor 10.00 13.20 18,600 4,500 - 23,100
Kedah 42.00 42.90 219,801 200 2,200 222,201
Kelantan 8.00 8.00 - 7,430 - 7,430
Melaka 2.00 2.50 4,000 - 1,750 5,750
N. Sembilan 10.00 14.15 60,500 - 500 61,000
Pahang 14.00 17.55 - 9,906 500 10,406
Perak 45.00 55.00 249,075 - 6,000 255,075
Perlis 4.00 4.55 2,400 800 400 3,600
P. Pinang 13.00 14.20 39,612 687 - 40,299
Selangor 40.00 37.50 86,400 - 4,500 90,900
Terengganu 12.00 12.71 6,050 8,006 - 14,056
Jumlah 200.00 222.26 686,438 31,529 15,850 733,817
Sabah 80.00 115.90 114,100 3,093 600 117,793
Sarawak 80.00 90.70 68,683 6,202 4,500 79,385
Jumlah Besar 360.00 428.86 869,221 40,824 20,950 930,995
160.00
140.00
120.00
100.00
80.00
60.00
20.00
0.00
peratus
%
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
N.Sembila
n
Selango
r
Sabah
Saraw
ak
PahangPerak
Perlis
Pulau Pinang
Terangga
nu
Negeri
Matlamat
Pencapaian
13 Laporan Tahunan 2010
Jadual 3 : Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara Bagi Tahun 2010
Rajah 2 : Peratus Pencapaian Fizikal Penanaman Bagi Tahun 2010 Mengikut Negeri
Laporan Tahunan 201015
LokasiStatus Tanah
SpesiesMatlamat
(Ha)Telah Tanam
(Ha)Bil.
Pokok
Kompt. 91 HS Gunung Arong HSK Rhu pantai
10.00
4.00 2,500
Blok B, HS Benut HSK Bakau 6.00 18,600
Kompt. 91(a) HS Gunung Arong HSK Rhu pantai 1.60 1,000
Teluk Mahkota, Sedili Kecil TK Rhu pantai 1.60 1,000
Jumlah 10.00 13.20 23,100
Negeri Johor
Matlamat penanaman yang telah ditetapkan bagi tahun 2010 untuk negeri Johor ialah 10.00 hektar. Seluas 13.20 hektar kawasan telah berjaya ditanam dengan sejumlah 23,100 pokok yang terdiri daripada spesies Bakau dan Rhu pantai.
14 Laporan Tahunan 2010
5.2.1 Laporan Negeri-Negeri
Kg. Sri Menanti Laut, Muar, Johor
Jadual 4 : Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Johor
Laporan Tahunan 2010 16
LokasiStatus Tanah
SpesiesMatlamat
(Ha)Telah Tanam
(Ha)Bil.
Pokok
Kg. Huma,Tanjung Dawai TK Rhu pantai
42.00
0.20 100
Kuala Teriang, Langkawi TK Bakau minyak 5.00 29,500
Kg. Kepala Jalan TK Rhu pantai 0.20 100
Kg. Sg. Pial, Tanjung Dawai TK Bakau minyak 5.00 29,500
Kg. Sg. Meriam TK Nyireh 2.00 2,200
Kuala Sala/Kuala Kangkong, Yan (Blok 1) TK Bakau minyak 3.00 17,751
Kuala Sala/Kuala Kangkong, Yan (Blok 2) TK Bakau
minyak/ Bakau kurap
3.00 17,751
Kuala Sala/Kuala Kangkong, Yan (Blok 3) TK Bakau
minyak/ Bakau kurap
4.00 23,668
Kg. Kuala Sg. Limau (Blok 1) TK Bakau minyak 3.00 17,751
Kg. Kuala Sg. Limau (Blok 2) TK Bakau minyak 3.00 17,751
Kg. Kuala Sg. Limau (Blok 3) TK Bakau minyak 3.00 17,751
Kg. Kuala Sg. Limau (Blok 4) TK Bakau minyak 3.00 17,751
Kg. Kuala Sg. Limau (Blok 5) TK Bakau minyak 4.50 26,627
Kuala Sala/Kuala Kangkong, Yan (Fasa 1 & Fasa 2) *
TK Bakau minyak 4.00 4,000
Jumlah 42.00 42.90 222,201* Penanaman dijalankan menggunakan teknik inovatif (Comp-Mat dan Comp-Pillow)
Negeri Kedah
Aktiviti penanaman di negeri Kedah untuk 2010 melibatkan bilangan kawasan yang banyak dengan jumlah luas kawasan keseluruhan sebanyak 42.90 hektar. Sejumlah 222,201 pokok telah berjaya ditanam di seluruh negeri Kedah pada tahun 2010.
