rep0kkk wargames

13
1.0 PENGENALAN ASASI WAR GAMES ASASI WAR GAMES merupakan satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia (PASP, UPM) untuk pelajar-pelajar Asasi Sains Pertanian. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang berupa Kem Kepimpinan dan Jati Diri untuk membina jati diri yang positif di samping melatih diri untuk menjadi lebih berdikari sebagai seorang mahasiswa universiti. Di samping itu, Asasi War Games ini yang telah dianjurkan oleh PASP, UPM ini juga bertujuan untuk menjadikan pelajar Asasi Sains Pertanian seorang Mahasiswa Universiti Putra Malaysia(UPM) yang berwawasan, berdisiplin dan bertanggungjawab. Asasi War Games ini juga diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara pelajar dengan pelajar Asasi Sains Pertanian dan staf-staf Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM. Untuk Program ASASI WAR GAMES ini, Pelajar Asasi Sains Pertanian Arus Perdana 2012/2013 (Batch 8), telah dipecahkan kepada dua kumpulan besar yang menjalankan aktiviti ASASI WAR GAMES di dua tempat yang berbeza. Satu kumpulan di Kem Lambaian Danau, Melaka dan satu kumpulan lagi di Kem Riverview Resort, Tg. Malim, Perak. Setiap satu kumpulan besar ini telah dipecahkan kepada 10 kumpulan kecil yang terdiri daripada ALPHA, BRAVO, CHARLIE, DELTA, ECO, OSCAR, ROMEO, SIERRA, TANGO dan ZULU. 2.0 LOKASI AKTIVITI Pada 3 September 2012, kami bertolak ke lokasi aktiviti dengan menaiki 8 buah bas yang telah disediakan oleh Pusat Asasi. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 20 minit dari Pusat Asasi ke Tanjung 1

Upload: akmal-haqim-rusli

Post on 04-Aug-2015

199 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rep0kkk Wargames

1.0 PENGENALAN ASASI WAR GAMES

ASASI WAR GAMES merupakan satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia (PASP, UPM) untuk pelajar-pelajar Asasi Sains Pertanian. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang berupa Kem Kepimpinan dan Jati Diri untuk membina jati diri yang positif di samping melatih diri untuk menjadi lebih berdikari sebagai seorang mahasiswa universiti.

Di samping itu, Asasi War Games ini yang telah dianjurkan oleh PASP, UPM ini juga bertujuan untuk menjadikan pelajar Asasi Sains Pertanian seorang Mahasiswa Universiti Putra Malaysia(UPM) yang berwawasan, berdisiplin dan bertanggungjawab. Asasi War Games ini juga diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara pelajar dengan pelajar Asasi Sains Pertanian dan staf-staf Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM.

Untuk Program ASASI WAR GAMES ini, Pelajar Asasi Sains Pertanian Arus Perdana 2012/2013 (Batch 8), telah dipecahkan kepada dua kumpulan besar yang menjalankan aktiviti ASASI WAR GAMES di dua tempat yang berbeza. Satu kumpulan di Kem Lambaian Danau, Melaka dan satu kumpulan lagi di Kem Riverview Resort, Tg. Malim, Perak. Setiap satu kumpulan besar ini telah dipecahkan kepada 10 kumpulan kecil yang terdiri daripada ALPHA, BRAVO, CHARLIE, DELTA, ECO, OSCAR, ROMEO, SIERRA, TANGO dan ZULU.

2.0 LOKASI AKTIVITI

Pada 3 September 2012, kami bertolak ke lokasi aktiviti dengan menaiki 8 buah bas yang telah disediakan oleh Pusat Asasi. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 20 minit dari Pusat Asasi ke Tanjung Malim melalui lebuh raya Utara-Selatan. Setibanya kami di lokasi, kami perlu menaiki kenderaan yang telah disediakan oleh Teratak Riverview Resort kerana lokasi sebenar aktiviti yang sangat jauh serta keadaan jalan yang tidak boleh dilalui oleh bas.

Lokasi di Teratak Riverview boleh dikatakan sebagai kawasan yang mempunyai pemandangan yang damai serta lebih istimewa kerana ianya terletak di dua buah negeri iaitu Perak dan Selangor. Seperti yang telah dipaparkan, sungai yang memisahkan kawasan chalet dan tapak perkhemahan merupakan Sg. Sabak Bernam. Resort ini berada di tengah-tengah hutan dan berdekatan dengan kawasan perkampungan orang asli.

