refleksi kendiri prm3102

Upload: arif-shah

Post on 03-Jun-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 REFLEKSI KENDIRI prm3102

    1/2

    REFLEKSI KENDIRI

    Pengalaman yang saya dapat sewaktu melaksanakan tugasan ini amat bernilai

    sekali. Inilah kali pertama saya perlu melaksanakan tugasan dalam pendidikan Muzik.

    Langkah pertama saya setelah mendapat soalan tugasan ini adalah saya mencari,

    membaca serta mengumpul semua maklumat berkaitan dengan tugasan. Sesuatu

    yang berharga bila mana saya dapat mempelajari tentang lagu-lagu dan skor lagu yang

    digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah.

    Kanak-kanak pada umumnya sangat kreatif. Sepanjang mereka berada di

    sekolah mereka bukan sahaja hanya berkebolehan melahirkan fikiran dan perasaan

    melalui bahasa yang berkesan tetapi berkemampuan melahirkan perasaan-perasaan

    yang mereka alami seperti bahagia, marah, sedih, takut, kecewa dan lain-lain lagi

    melalui media seni halus dan kraf serta muzik. Jika diberi satu bimbingan yang betul

    oleh guru, kanak-kanak akan terangsang untuk menunjukkan daya imaginatif dan

    kreativiti dengan pelbagai cara mengunakan pelbagai alatan dan bahan.

    Menyedari hakikat ini maka menjadi tanggungjawab guru prasekolah untuk

    menyediakan ruang dan peluang untuk kanak-kanak prasekolah agar mereka dapat

    meluahkan emosi mereka dengan cara yang lebih terkawal iaitu melalui pengalaman

    mendengar, bermain, menyanyi dan bergerak mengikut rentak dan alunan muzik.

    Pendidikan muzik bagi kanak-kanak melibatkan perkembangan kreatif dan daya

    estetika. Program yang terdapat dalam pendidikan muzik mengandungi program

    nyanyian, pergerakan, pendengaran, penciptaan, permainan alat dan respon kepada

    visual dan verbal bunyi-bunyian. Disamping itu muzik turut dapat menyumbangkan

    kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh yang meliputi perkembanganintelek, emosi, social dan fizikal. Muzik juga boleh dijadikan satu perantaraan untuk

    bersosial dan merenggangkan emosi yang tegang.

  • 8/12/2019 REFLEKSI KENDIRI prm3102

    2/2

    Muzik juga telah menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat

    Malaysia. Kanak-kanak secara semulajadinya cukup cepat terangsang kepada bunyi

    muzik yang mereka dengari. Lazimnya juga kanak-kanak akan merasa selesa

    melahirkan ekpresi melalui muzik, irama dan ton yang merupakan asas-asas dalam

    pendidikan muzik.

    Apa yang terfikir di fikiran saya ialah mengapa perlu belajar muzik atau

    menyanyi? Tugasan yang diberikan kepada kami semasa menjalankan pengalaman

    berasaskan sekolah ini ialah kami perlu melakukan aktiviti permainan tradisional

    bersama kanak-kanak. Tugasan yang kedua pula ialah kami perlu mengajar kanak-

    kanak menyanyi satu lagu kanak-kanak berserta dengan gaya sekali. Tugasan ini

    bukanlah satu tugasan yang mudah kerana saya perlu mengawal 25 orang kanak-

    kanak pada satu masa.

    Apa yang saya dapat melalui tugasan ini ialah saya dapat belajar cara

    bagaimana untuk mengajar kanak-kanak dan cara untuk mengawal mereka. Hal ini

    amat penting sebagai persediaan saya untuk mengajar nanti.

    Dengan bantuan pensyarah saya, saya telah Berjaya menjalankan tugasan ini

    dengan baik. Harapan saya ialah agar pensyarah pembimbing akan berpuas hati

    dengan hasil kerja saya ini.