rph badminton th 5 kreatif.docx
TRANSCRIPT
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani
Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani
Tahun / Kelas : 5 Kreatif
Tarikh : 19/08/2014
Masa : 8.30 – 9.00 pagi
Bil. Murid / Pelajar : 30 ( 12 Lelaki , 28 Perempuan)
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Permainan Badminton
Sub-tajuk : Pukulan forehand dan backhand
Pengetahuan / Pengalaman Sedia Ada :
Murid-murid telah didedahkan permainan badminton dalam sesi pembelajaran sebelum ini.
Hasil pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid – murid dapat:
Psikomotor : melakukan sekurang – kurangnya 3 daripada 5 kali percubaan pukulan forehand dan backhand
secara individu dan kumpulan dengan teknik yang betul.
Kognitif : menyusun semula butiran perlakuan pukulan forehand dan backhand dengan betul dalam
lembaran kerja secara individu
Afektif : Mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan menyimpan alatan permainan setelah
menggunakannya
Unsur KBKK : 1. Membuat sekuen
2. membuat ramalan
Penerapan Nilai : 1. Kerjasama
2. tanggungjawab
Penggabungjalinan : Tunjang Kecergasan – Koordinasi
Kesepaduan : Muzik dan matematik
Bahan bantu Mengajar : 1. Skital
2. Wisel
3. Raket
4. Bulu tangkis
Kajian Masa Depan : (2) Pemahaman Konsep Masa dan Masa Depan:
1 Meneroka masa depan.
2 Latihan yang berterusan dapat meningkatkan penguasaan terhadap pukulan
backhand dan forehand.
ICT : Cd lagu ”Oh My Darling”
Lembaran kerja
Bahagian /
Masa
Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi Catatan / Alatan /
Strategi
Permulaan
(5minit)
1.Aktiviti
memanaskan
badan
2. Regangan
otot
a) Lawan tarik
cekak ciku
1. Senaman Oh My Darling
- Guru membuat demonstrasi
pergerakan untuk senaman
”Oh My Darling” dan murid
mengikut bersama.
- Antara pergerakan yang
terdapat dalam senaman ini
adalah lompat bintang, lompat
setempat, lari setempat dan
tepuk tangan.
- Senaman ini diteruskan
tanpa berhenti selama tiga
minit .
1. Berdiri menghadap rakan
2. Siku kanan mencekak siku
kanan lawan
3. Letakkan kaki kanan di luar
kaki kanan lawan
4. Cuba tarik sehingga
Murid berdiri dalam bentuk U Laptop(1)
speaker(1)
Kon (4)
Kesepaduan: Muzik
TKP
Kinestatik
b)Lawan runtuh
kaki
3. Pengenalan
kepada
pegangan raket
dan pukulan
kilas dan
hadapan.
pasangan terpaksa
terangkat kaki kirinya.
5. Tukar tangan kiri
1. Berdiri menhadap
belakang pasangan
2. Berdiri dengan satu
kaki(kiri)
3. Cangkuk kaki kanan ke
kaki kanan lawan
4. Melompat ketingting sambil
cuba tarik lawan ke
hadapan sehingga pihak
lawan terpaksa ke arah
tarikan
1.Pegangan hadapan
1.1 genggam raket dan
pastikan kedudukan ibu jari
dan jari telunjuk berbentuk
”V” .
Murid berdiri dalam bentuk “U”
Alatan:
-Kon
-Carta/ gambar
berkaitan dengan
cara pegangan
2. Pegangan Kilas
2.1 pegang raket seperti teknik
pegangan hadapan.
2.2 Pusingkn raket ke kanan
sedikit
2.3 Kedudukan jari sama rata
dengan pemegang raket,
Strategi:
VAK
PERKEM-
BANGAN
Langkah 1
(7 minit)
Pukulan
hadapan
1.Pandang bulu tangkis
2. Ayunkan raket laju ke
belakang
3. Pastikan kepala raket di
atas aras aras bahu.
4.Bengkokkan siku
5. Ayunkan raket laju ke
hadapan di bawah lengan.
6. pukul bulu tangkis
berhampiran kaki hadapan.
