rbt 3112 pengurusan keselamatan bengkel
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
1 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
1.0 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG
BERKESAN
1.1 PENGERTIAN DAN TUJUAN ORGANISASI DAN PENGURUSAN
YANG BERKESAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pengertian organisasi ialah merupakan
kesatuan/gabungan yang merangkumi manusia, alatan, kemudahan dan bahan yang
diselaras atau disusun secara sistematik untuk mencapai sesuatu matlamat yang
ditetapkan. Pengurusan pula ditakrifkan sebagai perihal kerja dan sebagainya. (Contoh:
menyediakan sesuatu program, merancang pembahagian sumber, mengagihkan tugas,
mengatur alat dan kelengkapan serta penyelarasan kewangan).
Brech (1957) mentakrifkan pengurusan sebagai proses sosial yang merangkumi
perancangan, kawalan, penyelarasan dan dorongan. Pengurusan juga merupakan
usaha koperatif untuk mencapai objektif dan matlamat yang telah ditentukan dan
merupakan proses pengintegrasian input organisasi iaitu manusia + bahan + alat.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
2 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
TUJUAN ORGANISASI DAN PENGURUSAN YANG BERKESAN
Tujuan organisasi bengkel yang berkesan ialah mewujudkan satu tempat belajar
yang lebih selesa, sentiasa bersih dan berada dalam suasana yang harmonis di
bengkel sepanjang masa tanpa ada sebarang masalah yang boleh menggangu proses
pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pelajar.
Pengagihan tugas guru dalam bengkel seperti tugas penyelenggaraan, stor,
inventori, stok dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Pembahagian
tugas dalam kelas menjadikan setiap pelajar akan rasa lebih bertanggungjawab
terhadap tugas mereka di samping menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama,
bertanggungjawab, mengikut peraturan dan bedisiplin. Bagi mencapai objektif
pangajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di dalam bengkel. Memastikan
keadaan bengkel sentiasa bersih, kemas dan selamat sepanjang masa.
Pengurusan bengkel yang berkesan pula ialah merancang meningkatkan
pengurusan bengkel yang sistematik, efisyen dan produktif berteraskan konsep tanpa
cacat (Zero Defect). Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan dan bahan.
Mengelakkan pembaziran bahan dan menjimatkan masa kerja. Mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui interaksi antara guru dengan
pelajar dan bengkel yang konduksif lagi selamat. Menghasilkan produk yang lebih
bermutu, bahan dan masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja amali seperti
yang dirancangkan. Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Mencegah
daripada berlakunya kemalangan ketika melakukan kerja amali.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
3 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
1.2 SKOP ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL
ELEMEN PROSES PENGURUSAN BENGKEL
ELEMEN PERANCANGAN
Perancangan
Perancangan bangunan, kurikulum, kelengkapan, peralatan dan pelajar sebagai kumpulan sasaran.
Mengelola Menyusun, mengatur, menyediakan peralatan.
Mengarah Melibatkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Menyelaras
Menyelaras menuntut kerjasama setiap ahli yang terlibat dalam pelbagai aktiviti bengkel supaya matlamat dicapai.
Mengawal Mengawal kerja-kerja sepanjang aktiviti dijalankan.
Terdapat 7 aspek yang perlu ditekankan bagi merancang dan mengurus sesebuah
bengkel yang afektif (George Storm: Managing the Occupational Education Laboratory:
1. Pemilihan bekalan dan peralatan :
� Kurikulum
� Aspek perlindungan keselamatan
2. Merancang kemudahan
3. Mengawal bahan
4. Penyelenggraan dan rekod

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
4 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
5. Keselamatan :
� Aspek fizikal
� Peraturan/ panduan sedia ada
6. Pengurusan kakitangan
7. Agihan peruntukan kewangan
1.3 PRINSIP-PRINSIP ORGANISASI BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
Prinsip umum dalam sebuah organisasi dan pengurusan harus mengandungi 14
perkara (Henri Fayol):
Pengkhususan/pembahagian kerja
Pengkhususan kerja adalah penting dalam sebuah pengurusan.
Pengkhususan akan memberi hasil kerja yang lebih berkesan dan produktif.
Dalam pengkhususan kerja, seseorang pekerja akan memberi tumpuan
kepada tugas yang telah ditentukan dalam rutin kerja harian. Dengan ini, hasil
kerja akan menjadi lebih konsisten dan meningkatkan lagi output.
Kuasa dan tanggungjawab
Seorang pengurus yang baik harus mempunyai kuasa rasmi daripada
pejabatnya dan juga kuasa personal yang merangkumi beberapa ciri seperti
kebijaksanaan, pengalaman, kebolehan memimpin, akhlak dan rekod
perkhidmatan yang baik. Pelantikan ketua bengkel harus dilantik secara
rasmi oleh kementerian pendidikan. Ketua bengkel berperanan untuk
menyelaras tugas di bengkel dan memimpin guru-guru bengkel yang lain.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
5 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
Disiplin
Disiplin dalam pengurusan dan organisasi bermaksud kepatuhan, taat setia
dan menghormati. Disiplin perlu untuk memastikan jentera pentadbiran
sebauh pengurusan boleh berjalan dengan lancar. Disiplin juga satu cabang
pengurusan bengkel yang penting.
