sabah dan swak
DESCRIPTION
kkTRANSCRIPT
1.0 Pengenalan
Sebelum kurun ke-19, Sabah dan Sarawak adalah merupakan jajahan takluk
Kesultanan Brunei. Nama Sarawak dipercayai berasal daripada nama Batang Sarawak atau
Sungai Sarawak dan meliputi keseluruhan kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh
Sarawak. Nama Sarawak juga turut dikatakan berasal daripada penemuan galian batu bijih
timah iaitu ‘serawak’ yang mempunyai belerang dan antimoni. Sarawak sangat kaya
dengan antimony dan emas. Sejarah Sarawak bermula di kawasan sekitar Kuching, iaitu
dari Tanjung Datu ke Sungai Samarahan. Masyarakat Sarawak telah memberontak
disebabkan keganasan yang dilakukan oleh Pangeran Indera Mahkota. Penentangan tersebut
mengambil telah dapat ditamatkan dengan bantuan James Brooke. Sebagai ganjarannya,
Sarawak telah diserahkan kepada James Brooke. Dengan itu, wujudlah satu entiti politik
Sarawak di bawah pemerintahan Keluarga Brooke. Jagjit Singh Sidhu (2001)
Sabah pula merupakan sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan
Borneo. Nama ‘Saba’ diberikan oleh Kesultanan Brunei pada kurun ke-16. Nama Sabah
berasal daripada nama pisang ‘Saba’. Pada abad ke-15, nama ‘Sabah’ pertama kali
digunakan oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga
ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya, sebelum kedatangan Syarikat
Berpiagam Borneo Utara dan British lagi, nama Sabah telah digunakan. Pada tahun 1881,
nama ‘Sabah’ telah ditukar kepada ‘Borneo Utara’ secara rasmi setelah negeri Sabah diambil
alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Walau bagaimanapun, pada tahun 1963, nama
‘Sabah’ kembali digunakan selepas negeri tersebut menyertai Malaysia. Mazlan Bin
Abdullah (2012)
Sebelum 188, Sabah merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Brunei.
Sabah telah diperintah oleh wakil-wakil Sultan Brunei yang bergelar Pangeran sejak kurun
ke-16 hingga ke-19. Kedaulatan Sultan Brunei ke atas Sabah semakin lemah selepas
1
kemangkatan Sultan Bulkiah. Apabila perebutan kuasa berlaku antara Sultan Mohammad Ali
dan Bendahara Abdul Mumin sekitar tahun 1662, Kesultanan Sulu mula berkuasa ke atas
Sabah. Oleh itu, bagi menghapuskan pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan
Muhammad Ali, Sultan Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu. Sebagai
ganjaran di atas pertolongan Sultan Sulu, Sultan Brunei telah memberikan sebahagian
daripada Sabah (bahagian Pantai Timur Borneo) kepada Sultan Sulu. Jagjit Singh Sidhu
(2001)
2
2.0 Sejarah Sabah dan Sarawak 1841-1963
Sabah dan Sarawak sebelum kedatangan British
Institusi kesultanan dan perilaku pendukungnya turut memainkan peranan dalam memberi
laluan kepada penembusan dan pertapakan penjajahan British (yang diwakili Regim Brooke
dan The British North Borneo Chartered Company di Borneo Utara) pada abad ke-19.
Pada kurun ke-10 hingga kurun ke-13 Sarawak dikatakan telah berada di bawah
kerajaan Srivijaya. Penguasaan kerajaan ini ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah
menyebabkan orang Melayu dan Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran
Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong iaitu satu
pelabuhan entrepot yang terpenting di Nusantara. Pada kurun ke-13 Sarawak telah dikuasai
oleh kerajaan Majapahit. Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah
berhijrah pada kurun ke-15 dan setelah itu berkahwin dengan anak perempuan Raja Jarom di
Johor. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang muncul golongan bangsawan Melayu
Sarawak yang digelar Abang. Golongan perabangan Sarawak telah memegang jawatan
terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan
Brooke di Sarawak. Akan tetapi pada awal abad ke-19 Sarawak terletak dibawah penguasaan
Kesultanan Brunei. Catatan awal menunjukkan Kesultanan Brunei merupakan kerajaan yang
kuat dan kaya meliputi kawasan Sarawak di barat hingga Manila di sebelah utara. (Ruslan
Zainuddin, 2006)
Tetapi tidak lama kemudian Kesultanan Brunei mengalami kemerosotan dan menjadi
semakin lemah apabila kedatangan Barat seperti Sepanyol di Filipina dan Belanda di
Indonesia dan beberapa saudagar British di Borneo dan Selat Melaka. Sebahagian jajahan di
utara telah diserahkan kepada Kesultanan Sulu. Setelah berlaku beberapa peristiwa di
Sarawak maka berlaku campur tangan antara pihak Inggeris iaitu James Brooke, beberapa
3
pentadbiran Sarawak telah diambil alih. Dinasti Brooke telah memerintah Sarawak selama
seratus tahun dan mencapai kegemilangan sebagai “Raja Putih” (“White Rajahs”), dan telah
diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam empayar British. Brooke adalah seorang
hartawan Inggeris dan juga seorang ahli pelayaran yang berpengalaman. Beliau telah belayar
ke beberapa tempat di dunia untuk berniaga dan juga bertujuan untuk menjajah. Kedatangan
Brooke ke Sarawak adalah secara kebetulan sahaja. (Zurina Ismail, 1987)
Pemerintahan di Sarawak pada mulanya adalah berasaskan sistem feudal yang
meletakkan kekuasaan mutlak pemerintahan kepada ketua yang bergelar sultan. Sultan
berhak menentukan pemerintahan atas kehendaknya seperti perlantikan pembesar,
pembangunan dan sebagainya. Sultan juga adalah ketua angkatan perang dan mengetuai adat
istiadat serta ketua agama Islam. Kemudian susun lapis seterusnya ialah golongan pembesar
yang terdiri daripada kerabat diraja itu sendiri serta pemimpin tempatan yang berkebolehan.
Pembesar akan dilantik oleh sultan dan diberi kepercayaan untuk menjaga kawasan jajahan.
Kawasan yang dijaga oleh pembesar ini lebih dikenali sebagai kawasan pegangan. Oleh itu,
pembesar yang dilantik akan mewakili sultan di kawasan tersebut. Golongan pedagang yang
berdagang adalah susun lapis ketiga. Pedagang yang menjalankan kegiatan perdagangan di
kawasan perairan Borneo ini ada yang menetap dan berkahwin dengan orang tempatan.
Sebelum kedatangan Barat, negeri Sabah atau Borneo Utara sudah mempunyai sistem
pemerintahan sendiri di bawah Kesultanan Brunei. Pada mulanya Sabah atau Borneo Utara di
kuasai oleh dua pihak iaitu bahagian Barat oleh Kesultanan Brunei iaitu kawasan pantai
antara Pandasan hingga Kimanis dan sebelah Timur di kuasai oleh Kesultanan Sulu iaitu
kawasan pantai dari Teluk Marudu hingga ke Sungai Sibuku. Kawasan tersebut diperoleh
daripada Brunei sebagai hadiah kerana membantu dalam menyelesaikan masalah
pertelingkahan takhta di negeri tersebut. Kawasan dari Pandasan hingga ke Teluk Marudu
ditadbir oleh para pembesar bebas yang dikenali sebagai ‘Syarif’ dan kawasan pedalaman
4
ditadbir oleh dan dikuasai oleh kaum perbumi sendiri. Kawasan yang dibawah Kesultanan
Brunei dan Sulu ditadbir mengikut pemerintahan kesultanan Melayu dan adat istiadat yang
berasaskan agama Islam. Sejak abad ke-16, Sabah sudah dikenali oleh para pedagang sebagai
sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi seperti batu arang, rotan, mutiara, emas, gambir
dan sarang burung. Kekayaan hasil bumi telah menarik minat para pedagang dari Barat
seperti Portugis, Sepanyol, Belanda dan British untuk singgah berdagang di Sabah sebelum
meneruskan perjalanan ke negara China. Pertapakan British dimulai dengan dengan
perjanjian perdagangan yang ditandatangani antara seorang pegawai British bernama
Alexander Dalrymple dengan sultan Sulu iaitu Sultan Muizuidin pada tahun 1764. Pada tahun
1865, Amerika Syarikat telah membuat perjanjian dengan sultan Brunei, Sultan Abdul
Mu’min dan meletakkan seorang konsulnya di Brunei iaitu Charles Le Moses Haji. (Haji
Buyong Adil, 1981)
5
3.0 Bentuk Muka Bumi
Sarawak mempunyai pantai lautnya sepanjang kira-kira 500 batu. Bentuk muka bumi
negeri Sarawak pada keseluruhannya adalah bergunung-ganang yang curam. Gunung Murud
merupakan gunung yang paling tinggi di Sarawak yang tingginya kira-kira 7,950 kaki dan
diikuti oleh Gunung Mulu kira-kira 7,798 kaki. Sarawak masih dilitupi hutan sekunder dan
primer yang masih belum diduduk secara tetap oleh penduduknya iaitu kira-kira tiga
perempat keluasannya. Namun begitu, di kawasan-kawasan hutan ini masih terdapat
sekumpulan kecil suku etnik Penan yang masih mengamalkan cara hidup tradisi mereka.