7.Ikut lajak
1. Guru akan menunjukkan
demonstrasi sebelum murid
melakukannya dengn sendiri
2. Murid berdiri dengan pasangan
mereka sejarak 3 meter
3. Salah seorang pasangan akan
melambung bulu tangkis
kearah rakannya.
4. Rakannya akan memukul bulu
tangkis dengan pukulan
hadapan.
5. Selepas 3 percubaan tukar
giliran.
Alatan:
Raket
Bulu tangkis
Skital
Wisel
Penggabungjalinan:
Koordinasi
skitel
murid
G guru
3 meter
G
Langkah 2
(5 minit)
Pukulan kilas 1. Angkat kepala raket ke
atas dan bawa ke belakang
bahu.
2. Bengkokkan lengan.
3. Pusingkan badan dan
pinggang supaya
menghadap jaring.
4. Ayunkan raket ke hadapan,
luruskan lengan
1. Guru akan menunjukkan
demonstrasi sebelum murid
melakukannya dengan sendiri
2. Murid berdiri dengan pasangan
mereka sejarak 3 meter
3. Salah seorang pasangan akan
melambung bulu tangkis
kearah rakannya.
4. Rakannya akan memukul bulu
Alatan:
Raket
Bulu tangkis
Skital
Wisel
Penggabungjalinan:
Koordinasi
5. Pukul bulu tangkis pada
aras tinggi jaring.
6. Ikut lajak
tangkis dengan pukulan kilas.
5. Selepas 3 percubaan tukar
giliran.
3 meter
G
TKP
Kesedaran Ruang
skitel
murid
G guru
Langkah 3
(5 Minit)
Pukulan
hadapan dan
pukulan kilas
1. Murid akan melakukan
pukulan hadapan dengan
pukulan kilas mengikut
perlakuan diatas.
1. Murid akan melakukan
perlakuan ini dengan
pasangan mereka.
2. Setiap murid akan memukul
sebanyak 5 kali untuk setiap
pukulan
P.Hadapan :5 kali
Alatan:
Skitel
Raket
Bulu tangkis
TKP:
Kinestatik
P. Kilas :5 kali
4 meter
Kemuncak
(5 minit)
1. Permainan
kecil
1. Murid dibahagi kepada 6
kumpulan iaitu A,B,C,D,E
dan F
2. Setiap kumpulan terdiri
daripada 5 orang murid.
3. Apabila pasukan A
bertanding salah seorang
daripada pasukan akan
memukul bulu tangkis
kearah pasukan A.
4. Pasukan A perlu memukul
bulu tangkis itu dengan
pukulan hadapan atau
pukulan kilas ke arah
sasaran
5. Sasarannya adalah petak
yang berukuran1m x 1m
6. Setiap bulu tangkis yang
Murid dibahagi kepada 6
kumpulan.
Iaitu A,B,C,D,E dan F
A lawan dengan B
C lawan dengan D
E lawan dengan F
1m
1m
4 meter
Alatan:
Bulu tangkis
Raket
Penerapan nilai
Kerjasama
Kesepaduan
Matematik
Penggabungjalinan:
Koordinasi
TKP:
Ruang spatial
Kump B
Kump A
masuk dalam sasaran
dikira 1 mata.
7. Setiap kumpulan akan
diberi 2 minit.
8. Kumpulan yang dapat
mengumpul mata yang
tertinggi dalam 2 minit
dikira sebagai pemenang.
Penutup
5 minit
Gerak kendur
Tarian Arab
Penilaian
kognitif
Bersurai
1. Murid akan mengikut
demonstrasi guru
1. Murid akan diberi lembaran
kerja
Menyimpan alatan
Murid berdiri dalam bentuk U
Murid menjawad dalam
lembaran kerja secara individu
Murid menyimpan alatan dalan
setor dan balik ke kelas
Alatan:
Laptop
Speaker
TKP
Muzik
kinestatik
Penerapan nilai:
Rasional
Unsur KBKK:
Membuat sekuen
Penerapan nilai:
Bertanggungjawab
Butiran Mengajar Forehand dan Backhand
1. Forehand
Mata pandang bulu tangkis.
Ayunkan raket ke belakang.