Kesepakatan dalam perintah ( unity of command)
Seorang kakitangan atau pekerja harus menerima arahan atau perintah
daripada seseorang ketuanya. Prinsip ini amat sesuai untuk diamalkan bagi
menjaga kebersihan dan keceriaan bengkel.
Kesepakatan dalam arahan (utility in direction)
Seorang ketua akan mempunyai beberapa rancangan aktiviti untuk pekerja
dibawahnya. Aktiviti-aktiviti ini mempunyai objektif yang sama iaitu bagi
memajukan bengkel.
Kepetingan peribadi kepada kepentingan keseluruhan.
Kepentingan keseluruhan harus diutamakan dalam pengurusan sebuah
organisasi. Kepentingan peribadi harus diketepikan. Pembentukan sebuah
organisasi adalah sama dengan pembentukan sesebuah negara atau
bangsa, di mana kepentingan negara dan bangsa harus diutamakan.
Penghargaan
Penghargaan dan penilaian yang diberikan kepada kakitangan sesebuah
organisasi harus adil dan berasaskan kepada prestasi kerja. Semua
kakitangan berpuas hati terhadapnya dan penghargaan diberi mengikut
kemampuan.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
6 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
Pemusatan
Menurut Henri Fayol, pemusatan adalah satu keperluan dalam sebuah
organisasi. Seorang pengurus akan menggunakan kebijaksanaan dan
pengalamannya untuk melaksanakan pemusatan dalam aktiviti-aktiviti
pengurusan dan ini boleh mengelakkan daripada sentiasa memberi arahan
kepada kakitangannya.
Rangkaian scalar
Rangkaian scalar ialah susun lapis atau struktur dalam sebuah organisasi
iaitu daripada yang paling atas kepada yang paling bawah. Rangkaian skala
sebenarnya menunjukkan bentuk hubungan dan kuasa semua lapisan dalam
sebuah organisasi.
Tersusun
Secara asasnya setiap organisasi mesti memberi tugas yang sesuaiuntuk
setiap kakitangannya. Mereka perlu melihat bagaimana peranannya boleh
diterapkan ke dalam organisasi itu.
Persamaan
Persamaan dan keadilan harus diamalkan dalam sebuah organisasi. Ini boleh
menggalakkan pekerja sentiasa taat kepada organisasi.
Kestabilan dalam pemegangan jawatan
Setiap anggota organisasi harus diberi masa untuk menyesuaikan diri dalam
tugasannya supaya semua kerja boleh dijalankan dengan berkesan.
Kestabilan dalam pemegangan jawatan akan menyumbangkan rasa taat
setia, nilai dan tujuan kepada sebuah organisasi.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
7 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
Inisiatif
Merancang suatu aktiviti dan memastikan kejayaan aktiviti itu merupakan
keinginan yang diharapkan.Kejayaan merupakan satu kepuasan untuk setiap
orang.
Esprit de crops
Setiap organisasi perlu memberi penekanan kepada membangunkan
perasaan harmoni antara anggotanya. Ini boleh mewujudkan team work yang
berkesan dan hubungan interpersonal yang baik.
1.4 SUSUN ATUR BENGKEL
STRATEGI ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL.
Strategi Organisasi Bengkel
1. Penyatuan manusia
• Penyatuan manusia untuk melakukan sesuatu tugas secara bersama.
• Persefahaman antara satu sama lain dibina dalam kalangan manusia.
• Penting untuk kesinambungan tugas dalam bengkel.
STRATEGI
Sebuah program yang dibangunkan untuk mencapai objektif dan
misi sesebuah organisasi
Corak tindak balas sesebuah organisasi terhadap persekitaran di
sepanjang operasi mereka.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
8 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
Contoh: kita dapat lihat dan rujuk sistem penyimpanan rejod dan stok alatan
dan kelengkapan yang terdapat dalam bengkel secara mudah. Kerjasama
semua guru diperlukan supaya peralatan semua bengkel boleh direkod dan
disimpan mengkut jenis dan bilangan.
2. Tempat meneroka ilmu
• Sesebuah tempat untuk menerokai ilmu mestilah satu tempat yang selesa.
• Sesebuah organisasi bengkel mestilah teratur dan tersusun supaya proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
• Bagi memastikan kerja amali bengkel berjalan dengan lancar, strategi utama
ialah memastikan semua peralatan dan bahan adalah teratur dan lengkap.
3. Mewujudkan pengalaman kerjaya yang baru
• Bertindak sebagai sumber untuk mewujudkan pengalaman baru dalam
bidang kerjaya.