Malaysia Timur terletak di bahagian utara pulau Borneo, iaitu merupakan pulau yang
ketiga terbesar di dunia selepas New Guinea dan Greenland. BORNEO, atau panggilan
aslinya, Pulo Kalamantan atau Kalimantan, dengan keluasan 740,000 kilometer persegi.
Pengklasifikasian 'Borneo' untuk pulau tersebut adalah timbul daripada salah faham penulis-
penulis Barat untuk perkataan asalnya, iaitu Burni. Orang China telah mengenali Burni atau
Borneo berdasarkan rekod awal dinasti-dinasti yang memerintah negara mereka sebelum
kedatangan orang Barat ke rantau ini. Ramai di kalangan sarjana percaya bahawa istilah
Burni pada asalnya merupakan satu rujukan kepada sebuah kerajaan dan bandar yang terletak
di sebelah pantai barat-laut pulau Borneo, iaitu merujuk kepada negara Brunei Darussalam
pada hari ini. Istilah ini memang agak popular di kalangan penduduk Tanah Melayu ketika
penjajahan orang Portugis berlaku dalam tahun masihi 1511. Dalam hal ini Hugh Low (1988)
sendiri mempercayai satu hakikat ketika itu, berkata …it being rarely the custom of the
natives [peribumi Tanah Melayu] to apply a distinguishing name to the whole as, and
collectively, but to designate each part by the name of the most powerful kingdom situated in
it. Misalnya, suatu ketika dahulu istilah Tanah Melayu ada kaitannya dengan keagungan
kerajaan Melayu-Jambi di Sumatra. Justeru itu, Tanah Burni atau the land of Burni lahir
6
sebagai nama kerajaan yang terkuat di pulau Borneo dalam di antara kurun masihi ke-15 dan
ke-16. Di samping itu, satu persamaan di sini boleh kaitkan dengan istilah Tanah
Banjarmasin yang digunakan oleh Jawa untuk wilayah kerajaan Banjarmasin di bahagian
selatan pulau Borneo.
Menurut L. W. Jones, (1966). Borneo dan Brunei adalah berasal daripada satu
perkataan yang sama di mana lebih dari 1000 tahun dahulu Brunei dinamakan sebagai
‘Borneo Proper’.
‘Borneo’ and ‘Brunei’ are basically the same word, and indeed no more than 100 years ago Brunei was to as ‘Borneo Proper’.
Menurut Hunt (1812) dalam buku Sarawak, Brunei and North Borneo yang ditulis
Heyward Nigel (1963), beliau menyatakan bahawa Pulo Kalimantan [atau Burni] merupakan
nama sebuah ibu kota bagi tiga buah kerajaan (Brunei, Sambas dan Kutai) yang berasingan di
pulau Borneo ketika itu. Borneo dibahagikan kepada tiga wilayah politik antarabangsa. Dua
daripadanya adalah bekas tanah kolonial dan satu lagi berstatus protectorate (naungan).
Wilayah terbesar dengan keluasan 340,000 kilometer persegi yang meliputi sebahagian besar
kawasan di timur, selatan dan barat pulau Borneo merupakan wilayah Kalimantan. Wilayah
ini merupakan bekas jajahan Belanda dan memperolehi kemerdekaannya pada tahun 1949
dalam Republik Indonesia. Wilayah ini dibahagikan kepada empat kawasan pentadbiran
utama; Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur.
Lebih kurang satu pertiga keluasan pulau Borneo di bahagian barat-laut dan utara meliputi
wilayah Sarawak, Brunei dan Sabah. Wilayah Brunei yang terletak di antara Sabah dan
Sarawak terpecah kepada dua wilayah oleh Bahagian Limbang, Sarawak. Wilayah Politik
yang kedua besar dengan keluasan 200,000 kilometer persegi disebut sebagai Malaysia Timur
yang merujuk kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak. Kedua-dua negeri ini pada mulanya
menjadi negeri naungan British sejak tahun 1888. Dalam tahun 1946 kedua negeri ini diletak
7
dibawah pentadbiran Kerajaan Kolonial British. Dalam tahun 1957, kedua-duanya
memperolehi kemerdekaan bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu dan
Singapura. Dalam tahun 1963 negeri Sabah dan Sarawak menyertai gabungan negeri-negeri
Melayu yang lain kecuali Brunei dan Sngapura untuk penubuhan Persekutuan Malaysia.
Wilayah politik yang ketiga dengan keluasan 5,765 kilometer persegi di sebelah barat-
laut Borneo ialah negara Kesultanan Brunei Darussalam. Brunei juga merupakan bekas
wilayah naungan British sejak tahun 1888 bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak. Brunei
mencapai kemerdekaannya pada 1 Janurari 1984.
Negeri Sabah, negeri Sarawak dan negara Brunei dikelilingi oleh tiga perairan laut
yang menyimpan banyak sejarah ketamadunan manusia di masa lampau, iaitu Laut China
Selatan di sebelah barat, Laut Sulu di sebelah utara, dan Laut Sulawesi di sebelah timur.
Terutamanya, ketiga-tiga laut tersebut merupakan kemudahan perhubungan semulajadi bagi
sebarang kegiatan penting dan migrasi manusia dari Tanah Besar Asia, Malaya dan
kepulauan Indonesia. Seawal kurun Masihi ke-14 lagi orang Cina telah mula bertapak di
negara dan negeri-negeri Borneo. Namun migrasi orang Cina dari Tanah Besar Asia secara
besar-besar hanya berlaku seawal tahun 1820an, khususnya tertumpu ke sekitar Sibu dan
Sandakan. Migrasi orang Melayu dari Malaya, Jawa dan Sumatra ke Borneo Utara,
khususnya ke Sarawak dan Brunei mula berlaku seawal kurun masihi ke-13 lagi melalui Laut
China Selatan. Sementara Laut Sulu memberi laluan kepada kemasukan unsur-unsur dari
Filipina, khusus ke Sabah. Di samping itu, Laut Sulawesi di sebelah timur dan Laut Jawa di
sebelah selatan juga penting kepada penduduk Borneo amnya dari segi ekonomi perniagaan
dengan saudagar-saudagar dari Pulau Jawa, dan Sumatra. Zakiah Hanun (1989)
8
Sabah terletak di bahagian utara Borneo, iaitu kira-kira pada garis lintang 30 42' ke
utara dan garis bujur di antara 1150 20' hingga 1190 15' ke timur. Sabah merupakan negeri
yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 73,620 kilometer persegi,
bersempadan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeri Sarawak
di sebelah barat-daya. Negeri Sabah dalam zaman penjajahan dikenali sebagai North Borneo
[BorneoUtara]. Buyong Adil Haji (1981)
Pada asalnya, nama 'Sabah' itu merupakan nama asli penduduk peribumi di Sabah
bagi bahagian tertentu di pantai barat laut, khususnya yang telah digunakan secara rasmi pada
tahun 1877 sempena penganugerahan gelaran Maharaja Sabah kepada Baron Gustave Von
Overbeck (salah seorang pengarah syarikat British North Borneo Company) oleh Sultan
Brunei, Abdul Momin (1852-85). Kawasan 'Sabah' ketika itu adalah merujuk kepada semua
wilayah, sungai, daratan dan daerah yang terletak di dalam kawasan antara Teluk Kimanis di
pantai barat laut Borneo dengan Sungai Sibuko di pantai timur. Di antara 21 Jun 1877 dan 22
Januari 1878, kawasan-kawasan tersebut telah disewakan kepada Syarikat Berpiagam Borneo
Utara oleh Sultan Abdul Momin Brunei, Pengiran Temenggung Sahibul Bahar Brunei, dan
Sultan Jamal Al-Alam Sulu. Istilah 'Sabah' ini secara beransur-ansur digunakan untuk
merujuk kepada wilayah Borneo Utara tetapi istilah ini mula digunakan secara rasmi sejak
mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 melalui kemasukannya dalam Persekutuan
Malaysia. Buyong Adil Haji (1981)
Negeri Sabah terdiri daripada lima bahagan pentadbiran iaitu Tawau, Sandakan,
Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman.Bahagian-bahagian tersebut dibahagikan kepada daerah-
daerah pentadbiran, iaitu sejumlah 23 buah daerah keseluruhannya diu Sabah. Kinabatangan
merupakan daerah yang terbesar dengan keluasan 17,594 kilometer persegi. Manakala Kota
Kinabalu adalah daerah yang terkecil sekali dengan keluasan 350 kilometer persegi.
