rph bidang membentuk dan membuat binaan, model.docx
DESCRIPTION
psvTRANSCRIPT
2.3.2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran:Pendidikan Seni Visual
Tahun:1 Mutiara
Bidang:Membentuk dan Membuat Binaan
Aktiviti:Model
Tema:Alam Benda
Tajuk:Kereta Idaman Saya
Masa:0830-0930 (60 minit)
Media:Alat Kotak ubat gigi, penutup botol, gunting, pita pelekat, penyedut minuman, dan pen markerBahan Gam, kad manila, pensel
Bahan Sumber:Bahan Bantu Mengajar Video jenis kenderaan darat, video lagu Kereta Merah, contoh model kenderaan, komputer riba, LCD, carta proses, kotak ubat gigi, penutup botol, gunting, pita pelekat, gam, penyedut minuman, kad manila dan pen markerBahan Bantu Belajar Kotak ubat gigi, penutup botol, gunting, pita pelekat, gam, penyedut minuman, kad manila, pensel dan pen marker
Strategi:Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT), pembelajaran kontekstual, belajar cara belajar, pembelajaran konseptual, pembelajaran akses kendiri
Kemahiran Berfikir (KB):Menjana idea, membuat keputusan, membanding beza, menerangkan sebab
Kecerdasan Pelbagai (KP):Visual-ruang, verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, muzik, kinestetik
Penerapan Nilai:Bertanggungjawab, berdikari, kebebasan, kesyukuran, hormat-menghormati
Hasil pembelajaran :Di akhir pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid dapat:1. Menjelaskan konsep model dan menyenaraikan asas seni reka yang dipelajari sepanjang proses penghasilan model Kereta Idaman Saya.2. Menjelaskan alat dan bahan untuk menghasilkan model Kereta Idaman Saya. 3. Menghasilkan karya 3 dimensi model dengan menggunakan teknik cantuman dan berdasarkan tajuk Kereta Idaman Saya mengikut kreativiti masing-masing.4. Menjayakan apresiasi tentang karya sendiri atau rakan.
Standard Pembelajaran 3.1Persepsi EstetikMurid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual yang ada pada karya seni.3.1.1Unsur seni3.1.1.1Rupa geometri3.1.1.2Bentuk 3D (konkrit)3.1.2Prinsip rekaan3.1.2.1Imbangan simetri
3.2Aplikasi SeniMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan menerusi penggunaan media dan teknik dalam aktiviti seni.3.2.1Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media3.2.1.1Alat gunting3.2.1.2Bahan Kertas warna, gam, kotak dan magic pen3.2.2Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan binaan.3.2.2.1Teknik membentuk
3.3Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 3D.3.3.1Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif3.3.2Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya3.3.3Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual
3.4Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual3.4.1Mempamerkan karya yang dihasilkan3.4.2Menceritakan karya sendiri secara lisan3.4.3Menghargai karya sendiri dan rakan
Masa /Langkah AktivitiHuraian / IlustrasiAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan
Set induksi(5 minit)1. Guru menanyakan khabar murid-murid.2. Guru menayangkan video berkaitan dengan jenis-jenis kenderaan darat.3. Murid membuat pemerhatian terhadap kandungan video.4. Guru bersoal jawab dengan murid tentang ciri-ciri kenderaan dalam video yang ditayangkan.5. Guru mengaitkan dengan aktiviti pembelajaran dengan topik pada hari ini.
Bahan sumber: Video jenis kenderaan darat
KP: Verbal linguistik, visual-ruang
Strategi: ICT, Pembelajaran kontekstual
Nilai: Bertanggungjawab
Persepsi estetik(7 minit)Teori Seni Konsep Model1. Guru menerangkan tentang konsep model.2. Guru menunjukkan beberapa contoh model kenderaan seperti kereta api,lori dan lain-lain.3. Guru menerangkan unsur bentuk dengan menekankan bahawa bentuk boleh dijadikan model kenderaan.4. Murid menyatakan ciri-ciri sesebuah model kenderaan yang ditunjukkan oleh guru.5. Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang ada pada contoh model kenderaan.6. Murid membuat pemerhatian tentang rupa, bentuk serta prinsip imbangan pada contoh model kenderaan.Bahan sumber: Contoh model kenderaan
Gambar rajah 1: Model kenderaan
Gambar rajah 2: Model kereta api
Gambar rajah 3: Model lori
KB: Menjana idea
KP: Visual-ruang, verbal linguistik
Strategi: Belajar cara belajar, pembelajaran konseptual
Nilai: Bertanggungjawab
Aplikasi seni(7 minit)Demonstrasi Penghasilan karya 3D, model Kereta Idaman Saya1. Guru memperkenalkan alat dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan model Kereta Idaman Saya.2. Guru membuat demonstrasi cara membuat model sebuah kereta langkah demi langkah dengan menggunakan bahan seperti kotak dan kertas warna.3. Murid memerhati dan mengingatkan cara menghasilkan model kereta.Langkah penghasilan model Kereta Idaman Saya
Langkah 1: Guntingkan kotak ubat gigi menjadi bentuk yang ditunjukkan.
