sains ting 3
DESCRIPTION
Nota sains sesuai digunakan untuk membuat persembahan dan digunakan sebagai nota ringkas untuk membuat ulangkaji.TRANSCRIPT
KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT
SAINS TINGKATAN TIGASM SAINS, MIRIKEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT
DISEDIAKAN OLEH:NUR IZZATI AKMAL BINTI TAIPTINGKATAN TIGA USAHA
a. SISTEM RESPIRASI MANUSIA
b. FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN SISTEM RESPIRASI MANUSIA
Bahagian sistem respirasiFungsi
Tulang rusukMelindungi peparu
Otot interkostaMenaik dan menurunkan tulang rusuk semasa pernafasan
DiafragmaMengubah tekanan udara dalam rongga toraks dengan menambah atau mengurangkan isipadu toraks
AlveolusTempat pertukaran gas-gas(oksigen dan karbon dioksida )
Kapilari darahMembawa darah beroksigen dari alveolus dan darah terdeoksigen ke alveolus
C. BAHAN-BAHAN CEMAR UDARA, SUMBER DAN KESANNYA KE ATAS SISTEM RESPIRASI
Bahan/SumberKesan
Nikotina( asap rokok )Menyebabkan ketagihan merokok
Tar(asap rokok )Melekat pada dinding alveolus dan menyebabkan oksigen sukar untuk meresap ke dalam kapilari darah
Karbon monoksida( dalam asap kenderaan )Karbon monoksida lebih senang bergabung dengan hemoglobin berbanding oksigen.Mengurangkan bekalan oksigen ke sel-sel badan
Sulfur dioksida( pembakaran bahan api fosil )Membentuk larutan berasid yang mengakis tisu trakea dan alveolusJerebu( zarah-zarah asap )Menyekat laluan respirasi menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan merosakkan peparu.
d. PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN SISTEM RESPIRASI
PenyakitPuncaBronkitispencemaran udaraAsmapencemaran udaraEmfisemapencemaran udaraPneumonia
jangkitan bakteria atau virusInfluenzajangkitan virusTuberkulosisjangkitan bakteriaKanser paru-paru
asap rokok dan pencemaran udara
e. CARA-CARA UNTUK MEMPERBAIKI KUALITI UDARA
Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap
Pihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis asap pada cerobong kilang masing-masing. Ini adalah bagi memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang tadi dan juga mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.
2) Menganjurkan kempen kesedaran kepada masyarakat
Kempen kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam menangani isu ini dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya kempen cinta alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai perihal pentingnya menjaga alam sekitar.
3) Gunakan kenderaan yang diselenggara dengan baik
Kenderaan yang digunakan seharusnya diselenggara dengan lebih baik. Ini bagi memastikan kenderaan yang kita gunakan dapat meminimumkan pengeluaran gas yang terhasil. Kenderaan yang kerap diselenggara lebih sedikit menghasilkan asap berbanding kenderaan yang jarang diselenggara
4) Gunakan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara. Sekalipun petrol tanpa plumbum adalah lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua kita mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama bersama-sama mengurangkan pencemaran.
5) Berkongsi kenderaan
Amalan berkongsi kenderaan juga merupakan amalan yang dapat mengurangkan pencemaran udara. Dengan jumlah kenderaan yang sedikit berada di jalanraya, sudah tentu jumlah bahan cemar yang dibebaskan ke udara juga adalah lebih sedikit. Selain dapat mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara, amalan berkongsi kenderaan ini juga dapat menjimatkan wang.
6) Menggunakan pengangkutan awam
Penggunaan kenderaan pengangkutan awam juga mampu meminimumkan penghasilan bahan cemar udara. Seperti berkongsi kenderaan, penggunaan pengangkutan awam jelas mengurangkan bilangan kenderaan persendirian yang berada di jalanraya. Sekaligu ini dapat mengurangkan bahan cemar yang terbebas ke udara.
7) Tanam lebih banyak pokokUsaha menanam lebih banyak pokok juga dapat memperbaiki kualiti udara kita. Dengan jumlah pokok yang lebih banyak, bermaksud kuantiti gas karbon dioksida dapat dikurangkan. Malah kuantiti gas oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan juga dapat diperbanyakkan lagi.
8) Denda yang tinggi bagi yang melanggar undang-undang
Sebagai satu lagi langkah mendidik masyarakat agar bertindak dengan lebih baik, denda yang tinggi boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar undang-undang. Sikap mereka ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada pihak lain agar lebih berhati-hati dalam menangani hal yang melibatkan kualiti udara.