rosniyati binti osman-kajian bebas coteaching (autosaved)

35
Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013 KAJIAN BEBAS: PENGAJARAN BERSAMA /CO-TEACHING Disediakan oleh: ROSNIYATI BINTI OSMAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA M20122001605 Disediakan Untuk: Dr. Noor Aini Binti Ahmad

Upload: aliaa-ismail

Post on 31-Oct-2015

82 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Co-Teaching in inclusion

TRANSCRIPT

Page 1: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

KAJIAN BEBAS:

PENGAJARAN BERSAMA /CO-TEACHING

Disediakan oleh:

ROSNIYATI BINTI OSMAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

M20122001605

Disediakan Untuk:

Dr. Noor Aini Binti Ahmad

Page 2: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

PENGHARGAAN

"Dengan Nama Allah Yang Malta Pemurah Lagi Malta Penyayang"

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan

keberkatanNya, Kajian Bebas ini dapat disiapkan dalam tempoh yang

ditetapkan. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W

serta keluarganya, para sahabat-sahabat baginda dan para ambia muslimin

dan muslimat yang diredhai Allah. Ucapan jutaan terima kasih dan

penghargaan ikhlas buat Dr. Noor Aini Binti Ahmad selaku Pensyarah Subjek

Pendidikan Inklusif Murid-Murid Bermasalah Pembelajaran di atas sokongan,

bimbingan dan dorongan yang telah diberikan. Penghargaan dan ucapan

terima kasih juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung

mahu pun secara tidak langsung yang banyak membantu dalam

memberikan idea dan pandangan dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Segala kerjasama dan bantuan yang diberikan amat dihargai.. Semoga apa

yang telah dicurahkan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T

Page 3: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

ISI KANDUNGAN Muka Surat

Penghargaan i

Isi Kandungan ii

Senarai Rajah iii

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 INKLUSIF

2.1 Definisi Pendidikan Inklusif 2

2.2 Matlamat Pendidikan Inklusif 3

2.3 Falsafah Pendidikan Inklusif 3

2.4 Bentuk-Bentuk Pendidikan Inklusif 3

2.5 Kebaikan Pendidikan Inklusif 4

2.6 Kelemahan Pendidikan Inklusif 5

2.7 Prinsip dan Strategi Perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif 5

2.8 Cadangan Kemudahan Asasi Dalam Keberkesanan Program Inklusif 5

3.0 PENGAJARAN BERSAMA/CO-TEACHING

3.1 Kebergantungan Kejayaan Perlaksanaan Pengajaran Bersama 6

3.2 Kelebihan Pengajaran Bersama Kepada Murid 7

3.3 Kelebihan Pengajaran Bersama Kepada Guru 8

3.4 Proses Pengajaran Bersama 9

3.4.1 Perancangan 9

3.4.2 Pendekatan Perlaksanaan Pengajaran Bersama 12

3.4.3 Keberkesanan Keputusan 16

Page 4: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

4.0 PENUTUP 18

RUJUKAN 19

LAMPIRAN

SENARAI RAJAH

Muka Surat

Rajah 1: Kerangka Proses Pengajaran Bersama 9

Rajah 2: Model Pengajaran Stesen 12

Rajah 3: Model Pengajaran Selari 13

Rajah 4: Model Pengajaran Alternatif 14

Rajah 5: Model Pengajaran Berpasukan 15

Rajah 6: Model Seorang Mengajar, Seorang Bantu 16

Page 5: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan agenda utama pembangunan sesebuah Negara dan sistem

pendidikan yang baik mampu memberikan pendidikan kepada semua. Oleh itu,

pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-kanak

yang pelbagai juga perlu disediakan. Pendidikan Khas adalah pendidikan yang direka

cipta dan dirancang untuk kanak-kanak istimewa.