9
Sarawak pula terletak di bahagian sebelah barat-laut Borneo, iaitu merupakan pulau
ketiga terbesar di dunia selepas Greenland dan New Guinea. Sarawak berada pada kedudukan
kira-kira di antara 00 50' hingga 50 0' ke utara garisan lintang dan di antara 1090 5' hingga
1150 50' pada garisan bujur. Ia bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia di sebelah
selatan, sementara di sebelah barat dan utara adalah disempadani oleh Laut China Selatan,
negara Brunei dan negeri Sabah. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia
dengan keluasan kira-kira 123,985 kilometer persegi. Ibu negeri Sarawak ialah Kuching,
Selain daripada bandaraya Kuching, terdapat beberapa bandar penting yang lain seperti Sibu,
Miri dan Bintulu. Heyward, Nigel (1963)
Terdapat banyak sungai di Sarawak. Sungai yang terpanjang ialah Batang Ayer
Rejang atau kini dikenali sebagai Sungai Rajang, iaitu sepanjang kira-kira 350 batu mengalir
ke arah barat-laut Sarawak, di mana terletaknya bandar Sibu.
Sabah-sungai Kinabatangan dengan panjang 347 batu dari puncak Banjaran mengalir ke
arah timur Daerah Sandakan ke Laut Sulu. Heyward, Nigel (1963)
Sehingga ke hari ini sistem perhubungan di Sarawak masih terhad, terutamanya oleh
kerana masalah keadaan bentuk muka bumi yang rumit menjadi punca utama kelambatan
usaha pembangunan sistem perhubungan dilakukan di negeri tersebut. Kini bandar-bandar
utama di di antara Kuching hingga ke Limbang telahpun dihubungi oleh sebuah jalanraya
separa-bertar. Perhubungan bandar-bandar dengan kawasan pinggir dan pedalaman masih
lagi dihubungi dengan jalan-jalan kecil dan bot-bot laju serta perahu bermotor.
10
4.0 Masyarakat Penduduk : Permasalahan Asal-usul
Sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, tidak wujud sejarah bertulis di kalangan
kumpulan-kumpulan etnik di Borneo. Kisah-kisah lalu mengenai pengalaman dan kehidupan
mereka wujud dalam bentuk tradisi lisan yang disampaikan turun temurun hingga ke hari
ini. Tidak dapat dipastikan dengan tepat bila dan bagaimanakah kemunculan penduduk
peribumi asli yang mula sekali menghuni pulau Borneo amnya. Nenek moyang peribumi asli
di Borneo dipercayai telah melalui beberapa siri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun
yang lalu. Kedatangan dan pendudukan awal mereka adalah berlaku di kawasan-kawasan
pantai dan tanah rendah. Lambat laun kemudian penempatan mereka mula tersebar ke
kawasan-kawasan pedalaman. Andaian umum menyebut bahawa kumpulan yang terawal
tersebar ke pedalaman adalah berlaku akibat daripada desakan daripada kemunculan
kumpulan pendatang baru sejak lebih kurang pada ke-15. Justeru itu, wujud tanggapan
bahawa ciri-ciri kemasyarakatan primitif yang masih wujud di kawasan pedalaman Borneo
adalah ekoran daripada ketiadaan hubungan mereka dengan orang luar. Sungguhpun
demikian, hakikat keadaan taburan penduduk di Borneo pada hari ini menafikan tanggapan
seumpama. Misalnya, proses migrasi yang telah berlaku sejak beberapa zaman yang lampau
telah menjadikan negeri Sabah sebuah masyarakat yang berbilang keturunan, budaya, adat
dan kepercayaan. Heyward, Nigel (1963)
Dalam bukunya bertajuk Borneo People, Malcolm MacDonald (1985) telah
mengutarakan satu rumusan yang jelas sekali mengenai penduduk peribumi asli Borneo
dalam beberapa dekad yang lalu, khususnya yang telah ditemuinya di wilayah Sarawak,
bahawa;
11
…natives in the deep jungle are 'uncivilized' pagans. They associate together in primitive
tribal organization and are divided among distinct ethnological groups called Punans,
Penans, Kayans, Kenyahs, Ibans, Land Dayaks, Muruts, and various others. They are the
real 'wild men of Borneo'.
Kenyataan tersebut telah menjadi asas pemikiran kepada pengkaji-pengkaji asing,
khususnya para sarjana Barat dalam usaha mereka membina semula sejarah masyarakat
peribumi asli di wiliayah negeri Sabah dan wilayah negeri Sarawak, malah hingga akhir ini
pun. Pandangan yang seumpama seharusnya dikemaskinikan di kalangan para sarjana luar
dan juga tempatan, memandangkan kemajuan hidup yang telah dicapai oleh masyarakat
penduduk peribumi di kawasan-kawasan pedalaman Borneo amnya jelas sekali tidak tepat
dengan penggunaan istilah "tribe" atau 'tribal" dalam penulisan-penulisan ilmiah kini dan di
masa hadapan. Buyong Adil Haji (1981)
Manakala bagi wilayah Sabah, menurut andaian setakat ini menyebut bahawa
masyarakat manusia di Sabah pada awalnya adalah terdiri daripada beberapa suku etnik
peribumi asli yang kemudiannya telah berubah menjadi sebuah masyarakat majmuk
terutamanya ekoran daripada proses migrasi yang mula berlaku seawal-awalnya pada kurun
masihi yang ke-10 lagi daripada Tanah Besar China, India, Kepulauan Filipina dan Sulu,
Kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia dan lain-lain. Mengikut bancian rasmi tahun 1980,
penduduk negeri Sabah berjumlah kira-kira 1,002,698 orang. Masyarakat negeri ini terdiri 29
kumpulan suku etnik yang dikelaskan sebagai Bumiputra, 12 kumpulan etnik bukan
Bumiputra; termasuk 6 kumpulan suku etnik Cina dan selebihnya adalah berketurunan
Pakistan, India, Eropah, dan lain-lain. Pada amnya kumpulan-kumpulan etnik dan suku etnik
tersebut biasanya digolongkan ke dalam tiga kumpulan etnik utama, iaitu Bumiputra Melayu-
Islam, Bumiputra bukan Melayu, dan Cina. Tegasnya, sehingga kini masih tidak ada bukti
12
secara nyata tentang kewujudan satu etnik asli di Sabah.
Penduduk peribumi asli Sabah (Borneo Utara) menurut klasifikasi awal yang diberikan oleh
Syarikat Berpiagam Borneo Utara terdiri daripada kaum Dusun, Murut, Bisaya, Orang
Sungai, Kwijau, Kedayaan, Idahan, Bajau, Brunei, Dayak, Suluk, dan lain-lain. Dusun dan
Murut merupakan dua kumpulan kaum yang terbesar bilangannya. Mereka mewakili lebih
kurang 50 peratus daripada jumlah penduduk Sabah dalam kurun masehi ke-19. Pada
keseluruhannya penduduk peribumi merangkumi lebih kurang 80 peratus daripada penduduk
Borneo Utara ketika itu. Namun peratusan ini mula merosot sekitar akhir kurun masihi ke-19,
khususnya setelah kemasukan kaum pendatang seperti Cina sejak tahun 1887. Pihak penjajah
terus menerus mengambil pekerja-pekerja upahan dari luar mengakibatkan berlakunya
kemasukan beramai-ramai tanpa sekatan kemudian, terutamanya daripada Kalimantan dan
Filipina. Pedatang-pedatang ini dikehendaki dalam sektor perladangan tembakau sekitar
tahun 1900 dan 1910 dan getah sekitar tahun 1910 dan 1940. Dalam tempoh tersebut,
keluasan tanaman tembakau ialah kira-kira 15,000 ekar, dan sementara getah pula kira-kira
128,680 ekar. Buyong Adil Haji (1981)
Perkembangan penduduk dan pengangkutan dari ladang-ladang dan perlombongan
telah meningkatkan proses perbandaran. Terdapat 5 pusat bandar uyang berkembang dengan
pesat dan menjadi tumpuan perdagangan dan pentadbiran ketika itu, iaiti Jesselton (Kota
Kinabalu), Tawau, Kudat, Lahad Datu dan Sandakan. Kegiatan perlombongan oleh pedatang
Cina berlaku sejak penemuan emas di Sungai Segama pada tahun 1880. Di samping itu pekan
Tawau dan Sandakan merupakan tempat pengeluaran arang batu dari tahun 1890 hingga
tahun 1905.