15 Laporan Tahunan 2010
Jadual 5 : Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Kedah
Laporan Tahunan 201017
LokasiStatus Tanah
SpesiesMatlamat
(Ha)Telah Tanam
(Ha)Bil.
Pokok
Pantai Senok, Bachok Blok 1 TK Rhu pantai
8.00
1.00 1,111
Pantai Senok,Bachok, Blok 3 TK Rhu pantai 2.00 2,222
Pantai Senok, Bachok, Blok 4 TK Rhu pantai 2.00 2,222
Pantai Senok, Bachok, Blok 2 TK Rhu pantai 1.00 625
Pantai Pachakan, Pasir Puteh TK Rhu pantai 1.00 625
Pantai Kemasin, Bachok TK Rhu pantai 1.00 625
Jumlah 8.00 8.00 7,430
Negeri Kelantan
Penanaman di negeri Kelantan telah berjaya menepati matlamat yang telah ditetapkan. Sebanyak 7,430 pokok Rhu pantai telah ditanam di negeri Kelantan yang merangkumi kawasan seluas 8.00 hektar.
Negeri Melaka
Di Melaka, seluas 2.50 hektar kawasan yang telah berjaya ditanam dengan 5,750 pokok yang terdiri daripada spesies Bakau, Nyireh dan Nipah sepanjang tahun 2010.
LokasiStatus Tanah
SpesiesMatlamat
(Ha)Telah tanam
(Ha)Bil.
Pokok
HS Linggi, Kuala Linggi, Alor Gajah HSK Bakau minyak
2.00
1.00 2,500
Fort Supai, Kg, Nelayan, Kuala Linggi, Alor Gajah
TK Bakau minyak & Nyireh
1.00 3,000
Kuala Linggi TK Nipah 0.50 250
Jumlah 2.00 2.50 5,750
16 Laporan Tahunan 2010
Jadual 7 : Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Melaka
Jadual 6 : Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Kelantan
Laporan Tahunan 2010 18
Negeri Sembilan
Sepanjang tahun 2010, seluas 14.15 hektar kawasan telah berjaya ditanam dengan sejumlah 61,000 pokok di Negeri Sembilan. Kebanyakan pokok yang telah ditanam di negeri ini adalah merupakan dari spesies Bakau kurap.
LokasiStatus Tanah
SpesiesMatlamat
(Ha)Telah Tanam
(Ha)Bil.
Pokok
Pasir Panjang/Kg. Balak TK Bakau kurap
10.00
2.00 15,000
Tanjung Agas/Sg. Linggi TK Bakau kurap 10.00 30,000
Kg. Chuah/Pengkalan Nipah TK Bakau kurap 2.00 15,000
Pulau Cahaya/Port Dickson TK Bakau / Api-api
0.15 1,000
Jumlah 10.00 14.15 61,000
Negeri Pahang
Negeri Pahang telah berjaya mencapai matlamat yang telah disasarkan dengan jumlah keluasan seluas 17.55 hektar dan jumlah pokok sebanyak 10,406 pokok. Kesemua pokok yang telah ditanam adalah spesies Rhu pantai.
LokasiStatus Tanah
SpesiesMatlamat
(Ha)Telah Tanam
(Ha)Bil.