Sebelah tangan lagi diluruskan.
Ayun raket dari belakang ke depan dengan tangan lurus.
Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi.
Ikut lajak.
2. Backhand
Mata pandang bulu tangkis.
Kaki kanan menyilang ke kiri.
Kilas raket separas bahu.
Pukul bulu tangkis.
Ikut lajak.
Cara memegang raket forehand
1. Pegang raket dengan tangan kiri, kepala raket menyamping. Pegang raket
dengan cara seperti ‘jabat tangan’. Bentuk ‘V’ tangan diletakkan pada bahagian
gagang raket.
2. Tiga jari, iaitu jari tengan, manis dan kelingking menggenggam raket, sedangkan
jari telunjuk agak terpisah.
3. Letakkan ibu jari do antara tiga jari dan jari telunjuk.
Cara Memegang Raket Backhand
Untuk backhand griop, geser "V" tangan ke arah dalam. Letakkan tangan di samping
dalam bantalan jempol berada pada pegangan raket yang lebar.
Cara Latihan memegang raket badminton
Sebelum melakukan latihan pukulan, pemain perlu dilakukan latihan untuk adaptasi
menggerak-gerakkan pergelangan tangan dengan tetap dan memegang raket dengan
benar.
1. Peserta dilatih selalu biasa dengan memegang raket dengan jari-jari tangan, luwes,
dan tetap rileks, tetapi tetap mempunyai tenaga.
2. Lakukan gerakan raket ke arah kanan dan kiri, dengan menggunakan tenaga
pergelangan tangan. Begitu juga gerakan ke depan dan ke belakang, sehingga terasa
terjadinya tekukan pada pergelangan tangan.
3. Gerakkan pergelangan tangan ke atas dan ke bawah.
4. Memukul bola (kok) ke tembok.
Kesalahan Yang Terjadi
a. Memegang raket dengan menggenggam, jari-jari rapat dan sejajar.
b. Posisi "V" tangan berada pada bahagian grip raket yang lebar.
Strategi pengajaran dan pembelajaran (forehand dan backhand)
1. Secara individu
K sebagai pembantu membuat servis ke M. M akan membuat pukulan forehand ke
arah kanan dan kiri K. Gerakkan kaki M ke arah bola pastinya betul. Strategi ini
membolehkan murid menguasai pukulan forehand ke pelbagai arah gelanggang.
Selepas menguasai pukulan forehand, pemain akan menggunakan strategi yang
sama untuk melakukan pukulan backhand.
KM
K masih menjadi sebagai pembantu membuat servis ke M. M membuat pukulan
forehand ke arah K dan K menyambut bola lalu membuat pukulan ke M lagi. Pukulan
diteruskan sehingga bulu tangkis (shuttlecock) jatuh ke lantai. Selepas membuat
pukulan sebanyak 10 kali, pemain akan ditukar menggunakan pukulan backhand
dengan strategi yang sama. Strategi ini melatih kepantasan pemain terhadap bulu
tangkis. Namun strategi ini kurang sesuai bagi kelas yang mempunyai murid yang
banyak kerana ia amat membazirkan masa.
M berdiri di atas gelanggang badminton dan mata memandang bulu tangkis yang akan
diservis oleh K. K akan membuat servis ke 1 dan M perlu bergerak ke arah 1 untuk
menerima bola dan membuat pukulan backhand ke K. Selepas itu, K akan menghantar
bola ke 2 dan M perlu gerak ke 2 menyambut dan membuat pukulan backhand ke K.
Langkah diulang bagi arah 3 dan 4 dengan bertukar menjadi pukulan forehand. Situasi
ini hanya sesuai untuk pemain yang memegang raket dengan tangan sebelah kanan.
Jika pemain tersebut adalah kidal, bagi arah 1 dan 2 pemain hendak melakukan
KM
M
K K
12
34
pukulan forehand dan arah 3 dan 4 adalah pukulan backhand. Strategi ini bertujuan
untuk menguji kepantasan dan refleks terhadap bula tangkis.
