ruj - smkstictcd.files.wordpress.com€¦ · web viewpihak sekolah telah pun menghubungi dan...
TRANSCRIPT
Ruj. Kami : SMKST 03/01/003/04/ ( )
Tarikh : 1 Ogos 2012
______________________________
______________________________
______________________________
Tuan/Puan,
MAKLUMAN TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH KALI PERTAMA MENGIKUT PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959.
Nama Pelajar : ____________________________________
No. KP/SB : ____________________________________
Tingkatan : ____________________________________
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa anak/jagaan tuan telah melanggar disiplin
dan peraturan sekolah iaitu Salah Laku Ponteng Sekolah di mana anak
tuan/puan tidak hadir Ke Sekolah selama lebih 60 hari (tidak
berturutan/berkala). Pihak sekolah telah pun menghubungi dan
memaklumkan kepada tuan melalui beberapa pucuk surat amaran tetapi
tiada tindakan.
3. Anak/jagaan tuan telah didapati bersalah terhadap kesalahan tersebut
selaras dengan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Saya
sebagai Pengetua berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan
mengekalkan disiplin di sekolah ini, dengan ini anak/jagaan tuan/puan
dikenakan tindakan tatatertib Buang Sekolah dan keputusan ini berkuatkuasa
serta-merta mulai 1 Ogos 2012.
4. Pihak tuan boleh membuat rayuan untuk bersekolah semula kepada
pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor (alamat tercatat di bawah)
dalam tempoh 30 hari selepas menerima surat ini seperti dalam Ordinan
Pe la ja ran 1957 d i bawah Para 10(1 ) dan 10(2 ) , Pera tu ran-
Pera tu ran Pe la ja ran (Disiplin Sekolah) 1959. Sila tandatangan akuan
terima surat makluman ini menggunakan Surat Akuan Terima (lampiran)
yang disertakan bersama-sama ini.
Sekian, terima kasih,
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
____________________________
s.k : 1. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor
2. Pendaftar Sekolah-Sekolah, Jabatan Pelajaran Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen , 40604 Shah Alam. (u.p: Unit Disiplin)