rbt edagang

27
E-DAGANG: PERSEKITARAN TEKNOLOGI , EKONOMI ORGANISASI DAN PENGGUNA RBT3193E PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Upload: gg

Post on 30-Sep-2015

164 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

RBT sem 5

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

E-Dagang: Persekitaran Teknologi , Ekonomi Organisasi dan Pengguna

RBT3193EPERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANANPengertian E-DagangMengikut takrifan yang diberikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, definisi E-Dagang ialah mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untuk menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melalui Intranet, Extranet dan www, tak kira saiz, lokasi dan jenis perniagaan. Antara syarat e-dagang memerlukan pengemaskinian maklumat mutakhir dalam proses pentadbiran dan perniagaan.Definisi definisi E-dagangMenurut Ahmad Syahrul Hanif (2012), E-Dagang ialah aplikasi yang merangkumi bidang yang luas dan tidak terbatas kepada urusan perniagaan semata-mata. Malah ianya juga mampu memberi banyak kelebihan kepada pengguna e-dagang dalam menyelesaikan urusan kerja seharian yang memerlukan urusan transaksi kewangan dilakukanPerdagangan elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada :penjual, pembeli ; dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi. KONSEP E-DAGANGPengertian teknologiMengikut Kamus Oxford, technology didefinisikan sebagai;The application of scientific knowledge for practical purposes, especially in industry:advances in computer technologyyang membawa maksud;

Pengaplikasian pengetahuan saintifik untuk kegiatan dan tujuan praktikal yang menumpukan dalam pelbagai bidang terutamanya industri dan teknologi komputer, maklumat dan komunikasi.KERANGKA TOPIK TEKNOLOGIPersekitaran Teknologi

Kebanyakan bentuk maklumat boleh disimpan dan diproses secara elektronik.Kuantiti maklumat yang banyak, sulit, boleh dilihat melalui rangkaian-rangkaian komputer. Maklumat boleh dilindungi. Kepentingan persekitaran teknologiSekuriti jangka pendek adalah penting tetapi pendedahan adalah singkat.Pelan strategik korporat sebuah syarikat boleh dikekalkan secara rahsia untuk beberapa tahun tertentu.Melindungi kunci kepada tandatangan digital yang menjadi pengikatan obligasi dari segi undang-undangMelindungi satu resipi atau formula produk yang proprietariMelindungi maklumat sulit untuk seorang individu (keadaan perubatan, penilaian pekerjaan)

Network Infrastructure and Performance (Rangkaian Komunikasi)

Mission-Critical Networks (Rangkaian Misi-Kritikal)

Fungsi :memindahkan maklumat (lalu lalang) antara sebuah organisasi pemegang saham: pembeli-pembeli, penjual-penjual, pembekal-pembekal dan rakan kongsi.Pertukaran maklumat (imej, video, atau audio)Perkhidmatan rangkaian kritikal (maklumat video pelabur kewangan, imej perubatan)Rangkaian bukan misi-kritikal-menghantar data, video, dan lain-lain ciri-ciri kelajuan tinggi, seperti maklumat lokasi dan video streaming, serta suaraRangkaian LMR direka untuk memenuhi keperluan unik misi kritikal untuk kegunaan semasa kecemasan ( walkie-talkie)

Kebergantungan rangkaian ini dalam menguruskan perniagaan kita perlu:Memastikan keutamaan-keutamaan yang munasabah yang boleh dikenakan ke atas aliran trafik rangkaian (flow of network traffic). Memerlukan kebolehan untuk mengenalpasti kelas-kelas lalu lintas dan pengguna, serta teknologi untuk mengenakan keutamaan-keutamaan dan peraturan-peraturan pada lalu lintas. Network Management and Network Choice (Pengurusan Rangkaian Dan Rangkaian Pilihan)Kategori-kategori umum data boleh diidentifikasiProduk penyulitan yang canggih (sophisticated encryption products) dan firewalls digunakan oleh sesetengah syarikat untuk melindungi kerahsiaan dan memastikan keselamatan transaksi-transaksi internetSyarikat lain yang bergabung dengan kuasa-kuasa lain untuk mendapatkan perlindungan VANs.Industri automotif ANX (menyediakan rakan dagangannya dengan satu rangkaian terjamin untuk perdagangan elektronik dan pemindahan data. )