1

Page 2: Rep0kkk Wargames

3.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Sepanjang program Asasi War Games ini berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti yang menarik serta mencabar ketahanan mental dan fizikal para peserta. Pada hari pertama, kami didedahkan dengan aktiviti survival. Seterusnya,hari kedua telah dijalankan aktiviti-aktiviti seperti compass marching, low rope course, obstacle course, white water tubing/water confident dan persembahan dari para peserta.

3.1 RIVER CROSSING

Setelah sampai di Tg. Malim, Perak, peserta telah dibawa ke tapak kem tempat aktiviti Asasi War Games akan dijalankan di Tg. Malim dengan menaiki kenderaan khas (trak) yang disediakan oleh pihak Kem Teratak Riverview Resort.

Pada sangkaan kebanyakan peserta, mereka akan dibawa terus ke tapak kem setelah penat menempuh dua jam lebih perjalanan menaiki bas dari Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM ke Tg. Malim, Perak. Namun, sangkaan itu tidak tepat kerana mereka telah dibawa untuk melaksanakan cabaran aktiviti yang pertama iaitu River crossing atau Merentas Sungai. Peserta dibawa merentas sungai yang berarus agak deras ke tapak aktiviti.

3.2 BRIEFING

Oleh kerana kami bergerak mengikut kumpulan, kumpulan yang awal perlu menunggu kumpulan yang lain tiba bagi membolehkan penerangan ringkas mengenai aktiviti diberikan oleh En. Yassir Fu. Disebabkan jumlah kumpulan yang banyak, kumpulan Charlie dan Romeo dibubarkan dan ahli-ahli kedua-dua kumpulan diserap masuk ke dalam kumpulan-kumpulan yang sedia ada.

2

Page 3: Rep0kkk Wargames

3.3 BASIC SURVIVAL

Cabaran seterusnya yang terpaksa ditempuhi oleh peserta di Kem Tg. Malim, Perak ialah menjalani Basic Survival. Sebelum aktiviti ini dijalankan, peserta diarahkan mengumpulkan beg dan barangan yang dibawa di satu tempat mengikut kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan keperluan bahan masakan yang terhad, dua helai jaket keselamatan, dan hanya dibenarkan membawa barangan yang dibenarkan seperti kain pelikat/kain batik dan lampu suluh yang juga diterhadkan.

Setiap kumpulan telah ditentukan tapak Survival masing-masing dan hanya boleh berada dalam lingkungan kawasan yang diterhadkan, serta tidak boleh pergi ke kawasan beg dikumpulkan dan tidak boleh berbicara dengan ahli kumpulan lain. Pelantikan jawatankuasa kumpulan dan pembahagian tugasan dilaksanakan sebelum ahli kumpulan bergerak melaksanakan tugasan diberi seperti mengumpulkan kayu api, menghidupkan dan menjaga api, memasak, dan menaikkan teduhan untuk menyimpan kayu api. Sepanjang Survival, kami hanya tidur-tidur ayam dan hanya berlapikkan daun atau tidur di atas tanah sahaja.

3.4 NIGHT WALK

Pada malam hari pertama, aktiviti Night Walk yang dijangka akan menguji ketahanan dan keberanian peserta telah dijalankan. Namun, sangkaan itu meleset apabila aktiviti Night Walk yang dijalankan seperti tidak mempunyai tujuan yang kukuh.

Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan besar dan diminta membuat barisan memanjang ke belakang sebelum berjalan mengikut orang di hadapan. Terlalu banyak berhenti telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peserta. Peserta hanya dipisahkan pada jarak yang ditetapkan dan diarahkan untuk duduk dan mendiamkan diri untuk seketika sebelum aktiviti berakhir. Aktiviti Night Walk yang dijalankan dilihat seperti sekadar untuk memenuhi tentatif aktiviti semata-mata tanpa ada motif untuk dicapai.

3.5 OUTDOOR ACTIVITIES CHALLENGE

Pada hari kedua, iaitu 4 September 2012, lapan kumpulan peserta Asasi War Games 2012 di kem Tg. Malim, Perak telah disatukan menjadi hanya empat kumpulan iaitu Kumpulan Gunung Heong Yap(ALPHA dan BRAVO), Kumpulan Gunung Inas (DELTA dan EKO), Kumpulan Gunung Korbu (OSCAR dan SIERRA), dan Kumpulan Gunung Perhentian (TANGO dan ZULU). Outdoor Activities Challenges ini dijalankan mengikut kumpulan ini.