Langkah 2: Mencantumkan bahagian atas dan bawah dengan pita pelekat.
Langkah 3: Membuat tayar dengan menggunting dan melekat bentuk tayar yang dilukis pada kad manila pada penutup botol.
Langkah 4: Menggunting penyedut minuman kepada 8 cm dan melekatkannya di tengah bahagian belakang penutup botol. Dua penutup botol dicantumkan pada satu batang penyedut minuman.
Langkah 5: Lekatkan tayar pada bahagian bawah badan kereta dengan pita pelekat.
Langkah 6: Membuat kemasan secara kreatif dengan menambah aksesori pada badan kereta seperti cermin dan lampu.4. Guru juga menunjukkan carta proses (sila rujuk lampiran 3) untuk pengukuhan pemahaman murid.5. Guru membuat ulasan.
Bahan sumber: Video proses penghasilan model kereta, carta proses, kotak ubat gigi, penutup botol, gunting, pita pelekat, gam, penyedut minuman, kad manila, pensel dan pen marker
Gambar rajah 4: Alat dan Bahan
KB: Menjana idea
KP: Visual-ruang
Strategi: Belajar cara belajar, ICT
Nilai: Bertanggungjawab
Ekspresi kreatif(30 minit)1. Guru memberi arahan supaya murid-murid mengeluarkan bahan-bahan yang disediakan masing-masing.2. Murid menghasilkan model Kereta Idaman Saya dengan bimbingan guru.3. Guru juga memaparkan carta proses (sila rujuk lampiran 3) membuat model kereta di papan putih sebagai rujukan murid.4. Murid dibenarkan menggunakan kreativiti sendiri mengubahsuai bentuk kereta untuk menghasilkan model Kereta Idaman Saya yang unik.Bahan Sumber: Carta proses, kotak ubat gigi, penutup botol, gunting, pita pelekat, gam, penyedut minuman, kad manila dan pen marker
Gambar rajah 5: Carta proses penghasilan model kereta
KB: Menjana idea
KP: Visual-ruang
Strategi: Pembelajaran akses kendiri
Nilai: Bertanggungjawab, berdikari, kebebasan
Apresiasi seni(6 minit)
Apresiasi Seni Pendekatan Psikologi1. Guru memuji setiap hasil yang telah dibuat oleh murid.2. Guru memilih karya lukisan secara rawak untuk sesi apresiasi.3. Murid membuat apresiasi tentang karya sendiri dan rakan.4. Murid diminta menceritakan pengalaman masing-masing sepanjang membuat model Kereta Idaman Saya.5. Murid menerangkan fungsi model kereta yang dihasilkan.6. Guru memberi pandangan dan membuat rumusan apresiasi.
Bahan sumber: Hasil kerja muridKB: Membuat keputusan, membanding beza, menerangkan sebab
KP: Interpersonal, intrapersonal, visual-ruang, verbal linguistik
Nilai: Kesyukuran, hormat-menghormati
Penutup(5 minit)
Pengukuhan Teori 1. Guru bersoal jawab tentang konsep model.2. Murid memberi jawapan mengikut kefahaman masing-masing.3. Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran pada hari ini.4. Guru dan murid menyanyi lagu Kereta Merah sambil bertepuk tangan sebagai penutup pelajaran hari ini.Bahan sumber: Video lagu Kereta Merah
KP:Verbal linguistik, muzik, kinestetik
Refleksi Sebelum
Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dan teratur dengan perancangan yang dibuat. Murid menunjukkan sikap minat dan kesungguhan dalam menjalankan aktiviti yang dirancang oleh guru. Diharap juga murid dapat menghayati dan melibatkan diri dengan seronok dalam aktiviti ini.
2.3.3 BAHAN SUMBER
Bahan sumber yang telah saya gunakan dalam rancangan pengajaran harian ialah video jenis kenderaan, video lagu Kereta Merah, contoh model kenderaan dan carta proses.
Video Jenis Kenderaan
Contoh-contoh model kenderaanModel loriModel kenderaan
Model kereta api
Carta proses membuat model kereta
Video lagu Kereta Merah