sale of debt and commercial papers and their shariah...
TRANSCRIPT
Takaful Semula 139
BAB A7
TAKAFUL SEMULA
PENGENALAN
Takaful semula (Retakaful) merupakan satu prosedur atau mekanisme
melalui perjanjian yang membolehkan pengendali Takaful langsung
yang dipanggil ‘cedant’ memindahkan atau menyerahkan sebahagian
daripada risiko yang ditanggung kepada Pengendali Takaful atau
Pengendali Takaful Semula yang lain. Objektif utama Takaful semula
adalah untuk mengurangkan pendedahan risiko dan liabiliti cedant
sekiranya berlaku tuntutan. Konsep perkongsian ini akan
membolehkan pengagihan risiko yang lebih luas dan membolehkan
Pengendali Takaful memanfaatkan sepenuhnya kelebihan peraturan
bilangan jumlah besar. Kesimpulannya, Takaful semula berperanan
menyumbang kearah mengurangkan beban kewangan dana Takaful.
A7.1 DEFINISI TAKAFUL SEMULA
Takaful semula telah ditakrifkan di dalam pelbagai bentuk. Ia adalah
“satu kontrak di mana berdasarkan kepada suatu balasan, seseorang
itu bersetuju untuk membayar keseluruhan atau sebahagian pampasan
kepada pihak ketiga atas kerugian atau liabiliti risiko yang telah
dilindungi di bawah kontrak yang berasingan dan berlainan sebagai
pengendali pihak ketiga”. Oleh yang demikian, kontrak Takaful
semula adalah satu kaedah di mana pengendali mendapatkan pihak
ketiga untuk melindunginya daripada kerugian atau liabiliti
berdasarkan risiko sebenar perlindungan Takaful asal.
7.1.1 Pandangan Syari’ah terhadap Takaful Semula
Sejajar dengan resolusi ulama mengenai keharusan Takaful sebagai
satu sistem insurans Islam, Takaful Semula (Retakaful) juga telah
diputuskan sebagai telah mematuhi keperluan Syari’ah, berasaskan
penggunaan prinsip-prinsip Takaful yang sama. Resolusi Akademi
140 Amalan Asas Takaful
Fekah (Resolusi No.9 Disember 1985) OIC mengenai subjek ini
adalah sebagaimana berikut:
‘... kontrak insurans komersil yang biasa digunakan oleh syarikat
insurans komersial adalah kontrak yang mengandungi unsur-unsur
utama risiko yang dilarang mengikut hukum Syari’ah. Alternatif bagi
insurans dan insurans semula mestilah berasaskan kepada prinsip-
prinsip insurans koperasi...'
A7.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS TAKAFUL SEMULA
Takaful semula adalah suatu aturan di mana sebuah syarikat iaitu
Pengendali Takaful Semula, bersetuju untuk membayar ganti rugi
kepada Pengendali Takaful iaitu syarikat pemberi (ceding company)
atas semua atau sebahagian risiko utama Takaful yang ditaja jamin
oleh syarikat pemberi di bawah satu atau lebih kontrak Takaful.
Walau bagaimanapun, Takaful semula tidak melepaskan syarikat
pemberi daripada liabilitinya terhadap peserta.
Dalam hal ini:
Peserta asal (pemegang sijil) tidak mempunyai sebarang hak
terhadap Pengendali Takaful Semula dalam apa jua keadaan.
Sekiranya Pengendali Takaful Semula menjadi tidak solven
(muflis), syarikat pemberi masih menanggung liabiliti di bawah
terma-terma kontrak.
Sekiranya syarikat pemberi menjadi tidak solven (muflis),
Pengendali Takaful Semula juga masih menanggung liabiliti di
bawah terma-terma kontraknya.
Pengendali Takaful Semula tidak mempunyai hak perundangan
terhadap apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh peserta asal.
Berdasarkan dari definisi di atas, elemen-elemen penting Takaful
semula boleh diringkaskan seperti berikut:
Takaful semula adalah sama seperti Takaful tetapi ia mempunyai
kontrak yang berbeza dan berasingan daripada kontrak Takaful
Takaful Semula 141
yang asal. Kontrak Takaful semula mengambil format kontrak
Takaful.
Takaful semula boleh menanggung sebahagian daripada risiko,
tetapi tidak boleh lebih dari itu.
Kontrak Takaful semula hendaklah melindungi risiko yang sama
seperti perlindungan Takaful yang asal.
Kedua-dua sijil Takaful dan sijil Takaful semula hendaklah wujud
pada masa yang sama.