3

Page 4: Rep0kkk Wargames

a) COMPASS MARCHING

Pada hari kedua, kami menjalankan pelbagai aktiviti antaranya Compass Marching. Aktiviti ini memerlukan kemahiran membaca kompas dengan tepat. Oleh itu, kami diberi tunjuk ajar bagaimana cara penggunaan kompas yang betul untuk aktiviti ini yang juga dikenali sebagai orieentering. Selepas itu, kami menguji kemahiran dengan aktiviti mini orieentering di sekitar ladang getah.

b) LOW ROPE COURSE

Low Rope Course merupakan aktiviti bertali rendah tidak seperti aktiviti bertali tinggi seperti V-bridge dan flying fox. Kami diberi tutor dahulu sebelum dibenarkan melakukan aktiviti. Dalam low rope course, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat terutama dari segi keselamatan kerana hanya satu siri kabel, tali, dan halangan yang digantung di antara pokok-pokok, 12 hingga 18 inci di atas tanah, unsur-unsur tali rendah ini memberi kekuatan fizikal, stamina, ketangkasan, keseimbangan, dan fleksibiliti, dan membantu peserta untuk menghadapi isu-isu emosi seperti takut jatuh, takut kegagalan, dan takut kehilangan kawalan. Risiko diuruskan oleh ahli-ahli kumpulan yang berperanan mengesan keadaan kritikal. Oleh itu, ketika peserta sedang melakukan aktiviti, dia perlu memakai topi keselamatan serta perlunya sokongan dari rakan-rakan di sekeliling peserta. Hal ini kerana aktiviti low rope course tidak menyediakan tali keselamatan untuk menyokong peserta sekiranya tidak stabil tetapi hanya bergantung kepada sokongan daripada rakan sekeliling. Aktiviti lain dalam low rope course ialah group initiatives: masalah melibatkan tanah nyata dan khayalan berasaskan halangan (sama ada semula jadi atau dibina) memerlukan mereka bekerja bersama-sama untuk mencari penyelesaian. Kejayaan dicapai hanya apabila semua ahli telah menyumbang kepada hasil.

c) OBSTACLE COURSE

Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan:Alpha A, Alpha B, Bravo A, dan Bravo B. terdapat 3 halangan yang terpaksa ditempuh. Kami diuji dalam bentuk semangat berpasukan dalam setiap halangan yang perlu ditempuh. Aktiviti ini menguji keseimbangan, ketangkasan, dan keberanian. Obstacle course memerlukan kami memanjat, melompat, merangkak, berenang di dalam lumpur dan mengimbang badan. Hal ini memerlukan persediaan dari segi mental kerana pada mulanya nampak mudah namun sukar jika tiada persediaan mental.

d) WATER CONFIDENT/WHITE WATER TUBING

Untuk aktiviti water confident, peserta dibekalkan dengan jaket keselamatan dan diajar cara menyelamatkan diri daripada situasi cemas ketika di dalam air bagi meningkatkan keyakinan diri peserta untuk melaksanakan aktiviti water sport (sukan air). Setelah selesai aktiviti Water confident, peserta dibawa untuk mencuba satu pengalaman yang menarik iaitu sukan air ‘Water Tubing’ di Sungai Bernam yang mempunyai beberapa jeram dan berarus agak deras.

4

Page 5: Rep0kkk Wargames

3.6 KARAOKE DAN PERSEMBAHAN PELAJAR

Seusai aktiviti yang memenatkan di waktu siang, waktu malam disajikan dengan BBQ serta persembahan berkumpulan oleh peserta. Sesi pertama, kami perlu menyediakan persembahan hasil kreativiti serta sumbangan idea semua ahli. Kumpulan Bravo telah mempersembahkan lagu 'Kenangan Terindah' versi kami yang tersendiri. Manakala, untuk sesi kedua merupakan sesi karaoke yang memerlukan kami menyanyi lagu yang terpapar di layar mengikut rentak dan lirik yang betul. Kedua-dua sesi ini diadili oleh staf Pusat Asasi yang bertugas sebagai juri pada malam itu.

