sanjieap040392d2008ttp · kursus dan penyelidikan, atau laporan projek sarjana muda (psm). borang...
TRANSCRIPT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dantempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah danSarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerjakursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK EKSPERIMENDAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPATPENDIDIKAN FIZIK
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya SANJIE ANAK LAMPAH __________(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam(AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________ ____________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Tarikh: _________________ Tarikh: ___________________
________________
Alamat Tetap:KAMPUNG TEMIANG,94800 SIMUNJAN,SARAWAK
Nama Penyelia:PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN
ii
“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan : .................................................................................................
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN
Tarikh : .................................................................................................
iii
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK EKSPERIMEN DAN
MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT
PENDIDIKAN FIZIK
SANJIE ANAK LAMPAH
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2008
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ..............................................
Nama Penulis : SANJIE ANAK LAMPAH
Tarikh : ..............................................
v
DEDIKASI
Buat ibu yang sangat dikasihi
Pn. Tasi anak Sutau
Ibu, kau lah sumber inspirasiku. Tiada yang lebih penting selain doa dan restumu
mengiringi setiap detik perjalanan hidupku. Dengan iringan doa dan harapanmu
selama ini ingin melihatku berjaya menggengam segulung ijazah telah ku tunaikan.
Kejayaanku adalah kejayaanmu juga. Semoga Tuhan memberkatimu selalu.
Buat penyelia PSM dan pensyarah-pensyarah yang dihormati
Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin dan pensyarah-pensyarah
Ilmu yang kalian curahkan tidak ternilai harganya. Akan aku manfaatkan segalanya
apabila bergelar sebagai pendidik nanti. Jasa kalian semua sentiasa dikenang.
Semoga Tuhan memberkati perjuangan murni kalian dalam mendidik anak bangsa.
Buat teman yang istimewa
Miss Shally
Doronganmu selama ini menguatkan semangatku untuk menempuhi segala
kesukaran yang kuhadapi. Kesabaranmu selama ini menjadikan aku kini lebih tabah.
Semoga Tuhan memberkatimu selalu.
Buat sahabat seperjuangan yang dikasihi
Semua rakan-rakan 4SPF dan 4SPP sesi 2004-2008
Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian semua yang telah banyak membantu
sahabatmu ini sepanjang menyiapkan projek ini. Semoga Tuhan memberkati kalian
semua.
TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA BUAT SEMUA
vi
PENGHARGAAN
Terpujilah namaMU, Tuhan Yang Maha Esa. Saya bersyukur dan berterima
kasih di atas rahmat dan kasih kurniaMU yang telah memberkati saya dengan
kesihatan, kebijaksanaan, kesabaran, keyakinan, ketenangan dan kekuatan sepanjang
saya melaksanakan projek ini sehingga saya dapat menyempurnakannya dalam
jangka masa yang ditetapkan.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyatakan setinggi-tinggi
penghargaan dan rasa terima kasih yang tidak terhingga buat Prof. Madya Dr. Hj.
Shaharom bin Noordin, selaku penyelia projek saya di atas segala ilmu, usaha,
prihatin, bimbingan, bantuan, nasihat dan tunjuk ajar yang telah beliau curahkan
sepanjang saya menyiapkan projek ini.
Terima kasih juga saya tujukan kepada ibu tercinta, adik, teman teristimewa
serta ahli keluarga yang lain kerana sentiasa memberikan sokongan dan semangat
sepanjang saya menyiapkan projek ini.
Tidak lupa buat teman-teman sepejuangan yang telah berkongsi idea serta
memberikan sokongan moral dan semangat kepada saya dalam mengharungi
kesulitan dan cabaran menyiapkan projek ini. Budi dan jasa kalian sentiasa
dikenang.
Akhir sekali saya ingin menyatakan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menyempurnakan projek ini.
“Semoga Tuhan memberkati kalian semua”
vii
ABSTRAK
Tahap kefahaman Kemahiran Saintifik dalam kalangan pelajar telah menarik
perhatian penyelidik sebagai salah satu aspek yang penting yang perlu diberikan
pertimbangan dan juga kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap
kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan mengeksperimen dalam
kalangan pelajar tahun empat Pendidikan Fizik. Dalam konteks kajian ini, hanya dua
kemahiran sahaja yang dikaji iaitu kemahiran mereka bentuk eksperimen dan
kemahiran mengeksperimen manakala pembolehubah bebas yang terlibat ialah
program pengajian dan jantina. Seramai 45 orang pelajar lelaki dan perempuan
tahun empat Pendidikan Fizik yang terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang
digunakan untuk mengukur tahap kefahaman dua kemahiran ini ialah Ujian
Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen dan
Kemahiran Mengeksperimen. Alat kajian ini mengandungi 40 item berbentuk
objektif yang disertai empat pilihan jawapan dan maklumat latar belakang pelajar.