Pokok
Pantai Tanjung Gosong, Kuantan BlokTPP1) TK Rhu pantai
14.00
1.00 625
Pantai Sungai Ular (Blok TPP9) TK Rhu pantai 1.25 781
Pantai Sepat (Blok TPP5) TK Rhu pantai 2.00 1,250
Pantai Batu 16 ¾ (Blok TPP1) TK Rhu pantai 5.00 3,125
Pantai Batu 16 ¾ (Blok TPP2) TK Rhu pantai 5.00 3,125
Tasik Pelindung, Kuantan TK Pelbagai 0.30 500
Pantai Kg. Sg. Ular (Blok TPP3) TK Rhu pantai 1.00 500
Pantai Kg. Sg. Ular (Blok TPP4) TK Rhu pantai 1.00 300
Pantai Kg. Baging TK Rhu pantai 1.00 200
Jumlah 14.00 17.55 10,406
17 Laporan Tahunan 2010
Jadual 9 : Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Pahang
Jadual 8 : Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Sembilan
Laporan Tahunan 201019
Negeri Perak
Bagi tahun 2010, negeri Perak telah berjaya menanam sebanyak 255,075 pokok yang melibatkan kawasan seluas 55.00 hektar. Spesies utama yang dipilih untuk aktiviti penanaman ialah Bakau kurap.
LokasiStatus Tanah
SpesiesMatlamat
(Ha)Telah Tanam
(Ha)Bil. Pokok
Kg. Batu 8, Kg. Batu 9 dan Sg. Lombong, Mukim Lekir TK
Ketapang
45.00
2.00 6,000
Bakau kurap 23.00 69,450
Muara Sg. Limau, Muara Sg. Tiram dan Muara Parit Hj. Dollah, Mukim Lekir
TK Bakau kurap 20.00 138,900
Tanjung Piandang HSK Bakau kurap 5.00 34,725
Muara Kepah, Kg. Batu 9, Mukim Lekir* TK Bakau kurap 5.00 6,000
Jumlah 45.00 55.00 255,075* Penanaman dijalankan menggunakan teknik inovatif (Comp-Mat dan Comp-Pillow)
LokasiStatus Tanah
SpesiesMatlamat
(Ha)Telah Tanam
(Ha)Bil.
Pokok
Pesisir Pantai Kuala Perlis TK Rhu pantai
4.00
0.75 300
Kuala Kurung Tengar TK Rhu pantai 1.00 400
Jalan Baru Seberang Jaya Kuala Perlis TK Gelam 0.64 400
Kuala Sanglang TK Rhu pantai 0.16 100
Kuala Sanglang* TK Bakau 1.50 1,800
Seberang Jaya, Kuala Perlis* TK Bakau 0.50 600
Jumlah 4.00 4.55 3,600* Penanaman dijalankan menggunakan teknik inovatif (Comp-Mat dan Comp-Pillow)
Negeri Perlis
Pada tahun 2010, negeri Perlis telah berjaya menanam sebanyak 3,600 pokok dengan jumlah kawasan seluas 4.55 hektar. Spesies-spesies yang ditanam adalah pelbagai iaitu Bakau, Rhu pantai dan Gelam.
18 Laporan Tahunan 2010
Jadual 11 : Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Perlis
Jadual 10 : Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Perak
Laporan Tahunan 2010 20
Negeri Pulau Pinang
Jumlah keseluruhan pokok yang telah berjaya ditanam di Pulau Pinang ialah sebanyak 40,299 pokok dengan jumlah luas kawasan ialah 14.20 hektar. Pokok yang telah ditanam terdiri daripada spesies Bakau dan Rhu pantai.
LokasiStatusTanah
SpesiesMatlamat
(Ha)Telah Tanam
(Ha)Bil.