Pengurusan dan kawalan rangkaian:pertukaran penamaan, penyelenggaraan, dan butiran pampasan penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam menyokong rangkaian berasaskan perkhidmatan. memastikan mesej tidak dihantar kepda pihak yang salah /mesej tidak dapat disampaikan dikembalikan Internet berkembang dengan satu model kawalan yang tidak ada titik tengah dalam pengawasan atau pentadbiranmemastikan satu mesej yang meninggalkan satu poin dan akan tiba tanpa terjejas di poin yang lainContingency Planning (Rancangan Luar Jangkaan)

Pelan untuk mengembalikan perkhidmatan dalam keadaan malapetaka utama.Malapetaka ini tidak terhad kepada mereka yang memberi kesan secara langsung kepada kemudahan organisasi; kesan kerosakan kepada pusat telefon menukarkan kelengkapan atau kemudahan pengumpulan data kritikal .Pelan Business Impact Analysis dijalankan untuk mengenalpasti fungsi-fungsi perniagaan kritikal. Business Impact Analysis Pengurus akan bertanggungjawab mengira kehilangan produktiviti dan hasil pendapatan yang berpunca daripada masa henti (downtime) dengan:bermula dengan suatu senario yang mencirikan tarikh dan masa bagi outage,jenisnya dan tempoh bilangan pengguna yang terjejas. Cth :Server untuk 100 pengguna rosak di satu agensi pelancongan, mengambil 4 jam untuk baiki, produktiviti pengguna - RM 20 sejam (belanja RM8000)

Definisi EkonomiMengikut Kamus Oxford, ekonomi ditakrifkan sebagai The state of a country or region in terms of the production and consumption of goods and services and the supply of money yang membawa maksud usaha sesebuah negara dalam penghasilan dan pergantungan terhadap material (barang-barang, segala bentuk yang mempunyai nilai dan servis.Market and Hierarchies (Pasaran dan Hierarki)Pasaran (markets) adalah bermaksud memudahkan urus niaga antara pembeli-pembeli dan pembekal-pelanggan yang bertahan lama, diselaraskan oleh pengurusan lebih dari kuasa pasaran (market forces)Dalam mekanisme pasaran bekerjaMendapatkan gabungan harga yang terbaikKualiti dan lain-lain sifat yang diinginkanMembuat survey dan memilih pembekalMendapatkan perkhidmatan yang terbaikDaripada suatu persekitaran pasaran, pelanggan boleh meninjau untuk MEKANISME BERHIERARKIHIERARKI HIERARKI TERBENTUK APABILA..Kos urus niaga adalah tinggi;Bekalan-bekalan mestilah dijamin;Mengekalkan kestabilan;Hubungan jangka panjang antara pembeli dan penjual dapat mengurangkan kos urus niaga ; danPerundingan suatu kontrak meliputi urus niaga mengimbangi kos carian (search cost)Electronic Markets (Pasaran-pasaran Elektronik)

Menggunakan rangkaian elektronik untuk mengurangkan kos mencari barangan dan perkhidmatan yang bersesuaian Beberapa perkhidmatan wujud yang menghubungkan pembeli dan penjual yang berbeza melalui perkongsian sumber maklumat Program-program perbandingan yang pintar boleh meningkatkan bilangan bagi alternatif-alternatif serta kualiti alternatif terakhir yang dipilih dan mengurangkan kos proses pemilihanTeknologi maklumat boleh juga digunakan bagi mengurangkan kerumitan produk. Firma-firma membina hubungan pasaran dengan rakan dagangan mereka apabila mereka menggunakan rangkaian-rangkaian untuk mengurangkan kos-kos pencarian. Menggunakan rangkaian-rangkaian ini bagi membangunkan sejumlah besar kumpulan pembekal, dan menunjukkan sedikit kesetiaan kepada pembekal-pembekal tertentBibliografi Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Modul Perniagaan dan Keusahawan(RBT 3119). Cyberjaya: IPGM.

Ahmad Syahrul Haniff Mohd Rawi, Siti Zobidah Omar & Muhamad Sham Shahkat Ali. (2012, January). Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved Mac 4, 2015, from http://www.sainshumanika.utm .my/index.php/sainshumanika/article/viewFile/220/219

Oxford Learner Dictionaries. (n.d.). Retrieved Mac 4, 2015, from http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/economy

Universitas Pendidikan Indonesia. (n.d.). Retrieved Mac 4, 2015, from http://file.upi.edu/Direktori/FPIPS/M_K_D_U/197007111994032-SITI_NURBAYANI_K/MATERI_PERKULIAHAN/PLSBT/Modul_5.BBM.Lanjt.pdf