Kebolehpercayaan alat kajian ini ialah α = .73. Analisis statistik deskriptif dalam
bentuk min, sisihan lazim, maksimum dan minimum telah digunakan untuk
menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran
mereka bentuk eksperimen dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat
Pendidikan Fizik secara keseluruhannya adalah baik. Tahap kefahaman pelajar bagi
kedua-dua kemahiran merentas program pengajian menunjukkan tidak terdapat
perbezaan dan berada pada tahap baik. Tahap kefahaman pelajar bagi kedua-dua
kemahiran merentas jantina juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan dan berada
pada tahap baik. Walaupun tahap kefahaman pelajar dalam dua kemahiran ini adalah
baik namun dicadangkan agar pihak Fakulti Pendidikan melakukan penambahbaikan
dari segi sistem pengurusan dalam memastikan kehebatan menguasai Kemahiran
Saintifik dalam kalangan bakal guru Fizik dapat dikekalkan pada tahap cemerlang
pada masa akan datang.
viii
ABSTRACT
The level of understanding in Scientific Skills among students has attracted
researcher’s attention as one of the important aspect that needs to be considered and
studied. The purpose of this research was to identify the level of understanding in
designing experiment and experimenting skills among Year Four Physics Education
students. In the context of this research, two type of skills were investigated namely
designing and experimenting skills while another type of independent variables were
included such as educational programme and gender of the respondents. 45 male and
female from Year Four Physics Education students participated. The instrument
used to measure these skills was Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran
Mereka Bentuk eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen. This instrument
contained of 40 multiple choice objective items and together with student
background information. The reliability value of the instrument was α = .73.
Descriptive statistics analysis in the form of mean, standard deviation, maximum and
minimum percentages was used to analyze the data. The result of this research
indicated the level of understanding for both skills among Year Four Physics
Education students were good. The level of understanding for both skills across
educational programme indicated no difference and good. The level of
understanding for both skills across gender also indicated no difference and good.
Even though the level of understanding for both skills were good among students but
it is suggested that Fakulti Pendidikan have to make some improvements over
management system to ensure the superiority of training Physics teacher in mastering
of Scientific Skills which will maintain the excellence in the future.
ix
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENYELIDIK iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT ix
SENARAI KANDUNGAN x
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
1 PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 2
1.1.1 Penglibatan Pelajar Dalam Amali Fizik 5
1.1.2 Kurang Aktiviti ‘hands-on’ Dalam
Pembelajaran Fizik
6
1.1.3 Sikap Guru Dalam Kelas Amali Fizik 9
1.1.4 Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Fizik 11
1.2 Pernyataan Masalah 13
x
1.3 Objektif Kajian 13
1.4 Persoalan Kajian 14
1.5 Rangka Kajian Konsep 15
1.6 Kepentingan Kajian 16
1.7 Skop Kajian 19
1.8 Andaian Kajian 19
1.9 Batasan Kajian 20
1.10 Takrifan Operasi 20
1.10.1 Tahap Kefahaman 21
1.10.2 Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen 21
1.10.3 Kemahiran Mengeksperimen 22
1.10.4 Program 23
1.11 Rumusan 23
2 SOROTAN PENULISAN 25
2.0 Pendahuluan 25
2.1 Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen 25
2.1.1 Teori-Teori Berkaitan Kemahiran Mereka
Bentuk Eksperimen
26
2.1.2 Kepentingan Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen
29
2.2 Kemahiran Mengeksperimen 30
2.2.1 Teori-Teori Berkaitan Kemahiran
Mengksperimen
30
2.2.2 Kepentingan Kemahiran Mengeksperimen 35
2.3 Pendekatan Menguasai Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen
37
2.4 Kajian-Kajian Berkaitan Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen
41
2.4.1 Kajian Dalam Negara 41
2.4.1 Kajian Luar Negara 47
2.5 Rumusan 50
xi
3 PENGKAEDAHAN KAJIAN 51
3.0 Pendahuluan 51
3.1 Reka Bentuk Kajian 51
3.2 Responden Kajian 52
3.3 Alat Kajian 52
3.4 Tatacara Kajian 55
3.4.1 Kajian Rintis 55
3.4.2 Kajian Sebenar 56
3.5 Analisis Data 56
3.6 Rumusan 60
4 DAPATAN KAJIAN 61
4.0 Pendahuluan 61
4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen Secara
Keseluruhan
62
4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen
Merentas Program Pengajian
63
4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen
Merentas Jantina
66
4.4 Rumusan 68
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 69
5.0 Pendahuluan 69
5.1 Ringkasan 69
5.2 Kesimpulan 71
5.3 Perbincangan 72
5.3.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen
72
5.3.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen
78
xii
Merentas Program Pengajian
5.3.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen
Merentas Jantina
81
5.4 Implikasi 86
5.4.1 Bakal Guru 86
5.4.2 Pensyarah Kursus Pendidikan Amali Fizik 88
5.4.3 Fakulti Pendidikan 90
5.4.4 Universiti Teknologi Malaysia 92
5.5 Cadangan 94
5.6 Cadangan Kajian Masa Depan 96
5.7 Rumusan 98
RUJUKAN 99
LAMPIRAN 104
Lampiran A 104
Lampiran B 130
Lampiran C 133
xiii
SENARAI JADUAL
MUKA
SURAT
1.1 Analisis Mata Pelajaran Fizik Mengikut Gred Peperiksaan
SPM 2006 Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor
3
1.2 Analisis Mata Pelajaran Fizik Mengikut Gred Peperiksaan
SPM 2006 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed
Omar, Alor Setar, Kedah
4
1.3 Taburan Kekerapan Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti
Amali Fizik
5
2.1 Kaedah Penjadualan Data 34
2.2 Merancang Penyiasatan atau Eksperimen (Konstruk 1) 38
2.3 Menjalankan Penyiasatan atau Eksperimen (Konstruk II) 39
2.4 Markah Pencapaian Guru Pelatih Dalam Mereka Bentuk
Penyelidikan
45
3.1 Populasi Responden Mengikut Program dan Jantina 52
3.2 Item-Item Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen dan
Kemahiran Mengeksperimen Mengikut Aspek Yang
Dinilai
54
3.3 Sistem Penggredan UTM 2007 57
3.4 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Bagi Setiap Kemahiran
Mereka Bentuk Eksperimen dan Kemahiran
Mengeskperimen serta Pemeringkatan Tahap Kefahaman
Bagi Kedua-Dua Kemahiran
58
4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran 62
NO.JADUAL
TAJUK
xiv
Mereka Bentuk Eksperimen Dan kemahiran
Mengeksperimen
4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran
Mereka Bentuk Eksperimen dan kemahiran
Mengeksperimen Merentas Program Pengajian
64
4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran
Mereka Bentuk Eksperimen dan Kemahiran
Mengeksperimen Merentas Jantina
66
5.1 Senarai Beberapa Kursus dan Bilangan Kursus Yang
Diikuti Oleh Pelajar Program Pendidikan Fizik Merentas
Program Pengajian
79
xv
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH
TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Rangka Kajian Konsep 15
2.1 Keadaan-Keadaan Perlanggaran Yang Mematuhi Prinsip
Keabadian Momentum
35
3.1 Aspek-Aspek Yang Dinilai Dalam Kemahiran Mereka
Bentuk Eksperimen
53
3.2 Aspek-Aspek Yang Dinilai Dalam Kemahiran
Mengeksperimen
54
xvi
SENARAI SINGKATAN
FP Fakulti Pendidikan
IP Institusi Perguruan
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KM Kemahiran Manipulatif
KPS Kemahiran Proses Sains
KS Kemahiran Saintifik
PEKA Pentaksiran Kerja Amali
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
SPF Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Fizik (Fizik/Matematik)
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPP Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Fizik (Fizik/Komputer)
UPTKME Ujian Pencapaian Tahap Kefahman Kemahiran Mereka Bentuk
Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran
Mereka Bentuk Eksperimen dan Kemahiran
Mengeksperimen (UPTKME)
B Pengelasan dan Jawapan UPTKME
C Surat Pengesahan Alat Kajian Projek Sarjana Muda
(PSM)
18
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Penekanan terhadap penguasaan Kemahiran Saintifik (KS) dalam mata
pelajaran Fizik diterapkan secara khusus dalam amali Fizik di sekolah pada masa kini.