7.2.1 Keperluan Takaful Semula
Takaful semula adalah satu mekanisma pengurusan risiko yang
kritikal yang perlu dihadapi oleh Pengendali Takaful bagi mencapai
objektif berikut:
Memastikan keberkesanan penyebaran risiko. Melalui proses ini,
pasaran Takaful dan Takaful semula akan dapat berkongsi
pembangunan dan pertumbuhan pasaran, dan dalam masa yang
sama ia melindungi pengendali Takaful daripada pendedahan
risiko yang melampau keatas liabiliti yang ditanggungnya.
Menyediakan kapasiti tambahan bagi Pengendali Takaful
(penyerah) untuk menerima penyertaan risiko yang lebih besar
dan kompleks yang mungkin melebihi keupayaan kewangan dan
teknikal yang dimiliki.
Takaful semula mempunyai kesan penstabilan atau melicinkan
aliran pendapatan dan kerugian sepanjang tempoh satu tahun,
iaitu suatu tempoh yang agak panjang untuk mewujudkan
kestabilan dan daya tahan kepada dana Takaful.
Dengan kepelbagaian dan jumlah besar risiko yang ditanggung
dalam portfolio mereka, Pengendali Takaful Semula boleh
membuat analisa kajian penyelidikan kerana ia mempunyai
pengetahuan dan pengalaman luas mengenai risiko. Ia mampu
melihat dari perspektif yang berbeza dan lebih menyeluruh atau
perspektif makro, dan dalam kebanyakan kes ia mampu menilai
142 Amalan Asas Takaful
risiko merentasi beberapa bidang kuasa yang berbeza. Maklumat
yang unik ini boleh dikongsi dengan pengendali Takaful bagi
tujuan memastikan pengurusan risiko yang lebih cekap. Ini
seterusnya akan membantu Pengendali Takaful memanfaatkan
data yang ada bagi tujuan mereka-bentuk produk baru, penetapan
kadar sumbangan, dan yang lebih penting, mampu mewujudkan
amalan pengunderaitan yang lebih menyeluruh dan kompetitif.
Dengan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang
mereka miliki, Pengendali Takaful Semula mampu menyediakan
tenaga pakar dalam bidang pengunderaitan, reka bentuk risiko
kewangan, perkhidmatan aktuari, penyelesaian IT, mekanisma
pemindahan risiko alternatif (alternative risk transfer
mechanism), pengurusan tuntutan, pemasaran, dan lain-lain
kepada Pengendali Takaful.
Demi menjaga amanah peserta, Pengendali Takaful bersedia
melindungi dan menjaga dana Takaful pada setiap masa dari
terdedah kepada risiko buruk /tuntutan yang merugikan. Kepada
peserta, keupayaan untuk membayar tuntutan oleh pengendali
adalah suatu jaminan. Pengendali Takaful perlu berusaha untuk
memenuhi janji seperti yang dinyatakan dalam sijil tentang
kesediaannya untuk berkongsi lebihan operasi Takaful.
Kemudahan dan kelebihan yang ada pada Takaful semula akan
membantu Pengendali Takaful berusaha ke arah mencapai
objektif berkenaan.
7.2.2 Bidang kuasa Syari’ah mengenai Takaful Semula dengan
Syarikat Insurans Semula
Insurans semula dalam perniagaan Takaful di bawah prinsip-prinsip
Islam dikenali sebagai Takaful semula, suatu konsep insurans semula
yang mematuhi dan diluluskan oleh Syari’ah. Pada peringkat awal
perniagaan Takaful, kemudahan insurans semula disediakan oleh
syarikat-syarikat insurans konvensional kerana:
Takaful Semula 143
Pengendali Takaful memiliki keupayaan yang terhad.
Pengendali Takaful tidak mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi.
Tiada kemudahan Takaful semula.
Pengendali Takaful semula adalah terhad.
Pengendali Takaful Semula kekurangan modal.
Pengendali Takaful Semula bertaraf ‘A’ amat terhad.
7.2.3 Pepatah Undang-Undang (Legal Maxims) / Prinsip-
Prinsip Syari’ah
Antara Pepatah Undang-undang yang sesuai dan boleh digunakan
dalam urusniaga Takaful semula adalah seperti berikut:
Legal Maxims Keterangan
Al-Darurah Tubih al-
Mahzurah
Mengikut pendapat Ulama’, prinsip ini
boleh digunakan sebagai suatu
kelonggaran apabila wujud keadaan
yang mendesak (darurat). Prinsip ini
membenarkan umat Islam mengerjakan
perkara yang dilarang semasa waktu
biasa atau perbuatan yang menyalahi
hukum Syari’ah.
Al-Darurah Tuqaddaru
Biqadariha
Prinsip ini menyatakan bahawa
Pengendali Takaful boleh
menginsuranskan risiko yang
ditanggungnya dengan syarikat insurans
semula konvensional hanya pada
bahagian risiko yang tidak dapat
diTakafulkan dengan Pengendali
Takaful Semula.
