rph tahun 5 (1.6.1)

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Modul : Kemahiran Aspek : 1- Kemahiran Pergerakan Standard Kandungan : Kemahiran Asas Permainan Kategori Serangan 1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori serangan dengan lakuan yang betul. Standard Pembelajaran : 1.6.1 Melakukan pelbagai jenis hantaran bola ke sasaran dengan menggunakan alatan dan anggota badan yang dibenarkan. 2.6.1 Mengenal pasti pelbagai cara menghantar bola ke sasaran. 5.4.7 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti. Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : (i) Psikomotor Melakukan pelbagai jenis hantaran bola ke sasaran dengan menggunakan tangan. (ii) Kognitif Menunjukkan pelbagai cara menghantar bola ke sasaran.

Upload: joelhew

Post on 27-Sep-2015

122 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rph kssr tahun 5 (1.6.1)

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANIMata Pelajaran: Pendidikan JasmaniModul: KemahiranAspek: 1- Kemahiran Pergerakan

Standard Kandungan: Kemahiran Asas Permainan Kategori Serangan

1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori serangan dengan lakuan yang betul.

Standard Pembelajaran: 1.6.1 Melakukan pelbagai jenis hantaran bola ke sasaran dengan menggunakan alatan dan anggota badan yang

dibenarkan.

2.6.1 Mengenal pasti pelbagai cara menghantar bola ke sasaran.

5.4.7 Bekerjasama dalam kumpulan semasa melakukan aktiviti.

Hasil Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

(i) Psikomotor

Melakukan pelbagai jenis hantaran bola ke sasaran dengan menggunakan tangan.

(ii) Kognitif

Menunjukkan pelbagai cara menghantar bola ke sasaran.

(iii) Afektif

Menunjukkan rasa gembira melalui tepuk tangan semasa melakukan aktiviti.

Tarikh: 16 APRIL 2015Masa: 10.10 pagi 10.40 pagiTahun: 5 ArifBilangan Murid: L- 5 P- 11Penerapan Nilai: Memberi kerjasama kepada rakan dan guruKemahiran Berfikir: Memberi sebab terhadap kejayaan dalam permainan. Strategi Utama: KontekstualBahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: 1. Kon - 4 2. Skitel - 43. Bola Getah- 3 biji4. Bola jaring- 35. Bola baling- 36. Gelung - 3

Bahagian / Masa

Aktiviti

Fokus Pembelajaran / Organisasi Kelas

Catatan

Permulaan (5 minit)

1. Kehadiran

2. Kesihatan

3. Pakaian

Bola Beracun

Kehadiran murid direkodkan.

Memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat.

Memastikan pakaian murid kemas.

Fokus Pembelajaran

Memanaskan badan dengan permainan kecil untuk mewujudkan kesediaan diri dalam PnP.

Organisasi Kelas

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Tiga biji bola akan diberi kepada Kumpulan A.

Apabila wisel dibunyikan, Kumpulan A akan membaling ketiga-tiga bola tersebut ke arah Kumpulan B.

Murid-murid Kumpulan B yang akan bertukar peranan dengan Kumpulan A menjadi kumpulan yang menyerang.

Aktiviti ini akan diteruskan selama 4 minit .

Ciri Strategi:

Menghubungkait (Relating)

BSPP

1. Kon

2. Bola Getah

Catatan:

Menerusi akiviti ini, murid-murid dapat menghubungkaitkan pergerakan yang dilakukan dalam mewujudkan kesediaan diri.

Perkembangan (10 minit)

Count the BallsFokus PembelajaranMenghantar bola dengan menggunakan tangan pada pelbagai aras (atas kepala, dada dan bawah lutut).Organisasi Kelas

Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan. Seorang daripada mereka menjadi ketua.

Guru mendemostrasikan cara menghantar bola dengan menggunakan tangan pada pelbagai aras (atas kepala, dada dan bawah lutut).

Ketua dikehendaki menghantar sebanyak 3 kali dengan hantaran atas kepala dan bola yang tidak sama dan tukar peranan dengan murid yang seterusnya.

Murid menghantar bola dengan menggunakan tangan pada pelbagai aras (atas kepala, dada dan bawah lutut) dengan bola yang berlainan.

Ciri Strategi

Mengalami (Experiencing)

BSPP

1. Skitel

2. Bola Berlainan

Catatan:

Menerusi akiviti ini, murid-murid akan berpeluang untuk menghantar bola dengan menggunakan tangan pada pelbagai aras (atas kepala, dada dan bawah lutut) dengan pelbagai bola yang berlainan.

Kemuncak (10 minit)

Hantaran Hebat

Fokus Pembelajaran

Permainan bersyarat dengan mengenal pasti pelbagai cara menghantar bola ke sasaran.

Organisasi Kelas

Murid dibahagi kepada dua kumpulan.

Seorang murid dipilih menjadi penjaga gol.

Permainan akan dimulakan di tengah gelanggang dengan rebutan bola.

Pemain akan menghantar bola kepada ahli kumpulannya dengan menggunakan tangan.

Kumpulan yang berjaya menjaring bola ke dalam bakul akan diberikan 1 mata.

Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah masa terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

Ciri Strategi :

Memindahkan (Transferring)

BSPP

1. Skitel

2. Bola Getah

3. Papan Skor

Catatan:

Menerusi aktiviti ini, murid-murid dapat memindahkan kemahiran hantar bola pada pelbagai aras dalam situasi permainan bersyarat.

Penutup (5 minit)

Singa Seladang & Rumusan

Fokus Pembelajaran:

Kualiti pergerakan semasa menyejukkan badan

Organisasi kelas

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan A ialah Singa dan kumpulan B ialah Seladang.

Murid akan beratur dan menghadap ke arah lawan.

Apabila guru menyebut Singa, kumpulan Singa akan mengejar murid kumpulan Seladang.

Seladang berlari hingga ke kawasan selamat untuk mendapatkan mata.

Sekiranya Singa berjaya mencuit Seladang sebelum sampai ke kawasan selamat, Singa mendapat satu mata.

Singa atau Seladang tidak boleh dicuit setelah memasuki kawasan selamat.

Bahagian yang boleh dicuit ialah bahagian belakang atas badan.

Aktiviti dilangsung selama 3 minit.

Guru menjalankan sesi soal jawab dan rumusan isi pelajaran.

Antara soalan yang dilontarkan ialah:

i. Apakah perbezaan di antara bola yang dihantar pada aras atas kepala dan dada ?

ii. Apakah yang perlu kamu lakukan untuk selamatkan diri dalm permainan Singa dan Seladang?

Ciri Strategi :

Memusatkan murid

BSSP

1. Kon

Catatan:

Melalui aktiviti menyejukkan badan, murid-murid dapat menurunkan suhu badan dan kadar nadi secara perlahan-lahan.

Melalui rumusan daripada guru, murid-murid akan lebih memahami isi pelajaran.