Taburan Penduduk Sabah Mengikut Anggaran Buku Tahunan Perangkaan 1999
Penduduk Sabah pada hari ini dianggarkan berjumlah lebih kurang 1.7 juta orang (1991).
Terdapat lebih kurang 34 kumpulan suku kaum di Sabah. Pada amnya struktur masyarakat
13
Sabah dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu Bumiputra Melayu-Islam,
Bumiputra bukan Islam, dan Bukan Bumiputra. Bumiputra Melayu-Islam merangkumi
kaum Melayu, Brunei, Brunei, Suluk, Bugis, Bisaya, Bajau, Idahan, Banjar, Tidong, Orang
Sungei, Illanun, Kadayan dan Cocos. Bumiputra bukan Islam merangkumi suku kaum
Kadazan-Dusun, Murut, Kwijau, Lotud, Rungus, Tambanuo, Dumpas, Maragang, Paitan,
Minokok, Rumanau, Mangka'ak, dan termasuk Sino-Filipina. Bukan Bumiputra merangkumi
kaum Cina, India, dan lain-lain. Permasalahan timbul apabila munculnya kenyataan Rutter
(1929: 20) mengatakan bahawa semua penduduk pribumi di Sabah berasal daripada tempat
lain oleh kerana tiada bukti yang nyata tentang kewujudan satu kaum asli di Sabah. Buyong
Adil Haji (1981)
Taburan Penduduk Sarawak Mengikut Anggaran Buku Tahunan Perangkaan 1999
Penduduk Sarawak dianggarkan berjumlah lebih kurang 1.6 juta orang (1991). Terdapat lebih
kurang 29 kumpulan suku kaum. Struktur masyarakat Sarawak juga lebih kurang sama
dengan struktur masyarakat Sabah. Bumiputra Melayu-Islam merangkumi kaum Melayu,
Kedayan dan segelintir orang Melanau dan Bisaya. Bumiputra bukan Islam merangkumi suku
kaum Bukitan, Bisaya, Dusun, Lun Bawang, Iban, Bidayuh, Kelabit, Kayan, Kenyah,
Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong-Kanowit, Lugau, Lisun, Murut, Penan, Sian, Tagal,
Tabun dan Lekit. Manakala Bukan Bumiputra merangkumi kaum Cina, India, dan lain-lain.
Secara umumnya, masyarakat di Sabah dan Sarawak memiliki banyak persamaan dari
segi konseptual dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Sebelum kewujudan pusat-pusat
petempatan di kawasan-kawasan bandar utama, tidak wujud hubungan yang baik di antara
penduduk-penduduk di Sabah dan Sarawak. Mereka biasanya berkelompok-kelompok
mengikut kumpulan kaum masing-masing. Ini dapat dilihat berdasarkan corak petempatan
mereka yang berasingan. Keadaan ini telah diwarisi turun temurun, terutamanya di kalangan
masyarakat pedalaman. Dengan merujuk kepada nama-nama (klasifikasi) kaum (etnik)
14
mereka sudah jelas menggambarkan keadaan ini. Biasanya sesuatu kaum itu mendapat
klasifikasi etnik mereka berdasarkan nama tempat atau sungai yang mereka duduki.
Misalnya, sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat Dusun-Kadazan adalah masyarakat
pagan. Sungguhpun ramai yang telah memeluk agama Islam dan Kristen, tetapi masih ada
segelintir yang berada di pedalaman yang belum beragama hingga ke hari ini. Mereka masih
mengamal sistem kepercayaan animisme. Kelambatan proses pembangunan di Sabah dan
Sarawak amnya juga mengakibatkan dasar integrasi nasional gagal mencapai matlamatnya di
kawasan pedalaman berbanding dengan penduduk di kawasan pantai. Tambahan kewujudan
perbezaan yang ketara dari segi bahasa, adat dan kepercayaan juga menyukarkan usaha untuk
mengadakan satu hubungan yang harmoni di kalangan masyarakat ini. Namun begitu, dewasa
ini masyarakat di Sabah dan Sarawak banyak mengalami perubahan dan pembangunan dalam
aspek sosio-ekonomi. Lebih ramai anak-anak penduduk dari pedalaman yang berjaya
mendapat pendidikan tinggi ataupun sekurang-kurangnya berjaya ke peringkat sekolah
menengah. Mazlan Abdullah (1978)
Pada awalnya kedua-dua negeri ini dihuni oleh daripada beberapa kumpulan suku
kaum pribumi, tetapi kerana perkembangan dunia perdagangan yang pesat berlaku sejak
kurun ke-15 lagi di rantau Asia Tenggara, maka ini telah menggalakkan proses migrasi
penduduk dari luar ke Borneo, seperti orang India, Cina, Bugis, Jawa, Melayu, dan Filipina.
Proses migrasi yang telahpun sejak awal lagi itu telah membentuk masyarakat yang berbilang
keturunan dan agama di Sabah dan Sarawak, dan proses migrasi dari luar ke Borneo
bertambah pesat akibat daripada dasar penjajahan-ekonomi orang Inggeris dalam kurun ke-
19.
Sabah dan Sarawak merupakan wilayah-wilayah de facto Kesultanan Brunei dan
Kesultanan Sulu sebelum penjajahan Inggeris dalam kurun ke-19. Oleh kerana itu, apabila
hendak membicarakan tentang sejarah masyarakat awal di kedua-dua negeri tersebut, para
15
sarjana cenderung merujuk kepada Brunei untuk melihat atau menggambarkan keadaan dan
ciri-ciri masyarakat di Sabah dan Sarawak. Ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan rekod-
rekod sejarah awal di kedua-dua negeri tersebut. Namun begitu, para sarjana telah lupa akan
kewujudan dan peranan tradisi lisan di kalangan masyarakat pribumi. Masih ramai sarjana
moden dari Barat enggan menerima sumber lisan penduduk pribumi sebagai sumber sejarah
kerana dipercayai fakta-faktanya tidak sahih. Memang benar pegangan ini, namun sumber
lisan itu memiliki nilai sejarah yang tinggi jika usaha mentafsirnya secara rasional dilakukan
dengan baik. Kerap kali unsur metos dan legenda diadunkan dalam cerita asal menyebabkan
fikiran logik manusia enggan menerima dan mempercayainya. Tetapi fikiran yang rasional
sentiasa menimbulkan persoalan untuk memberi pertimbangan terhadap kewujudan unsur-
usur fantasia dalam tradisi lisan penduduk pribumi. Pendek kata, bahawa sumber lisan itu
adalah merupakan 'tulisan atau sumber maklumat' sejarah masyarakat primitif dahulu kala,
dan hari ini menjadi khazanah yang amat bernilai namun mengalami proses kepupusannya
dalam arus teknologi hari ini. Mazlan Abdullah (1978)
Keadaan masyarakat Sabah dan Sarawak sebelum zaman penjajahan Inggeris tidaklah
dapat digambarkan melalui kacamata masyarakat Brunei. Masyarakat Brunei adalah
didominasi oleh kaum Melayu, sama ada dari Jawa, Sumatra, Sulawesi, Tanah Melayu dan
Johor-Riau/Lingga. Masyarakat Melayu di Sabah dan Sarawak adalah cuma kumpulan
minoriti saja. Hinggi ke hari ini, masyarakat Melayu yang sebenar sukar dikenali dan
bilangannya cuma kecil di Sabah dan Sarawak. Namun proses Islamisasi yang terus pesat
berlaku di Sabah dan Sarawak telah mewujudkan masyarakat Melayu-Islam yang besar
bilangannya. Ini adalah kerana kecenderungan pemeluk-pemeluk yang baru untuk
meninggalkan identiti asal mereka, ataupun tindakan ini biasanya disebut 'masuk Melayu',
iaitu pada mulanya hanya diertikan sebagai 'masuk Islam', tetapi beransur-ansur berubah
menjadi 'orang Melayu' setelah mengamal cara hidup orang Melayu, serta meninggalkan cara
16
hidup yang asalnya. Masyarakat Sabah dan Sarawak sebelum zaman keagungan Kesultanan
Brunei pada kurum masehi ke-16 digambarkan sebagai masyarakat 'pagan' oleh para
pentadbir dan juga para sarjana. Keadaan ini dirujuk kepada kerajaan Brunei [Tua] yang
ketika itu mula popular sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang aktif di rantau Asia
Tenggara. Wujudnya hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kuasa-kuasa besar
dirantau ini terutamanya negara China, Melaka dan Majapahit telah menyumbang
kemakmuran kepada kerajaan Brunei. Dengan adanya hubungan baik ini juga memberi
jaminan keselamatan kepada Brunei untuk memperluaskan kuasa politiknya ke atas Borneo
dan Filipina. Menjelang akhir kurun Masehi ke-15, kuasa empayar Majapahit dan Melaka
telah lemah, sementara negara China pula sibuk dengan urusan masalah dinastinya [masalah
dalam negara] hingga tidak menghiraukan lagi hubungannya dengan negeri-negeri di luar.