Di Malaysia, murid Khas ataupun kanak-kanak istimewa merupakan sekumpulan murid

yang kurang upaya dan mengalami masalah pembelajaran. Mereka memerlukan

pendidikan dan perkhidmatan khusus bagi memperkembangkan potensi dan kemajuan

kendiri. Pendidikan Khas merujuk kepada pengajaran yang direka khas bagi

melengkapkan keperluan seseorang kanak-kanak yang luar biasa dan memerlukan bahan-

bahan pengajaran khas, teknik pengajaran yang luar biasa serta kemudahan-kemudahan

yang tertentu (Hallahan & Kauffman, 1986).

Falsafah Pendidikan Khas ialah satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan

perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan,

berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta

menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang

seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif Pendidikan Khas pula menyediakan peluang dan kemudahan, menyediakan

pendidikan yang sesuai dan relevan, menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat

dan potensi murid, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang

mencukupi dan terkini serta memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih

Page 6: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

dalam bidang Pendidikan Khas. Selain itu, objektif Pendidikan Khas juga adalah untuk

menguasai kemahiran asas membaca, mengira dan menulis sebagai prasyarat

menempatkan lebih ramai murid Pendidikan Khas dalam meneruskan pembelajaran di

kelas Aliran Perdana atau lebih dikenali sebagai Program Inklusif.

2.0 INKLUSIF

Pada tahun 1975 The Education of All Handicapped Act telah dibaca di Kongres Amerika

dan munculnya golongan pendidikan yang mempersoalkan pengasingan pendidikan bagi

murid khas. Titiktolak daripada persoalan berikut, munculnya pengenalan inklusif dalam

sistem pendidikan. Program Pendidikan Inklusif untuk murid-murid pendidikan khas di

Malaysia dimulakan pada 1987 di bawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras

dengan Falsafah Pendidikan Negara.

2.1 Definisi Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif dalam konteks Pendidikan Khas adalah pendidikan yang

diberikan kepada murid-murid dengan keperluan khas yang belajar bersama-sama

dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru

biasa(Haji Sabri Salleh, 1996).

Program yang ditawarkan kepada murid berkeperluan khas belajar  bersama

murid normal di dalam bilik darjah dan sekolah yang sama untuk menikmati

segala kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira status.

Adalah program bagi menempatkan murid Pendidikan Khas yang telah menguasai

sebahagian atau sebahagian besar mata pelajaran/akademik ke kelas biasa untuk

mengikuti suasana pembelajaran normal.

Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas

biasa bersama-sama murid-murid normal di Aliran Perdana dengan mengikuti

kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan

dibantu oleh guru pendidikan khas/guru pembimbing (Kasser & Lytle, 2005).

Page 7: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

Pendidikan inklusif melibatkan murid-murid dengan berkeperluan khas di dalam

kelas-kelas biasa di mana bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan

pembelajaran bersama rakan sebaya mereka (Kamariah Jarji, 1994).

2.2 Matlamat Pendidikan Inklusif

Matlamatnya ialah memberikan peluang kepada murid-murid Pendidikan Khas

menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang

terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya

murid-murid berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari sedari awal dalam

semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti

setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan

menjadi anggota masyarakat yang menyumbang (Mohd Siraj Awang, 1996).

Selain itu, matlamat atau objektif Pendidikan Khas ialah meningkatkan kesedaran

murid-murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah

sebahagian daripada ahli masyarakat. Murid-murid khas berpeluang

menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang

disediakan. Program ini dibentuk dengan bermatlamat memberi pengetahuan dan

kemahiran kepada Murid Khas setanding dengan murid normal untuk

meningkatkan konsep kendiri mereka.Untuk mengelak daripada diskriminasi

dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian

Pelajaran (Barirah, 1995).

2.3 Falsafah Pendidikan Inklusif 

Pendidikan untuk semua. Ia menawarkan kepada kanak-kanak berkeperluan khas

belajar bersama-sama murid normal di dalam bilik darjah yang sama.

