rumusan jurnal

Upload: norhayati-jamaluddin

Post on 07-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rumusan jurnal tentang penglibatan wanita dalam sekan

TRANSCRIPT

RUMUSAN JURNALKerajaan Malaysia mewar-warkan supaya rakyatnya menitikberatkan aktiviti bersukan. Cukup serius sehingga Hari Sukan Negara ditetapkan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun bermula tahun ini. Pada tahun 2015 jatuh pada 10 Oktober (Stadium Astro, 29 Julai 2015). Penglibatan dalam dunia sukan tidak hanya tertumpu pada golongan atlet sahaja. Tetapi ia meliputi semua tidak kira usia, kaum dan jantina. Dalam penulisan ini saya telah memilih jurnal yang bertajuk Minat dan kecenderungan pelajar perempuan terhadap sukan di Institut Pendidikan Guru (IPG) hasil penyelidikan oleh Syed Kamaruzaman Syed Ali, Noor Azuddin Mohd Nordin, Muhammad Faizal a. Ghani dan Fonny Dameaty dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Penyelidikan mereka tertumpu pada penglibatan wanita dalam sukan di 2 buah IPG. Kajian yang dilakukan menggunakan metodologi yang melibatkan kajian lapangan iaitu tinjauan terhadap minat perempuan terhadap sukan dengan menggunakan boring soal selidik. Ia melibatkan seramai 300 orang responden. Dalam penyelidikan tersebut Syed Kamaruzaman et. Al (2014), telah membahagikan soalan kaji selidik kepada 5 bahagian iaitu bahgian A analisa demografi, bahagian B sukan yang diminati samada sukan dalaman indoor seperti badminton, bola jaring, tenpin boling dan sebagainya. Sukan luaran outdoor pula seperti hoki, bola baling, olahraga dan sebagainya. Bahagian C pula memfokuskan kepada kekerapan minat bersukan mengikut jenis sukan. Bahagian D merupakan factor yang menarik minat pelajar perempuan terlibat dengan sukan. Dan bahgian yang terakhir adalah bahagian E dimana factor-faktor yang menghalang minat pelajar perempuan terhadap sukan.Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Kamaruzaman et. al (2014), badminton merupakan sukan yang paling diminati oleh responden mereka. Menurut mereka, ini berkemungkinan pelajar perempuan ini sudah bermain badminton sejak zaman persekolahan atau sejak zaman kanak-kanak lagi. Saya amat bersetuju dengan dapatan kajian mereka dan ini disokong dengan pernyataan dari Deci (1975 yang dinyatakan oleh Yahya et al. 2010) motivasi intrinsic boleh diterangkan sebagai suatu keadaan psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. Sebagai bakal guru, saya dapati banyak lagi jenis sukan yang patut pelajar-pelajar kita khususnya pelajar wanita minati. Minat ini perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. sebagai seorang bakal guru, pengetahuan ilmu sukan perlu dipelajari demi mendidik anak-anak murid saya pada masa akan datang. Kemungkina dengan ilmu yang saya ada akan merubah minat pelajar wanita kita terhadap sukan indoor yang lain seperti skuasy, tenpin boling dan lain-lain.Antara faktor-faktor yang menarik minat pelajar perempuan bersukan yang telah dinyatakan oleh Kamaruzaman et al (2014), adalah bersukan akan dapat ramai kawan, sukakan cabaran, sukan memberikan keseronokan, saya suka bertanding, sukan dapat meningkatkan kecergasan fizikal, sukan dapat meingkatkan tahap kesihatan dan yang terakhir sekali saya sukakan kemengangan. Bunker dan Thorpe pertama kali mencadangkan teaching games for understanding (TGFU) pada tahun 1982 sebagai alternatif kepada tradisional (David et al. 2002). TGFU merupakan satu model pengajaran yang menekankan pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan. Meningkatkan tahap aktiviti fizikal. Menjadikan kelas PJ sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan PJ sehingga masa kini. Oleh yang demikian, teori Bunker amat sesuai di guna pakai kerana salah satu faktor yang dinyatakan adalah persaingan. Para pelajar perempuan sama seperti pelajar lelaki sukakan persaingan semasa bersukan.Analisa faktor yang menghalang minat pelajar perempuan bersukan yang telah dinyatakan oleh Kamaruzaman et al. (2014), adalah bebanan kerja akedemik yang banyak, masalah haid, monopoli oleh pelajar lelaki di tempat bersukan, tidak suka berpeluh, tiada sokongan dan lain-lain. Faktor bebanan kerja akedemik menjadi alasan paling tinggi kenapa pelajar wanita ini kurang terlibat dalam sukan. Daripada penganalisaan data, boleh dikatakan bahawa penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang sukan tidak mendatangkan implikasi negatif terhadap pencapaian akademik mereka. Kenyataan saya di sokong dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd Razali (1993) di mana beliau juga mendapati sebilangan besar daripada responden berpendapat bahawa penglibatan mereka dalam bidang sukan tidak menjejaskan pencapaian akademik.Berdasarkan kepada perbincangan, didapati pelajar-pelajar perempuan di IPG lebih meminati kepada sukan yang mudah dilaksanakan seperti sukan badminton. Terdapat dua faktor utama yang menarik minat mereka untuk bermain iaitu untuk meningkatkan kesihatan dan tahap kecergasan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa faktor yang menjadi penghalang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Faktor tersebut ialah beban akademik yang banyak di mana saya amat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Pelajarpelajar perempuan di IPG merupakan bakal-bakal guru yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah setelah mereka tamat pengajian. Apabila di sekolah, semua guru termasuk guru perempuan sudah pasti akan diberi tanggungjawab untuk sama-sama melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah termasuk aktiviti sukan dan permainan. Oleh yang demikian, sebagai bakal guru ilmu dan pengetahuan itu perlu dipelajri demi mencapai aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merealisasikan satu murid satu sukan.

RUJUKAN

Yahya B. Buntat & Norervina Bte Jailani. (2010). Penglibatan Pelajar Wanita Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Dalam Aktiviti Sukan Di UTM. Universiti Teknologi Malaysia.

Stadium Astro (29 julai 2015) WANITA MALAYSIA PERLU BERSUKAN, http://www.stadiumastro.com/Arena/SukanLain/Berita/Penuh.aspx?id=164495&title=wanita-malaysia-perlu-bersukan

David Kirk and Ann MacPhail. (2002) Teaching Games for Understanding and Situated Learning:Rethinking the Bunker-Thorpe Model .JOURNAL OF TEACHING IN PHYSICAL EDUCATION, 2002, 21, 177-192

Mohd Razali Abdullah. (1983).Perbandingan prestasi akademik atlit dan bukan atlitdi SekolahMenengah Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.Journal Akademik.Maktab Perguruan KualaTerengganu, Jilid IX, 39 47.

2