rbt jahitan baju kemeja

31
PENGENALAN Kemeja merupakan pakaian yang sesuai dipadankan dengan seluar, mahupun jeans. Stail rekaan kemeja yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada si pemakai. Kemeja boleh digunakan sebagai pakaian harian, untuk rekreasi, untuk majlis-majlis formal dan untuk pakaian pejabat. Pemilihan fabrik yang berkualiti dan selesa dipakai akan menjadikan kemeja kelihatan segak dan tampak bergaya. Kemeja juga amat sesuai dipakai bagi lelaki yang suka bergaya yang ingin berfesyen tetapi masih mengutamakan kriteria- kriteria moden dan santai. Jika dilihat pada masa kini, terdapat pelbagai rekaan dan stail yang cantik bagi memenuhi kehendak serta citarasa setiap lelaki. Dalam penghasilan kemeja ini, saya telah memilih untuk mereka kemeja moden. Fabriknya pula daripada jenis cotton yang sejuk bila dipakai. Dari segi warna pula, saya memilih campuran warna terang dan gelap iaitu putih dan hitam. PENCETUSAN IDEA Sebaik sahaja mendapat tugasan ini, perkara pertama yang saya lakukan ialah melihat fesyen-fesyen terkini kemeja daripada majalah, butik-butik dan juga internet. Melalui gambaran yang telah dilihat, saya cuba mencampurkan idea dan melakar sebanyak yang mungkin lakaran kemeja yang akan saya jahit. Semasa melakar kemeja, saya mengambil kira akan kesesuaian dan potongan yang terbaik untuk badan saya supaya SAFINA HASHIM 2015

Upload: safina-hashim

Post on 09-Nov-2015

193 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

rbt

TRANSCRIPT

PENGENALANKemeja merupakan pakaian yang sesuai dipadankan dengan seluar, mahupun jeans. Stail rekaan kemeja yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada si pemakai.Kemeja boleh digunakan sebagai pakaian harian, untuk rekreasi, untuk majlis-majlis formal dan untuk pakaian pejabat. Pemilihan fabrik yang berkualiti dan selesa dipakai akan menjadikan kemeja kelihatan segak dan tampak bergaya. Kemeja juga amat sesuai dipakai bagi lelaki yang suka bergaya yang ingin berfesyen tetapi masih mengutamakan kriteria-kriteria moden dan santai. Jika dilihat pada masa kini, terdapat pelbagai rekaan dan stail yang cantik bagi memenuhi kehendak serta citarasa setiap lelaki.Dalam penghasilan kemeja ini, saya telah memilih untuk mereka kemeja moden. Fabriknya pula daripada jenis cotton yang sejuk bila dipakai. Dari segi warna pula, saya memilih campuran warna terang dan gelap iaitu putih dan hitam.PENCETUSAN IDEASebaik sahaja mendapat tugasan ini, perkara pertama yang saya lakukan ialah melihat fesyen-fesyen terkini kemeja daripada majalah, butik-butik dan juga internet. Melalui gambaran yang telah dilihat, saya cuba mencampurkan idea dan melakar sebanyak yang mungkin lakaran kemeja yang akan saya jahit.Semasa melakar kemeja, saya mengambil kira akan kesesuaian dan potongan yang terbaik untuk badan saya supaya tidak terlalu besar dan tidak terlau kecil. Jadi, saya memilih untuk melakar kemeja kanak-kanak/pra sekolah supaya sepadan dengan tubuh anak kecil saya. Pada pendapat saya juga, seseorang yang memakai kemeja ini akan kelihatan lebih bergaya dan menampakkan ciri-ciri kekemasan.Dalam rekaan tersebut, saya juga meletakkan lisu pada bahagian hujung lengan supaya kelihatan lebih menarik. Ia juga akan menambahkan unsur-unsur maskulin pada si pemakai .seperti anak saya saya. Dari segi warna pula, saya memilih warna campuran putih dan hitam bagi mewujudkan unsur moden dan menyerlah.

