rph n refleksi

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM Mata Pelajaran : Pelajaran Jawi Tahun : 3 Bestari Tarikh : 15 Oktober 2012 Masa : 10.05 10.35 Pagi Bilangan Murid : 12 Orang Bidang : Jawi Tajuk : Membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Arab. Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid biasa mendengar perkataan Bahasa Arab. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid akan dapat Aras 1 : Mengeja 2 daripada 5 perkataan pinjaman Bahasa Arab Aras 2 : Membaca / menyebut sekurang-kurangnya 3 daripada 5 perkataan pinjaman Bahasa Arab. Aras 3 : Menulis perkataan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 perkataan pinjaman Bahasa Arab. Kemahiran berfikir :Mengecam dan mengenalpasti perbezaan ejaan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Gabungjalin :Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Kajian Masa Depan :Tulisan Jawi akan pupus sekiranya murid tidak berminat mempelajari Jawi. Penerapan Nila :Rajin berusaha,membaca,berani dan yakin diri. BBM :Kad Gambar,Kad perkataan,lembaran kerja Kaedah :Soaljawab,mengecam,talaqqi mushafahah,permainan dan menulis. Langkah / Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan

Upload: pamipami

Post on 02-Oct-2015

596 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAMMata Pelajaran: Pelajaran JawiTahun: 3 BestariTarikh: 15 Oktober 2012Masa: 10.05 10.35 PagiBilangan Murid: 12 OrangBidang: JawiTajuk: Membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Arab.Pengetahuan Sedia Ada: Murid-murid biasa mendengar perkataan Bahasa Arab.Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid akan dapatAras 1: Mengeja 2 daripada 5 perkataan pinjaman Bahasa ArabAras 2: Membaca / menyebut sekurang-kurangnya 3 daripada 5 perkataan pinjaman Bahasa Arab.Aras 3: Menulis perkataan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 perkataan pinjaman Bahasa Arab.Kemahiran berfikir:Mengecam dan mengenalpasti perbezaan ejaan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.Gabungjalin:Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.Kajian Masa Depan:Tulisan Jawi akan pupus sekiranya murid tidak berminat mempelajari Jawi.Penerapan Nila:Rajin berusaha,membaca,berani dan yakin diri.BBM:Kad Gambar,Kad perkataan,lembaran kerjaKaedah:Soaljawab,mengecam,talaqqi mushafahah,permainan dan menulis.

Langkah / MasaIsi KandunganAktiviti P&PCatatan

Pendahuluan Bacaan doa belajar Guru dan murid-murid membaca doa penerang hati atau doa belajar bersama-sama.

Set Induksi( 4 minit )Gambar Perlakuan Solat

Soalan : Apakah yang murid dapat perhatikan dalam gambar tersebut ?

Guru menunjukkan kad gambar perlakuan solat kepada kelas. Guru bersoal jawab dengan murid-murid berkenaan dengan gambar yang mereka lihat. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.Kaedah :Soal Jawab

BBM :Kad gambar

Langkah 1 ( 6 minit )Perkataan Jawi1. SOLAT2. MASJID3. WUDHU4. FARDHU5. KIAMAT Guru meminta 5 orang murid untuk memegang kad-kad perkataan dihadapan kelas. Guru meminta 5 orang pelajar lain lagi untuk membacakan kad yang mereka lihat dihadapan. Guru mengulang jawapan murid.

Kaedah :Mengecam

BBM :Kad Perkataan Jawi

Nilai :Patuh kepada arahan guru

Langkah 2( 6 minit )

Guru meletakkan 5 kad perkataan pada papan tulis. Guru mengeja dan membaca perkataan tersebut dan murid-murid mengikut secara kelas. Guru meminta murid-murid menyebut perkataan mengikut kumpulan dan individu.Kaedah : Talaqqi dan Mushafahah Latih Tubi

BBM :Kad Perkataan JawiNilai :Memberi tumpuan

Langkah 3( 6 minit )

Guru membahagikan murid-murid kepada 2 kumpulan. Guru meletakkan kad-kad perkataan di merata tempat sudut di dalam kelas. Guru meminta murid-murid mencari perkataan berdasarkan gambar yang di berikan kepada kumpulan. Kumpulan yang berjaya mencari perkataan yang betul dikira sebagai pemenang.Kaedah :Permainan kad perkataan

BBM :Kad perkataanKad gambar

Nilai :Bekerjasama

Langkah 4( 6 minit )Menyebut dan menulis Guru meminta murid-murid mengeja dan menyebut perkataan berulangkali. Guru meminta murid-murid menulis perkataan yang diletakkan dalam buku latihan.

