rekod-rekod perkembangan dan pengesanan
DESCRIPTION
share boleh je.. hahahaTRANSCRIPT
NOORAMIEYRA BINTI MOHD YUSOFF(3101019401)
HASLINA BINTI PITTA (3122005671FATIN NURZAFRINA BINTI WAHID
NAWAWI (3122008391)
(PENSYARAH: EN.HJ YEM)
REKOD-REKOD PERKEMBANGAN MERUPAKAN KAEDAH YANG MUDAH DAN BERKESAN UNTUK MENGESAN PERKEMBANGAN
KANAK-KANAK.. BAGAIMANA INI DAPAT DILAKUKAN ?
Dalam pendidikan prasekolah, penilaian dan merekod perkembangan kanak-kanak untuk mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam perkembangan mereka.
Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan, kebolehan,kemajuan dan pencapaian murid.Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid.
kaedah merekod perkembangan murid salah satunya adalah menggunakan rekod berterusan iaitu menyimpan rekod tersebut sebagai maklumat untuk sesi perbincangan antara guru dan ibu bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh murid.
PENGENALAN
Merekod didefinisikan satu aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan kebolehan, kemajuan dan pencapaian seseorang. Contoh rekod yang digunakan untuk menilai perkembangan kanak-kanak adalah seperti berikut :
i.Senarai Semak.ii.Skala Kadar.iii.Rekod Anekdotiv.Rekod Berterusan
DEFINISI MEREKOD MAKLUMAT
Merekod melibatkan tiga asas teknik merekod iaitu :
Yang menghuraikan iaitu running rekod dan rekod anekdot.
Yang mengira masa dan menghitung jumlah iaitu event sampling dan senarai semak.
Kesimpulan dan pertimbangan untuk menggambarkan sesuatu iaitu skala kadar.
TEKNIK ASAS MEREKOD
Setiap tingkah laku dan perkembangan kanak-kanak direkodkan
secara sistematik dan berturutan. Pelbagai reaksi semasa aktiviti
individu atau secara berkumpulan didokumentasikan melalui
pelbagai jenis alat taksiran atau rekod penilaian. Rekod-rekod ini
penting supaya tindakan seterusnya dapat dilakukan bagi menjamin
kebajikan dan pencapaian positif kanak-kanak.
Terdapat perbezaan antara alat-alat yang digunakan untuk
melakukan pemerhatian walaupun fungsinya hampir sama.
seterusnya dapat dilakukan bagi menjamin kebajikan dan
pencapaian positif kanak-kanak. Terdapat perbezaan antara alat-alat
yang digunakan untuk melakukan pemerhatian walaupun fungsinya
hampir sama.
PERBANDINGAN ANTARA KAJIAN PENTAKSIRAN
Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada:
Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan.
Sesuatu perlakuan telah dilakukan.Kekerapan sesuatu tingkah laku
REKOD SENARAI SEMAK
Disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat.
Tingkah laku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas dan semula jadi.
Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan.
Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat atau kekal.
PROSEDUR DALAM PENGGUNAAN SENARAI
SEMAK
KEBAIKAN•Banyak maklumat boleh direkod•Tidakperlu dilengkapkan dalam sehari•Boleh digunakan oleh sesiapa
KEBURUKAN•Item senarai semak terhad, perlu ditafsir
berhati-hati.•Kurang maklumat tentang kekerapan, jangka
masa dan keterangantentang tingkah laku.
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK
CONTOH SENARAI SEMAK
Menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid.Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.
Secara umumnya digunakan untuk merekod tingkahlaku murid-murid yang diperhatikan serta tahap pencapaian mereka.
Penilaian terhadap kemahiran atau amalan dibuat berdasarkan skala yang digunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.
REKOD SKALA KADAR
PETUNJUK ITEM UNTUK SKALA KADAR
CONTOH REKOD SKALA KADAR SECARA INDIVIDU
CONTOH REKOD SKALA KADAR SECARA KELAS.
CONTOH REKOD SKALA KADAR SECARA KUMPULAN.
REKOD ANEKDOT
Satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod.
Rekod Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan dimana berlaku.
Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku. Mengenal pasti peristiwa itu penting terhadap aspek
perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan.
Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku.