LANGKAH KERJA

MINGGUPERKARACATATAN

1 Perbincangan rekacipta stail pakaian Dijalankan secara individu dan bertema Pakaian mempunyai ciri-ciri seperti:i. Kolar lurusii. Lisuiii. Penjuru lipat tindihiv. Lengan padanan rata

2 Membuat pakaian Mengambil ukuran badan Menyediakan rekod ukuran badan

3 Membuat pakaian Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan Pola dilakar dengan merujuk ukuran badan yang telah diambil

4 Membuat pakaian Ubahsuai pola mengikut pilihan stail yang telah direka Hasil Pola yang telah diubahsuai

5 Membuat pakaian Membentang dan menyusun atur pola Menggunting pola dan kain Memindah tanda-tanda pola Mengemas bahagian tepi fabrik dengan jahitan kemasan tepi Membuat rujukan mengenai proses-proses jahitan

6 Membuat pakaian Belah sama rata Menjahit sampel Belah berzip Belah berkun Belah kelepet sama lebar

7 Membuat pakaian Lisu beriring Menyediakan sampel jahitan Lisu beriring Lisu terbalik Lisu setentang Sampel yang disediakan tidak terdapat pada pakaian yang dijahit

8 Membuat pakaian Menyediakan lengan padanan rata Hasil Cantuman lengan pada bahagian badan baju.

9 Membuat pakaian Menjahit butang dan lubang butang Menyediakan sampel Kancing Butang katup Cangkuk dan palang mata Hasil Butang dan lubang butang yang telah siap

10 Membuat pakaian Mengemaskan penyudah tepi Hasil Penyudah tepi yang telah siap dikemaskan

LAKARAN

HURAIAN STAIL PAKAIANCORAKOleh kerana fabrik yang saya pilih untuk rekaan kemeja ini adalah kosong, maka tidak terdapat corak pada fabrik. Bagaimanapun, saya telah menggunakan campuran warna (putih) iaitu pada kolar dan pergelangan lengan (kaf). Campuran warna ini dapat menyerlahkan lagi personaliti si pemakai.

WARNAWarna dasar untuk fabrik yang saya pilih adalah gelap (hitamt) dan terang (putih). Ini akan menimbulkan lagi keceriaan yang ada pada fabrik yang saya pilih.

TEKSTUR FABRIKTekstur fabrik ditentukan oleh jenis gentian, pembinaan, dan kemasan yang diberikan. Saya memilih fabrik yang bertekstur tampak dan sentuh iaitu kita dapat melihat dan juga merasa ketebalan, nipis atau gelap fabrik tersebut. Fabrik yang saya pilih adalah dari jenis cotton yang ringan dipakai dan tampak kemas.

GARISAN DAN CANTUMANSaya memilih fabrik yang tiada corak dan garisan. Saya memilih fabrik ini kerana ia tampak lebih ringkas.

GARIS LEHERGaris leher berbentuk U sesuai digunakan dalam rekabentuk pakaian kemeja saya. Garis leher ini juga sesuai untuk saya yang sederhana tinggi. Saya memilih kolar gulung (kolar kemeja) pada kemeja ini supaya nampak lebih kasual.

GARIS LENGANSaya memilih lengan panjang (kaf) untuk kemeja saya. Ini akan menampakkan stail dan eksklusif pada si pemakai.

SENARAI UKURAN BADAN ///

BILBAHAGIAN BADANUKURAN (inci

A)GARIS LINTANG

1Leher 16

2Dada 28

3Pinggang 13.5

4Punggung28.5

5Bahu11

6Bidang belakang40

7Keliling hujung lengan4.5

8Keliling atas lengan (ketiak)5.5

B)GARIS MENEGAK

12Garisan tengah belakang19

13Labuh baju19

14Labuh lengan6

POLA YANG LENGKAP

Pola bahagian belakang Pola bahagian depan

Pola lengan pendek Pola dada kemeja

Polar kolar Atas Polar kolar bawah

FABRIK DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

PEMILIHAN FABRIK:Saya telah memilih fabrik dari jenis cotton. Saya memilih fabrik ini kerana apabila dipakai akan berasa sejuk dan selesa dan ia sesuai dengan gaya hidup pada masa kini yang aktif. Selain itu, fabrik dari jenis cotton juga sesuai untuk digayakan ketika bersantai bersama keluarga dan juga teman.Fabrik cotton juga mudah diurus dan harga bagi fabrik ini tidaklah begitu mahal. Dari segi corak pula, saya mengambil fabrik yang kosong. Walaubagaimanapun, saya telah menggunakan campuran dua warna fabric iaitu hitam dan putih bagi menyerlahkan fabric yang sedia ada.Tekstur merupakan rupa permukaan sesuatu jalinan atau rasa pada fabrik. Faktor pemilihan tekstur yang tepat mampu menghasilkan rekaan pakaian yang elok, selesa apabila dipakai dan baik dari segi drepnya. Oleh itu, saya telah memilih tekstur tampak dan sentuh yang tidak terlalu nipis kerana ia akan tergantung elok semasa dipakai. Tambahan pula, ia akan menyerlahkan lagi bentuk tubuh si pemakai.Pemilihan warna pula, saya memilih untuk memilih warna yang gelap dan terang. Ini akan menyerlahkan lagi personaliti seseorang maskulin.