2.4 Bentuk-bentuk Pendidikan Inklusif

2.4.1 Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa

Page 8: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

Murid khas mengikuti mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa

tetapi senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas. Guru kelas

Aliran Perdana boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru

Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi

pembelajaran atau pun tingkah laku.Pemilihan murid berkeupayaan dari

segi pembelajaran akademik dalam mengikuti inklusif secara sepenuh

masa

2.4.2 Pendidikan Separa Inklusif /Integrasi

Murid mengikuti pembelajaran di kelas Aliran Perdana untuk mata

pelajaran tertentu sahaja manakala waktu selebihnya murid berada di

Program Pendidikan Khas untuk mengikuti kurikulum khas. Senarai nama

murid didaftarkan di bawah Program Pendidikan Khas. Selain itu, guru

Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pengiring kepada

murid khas yang diinklusifkan. Ujian mata pelajaran adalah sama seperti

murid di Aliran Perdana.

2.5 Kebaikan Pendidikan Inklusif

Perlaksanaan Program Inklusif mengambil kira aspek kebaikan yang diperolehi

oleh murid-murid. Antaranya dapat memberikan peluang kepada mereka

menimba ilmu pengetahuan selain dapat berinteraksi dengan semua murid normal

di Aliran Perdana. Secara tidak langsung melalui hubungan ini mampu

meningkatkan keyakinan diri murid khas dan mengikis perasaan rendah diri.

Selain itu, program ini juga menjadi platform kepada murid normal untuk

mencurah bakti khususnya kepada murid khas dengan bertindak sebagai rakan

pembimbing.

Kebaikan lain juga adalah dapat meningkatkan kerjasama antara pihak pentadbir

dengan guru-guru. Melalui program ini juga, meningkatkan penglibatan ibu bapa

dalam komuniti sekolah. Perlaksanaan inklusif mampu mendedahkan kepada

Page 9: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

murid aktiviti-aktiviti masyarakat setempat yang memungkinkan mereka

memperolehi peluang pekerjaan. Murid khas yang diinklusifkan juga

menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti

tingkahlaku, komunikasi dan pencapaian akademik.

2.6 Kelemahan Pendidikan Inklusif

Melalui program ini, pada kebiasaannya murid khas kurang mendapat perhatian

dan tumpuan. Selain itu, guru juga sukar memberikan tumpuan secara khusus

apabila murid khas duduk bersama murid di Aliran Perdana. Berlakunya situasi

penglabelan murid khas oleh murid Aliran Perdana dan sikap sesetengah guru di

Aliran Perdana yang merasakan terbeban dengan adanya murid khas di dalam

kelas mereka.

Perkara yang lebih serius wujud apabila murid normal turut terasa tergugat dan

menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran

dan pembelajaran mereka. Selain itu, reaksi kebanyakkan murid khas yang

terpilih mengikuti program inklusif menunjukkan reaksi bosan dan letih semasa

belajar kerana mudah letih menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak.

2.7 Prinsip Dan Strategi Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif 

Penentuan prinsip amat penting sebagai garis panduan dalam melaksanakan

program inklusif. Antaranya ialah kepimpinan yang efektif dari pihak pengurusan

sekolah yang komited untuk memenuhi keperluan pembelajaran. Selain itu,

keyakinan guru bahawa mereka mampu membantu semua kanak-kanak belajar,

rasa optimis bahawa semua murid boleh belajar dan mencapai kejayaan.

Penentuan strategi dalam mengatur sistem sokongan kepada setiap guru. Selain

komitmen untuk menyediakan peluang pembelajaran berdasarkan kurikulum yang

sama. Penyediaan prosedur yang sistematik untuk mengesan dan menyemak

kemajuan.