3.7 WAR GAMES

Ini merupakan aktiviti yang menjadi tujuan utama program ini diadakan. Kami diberi masa untuk menyediakan peluru iaitu plastik yang diisi air, tepung dan pewarna. Selain itu, setiap kumpulan diberi seorang tawanan atau ketua yang perlu dijaga supaya peluru daripada pihak musuh tidak mengenainya. Aktiviti ini memerlukan ketangkasan, kecekapan dan kreativiti menyusun strategi untuk mematikan pihak musuh serta pada masa yang sama melindungi ketua kumpulan. Sekiranya peluru musuh mengenai ketua kumpulan, seluruh ahli kumpulan dikira sudah mati dan kalah. Peserta-peserta yang sudah mati akan berkumpul di kawasan 'dead-man zone'. Kumpulan Alpha telah menjuarai aktiviti ini. Seterusnya merupakan majlis penutup dan juara keseluruhan program War Games ini merupakan kumpulan Bravo.

5

Page 6: Rep0kkk Wargames

4.0 HASIL DAPATAN AKTIVITI Daripada aktiviti yang dilaksanakan pada hari pertama Asasi War Games, 3 September

2012 iaitu River crossing, Survival Challenge dan Night Walk, banyak pengalaman menarik dan ilmu baru yang bermanfaat yang saya perolehi. Antaranya ialah belajar untuk menjadi lebih berdikari, bersabar dengan ujian atau dugaan yang dihadapi, dan memantapkan kemahiran ikhtiar hidup di hutan. Faedah lain yang diperolehi daripada aktiviti yang dilaksanakan pada hari ni ialah merapatkan dan mengukuhkan lagi ikatan silaturahim antara peserta, di samping memantapkan semangat kerjasama tanpa mengira kaum atau agama atau bangsa.

Pengalaman yang diperolehi daripada Survival Challenge bukan sahaja dapat0020membantu untuk ikhtiar hidup semasa menghadapi saat kecemasan seperti sesat di hutan, malahan dapat menjadikan peserta lebih berusaha untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh di samping meningkatkan jati diri peserta untuk menjadi mahasiswa yang berkebolehan dan berwawasan.

Daripada aktiviti yang dilaksanakan pada hari kedua pula, iaitu Outdoor Activities Challenge, banyak ilmu dan kemahiran baru yang diperolehi. Aktiviti ’Orientering Skill’ mengajar peserta kemahiran menggunakan kompas dengan betul untuk mengetahui sesuatu arah dan mengajar peserta untuk menjadi lebih teliti sebelum membuat sesuatu keputusan. Peserta perlu teliti melihat arah tempat yang akan dituju berpandukan kompas kerana sedikit kesilapan melihat kompas boleh menyebabkan kita tidak selari dengan arah yang dituju.

Daripada aktiviti ’Obstacle course’ dan ’Low Rope’, saya belajar untuk menjadi lebih berani dan berfikiran positif dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Saya juga belajar satu perkara yang penting iaitu untuk mencapai sesuatu kejayaan, kita tidak boleh bergerak sendirian, sebaliknya kita memerlukan sokongan dan bantuan orang lain. Di sebalik sesuatu kejayaan yang diperolehi, banyak orang yang lain telah berjasa memberikan bantuan dan sokongan kepada kita. Orang yang paling banyak berjasa sudah semestinya ibu bapa yang sentiasa mendokong kita daripada belakang, diikuti guru atau tenaga pengajar yang bersusah payah untuk memberikan kita ilmu, sahabat handai yang sentiasa memberikan sokongan, dan ramai lagi yang berjasa secara kita sedar ataupun tidak sedar.

Daripada aktiviti ’Water Confident’ pula, saya dapat meningkatkan lagi keyakinan diri untuk melakukan aktiviti sukan air di samping belajar kemahiran menyelamatkan diri ketika dibawa arus sungai. Peserta juga dapat satu pengalaman yang menarik semasa malakukan aktiviti ’Tubing’ di Sg. Bernam yang berarus agak deras. Aktiviti ini juga telah mengajar saya bahawa yakin diri itu merupakan satu elemen penting untuk menghasilkan sesuatu kejayaan.

Aktiviti yang dilaksanakan pada malam hari kedua, iaitu malam kebudayaan telah mengajar peserta untuk lebih berfikiran kreatif dan kritis untuk menghasilkan sesuatu yang produktif.Aktiviti kemuncak yang dilaksanakan pada hari ketiga iaitu War Games pula banyak memberikan kesan positif terhadap diri peserta. Antaranya, dapat menjadikan diri lebih berani, bersemangat dan berwawasan tinggi, menjaga amanah dengan baik dan belajar bahawa kita perlu merancang strategi yang betul untuk berjaya.