Pemilihan bahan:

ALATAN JAHITANALATANKEGUNAAN

Roda surih

Digunakan bersama kertas karbon untuk memindahkan garisan pemadan ke atas fabrik ataupun pola

Kapur

Membuat dan memindahkan garisan pemadan

Pensel

Digunakan untuk menanda garisan pemadan pada permukaan fabrik Membuat dan juga memindahkan tanda pola

Kertas karbon

Digunakan untuk memindahkan motif sulaman ke atas fabrik

Jarum peniti

Menyemat pola pada fabrik supaya tidak mudah lari terutama sekali pada fabrik yang licin Menyemat kepingan fabric sebelum menjahit Digunakan untuk kerja mengacu pakaian

Gunting fabrik

Untuk menggunting fabrik

Mesin jahit

Menjahit lurus Menjahit sulaman Menjahit lubang butang dan semua kerja mencantum fabrik

Penetas

Menetas mata jahitan dan menanggalkan benang jahitan

Bod seterika

Memudahkan kerja-kerja menyeterika dan menekan fabrik

Seterika

Menekan dan menyeterika fabrik supaya kemas dan rata

Pita ukur

Mengukur dengan tepat ukuran badan

Pembaris sesiku

Membuat garisan bersudut tepat dan garisan lurus pada pola atau fabrik Bahagian melengkung digunakan untuk membentuk garis leher dan lubang lengan

Pembaris lurus

Mengukur dan menanda garisan lurus pada kertas pola Mengukur fabrik

PENGEKOSANKOS BAHAN UNTUK MEMBUAT KEMEJABILBAHANHARGA SEUNIT (RM)KUANTITIHARGA (RM)

1Kain cotton 3.00 semeter2 meter6.00

3Butang 0.40 sebiji83.20

4Benang 0.80 segelung10.80

5Kain gam3.00 semeter meter1.50

JUMLAH11.50

KOS PERALATAN MENJAHIT BLAUSBILPERALATANHARGA SEUNIT (RM)KUANTITIHARGA (RM)

1Pembaris sesiku2.9012.90

2Pembaris lurus2.9012.90

3Gunting fabric9.0019.00

4Jarum peniti0.8010.80

5Kapur jahitan0.6010.60

6Pensel jahitan2.5012.50

7Penetas benang1.0011.00

8Pedeti/set gelendung/ sekoci5.0015.00

9Jarum mesin1.2011.20

JUMLAH25.90

LANGKAH MENJAHITSEBELUM MENJAHIT

1. Melakar dan merekacipta kemeja yang mempunyai ciri-ciri: Kolar kemeja Kaf Lengan padanan rata Belah hadapan/belakang

2. Mengambil ukuran badan

3. Melakar pola dengan menggunakan pola dagangan sebagai asas kemudian membuat pengubahsuaian mengikut ukuran badan

4. Membentang dan menyusun atur pola, menggunting dan juga memindahkan tanda-tanda pola pada fabrik. Kemudian mengemas bahagian tepi fabrik yang telah dipotong dengan jahitan tepi.

Menyusun atur pola pakaian:

I. Sebelum menyusun, kecutkan fabrik dan mengenal pasti bahagian dalam dan juga luar fabrik.II. Kemudian, luruskan kedua-dua bahagian hujung fabrik, luruskan ira serta ratakan fabrik.III. Lipat fabrik dengan sebelah dalam bertemu.IV. Susun atur kepingan pola badan hadapan, belakang, lengan, kolar dan juga kelepet sama lebar.

Menggunting fabrik:

I. Gunting fabrik dengan cermat.II. Pola ditanggalkan ketika hendak mencantum kepingan fabrik.

SEMASA MENJAHIT

1. Menjahit lisu cekung badan hadapan Lipat di garisan tengah lisu pemadan dengan sebelah luar bertemu dengan sebelah luar. Semat, jelujur dan mesin di sepanjang basi lisu bermula dari hujung tirus. Kemudian, tekan dan jahit lisu dengan jahitan mesin

2. Menjahit lisu beriring pada bahagian hadapan badan Lipat dan tekan lisu dengan kemas dan cermat. Sematkan, dan jelujur pada lisu yang telah ditanda. Jahit lisu dengan jahitan mesin. Kemudian, cantum tampalan lisu beriring pada bahagian hadapan badan.