Ma Ubiha lil-Darurah
Yataqaddaru
Biqadariha
Prinsip ini menyatakan bahawa setakat
mana had tindakan tersebut boleh
dilakukan. Ini bermaksud bahawa
144 Amalan Asas Takaful
walaupun Ulama’ membenarkan
melakukan perkara yang terlarang dalam
waktu darurat, tetapi ia hendaklah tidak
melampaui batas.
Ma Jaza Li Uzrin
Batala Bi Ziwallihi
Prinsip ini menyatakan bahawa perkara
yang dibolehkan disebabkan darurat
tidak lagi dibenarkan apabila keadaan
darurat telah tiada. Apabila tiada
darurat, undang-undang Syari’ah akan
kembali digunakan, yang bermaksud
`Takaful semula dengan syarikat
insurans konvensional tidak
dibenarkan’.
7.2.4 Garis Panduan untuk Pengendali Takaful Mengurus
Takaful Semula dengan Syarikat Insurans Semula
Konvensional
Kerjasama dalam urusniaga insurans semula dengan penanggung
reinsurans konvensional tidak akan menjejaskan kedudukan
kewangan dan ketidakstabilan sistem kewangan negara-negara
Islam.
Keutamaan hendaklah diberikan kepada Pengendali Takaful
Semula sekiranya ada kemudahan tersebut.
Pakar-pakar Pengendali Takaful Semula perlu bertindak dengan
berhati-hati dalam menentukan kuantum liabiliti yang akan
dilindungi.
Pengendali Takaful perlu mengkaji semula keperluan Takaful
semula setiap tahun dan berusaha seboleh mungkin
mengurangkan penggantungan dengan reinsurans konvensional.
Pengendali Takaful hendaklah menyatakan secara jelas syarat-
syarat pengecualian dari membayar atau menerima sebarang
bayaran yang mengandungi elemen faedah / bunga dari reinsurans
konvensional.
Takaful Semula 145
Apabila kedudukan rezab kewangan mengizinkan dan terdapat
Pengendali Takaful semula baru mula memasuki pasaran,
penggantungan kepada reinsurans konvensional hendaklah
ditamatkan.
Gunakan perkhidmatan reinsurans konvensional hanya apabila
risiko yang dilindungi tidak diterima oleh Pengendali Takaful
atau Pengendali Takaful Semula.
Gunakan perkhidmatan reinsurans konvensional hanya apabila
Pengendali Takaful atau Pengendali Takaful Semula tidak
mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk menerima
risiko berkenaan.
A7.3 JENIS-JENIS TAKAFUL SEMULA
Secara umumnya terdapat dua jenis Takaful semula iaitu fakultatif
dan triti. Takaful semula triti boleh dibahagikan kepada dua: Triti
Proposional dan Triti Bukan Proposional. Triti proposional boleh
dikategorikan kepada tiga jenis: kongsi kuota (quota-share), surplus
dan fakultatif obligatori. Begitu juga, triti bukan proposional boleh
dibahagikan kepada dua jenis; lebihan kerugian (excess of loss) dan
kerugian tersukat (stop loss).
Perniagaan Takaful semula dikategorikan mengikut jenis perniagaan
iaitu Takaful Semula Am dan Takaful Semula Keluarga. Dalam
Takaful Semula Am, terdapat pengendali yang hanya menyediakan
kemudahan Takaful semula untuk kelas tertentu sahaja. Sebagai
contoh, terdapat pengendali yang menawarkan Takaful semula triti
proposional, sementara pengendali lain menerima triti bukan
proposional sahaja. Di seluruh dunia, hanya terdapat beberapa
Pengendali Takaful Semula kerana ciri-ciri perniagaan yang begitu
khusus, di samping memerlukan modal yang besar untuk memulakan
perniagaan Takaful semula.
Pengendali Takaful Semula berkenaan menawarkan perkhidmatan
mereka mengikut pembahagian rantau tertentu di samping di
peringkat antarabangsa, dengan pejabat-pejabat yang terletak di
146 Amalan Asas Takaful
pusat-pusat perdagangan dan luar pesisir utama. Contohnya, sindiket
insurans Lloyds di London mempunyai keupayaan menyediakan
perkhidmatan Takaful semula untuk pasaran antarabangsa.
Satu lagi komponen penting dalam pasaran Takaful semula adalah
broker. Perkhidmatan broker profesional Takaful semula biasanya
digunakan untuk membantu pengendali Takaful mencari dan
merundingkan program Takaful semula yang paling efektif.
Gambar rajah berikut memberikan gambaran menyeluruh tentang
jenis-jenis Takaful semula yang terdapat dipasaran:
Carta Aliran Takaful Semula dan Insurans Semula
7.3.1 Takaful Semula Fakultatif
Fakultatif adalah satu bentuk Takaful semula di mana kontrak
dirundingkan bagi sijil Takaful atau perlindungan Takaful tertentu.