Page 10: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

2.8 Cadangan Kemudahan Asasi Dalam Keberkesanan Program Inklusif

Kelas Pendidikan Inklusif perlu semaksimumnya mengandungi tiga puluh lima

orang murid termasuk tiga murid khas dan dua orang guru. Selain itu, kajian ke

atas perlaksanaan kaedah pengajaran inklusif di mana kaedah yang paling popular

adalah Model Pengajaran Bersama/Co-teaching Model.

3.0 PENGAJARAN BERSAMA/CO-TEACHING

Satu bentuk penyampaian perkhidmatan yang disediakan untuk pembelajaran istimewa

atau perkhidmatan berkaitan pelajar istimewa yang boleh menguasai sedangkan pada

masa yang sama mereka dikekalkan dalam sistem pembelajaran di kelas arus perdana.

Pengajaran Bersama atau Co-Teaching berlaku apabila dua atau lebih profesional iaitu

guru dalam kalangan guru Aliran Perdana dan guru khas bergabung dalam

menyampaikan teknik kepelbagaian arahan kepada satu kumpulan pelajar yang terdiri

daripada murid berkeperluan khas dan murid di Aliran Perdana yang bercampur dalam

kelas yang sama dan mengikuti kurikulum yang sama (Friend & Cook, 2010).

Merujuk kepada hubungan di antara guru Aliran Perdana dan guru khas di mana guru ini

mempunyai tanggungjawab dalam penentuan penyediaan kemudahan perkhidmatan

pendidikan, perancangan dan penerimaan arahan kepada semua murid termasuk murid

yang dikelaskan berkeperluan khas (Stetson & Associates, Inc.2005).

3.1 Kebergantungan kejayaan perlaksanaan Pengajaran Bersama

Faktor keberkesanan perlaksanaan pengajaran bersama di antara tenaga

pengajar Aliran Perdana dan pengajar kelas khas adalah wujudnya

kolaborasi atau kerjasama dalam sesuatu perkara.

3.1.1 Arahan

Merupakan fokus utama yang perlu diambil kira oleh setiap guru.

Kedua-dua guru mesti bertanggungjawab untuk merancang,

menyampaikan dan menilai setiap arahan. Arahan yang diberikan

mestilah relevan dengan pengajaran.

3.1.2 Kesesuaian penerimaan murid dan modifikasi

Page 11: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

Pengajaran adalah lebih berjaya dengan mengambil kira faktor

keselesaan dan kesesuaian murid atau dengan erti kata lain

berlakunya modifikasi dalam pengajararan.

3.1.3 Pengurusan tingkahlaku

Menguruskan tingkah laku adalah begitu sukar dalam pengajaran

yang berkesan.Walaubagaimanapun dalam pengajaran bersama ini,

kedua-dua guru mestilah mampu untuk menguruskan tingkah laku

dan setiap campurtangan mengikut keperluan dan kesesuaian

intervensi.

3.1.4 Penilaian

Sebagai gambaran yang tepat terhadap tahap pengusaan pelajar.

Sebagai contoh melalui tugasan dan kerja khusus.

3.1.5 Pengumpulan data dan penyimpanan rekod

Kerjasama di antara kedua-dua guru mestilah wujud dalam

merekabentuk prosedur pengumpulan data dan menentukan

bagaimana data dikutip dan dianalisis.

3.1.6 Keterlibatan dalam perbincangan

Setiap guru mestilah melibatkan diri dalam setiap peringkat

perbincangan bersama murid bagi menjayakan program selain

mewujudkan perbincangan dua hala.

3.1.7 Komunikasi

Setiap guru mestilah mempunyai komitmen dalam menerima dan

berkongsi maklumat serta berbincang dalam menyelesaikan

sebarang masalah berkaitan murid dalam program pengajaran

bersama.

3.1.8 Advokasi

Merupakan komponen yang agak kritikal dalam mewujudkan

keberkesanan program pendidikan. Dalam pengajaran bersama,

setiap guru mestilah mampu untuk memberikan khidmat nasihat

dan perundingan bersama pelajar.