Pokok
Blok A, H.S. Balik Pulau HSKBakau minyak &
Bakau kurap
13.00
2.00 6,172
Blok B, H.S. Balik Pulau HSK Bakau minyak & Bakau kurap
2.00 6,172
Kuala Muda, Seberang Prai Utara TK Rhu pantai 1.10 687
Pantai Acheh, Barat Daya TK Bakau 2.10 6,482
H.S. Byram, Seberang Prai Selatan HSKBakau minyak &
Bakau kurap 1.00 3,086
Pantai Molek, Persiaran Gurney TK Bakau kurap 1.00 3,000
H.S. Balik Pulau (1) HSK Bakau 1.00 10,800
H.S. Balik Pulau (2) HSK Bakau 1.00 1,200
H.S. Balik Pulau (3) HSK Bakau 1.00 1,200
Kuala Muda* TK Bakau 2.00 1,500
Jumlah 13.00 14.20 40,299* Penanaman dijalankan menggunakan teknik inovatif (Comp-Mat dan Comp-Pillow)
19 Laporan Tahunan 2010
Jadual 12 : Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Pulau Pinang
Laporan Tahunan 201021
Negeri Selangor
Bagi tahun 2010, sebanyak 90,900 pokok telah ditanam di negeri Selangor dengan jumlah keluasan 37.50 hektar. Spesies utama yang telah ditanam ialah spesies Bakau kurap.
LokasiStatus Tanah
SpesiesMatlamat
(Ha)Telah Tanam
(Ha)Bil.
Pokok
Blok A, H.S. Pulau Klang, Beting Lebu Lemak
HSK Bakau kurap
40.00
6.00 15,000
Kompt. 29, H.S Pulau Klang HSK Bakau kurap 5.00 12,500
Blok C, Tanjung Gabong, Kuala Langat TK Bakau kurap 7.00 17,500
Blok A, Kompt. 1, Hutan Simpan Jugra, Pulau Carey
HSK Bakau kurap 8.00 20,000
Kuala Langat HSK Bakau kurap 7.00 17,500
Kompt. 58, H.S. Telok Gedong, Klang HSK Bakau kurap 1.00 1,500
Bagan Sg. Burung, Sabak Bernam* TK Bakau kurap 2.00 2,400
Teluk Gong HSK Nipah 1.50 4,500
Jumlah 40.00 37.50 90,900* Penanaman dijalankan menggunakan teknik inovatif (Comp-Mat dan Comp-Pillow)
20 Laporan Tahunan 2010
Jadual 13 : Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Selangor
Laporan Tahunan 2010 22
Negeri Terengganu
Sepanjang 2010, sebanyak 14,056 pokok telah ditanam di negeri Terengganu dengan jumlah kawasan seluas 12.71 hektar.
LokasiStatus Tanah
SpesiesMatlamat
(Ha)Telah Tanam
(Ha)Bil.
Pokok
Kg. Mengabang Kapar, Batu Rakit (Petak 16 & 16B) TK Rhu pantai
12.00
1.02 693
Kg. Mengabang Telong, Pengkalan Maras (Petak 17)
TK Rhu pantai 1.89 1,188
Kg. Mengabang Telong, Pengkalan Maras (Petak 17 A)
TK Rhu pantai 2.42 1,512
Kg. Pengkalan Maras, Batu Rakit(Petak 17 B)
TK Rhu pantai 1.68 1,050
Kg. Pantai, Kubang Badak, Tok Jembal(Petak 20)
TK Rhu pantai 1.70 1,063
Pantai Penarik, Setiu TK Rhu pantai 0.50 500
Pantai Bukit Keluang, Besut TK Rhu pantai 1.50 2,000
Kg. Beting Lintang, Besut TK Bakau 2.00 6,050
Jumlah 12.00 12.71 14,056
21 Laporan Tahunan 2010
Jadual 14 : Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Terengganu
Laporan Tahunan 201023
Negeri Sabah
Aktiviti penanaman di negeri Sabah bagi tahun 2010 adalah seluas 115.90 hektar. Jumlah pokok yang telah berjaya ditanam pula ialah 117,793 pokok yang terdiri daripada pelbagai spesies iaitu Bakau, Rhu pantai, Mempari dan Bintangor.
LokasiStatus Tanah
SpesiesMatlamat
(Ha)Telah Tanam
(Ha)Bil.
