rph thn 5

5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 5 Matapelajara n Reka Bentuk dan Teknologi Kelas 5A Bilangan murid / 24 Tajuk Penghasilan Projek Tarikh 28 April 2015 Masa 12.30 tgh -1.30 ptg Standard Kandungan 4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik. Standard Pembelajaran 4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk membina projek iaitu gergaji besi, gunting logam, gandin getah dan kikir rata, kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis, penggarit, penebuk pusat, ragum kakak tua dan ragum meja. Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

Upload: kavie-venthan

Post on 05-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RPH thn 5

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANREKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 5 Matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

Kelas 5A

Bilangan murid / 24

TajukPenghasilan Projek

Tarikh28 April 2015

Masa 12.30 tgh -1.30 ptg

Standard Kandungan4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik.

Standard Pembelajaran4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk membina projek iaitu gergaji besi, gunting logam, gandin getah dan kikir rata, kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis, penggarit, penebuk pusat, ragum kakak tua dan ragum meja.

Objektif PembelajaranPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Menerangkan nama dan fungsi sembilan alatan tangan daripada 12 alatan tangan.

Kemahiran Mengenalpasti nama alatan tangan dan fungsi-fungsinya.

Elemen Merentas KurikulumEK 2 Memilih idea terbaik daripada banyak idea Meneruskan peningkatan kualiti idea.Kreativiti: Boleh mengumpul dan boleh membuat penilaian terhadap ideaNilai Murni: Mematuhi peraturanKemahiran Abad-21: Literasi maklumat.

Bahan bantuan mengajarVideo ( nama alatan dan fungsinya), kertas puzzle cari kata, boneka lidi, pentas boneka, bola ping pong, kad gambar dan fungsi.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Set induksi (5 minit)

1. Setelah guru masuk ke kelas, satu murid bangun dan tanya soalan cikgu, saya beringin untuk menabung duit untuk membeli basikal, tetapi saya tidak ada tabung. Saya tidak ada duit untuk membeli tabung. Bagaimana saya boleh menabung duit cikgu ?2. Guru memberi jawapan kepada soalan murid tersebut. jangan risau. Kita boleh membuat tabung dengan sendiri. Cikgu akan ajar alatan tangan yang digunakan dan cara membuat tabung dengan mudah.3. Akhirnya, guru mengaitkan jawapan dengan tajuk pengajaran hari ini.

Langkah 1 (20 minit)1. Guru menggunakan boneka lidi untuk melakonkan nama-nama peralatan.2. Guru memberi aktiviti mencari kata secara berpasangan.3. Seterusnya, guru meminta murid-murid untuk mencari nama alatan tangan berpandukan gambar yang diberi.4. Kemudian, guru menayangkan puzzle cari kata pada papan putih.5. Akhirnya, guru memanggil seorang secara rawak untuk menanda nama alatan pada tayangan atas papan putih.

Langkah 2 (20 minit )

1. Guru menayangkan video alatan tangan dan fungsinya. 2. Guru mengadakan permainan pancing dan lekat.3. Guru menyediakan bola ping pola dalam sebuah bekas yang diisi air.4. Murid-murid perlu memancing bola tersebut yang ditulis nombor.5. Seterusnya, murid perlu cari gambar yang mempunyai nombor yang sama dengan nombor bola tadi.6. Setelah mencari nombor tersebut murid perlu menampal pada papan putih dan perlu menulis fungsinya.7. Guru berbincang jawapan yang ditampal di hadapan bersama kelas.8. Guru mengimbas kembali pembelajaran hari ini.

Penutup (5minit)

1. Guru mengimbas kembali pengajaran hari ini.2. Guru merumuskan pengajaran hari ini.

Penilaian Pengajaran dan PembelajaranGuru menanya soalan kepada murid secara rawak tentang pelajaran hari ini.

Pengetahuan Sedia AdaMurid sudah mempelajari alatan tangan dan fungsinya semasa berada di tahap 1.