rural community and culture

17
DEPARTMENT OF URBAN AND REGIONAL PLANNING FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT RURAL COMMUNITY & CULTURE ~ KG. PUNAN BAH, SARAWAK ~ NAME : NOR SAZWANI BT CHE AHMED MATRIC NO / IC : AB080126 / 890711-06-5108 PROGRAMME : 3 SBW – 2010/2011 COURSE : RURAL PLANNING 1

Upload: medalion110789

Post on 01-Nov-2015

202 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Explain the rural community of kg punan bah, along with their culture

TRANSCRIPT

Page 1: rural community and culture

DEPARTMENT OF URBAN AND REGIONAL PLANNING

FACULTY OF BUILT ENVIRONMENT

RURAL COMMUNITY & CULTURE~ KG. PUNAN BAH, SARAWAK ~

NAME : NOR SAZWANI BT CHE AHMED

MATRIC NO / IC : AB080126 / 890711-06-5108

PROGRAMME : 3 SBW – 2010/2011

COURSE : RURAL PLANNING

LECTURER : Assc Prof. Dr IBRAHIM NGAH

DATE : 30 SEPT 2010

1

Page 2: rural community and culture

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 LATAR BELAKANG 1

3.0 SEJARAH KAMPUNG 2

4.0 PROFIL KOMUNITI PUNAN BAH 4

4.1 PENDIDIKAN 4

4.1 EKONOMI MASYARAKAT 5

5.0 CARA HIDUP KOMUNITI PUNAN BAH 6

5.1 AGAMA DAN KEPERCAYAAN 6

5.2 PERAYAAN 7

5.3 ADAT DAN BUDAYA 7

6.0 KESIMPULAN 8

7.0 RUJUKAN 8

2

Page 3: rural community and culture

1.0 PENDAHULUAN

Eksplorasi tentang latar belakang sejarah, kajian dan penyelidikan etnik pribumi di

Sarawak lebih memihak kepada golongan etnik majoriti khususnya Iban, Melayu, dan Bidayuh.

Perhatian sangat kurang diberikan terhadap golongan etnik minoriti yang sebenarnya

merupakan pribumi terawal yang mendiami “Bumi Kenyalang”. Etnik Punan Bah yang mendiami

di daerah Belaga adalah salah satu daripadanya. Perkampungan mereka iaitu Kampung Punan

Bah merupakan satu wilayah pedalaman di Negeri Sarawak, terletak di kawasan terpencil dan

mempunyai tahap aksesibiliti yang rendah samada melalui jalan darat atau air, di mana Pekan

terdekat adalah Pekan Belaga (70km) manakala bandar terdekat adalah Bandar Kapit (99km).

Kampung ini kaya dengan pelbagai khazanah alam semula jadi dan juga nilai budaya tradisional

masyarakatnya.

2.0 LATAR BELAKANG RUMAH PANJANG DAN ORANG PUNAN

Kampung Punan Bah merupakan sebuah rumah panjang yang agak terpencil.

Rumah panjang ini sememangnya unik dan mempunyai nilai sejarahnya tersendiri

memandangkan ia dipercayai sebagai sebuah perkampungan etnik Punan yang tertua dan

terbesar di negeri Sarawak. Ia mempunyai bilangan pintu sebanyak 102 unit dengan penduduk

sekitar 750 orang. Susun atur rumah adalah memanjang dan berdekatan antara satu sama lain

untuk tujuan keselamatan penduduk kerana dipercayai pada zaman dahulu berlaku

permusuhan kaum dan ancaman komunis. Setiap baris rumah mempunyai di antara 8-20 unit

rumah. Struktur rumah panjang yang mempunyai ruang di tengah-tengah rumah dapat

mewujudkan persekitaran yang mesra dan mengeratkan hubungan serta interaksi di kalangan

ahli rumah.

Berdasarkan kajian seorang sarjana sosiologi, Ida Nicolaisen pada tahun 1970-an,

dipercayai rumah panjang Punan Bah ini telah wujud sejak lebih 250 tahun yang lalu. Bukti

arkeologi dan hasil kajian tradisi sejarah lisan etnik Punan Bah menunjukkan kewujudan

Kampung Punan Bah sebagai salah sebuah penempatan terawal orang Punan di Sarawak.