Takaful Semula / Insurans Semula
Fakultatif Triti
Proposional Bukan-Proposional
Surplus Kongsi Kuota
(Quota Share)
Lebihan
Kerugian
Kerugian Tersukat
(Stop Loss)
Takaful Semula 147
Kontrak ini biasanya memerlukan penyertaan kerana risiko atau
perlindungan adalah besar atau luar biasa, dan Pengendali Takaful
biasanya begitu berhati-hati berhadapan dengan pendedahan risiko
yang sedemikian rupa.
Syarikat mengesid (pengendali asal) boleh menawarkan kesemua atau
sebahagian dari risiko kepada mana-mana syarikat Takaful semula
dan syarikat Takaful semula tersebut bebas untuk memutuskan sama
ada untuk menerimanya atau tidak.
Takaful semula jenis ini biasanya akan digunakan bagi membolehkan
syarikat mengesid/memindahkan sebahagian besar risiko merbahaya
di mana skop perlindungannya diluar kemampuan kontrak triti.
Ini merujuk kepada kaedah di mana sesuatu risiko (kes demi kes)
diserahkan kepada Takaful semula dan sebahagian daripada
sumbangan Takaful yang asal akan dibayar kepada Takaful semula
mengikut peratusan pegangan. Biasanya komisen tertentu akan
dikenakan ke atas Pengendali Takaful Semula.
Pengendali Takaful Semula mempunyai pilihan untuk menerima atau
menolak tawaran risiko berkenaan.
Di bawah ini ialah ilustrasi penempatan risiko yang dibuat
menggunakan kaedah Takaful semula fakultatif:
Pengendali Takaful X bercadang untuk menerima cadangan
perlindungan bernilai RM10 juta
Pengendali Takaful X mengekalkan RM1 juta
Baki yang perlu disidkan ialah RM9 juta
Sumbangan (contribution) Takaful asal ialah RM10,000
148 Amalan Asas Takaful
Takaful / Takaful
Semula
Amaun
perlindungan /
Kongsi Risiko
(RM)
%
Pegangan
Pegangan
Sumbangan
(contribution)
(RM)
Pengendali
Takaful X
1,000,000
10%
1,000
Pengendali
Takaful Semula A
2,700,000
27%
2,700
Pengendali
Takaful Semula B
4,500,000
45%
4,500
Pengendali
Takaful Semula C
1,800,000
18%
1,800
Jumlah
10,000,000
100%
10,000
7.3.2 Takaful Semula Triti
Triti adalah suatu perjanjian tahunan yang dibuat secara bertulis di
antara Pengendali Takaful Langsung (pejabat pengesid) dan
Pengendali Takaful Semula (pejabat penerima), di mana Syarikat
Takaful Semula (penerima) secara automatik akan menerima apa-apa
penyerahan hak / bahagian perlindungan yang termasuk dalam syarat-
syarat perjanjian.
Sisen (cession) ialah sejumlah unit / amaun Takaful yang dipindahkan
kepada Pengendali Takaful Semula. Perjanjian (triti) ini akan
berkuatkuasa untuk tempoh masa tertentu dan tertakluk kepada
sekatan kepada jenis risiko atau nilai yang terlibat. Perjanjian itu
menyediakan kemudahan secara automatik, iaitu telah dipersetujui
lebih awal dan biasanya rundingan hanya perlu diadakan setiap tahun
pembaharuan.
Kaedah Takaful semula ini biasanya dikendalikan berasaskan
‘portfolio’, iaitu mana-mana nilai risiko yang melebihi had
bendungan (retention limit) Pengendali Takaful akan
memindahkannya (cede) kepada Pengendali Takaful Semula.
Biasanya dalam tempoh setahun perjanjian, semua risiko dalam
Takaful Semula 149
portfolio yang dipersetujui akan dipindahkan dan secara automatik
akan diterima oleh Pengendali Takaful Semula. Urusan perakaunan
yang berkaitan dengan portfolio ini akan disediakan dan dipersetujui
oleh pihak-pihak yang terlibat dengan perjanjian triti ini setiap suku
tahunan.
Perbezaan ketara antara fakultatif dan triti ialah dalam fakultatif,
risiko dipindahkan mengikut kes (case to case basis) sementara triti
pula merujuk kepada program Takaful semula secara pukal
(wholesale) yang disidkan dalam tempoh tertentu yang telah
dipersetujui. Takaful semula triti boleh dibahagikan kepada dua
bentuk iaitu proposional dan bukan proposional.