• Contoh: panitia bengkel boleh menganjurkan program perkembangan staf
untuk tujuan organisasi bengkel seperti kerja penyelenggaraan peralatan.
KEPERLUAN ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL
FASA PERTAMA: Perancangan Dan Pengelolaan
Perkara-perkara ini perlu dirancang dangan dan dikelolakan dengan teliti:
Fasa keperluan
organisasi dan
pengurusan bengkel
FASA PERTAMA - Perancangan dan pengelolaan
FASA KEDUA - Tenaga kerja

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
9 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
1. Reka bentuk bengkel
2. Stesen-stesen kerja
3. Pendawaian
4. Perpaipan
5. Pengedaran udara
6. Penempatan alatan kelengkapan
7. Perabot
8. Stor
9. Keselamatan
10. Warna
FASA KEDUA: Tenaga Kerja
Organisasi bengkel tidak mampu dilakukan oleh seorang individu sahaja.
Penyelarasan perlu wujud dalam melaksanakan tugas ini. Kerjasama antara tenaga
kerja yang bersedia untuk membantu amat diperlukan. Penyelarasan dalam kontek
pengagihan bidang tugas juga perlu dan penting.
Dalam fasa yang kedua ini mengarah adalah satu aspek yang perlu diberi
perhatian. Selepas merancang semua kerja yang perlu dilakukan, seseorang ketua
akan bertindak untuk mengarah. Seorang pengarah akan menyusun kerja yang
dilakukan supaya tidak bertindih. Selain daripada itu, proses mengarah penting dalam
mengelakan salah faham dalam kalangan mereka yang membantu melaksanakan
tugas.
Dalam fasa ini mengawal dan melapor adalah satu lagi perkara yang perlu dititik
beratkan. Mengawal dan melapor merupakan salah satu keperluan organisasi bengkel.
Tugas dan mandat ini biasanya dilaksanakan oleh ketua panitia matapelajaran.
Mengawal- dilakukan untuk memastikan peningkatan atau kemajuan kerja yang
dilakukan.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
10 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
Melapor- menyampaikan maklumat kerja kepada petadbir supaya segala
kekurangan dan keperluan mudah mendapat batuan dan tindakan darinya.
Keperluan yang terakhir dalam fasa yang kedua dalam keperluan organisasi dan
pengurusan bengkel ialah belanjawan. Peruntukan kewangan adalah sangat penting
dalam sesebuah organisasi. Kewangan digunakan untuk melaksanakan segala
perancangan yang telah dirancang.
Sesebuah bengkel perlulah drancang dengan baik. Faktor yang dijangka
berkaitan perlulah diperincikan oleh mereka yang pakar. Ini bagi memastikan bengkel
mencapai maklumat yang dikehendaki selaras dengan keperluan semasa dan masa
hadapan. Berikut merupakan beberapa petunjuk yang boleh dijadikan panduan untuk
tujuan perancangan:
Rajah 1: Susun atur bengkel

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
11 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
a. Pelan lantai.
Perancangan pelan lantai mestilah teratur. Ini merupakan salah satu petunjuk yang
penting dalam merancang bengkel. Terdapat tiga jenis pelan lantai iaitu:
i. Pelan lantai proses (proses layout)
Mengumpulkan mesin-mesin di suatu lokasi mengikut jenis mesin. Ini akan
menghasilkan satu ruangan kerja yang sama.
ii. Pelan lantai produk (product layout)
Menyusun kelengkapan mesin mengikut langkah kerja untuk menghasilkan sesebuah
produk.
iii. Pelan lantai gabungan antara proses dan produk.
Dirancang mengikut gabungan ciri-ciri proses dan produk. Jenis pelan lantai ini kurang
digunakan.
b. Kemudahan pengajaran.
• Kemudahan pengajaran akan memaksimumkan lagi pembelajaran dalam
bengkel.
• Dalam sesebuah bengkel, ruang untuk tunjuk cara dan syarahan perlu
disediakan. Ruang terhad akan menyebabkan kesukaran kepada guru untuk
melakukan aktiviti.
c. Bunyi
• Sebuah bengkel mungkin memerlukan bahan kalis bunyi yang sesuai. Ini bagi
mengelakkan bunyi bising yang berlebihan yang akan menggangu proses
pengajaran dan pembelajaran.
• Tahap kebisingan bagi sesebuah bengkel tidak boleh melebihi 150 dB
(decibel).

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
12 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
• Jika seseorang didedahkan dengan bunyi bising pada tahap 90 dBdalam jangka
masa lapan jam, ianya boleh mengakibatkan kehilangan pendengaran.
d. Warna.
• Pengunaan warna yang sesuai boleh meningkatkan tahap keselamatan dalam
sesebuah bengkel.