Komuniti yang menetap di perkampungan ini terdiri daripada kaum pribumi Sarawak iaitu etnik

Punan. Harus diingatkan di sini bahawa etnik Punan yang dinyatakan adalah berbeza dengan

3

Page 4: rural community and culture

satu lagi etnik peribumi Sarawak yang disebut Penan. Hal ini ditekankan kerana sehingga hari

ini, masih ramai rakyat Malaysia yang keliru dan menganggap etnik Punan dan Penan adalah

satu kumpulan etnik yang sama, sedangkan banyak kajian sosiologi mahupun antropologi telah

membuktikan kedua-duanya jauh berbeza. Perbezaan terletak di dalam bahasa mereka. Ada

tiga dialek Punan utama yang membezakan mereka dari Penan, iaitu Punan Bah-Biau, Punan

Batu, dan Punan Nibong. Orang Punan merupakan kelompok nomaden yang menjelajahi hutan-

hutan untuk berburu babi hutan dan rusa dengan sumpit.

3.0 SEJARAH KAMPUNG

Punan Bah adalah suku kaum Punan yang terawal dikatakan menduduki sungai Punan

dan Sungai Sematai iaitu Cabang Sungai Bah. Kampung Punan Bah pada zaman dahulu

diasaskan oleh keluarga di kalangan di raja iaitu Taga dan Tado yang kemudiannya dikawal oleh

orang Punan. Cara hidup kaum Punan, seperti juga kaum pribumi yang lain pada zaman dahulu

adalah berpindah ke suatu tempat yang baru apabila hasil hutan yang mereka cari berkurangan

atau habis. Antara tempat terakhir yang diduduki oleh kaum Punan ialah Ulu Bah, Sungai

Permulan, Sungai Punan , Sungai Mieya, Sungai Semetai dan Kuala Diyan. Tetapi tempat yang

menjadi pusat atau dikenali sebagai kampung tetap ialah Kampung Punan Bah (sempena nama

kecil iaitu Sungai Bah) yang kini menjadi petempatan desa yang boleh dihubungi melalui sungai.

Sebelum munculnya pengaruh kerajaan, penduduk asal dahulunya merupakan keluarga-

keluarga kecil yang terdiri daripada adik-beradik dan saudara mara hasil perkahwinan (sepupu

dan seumpama) di Ulu Sungai Bah. Petempatan pada masa itu juga sering berpindah randah

selari dengan gaya hidup tradisional yang bergantung hidup kepada peneroka sumber hutan

dan bertani pindah. Cara mudah berhubung dengan kawasan kajian pada masa itu ialah

berkayuh perahu menyusuri Sungai Bah dan Sungai Rejang untuk ke pekan Kapit. Mereka

menggunakan perahu panjang (disebut “salui” dalam bahasa Punan) sebagai alat pengangkutan

utama yang dianggarkan mengambil masa kira-kira dua minggu perjalanan ke Bandar Kapit dan

lebih kurang seminggu perjalanan ke Pekan Belaga.

Ancaman anasir komunis terutama sekitar 1960-an menimbulkan masalah keselamatan

kepada kehidupan komuniti Punan. Ekoran daripada itu, mereka berhijrah beramai-ramai ke

4

Page 5: rural community and culture

muara Sungai Bah dan membuka perkampungan di kawasan kajian. Aktiviti seharian

masyarakat kampung pada masa itu amat dipengaruhi oleh faktor alam sekitar seperti bentuk

muka bumi, cuaca dan sumber semula jadi. Sebagai bukti, aktiviti penanaman padi bukit telah

dijadikan sebagai aktiviti ekonomi utama di samping memburu dan menangkap hidupan sungai.

Keadaan cuaca sama ada baik atau buruk sentiasa mempengaruhi hasil tangkapan penduduk.

Dari segi perubatan pula, komuniti ini menggunakan sepenuhnya kaedah perubatan semula jadi

yang diperoleh dari dalam hutan seperti herba, akar-akar ubat, pucuk-pucuk kayu yang mujarab

dan sebagainya. Bermula sekitar awal 1970-an sehingga sekarang, orang Punan tidak lagi hidup

berpindah randah.

5

Rumah panjang yang dibina berdekatan dengan rumah sebelah dan di tepi sungai untuk kemudahan penduduk

kewujudan kelirieng atau “burial pole” yang berusia ratusan tahun menjadi warisan budaya komuniti Punan.

Page 6: rural community and culture

4.0 PROFIL KOMUNITI PUNAN BAH

Masyarakat ini merupakan masyarakat yang terdiri sebagai ‘nucleus’ iaitu satu keluarga

beberapa keturunan iaitu ada datuk nenek, ibu bapa, anak-anak. Mereka tinggal di rumah

panjang yang diketuai oleh ‘Ketua lamin’ (suami) dan ‘Ketua rumah’ (ketau). Di kampung

rumah panjang itu ada pula lapisan pemimpin yang dikenali sebagai ‘Ketua kampung’

(penghulu), ‘Pemancar’ dan ‘Temenggung’. Purata saiz isi rumah adalah 6 orang dan nisbah

penduduk mengikut jantina menunjukkan perempuan lebih ramai berbanding lelaki. Lelaki

dewasa lebih cenderung untuk berhijrah keluar.

