rph tahun 2 (1.7.1)

3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Modul : Kemahiran Aspek : 1- Kemahiran Pergerakan Standard Kandungan : Manipulasi Alatan 1.7 Berkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan imbangan dan sokongan badan. Standard Pembelajaran : 1.7.1 Melakukan imbangan di atas garisan dan peralatan. 2.6.1 Mengenal pasti kepentingan keluasan tapak sokongan. 5.1.2 Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat. Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : (i) Psikomotor Melakukan imbangan di atas garisan gelanggang dan tali. (ii) Kognitif Menyatakan tapak sokongan yang lebih luas untuk imbangan yang lebih stabil. (iii) Afektif Menunjukkan penggunaan ruang yang luas dengan memberi jarak sesama rakan.

Upload: joelhew

Post on 11-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

imbangan di atas garisan dan alatan

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniModul: KemahiranAspek: 1- Kemahiran PergerakanStandard Kandungan: Manipulasi Alatan 1.7 Berkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan imbangan dan sokongan badan. Standard Pembelajaran: 1.7.1 Melakukan imbangan di atas garisan dan peralatan. 2.6.1 Mengenal pasti kepentingan keluasan tapak sokongan. 5.1.2 Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat.Hasil Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :(i) Psikomotor Melakukan imbangan di atas garisan gelanggang dan tali. (ii) Kognitif Menyatakan tapak sokongan yang lebih luas untuk imbangan yang lebih stabil.(iii) Afektif Menunjukkan penggunaan ruang yang luas dengan memberi jarak sesama rakan.

Tarikh: 5 MEI 2015Masa: 9.40 pagi 10.10 pagiTahun: 2 BestariBilangan Murid: L- 7 P- 7Penerapan Nilai: Keyakinan diriKemahiran Berfikir: Memberi sebab terhadap keseimbangan badan yang stabil. Strategi Utama: KontekstualBahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: 1. Tali - 21. Bola - 2 1. Bakul- 11. Skitel - 4Bahagian / MasaAktiviti Fokus Pembelajaran / Organisasi KelasCatatan

Permulaan (5 minit)1. Kehadiran2. Kesihatan3. PakaianBola King Kong Kehadiran murid direkodkan. Memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Memastikan pakaian murid kemas.

Fokus PembelajaranMemanaskan badan dengan permainan kecil untuk mewujudkan kesediaan diri dalam PnP.Organisasi Kelas Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Lakukan perlakuan yang diarahkan oleh guru dengan bola dan lumba antara kumpulan.

Ciri Strategi: Menghubungkait (Relating)

BSPP1. Kon 2. Bola Getah

Catatan:Menerusi akiviti ini, murid-murid dapat menghubungkaitkan kepentingan perkara-perkara berikut:a. mewujudkan keb. sediaan diri.

Perkembangan (10 minit)Imbangan Bengkang-BengkokFokus PembelajaranMelakukan imbangan di atas garisan gelanggang dan tali. Organisasi Kelas Guru memberi penerangan dan menunjukkan demonstrasi perlakuan setiap stesen dengan bantuan murid-murid. Guru membahagikan murid-murid kepada 2 kumpulan. Murid diminta berjalan di atas garisan gelanggang menuju ke skitel pertama. Kemudian, bergerak ke skitel kedua dengan bergerak mengikut bentuk tali dan patah balik. Semasa patah balik, kepit sebiji bola dengan kaki dan balik ke tempat asal. Aktiviti berakhir sehingga semua ahli melakukannya.

CVCVCVCV

Ciri Strategi Mengalami (Experiencing)

BSPP1. Skitel2. Tali 3. Bola getah

Catatan:Menerusi aktiviti ini, murid-murid dapat mengalami imbangan badan bagi tapak sokongan yang berbeza.

Kemuncak (10 minit)Variasi ImbanganFokus PembelajaranImbangan bervariasi dengan alatan. Organisasi Kelas Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Terdapat 3 stesen yang disediakan. Dari stesen A, murid berjalan mengimbangi badan dengan bergerak mengikut bentuk tali hingga ke stesen B. Dari stesen B, murid akan ke stesen C dengan berlari anak menjunjung pundi kacang di atas kepala. Dari stesen C ke stesen A, murid akan berjalan mengikut garisan gelanggang dengan mengangkat dua biji bola dengan kedua-dua belah tangan. Ulang perlakuan sehingga semua murid melakukannya. Kumpulan yang berjaya menghabiskan aktiviti ini terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.ABC

Ciri Strategi :Memindahkan (Transferring)

BSPP1. Tali2. Kon 3. Pundi Kacang4. Bola getah

Catatan:Menerusi aktiviti ini, murid-murid dapat memindahkan imbangan badan ke dalam situasi bersyarat.

Penutup (5 minit)Penyejukan Badan & RumusanFokus Pembelajaran:Kualiti pergerakan semasa menyejukkan badan.Organisasi kelas Murid mengambil ruang masing-masing. Murid mengikut arahan dan pergerakan guru menggoyangkan atau menggerakkan anggota badan bermula dari kaki hingga ke atas kepala. Tarik nafas sebanyak 3 kali.

Guru menjalankan sesi soal jawab dan rumusan isi pelajaran. Antara soalan yang dilontarkan ialah:i. Bagaimana kita dapat mengimbangkan badan dengan lebih stabil?ii. Apakah aktiviti yang memerlukan imbangan dalam kehidupan seharian?

Ciri Strategi :Memusatkan murid

BSPP1. Kon

Catatan:Melalui aktiviti menyejukkan badan, murid-murid dapat menurunkan suhu badan dan kadar nadi secara perlahan-lahan.

Melalui rumusan daripada guru, murid-murid akan lebih memahami isi pelajaran.