Terutamannya semasa zaman pemerintahan Sultan yang kelima, Sultan Bolkiah (1485-1524),
Brunei dikisahkan berjaya memperluaskan kuasa politiknya ke atas seluruh Pulau Borneo
hingga ke bahagian selatan Kepulauan Filipina. Sungguhpun begitu, masih tidak dapat
diketahui dengan jelas tentang keadaan [ciri-ciri] dan kedudukan sebenar masyarakat Sabah
dan Sarawak ketika itu. Rekod-rekod bertulis awal yang ditemui setakat ini cuma
membicarakan tentang masyarakat di Brunei. Heyward, Nigel (1963)
Di Sabah, terdapat maklumat tentang kedatangan orang Cina ke Sungai Kinabatangan
atau dikisahkan dalam sumber lisan sebagai 'China Batangan'. Kononnya seorang pembesar
dihantar oleh Maharaja Yung Lo untuk meninjau gunung [kini sebagai Kinabalu] yang
terkenal di kalangan saudagar-saudagar Arab yang membawa bekalan Kapur Barus berkualiti
tinggi untuk diniagakan di China. Manakala menurut sumber lisan mengisahkan bagaimana
seorang pembesar China membina petempatannya di 'China Batangan' dan kemudian anak
perempuannya telah dikahwinkan dengan Sultan Brunei yang kedua, Sultan Ahmad [nama
asalnya menurut sumber lisan ialah Pateh Berbai]. Manakala di Sarawak, rekod-rekod awal
17
dinasti China ada mengisahkan tentang kerajaan Melanau di muara Sungai Rejang. Manakala
bukti-bukti daripada usaha galicari arkeologi di Santubong [dalam kawasan Bahagian
Kuching], dapat menggambarkan kewujudan petempatan masyarakat Buddha-Hindu. Namun
tidak dapat dijelaskan setakat ini tentang asal usul penduduk Santubong pada masa itu.
Mazlan Abdullah (1978)
Dalam rekod awal negara China menyebut tentang kewujudan sebuah kerajaan Po-ni
pada kurun masehi ke-9 yang menganut kepercayaan Buddha. Ada pendapat merujuk
kerajaan tersebut kepada kerajaan Brunei Tua yang berpusat di tapak Kota Batu. Dan ada
juga pendapat yang merujuknya kepada Santubong. Berdasarkan bukti-bukti galicari
arkeologi menunjukkan Santubong merupakan petempatan awal yang lebih pesat berbanding
dengan Kota Batu. Namun penemuan bukti-bukti arkeologi di tapak Kota Batu menunjukkan
suatu era kemakmuran di antara kurun masehi ke-15 dan ke-16. Ini menjelaskan bahawa
Santubong merupakan suatu pusat petempatan di pantai barat Borneo sebelum kerajaan
Brunei [tapak Kota Batu] mengambil alih peranan tersebut bermula pada kurun masehi ke-
15. Heyward, Nigel (1963)
Sehingga ke hari ini tidak terdapat sumber-sumber sejarah yang dapat dirujukkan
tentang asal-usul masyarakat kaum pribumi asli di Sarawak. Kebanyakan kumpulan
masyarakat pribumi di Sarawak merujuk asal-usul mereka dari bahagian selatan Borneo
[Kalimantan]. Misalnya, kaum Iban dan Bidayuh dikatakan datang daripada lembah Sungai
Kapuas. Manakala kaum Kayan dan Kenyah pula berasal dari Lembah Sungai Batang Kayan.
Daripada hasil penyelidikan yang lepas menunjukkan proses migrasi masyarakat daripada
bahagian Kalimantan ke bahagian Sarawak berlaku seawal-awalnya selepas kurun masehi ke-
18. Heyward, Nigel (1963)
18
Pandangan-pandangan yang dikemukakan sebagai punca migrasi tersebut adalah
tertumpu kepada faktor mobilisasi perekonomian, yakni mencari kawasan pertanian yang
subur. Sebenarnya banyak faktor-faktor lain yang menyebabkan migrasi tersebut, dan
bukannya semata-mata kerana keperluan ekonomi. Misalnya, faktor persaingan sosial, faktor
peperangan, dan faktor budaya 'merantau'. Seperti juga dengan orang Cina dan India dahulu,
mereka datang ke Asia Tenggara untuk mencari kekayaan dengan harapan membawa balik
segala perolehan mereka ke negara asal. Tetapi apa yang berlaku kemudian ialah mereka
tidak balik ke tanahair tetapi terus menetap di luar negeri. Situasi yang serupa juga berlaku di
kalangan penduduk pribumi Borneo. Orang Iban pada mulanya migrasi ke Bahagian Kedua,
namun semasa zaman pemerintahan Regim Brooke mereka mula tersebar luas di seluruh
negeri Sarawak hingga ke negeri Sabah. Menurut tradisi lisan masyarakat Brunei menyebut
bahawa terdapat lima buah negeri di bawah takluk kerajaan Brunei, iaitu Kalaka, Mukah,
Saribas, Samarahan, dan Sarawak [kini kawasan Kuching]. Sebenarnya sehingga kini tidak
terdapat fakta sejarah yang dapat menunjukkan tarikh yang tepat bila wujudnya
keberkesannya pemerintahan Brunei di kelima-lima negeri tersebut. Ahli-ahli sejarah percaya
bahawa peristiwa penaklukan kelima-lima negeri tersebut berlaku sekitar di antara
pertengahan kurun masehi ke-14 dan awal kurun masehi ke-15. Heyward, Nigel (1963)
Sering kali pertembungan persepsi dan pandangan di kalangan para sarjana berlaku
bila hendak menghuraikan ciri-ciri masyarakat di pulau Borneo amnya. Pada dasarnya satu
kesimpulan umum boleh diberikan bahawa daripada berbagai kumpulan etnik di Borneo itu,
walau pun wujud unsur-unsur persamaan sosial dan ekonomi yang ketara tetapi juga tidak
dapat dinafikan akan terbentuknya variasi ciri-ciri di antara kumpulan-kumpulan etnik
tersebut. Variasi ciri-ciri tersebut terbentuk daripada sejarah dan pengalaman, pengaruh
persekitaran, peranan ekonomi dan politik, kesan proses migrasi dan mobiliti fizikal, dan
kesan kontaks antara etnik. Mazlan Abdullah (1978)
19
5.0 Ciri-ciri Masyarakat Tradisional di Sabah dan Sarawak
Setiap masyarakat semestinya mempunyai sistem masyarakat tradisional. Apa yang
kita lihat pada hari ini kebanyakkan sistem masyarakat telah mengalami banyak
pembaharuan. Ini merupakan satu kemajuan dan ketamadunan yang dicapai ekoran dan
pembahan kemajuan masyarakat itu sendiri. Namun, sesetengah sistem masyarakat
tradisional masih diamalkan di kalangan masyarakat pada hari ini, terutamanya dalam aspek
kebudayaan dan agama bagi penduduk Sabah dan Sarawak.
