terapi jiwa melalui solat berjemaah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/khutbah...

7
1 Terapi Jiwa Melalui Solat Berjemaah Oleh : Ustaz Hj. Mohd Isa Bin Hj. Abd Rahman

Upload: others

Post on 23-Sep-2019

45 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terapi Jiwa Melalui Solat Berjemaah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Terapi Jiwa Melalui... · Mudah-mudahan perhimpunan mingguan umat Islam untuk

1

Terapi Jiwa Melalui Solat Berjemaah

Oleh :

Ustaz Hj. Mohd Isa Bin Hj. Abd Rahman

Page 2: Terapi Jiwa Melalui Solat Berjemaah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Terapi Jiwa Melalui... · Mudah-mudahan perhimpunan mingguan umat Islam untuk

2 Khut-Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

26 Oktober 2018/17 Safar 1440

KHUTBAH JUMAAT : TERAPI JIWA MELALUI SOLAT BERJEMAAH

ر ا ل واآلخر، وابلاطي وامظ ور، الرحيه امغافر، احلىد هلل األ ، امقي امقا

د أن ال إل الىتكثر، وأش افر، وأشكره لع فضن ال لع ػى أحده ستحادا د أن بيا مى دور ، وأش ات الص إال اهلل وحده ال شيك ل يػنه وكد ولع آل ه صل لع سيدا مى ر ، الن ا ر امط ل الىط عتد اهلل ورس

جػي أ .وصحت

ى اهلل غز وجل وصيكه وإياي ةتقا اهلل أ ق ا بػد، ػيا غتاد اهلل ات و

أ

ن مره ػقد فاز الىتق ةىا أ . وطاغت

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Bertakwalah kepada Allah SWT kerana dengan cara itulah sebaik-baik bekalan di akhirat

nanti. Mudah-mudahan perhimpunan mingguan umat Islam untuk menunaikan fardhu

Jumaat pada hari ini dapat menyucikan lagi rohani dan jasmani kita, seterusnya mem-

pertingkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT. Marilah sama-sama kita

melaksanakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dimurkaiNya.

Mudah-mudahan, ia akan meningkatkan lagi kualiti modal insan yang soleh dan mem-

bentuk peribadi-peribadi yang mulia dan terpuji.

Sidang Jumaat yang berbahagia

Menerusi surah al Baqarah ayat 45-46, Allah SWT berfirman:

Page 3: Terapi Jiwa Melalui Solat Berjemaah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Terapi Jiwa Melalui... · Mudah-mudahan perhimpunan mingguan umat Islam untuk

3

ڃ ڃ ڃ چ چ

﮲چ ۓ ﮻ ﮳ۓ ﮺ ﮹ ﮸ ﮷ ﮶ ﮵ ﮴

چ﮼ ﮽ ﮾ ﮿ ﯀ ﯁

Maksudnya : Mohonlah pertolongan dari Tuhanmu dengan bersabar dan solat. Dan

sesungguhnya yang demikian itu amat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,

(iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan ba-

hawa mereka akan kembali kepadaNya.

Antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh baginda Rasulullah SAW di dalam

hidup baginda sehinggalah baginda wafat ialah solat berjemaah. Ia menjadi senjata

kepada Rasulullah dan para sahabat serta orang-orang mukmin untuk memperkasakan

rohani dan iman, kerana didalamnya ada doa dan munajat. Solat berjemaah di samping

mempunyai pahala yang sangat banyak, ia juga mempunyai pelbagai hikmah dan

keistimewaan di sebalik pensyariatannya. Antaranya ialah :

1- Perasaan kebersamaan dan jalinan ukhuwwah dalam komuniti masyarakat akan se-

makin subur. Solat berjamaah akan mengeratkan hubungan persaudaraan sesama

muslim di samping dapat menghindarkan seseorang dari rasa dipulaukan, terpencil

tidak dapat bergaul dengan orang lain. Tidak diterima atau dilupakan.

2- Tidak ada jarak peribadi, kerana salah satu kesempurnaan solat berjemaah itu

adalah lurus dan rapatnya saf para jemaahnya. Ini bererti tidak ada jarak pemisah

antara satu dengan yang lainnya dalam solat berjemaah, kerana sewaktu mendiri-

kan solat mereka mesti rapat dan meluruskan saf demi kesempurnaan solat. Sebagai

mana hadis Nabi yang bermaksud: "Samakan saf dalam solat kamu, kerana menya-

makan saf itu merupakan kesempurnaan solat." (Riwayat Bukhari muslim).

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

26 Oktober 2018/17 Safar 1440

Page 4: Terapi Jiwa Melalui Solat Berjemaah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Terapi Jiwa Melalui... · Mudah-mudahan perhimpunan mingguan umat Islam untuk

4

3- Membuang rasa bangga diri, riya’, takabbur dan ujub kerana sujud akan memberikan

kita kesan bahawa seseorang itu demi hukum Allah sanggup meletakkan ubun-

ubunnya di belakang telapak kaki orang lain yang berada di saf hadapannya yang

juga sedang sujud di dalam solat berjamaah. Tarbiyyah secara rohaniyah ini mem-

buatkan kita terasa betapa hinanya kita dihadapan Allah SWT apabila kepala yang

selama ini menjadi anggota yang kita muliakan dengan diletakkan songkok, tengko-

lok dan mahkota, demi kerana sujud dihadapan Allah SWT di biarkan sedemikian

rupa.