7.3.3 Triti Proposional
Dalam Takaful semula proposional, amaun yang dibendung dan
amaun yang disidkan mewakili nisbah tertentu jumlah perlindungan
asal yang diterima oleh pejabat mengesid dan sumbangan / premium
yang diterima oleh pejabat pengesid akan dikongsi dalam kadar yang
sama. Begitu juga, pembayaran tuntutan akan dikongsi bersama oleh
pejabat mengesid dan Pengendali Takaful Semula dalam kadar yang
sama.
a. Kongsi Kuota (Quota Share)
Merujuk kepada perjanjian triti di mana pejabat mengesid terikat
untuk memindahkan risiko dan Pengendali Takaful perlu
menerima bahagian yang ditetapkan bagi setiap risiko dalam
portfolio risiko yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Perjanjian ini ditetapkan dalam bentuk peratusan. Sebagai contoh,
sekiranya pejabat mengesid mengambil 20%, syarikat Takaful
Semula akan mengambil baki 80%. Caruman Takaful semula
dikongsi secara nisbah sumbangan Takaful asal dan setelah
mengambil kira kadar komisen yang dipersetujui. Begitu juga
dengan liabiliti tuntutan, ia akan dikongsi megikut bahagian
masing-masing.
150 Amalan Asas Takaful
Kaedah pengendalian seperti ini biasanya digunakan oleh
Pengendali Takaful baru yang tidak mempunyai rekod Takaful
semula atau mempunyai pengalaman tuntutan yang buruk.
Dengan cara ini, risiko yang baik dan risiko buruk dapat dikongsi
bersama bagi mengelakkan anti pemilihan.
Syarikat mengesid mesti memindahkan risiko dan Pengendali
Takaful Semula mesti menerima bahagian yang dipersetujui bagi
setiap risiko yang diambil oleh syarikat mengesid. Syarikat
mengesid tidak boleh membendung semua risiko, tidak kira
betapa kecil jumlah yang dilindungi.
Triti digunakan dalam keadaan berikut:
apabila ia melibatkan perniagaan baru yang amat memerlukan
perlindungan Takaful semula pada tahun-tahun awal
perlindungan disebabkan kekurangan pengalaman dan
kedudukan kewangan tidak mengizinkan.
apabila surplus/lebihan milik syarikat mengesid mengalami
kemerosotan yang ketara.
untuk mencapai skala ekonomi sewajarnya dalam
pengendalian Takaful semula.
b. Surplus / Lebihan
Pengendali Takaful Semula Triti berhak untuk berkongsi apa-apa
risiko lebihan yang diterima oleh pejabat mengesid, iaitu surplus
yang melebihi had bendungan pejabat mengesid sehingga ke had
triti. Had kapasiti triti ditunjukkan dalam bentuk lini (lines),
dimana satu lini menandakan bendungan risiko syarikat
mengesid. Oleh itu, triti sepuluh lini bermaksud jumlah
keseluruhan kapasiti kasar syarikat mengesid ialah sebelas kali
ganda berbanding dengan amaun yang dibendung.
Melalui kaedah ini, Pengendali Takaful (cedant) akan
menyerahkan surplus/lebihan keseluruhan risiko yang melebihi
had bendungan kepada pengendali Takaful semula, sementara
Takaful Semula 151
pejabat mengesid hanya menanggung risiko dengan nilai yang
lebih kecil. Sumbangan Takaful semula yang diserahkan kepada
Pengendali Takaful Semula adalah seimbang dengan sumbangan
asal Takaful, setelah ditolak komisen untuk pejabat mengesid.
Bayaran komisen dikenakan untuk menampung kos
pengambilalihan oleh pejabat pengesid. Menggunakan kaedah
yang sama, liabiliti tuntutan dibayar mengikut bahagian masing-
masing. Di samping itu, perkongsian surplus yang digelar
‘komisen keuntungan’ dana Takaful semula juga dimasukkan
dalam triti.
7.3.4 Triti Bukan Proposional
Triti ini hanya akan berfungsi apabila amaun tuntutan melebihi had
yang ditetapkan oleh pejabat pengesid. Pejabat pengesid dan
Pengendali Takaful Semula tidak berkongsi setiap kerugian dalam
kadar yang tetap, malah mungkin sebahagian kerugian tidak dikongsi
sama sekali. Syarikat mengesid akan bertanggungjawab bagi semua
kerugian dibawah had amaun kerugian, sementara Pengendali Takaful
Semula akan bertanggungjawab membayar baki pampasan yang
melebihi had yang dinyatakan, biasanya untuk had kerugian tertinggi.
