rph tahun 5 (1.8.2)

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Modul : Kemahiran Aspek : 1- Kemahiran Pergerakan Standard Kandungan : Kemahiran Asas Permainan Kategori Memadang 1.8 Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori memadang dengan lakuan yang betul. Standard Pembelajaran : 1.8.2 Membaling bola dengan tangan lurus mengikut arah lawan pusingan jam ke petak sasaran. 2.8.1 Menyatakan teknik membaling bola dengan tangan lurus ke petak sasaran. 5.1.4 Mengenal pasti ruang yang selamat untuk melakukan aktiviti.- Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : (i) Psikomotor Melakukan balingan bola dengan tangan lurus mengikut arah lawan pusingan jam ke petak sasaran (ii) Kognitif Menyatakan teknik membaling bola dengan tangan lurus ke petak sasaran.

Upload: joelhew

Post on 18-Dec-2015

155 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

(for observe use) balingan lurus

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniModul: KemahiranAspek: 1- Kemahiran PergerakanStandard Kandungan: Kemahiran Asas Permainan Kategori Memadang 1.8 Berkebolehan melakukan kemahiran asas permainan kategori memadang dengan lakuan yang betul. Standard Pembelajaran: 1.8.2 Membaling bola dengan tangan lurus mengikut arah lawan pusingan jam ke petak sasaran. 2.8.1 Menyatakan teknik membaling bola dengan tangan lurus ke petak sasaran. 5.1.4 Mengenal pasti ruang yang selamat untuk melakukan aktiviti.-Hasil Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :(i) Psikomotor Melakukan balingan bola dengan tangan lurus mengikut arah lawan pusingan jam ke petak sasaran(ii) Kognitif Menyatakan teknik membaling bola dengan tangan lurus ke petak sasaran.(iii) Afektif Menunjukkan penggunaan ruang yang selamat semasa melakukan aktiviti.

Tarikh: 30 APRIL 2015Masa: 10.10 pagi 10.40 pagiTahun: 5 ArifBilangan Murid: L- 5 P- 11Penerapan Nilai: Memberi kerjasama kepada rakan dan guruKemahiran Berfikir: Memberi sebab terhadap kejayaan dalam permainan. Strategi Utama: KontekstualBahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: 1. Skitel - 82. Pembesar Suara- 13. Bola kertas - 204. Papan sasaran- 15. Papan Skor- 16. Bakul- 47. Gelung - 8 Bahagian / MasaAktiviti Fokus Pembelajaran / Organisasi KelasCatatan

Permulaan (5 minit)1. Kehadiran2. Kesihatan3. PakaianRope Ball Kehadiran murid direkodkan. Memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Memastikan pakaian murid kemas.

Fokus PembelajaranAktiviti memanaskan badan dan regangan untuk mewujudkan kesediaan diri.

Organisasi Kelas Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dengan sama rata. Setiap kumpulan perlu mengisi ruang yang ditetapkan mengikut gelung dan skitel yang telah disusun. Murid yang isi ruang di gelung perlu mengangkat gelung ke atas dengan tangan lurus. Murid yang isi ruang di skitel pula perlu berbaris lurus di antara gelung yang telah diangkat tinggi. Apabila wisel dibunyikan, murid di skitel perlu mula membaling bola kepada rakan melalui gelung di sebelah secara berterusan dan orang terakhir memasukkan bola ke dalam bakul. Kemudian, murid tukar peranan.

Ciri Strategi: Menghubungkait (Relating)

BSPP1. Skitel 2. Bola kertas3. Bakul

Catatan:Menerusi akiviti ini, murid-murid akan dapat menghubungkaitkan kepentingan mewujudkan kesediaan diri.

Perkembangan (10 minit)Target BernomborFokus PembelajaranMelakukan balingan bola dengan tangan lurus mengikut arah lawan pusingan jam ke petak sasaran mengikut isyarat. Organisasi Kelas Guru memberi penerangan dan demonstrasi balingan bola dengan teknik yang betul. Kemudian, murid dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan A dan B. Murid kumpulan A sebagai pengutip bola dengan berdiri di ruang yang selamat di sekitar sasaran. Murid kumpulan B sebagai pembaling dari jarak yang telah ditetapkan. Setiap murid akan diberi 2 peluang untuk membuat balingan ke sasaran mengikut nombor yang disebut oleh guru. Kemudian, kumpulan A dan B tukar peranan. Aktiviti berakhir apabila kedua-dua kumpulan telah selesai giliran untuk membuat balingan.

1234

Ciri Strategi Mengalami (Experiencing)

BSPP1. Skitel2. Bola Kertas3. Papan Sasaran

Catatan:Menerusi akiviti ini, murid-murid akan mengalami balingan bola dengan tangan lurus mengikut arah lawan pusingan jam ke petak sasaran berdasarkan isyarat.

Kemuncak (10 minit)Balingan BertaktikFokus PembelajaranPermainan bersyarat.Organisasi Kelas Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan sebagai pemukul manakala satu kumpulan sebagai pemadang. Kumpulan pemukul perlu menghantar 3 wakil untuk berdiri di dalam gelung sebagai pembaling bola manakala ahli yang lain sebagai pelari di kawasan yang telah ditetapkan. Kumpulan pemadang menghantar seorang wakil untuk berada di dalam gelung (rumah) bagi kawasan mereka dan ahli yang lain bebas berselerak di dalam kawasan permainan. Apabila 3 wakil pemukul telah membaling bola, ahli yang lain perlu lari ke rumahnya (kawasan skitel) secara berkumpulan. Kumpulan pemadang pula perlu mengutip bola dan menghantar ke rumahnya dengan balingan tangan lurus sahaja. Satu mata diberi kepada pemukul jika pelari mereka dapat sampai ke rumah sebelum semua bola dihantar ke rumah pihak pemadang. Satu mata diberi jika kepada pemadang jika mereka berjaya mengutip semua bola sebelum pelari sampai ke rumah mereka. Tukar peranan selepas selesai giliran pemukul. Pemenang ditentukan dengan jumlah mata yang terbanyak.

Ciri Strategi :Memindahkan (Transferring)

BSPP1. Skitel2. Bola kertas3. Papan Skor4. Bakul 5. Gelung

Catatan:Menerusi aktiviti ini, murid-murid dapat memindahkan kemahiran balingan tangan lurus mengikut arah lawan pusingan jam dalam situasi permainan bersyarat.

Penutup (5 minit)Music Ball RumusanFokus Pembelajaran:Kualiti pergerakan semasa menyejukkan badanOrganisasi kelas Guru mengarahkan murid membentuk satu bulatan yang besar. Murid perlu menghantar bola antara rakan dengan balingan bersama iringan muzik. Apabila muzik berhenti, murid yang pegang bola akan didenda lompat bintang 3 kali. Aktiviti dijalankan selama 3 minit.

Kemudian, guru menjalankan sesi soal jawab dan rumusan isi pelajaran. Antara soalan yang dilontarkan ialah:i. Apakah teknik yang digunakan untuk memastikan balingan bola menjadi lurus ke sasaran?ii. Bagaimana memastikan balingan bola kena pada sasaran?Ciri Strategi :Memusatkan murid

BSSP1. Bola kertas2. Pembesar suara

Catatan:Melalui aktiviti ini, murid dapat menurunkan suhu badan dan kadar nadi secara perlahan

Melalui rumusan daripada guru, murid-murid akan lebih memahami isi pelajaran.