• Contoh, penggunaan warna yang sesuai pada bahagian lantai akan
mengurangkan kadar silauan dan menghasilkan suasana yang lebih ceria.
e. Pencahayaan.
• Pencahayaan perlu diberi penekanan dalam dalam sesebuah bengkel.
Sesebuah bengkel biasanya menggunakan lampu untuk menerangi dan
menambahbaikkan kadar pencahayaan.
• Cahaya asli daripada cahaya matahari perlu diberi keutamaan. Selain daripada
menjimatkan kos, cahaya matahari lebih terang daripada cahaya lampu.
f. Bengkel am
• Bengkel adalah alternatif yang boleh dipertimbangkan untuk digunakan di
peringkat sekolah.
• Perancang perlu mempunyai kepakaran yang tinggi merancang bengkel ini.
• Bengkel-bengkel am ini jika berjaya dihasilkan perlu beroperasi secara unit-unit
kecil bagi setiap bidang pembelajaran yang bersesuaian.
g. Sistem stor.
• Penyimpanan amat penting dan berkait rapat dengan saiz bengkel.
• Dalam merancang sesebuah bengkel, bahan, mesin dan peralatan yang dimiliki
haruslah disimpan di tempat yang sesuai. Sistem penyimpanan yang sistematik
adalah sangat membantu dalam pembelajaran.
• Antara kebaikannya ialah:
� Penyediaan bahan pembelajaran yang lebih pantas.
� Memastikan alatan berada dalam keadaan selamat.
� Mewujudkan bengkel yang lebih terurus dan tersusun.
• Di sekolah terdapat 2 jenis stor bengkel iaitu:

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
13 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
i. Stor am
� Menjadi tempat penyimpanan bagi semua jenis bahan yang dibeli oleh
pihak sekolah.
� Terdapat di sekolah menengah teknik.
ii. Stor khas.
� Tempat penyimpanan bahan, peralatan dan rekod-rekod yang berkaitan
bagi setiap bengkel d sekolah.
� Terdapat di sekolah akademik bagi matapelajaran kemahiran hidup.
Rajah 2: Susun atur alatan di dalam bengkel
h) Kebersihan (housekeeping)
• Aspek yang perlu dirancang ialah laluan pengangkutan bagi bahan, mesin dan
peralatan bengkel, tempat bahan buangan, sistem penyedut bahan bertoksid,
lekapan lain seperti bekalan elektrik, gas, udara mampat dan sebagainya.
• Rangkaian sistem penghantaran bagi lekapan elektrik, gas,dan udara mampat
sebaik mungkin berada di atas bangunan bengkel.
• Punca-punca bekalan elektrik berada sehampir mungkin dengan bekalan
elektrik.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
14 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
• Bekalan air perlu mempunyai singki yang baik yang baik dan sistem saliran yang
sempurna berhampiran laluan keluar bengkel.
• Gas dan bahan merbahaya perlu diasingkan dalam ruangan khas yang
mempunyai perlindungan keselamatan yang baik.
• Sistem pengumpulan habuk dalam sesebuah bengkel adalah penting. Sistem
pengumpulan habuk perlu disediakan secara berpusat dan jika gagal disediakan,
mesin penyedut mudah alih perlu disediakan mengikut kesesuaian bengkel.
• Sistem pengudaraan juga perlu dirancang dengan baik bagi mengelakkan
pengumpulan haba yang tidak sesuai untuk proses pembelajaran dan
pembelajaran.
Prinsip Organisasi Dan Pengurusan Bengkel Mengikut Keperluan Keselamatan
a) Ruang dan kawasan kerja.
• Ruang bengkel perlu mempunyai saiz yang sesuai dengan bidang kursus
matapelajaran yang dijalankan.
• Ruang yang sempurna memudahkan penyeliaan kerja.
• Kawasan kerja menempatkan stesen-stesen kerja individu dan khas,
kawasan untuk mesin-mesin, kawasan pengstoran, kawasan pameran, laluan
untuk bekerja, kawasan unuk menempatkan alatan kesihatan dan kebakaran
dan kawasan untuk proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
b) Pintu dan tanda keluar.
• Mengikut peraturan pihak bomba dan penyelamat, setiap premis mempunyai
dua pintu.
• Saiz pintu 1 ½ kali lebih besar daripada saiz piawai pintu rumah.
• Diperlukan untuk memudahkan keluar masuk bahan dan mesin.
c) Kawalan kesihatan dan persekitaran.
• Merupakan aspek penting dalam pengurusan bengkel. Dilakukan melalui
kawalan cahaya, kawalan pengedaran udara, kawalan bunyi dan kawalan
pelupusan.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
15 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
d) Peralatan perlindungan diri.
• Aktiviti amali dalam bengkel mendedahkan kita kepada risiko kemalangan.
Oleh itu peralatan perlindungan diri dalam bengkel perlu disediakan.
• Contoh: penutup hidung dan apron.
e) Perubatan dan pertolongan cemas.