Pokok
H.S. Sulaman Lake, Kota Kinabalu HSKBakau kurap & Bakau minyak
80.00
4.40 4,777
Meruntum, Lok Kawi, Kota Kinabalu HSK Rhu pantai, Mempari & Bintangor
2.25 600
Likas, Kota Kinabalu HSK Rhu pantai 3.13 793
H.S. Kudat & Marudu Bay, Kudat HSK Rhu pantai 3.22 800
H.S. Kudat & Marudu Bay, Kudat HSK Bakau 2.00 2,222
H.S. Kudat & Marudu Bay, Kudat HSK Rhu pantai 4.00 1,500
H.S. Sibyte, Sandakan HSK Bakau kurap & Bakau minyak
1.00 1,111
H.S. Kuala Tingkayu, Kunak HSK Bakau kurap & Bakau minyak
1.08 1,200
H.S. Semporna HSK Bakau kurap & Bakau minyak
4.50 4,444
H.S. Semporna HSK Bakau kurap & Bakau minyak
22.32 24,687
H.S. Tawau HSK Bakau kurap & Bakau minyak
6.00 6,666
H.S. Tawau HSK Bakau kurap & Bakau minyak
6.00 6,666
H.S. Tawau HSK Bakau kurap & Bakau minyak
6.00 6,666
H.S. Tawau HSK Bakau kurap & Bakau minyak
10.00 11,221
H.S. Padas Damit, Beaufort HSKBakau kurap & Bakau minyak 40.00 44,440
Jumlah 80.00 115.90 117,793
22 Laporan Tahunan 2010
Jadual 15 : Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Sabah
Laporan Tahunan 2010 24
Negeri Sarawak
Di negeri Sarawak pula, sebanyak 79,385 pokok yang terdiri daripada spesies Bakau kurap, Rhu pantai dan Api-api telah ditanam. Jumlah luas kawasan yang terlibat di negeri ini ialah 90.70 hektar.
LokasiStatus Tanah
SpesiesMatlamat
(Ha)Telah Tanam
(Ha)Bil.
Pokok
Pasir Putih, Selabat, Kuching TK Bakau kurap
80.00
24.00 25,680
Muara Sg. Bako, Kuching TK Bakau kurap 3.00 2,500
Muara Sg. Bako, Kuching TK Api-api 9.00 4,500
Kg. Iboi, Asajaya, Samarahan TK Bakau kurap 3.90 2,450
Kampung Semop, Daro, Sibu TK Bakau kurap 15.80 17,708
Kampung Saie, Daro, Sibu TK Bakau kurap 14.60 15,285
Kg. Bom, Kuala Oya, Mukah, Sibu TK Bakau kurap 4.60 5,060
Kuala Matu, Mukah, Sibu TK Rhu pantai 1.10 439
Sg. Bedengan, Balingian, Sibu TK Rhu pantai 2.50 995
Kuala Setulan, Tatau , Bintulu TK Rhu pantai 3.30 1,518
Kuala Sibuti, Miri TK Rhu pantai 2.10 750
Kuala Baram, Miri TK Rhu pantai 6.80 2,500
Jumlah 80.00 90.70 79,385
23 Laporan Tahunan 2010
Jadual 16 : Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Pesisiran Pantai 2010 Bagi Negeri Sarawak
Laporan Tahunan 201025
Sepanjang tahun 2010, jumlah keseluruhan kawasan yang terlibat dengan aktiviti penanaman di seluruh Malaysia ialah seluas 428.86 hektar dengan jumlah pokok ditanam sebanyak 930,995 pokok. Spesies-spesies yang dipilih untuk tujuan penanaman adalah kebanyakannya terdiri daripada spesies Bakau. Jadual 17 menunjukkan ringkasan pencapaian fizikal penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di pesisiran pantai negara bagi tahun 2010 mengikut spesies pokok.
