rph menggambar-kolaj (1)

Upload: sidi-omar

Post on 03-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 RPH menggambar-kolaj (1)

    1/4

    BIDANG MENGGAMBAR

    Tahun : 1 Cemerlang

    Bidang : Menggambar

    Aktiviti : Kolaj

    Tema : Alam semulajadi

    Tajuk : Manggaku

    Masa : 60 minit

    Media : Alatan bahan maujud buah mangga

    : Bahan Kertas Lukisan, Kertas warna, dan Gam

    Bahan Bantu Mengajar : Contoh hasil kerja kolaj gambar Buah mangga

    EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif

    Elemen Keusahawanan

    Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    STANDARD KANDUNGAN

    1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni: garisan, ruang, rupa, dan warna)2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya.4. Apresiasi terhadap karya seni.

    STANDARD PEMBELAJARAN

    1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa seni visual

    yang terdapat pada karya seni.

    1.1.1 Unsur Seni

    1.1.1.1 Garisangarisan putus-putus

    1.1.1.2 Rupa Organik dan geometri

    1.1.1.3 Ruang rata

  • 7/28/2019 RPH menggambar-kolaj (1)

    2/4

    1.1.2 Prinsip Rekaan

    1.1.2.1 Harmoni warna

    1.1.2.2 Kesatuan pelbagai unsur alam semula jadi

    1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam

    menghasilkan karya seni.

    1.1.2 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

    1.2.1.1 Alat bahan maujud buah mangga dan gambarkoleksi buah mangga

    1.2.1.2 Bahan Kertas lukisan, kertas warna, dan gam.

    1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya

    1.2.2.1 Teknik Kolaj (koyakan)

    1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran

    bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.

    1.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif

    1.3.2 Menggunakan unsur seni (garisan, rupa, warna dan ruang) dalam penghasilan karya

    1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual

    1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan

    berpandukan bahasa seni visual.

    1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang telah dihasilkan.

    1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan.

    1.4.3 Menghasilkan karya seni bersama rakan.

  • 7/28/2019 RPH menggambar-kolaj (1)

    3/4

    STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

    Persepsi Estetik

    - Guru menunjukkan bahan maujud buah mangga.- Guru menyatakan perbezaan di antara rupa, bentuk dan warna.- Guru membimbing murid melafazkan pantun.

    Mari pergi ke kedai nyonya,

    Pergi ke kedai membeli gelama;

    Buah mangga sedap rasanya,

    Mari dimakan bersama-sama.

    Aplikasi Seni

    - Guru menunjukkan hasil lukisan bentuk mangga, daun, dan tangkaimenggunakan garisan putus-putus.

    - Guru memberitahu bahawa rupa ini akan membentuk satu gambaryang menarik jika ditampal dengan kertas warna.

    - Murid diberi peluang untuk menyatakan bahan-bahan lain yangboleh digunakan untuk menghasilkan karya.

    - Guru menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan kolaj buahmangga.

    Ekspresi Kreatif

    Langkah 1

    - Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (2-3 ahli)- Guru mengedarkan alatan dan bahan, kertas lukisan gambarmangga yang mempunyai garis putus-putus, kertas warna

    hijau/jingga/hitam, dan gam.

    - Murid mengoyakkan kertas warna dalam saiz yang kecil denganbimbingan guru.

    Langkah 2

    - Murid menyusun dan menampal kepingan kertas warna mengikutreka bentuk yang disediakan menggunakan gam bermula dengan

    buah mangga (warna jingga), diikuti dengan daun(warna hijau) dan

    tangkainya(warna hitam).

    - Guru membimbing murid menjalankan aktiviti dengan memberipenekanan kepada kekemasan hasil kerja.

    - Murid juga digalakkan untuk bekerjasama.

  • 7/28/2019 RPH menggambar-kolaj (1)

    4/4

    Apresiasi Seni

    - Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan dan cuba memberipenerangan lisan secara ringkas mengenai hasilan karya.

    - Murid menghargai karya sendiri dan rakan.- Guru memberikan peneguhan dan pujian terhadap karya yang

    dihasilkan.