• Peti kecemasan yang terdapat dalam bengkel perlu lengkap dengan alatan
yang dicadangkan oleh pihak hospital.
• Diletakkan di tempat berdekatan dengan stesen guru dan mudah dilihat.
• Kawasan mencuci tangan perlu disediakan.
f) Pencegahan kebakaran.
• Dalam sesebuah bengkel, risiko untuk terjadinya kebakaran adalah tinggi. Ini
kerana kebakaran boleh berlaku melalui litar pintas. Oleh itu
• Pencegahan kebakaran dalam sesebuah bengkel perlu disediakan. Alatan
yang biasa kita lihat dan mudah didapati ialah alat pemadam api. Ia boleh
ditempatkan di tempat yang mudah untuk dicapai dan mudah dilihat.
• Selain daripada itu, alatan seperti hos bomba, pengesan haba, dan sprinkler
juga boleh dipasang.
g) Peralatan pemampat udara.
• Pemampat udara digunakan semasa kerja pembersihan bengkel dan mesin-
mesin. Pemampat udara amat dperlukan dalam sesebuah bengkel.
h) Penstoran bahan.
• Sistem penstoran yang sistematik pelu diwujudkan.
• Sistem penstoran bahan akan memudahkan kita untuk meyemak bahan dan
menyediakan perbelanjaan untuk membeli bahan yang diperlukan.
i) Mesin dan perlindungan mesin.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
16 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
• Setiap mesin dibina dengan alat perlindungan yang sesuai.
• Alat perlindungan ini tidak boleh dialih untuk mengelakkan kemalangan.
j) Mesin berkuasa mudah alih.
• Mesin berkuasa mudah alih menjadi pilihan kerana harga yang murah.
• Mesin ini juga merbahaya seperti mesin bukan mudah alih.
• Mesin ini mudah rosak.
• Guru perlu memberikan perhatian dan pengawasan ketika pelajar
menggunakannya.
Pemeriksaan Keselamatan Bengkel
Pemeriksaan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup yang perlu diberi perhatian
khusus oleh guru dan juga murid yang menggunakan bengkel KH ini.
1. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.
2. Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan, semasa
menggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di
bengkel
3. Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku:
i. Kecederaan dan kemalangan
ii. Kejutan elektrik
iii. Kebakaran
4. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan sapuan
untuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.
5. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan kepada
guru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat.
6. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiap
bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat
dan mudah dicapai.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
17 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
7. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan
kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999
8. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih
dahulu atau menekan suis keselamatan bengkel
9. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering untuk
mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan
elektrik.
2.0 PENGURUSAN PERSONEL
Greenlaw dan kohl 1986 menyatakan semua keputusan yang berkaitan dengan
personel dalam sebuah organisasi. Hubungan manusia yang terdiri daripada motivasi,
kepimpinan dan perhubungan manusia. Perjalanan organisasi dengan
mempertimbangkan reka bentuk kerja, kawalan pengurusan dan aliran kerja. Fungsi
pengurusan personel yang bertanggungjawab terhadap pemgambilan, perkembangan
dan ganjaran peribadi dalam organisasi.
Torrington dan hall 1987 menyatakan bahawa memberi tumpuan kepada
mencari dan melatih pekerja, menyediakan gaji, menjelaskan harapan pengurusan,
mempertahankan tindakan pengurusan, memuaskan keperluan pekerja, menangani
masalah dan berusaha mengubah tindakan pengurusan yang menghasilakan tindak
balas ekerja yang tidak diingini. Tunjang kepada pengurusan ialah setiap personel
dalam organisasi mempunyai hak untuk mendapatkan layanan yang sesuai dan hanya
akan menjadi pekerja jika keperluan peribadi berkaitan kerja dipenuhi.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
18 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
MODEL PENGURUSAN PERSONEL
a) Model Karen Legge (1978)
• “Conformist innovators”- bertindak mengikut tujuan organisasi dan sesuaikan
keadaan untuk mencapai tujuan. Kepakaran sebagai kuasa professional untuk
memperbaikan kedudukan dalam jabatan.
• “Deviant innovators”- mengubah keadaan dengan memperoleh penerimaan untuk
kriteria yang berbeza bagi menilaian kejayaan organisasi dan sumbangan mereka.
b) Model Shaun Tyson (1985)
• Model pentadbiran / sokongan (The administrative / support model) yang pegawai-
pegawai personel memberi perhatin kepasa aktiviti rutin asas.
• Model sistem/ reaktif ( The Systems / Reactive model) yang wujud dalam
persekitaran hubungan industry yang lebih sofistikated dan bodang pengaruh adalah
pembentukan dan pengekalan peranan kerja melalui polisi dan prosedur.
• Model pengurusan perniagaan ( The business manager model) – ciri-ciri pakar
personel:
• Integrasikan aktiviti mereka secara rapat dengan pengurusan atasan dan pastikan
mereka melaksanakan tujuan jangka panjang.