Ia merujuk kepada satu persetujuan di mana pejabat pengesid akan
menggunakan teknik lindung nilai yang meletakkan had tuntutan,
terutamanya terhadap kerugian akibat bencana. Tidak seperti triti
proposional, kaedah bukan proposional membolehkan pejabat
pengesid memindahkan (ceding) jumlah kerugian sahaja, berbanding
dengan mengesidkan risiko dibawah kaedah proposional. Kaedah ini
menjadi lebih berkesan apabila jumlah kerugian bersih yang
ditanggung oleh pejabat pengesid disebabkan oleh satu kes kerugian
besar atau beberapa siri kerugian yang melebihi had yang dipersetujui
dibawah triti. Caruman Takaful semula yang dipanggil Sumbangan
Deposit Minimum MDC) yang dikenakan di bawah Takaful semula
bukan proposional tidak berasaskan kepada sumbangan Takaful asal
tetapi berdasarkan kepada struktur penentuan harga yang mengambil
kira pengalaman kerugian dan anggaran jumlah sumbangan tahunan
bagi kelas perniagaan berkaitan untuk tempoh tiga tahun yang lalu.
152 Amalan Asas Takaful
Terdapat dua jenis triti bukan proposional iaitu:
a. Lebihan Kerugian
Pejabat pengesid membayar pampasan bagi setiap tuntutan dan
setiap risiko sehingga mencapai had yang ditetapkan, sementara
Pengendali Takaful Semula membayar jumlah tuntutan yang
melebihi had tersebut sehingga ke had jumlah tertentu. Urusan
Takaful semula dikendalikan dalam bentuk lapisan (layers)
dengan penetapan pelbagai had dan deduktibel. Ia mungkin boleh
diseleggarakan dalam bentuk akaun menyeluruh atau akaun
berasingan mengikut kelas perniagaan.
b. Kerugian Tersukat (Stop Loss)
Triti lebihan nisbah kerugian juga dikenali dengan nama triti stop
loss. Triti ini direka bentuk untuk menghalang turun naik yang
drastik dalam nisbah tuntutan portfolio tertentu dalam tempoh
satu tahun kewangan. Contohnya, jika akaun Takaful kebakaran
mencatatkan nisbah kerugian 60% untuk beberapa tahun yang
lalu dan pihak syarikat menetapkan objektif untuk menghalang
nisbah tersebut terus meningkat sehingga ke tahap 90% dalam
tahun-tahun tertentu, maka pihak syarikat akan membeli polisi
perlindungan lebihan nisbah kerugian pada tahap 90% sehingga
120%.
Perlindungan ini direka untuk menghalang turun naik dalam
nisbah tuntutan. Ia melindungi Pengendali Takaful terhadap
agregat jumlah tuntutan sepanjang tempoh tertentu yang biasanya
sepanjang tempoh perjanjian, agar tidak melebihi peratusan yang
ditetapkan berbanding dengan jumlah sumbangan Takaful.
Takaful semula lebihan nisbah kerugian tidak melindungi
tuntutan individu. Kaedah kawalan lebihan nisbah kerugian
melindungi pejabat pengesid dari kemungkinan jumlah
keseluruhan nisbah kerugian melebihi had amaun tertentu yang
telah ditetapkan atau peratusan tertentu jumlah sumbangan
Takaful dari kelas perniagaan tertentu. Sebagai contoh, sekiranya
Takaful Semula 153
nisbah kerugian portfolio perniagaan melebihi had yang
dipersetujui, katakan 120%, maka Takaful semula akan
membayar lebihan itu sehingga ke had lain yang dipersetujui,
katakan 160%. Pada dasarnya, Takaful semula lebihan nisbah
kerugian dirangka bagi tujuan melindungi Pengendali Takaful
dari pendedahan baki bersih terhadap pengalaman tuntutan yang
merugikan.
7.3.5 RetroTakaful
Risiko Takaful semula sama seperti risiko Takaful, iaitu ia perlu
diurus dan dilindungi oleh Pengendali Takaful Semula melalui
pelbagai mekanisma yang terdapat di pasaran. Dalam hal ini,
Pengendali Takaful Semula perlu mempunyai program retroTakaful
yang sesuai dengan kaedah proposional dan bukan proposional.
Berdasarkan dari perkembangan semasa dan disebabkan
ketidakcukupan kapasiti retroTakaful, sebahagian besar daripada
risiko retroTakaful dipindahkan ke pasaran konvensional, sehinggalah
apabila pasaran Takaful semula telah berkembang maju sepenuhnya
dan menyeluruh.
A7.4 FUNGSI TAKAFUL SEMULA
Fleksibiliti
Tanpa Takaful semula, Pengendali Takaful hanya akan menerima
risiko dalam jumlah dan jenis yang mereka mampu
menanganinya berdasarkan dari sumber-sumber yang mereka ada.
Ini akan menghadkan perkhidmatan yang boleh disediakan
kepada orang ramai dan juga akan menimbulkan kesukaran
kepada pelanggan.