3. Mencantum kelim bahu menggunakan kelim belah kangkung Temukan sebelah luar badan hadapan dengan garis bahu badan belakang. Semat, jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan bahu. Tekan dan buka kelim.

4. Menjahit kelim rusuk Temu sebelah luar badan hadapan dengan sebelah luar badan belakang. Temukan garisan pemadan garis rusuk badan hadapan dengan garis rusuk badan belakang. Semat, jelujur dan jahit mesin. Tekan buka kelim

5. Penyediaan dan mencantum kolar dan kaf kemejaI. Menyedia dan meratakan kolar dan kaf: Temukan sebelah luar fabrik dan semat di garisan pemadan Jahit di kedua-dua tepi kolar dan kaf di garis pemadan Trim basi jahitan hingga 0.6cm Snip penjuru kolar dan kaf. Terbalikkan kolar serta kaf ke sebelah luar dan tekan dengan seterika Jelujur pada tepi kolar dan kaf Jelujur tegak pada tengah kolar dan kaf.

II. Mencantum kolar dan kaf ke badan serta lengan: Letakkan kolar dan kaf atas pada sebelah dalam pakaian di garisan pemadan. Tentukan hujung kolar dan kaf terletak di garis tengah hadapan dan garis tengah belakang kolar serta kaf bertemu dengan garis tengah belakang badan serta lengan Jelujur kolar atas pakaian di sepanjang garis leher dan jahit mesin Trim dan snip basi jahitan hingga 0.2cm

III. Mengemas kolar dan kaf : Masukkan basi kelim ke dalam kolar dan kaf. Letak bahagian bawah 0.2cm di bawah jahitan mesin Semat serta jelujur kolar dan kaf bawah ke garis leher di sebelah luar Jahit mesin dari sebelah dalam pakaian di garis pemadan Tekan dengan seterika supaya kolar serta kaf kemas dan rata

6. Menyedia dan mencantum lengan padanan rataI. Menyediakan dan menjahit kelim lengan: Jelujur dua barisan di atas dan di bawah garisan pemadan dengan jarak 0.3cm Temukan sebelah luar garisan pemadan dan jelujur kasar Tekan garisan dengan jahitan mesinII. Mencantum lengan: Masukkan lengan ke dalam lubang lengan dengan sebelah luar bertemu Temukan garis tengah lengan dengan kelim bahu dan kelim rusuk dengan kelim lengan Semat dan jelujur di garis pemadan bahagian lengan Jahit mesin di garis pemadan dan tindihkan mata jahitan yang akhir di atas mata jahitan yang awal 3cm hingga 4cm untuk mengukuhkan kelim Kemudian, kemaskan bahagian hujung lengan dan badan dengan kelepet

7. Menjahit butang dan lubang butangI. Menjahit butang: Jahit dua lapis pada kedudukan butang Masukkan jarum melalui satu lubang ke lubang yang lain Letakkan 1 peniti pada atas butang dan jahit berulang 3 atau 4 kali Tanggalkan peniti dan tarik butang ke atas Lilit benang pada tangkai butang hingga ketat Cucuk jarum dan tarik keluar ke sebelah dalam fabrik Pada sebelah dalam, jahit insang pari pada jahitan melintang

II. Menjahit lubang butang: Jelujur halus atau jahit mesin pada garisan lubang butang kemudian, lipat fabrik hingga bertemu dan snip di antara garisan lubang Mulakan jahitan dari hujung garisan dengan jahitan lubang butang hingga ke hujung semula

SELEPAS MENJAHIT

1. Mencuci kemeja Kemeja yang telah siap dijahit perlu dicuci supaya bersih Rendam fabrik dengan sabun kemudian gosok dengan perlahan agar fabrik tidak rosak. Bilas dengan air bersih dan jemur hingga kering

2. Menggosok dan mengemaskan kemeja Kemeja yang telah kering boleh dikemaskan dengan menyeterika kemeja Laraskan kepanasan haba seterika dengan jenis fabrik kemeja Kemudian, gosokkan pada seluruh kawasan fabrik Utamakan pada bahagian kelim supaya ia terbuka dan kemas

PANDANGAN HADAPAN DAN BELAKANG PAKAIAN YANG SIAP

PANDANGAN HADAPAN

BAHAGIAN BELAKANG

SAFINA HASHIM 2015