Kaedah :Menulis

Penutup ( 4 minit ) Murid-murid diminta membaca semula perkataan yang telah dipelajari.

REFLEKSI PENGAJARAN MAKROKEKUATANSetelah berbincang dan mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan, kekuatan yang terdapat didalam pengajaran makro saya ini ialah guru berupaya menarik minat murid untuk mengikuti isi pelajaran yang disampaikan di mana pada permulaan pengajaran iaitu set induksi menarik minat pelajar untuk mengetahui apakah tajuk akan disampaikan dalam sesi pengajaran pada kali ini. Ini dapat dilihat dari riak muka murid dan keterlibatan murid di awal sesi pengajaran agak memberangsangkan walaupun sesi baru bermula. Gambar yang guru tunjukkan kepada murid-murid agak menarik sedikit perhatian mereka dengan pilihan gambar yang berwarna. Murid kebiasaannya suka kepada benda yang berwarna-warni lebih-lebih lagi murid yang masih berada di tahap 1. Selain daripada itu suara yang jelas dan lantang, penerangan yang disampaikan oleh guru dengan menggunakan bahasa yang mudah dan berulang telah membantu murid untuk memahami isi pelajaran dengan mudah. Bahasa adalah merupakan salah satu alat komunikasi yang paling berkesan. Pengulangan isi penting topik yang diajar juga banyak membantu guru mencapai objektif pengajaran mengikut aras. Pengulangan atau proses latih tubi yang dijalankan berdasarkan teori Behaviorisme ini menggalakkan perubahan tingkah laku positif murid terhadap topik pengajaran. Tindakan guru melibatkan murid dalam setiap aktiviti juga telah menarik minat murid untuk bergerak aktif dan menjadikan proses pembelajaran lebih ceria dan berkesan. Hal ini bertepatan dengan Laporan Jemaah Nazir (1997) yang menyatakan bahawa untuk menjayakan sesuatu pengajaran, guru perlu mengaplikasikan pengajaran yang berpusatkan pelajar atau murid. Pemilihan aktiviti berkumpulan yang dijalankan oleh guru amat berkesan apabila murid berpeluang mengeluarkan pendapat dan berbincang sesama mereka dalam melaksanakan aktiviti yang telah diberikan. Aktiviti berkumpulan ini juga mampu mengasah kemahiran berkomunikasi antara murid dengan murid dan murid dengan guru. Selain itu ia juga mampu menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, hormat-menghormati dan menerima pendapat orang lain. Penilaian guru terhadap hasil kerja semua kumpulan menunjukkan bahawa guru menghargai hasil murid. Guru tidak lupa memberikan peneguhan positif kepada murid baik aktiviti yang dijalankan secara individu mahu pun secara berkumpulan. Peneguhan ini juga penting untuk meberikan galakan kepada murid untuk meneruskan sesi pengajaran. Guru juga memberi peluang kepada murid mengeluarkan pendapat melalui soal jawab di dalam kumpulan berdasarkan hasil kerja mereka. Kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar juga adalah salah satu kekuatan guru dalam proses pengajaran ini. Pemilihan bahan bantu yakni gambar yang berwarna dan sesuai dengan topik pengajaran telah memberi peluang kepada murid untuk menggunakannya secara langsung dan ia boleh dipelbagaikan kegunaannya. Penggunaan bahan bantu mengaja rmemberikan sumbangan yang sangat besar dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru dan murid. Lebih-lebih lagi bahan bantu yang menggunakan warna juga dapat memberikan satu impak kepada murid.