2. Secara berpasangan
K1 akan menghantar bulu tangkis ke M1 dan M1 membuat pukulan forehand ke K1. K2
pula akan membuat hantaran bulu tangkis ke M2 dan M2 akan membuat pukulan
backhand ke K2. Selepas membuat 10 set pukulan, kedua-dua pasangan bertukar
tempat iaitu M1 bertukar dengan M2 dan K1 bertukar dengan K2 untuk melakukan
pukulan. Pasangan yang berada di hadapan jaring akan melakukan pukulan forehand
manakala pasangan yang jauh daripada jaring akan melakukan pukulan backhand.
Strategi ini lebih mengutamakan pemain melatih kekuatan tangan untuk melakukan
pukulan backhand.
K111
K222
M1M2M
K1 akan membuat servis dan menghantar bulu tangkis ke arah 1 dan M1 akan bergerak
untuk menerima bulu tangkis dan membuat pukulan backhand. Selepas itu, K1
menerima bulu tangkis dan membuat pukulan ke arah 2 dan M1 bergerak untuk
menerima bola dan membuat pukulan forehand. Situasi ini hanya sesuai untuk pemain
yang memegang raket sebelah tangan kanan. Bagi pemain kidal, mereka akan
membuat pukulan forehand di 1 dan backhand di 2. Pasangan K2 dan M2 melakukan
perkara yang sama dengan pasangan K1 dan M1, strategi mereka hana berbeza dari
segi jarak menerima dan membuat pukulan bulu tangkis. Selepas 10 set, setiap
pasanagan saling bertukar tempat untuk melakukan pukulan pada jarak yang berbeza.
Strategi ini melatih pemain bergarak ke arah yang berbeza untuk menerima dan
membuat pukulan forehand dan backhand. Selain itu, strategi ini juga melatih kekuatan
tangan dan tindak balas terhadap gerakan bulu tangkis.
K1 K2M1M2
1
2
3
4
Refleksi Rancangan Penganjaran Harian
Buat pertamanya saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan
hidayah-NYA dapat juga saya menyiapkan tugasan PJM ini dalam tempoh yang
ditetapkan.Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya kepada pensyarah saya iaitu Encik
Zarizi bin Ab Rahman kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan
ini.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya telah melalui banyak pengalaman baru sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan yang
saya terima sepanjang menyiapkan tugasan ini.Cabaran yang paling hebat bagi saya
adalah buta IT;tidak pandai menggunakan program Microsoft Word dan yang berkaitan
dengannya. Namun berbekalkan semangat cekal, saya tempuhi segala-galanya
dengan tenang dan sabar.
Penghasilan Rancangan Pengajaran Harian(RPH) ini juga memberi cabaran kepada
saya.Ini kerana peruntukan masa bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani hanya
setengah jam sahaja,jadi agak sukar untuk mencapai objektif PnP, dalam
melaksanakan satu-satu kemahiran yang agak tinggi arasnya.Namun begitu kita
sebagai guru Pendidikan Jasmani mestilah bijak menguruskan masa yang
diperuntukkan pada langkah-langkah di dalam RPH itu.
Perkara yang penting dalam merangka RPH ini,kita hendaklah mengetahui kemahiran
apa yang hendak diajar,apa objektifnya,bagaimana cara untuk mencapai
objektifnya,siapa yang hendak diajar dan bagaiamana kaedah supaya penglibatan
murid-murid menyeluruh dan berapa lama masa yang diperuntukkan.Sumber
kemudahan alatan dan gelanggang yang mengcukupi juga perlu diambil kira di dalam
menyediakan RPH Pendidikan Jasmani ini supaya PnP tidak terganggu.Guru juga perlu
menilai dan mengkaji apakah kemahiran yang diajar kepada murid telah dikuasai atau
sebaliknya dengan cara mengedar lembaran kerja ataupun membuat ujian amali
berfokuskan kemahiran yang telah diajar.
Refleksi Pengajaran Mikro Badminton
Kekuatan
Daripada P&P yang saya jalankan, didapati murid dapat melakukan pukulan Forehand
dan Backhand dengan teknik yang betul. Perjalanan P&P dapat berjalan seperti yang
dirancang dan maklum balas daripada murid, suara saya yang lantang dapat
memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap
apa yang disampaikan oleh saya. Sebagai guru, saya juga harus memberi peneguhan
yang positif seperti memberi kata-kata pujian kepada murid-murid saya walaupun bulu
tangkis murid . Ini akan memberikan keyakinan kepada mereka bagi menjawab soalan
atau menjalankan sesuatu kemahiran pada masa yang akan datang.