4- Solat Jamaah menjadi medan pertemuan sahabat handai dan jiran tetangga, baik

yang sudah dikenali atau belum dikenali, kerana kesemuanya akan berada di dalam

saf yang satu dengan tujuan yang sama dan menghadap hati kepada Allah Yang Esa.

5- Setiap langkah melaksanakan tuntutan kifayah berjemaah diampunkan dosa dan

diberikan pahala serta diangkatkan darjat oleh Allah sepertimana sabda Nabi SAW :

ة تىح ىاغث فخط تا وي راح إل مسجد ال ث ذا ة تكتب ل حس سيئث وخط ). وراجػا اده حسي وامطرباين وابي حتان ف صحيح حد وإس

(رواه أ

Maksudnya : “Barangsiapa berangkat ke masjid untuk solat berjemaah, maka satu lang-

kah kakinya akan menghapus dosa dan satu langkah kaki lainnya akan dituliskan pahala

untuknya, baik ketika berangkat mahupun ketika pulang.”

(HR. Imam Ahmad,at- Thabrani dan Ibnu Hibban)

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Seorang profesor fizik di Amerika telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat

berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh kita mengandungi 2 jenis cas

iaitu cas positif dan cas negatif. Banyak tenaga yang kita gunakan dalam aktiviti harian

kita. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak terjadi pertukaran cas positif dan cas

neagitif, yang menyebabkan ketidakseimbangan cas dalam tubuh kita.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

26 Oktober 2018/17 Safar 1440

Page 5: Terapi Jiwa Melalui Solat Berjemaah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Terapi Jiwa Melalui... · Mudah-mudahan perhimpunan mingguan umat Islam untuk

5

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita merasa letih dan lesu sete-

lah seharian bekerja. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam

solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Waktu kita solat berje-

maah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan kaki ketika

berdiri. Sentuhan yang terjadi antara tubuh kita dengan tubuh jemaah lain yang berada

dikiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas positif dan cas negatif

yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Tenaga yang berlebihan dari seorang jamaah

akan dikeluarkan dan jamaah lain yang cas berkurangan akan menariknya. Sehingga

seluruh jemaah pada akhirnya akan memiliki tenaga yang seimbang. Subhanaallah.

Sidang Jumaat sekalian,

Lihatlah bagaimana Allah SWT memberikan suatu pakej terapi rohani dan jasmani

kepada kita dengan hanya berjemaah sehari semalam lima waktu. Jika ini yang mampu

kita lakukan, sudah cukup untuk kita melihat bagaimana Islam mampu menjana ummah

yang sihat akal dan fikiran serta jasmani yang cergas dan kuat. Malah lebih dari itu,

membina jalinan ukhuwwah yang kuat dan mantap di samping mendapat ganjaran pa-

hala yang dan diampunkan dosa oleh Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW.

و ا وع انلاس أ الة الىكتبث فصال ء ثه مش إل الص ض ستؼ ال

الة فأ لنص

أ ض وي ت

وع و ف الىسجد غفر الل ل ذبىاغث أ . ال

(232: رواه مسنه، رقه (

Bermaksud: Sesiapa yang berwuduk untuk mengerjakan sembahyang lalu dia berwuduk

dengan sempurna kemudian dia berjalan ke masjid untuk sembahyang fardhu kemudian

dia pun bersembahyang berserta dengan orang ramai, atau berjamaah atau dalam

masjid maka Allah mengampunkan untuknya dosa-dosanya.

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

26 Oktober 2018/17 Safar 1440

Page 6: Terapi Jiwa Melalui Solat Berjemaah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Terapi Jiwa Melalui... · Mudah-mudahan perhimpunan mingguan umat Islam untuk

6

Mengakhiri khutbah pada hari ini minbar sekali lagi ingin menyeru sidang jumaat

sekalian marilah kita mengajak kaum keluarga dan sahabat handai mahupun sesiapa jua

untuk meramaikan rumah-rumah Allah dengan melaksanakan solat berjemaah pada

setiap waktu tidak kira di mana kita berada, apa tugas yang kita lakukan dan siapakah

kita mahupun orang biasa-biasa atau pemimpin ternama, kerana panggilan melaksana-

kan solat adalah panggilan agung yang sama sekali tidak mengira pangkat kedudukan,

hanya yang beza adalah nilai takwa kepada Allah SWT.

ڃ ڃ ڃ چ چ

مت چ خت حت جت يب ىب مب خب حب جب يئ ىئ مئ

ٺٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀىت يت

٦٣ - ٦٣: انلور چٺ ٺ ٺ ٿ ٿ ٿ ٿ

Maksudnya

: (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-

rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan dise-

but serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan

memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang

yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada

menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat;

mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.

(Surah an Nur ayat 36-37)

Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

26 Oktober 2018/17 Safar 1440

Page 7: Terapi Jiwa Melalui Solat Berjemaah - jaik.gov.myjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Terapi Jiwa Melalui... · Mudah-mudahan perhimpunan mingguan umat Islam untuk

7

وي بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امعظيه ، ونفعن وإياكه بىا فيىيع و الس إ ووكه تلوت كر احلكيه ، وتقبل ون يات واذل

ال

ستغفر اهلل امعظيه ل ومكه ولسائر . امعنيه ذا وأ قول قول

أ

ني والىؤوات، فاستغفروه، فيا فوز الىسنىني والىسنىات والىؤو .الىستغفريي ويا ناة اتلائبني

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

26 Oktober 2018/17 Safar 1440