• Ada kemampuan kenal pasti peluang perniagaan dan melihat bagaimana personel
boleh berperanan membantu mencapai objektif syarikat.
PRINSIP PENGURUSAN PERSONEL

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
19 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
Prinsip perkembangan individu-menawarkan peluang yang sama untuk meyedari
potensi maksimum mereka.
Prinsip pemilihan saintifik-memilih orang mengikut kemampuan dan kebolehan.
Prinip aliran komunikasi bebas- membenarkan semua jenis bentuk komunikasi
secara terbuka.
Prinsip penyertaan-melibatkan semua dalam membuat keputusan.
Prinsip upah- pembayaran upah yang adil berdasarkan kerja yang dilakukan.
Prinsip ganjaran-beri ganjaran kepada pelaksanan tugas yang bail.
Prinsip menghormati- horamt perkara yang dilakukan oleh pekerja.
Prinsip semangat berkumpulan- galak kerjasama dan semangat berkumpulan.
Prinsip sumbang untuk kemajuan negara- membekalkan kerja kepada pekerja agar
menyumbang kepada kemajuan negara.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
20 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
PENASIHAT
PENGERUSI
KETUA PANITIA
SETIAUSAHA
AJK
2.1 STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL
CARTA ORGANISASI BENGKEL

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
21 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
CARTA ORGANISASI KELAS
ORGANISASI PENTADBIRAN KEMAHIRAN HIDUP
Organisasi ialah kesatuan atau gabungan yang merangkumi manusia, alatan,
kemudahan dan bahan yang diselaras atau disusun secara sistematik untuk mencapai
sesuatu matlamat telah ditetapkan (Kamus Dewan). Organisasi terbahagi kepada 2:
ORGANISASI TIDAK FORMAL ORGANISASI FORMAL

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
22 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
TANGGUNGJAWAB PENTADBIRAN
Membantu menentukan bidang tugas guru-guru Kemahiran Hidup.
Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru-
guru Kelahiran Hidup.
Membantu menyelaras kutipan data / maklumat berkaitan Kemahiran Hidup.
Membantu menyelaras takwim sekolah khususnya berkaitan Kemahiran Hidup.
Membantu menyelia kerja-kerja guru Kemahiran Hidup.
� Terdapat aliran penurunan kuasa
untuk mencapai matlamat atau
objektif yang ditetapkan bersama
ahli organisasi.
� Aliran penurunan kuasa penting
untuk tentukan peranan setiap ahli
organisasi.
� Contohnya, panitia Kemahiran
Hidup, jawatankuasa disiplin dan
unit ko-kurikulum.
� Agensi yang mempercepatkan
tindakan untuk memcapai sesuatu
tujuan yang dihasratkan.
� Contohnya, Guru Besar adalah
ketua pentadbir di sekolah
merangkap penasihat PIBG.
� PIBG boleh menubuhkan
jawatankuasa pelaksanaan untuk
sesuatu aktiviti dengan persetujuan
Guru Besar dan jawatankuasa ad-
hoc ini akan dibubar setelah aktiviti
selesai.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
23 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan Kemahiran Hidup.
Membantu menyediakan penyata kewangan.
TUGAS GURU BESAR
Memastikan jawatankuasa panitia Kemahiran Hidup dilantik.
Menentukan peraturan keselamatan sentiasa dikemaskini dan dipatuhi.
Memastikan kemalangan yang berlaku diambil tindakan segera.
Mengenal pasti tindakan yang perlu dilakukan ketika kecemasan.
PENOLONG KANAN 1 (PENTADBIRAN / KURIKULUM)
Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaannya.
Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran,
hubungan masyarakat dan keselamatan.
Membantu pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)
Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan penolong
kanan 1.
Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kauseling, keselamatan dan
kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah,
koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama.
Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan
sekolah.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
24 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
TUGAS KETUA PANITIA
Menjalankan tugas yang diarah oleh Guru Besar.
Memberi bimbingan kepada guru-guru Kemahiran Hidup dan staf sokongan.
Mengendalikan peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun
untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Menyediakan peraturan yang mesti dipatuhi di bengkel.
Memastikan bengkel selesa dan selamat digunakan oleh murid dan guru.
Menjalankan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya tiga kali setahun dan
mengadakan perjumpaan secara ad-hoc apabila perlu.
TUGAS GURU KEMAHIRAN HIDUP
Mematuhi jadual penggunaan bengkel.
Menyediakan alatan dan bahan sebelum kelas bermula.
Memastikan bengkel sentiasa bersih sebelum dan selepas digunakan.
Mengawasi penggunaan bahan dan alatan ketika digunakan.
Membantu tugas ketua panitia.
Memastikan peraturan bengkel dipatuhi oleh murid-murid bagi mengelakkan
berlakunya kemalangan.