Perubahan sistem masyarakat ekoran campur tangan orang luar terutamanya penjajah
yang meninggalkan sistem masyarakatnya ke atas negeri jajahan. Ada juga disebabkan
hubungan ekonomi. Penduduk tempatan akan meniru unsur-unsur luar yang dibawa masuk
oleh pedagang-pedagang yang datang ke Borneo. Namun, tidak semua perubahan sistem
masyarakat ini mendatangkan kesan negatif. Sesetengah perkara memberikan kesan positif
contohnya, ke atas sistem ekonomi dan politik. Masyarakat dapat menyusun sistem politik
dengan lebih teratur, serta memajukan sektor ekanomi. Masyarakat di Sabah dan Sarawak
juga akan hidup bersatu padu dan tidak terikat dengan satu kaum sahaja. Mazlan Abdullah
(1978)
Dalam penulisan ini akan cuba perihalkan sistem masyarakat tradisional di Sabah dan
Sarawak sebelum campur tangan penjajah Barat pada kurun ke-19. Terlebih dahulu akan
mendefinisikan apa yang dimaksudkan dengan masyarakat tradisional. Menurut, Kamus
Dewan menyatakan bahawa 'masyarakat' membawa maksud kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturcara hidup tertentu. Manakala tradisional memberi erti
sifat atau mengikut tradisi yang menjadi kebiasaan turun temurun. Jadi, dapat disimpulkan
bahawa masyarakat tradisional ialah golongan manusia yang mendiami sesuatu kawasan dan
mengamalkan corak kehidupan berdasarkan peninggalan nenek moyang mereka. Dalam
20
memperihalkan sistem ini saya menyentuh aspek petempatan, politik, sosial, kepercayaan,
ekonomi dan agama. Heyward, Nigel (1963)
Petempatan merupakan perkara paling asas. Tanpa petempatan yang tetap masyarakat
di Sabah dan Sarawak sudah tentu tidak dapat menjalankan sistem masyarakatnya dengan
baik. Melalui petempatan yang tetap dapat memberi kemudahan kepada masyarakat itu
sendiri menjalankan setiap aktiviti dan tugasan secara teratur serta berkerjasama. Di Sabah
dan Sarawak mempunyai petempatan yang tersendiri. Sabah merupakan sebuah negeri kedua
terbesar di Malaysia. la terletak di bahagian utara Pulau Borneo. Di sebelah barat Sabah
dipisahkan dengan semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan. Manakala di utaranya
terdapat Laut Sulu dan dibahagian timur ialah Laut Sulawesi. Kedudukan Sabah yang
dikelilingi oleh laut ini memberikan kemudahan perhubungan bagi negeri ini dengan negeri-
negeri sekitarnya. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu. Bandar utama yang lain ialah
Sandakan dan Tawau. Bentuk muka bumi di Sabah bergunung-ganang dengan Banjaran
Crocker di sebelah barat dan Banjaran Brassey di sebelah timur. Tanah pamahnya terletak
berhampiran dengan pantai. Sebab itulah, kebanyakan petempatan awal di Sabah terletak
sepanjang pantai dan keadaan mi masih kekal hingga kini. Pantainya berteluk-teluk,
mempunyai banyak pulau, tanjung dan pelabuhan yang teriindung serta beriklim
khatulistiwa. Buyong Adil Haji (1981)
Bagi negeri Sarawak pula, merupakan negeri terbesar di Malaysia. Sarawak juga
terletak di sebelah barat Pulau Borneo dan bersempadan dengan Kalimantan di sebelah
selatannya. Manakala di sebelah barat dan utara disempadani oleh Laut China Selatan, Brunei
dan Sabah. Sarawak dianggap sebagai negeri tertua di Asia Tenggara, Asal usul nama
sebenar Sarawak tidak dapat dipastikan tetapi, ramai sejarawan mempercayai ia adalah nama
bagi Sungai Sarawak. Sesetengah ahli sejarah zaman ini, mengatakan Sarawak telah wujud
sejak 45,000 tahun dahulu. Ia berdasarkan penemuan bukti di Gua Niah berupa tengkorak,
21
bekas perkuburan, pasu dan mangkuk yang diperbuat daripada tembikar, lukisan gambar
yang diconteng pada tembok gua dan alat batu. Ini menyokong bahawa Sarawak merupakan
negeri tertua di Asia Tenggara. Sarawak mempunyai kawasan tanah pamah pantai yang
luas .kawasan paya bakau dan pantainya tidak berteluk. Ekoran keadaan ini serta iklim
khatulistiwa menjadikan Sarawak digemari oleh pedagang-pedagang.
Setelah mengetahui tentang petempatan di Sabah dan Sarawak barulah menyentuh tentang
aspek-aspek lain. Ini kerana setiap sistem yang diperihalkan selepas ini mempunyai kaitan
dengan petempatan. Tanpa petempatan segala aktiviti tidak dapat dijalankan. Jadi aspek ini
sangat penting sama ada secara langsung atau tidak langsung. Heyward, Nigel (1963)
22
6.0 Sistem Politik Masyarakat di Sabah dan Sarawak
Sebelum Kedatangan Barat
Sebelum kedatangan Barat di Sabah, sistem politik di Sabah adalah masih bersifat
tradisional atau masih berada di peringkat tempatan sahaja. Ketua masyarakat adalah digelar
sebagai Orang Tua yang menjadi kepala di kawasan rumah panjang (Chater W. J, 1994).
Peralihan kuasa bukanlah secara turun-temurun, tetapi anak kepada seorang ketua, sekiranya
dia mempunyai kualiti yang baik, boleh dipilih untuk menggantikan ayahnya. Masyarakat di
Sabah pada ketika dahulu tinggal di dalam sebuah rumah panjang secara beramai-ramai
(Medical Report on British North Borneo, 1912). Setiap komuniti adalah di bawah bidang
kuasa ketua mereka sendiri. Bagi masyarakat Dusun, mereka mempunyai seorang ketua
kampung yang menjadi ketua masyarakat yang berada dalam rumah panjang. Murut juga
mempunyai hubungkait dengan masyarakat Dusun. Masyarakat Murut lebih maju dari segi
sistem politik mereka kerana mereka mempunyai sistem perundangan yang tersendiri iaitu
Mahkamah Anak Negeri yang mana masih kekal sehingga ke hari ini. Manakala, masyarakat
lain seperti Bajau, Bisaya, Tidong, Orang Sungei, Sulu, Kedayan dan Melayu juga
mempunyai sistem undang-undang adat mereka tersendiri. Mereka juga mempunyai ketua
kampung masing-masing. Masyarakat ini lebih terbuka minda mereka dalam membuat
pelantikan ketua masyarakat berbanding Dusun dan Murut. Oleh yang demikian, keadaan
politik masyarakat di Sabah sebelum kedatangan Barat adalah bersifat tradisional iaitu
dengan memilih ketua masyarakat di peringkat kampung dan komuniti mereka sahaja. Rumah
panjang merupakan pusat institusi politik mereka. Walaubagaimanapun, terdapat juga
institusi seperti Mahkamah Anak Negeri yang telah diperkenalkan oleh masyarakat Murut.
Di Sarawak, keadaan politik masyarakat juga hampir sama dengan keadaan di Sabah.
Sebelum kedatangan James Brooke, di Sarawak sudah mempunyai sistem pemerintahan.
23
Politik di Sarawak juga pada asalnya hanyalah di peringkat kampung sebelum sultan Brunei
memerintah Sarawak. Masyarakat juga telah memilih pemimpin di kalangan mereka untuk
menjadi ketua kepada masyarakat dalam komuniti rumah panjang. Sistem perundangan
masyarakat pada ketika itu masih kurang jelas. Masyarakat pada ketika itu lebih
menumpukan undang-undang adat yang mereka amalkan. Mereka menjadikan adat tersebut
sebagai undang-undang rasmi mereka (D. S. Ranjit Singh, 2000). Adat merupakan sebuah
undang-undang yang tidak bertulis dan prinsip-prinsip yang mana amat luas mengenai semua
perkara dan hubungan dalam kedua-dua dunia fizikal dan alam ghaib. Ianya merangkumi
kehidupan dan kematian, kejahatan dan kebaikan, kesucian dan duniawi.
Namun pada zaman kesultanan Brunei, sultan Brunei telah memegang tampuk
pentadbiran di Sarawak (Evelyne Hong, 1987). Sultan Brunei telah melantik para Gabenor
setiap daerah di Sarawak dari kalangan Pengiran yang menjadi wakil sultan Brunei.
