reflective statement durjana di hati

4
REFLECTIVE STATEMENT Name: Muhammad Faris bin Anuar Candidate No.: Title/Question: Is colonialism capable of changing the culture of a particular country Novel: DURJANA DI HATI Word Count: 400 Novel Durjana Di Hati karya Joseph Conrad mengisarkan kisah seorang pelayar, bernama Marlow yang menjelajah ke Congo, untuk menemui seorang lelaki yang dikhabarkan hebat yang bernama Kurtz. Menerusi jalan cerita novel ini dan juga bukti daripada dunia sebenar, terdapat beberapa bukti yang mengejutkan tentang perubahan budaya dan peradaban masyarakat Afrika yang di jajah. Saya menyelidik tentang perubahan yang berlaku menerusi pperubahan dari segi pemakaian, agama , budaya kepuakan dan aktiviti seharian mereka. Dalam novel Durjana Di Hati , masyarakat Afrika digambarkan sebuah masyarakat yang tidak bertamadun, di mata penjajah atau kuasa imperialis. Bukti yang menyokong tangapan mereka tedapat dalam mukasurat 29 dan juga mukasurat 37.

Upload: faris-callidus

Post on 11-Nov-2015

45 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

INTERNATIONAL BACCALAUREATEMALAYDURJANA DI HATIJOSEPH CONRADRS

TRANSCRIPT

REFLECTIVE STATEMENTName: Muhammad Faris bin AnuarCandidate No.: Title/Question: Is colonialism capable of changing the culture of a particular countryNovel: DURJANA DI HATIWord Count: 400Novel Durjana Di Hati karya Joseph Conrad mengisarkan kisah seorang pelayar, bernama Marlow yang menjelajah ke Congo, untuk menemui seorang lelaki yang dikhabarkan hebat yang bernama Kurtz. Menerusi jalan cerita novel ini dan juga bukti daripada dunia sebenar, terdapat beberapa bukti yang mengejutkan tentang perubahan budaya dan peradaban masyarakat Afrika yang di jajah. Saya menyelidik tentang perubahan yang berlaku menerusi pperubahan dari segi pemakaian, agama , budaya kepuakan dan aktiviti seharian mereka.Dalam novel Durjana Di Hati , masyarakat Afrika digambarkan sebuah masyarakat yang tidak bertamadun, di mata penjajah atau kuasa imperialis. Bukti yang menyokong tangapan mereka tedapat dalam mukasurat 29 dan juga mukasurat 37. Mereka digambarkan sebagai manusia yang terlanjang, selari dengan tamadun mereka yang tidak maju, berbanding dengan masyarakat Eropah. Tetapi, pada zaman ini, mereka berpakaian dan berfesyen seperti orang Eropah, sebagai kesan daripada penjajahan mereka.Masyarakat Afrika hidup berpuak. Mereka tidak mempunyai seorang ketua yang mengetuai semua puak-puak itu. Buktinya ialah , Kurtz telah menjalinkan talian bersama sebuah puak di Congo, dan menggunakan mereka untuk merompak dan mencari gading gajah untuk dijual demi mengaut keuntungan. Jika mereka hidup bersatu padu dan tidak berpuak, mungkin mereka tidak akan tergamak untuk melakukan perkara perkara sedemikian kepada saudara mereka kerana mengikuti perintah penjajah. Tetapi kini, budaya puak di Congo telah dimansuhkan dari segi politik kerana ia menghalang semangat nasionalisme dalam negara.Masyarakat Afrika merupakan masyarakat yang berdikari. Mereka mempunya skil dan kemahiran hidup yang hebat. Antara bukti yang boleh diketengahkan ialah budaya mereka yang pandai memburu. Dalam novel Durjana Di Hati, kehebatan mereka dalam memburu tidak dinafikan. Pada mukkasurat 141, Kurtz mudah untuk mencari gading kerana puak yang baik dengannya pandai memburu, lalu memudahkan kerjanya. Namun, masyarakat Afrika sekarang berbeze. Jumlah mereka yang pandai memburu semakin bekuangan. Akhir sekali, masyarakat Afrika mempunyai budaya untuk mempercayai perkara perkara ghaib. Mereka hidup dalam kegelapan dan Kurtz telah memanipulasikan minda mereka. Buktinya ialah, Kurtz telah menjadi perkara ghaib tersebut, dan seolah olah membuat puak itu untuk memujanya. Akan tetapi, majority masyarakat di Congo telah meninggalkan budaya mereka, sebagai akibat penjajahan kuasa Eropah. Buktinya, majority masyarakat Congo kini beragama Kristian .Akhirulkalam , penjajahan mampu mengubah budaya sesebuah masyarakat , mengikut jalan cerita Durjana Di Hati dan disokong oleh bukti dunia yang sebenar,. Saya berasa sedih atas kehilangan budaya budaya sebegini , mungkin kerana Malaysia sendiri sebagai sebuah negara yang dijajah oleh Eropah, telah lari jauh dari budaya asal kita. Kehilangan budaya sebegini boleh menghilangkan identity bangsa kita. Oleh itu, jagalah budaya dan warisan bangsa!