TUGAS FORMEN
Membantu guru semasa di bengkel.
Memastikan alatan tangan yang digunakan mencukupi dan diletakan semula di
tempat asal selepas digunakan.
Memastikan bengkel dalam keadaan bersih selepas digunakan.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
25 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
Melaporkan segera kemalangan yang berlaku kepada guru.
Memastikan peraturan bengkel dipatuhi oleh murid-murid lain.
TUGAS PENOLONG FORMEN
Membantu tugas-tugas formen.
Mengambil alih tugas formen jika formen tiada.
2.2 OBJEKTIF PENGURUSAN PERSONEL
DEFINISI
Greenlaw dan kohl (1986)
Merangkumi semua keputusan yang berkaitan dengan personel dalam sebuah
organisasi. Hubungan manusia yang terdiri daripada motivasi, kepimpinan dan
perhubungan manusia. Perjalanan organisasi dengan mempertimbangkan reka bentuk
kerja, kawalan pengurusan dan aliran kerja.
OBJEKTIF PENGURUSAN
Objektif-objektif pengurusan adalah sejajar dengan objektif keseluruhan
organisasi. Ini memberi keberkesanan kepada semua urusan sumber manusia. Ia
bertujuan untuk menjayakan perancangan strategik organisasi. Perancangan strategik
adalah perlu di dalam pengurusan tenaga manusia yang mana ia dikaitkan dengan
pencapaian misi dan objektif-objektif organisasi. Organisasi, terutama sekali yang

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
26 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
mempunyai matlamat berbentuk komersial, ingin berjaya di dalam perniagaan dan
mendapat keuntungan yang lumayan.
Ini memerlukan sumber-sumber seperti kewangan, hartanah, alat-alat, teknologi
dan sebagainya. Sumber manusia dengan kebolehan dan pengetahuan mereka adalah
sumber utama anda yang boleh membantu mencapai kejayaan organisasi anda. Tanpa
pekerja, tidak ada organisasi yang mampu melaksanakan apa-apa aktiviti.
Semua organisasi mempunyai matlamat dan objektif masing-masing. Boleh
dikatakan semua organisasi yang menjalankan perniagaan (business
organisations) mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk mendapatkan keuntungan
yang maksimum berbanding pelaburan. Keempat-empat elemen utama sains
pengurusan di atas perlu disempurnakan dengan berkesan supaya setiap organisasi itu
dapat mencapai matlamat dan objektif. Cara bagaimana untuk mencapainya
bergantung kepada keupayaan dan sumber yang ada pada sesebuah organisasi.
Hubungan baik di antara pihak pengurusan dan pekerja perlu dititik-beratkan
supaya matlamat dan objektif organisasi dapat dicapai tanpa sebarang masalah. Ini
adalah penting kerana jika pekerja tidak memberikan kerjasama ke arah pencapaian
matlamat, maka segala bentuk perancangan yang baik akan gagal. Oleh itu pekerja
adalah aset utama yang perlu diberi perhatian sepenuhnya kerana merekalah nadi
penggerak sesebuah organisasi.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
27 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
Pengurusan sebagai proses perancangan, peyusunan, pengarahan dan
pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber
organisasi secara cekap dan berkesan bagi mancapai matlamat organisasi.
FUNGSI PENGURUSAN PERSONEL YANG BERTANGGUNGJAWAB
1. Penganalisian organisasi:
Kaji dan analisis organisasi dari sudut tugas dan kakitangan untuk
menyelaraskan kesesuaian struktur dengan tugas.
2. Perkembangan dan pembangunan organisasi:
Melaksanakan peningkatan kualiti dan kemajuan dan memperkukuhkan
keberkesanan dengan merancang:
� Merancang, memperkenal dan melaksanakan sistem dan struktur baru.
� Memupuk dan mengukuhkan semangat berpasukan di kalangan pekerja.
� Menjalin dan memupuk perhubungan, merancang serta menyediakan
latihan utk mempertimbangkan kemahiran dan kepakaran.
3. Perancangan Personel:
Membuat ramalan dan unjuran keperluan masa depan personel, tentukan
keseimbangan bekalan dan permintaan
4. Peningkatan mutu kerja manusia dan latihan:
Merancang dan melaksana program latihan dan pembangunan kerjaya bagi
meningkatkan mutu perkhidmatan, daya pengeluaran dan bakat keupayaan.
5. Pembayaran upah dan gaji:

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
28 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
Membentuk sistem pembayaran upah yang wajar dan sistematik + ganjaran lain;
elaun, pampasan, insurans, persaraan dan cuti sakit.
6. Perhubungan industri:
Memupuk dan mengekalkan hubungan baik dengan pekerja dan kesatuan
pekerja demi kelincinan pentadbiran.
7. Kebajikan pekerja:
Memberi perhatian dan ambil berat tentang pekerja termasuk aspek
keselamatan, keselesaan, kesihatan, kemudahan riadah dan sukan.