Golongan Pengiran ini merupakan masyarakat yang mana negeri asal mereka adalah daripada
Brunei. Golongan Sharif yang berketurunan campuran Melayu dan Arab pula dilantik
menjadi sebagai pembesar. Kemudian di bawahnya pula dilantik Menteri Darat yang terdiri
daripada kaum Iban. Tugas mereka adalah bertanggungjawab kepada peribumi pedalaman.
Rakyat biasa adalah kelompok di bawah Menteri Darat. Mereka adalah kelompok yang
paling besar dan merupakan penyokong kuat terhadap ketua masing-masing. Akhir sekali
adalah golongan hamba abdi. Hamba abdi tersebut terdiri daripada tiga jenis iaitu hamba abdi
yang menjadi pengikut kepada para pembesar, hamba jual beli dan orang suruhan. Hamba
abdi yang menjadi pengikut para pembesar digelar “hamba abdi anak emas” kerana mereka
mendapat layanan yang baik daripada para pembesar kerana mereka menjadi tulang belakang
kepada tenaga buruh. Hamba jual beli pula adalah orang gaji. Manakala orang suruhan pula
ialah rakyat biasa yang tidak dapat melangsaikan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.
Mereka adalah golongan yang paling rendah sekali dalam masyarakat di Sarawak.
24
7.0 Sistem sosial di Sabah dan Sarawak
Sebelum Kedatangan Barat
Pada abad ke19, meskipun masyarakat Sabah dan mula beranjak secara perlahan-lahan
ke arah paradigma ekonomi, politik yang dari abad sebelumnya, namun sistem sosial negeri
tersebut masih lagi dilihat begitu tradisional apatah lagi lokasi geografi yang jauh dari Tanah
Melayu. Walaupun telah kelihatan bayang-bayang pihak Barat yang mula mencari ruang di
celah-celah tanah Sabah atas dasar perluasan kuasa, pasaran barang, dan sumber ekonomi
yang cukup berharga di negeri ini. Namun, kehidupan sosial masyarakat ini masih kekal
diseragamkan dengan kepercayaan dan budaya mereka yang telah diwarisi dari nenek
moyang mereka lagi.
Di Sabah, terdiri daripada 39 buah kelompok etnik semuanya, yang dikategorikan
sebagai peribumi (D.S. Ranjit Singh, 2000). Terdapat beberapa buah kaum yang menjadi
majoriti iaitu kaum Dusun, Kadazan, Iranun dan lain-lain lagi. Kaum-kaum ini berada di
daerah yang berbeza dan selalunya berkelompok mengikut suku kaum mereka. Misalnya
orang Dusun kebanyakannya berada di Ranau, Keningau, Kundasang dan Kota Belud.
Terdapat juga banyak sub-kaum lain yang menjadi minoriti seperti kaum Sungai yang
kebanyakannya berada di sekitar Sungai Kinabatangan, Telupid, Iranun dan tembenuo di
Beluran, Kaum Tidung di Tawau dan sebagainya. Rumpun dan suku bangsa di Sabah
sememangnya amat banyak antaranya ialah Tatana, Rungus, Cocos, Baukan dan sebagainya.
Pada ketika itu, setiap masyarakat peribumi di negeri tersebut mempunyai organisasi
sosial yang tersendiri. Pembentukan organisasi sosial masyarakat ini banyak dipengaruhi oleh
keadaan persekitaran, interaksi dengan dunia luar dan peredaran masa. Cara hidup dan
budaya masyarakat Sabah begitu kompleks dan ditunjangi oleh kepercayaan mereka terhadap
alam sekitar. Pada ketika itu, masyarakat Sabah sebahagian besarnya masih lagi
25
mengamalkan kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada benda-benda hidup di
sekeliling yang kelihatan unik dan asing bagi mereka seperti pokok-pokok besar, batu, gua,
tangkal, sungai dan sebagainya. Mereka percaya bahawa objek-objek itu mempunyai
semangat, roh spiritual yang mana boleh membawa nasib malang juga nasib baik. Misalnya
masyarakat Sabah akan mengadakan perayaan upacara memuja semangat padi. Pada ketika
itu, sebenarnya telah ada sebahagian masyarakat Sabah yang menganut agama lain.
Bahasa pertuturan di Sabah pada ketika itu ialah bahasa kaum mereka seperti bahasa
Sungai, bahasa Kadazan, Dusun dan sebagainya mengikut bangsa mereka. Walaupun begitu,
mereka tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan juga kerana pada ketika
itu telah ada sekolah-sekolah di sebahagian kawasan. Namun bagi masyarakat yang tinggal di
kawasan pedalaman mereka sememangnya menggunakan bahasa ibunda mereka. Masyarakat
Sabah kebanyakanya tidak mempunyai pedidikan yang tinggi kerana anak-anak mereka diajar
untuk bertani. Misalnya, anak-anak di ajar bekerja di bendang, ladang, bercucuk tanam,
menjala dan sebagainya. Anak perempuan pula selalunya membantu melakukan kerja rumah.
Malah pada ketika itu anak perempuan di kahwinkan pada usia yang masih muda.
Di Sarawak pula, penduduk peribumi adalah terdiri daripada empat kumpulan etnik
utama, iaitu Bidayuh, Iban, Melayu dan Melanau. Tedapat juga sub-etnik seperti Kenyah,
Ukit, Penan, Lahanan dan sebagainya. Selain itu, keadaan di Sarawak adalah lebih kurang
sama dengan di Sabah. Namun begitu, ianya berbeza dari segi terminologi unsur-unsur
keagamaan dan tafsiran konsep. Masyarakatnya juga masih mengamalkan kepercayaan
animisme, percaya kepada tangkal, hukum alam semulajadi yang banyak mempengaruhi
kepercayaan dan amalan mereka. Masyarakat Sarawak sebahagian besarnya memuja
semangat-semangat objek, alam sekeliling dan sebagainya. Misalnya, terdapat amalan
“potong kepala” di Sarawak . Selain itu, orang Iban misalnya mempercayai akan kewujudan
26
berbagai semangat (antu) dan tuhan-tuhan (petara). (Freeman D., 1970). Namun begitu,
amalan agama dan kepercayaan ini menjadi unsur dalam menyatukan masyarakat.
Masyarakat Sarawak secara keseluruhannya bertutur bahasa ibunda mereka. Namun
demikian, bahasa yang sering mereka gunakan dalam pertuturan harian adalah bahasa Iban.
Dari segi pendidikan, masyarakat di Sarawak tidak mempunyai sistem pendidikan yang
formal. Mereka lebih mementingkan pendidikan yang bersifat tradisional. Anak-anak mereka
kebanyakannya diajar untuk bercucuk tanam, menangkap ikan, dan sebagainya. Antara yang
ditanam adalah tebu, lada dan sagu. Tujuannya adalah untuk kegunaan seisi keluarga sahaja.
Jika terdapat lebihan daripada hasil tanaman mereka, mereka akan menjualnya secara kecil-
kecilan.
27
8.0 Sistem Ekonomi di Sabah dan Sarawak
Sebelum Kedatangan Barat
Ada kajian yang mengatakan etnik Murut dan Kadazandusun adalah suku kaum yang
terbesar di Sabah (Saidatul Nornis Hj. Mahali, Mohd Salim dan…etc, 1987). Etnik ini
menjalankan kegiatan pertanian terutamanya penanaman padi sebagai sumber utama ekonomi
mereka. Lazimnya, etnik Murut menanam padi huma atau bukit kerana sebahagian besar
etnik ini mendiami kawasan berbukit ataupun di lereng-lereng bukit. Manakala etnik
Kadazandusun lebih kepada penanaman padi sawah. Hal ini kerana, etnik ini menetap di
kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti penanaman padi sawah contohnya, Ranau,
Tambunan, Papar dan tempat-tempat lain di Sabah. Namun, terdapat juga sebahagian kecil
yang mengusahakan padi bukit terutamanya mereka yeng mendiami lereng Banjaran Crocker.
Di samping itu etnik ini juga menanam pelbagai jenis tanaman lain seperti jagung, ubi manis
dan pisang. Kepelbagaian jenis tanaman ini berlaku kerana adakalanya hasil daripada
penanaman padi tidak menjadi kerana serangan serangga dan cuaca yang tidak menentu
(Tregonning K.G., 1965 dipetik dari Nota Kuliah Pn. Sabihah Osman, Sejarah Sabah dan
Sarawak, Universiti Malaysia Sabah). Selain daripada itu, etnik ini juga melakukan aktiviti
memburu binatang untuk dijadikan bahan makanan serta mencari hasil hutan. Masyarakat
Bajau pula lebih tertumpu di kawasan pesisir pantai. Oleh itu, etnik ini lebih kepada kegiatan
yang melibatkan air. Oleh itu telah menjadi kelaziman atau kebiasaan mereka untuk
menangkap ikan dan menjadi nelayan serta mencari mutiara di laut dan telur penyu. Malah
untuk lebih memudahkan terdapat di kalangan mereka yang membina rumah di atas air
sahaja.