Pengembangan
Takaful semula boleh menyediakan kepakaran tambahan kepada
pengendali dalam bidang di mana pengendali mempunyai
pengalaman, kepakaran atau pengetahuan yang terhad. Dengan
154 Amalan Asas Takaful
memberikan kemudahan ini dan menerima sebahagian atau
semua risiko, syarikat yang menerima risiko dapat membantu
pengendali memperkenalkan dan mengembangkan barisan
produk yang boleh ditawarkan kepada pelanggan.
Penghimpunan
Pengendali tidak dapat menanggung kerugian atas beberapa risiko
yang berbeza yang terhasil daripada satu kejadian atau peristiwa.
Sebagai contoh, pengendali mungkin boleh melindungi
sekumpulan individu yang bekerja dibeberapa buah syarikat dan
lokasi tempat kerja yang berbeza pada satu-satu masa, dan
mungkin mereka menaiki kapal terbang yang sama. Jika kapal
terbang terhempas dan semua penumpang terbunuh, tuntutan
yang perlu dibayar mungkin jauh melebihi kerugian maksimum
yang telah ditentukan terlebih dahulu. Takaful semula membantu
pengendali menghadkan kerugian kepada suatu jumlah yang
mampu ditanggug oleh pengendali berkenaan.
A7.5 PENGURUSAN RISIKO DI BAWAH TAKAFUL
SEMULA
7.5.1 Rangka Kerja Kawalan Takaful Semula
(BNM/RH/GL/004-12)
Demi memastikan perniagaan Takaful semula dapat berkembang
maju sejajar dengan pertumbuhan perniagaan Takaful di Malaysia,
Bank Negara Malaysia (BNM) telah menggubal satu rangka kerja
kawal selia (Rangka Kerja Kawalan Takaful Semula
(BNM/RH/GL/004-12) untuk Pengendali Takaful Semula seperti
berikut:
Rangkakerja Kawalan
Pengendali Takaful Semula
Keterangan/Catatan
Kekukuhan kedudukan
kewangan dan Fleksibiliti
Kewangan
Pemohon mesti mempunyai
kedudukan kewangan yang
kukuh, sokongan modal yang
Takaful Semula 155
memuaskan dan berupaya
mencatat rekod keuntungan
operasi yang menggalakkan
untuk memastikan
Pengendali Takaful semula
baru yang dicadangkan
mampu menyediakan
jaminan perlindungan dan
komitmen berterusan
terhadap operasi Takaful
semula di Malaysia;
Pemohon perlu mempunyai
gabungan modal berbayar
dan lebihan sekurang-
kurangnya USD100 juta dan
mencapai taraf kedudukan
antarabangsa atau penarafan
yang baik dari agensi
penarafan yang diiktiraf.
Pengalaman dalam bidang
Takaful/Takaful semula
Pemohon perlu mempunyai
pengalaman mengendali
pelbagai jenis perniagaan
Takaful semula. Pertimbangan
sewajarnya akan diberikan
kepada pemohon yang
mempunyai kepakaran teknikal
tertentu yang boleh memberi
manfaat kepada pasaran Takaful
Malaysia dan rantau ini.
Kemampuan untuk
menyumbang ke arah agenda
nasional
Pemohon mestilah dapat
menunjukkan bahawa
Pengendali Takaful Semula
yang dicadangkan boleh
menyumbang secara
156 Amalan Asas Takaful
berkesan kepada
pembangunan industri
Takaful dan seterusnya
menyokong usaha-usaha
yang diambil oleh Kerajaan
dan Bank untuk menjadikan
Malaysia sebagai pusat
kewangan Islam
antarabangsa. Pertimbangan
akan diberikan kepada
pemohon yang bercadang
untuk menubuhkan Takaful
semula di Malaysia dan
menjadikannya sebagai pusat
perniagaan Takaful semula
serantau atau antarabangsa;
dan
Pemohon juga dikehendaki
menyediakan pelan
perancangan kearah
memindahkan pengetahuan
teknikal kepada pasaran
Takaful tempatan dan
mengoptimumkan bakat
tempatan dalam pengurusan
syarikat.
Daya maju operasi di Malaysia Pelan perniagaan Pengendali
Takaful Semula yang
dicadangkan penubuhannya di
Malaysia perlu menunjukkan
daya maju dalam tempoh 5
tahun berdasarkan unjuran yang
realistik.
Takaful Semula 157
7.5.2 Kapasiti Pembendungan (Retention Capacity)
Semua Pengendali Takaful mesti mempunyai had pembendungan
(retention limit) kerana adalah penting untuk menetapkan had liabiliti
demi melindungi modal, keuntungan, dan juga mampu terus
membayar dividen yang munasabah. Yang paling penting ialah dapat
menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dalam aset bebas
(keuntungan modal dan keuntungan terkumpul) supaya dapat
menyokong pertambahan dalam sumbangan / premium.