Page 12: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

3.2 Kelebihan Pengajaran Bersama kepada murid

Pengajaran bersama dapat mengurangkan suasana persekitaran yang

terhalang atau Least Restrictive Enviroment (LRE) di mana apabila Murid

Khas ditempatkan di dalam kelas bersama murid Aliran Perdana dan

melalui pengajaran bersama dengan menggunakan sukatan yang sama,

secara tidak langsung murid tidak berasa terasing. murid juga memiliki

hak yang sama seperti murid di arus perdana yang lain. Oleh yang

demikian, keadaan ini dapat mengurangkan suasana yang menghalang

murid menyertai aktiviti pembelajaran.

Selain itu, melalui pengajaran bersama setiap jangkaan kebolehcapaian

kurikulum umum dapat dicapai. Dapat melahirkan suasana positif dalam

proses pembelajaran dan dapat meningkatkan daya keyakinan diri murid.

Meningkatkan keterlibatan dua hala dalam proses pembelajaran. Melalui

program ini, dengan harapan melahirkan sebuah model bagaimana kerja

secara bersama dan sebuah model dalam menanggani kepelbagaian.

Kaedah ini mampu melahirkan pembelajaran yang realistik di dalam kelas

(Scruggs et. al, 2006).

3.3 Kelebihan Pengajaran Bersama kepada guru

Faedah melalui perlaksanaan kaedah pengajaran bersama ialah dapat

meningkatkan tahap kepuasan kepada guru di mana murid mudah

memahami penyampaian yang berpusatkan murid. Selain itu, dapat

memberi peluang kepada perkembangan profesionalisme dalam kalangan

guru itu sendiri iaitu mengurangkan rasa terasing dalam kalangan guru

pendidikan khas, menyeimbangkan penghargaan kepada peranan guru

Aliran Perdana dan guru Pendidikan Khas dan memberi peluang kepada

perkembangan kreativiti murid khusunya dan guru amnya.

Dengan kerjasama guru Aliran Perdana dan guru khas, secara tidak

langsung guru dapat berkongsi rasa tanggungjawab di dalam kelas dan

Page 13: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

beban kelas dapat dikurangkan.. Secara umumnya, perlaksanaan

pengajaran bersama mampu mengurangkan masalah pengurusan sikap

(Jones & Walsh, 2004).

Rajah 1 : Kerangka Proses Pengajaran Bersama/Co-teaching

3.4 Proses Pengajaran Bersama

Berdasarkan Rajah 1, Proses pengajaran bersama merangkumi tiga peringkat

utama iaitu peringkat perancangan, perlaksanaan dan keputusan.

3.4.1 Perancangan

PentadbiranGuruSasaran murid

PERANCANGAN

Page 14: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

Terbahagi kepada tiga iaitu perancangan pentadbiran, perancangan guru

dan sasaran murid.

3.4.1.1 Perancangan Pentadbiran

a) Pemilihan guru

Sebagai contoh mencari pasangan guru yang ada chemistry

untuk mengajar. Jikalau tidak ada cari sukarela yang boleh

menyertai pemilihan guru.Kaedah pemilihan boleh dibuat

melalui soalselidik untuk melihat kekuatan guru dalam

mencari pasangan untuk pengajaran bersama.

b) Penjadualan

Melihat kepada keperluan pelajar, mencari keserasian

pasangan guru, menilai secara keseluruhan jadual dan

mengasingkan pelajar berdasarkan kesesuaian guru.

c) Penyusunan kelas

Anggaran kelas mestilah seimbang dalam nisbah bilangan

pelajar iaitu bilangan pelajar berkeperluan khas tidak lebih

dari sepuluh peratus hingga tiga puluh tiga peratus dari

keseluruhan pelajar (contohnya sepuluh orang murid,

bilangan murid khas adalah di antara seorang hingga tiga

orang sahaja).

d) Pengurusan masa

Penjadualan mengambil kira waktu biasa, masa yang

disediakan sebelum atau selepas sekolah, masa untuk rehat

dan makan, hari pembangunan staff, jadual tugasan biasa

dan perjumpaan mesyuarat guru.