Bagi etnik-etnik yang lain seperti Melayu-Brunei sebahagian daripada mereka ada yang
menjalankan aktiviti perdagangan walaupun tidak dinafikan ada yang terlibat dengan aktiviti
28
pertanian (Tregonning K.G., 1965). Begitu juga dengan etnik Bisaya, walaupun bilangan
etnik ini jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan etnik yang lain akan tetapi
sumbangannya dalam mewarnai adat dan kebudayaan Sabah tidak dapat dinafikan. Kegiatan
ekonomi suku ini lebih kurang sama sahaja dengan etnik yang lain (Siti Aidah Hj. Lokin,
1963). Orang Sungai merupakan sub-etnik bagi Kadazandusun akan tetapi mereka ini
mendiami beberapa kawasan seperti Sugut,Paitan dan Kinabatangan. Segelintir daripada
mereka ini telah memeluk agama islam pada abad ke-18 dan ke-19. Sub-etnik ini juga
menjalankan aktiviti pertanian dan pada abad ke-19 dan mereka mula berurusan dengan
kerajaan sulu.
Kegiatan ekonomi masyarakat Sarawak lebih kurang sama dengan masyarakat Sabah.
Mereka menjalankan kegiatan ekonomi yang hanya cukup untuk menyara keluarga itu sahaja
(Fong Hon Kah, 1996). Contohnya kaum Melanau, pekerjaan utama mereka adalah menanam
pokok rumbia di samping menangkap ikan. Aktiviti tersebut menjadikan mereka seorang
pelaut, nelayan dan tukang pembuat perahu yang mahir. Bagi kaum wanita pula, mereka turut
mahir dalam menghasilkan barangan seperti bakul dan terendak yang halus buatannya (Fong
Hon Kah, 1996). Etnik Melayu pula lebih kepada menjalankan kegiatan pertanian iaitu
dengan menanam padi dan juga menjadi nelayan. Tambahan pula,etnik ini mendiami
kawasan pesisir pantai malah ada diantara mereka yang menjadi penoreh getah dan berniaga.
Mereka turut mempunyai bakat yang lain dalam menggunakan alat-alat tenunan terutamanya
kaum wanita. Seperti etnik yang lain, etnik Iban juga suka mengembara. Tujuannya adalah
untuk mencari kawasan pertanian yang sesuai untuk bercucuk tanam terutamanya untuk
penanaman padi (Chater W.J., 1994). Hal ini kerana, padi adalah sumber makanan utama
masyarakat Iban. Disamping itu, etnik Iban juga menjalankan kegiatan sampingan seperti
memburu, menangkap ikan, memungut hasil hutan dan sebagainya. Kaum seterusnya yang
mendiami Bumi Sarawak adalah Penan. Kaum ini bergantung sepenuhnya kepada hutan
29
untuk meneruskan hidup. Mereka memburu binatang dengan berbekalkan sumpit sebagai
senjata dan damak untuk menangkap burung. Mereka turut mencari sayur-sayuran hutan
untuk dijadikan bahan makanan. Oleh itu, mereka sentiasa berhijrah untuk mencari sumber-
sumber tersebut.
30
9.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, keadaan masyarakat di Sabah dan Sarawak dalam abad ke-19
sebenarnya masih bersifat tradisional. Walaupun mempunyai sistem politik, ekonomi dan
sosial pada ketika itu, tetapi masih lagi bersifat setempat. Keadaan politik, sosial dan
ekonomi mereka dipengaruhi oleh di mana kawasan petempatan mereka dan kemahiran
mereka pada sesuatu perkara. Sekiranya masyarakat yang berlatarkan geografi di kawasan
pesisir pantai, maka keadaan ekonomi mereka lebih tertumpu kepada penangkapan hasil-hasil
laut seperti ikan, udang dan siput. Sebaliknya pula jika masyarakat berlatarkan geografi
daratan atau hutan, maka keadaan ekonomi mereka lebih tertumpu pada memungut hasil-hasil
hutan dan memburu binatang hutan seperti babi hutan, rusa, kancil dan burung.
Namun, keadaan masyarakat ini telah berubah dengan kedatangan orang Barat ke
negeri Sabah dan Sarawak. Politik yang bersifat setempat bertukar menjadi bersifat
pengkhususan pada beberapa badan atau jabatan pentadbiran negeri. Ekonomi yang bersifat
tradisional atau sara diri bertukar pada ekonomi yang bersifat moden atau perdagangan bebas.
Dasar-dasar pemerintah Barat telah menyebabkan perubahan yang sangat besar dalam
ekonomi masyarakat Sabah dan Sarawak berlaku. Di samping itu, keadaan sosial masyarakat
seperti kepercayaan, agama, pendidikan, perhubungan dan kesihatan juga berlaku perubahan
yang berleluasa. Walaupun keadaan masyarakat ini berubah menjadi lebih baik selepas
kedatangan Barat di Sabah dan Sarawak, namun haruslah diingat bahawa kehadiran mereka
ini telah menyebabkan pengeksploitasian keseluruhan terhadap sumber-sumber kedua-dua
buah negeri tersebut. Oleh yang demikian, kami berpendapat bahawa kita haruslah
mengambil pengajaran daripada keadaan tersebut bahawa kita tidak sepatutnya memberi
kebebasan kepada orang luar untuk mengeksploitasi sesuka hati sumber-sumber yang kita ada
pada ketika ini.
31
10.0 Bibliografi
C.O 874/1/37, Medical Report on British North Borneo, 1912. By Sir Allan Perry, Arkib Negeri Sabah, Kota Kinabalu.
Chater W.J., 1994. Sarawak Zaman Dahulu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 87.
D.S. Ranjit Singh, 2000. The Making of Sabah 1865-1941, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, hlmn. 46.
Evelyne Hong, 1987. Natives of Sarawak (Survival in Borneo’s Vanishing Forest), Pulau Pinang: Sun Printers Sdn. Bhd, hlmn. 12.
Fong Hon Kah, 1996. Sejarah Perkembangan Lembangan Rajang di Sarawak, Sarawak: Jawatankuasa Warisan Kebudayaan Dewan Suarah, hlmn. 125.
Freeman D, 1970. Report on the Iban. London: Athline Press.
Heyward, Nigel 1963. Sarawak, Brunei and North Borneo. Singapura: Easten Universities Press LTD.
Haji Buyong Adil, (1981). Sejarah Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm.3.
Haji Buyong Adil. (1981). Sejarah Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Yusof. (1997). Politik dan Agama di Sabah. Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jagjit Singh Sidhu, (2001). “Sarawak 1900-1963,” dalam Zainal Abidin Wahid, Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Low, H. 1988. Sarawak: Notes During a Residence in the Country with H.H.The Rajah Brooke. London: Frank Cass and Company Limited
L. W. Jones, (1966). The Population of Borneo: A Study of the Peoples of Sarawak, Sabah and Brunei. London: Athlone Press.
Lee Yong Leng. 1982. Sabah, Satu Kajian Geografi Tempatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
Mazlan Abdullah. 1978. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur : Utusan Publication.
Malcolm MacDonald, (1985). Borneo People. Singapore: Oxford Universiy Press.
Ruslan Zainuddin, 2006. Sejarah Malaysia: Edisi Kedua, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd., hlm. 223.
Saidatul Nornis Hj. Mahali, Mohd Salim dan…etc, 1987. Pluraliti Etnik dan Budaya Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 80.
32
Siti Aidah Hj. Lokin, 2007. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963). Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, hlmn. 74.
Tregonning K.G., 1965. A History of Modern Sabah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 81 dipetik dari Nota Kuliah Pn. Sabihah Osman, Sejarah Sabah dan Sarawak, Universiti Malaysia Sabah.
Tregonning K.G., 1965. A History of Modern Sabah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 81.
Zurina Ismail, 1987. Sarawak Bumi Kenyalang. Selangor: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd., hlm. 3.
Zakiah Hanun. 1989. Asal Usul Negeri di Malaysia. Singapura: Times Books.
33