Pembendungan ditakrifkan sebagai "had liabiliti yang biasanya
dinyatakan dalam bentuk amaun kewangan, yang ditanggung oleh
Pengendali Takaful dalam akaun bersih selepas Takaful semula". Ia
juga boleh ditakrifkan sebagai 'jumlah maksimum yang mampu
dibayar oleh Pengendali Takaful disebabkan kerugian atas sijil, risiko
atau kumpulan risiko. Oleh itu, pembendungan akan melibatkan
risiko tunggal atau siri risiko, atau kerugian tunggal atau siri kerugian.
Proses penetapan had pembendungan melibatkan beberapa faktor.
Had pembendungan ditetapkan berdasarkan kelas perniagaan
secara berasingan (keluarga, kebakaran, kemalangan, marin,
penerbangan dan lain-lain) dan dalam setiap kelas perniagaan
terdapat beberapa sub-bahagiannya. Ia juga mungkin ditetapkan
berdasarkan jumlah pembendungan keseluruhan berbanding
dengan gabungan portfolio pelbagai kelas. Walaupun faktor-
faktor yang menentukan had pembendungan telah menjadi
pengetahuan umum, Pengendali Takaful boleh menggunakan
nilai yang berbeza bagi setiap faktor dan seterusnya menghasilkan
keputusan yang berbeza juga. Oleh itu, adalah penting untuk
menetapkan had pembendungan optimum untuk setiap
Pengendali Takaful, bukannya had pembendungan yang paling
tepat. Had pembendungan optimum boleh membantu Pengendali
Takaful meyediakan rangka kerja untuk mencapai objektif
tertentu korporat. Oleh itu, jika terdapat dua Pengendali Takaful
dengan portfolio yang sama tetapi mempunyai matlamat korporat
yang berbeza, besar kemungkinan mereka mempunyai had
pembendungan yang berbeza.
158 Amalan Asas Takaful
Tujuan utama Pengendali Takaful menetapkan had
pembendungan adalah untuk mengawal keadaan turun naik
dalam: (a) nisbah kerugian, (b) pendapatan perniagaan, atau (c)
aliran tunai. Mana-mana Pengendali Takaful akan berhadapan
dengan pilihan pengunderaitan samada mengunderait sebanyak
mungkin risiko atau meminimumkan risiko. Dengan
mengunderait risiko yang lebih tinggi, pengendali akan
berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi; tetapi jika pengendali
tidak berbuat demikian, ia mampu untuk mengunderait lebih
banyak kes. Oleh itu, pengendali mesti menetapkan tahap
pembendungan atau kapasiti pada tahap yang optimum.
Dalam usaha menentukan had keupayaan pembendungan bagi
setiap pengendali, perkara yang juga perlu diberi perhatian ialah
pengalaman tuntutan. Selain daripada memberi kesan kepada
jumlah pembendungan dan nisbah pendapatan caruman kasar, ia
juga akan memberi kesan kepada kos dan / atau amaun Takaful
semula yang Pengendali Takaful Semula bersedia untuk
menawarkannya. Juga, semakin kurang pengalaman tuntutan,
sepatutnya semakin konservatif polisi pembendungannya. Ini
adalah kerana tahap ketepatan yang boleh dicapai dalam
menganggarkan kos tuntutan masa depan mempunyai kaitan
langsung dengan jumlah data yang didapati mengenai kekerapan
dan ketenatan sesuatu tuntutan.
Cara termudah untuk mengukur pengalaman tuntutan ialah
melalui nisbah tuntutan, iaitu nisbah kos tuntutan yang dibayar
untuk tempoh tertentu dibahagikan dengan pendapatan
caruman/sumbangan bagi tempoh yang sama. Nisbah boleh
diukur sama ada untuk akaun kasar atau caruman Takaful semula
bersih dan mendapatkan kembali tuntutan. Dengan mengira
nisbah tuntutan kasar atau bersih, kita akan mendapati bahawa
tahap turun naik kos tuntutan berbanding dengan pendapatan dari
caruman / sumbangan, dan sejauh mana berkesannya pengendali
menguruskan Takaful semula untuk mengurangkan kadar turun
naik akaun pembendungan, berbanding dengan akaun kasar.
Takaful Semula 159
Menurut kajian yang dijalankan, ‘saiz relatif turun naik dalam
nisbah tuntutan kasar dari masa ke masa akan cenderung untuk
berubah dengan saiz akaun seperti yang diukur oleh pendapatan
premium (sumbangan)’. Ringkasnya, semakin kecil pendapatan
sumbangan / premium kasar, semakin rendah kapasiti
pembendungan.
Kesimpulannya, strategi korporat Pengendali Takaful memainkan
peranan penting dalam menentukan keupayaan pembendungan
pengendali. Pengurusan Pengendali Takaful berbeza dalam
falsafah, pandangan, pengalaman, pengetahuan dan juga sikap
terhadap risiko.
160 Amalan Asas Takaful