3.4.1.2 Perancangan Guru kelas/perancangan kurikulum

a) kerja berpasukan

Page 15: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

b) kesesuaian pasangan

Dua orang atau lebih guru ada rasa tanggungjawab contohnya

meletakkan nama kedua-dua orang guru di papan notis dan

pintu, meletakkan nama kedua-dua orang guru di buku laporan

murid dan pelajar kenal guru mereka.

c) Perancangan pengajaran

Melibatkan pembahagian murid, menentukan model

penyampaian dan model tugasan

d) Perancangan kemajuan pemantauan dan penentuan gred

Setiap guru perlu mengetahui cara untuk memberikan gred

kepada hasil kerja murid. Antara bentuk pertimbangan adalah

anggapan gred tidak dibuat berdasarkan kepada semua kerja,

tidak boleh menentukan gred pada ketika aktiviti telah selesai

tetapi pada pertambahan hasil kerja pelajar iaitu pada usaha

yang berterusan.

Selain itu, menggredkan pelajar melalui pertandingan adalah

tidak relevan sebaliknya berdasarkan suasana kelas yang

membina kemajuan.Penentuan gred yang paling penting adalah

apa yang murid belajar dan bukan pada pencapaian semata-

mata.

Menyediakan kepelbagaian bermaksud tujuan dalam mencari

kepelbagaian keperluan pelajar atau dengan erti kata lain tahap

guru perlulah mengikut keperluan pelajar.

3.4.1.3 Perancangan Pelajar

Page 16: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

Setiap guru dalam pengajaran bersama perlu bersedia memberi

perkhidmatan professional yang berkait. Sebagai contoh cara

hendak mendapatkan sokongan keluarga adalah dengan

menghantar surat, penyediaan fakta pengajaran bersama kepada

keluarga, memaparkan tajuk pengajaran di dalam website,

pengisian informasi di dalam majalah sekolah, mengedarkan

risalah dan lain-lain selagi mampu mengizinkan maklumat kepada

keluarga pelajar. Secara tidak langsung hubungan baik secara

peribadi terjalin dan pengajaran bersama akan memberi impak

besar dalam sistem pembelajaran kini.

3.4.2 Pendekatan Perlaksanaan Pengajaran Bersama

3.4.2.1 Pengajaran Stesen/Station Teaching

Guru Murid

Rajah 2: Model Pengajaran Stesen/ Station Teaching

Berdasarkan rajah 2, merupakan suatu pusat pembelajaran Stesen.

Guru perlu khususkan pusat pembelajaran dalam bilik darjah.

Pengajaran secara stesen memerlukan guru membahagikan bahan

mengikut kumpulan. Sebagai contoh, guru A mencari makna di

dalam kamus khusus untuk sebuah cerita. Manakala guru B

Page 17: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

membaca buku cerita. Kumpulan ketiga iaitu guru C mengambil

maklumat atau mendapatkan dari cerita.

Dalam tempoh tertentu berlaku pusingan di antara ketiga-tiga

kumpulan ini. Dengan pengajaran secara stesen, pelajar dapat

memberikan tumpuan kerana pengajaran berlaku dalam kumpulan

yang lebih kecil. Faedah lain adalah setiap guru mempunyai

tanggungjawab dalam menyampaikan pengajaran. Guru juga dapat

menyampaikan banyak bahan dalam jangka masa yang terhad.

3.4.2.2 Pengajaran Selari/Parallel Teaching

Guru Murid

Rajah 3: Model Pengajaran Selari/ Pararell Teaching

Model Pengajaran Selari telah dibuat pembahagian kumpulan

kepada 2 di mana setiap guru akan menyampaikan pengajaran

secara serentak dan bahan pengajaran dan pembelajaran adalah

sama.