8. Komunikasi dalam organisasi:
Tentukan saluran komunikasi yang baik, dan berkesan untuk melicinkan
pengaliran maklumat, dan idea, menggalakkan pengaliran idea yang bebas.
9. Disiplin:
Wujudkan disiplin kerja yang sempurna di kalangan kakitangan organisasi,
galakkan sikap akur dan patuh secara sukarela.
10. Sistem Maklumat dan Rekod Personel:
Sediakan data dan maklumat yang lengkap dan terkini tentang pekerja.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
29 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
2.3 PENGURUSAN PERSONEL DAN HIERARKI
Pengurusan telah diberi berbagai definasi semenjak bidang ini dikenalpasti
sebagai satu cabang ilmu yang perlu dipelajari. Salah satu definasi pengurusan dalam
pertukaran abad ialah:"Pengurusan adalah satu seni melakukan dan menyiapkan
sesuatu kerja dengan cara mengelola dan menyelia kerjasama yang diberikan oleh
orang lain". Dalam konteks pengurusan sesebuah organisasi, "orang lain" di sini
merujuk kepada pekerja-pekerja yang berada di bawah tanggungjawab seseorang
pengurus.
Steers (1985) pula mendefinasikan pengurusan sebagai satu proses merancang,
menganjur, memimpin dan mengawal aktiviti-aktiviti pekerja-pekerja selaras dengan
sumber yang ada untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Koontz dan
O'Donnell (1976) juga menyatakan bahawa pengurusan boleh dibahagikan kepada
beberapa fungsi yang utama termasuk perancangan, penganjuran, kepimpinan dan
pengawalan.
Menurut Mary Parker Follet pengurusan adalah seni mencapai kerja melalui
manusia. Pengurusan juga adalah proses mencapai matlamat organisasi melalui cara
bekerja dengan manusia dan sumber organisasi lain (Certo 1997). Pengurusan ialah
proses menyelesaikan sesuatu tugas melalui dan bersama orang lain (Institut
Pengurusan Malaysia).

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
30 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
HIERARKI PENGURUSAN
Sudah menjadi kebiasaan untuk membezakan kedudukan pengurus mengikut hierarki
kuasa atau pangkat di dalam organisasi. Perbezaan ini dapat dilihat di dalam dalam
hierarki pengurusan.
a) Pengurus atasan
b) Pengurus pertengahan
c) Pengurus atasan
a) Pengurus Atasan
• Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif,
Presiden atau Pengurus Besar yang menetapkan matlamat dan menentukan ia
tercapai mengikut tujuan organisasi. Pengurus atasan ini juga meneliti
perkembangan dan peluang yang berlaku di persekitaran luaran supaya
organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.
b) Pengurus Pertengahan
• Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan
menyatupadukan aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan oleh pihak atasan.Mereka pada peringkat ini terdiri daripada Pengurus
Kawasan, Dekan Pusat Pengajian di universiti, Pengurus Personel dan lain-lain.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
31 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
c) Pengurus Bawahan
• Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antara mereka yang dimasukkan
ke dalam kategori pengurus bawahan. Tugas mereka mengawasi pekerjaan
harian di bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran itu
mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan
dan bawahan.
PENGURUSAN STAF
Amalan pengurusan yang diamalkan oleh pengurusan pada hari ini adalah hasil
sumbangan daripada pemikir-pemikir pengurusan pada masa lalu. Idea, konsep dan
kaedah yang diketengahkan oelh mereka dapat membantu pengurus menguruskan
organisasi mereka dengan lebih cekap dan berkesan dan lebih berdaya saing.
Bagaimanapun tidak semua yang dianjurkan oleh pemikir-pemikir tersebut sesuai untuk
di amalkan oleh pengurus tetapi pengurus boleh memilih mana-mana teori yang
difikirkan dapat membantu dalam menigkatkan orgnisasi.
Juga tidak ada satu teori yang paling baik untuk digunakan bagi setiap keadaan
atau situasi. Setiap teori mempunyai kekuatan dan kelemahan mereka sendiri maka.
Bergantung kepada pengurus bagaimana untuk mengabungkan teori-teori tersebut bagi
mendapat satu kaedah yang paling berkesan. Pengurusan staf melibatkan
perancangan sumber manusia, orientasi latihan, program latihan keselamatan dan
program kebajikan.

RBT 3112 PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL TAJUK 1
32 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL YANG BERKESAN | TIARA & HAJAR
PERANCANGAN SUMBER MANUSIA
Mengikut R Wayne Mondy dan Robert Noe (1986), perancangan sumber
manusia adalah proses di mana pengurusan menentukan siapakah atau berapakah
pekerja yang perlu diambil dan diisi pada waktu atau masa-masa yang tertentu. Dengan
kata lain ianya menemukan manusia dari luar atau dalam organisasi untuk
melaksanakan kerja-kerja organisasi.