Selain itu, apabila saya menjalankan pengajaran mikro ini, ketenangan dalam
mengawal suara juga saya harus utamakan kerana ia akan menunjukkan ketegasan
dalam menyampaikan sesuatu. Suara guru harus jelas dan tidak mendatar sahaja
kerana semasa mengajar, saya berada di luar kelas dan terdedah kepada kebisingan
luar . Hal ini kemungkinan akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid.
Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan
gangguan-gangguan lain jika penyampaian guru itu menarik. Murid juga akan lebih
menghormati guru sekiranya penyampaian guru lebih jelas dan berkesan.
Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam
penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam
kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan
yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut
arahan dan panduan yang diberikan oleh guru sekaligus dapat mencapai pengajaran
yang berkesan.
Saya rasa murid saya juga dapat melibatkan diri secara aktif semasa P&P dijalankan.
Murid saya sangat bersungguh-sungguh semasa melakukan sesuatu kemahiran yang
saya ajar. Mereka sangat seronok dan ingin menyambung topik badminton ini lagi pada
minggu yang akan dating.
Kelemahan
Kelemahan yang dapat saya kenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran mikro
ini ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan pada setiap langkah pengajaran.
Kadang-kadang kita sebagai guru tidak dapat lari daripada masalah ini. Oleh kerana
murid terlalu teruja untuk belajar sesuatu kemahiran yang diajar, mereka boleh
menyebabkan keadaan yang yang tidak terkawal. Mereka akan menunjuk-nunjuk
kepada rakan sebelum guru sempat mengajar sesuatu kemahiran.Kelemahan dalam
pengajaran mikro yang saya jalankan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan
kumpulan.
Oleh kerana murid-murid menjalankan aktiviti amali di luar kelas, kebisingan dan
kawalan kumpulan yang berkesan sangat diperlukan . Guru seharusnya berjalan dan
memantau setiap aktiviti kumpulan murid. Guru juga harus melibatkan semua murid
dalam aktiviti ini. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana
kumpulan murid dengan lebih baik.
Penambahbaikan Pengajaran Mikro
Jika saya diberi peluang mengajar topic serta kemahiran yang sama, saya berjanji akan
membuat penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran. Saya boleh menukar
kaedah pengajaran jika kaedah sebelumnya kurang berkesan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran mikro yang saya
jalankan, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa dan
penyampaian pelajaran serta pemantauan murid. Saya perlu menepati ketetapan masa
seperti yang ditentukan dalam Rancangan Pengajaran Harian. Guru dapat
menyampaikan maklumat atau isi pengajaran yang berkesan kepada murid jika
ketetapan masa diutamakan. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan
setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga
tamat. Saya juga akan cuba menepati masa untuk proses pengajaran dan
pembelajaran yang seterusnya.
Guru juga perlu melantik seorang ketua kumpulan bagi setiap kumpulan kecil. Ketua
kumpulan hendaklah dipilih berdasarkan kepada aura pengaruhnya sesama rakan-
rakan mereka.Ketua kumpulan bertanggungjawab terhadap disiplin kumpulannya.Guru
hanya perlu menyebut nama dengan nada agak tinggi kumpulan sahaja sebagai
isyarat.
Sebagai guru, saya juga perlu memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan
oleh kumpulan murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah
ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas atau luar kelas, sama
ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap
pelajaran secara serta merta.
Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia akan menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara
guru dengan murid. Sebagai seorang guru juga, saya harus memiliki kemahiran
komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan
berkesan dalam pelbagai situasi.
BIBLIOGRAFI
Teng Boon Tong. (1994). Panduan pengajaran kemahiran
permainan. Petaling Jaya: Longman.
Manual Kejurulatihan Badminton Tahap 1(2007),Persatuan
Badminton Malaysia. Kuala Lumpur.
http://www.scribd.com