6

Page 7: Rep0kkk Wargames

5.0 KAITAN AKTIVITI DENGAN PERTANIAN

Melalui aktivti River Crossing yang dijalankan di Sg. Bernam, saya dapat memahami dengan lebih mendalam bahawa sungai merupakan salah satu sumber pendapatan yang penting dari sektor perikanan air tawar yang merupakan salah satu cabang daripada pertanian. Sungai merupakan salah satu sumber protein yang penting kerana pelbagai jenis ikan boleh didapati di sungai.

Melalui aktiviti Survival dan Night Walk, saya dapat mengenali beberapa jenis tumbuhan hutan yang boleh dimanfaatkan untuk ikhtiar hidup ketika di hutan. Ada tumbuhan yang dikenalpasti dapat membantu untuk menghidupkan api dengan mudah, dan ada yang dapat digunakan untuk membuat lapik makanan dan digunakan untuk membuat teduhan. Tapak survival yang merupakan kawasan kebun buah-buahan yang dikelilingi hutan dan berdekatan sungai saya fikir merupakan satu kawasan yang strategik untuk dibangunkan untuk aktiviti pertanian. Hal ini demikian kerana, tanahnya yang subur dan sumber air yang berterusan membolehkan tanaman yang ditanam hidup subur.

Persekitaran tapak kem yang dikelilingi keindahan alam yang masih bersih dan terpelihara daripada pencemaran saya rasa merupakan satu aset yang penting kepada sektor pelancongan negara. Kawasan sekitar kem ini juga sangat strategik untuk dibangunkan sebagai salah satu tapak Agro-Tourism kerana tanahnya yang subur dan berhampiran sumber air bersih serta alam sekitarnya yang dapat menggamit pandangan mata memandang.

7

Page 8: Rep0kkk Wargames

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN6.1 Perancangan Aktiviti Perlu Lebih Sistematik

Masalah: Aktiviti Night Walk dilihat seperti tidak dirancang dengan rapi.Cadangan: Aktiviti perlu dirancang dengan betul sebelum dilaksanakan supaya aktiviti berjalan lebih lancar dan peserta tidak mempertikaikan aktiviti yang dilaksanakan seperti tiada motif untuk dicapai.

6.2 Pengurusan Masa Aktiviti Perlu diperbaikiMasalah: Sebahagian kumpulan gagal menghabiskan aktiviti dalam masa ditetapkan telah membuatkan kumpulan lain terpaksa menunggu dan melaksanakan aktiviti sehingga malam. Hal ini telah menimbulkan ketidakpuashatian dalam kalangan ahli kumpulan yang terbabit.Cadangan: Perlu dipastikan setiap kumpulan menghabiskan aktiviti dalam masa ditetapkan. Pengurus program perlu ingatkan fasilitator tentang pengurusan masa aktiviti supaya tidak mengganggu perjalanan aktiviti yang lain.

8

Page 9: Rep0kkk Wargames

LAMPIRAN

9

Page 10: Rep0kkk Wargames

7.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, aktiviti Asasi War Games 2012 merupakan aktiviti yang telah memberi pelbagai manfaat dan pengalaman kepada pelajar-pelajar Asasi Sains Pertanian sesi 2012/2013. lokasinya yang terletak di Teratak Riverview Resort, Tanjung Malim, Perak merupakan kawasan yang strategik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ia bersesuaian untuk melakukan aktiviti riadah dan lasak.

Di samping itu, pelbagai faedah yang dapat diperolehi daripada aktiviti ini. Pelajar bukan sahaja dapat menambahkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang sedia ada, malahan dapat membentuk jati diri yang mantap sebagai seorang mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) yang berwawasan, berdisiplin dan bertanggungjawab.

Perancangan tarikh aktiviti dijalankan iaitu pada 3 hingga 5 September, selepas Peperiksaan Akhir Semester 1 ASPer Laluan Perdana 2012/2013 berakhir, saya fikir merupakan satu langkah yang bijak dari pihak Pusat Asasi Sains Pertanian kerana ia banyak membantu menghilangkan tekanan belajar yang dihadapi pelajar sepanjang Semester 1 berlangsung mengembalikan semangat pelajar untuk lebih berusaha mencapai kejayaan pada semester yang mendatang.

Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Hisyam serta semua staf Pusat Asasi Sains Pertanian kerana telah menganjurkan aktiviti Asasi War Games. Kami berharap agar aktiviti seperti ini dapat dianjurkan lagi.

Sekian, terima kasih.

10