sains bab 4,5,6

21
NAMA:AQILAH BT MAT AZAM KELAS:1 ASIM TAJUK:nota SAINS (BAB 4,5&6) NAMA GURU:teacher siti suhaila

Upload: arif-azam

Post on 24-Apr-2015

57 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

skpm

TRANSCRIPT

Page 1: sains bab 4,5,6

NAMA:AQILAH BT MAT AZAM

KELAS:1 ASIM

TAJUK:nota SAINS (BAB 4,5&6)

NAMA GURU:teacher siti suhaila

Page 2: sains bab 4,5,6

KEPELBAGAIAN SUMBER DI BUMIBumi ialah satu-satunya planet dalam sistem suria yang mempunyai hidupan.Bumi mengandungi berbagai-bagai sumber yang penting untuk menyokong kesinambungan hidup.Contohnya air,udara dan tanah.Mineral,bahan api fosil dan hidupan pula merupakan sumber yang digunakan dalam kehidupan harian manusia.

Page 3: sains bab 4,5,6

~UNSUR SEBATIAN DAN CAMPURAN~

UNSUR

Page 4: sains bab 4,5,6

Unsur ialah bahan yang paling ringkas.Unsur tidak boleh diuraikan secara kimia kepada dua atau lebih bahan yang lebih ringkas lagi.Terdapat hanya satu jenis zarah dalam setiap jenis unsur.Contohnya,besi terdiri daripada zarah-zarah besi sahaja.

Selain besi,oksigen,hidrogen,aluminium,karbon.dan kuprum juga merupakan unsur.Oksigen ialah suatu unsur yang banyak terdapat di Bumi.

Unsur dapat dikelaskan kepada logam dan bukan logam.

SebatianSebatian terbentuk daripada gabungan dua atau lebih unsur akibat tindak balas kimia.Bahan baharu yang terbentuk ini

Page 5: sains bab 4,5,6

mempunyai ciri-ciri tersendiri yang berlainan daripada unsur-unsur yang membentuknya.

Contohnya,air ialah sebatian yang terbentuk daripada gabungan hidrogen dan oksigen secara kimia.Persamaan perkataan boleh digunakan untuk menjelaskan tindak balas tersebut iaitu:

Hal ini menyebabkan air tidak lagi mempunyai sifat-sifat oksigen atau sifat-sifat hidrogen.Sebatian hanya dapat diurai kepada unsur-unsurnya melalui tindak balas kimia.

Campuran

Page 6: sains bab 4,5,6

Campuran ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih unsur atau sebatian yang bercampur secara fizikal.Sifat kimia bahan-bahan yang terkandung di dalam suatu campuran tidak berubah kerana tiada bahan baharu yang terbentuk.

Komponen-komponen dalam campuran ini boleh diasingkan dengan mudah secara fizikal. Antara kaedah fizikal yang biasa digunakan untuk mengasingkan campuran ialah penurasan,penyulingan dan penyejatan.

Pengasingan komponen di dalam campuran

Terdapat banyak campuran yang memberi faedah berguna berada di sekeliling kita.Bagi sesetengah campuran,komponen-komponen di dalam campuran itu perlu diasingkan untuk pelbagai tujuan penggunaan.

Kepentingan kepelbagaian sumber bumi kepada manusia

Kita harus bersyukur kerana Bumi mempunyai pelbagai sumber untuk menyokong kesinambungan hidup.

Page 7: sains bab 4,5,6

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN SUMBER DI BUMI

Bumi kita dikurniakan dengan pelbagai jenis sumber alam.Namun begitu,dengan pertambahan populasi dunia,kita haruslah sedar bahawa sumber-sumber ini mungkin terjejas atau kehabisan jika tidak digunakan secara bijaksana.Pemeliharaan sumber ialah tindakan melindungi sumber-sumber tersebut supaya dapat mengekalkan keadaan semula jadinya.Pemuliharaan sumber pula ialah cara penggunaan,pengendalian,dan pengurusan sumber alam untuk mengelakkan kerugian,kerosakan dan pembaziran.

Page 8: sains bab 4,5,6

UDARA DI SEKELILING KITA

KOMPOSISI UDARA

Udara yang bersih tidak bewarna dan tidak berbau.Oleh itu,kurang sedar akan

Page 9: sains bab 4,5,6

kewujudannya.Namun begitu,kita dapat berasa pergerakan udara,iaitu angin.Udara ialah campuran beberapa jenis gas.Udara bukanlah sebatian kerana gas-gas di dalamnya tidak berpadu secara kimia dan boleh dipisahkan secara fizikal.

SIFAT-SIFAT OKSIGEN DAN KARBON DIOKSIDA

Gas oksigen dan karbon dioksida merupakan dua komponen yang penting dalam udara.Kedua-dua gas ini mempunyai sifat-sifat yang berbeza.

Oksigen diperlukan untuk respirasi

Oksigen ini digunakan untuk mengoksidakan makanan semasa proses respirasi sel.Pengoksidaan makanan ini menghasilkan karbon dioksida,air dan tenaga.Tenaga ini digunakan untuk memanaskan badan,menjalankan semua fungsi badan,dan melakukan kerja.

Oksigen diperlukan untuk pembakaran

Page 10: sains bab 4,5,6

Pembakaran berlaku apabila suatu bahan bertindak balas dengan oksigen secara kimia dan membebaskan tenaga haba dan cahaya.Oksigen,haba,dan bahan api diperlukan untuk pembakaran berlaku.

