rph tahun 3 (1.9.1)

3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Modul : Kemahiran Aspek : 1- Kemahiran Pergerakan Standard Kandungan : Olahraga Asas 1.9 Berkebolehan melakukan kemahiran berlari dengan lakuan yang betul. Standard Pembelajaran : 1.9.1 Berlari dalam pelbagai kelajuan. 2.9.1 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa berlari. 5.2.1 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti. Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : (i) Psikomotor Melakukan kemahiran berlari dengan postur badan yang betul. (ii) Kognitif Menyatakan perbezaan postur badan semasa berlari dalam pelbagai kelajuan. (iii) Afektif Menunjukkan rasa gembira melalui riak wajah semasa melakukan aktiviti.

Upload: joelhew

Post on 11-Nov-2015

57 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kssr tahun 3 (1.9.1)

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniModul: KemahiranAspek: 1- Kemahiran PergerakanStandard Kandungan: Olahraga Asas 1.9 Berkebolehan melakukan kemahiran berlari dengan lakuan yang betul. Standard Pembelajaran: 1.9.1 Berlari dalam pelbagai kelajuan. 2.9.1 Mengenal pasti postur badan yang betul semasa berlari. 5.2.1 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.Hasil Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :(i) Psikomotor Melakukan kemahiran berlari dengan postur badan yang betul. (ii) Kognitif Menyatakan perbezaan postur badan semasa berlari dalam pelbagai kelajuan. (iii) Afektif Menunjukkan rasa gembira melalui riak wajah semasa melakukan aktiviti.

Tarikh: 21 APRIL 2015Masa: 8.40 pagi 9.10 pagiTahun: 3 ArifBilangan Murid: L- 11 P- 10Penerapan Nilai: Memberi kerjasama kepada rakan dan guru.Kemahiran Berfikir: Membezakan teknik berlaku yang betul dan salah. Strategi Utama: KontekstualBahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: 1. Kon - 42. Skitel- 93. Pembesar Suara- 14. Kad Imbasan- 4 Bahagian / MasaAktiviti Fokus Pembelajaran / Organisasi KelasCatatan

Permulaan (5 minit)1. Kehadiran2. Kesihatan3. PakaianHidup mati Kehadiran murid direkodkan. Memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Memastikan pakaian murid kemas.

Fokus PembelajaranMemanaskan badan dengan permainan kecil untuk mewujudkan kesediaan diri dalam PnP.Organisasi Kelas Guru memperkenalkan permainan Hidup Mati kepada semua murid. 3 orang murid akan dilantik sebagai pengejar. Apabila wisel ditiupkan, murid-murid dibenarkan berlari bebas dalam kawasan aktiviti. Pengejar perlu cuit rakan untuk tukar peranan. Rakan yang dicuit perlu duduk dan perlu dicuit oleh rakan lain untuk lari semula. Cup ialah kata untuk menyatakan berhenti sebentar (dalam permainan).

Ciri Strategi: Menghubungkait (Relating)

BSPP1. KonCatatan:Menerusi akiviti ini, murid-murid akan dapat mengetahui kesan pergerakan seluruh badan bagi membantu pemanasan badan.

Perkembangan (10 minit)Lipat KudungFokus PembelajaranMengenal pasti postur badan yang betul semasa berlari.Organisasi Kelas Murid membentuk separuh bulatan menghadap ke arah guru. Guru menjelaskan teknik-teknik berlari. Murid berlari anak dalam satu barisan mengelilingi skitel. Murid di belakang memecut ke hadapan dan berada di hadapan garisan dengan berlari anak semula. Aktiviti dijalankan secara bergilir-gilir sehingga semua murid sudah memecut ke hadapan.

Ciri Strategi Mengalami (Experiencing)

BSPP1. Skitel

Catatan:Menerusi aktiviti ini, murid-murid berpeluang untuk berlari dalam pelbagai kelajuan dan mengenal pasti postur badan yang betul semasa berlari .

Kemuncak (10 minit)Bomba PantasFokus PembelajaranBerlari dalam pelbagai kelajuan. Organisasi Kelas Murid-murid dibahagikan secara rata kepada 4 kumpulan, kumpulan 1, 2, 3 dan 4. Apabila guru menyebut Api! Api! sambil menunjukkan kad imbasan yang memaparkan 2 nombor stesen bomba, semua murid yang nombor stesennya dipaparkan perlu berlari pantas ke hadapan dan kembali ke titik permulaan. Bagi kumpulan yang nombor stesennya tidak dipaparkan pula akan berlari dengan perlahan ke hadapan dan kembali ke titik permulaan.

Ciri Strategi :Memindahkan (Transferring)

BSPP1. Skitel2. Kon

Catatan:Menerusi aktiviti ini, murid-murid dapat memindahkan kemahiran berlari dengan pelbagai kelajuan dalam situasi permainan bersyarat .

Penutup (5 minit)Bola King Kong & RumusanFokus Pembelajaran:Kualiti pergerakan semasa menyejukkan badanOrganisasi kelas Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Lakukan perlakuan yang diarahkan oleh guru dengan belon dan lumba antara kumpulan.

Guru memberi peluang kepada murid untuk membincangkan kunci kejayaan dan masalah yang mereka hadapi dalam pembelajaran hari ini dengan berdiri di tengah bulatan yang ditanda dengan kon.

Guru menjalankan sesi soal jawab dan rumusan isi pelajaran. Antara soalan yang dilontarkan ialah:i. Apakah pergerakan yang perlu difokus semasa berlari?ii. Bagaimanakah pergerakan anda semasa mengejar rakan di hadapan ?

Ciri Strategi :Memusatkan murid

BSSP1. Kon 2. Belon

Catatan:Melalui aktiviti menyejukkan badan, murid-murid dapat menurunkan suhu badan dan kadar nadi secara perlahan-lahan.

Melalui rumusan daripada guru, murid-murid akan lebih memahami isi pelajaran.