4.1 PENDIDIKAN

Sekitar awal 1970-an, sebuah sekolah rendah telah dibina apabila orang Punan Bah

berkeputusan untuk tinggal menetap di Kampung Punan Bah. Sehingga sekarang, sekolah

itu masih kekal dan digunakan oleh anak didik masyarakat Punan. Bermula dari sini,

komuniti Punan mula menerima pendidikan yang formal. Komuniti ini umumnya

mempunyai tahap pendidikan dan pengembangan pendidikan yang rendah ekoran

daripada faktor kekurangan fasiliti, kewangan dan pendedahan mengenai pendidikan.

Tetapi di dalam kekurangan ini, masih ada penduduk Punan yang berjaya menuju ke arah

kejayaan. Buktinya ada di antara mereka yang cemerlang di dalam peperiksaan dan

melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Sekitar Oktober 2009, Punan National

Association (PNA) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan

Pendidikan dan Ceramah Kecemerlangan Pendidikan. Semua pelajar Punan dari Punan Bah

yang cemerlang dalam UPSR, STPM dan Pelajar Universiti pada tahun sebelumnya telah

menerima insentif daripada PNA yang merupakan salah satu usaha untuk menyuntik

semangat anak-anak Punan tentang pentingnya pendidikan. PNA merupakan pertubuhan

etnik Punan yang berfungsi untuk menjaga hal ehwal dan kebajikan etnik tersebut dalam

semua hal.

6

Page 7: rural community and culture

4.2 EKONOMI MASYARAKAT

Komuniti Punan Bah menjadikan ekonomi tradisional sebagai sumber utama

pendapatan ekonomi mereka. Sebagai contoh menoreh getah, menjalankan aktiviti pertanian

padi bukit, menjadi buruh pembalakan, mencari hasil hutan dan sebagainya di mana sumber

alam menjadi nadi utama. Kebanyakan masyarakat ini bekerja sebagai petani di mana

mengamalkan “sistem kepelbagaian tanaman” dalam sesuatu tapak pertanian. Dipercayai

mereka boleh menanam lebih 26 jenis tanaman pada satu-satu masa di atas sebidang tanah

yang sama. Pada masa kini, perkembangan teknologi pertanian telah meningkatkan produktiviti

hasil pertanian mereka melalui skim galakan pertanian kerajaan dan penggunaan baja kimia

dan organik.

Selain bekerja, masyarakat Punan menggunakan kemahiran yang ada sebagai

pendapatan tambahan untuk seisi rumah. Faktor lokasi tempat tinggal iaitu di kawasan

pedalaman memungkinkan orang Punan mempunyai kemahiran dalam membuat kraftangan,

memburu dan mencari hasil hutan. Kemahiran ini telah diwarisi turun temurun sejak nenek

moyang. Keunikan kraftangan tradisional masyarakat Punan telah mewujudkan pusat budaya

dan kraftangan di kampung itu. Dengan adanya pusat ini, sedikit sebanyak dapat membantu

meningkatkan jumlah kedatangan pelancong asing ke kampung tersebut. Kampung Punan Bah

ini juga terkenal sebagai kawasan pelancongan budaya tradisional. Kemudahan homestay telah

diwujudkan di kampung ini untuk menghidupkan fungsinya sebagai kawasan eko-pelancongan

di bandar Kapit. Fungsi ini dapat mempengaruhi mewujudkan Kemudahan awam di kampung

Punan Bah. Dengan ini wujudnya kemudahan seperti klinik deasa, telefon awam, sekolah

rendah, laluan pejalan kaki dan jambatan. Walaubagaimanapun, kampung ini tiada bekalan

eletrik 24jam serta bekalan air yang tidak lancar kerana tekanan yang rendah. Penduduk

terpaksa menggunakan enjin generator minyak yang dikongsi dengan saudara terdekat di

sebelah malam.

7

Page 8: rural community and culture

5.0 CARA HIDUP KOMUNITI PUNAN BAH

Kebiasaannya kira-kira pukul 5 hingga 6 pagi, kaum lelaki Punan akan keluar untuk

mencari rezeki di mana aktiviti harian penduduk bermula. Mereka akan keluar untuk memburu

binatang, menangkap ikan untuk dijadikan bekalan makanan seisi keluarga. Ada di antara

mereka yang mencari rotan untuk dijadikan tikar dan bakul, serta kayu api untuk tujuan

memasak. Manakala kaum perempuan ditugaskan untuk mengendalikan kerja-kerja rumah

seperti memasak, menguruskan anak dan sebagainya termasuk menganyam tikar dan membuat

bakul. Pada sebelah pagi, mereka akan turun ke sungai untuk membasuh pakaian dan mencuci

alat dapur untuk keperluan masakan. Antara masakan kegemaran masyarakat Punan ialah isi

sagu yang diproses, ubi kayu yang ditumbuk halus, pucuk paku dan timun sebagai ulam. Daging

utama yang biasa dimakan ialah daging kancil, rusa dan babi hutan yang boleh dimasak sup

atau panggang. Binatang ini akan diburu dengan menggunakan senapang laras dan jerat

tradisional.