Pencemaran udara

Semasa respirasi,kita menyedut udara untuk memperoleh oksigen.Bahan pencemar udara berasal daripada pelbagai sumber. Dua sumber utama ini ialah kenderaan bermotor dan perindustrian.Pencemaran udara boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar.

Kepentingan mengekalkan udara bersih

Udara yang tercemar boleh mendatangkan penyakit dan ketidakselesaan kepada manusia.Oleh itu, adalah penting bagi setiap individu untuk memastikan bahawa udara yang disedut sentiasa bersih.Terdapat pelbagai cara untuk mengekalkan kebersihan udara persekitaran kita.

Page 11: sains bab 4,5,6

SUMBER TENAGA

PELBAGAI BENTUK DAN SUMBER TENAGA

Page 12: sains bab 4,5,6

Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Manusia dan haiwan memerlukan tenaga untuk melakukan kerja seperti bergerak,bernafas, dan makan.Semua hidupan memerlukan tenaga untuk pertumbuhan.

PELBAGAI BENTUK TENAGA

Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk.Antaranya ialah tenaga cahaya,tenaga elektrik,tenaga nuklear,tenaga kimia,tenaga bunyi,tenaga haba,tenaga kinetik dan tenaga keupayaan.

TENAGA KEUPAYAAN

Page 13: sains bab 4,5,6

Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan disebabkan oleh kedudukan atau keadaan sesuatu objek.Terdapat dua jenis tenaga keupayaan, iaitu tenaga keupayaan graviti dan tenaga keupayaan kenyal.

Tenaga keupayaan graviti ialah tenaga yang dipunyai suatu objek disebabkan oleh kedudukannya.

Tenaga keupayaan kenyal ialah tenaga yang tersimpan apabila sesuatu objek diregang,dimampat atau dibengkokkan.

Tenaga kinetik

Semua objek yang bergerak mempunyai tenaga kinetik. Objek yang pegun tidak mempunyai tenaga kinetik.

Tenaga kimia

Tenaga kimia merupakan tenaga yang tersimpan di dalam bahan yang boleh terbakar atau boleh berubah secara kimia.

Tenaga nuklear

Tenaga nuklear ialah tenaga yang tersimpan di dalam nukleus suatu atom radioaktif iaitu melalui pembelahan atau pelakuran nuklear.

Page 14: sains bab 4,5,6

Tenaga haba

Tenaga haba juga dikenali sebagai tenaga terma.Tenaga haba diperoleh daripada pembakaran bahan api fosil,geseran,serta bahan atau objek yang panas.

Tenaga cahaya

Tenaga cahaya ialah tenaga yang dikeluarkan oleh objek yang terbakar atau bercahaya.

Tenaga bunyi

Tenaga bunyi ialah tenaga yang dapat didengar.Bunyi membolehkan kita berkomunikasi dan mendengar muzik.

Tenaga elektrik

Tenaga elektrik diperoleh daripada cas elektrik yang mengalir melalui wayar atau bahan konduktor.

pelbagai sumber tenaga

Page 15: sains bab 4,5,6

matahari

Matahari merupakan sumber tenaga suria.Aplikasinya dapat dilihat pada penggunaan pemanas suria yang digunakan untuk memanaskan air di rumah.

Bahan api fosil

Contoh bahan api fosil ialah arang batu,petroleum,dan gas asli.Bahan api fosil dibakar untuk membekalkan tenaga haba.

Biojisim

Tenaga biojisim merupakan tenaga yang terjana hasil daripada bahan buangan haiwan dan pereputan hidupan seperti tumbuhan dan haiwan.

Angin

Kini,kinci angin yang moden digunakan untuk menjana tenaga elektrik secara besar-besaran seperti di Jerman dan Sepanyol.

Air

Air yang bertakung di dalam empangan mempunyai tenaga keupayaan.

Page 16: sains bab 4,5,6

Ombak

Ombak merupakan sumber tenaga yang diperoleh daripada laut.

Geoterma

Tenaga haba daripada kerak Bumi dikenali sebagai tenaga geoterma.

Bahan radioaktif

Tindak balas bahan radioaktif seperti uranium menghasilkan tenaga nuklear.

SUMBER TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI DAN YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI

Semua sumber tenaga boleh dikelaskan kepada dua kategori,iaitu sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

Sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah sumber tenaga yang tidak akan habis digunakan.Sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah sumber tenaga yang tidak dapat diganti semula selepas digunakan.

Page 17: sains bab 4,5,6

Penggunaan tenaga suria

Matahari ialah sumber tenaga suria yamg menghasilkan tenaga haba dan tenaga cahaya.Tenaga suria ialah sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan dapat digunakan secara berterusan.

KEPENTINGAN memulihara sumber tenaga dan penggunaan tenaga secara cekap

Pada masa kini,keperluan tenaga semakin meningkat.Jika hal ini berterusan,dikhuatiri sumber tenaga akan kehabisan dan seterusnya memberi masalah kepada manusia.

Memulihara sumber tenaga bermaksud menguruskan sumber tenaga dengan cermat,menjimatkan penggunaan tenaga,dan mengelakkan pembaziran.

Page 18: sains bab 4,5,6

Penggunaan tenaga secara cekap bermaksud meningkatkan keberkesanan sumber tenaga dengan mengurangkan pembaziran atau kerosakan sumber tenaga.