rph tahun 6 daya tahan otot

3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tunjang Pembelajaran : 1 Aspek : Kecergasan Bidang : 1- Kecergasan fizikal Unit Pembelajaran : Daya Tahan Otot Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : (i) Psikomotor Melakukan aktiviti daya tahan otot dengan teknik yang betul dan selamat. (ii) Kognitif Menyatakan tiga otot utama yang terlibat semasa melakukan aktiviti daya tahan otot. (iii) Afektif Menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti daya tahan otot.

Upload: joelhew

Post on 11-Nov-2015

123 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

kbsr tahun 6 daya tahan ototlatihan litar

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniTunjang Pembelajaran: 1Aspek: KecergasanBidang: 1- Kecergasan fizikalUnit Pembelajaran: Daya Tahan OtotHasil Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :(i) Psikomotor Melakukan aktiviti daya tahan otot dengan teknik yang betul dan selamat. (ii) Kognitif Menyatakan tiga otot utama yang terlibat semasa melakukan aktiviti daya tahan otot. (iii) Afektif Menyatakan perasaan semasa melakukan aktiviti daya tahan otot.

Tarikh: 21 APRIL 2015Masa: 8.40 pagi 9.10 pagiTahun: 6 BestariBilangan Murid: L- 11 P- 8Penerapan Nilai: KerjasamaKemahiran Berfikir: Membanding beza penggunaan otot bagi pergerakan yang berlainan. Strategi Utama: KontekstualBahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: 1. Kon- 52. Tilam- 43. Tali Lompat- 44. Stopwatch- 1

Bahagian / MasaAktiviti Fokus Pembelajaran / Organisasi KelasCatatan

Permulaan (10 minit)1. Kehadiran2. Kesihatan3. PakaianHidup mati Kehadiran murid direkodkan. Memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Memastikan pakaian murid kemas.

Fokus PembelajaranMemanaskan badan dengan permainan kecil untuk mewujudkan kesediaan diri dalam PnP.Organisasi Kelas Guru memperkenalkan permainan Hidup Mati kepada semua murid. 3 orang murid akan dilantik sebagai pengejar. Apabila wisel ditiupkan, murid-murid dibenarkan berlari bebas dalam kawasan aktiviti. Pengejar perlu cuit rakan untuk tukar peranan. Rakan yang dicuit perlu duduk dan perlu dicuit oleh rakan lain untuk lari semula. Cup ialah kata untuk menyatakan berhenti sebentar (dalam permainan).

Ciri Strategi: Menghubungkait (Relating)

BSPP1. KonCatatan:Menerusi akiviti ini, murid-murid akan dapat mengetahui kesan pergerakan seluruh badan bagi membantu pemanasan badan.

Perkembangan (25 minit)Aktiviti 1 :Pengenalan aktiviti daya tahan otot

Aktiviti 2 :Latihan Litar

Fokus PembelajaranMenjalankan latihan litar mengikut stesen yang telah ditetapkan.Organisasi Kelas Guru memberi penerangan dan menunjukkan demonstrasi perlakuan setiap stesen dengan bantuan murid-murid.

STESENAKTIVITI

1Lari ulang alik

2Tekan tubi

3Burpee

4Skipping

5Bangun tubi

Murid melakukan pergerakan bagi setiap stesen dengan bimbingan demonstrasi. Setiap pergerakan stesen akan diajar selama 1-2 minit. Kemudian, guru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan. Latihan litar ini mempunyai 5 stesen yang telah ditetapkan. Murid bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain mengikut arah pusingan jam secara berkumpulan. Wisel dibunyikan untuk memulakan aktiviti dan menamatkan setiap aktiviti di setiap stesen. Aktiviti di setiap stesen dilakukan dengan ulangan sebanyak 10 kali bagi setiap murid. Latihan berakhir apabila setiap kumpulan menghabiskan kelima-lima stesen yang ada.

Ciri Strategi Mengalami (Experiencing)

BSPP1. Tilam2. Tali Lompat3. Kon

Catatan:Menerusi aktiviti ini, murid-murid dapat mengalami latihan yang melibatkan otot tubuh badan yang berbeza .

Kemuncak (15 minit)Kuatkan Ototku!Fokus PembelajaranMelaksanakan latihan litar untuk membantu menguatkan daya tahan otot . Organisasi Kelas Guru membahagikan murid kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A akan memulakan aktiviti manakala kumpulan B akan memainkan peranan sebagai pencatat ulangan atau pembantu. Ulangan bagi setiap stesen ialah 10 kali. Semasa guru meniup wisel, maka permainan kecil tersebut akan bermula dan pengiraan masa bermula. Ahli kumpulan A perlu bergerak dari stesen ke stesen secara serentak. Murid perlu menunggu ahli sekumpulannya selesai di stesen permulaan sebelum mulakan gilirannya. Pelajar akan bergerak mengikut urutan stesen dengan putaran jam. Selepas berjaya menghabiskan semua stesen, maka guru akan menghentikan masa. Selepas kumpulan A berjaya menghabiskan semua stesen maka kumpulan B akan bertukar peranan dengan kumpulan A. Kumpulan yang menggunakan masa yang paling singkat maka kumpulan tersebut akan dikira sebagai pemenang.

Ciri Strategi :Memindahkan (Transferring)

BSPP1. Tilam2. Tali Lompat3. Kon

Catatan:Menerusi aktiviti ini, murid-murid dapat memindahkan pergerakan stesen latihan litar sebagai satu rangkaian pergerakan untuk meningkatkan daya tahan otot .

Penutup (10 minit)Penyejukan Badan & RumusanFokus Pembelajaran:Kualiti pergerakan semasa menyejukkan badanOrganisasi kelas Murid menjalankan aktiviti menyejukkan badan dalam satu bulatan melalui pergerakan berikut:i. Goyang kakiii. Goyang tanganiii. Lompat setempativ. Lari anak Guru memberi peluang kepada murid untuk membincangkan kunci kejayaan dan masalah yang mereka hadapi dalam pembelajaran hari ini dengan berdiri di tengah bulatan yang ditanda dengan kon.

Guru menjalankan sesi soal jawab dan rumusan isi pelajaran. Antara soalan yang dilontarkan ialah:i. Nyatakan bahagian otot yang terlibat bagi setiap stesen.ii. Bagaimana kita mempertingkatkan keberkesanan latihan litar ini untuk melatih daya tahan otot?

Ciri Strategi :Memusatkan murid

BSSP1. Kon

Catatan:Melalui aktiviti menyejukkan badan, murid-murid dapat menurunkan suhu badan dan kadar nadi secara perlahan-lahan.

Melalui rumusan daripada guru, murid-murid akan lebih memahami isi pelajaran.