Menulis apa yang dilihat secara objektif.
Maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMBUAT
REKOD ANEKDOT
CONTOH REKOD ANEKDOT
satu catatan terperinci tentang kejadian mengikut turutan masa. catatan dalam bentuk cerita naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa.
Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh lima hingga sepuluh minit.
REKOD BERTERUSAN
Catatan rekod jenis ini diulang beberapa kali sehari dan dicatat secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Aspek diperhatikan menyeluruh, meliputi kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga
faktor-faktor bahan dan persekitaran.
Guru boleh menggunakan rekod berterusan sebagai salah satu penilaian diagnostik untuk menilai keberkesanan penggunaan ataupun bacaan teks misalnya penguasaan suku kata, perbendaharaan kata dan kosa kata.
Hasil merekod ini juga dapat mengkategorikan murid dalam kumpulan.
Dapat mengesan pelbagai aspek perkembangan pencapaian kanak-kanak dan mengesan permasalahan yang dihadapi yang dihadapi setiap kanak-kanak.
TUJUAN MENGGUNAKAN REKOD BERTERUSAN
Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. Adakah tingkah laku kanak-kanak, ruang atau sudut pembelajaran yang akan diperhatikan sesuai?
Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid satu per satu dan terperinci.
Rekod dengan tepat dan padat. Jelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku.
Rekod hanya perkara sebenar yang berlaku dan gunakan satu ayat bagi menerangkan setiap aksi.
Guna bahasa yang mudah difahami.
Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa.
Tentukan masa.
Perlu tulus dan ikhlas.
PANDUAN MENYEDIAKAN REKOD BERTERUSAN
Buat pemerhatian selama 10 minit ataupun kurang.
Tulis secara terperinci berkenaan tingkah laku yang diperhatikan.
Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan ‘judgemental’. Hanya merekodkan data.
Memerhati dan tidak membuat interpretasi.
Merekodkan hanya apa yang dilihat dan didengar. Fokus terhad pada murid yang ingin diperhatikan.
Tulis atau rekod dengan terperinci mengikut urutan peristiwa yang berlaku.
Pastikan buku nota, kertas catatan ataupun pensel diletak di tempat
yangstrategik dan sulit.
PANDUAN MENULIS REKOD BERTERUSAN
memberi gambaran sebenar dan terperinci berkenaan situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan.
memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan dalam satu rekod.cthnya dengan hanya satu rekod, guru dapat mengesan pelbagai aspek perkembanganiaitu perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
tidak memerlukan seseorang guru itu mahir dalam kemahiran pemerhatian yang khusus.
memudahkan guru merekodkandengan hanya menggunakan pensel dan kertas.
KEBAIKAN MENGGUNALAN REKOD BERTERUSAN
memerlukan pengkaji atau guru untuk memerhatikan setiap tingkah laku kanak-kanak yang dikaji dan ini memerlukan masa yang banyak bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dengan lebih tepat.
memenatkan guru kerana memberi lebih tumpuan pada proses merekodkan.
lebih sesuai digunakan bagi pemerhatian secara individu kerana sukar bagi guru untuk merekod pemerhatian jika secara kumpulan.
pemerhati juga perlu menjauhkan diri mereka daripada kanak-kanak yang diperhatikan.
KELEMAHAN MENGGUNAKAN REKOD BERTERUSAN
CONTOH REKOD BERTERUSAN
CONTOH REKOD BERTERUSAN UNTUK KEBERKESANAN BACAAN
CONTOH REKOD BERTERUSAN UNTUK KEBERKESANAN MEMBACA TEKS BACAAN.
CONTOH BORANG REKOD BERTERUSAN
Rekod berterusan merupakan cara yang dapat membantu guru mencatat tingkah laku yang diperhatikan kepada kanak-kanak semasa peristiwa berlaku.
Guru juga dapat menilai keberkesanan tempat, sudut ataupun stesen pembelajaran.
Rekod berterusan membantu pemerhati merekodkan perlakuan kanak-kanak dalam jangka masa yang ditetapkan dalam suasana sebenar.
Memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak pada satu-satu masa.
Rekod berterusan dapat memberikan maklumat berguna dalam meningkatkan lagi potensi kanak-kanak.
RUMUSAN