sabah forestry department - 5 pemburu haram diberkas … haram di... · 2020. 1. 16. · bangkai...

2
5 PEMBURU HARAM DIBERKAS BERHAMPIRAN HUTAN SIMPAN TABIN, PEKERJA LADANG JADI DALANGNYA LAHAD DATU: Lima lelaki yang berumur dalam lingkugan 20 hingga 50 tahun berjaya ditahan Pasukan Khas Jabatan Perhutanan Sabah (Protect) di utara Hutan Simpan Tabin yang bersempadan dengan ladang kepala sawit pada Rabu baru-baru ini. Dalam kejadian tersebut, bertindak terhadap maklumat yang diterima, sepasukan pasukan khas Jabatan Perhutanan telah dikerahkan untuk melakukan operasi di kawasan tersebut dan berjaya mengesan dan memberkas pemburu-pemburu ini semasa sedang leka memproses hasil buruan mereka dipinggir hutan simpan Tabin. Ke semua saspek yang terdiri dari seorang tempatan dan 4 warga asing telah dibawa ke balai Polis Lahad Datu untuk siasatan lanjut. Turut di rampas ialah 3 bangkai binatang liar dan beberapa bahagian binatang liar yang telah siap dipotong-potong untuk dibawa keluar. Kes ini telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah dan disiasat dibawah Enakmen Pemuliharaan hidupan Liar 1997. Berdasarkan maklumat yang diterima, mendapati bahawa ada dikalangan saspek tersebut merupakan pekerja ladang yang terletak bersempadan dengan Hutan Simpan Tabin. Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Hj Jaini menyatakan rasa kesal dan memberikan peringatan kepada para pemilik ladang terutamanya yang bersempadan dengan hutan simpan agar lebih bertanggungjawab untuk memastikan para pekerjanya tidak terlibat dengan pemburuan haram. Beliau juga menasihatkan agar setiap ladang dapat memperketatkan kawalan di gate atau pos kawalan ladang masing-masing supaya pemburu haram dari luar tidak dapat menggunakan laluan dalam ladang mereka untuk berburu dalam kawasan hutan simpan. Saspek yang ditahan dipercayai pekerja ladang sawit berhampiran Hutan Simpan Tabin

Upload: others

Post on 05-Feb-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5 PEMBURU HARAM DIBERKAS BERHAMPIRAN HUTAN SIMPAN TABIN, PEKERJA LADANG JADI DALANGNYA

    LAHAD DATU: Lima lelaki yang berumur dalam lingkugan 20 hingga 50 tahun berjaya ditahan Pasukan Khas Jabatan Perhutanan Sabah (Protect) di utara Hutan Simpan Tabin yang bersempadan dengan ladang kepala sawit pada Rabu baru-baru ini.

    Dalam kejadian tersebut, bertindak terhadap maklumat yang diterima, sepasukan pasukan khas Jabatan Perhutanan telah dikerahkan untuk melakukan operasi di kawasan tersebut dan berjaya mengesan dan memberkas pemburu-pemburu ini semasa sedang leka memproses hasil buruan mereka dipinggir hutan simpan Tabin. Ke semua saspek yang terdiri dari seorang tempatan dan 4 warga asing telah dibawa ke balai Polis Lahad Datu untuk siasatan lanjut. Turut di rampas ialah 3 bangkai binatang liar dan beberapa bahagian binatang liar yang telah siap dipotong-potong untuk dibawa keluar. Kes ini telah diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah dan disiasat dibawah Enakmen Pemuliharaan hidupan Liar 1997.

    Berdasarkan maklumat yang diterima, mendapati bahawa ada dikalangan saspek tersebut merupakan pekerja ladang yang terletak bersempadan dengan Hutan Simpan Tabin. Ketua Konservator Hutan, Datuk Mashor Hj Jaini menyatakan rasa kesal dan memberikan peringatan kepada para pemilik ladang terutamanya yang bersempadan dengan hutan simpan agar lebih bertanggungjawab untuk memastikan para pekerjanya tidak terlibat dengan pemburuan haram. Beliau juga menasihatkan agar setiap ladang dapat memperketatkan kawalan di gate atau pos kawalan ladang masing-masing supaya pemburu haram dari luar tidak dapat menggunakan laluan dalam ladang mereka untuk berburu dalam kawasan hutan simpan.

    Saspek yang ditahan dipercayai pekerja ladang sawit berhampiran Hutan Simpan Tabin

  • Hasil buruan yang dirampas

    Peralatan yang digunakan untuk memburu (Tombak)