Pada sebelah malam, penduduk kampung akan berehat sambil menonton televisyen

dan mendengar radio. Bagi orang-orang tua, mereka akan menjalankan upacara perubatan

tradisional yang disebut sebagai mu’t dalam bahasa Punan. Upacara ini dijalankan seramai 4

hingga 6 orang dengan menggunakan muzik tradisional iaitu sape dan gendang.

5.1 AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Kebanyakan penduduk Punan Bah menganut agama Bungan iaitu agama asal nenek

moyang sejak turun temurun. Dalam agama ini, tuhan yang di sembah ialah tuhan Bungan dan

Tenangan. Asal usul kepercayaan Bungan di kalangan kaum Punan dipercayai dibawa oleh suku

kaum Kenyah. Di Sarawak, Bungan kini hanya diamalkan oleh suku kaum Punan dan Penan

sahaja. Bungan merupakan kepercayaan baru yang bertapak di Kalimantan pada sekitar 1947

dan tersebar ke daerah Belaga sekitar pertengahan tahun 1950-an.

8

Page 9: rural community and culture

5.2 PERAYAAN

Perayaan terpenting bagi penganut Bungan ialah hari Bungan yang biasanya dirayakan

selepas musim menuai padi, iaitu tanda kesyukuran ke atas hasil tuaian padi pada sesuatu

musim. Perayaan ini disambut setiap 31 Mei. Perayaan bermula dengan perhimpunan seluruh

penduduk di Lasan Bungan yang di ketuai oleh seorang guru Bungan. Guru ini akan membaca

doa kesyukuran dan menyimbah darah binatang korban ke atas setiap tetamu yang hadir.

Selepas upacara tamat, doa akan dibacakan sebagai upacara kemuncak. Para tetamu akan

dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan tradisional dan minuman tuak atau burak dalam

bahasa Punan. Malam hari Bungan akan dimeriahkan dengan tarian ngajat dan pesta ratu

cantik yang akan berlanjutan selama dua hari.

5.3 ADAT DAN BUDAYA

Masyarakat Punan sangat terkenal dengan adat perkahwinan. Salah satu adat yang

perlu dilakukan selepas berkahwin ialah adat memberi belian atau dikenali sebagai adat Belian.

Adat ini boleh didefinikan sebagai satu tindakan kaum lelaki(suami) masyarakat Punan yang

wajib memberi seberapa banyak barang-barang keperluan kepada puhak perempuan. Barang-

barang ini adalah terdiri daripada barang-barang lama seperti gong, barangan pinggan

mangkuk, seset pakaian seperti kain sengket serta barang yang berupa tembaga. Kebiasaannya

jumlah yang dipersembahkan kepada pihak wanita adalah mengikut kemampuan pihak lelaki.

Adat ini juga dikatakan sebagai nilai bagi seorang wanita Punan yang berumahtangga. Oleh itu

setiap wanita Punan yang telah berkahwin berhak menerima belianndaripada pihak lelaki.

Biasanya satu keramaian akan diadakan apabila pihak lelaki mempersembahkan belian itu

kepada pihak perempuan.

9

Pakaian tradisional yang dipakai semasa hari perkahwinan

Page 10: rural community and culture

6.0 KESIMPULAN

Setiap komuniti mempunyai budaya dan cara hidup yang berbeza. Bagi komuniti luar

bandar Punan Bah, mereka masih mengamalkan cara hidup tradisional zaman dahulu walaupun

bukan sepenuhnya dek perubahan zaman ke arah kemajuan. Dari sudut positif, perkembangan

dan kemajuan kampung bertambah dengan wujudnya kemudahan dan infrastruktur yang lebih

sempurna.

Budaya dan cara hidup pribumi ini ialah sikap saling bekerjasama dan tolong menolong

telah terbentuk secara semula jadi di kalangan komuniti Punan Bah. Amalan kepada budaya

tradisional juga telah mengeratkan hubungan sesama penduduk manakala nilai budaya

tradisional itu sendiri telah menjadikan komuniti ini satu tarikan yang unik.

7.0 RUJUKAN

1. http://punan.info

2. http://blogspot.keluvi.Punan.Bah

3. Latar belakang Geografi dan Sejarah oleh Ketut Ardhana dan Lamijo

4. Komuniti mampan Punan Bah oleh Annai Minsai

10