KELEMAHAN

Apabila dikupas satu persatu kelemahan guru dalam pengajaran makro ini ialah walaupun set induksi yang dipilih agak releven namun ia akan menjadi lebih menarik jika guru mengasah pemikiran murid agar lebih kreatif dan kritis seperti menunjukkan lebih daripada satu gambar. Contohnya ada 3 gambar yang di tunjukkan kepada murid yang akan membolehkan pemikiran murid agak terbuka sedikit untuk berfikir dan dapat mencapahkan lagi idea berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada murid. Adalah lebih baik juga sekiranya gambar tersebut di besarkan sedikit saiz dengan saiz yang agak besar kerana di dapati terdapat sebilangan kecil murid yang tidak dapat melihat dengan jelas lebih-lebih lagi pelajar yang duduk di bahagian belakang kelas. Set induksi bertujuan untuk menarik minat murid terhadap aktiviti pengajaran dan ia juga bertujuan membina aliran pemikiran murid untuk bersedia mempelajari sesuatu yang berkaitan. (Mok Soon Sang) (1992), set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid. Oleh itu, guru seharusnya lebih kreatif dalam usaha mencungkil pengetahuan murid dan memotivasikan mereka sebelum memulakan pengajaran. Teknik soal jawab amat sesuai dan praktikal dalam konteks pembelajaran bahasa dan jawi adalah tergolong didalamnya. Ini kerana dalam kaedah ini proses pembelajaran berlangsung dengan semua pihak memainkan peranan termasuk guru dan murid. Namun begitu, guru sewajarnya menggunakan teknik ini dengan lebih menyeluruh dan membina pemikiran murid. Di dalam pengajaran makro ini guru hanya menggunakan teknik menyoal secara kelas. Teknik ini akan lebih berkesan dan menyeluruh jika guru menyoal murid secara kelas, kumpulan dan individu. Jika hal ini dilakukan, ia akan memberi impak yang lebih besar dimana guru dapat mengesan murid yang lemah atau sebaliknya secara langsung selain daripada dapat melibatkan keseluruhan murid. Guru juga perlu memberi peluang kepada murid untuk mengemukakan soalan samada pada guru atau murid bagi membentuk kemahiran komunikasi dua hala dan suasana kelas yang lebih ceria. Aktiviti kumpulan yang dilaksanakan dalam pengajaran ini amat baik sekali kerana ia memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri. Penilaian yang dilakukan oleh guru juga merupakan satu langkah yang baik. Namun begitu, proses pembelajaran ini akan menjadi lebih baik dan berkesan sekiranya guru memberi peluang kepada ahli kumpulan untuk membentangkan hasil tugasan yang telah diberikan dihadapan kelas dan dinilai oleh kumpulan lain yang akan mewujudkan komunikasi dua hala antara murid dengan murid dan murid dengan guru. Selain daripada membina keyakinan murid untuk mengeluarkan pendapat mereka secara terbuka, ia juga akan menghasilkan keyakinan diri dan menerima pendapat orang lain. Aktiviti ini akan menghasilkan penerapan nilai murni secara tidak langsung. Aktiviti mengeja dan menulis yang di berikan oleh guru kepada murid didapati secara keseluruhannya murid dapat menguasai dengan kata lain mengenal perkataan pinjaman Bahasa Arab serta dapat mengeja perkataan dengan baik. Tetapi tidak juga dinafikan terdapat juga sebilangan kecil murid yang belum dapat atau langsung tidak dapat mengenal kata pinjaman Bahasa Arab walaupun telah di terangkan oleh guru dalam sesi pengajaran. Kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah murid keliru dengan ejaan yang hampir sama serta kurang mahir dalam menulis perkataan. Dalam kes ini murid tidak dapat menyambungkan huruf kerana mereka masih keliru dgn perkataan yang boleh di sambung dengan tidak boleh di sambung. Murid-murid ini boleh juga dikategorikan dalam murid pemulihan tetapi ianya sebenarnya bukan satu permasalahan yang besar di mana guru boleh memberi latih tubi yang lebih banyak yang berfokuskan kepada mengenal perkataan pinjaman, mengeja serta membaca perkataan pinjaman Bahasa Arab ini. Dengan adanya latih tubi yang banyak Insyaallah murid tersebut akan terbiasa dan mudah untuk mengenal perkataan pinjaman dengan bantuan guru yang tidak mudah berputus asa dan ingin melihat anak didiknya berjaya dalam pelajaran.