Wilayah/ Negeri
Bakau Rhu Spesies lain Jumlah
Luas (ha)
Bil. pokokLuas (ha)
Bil. pokok
Luas (ha)
Bil. pokok
Luas (ha)
Bil. pokok
Semenanjung Malaysia
168.20 686,438 46.57 31,529 7.49 15,850 222.26 733,817
Sabah 103.30 114,100 10.35 3,093 2.25 600 115.90 117,793
Sarawak 65.90 68,683 15.80 6,202 9.00 4,500 90.70 79,385
Jumlah 337.40 869,221 72.72 40,824 18.74 20,950 428.86 930,995
5% 2%
93%
Bakau
Rhu pantai
Spesies-spesies Lain
24 Laporan Tahunan 2010
5.2.2 Rumusan Pencapaian Bagi Tahun 2010
Jadual 17 : Ringkasan Pencapaian Fizikal Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara Bagi Tahun 2010 Mengikut Spesies Pokok
Rajah 3 : Pecahan Pencapaian Fizikal Mengikut Spesies Bagi Tahun 2010
Laporan Tahunan 2010 26
Peruntukan kewangan bagi tahun 2010 adalah berjumlah RM7,687,810.00 dan peruntukan itu telah diagihkan kepada negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Bagi tujuan pelaksanaanprogram penanaman, sejumlah RM5,079,257.96 telah pun dibelanjakan. Sebanyak RM1,000,000.00 telah diperuntukkan kepada FRIM bagi tujuan penyelidikan.
Sejumlah RM1,188,040.00 telah diperuntukkan untuk kos-kos pengurusan, pemantauan dan penilaian projek. Peruntukan sejumlah RM420,000.00 telah diagihkan kepada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk melaksanakan program kesedaran alam sekitar. Pada keseluruhannya, sejumlah RM7,687,060.16 telah dibelanjakan dalam tahun 2010 atau 99.99 % (Jadual 18).
Negeri Peruntukan (RM)
Perbelanjaan (RM)
Johor 330,000.00 330,000.00
Kedah 378,000.00 378,000.00
Kelantan 200,000.00 199,996.00
N. Sembilan 200,000.00 200,000.00
Melaka 68,770.00 68,770.00
Pahang 380,000.00 379,823.00
Perak 399,000.00 398,884.25
Perlis 188,000.00 187,973.90
Pulau Pinang 288,000.00 288,000.00
Selangor 348,000.00 347,987.00
Terengganu 300,000.00 299,997.10
Sabah 1,000,000.00 999,998.17
Sarawak 1,000,000.00 999,828.54
JPSM (HQ) Pengurusan, Pemantauan dan Penilaian Projek:Perolehan Bahan TanamanPeralatan/penilaian projek & dokumensiBengkel/Seminar dan Lain-lain kos pengurusan.
1,188,040.00 1,187,802.20
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
1,000,000.00 1,000,000.00
Global Environment Centre (GEC) 50,000.00 50,000.00
Persatuan Pencinta Alam (MNS) 50,000.00 50,000.00
Wetland Internasional (WI) 50,000.00 50,000.00
World Wide Found (WWF) 40,000.00 40,000.00
Sahabat Alam Malaysia (SAM) 25,000.00 25,000.00
Jaringan Bertindak Nelayan Pantai Semenanjung (JARING)
15,000.00 15,000.00
Institut Rimbawan Malaysia (IRIM) 50,000.00 50,000.00
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 50,000.00 50,000.00
Persatuan Kawalan Hakisan Antarabangsa Malaysia (IECAM)
50,000.00 50,000.00
Persatuan Kebajikan Nelayan Pantai P.Pinang (PIFWA)
20,000.00 20,000.00
Pertubuhan Muafakat Warga Desa Negeri Kedah (RURAL CITIZEN)
20,000.00 20,000.00
JUMLAH 7,687,810.00 7,687,060.16
5.3 STATUS KEWANGAN BAGI TAHUN 20105.3 STATUS KEWANGAN BAGI TAHUN 2010
25 Laporan Tahunan 2010
Jadual 18 : Perbelanjaan Kewangan Bagi Tahun 2010