Ibarat dua tanduk berada di satu kepala yang sama. Mengikut

kaedah ini, pengajaran kedua-dua kumpulan mesti tamat pada

masa yang sama.

Page 18: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

Seandainya memberikan tugasan, kumpulan 1 dan 2 menerima

tugasan yang sama. Kaedah ini memerlukan guru mempunyai

timer sebagai isyarat pengajaran tamat.

3.4.2.3 Pengajaran Alternatif/Alternative Teaching

Guru Murid

Rajah 4: Model Pengajaran Alternatif

Berdasarkan rajah 4, seorang guru akan ambil tanggungjawab yang

lebih besar berbanding seorang guru lagi mengawal kumpulan

kecil antara seorang hingga lima orang pelajar.

Guru yang memegang kumpulan besar akan mengawal kelas.

Manakala guru kumpulan kecil akan bergerak ke satu ruang di

dalam kelas antara lima hingga lima belas minit sahaja.

Page 19: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

Kaedah ini bertujuan untuk memberikan tumpuan kepada lima

orang yang yang diajar secara berulang-ulang kerana mengalami

masalah sukar menerima pembelajaran..Kumpulan yang lebih

besar akan meneruskan pembelajaran seperti biasa. Selepas masa

yang ditentukan tamat, kumpulan ini akan digabungkan semua.

Kaedah ini tidak membenarkan guru mengambil masa yang lama.

3.4.2.4 Pengajaran berpasukan/Team Teaching

Guru Murid

Rajah 5: Model Pengajaran Berpasukan/Team Teaching

Rajah 5 menerangkan pengajaran jenis ini dilaksanakan di mana

kedua-dua guru menyampaikan maklumat yang sama pada masa

yang sama. Ibarat satu otak dua anggota tangan iaitu berada dalam

otak yang sama, tetapi tangan kanan dan kiri yang melaksanakan

kerja. Kaedah ini memerlukan perancangan yang amat teliti dan

guru saling berbual antara satu sama lain.

Page 20: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

Seorang guru akan menjadi penyampai utama manakala seorang

guru lagi akan memberikan maklumat tambahan. Kaedah ini agak

kompleks di mana bukan sekadar menentukan giliran guru tetapi

penguasaan kedua-dua guru. Kunci mencapai keberkesanan ialah

memerlukan guru menghormati kemahiran pembelajaran pasangan.

Selain itu kaedah ini juga memerlukan pemaksimuman kemahiran

guru.

3.4.2.5 Seorang Mengajar, Seorang Bantu/One Lead One Support

Guru Murid

Rajah 6: Model Seorang Mengajar, Seorang bantu/ One Lead One

Support(

Rajah 6 di atas menjelaskan, berlaku apabila seorang guru ada

tanggungjawab utama iaitu mengajar, manakala seorang guru lagi

membantu menyediakan bahan kepada pelajar.

Page 21: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

Mengikut kaedah ini, berkesan seandainya pasangan itu adalah

terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu murid.Ia juga

bukanlah pengajaran bersama yang utama dan digunakan pada

tempat-tempat tertentu dan terbatas.

3.4.3 Keberkesanan Keputusan

Dinilai berdasarkan kepelbagaian cara iaitu perancangan, perlaksanaan

dan tujuan keberkesanan. Antara faktor untuk menilai keberkesanan

pengajaran bersama ialah pengisian kefahaman untuk konsep pengajaran

bersama dan visi di kalangan professional (pentadbiran, pembantu guru,

guru-guru yang terlibat.

Faktor tujuan dan niat penjadualan di mana murid yang kurang

berkeupayaan atau bermasalah pembelajaran, murid mesti diutamakan

untuk jadual dan mengikut keutamaan sokongan. Selain itu, keserasian

guru untuk bekerja bersama-sama merupakan kunci utama keberkesanan

pangajaran bersama dan perkongsian perancangan untuk menjayakan

pengajaran bersama. Faktor keberkesanan juga di lihat dari segi

kebergantungan kepada pembangunan professionalisme.

