sains t2 menganalisa kaedah pembersihan air
TRANSCRIPT
5.6 Kaedah pembersihan air
Air Laut• Laut mengandungi banyak mineral
terlarut dan berjuta-juta mikroorganisma.• Air laut sukar dibersihkan untuk menjadi
air minuman.• Proses penyulingan boleh digunakan
untuk membersihkan air laut tetapi proses itu mahal dan rumit.
Air sungai• Air sungai ialah sumber utama untuk
mendapatkan bekalan air. • Air sungai juga mengandungi bahan
mineral terlarut dan dicemari banyak sisa buangan seperti sampah sarap, air kumbahan, sisa kilang, dan bahan kimia.
• Dengan menggunakan sistem pembersihan yang baik, air sungai selamat untuk penggunaan domestik.
Air kolam• Air kolam mengandungi garam
mineral, sisa, dan mikroorganisma seperti bakteria.
• Sumber air ini juga perlu dirawat sebelum selamat dijadikan bekalan air domestik.
Air telaga• Air telaga lazimnya membekalkan air
kepada masyarakat luar bandar yang tidak mempunyai sistem bekalan air paip.
• Telaga dalam mengandungi air jernih yang lebih bersih kerana ditapis melalui lapisan tanah yang tebal.
Mata air• Mata air ialah tempat air keluar
dari tanah. • Air daripada mata air biasanya
bersih tetapi sumbernya terhad.
Air hujan• Air hujan sangat tulen, biasanya
hanya dicemari oleh sedikit debu, jelaga, dan gas-gas terlarut semasa turun ke bumi.
• Di kawasan yang tiada bekalan air paip, air hujan ialah sumber air yang penting kepada penduduknya, seperti di Pulau Ketam, Selangor.
Kaedah pembersihan air
• Air semula jadi biasanya mengandungi lumpur, mikroorganisma, dan bahan terlarut.
• Air itu mesti dirawat dahulu sebelum selamat digunakan. Rawatan air melibatkan proses mengasingkan bahan yang tidak diingini melalui beberapa kaedah pembersihan.
• Zarah pepejal di dalam lumpur boleh diasingkan daripada air melalui penurasan.
• Proses pendidihan dan pengklorinan pula dapat memusnahkan mikroorganisma di dalam air.
• Penyulingan pula dapat mengasingkan semua bendasing daripada air termasuk bahan terlarut.
a) PenurasanKaedah penurasan menggunakan beberapa lapisan bahan (batuan, pasir) sebagai penapis semulajadi kepada air yang mahu dibersihkan tersebut.
Kebaikan : Air jernih dan bebas daripada zarah terampai
Keburukan : Air masih mengandungi mikroorganisma dan bahan terlarut
b) PendidihanPendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih, iaitu sehingga mencapai takat didih, 100 C.
Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup
Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut
c) PengklorinanPengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma
Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup
Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut
d) PenyulinganPenyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan seperti di bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.
Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan bahan terlarut
Keburukan : Tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badan