Page 22: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

4.0 PENUTUP

Kajian banyak menunjukkan bahawa murid-murid yang diletakkan dalam kelas biasa atau

di Aliran Perdana, belajar dengan kanak-kanak normal, adalah menunjukkan pencapaian

yang lebih baik dari mereka yang diasingkan. Kelas Pendidikan Khas yang mana murid-

murid diasingkan tidak menunjukkan pencapaian yang diharapkan oleh semua pihak.

Kajian lain juga mendapati bahawa murid lebih berjaya jikalau mereka berada dalam

kelas biasa hampir sepanjang hari berbanding dengan kelas Pendidikan Khas. Ia

merupakan amalan yang paling berkesan dan bermakna untuk anak-anak ini. Anak yang

diasingkan daripada rakan sebayanya yang lain, akan dengan sendirinya memberi kesan

kepada diri mereka dan juga murid-murid yang lain bahawa mereka adalah sememangnya

berlainan. Oleh yang demikian pendekatan inklusif dalam kalangan murid khas amatlah

wajar diteruskan.

Melalui kaedah Inklusif menggunakan pendekatan model Pengajaran Bersama/Co-

teaching mampu memberi kesan positif dalam kerjasama sebagai satu kumpulan guru-

guru biasa dan guru khas iaitu satu himpunan kepakaran dan resos yang boleh digunakan

untuk memenuhi keperluan kepelbagaian murid. Kesepaduan tenaga dan pemikiran

tersebut mengurangkan pergantungan kepada pendekatan pengasingan.

Page 23: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

Kejayaan perlaksanaan program Inklusif adalah berdasarkan perancangan dan usaha

berterusan semua pihak yang digembleng demi meningkatkan mutu pendidikan khasnya

untuk murid-murid khas dan murid normal amnya. Melalui pendidikan kita mampu

membentuk murid menguasai ilmu pengetahuan seterusnya mempertingkatkan martabat

diri, agama dan masyarakat.

RUJUKAN

Austin, V.L. (2010). Inclusive Practices in Tennessee: An Investigation of Co-Teaching in

Middle Tennesssee Schools.

Bishop, A., & Jones, P. (2002) Promoting inclusive practice in primary initial teacher training:

influencing hearts as well as minds. Support for Learning 17 (2) , 58–63

Bursuck, W. & Friend, M. (1999). Including students with special needs: A practical guide for

classroom teachers, 2nd ED., Needman Heights, MA: Allyn & Bacon

Cook L., & Friend, M. (1995). Co-teaching: Guidelines for creating effective practices. Focus on

Exceptional Children. 28(3), 1-16.

Embury, D.C., Dinnesen, M.S. (2013). C0-teaching in Inclusive Classrooms Using Stuctured

Collaborative Planning.

Page 24: Rosniyati Binti Osman-Kajian Bebas Coteaching (Autosaved)

Kajian Bebas:Pengajaran Bersama/Co-Teaching Dalam Inklusif 2013

Gately, F. & Gately, S. (1993). Developing positive co-teaching environments: Meeting the

needs of an increasingly diverse student population.

Magiera, K. (2005). Co-Teaching in Middle School Classrooms Under Routine Conditions: Does

the Instructional Experience Differ for Students with Disabilities in Co-Taught and Solo-Taught

Classes?.

Malian, I. (2010). Co-Teaching Beliefs to Support Inclusive Education: Survey of Relationships

between General and Special Educators in Inclusive Classes.

Mastropieri, M., McDuffie, K.A. & Scruggs , T.E.( 2007). Co-teaching in inclusive classrooms:

A meta-synthesis of qualitative research. Exceptional Children, 73, 392-416

Mastropieri, M. & Scruggs , T. (2000). The inclusive classroom: Strategies for effective

instruction, Upper Saddle River, NJ: Prentice-Hall, Inc.