Mata pelajaran Fizik memberi tumpuan kepada kesepaduan antara pengetahuan, KS
dan pemupukan nilai murni. KS amat diperlukan dalam kajian Fizik sebagai satu
disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Kajian Fizik
mengutamakan kaedah inkuiri dan penemuan di mana aktiviti-aktiviti berpusatkan
pelajar digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengetahuan
dan menguasai KS. Penguasaan KS yang baik akan membantu pelajar mengenal pasti
masalah dalam eksperimen terutamanya melibatkan aktiviti mereka bentuk
eksperimen dan mengeksperimen. Dalam konteks yang lain, KS berguna untuk
mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah dan
mengajar kita membuat sesuatu keputusan secara bersistem.
Melalui KS, pelajar akan dapat mengembangkan kebolehan mereka dalam
mengendalikan eksperimen. Antara kebolehan yang mampu dicapai oleh pelajar ialah
kebolehan mereka bentuk eksperimen, mengeksperimen, membuat analisis data dan
perbincangan secara berkumpulan, membuat kesimpulan dan mempersembahkan
19
keputusan eksperimen dengan baik. Berdasarkan kepada beberapa kebolehan ini,
mereka dijangka dapat mengaplikasikan KS ke dalam kehidupan seharian. Pelajar
merupakan agen yang dapat membantu menerapkan KS ke dalam individu masyarakat
awam dan alam pekerjaan melalui amalan mereka. Apabila ini berlaku, ia secara
tidak langsung KS telah diamalkan di luar alam persekolahan dan diserap ke dalam
hidup masyarakat awam. Sekiranya amalan menggunakan KS diperkasakan dalam
kalangan masyarakat awam sama ada di rumah atau di tempat kerja, amalan ini dapat
membawa perubahan di dalam masyarakat tersebut ke arah pembentukan masyarakat
saintifik. Mereka dapat menggunakan KS untuk membuat sesuatu keputusan dan
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.
Dalam usaha menuju ke arah Wawasan 2020, masyarakat kita perlu
diperlengkapkan dengan penguasaan KS bagi membawa cabaran negara maju ke
hadapan dalam dunia Sains dan teknologi, pendidikan, ekonomi dan budaya mengikut
acuan Malaysia. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kepentingan penguasaan KS,
kajian ini akan mengkaji dua jenis kemahiran yang terkandung dalam KS iaitu
kemahiran mereka bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen.
1.1 Latar Belakang Masalah
Tahap penguasaan KS dalam kalangan pelajar sekolah menengah bagi mata
pelajaran Fizik boleh diukur berdasarkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Jadual 1.1 dan Jadual 1.2 di bawah menunjukkan analisis mata
pelajaran Fizik mengikut gred peperiksaan SPM 2006 di 2 buah sekolah menengah
iaitu Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Alor Setar, Kedah.
20
Jadual 1.1
Analisis Mata Pelajaran Fizik Mengikut Gred Peperiksaan SPM 2006 Sekolah
Menengah Teknik Johor Bahru, Johor
Gred Bilangan Peratus
1A 10 3.57
2A 16 5.71
3B 38 13.57
4B 58 20.71
5C 70 25.00
6C 52 18.57
7D 32 11.43
8E 4 1.43
9G 0 0.00
Jumlah 280 100
Lulus 100 100
Analisis peperiksaan dalam Jadual 1.1 menunjukkan seramai 280 orang pelajar
telah menduduki peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Fizik di Sekolah Menengah
Teknik Johor Bahru, Johor. Jika 70% dirujuk sebagai aras penguasaan KS terendah,
didapati 22.85% pelajar berada di atas aras penguasaan terendah manakala 77.14%
daripada mereka gagal berbuat demikian. Berdasarkan keputusan ini, jumlah pelajar
yang mendapat gred A, gred B, gred C, gred D dan gred E masing masing 9.28%,
34.28%, 43.57%, 11.43% dan 1.43%. Walaupun didapati tidak terdapat pelajar yang
gagal namun pelajar lebih ramai mendapat gred B dan gred C berbanding gred A.
Secara keseluruhannya, tahap penguasaan KS dalam kalangan pelajar di sekolah ini
adalah sederhana memandangkan mereka lebih ramai mendapat gred C.
21
Jadual 1.2
Analisis Mata Pelajaran Fizik Mengikut Gred Peperiksaan SPM 2006 Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Alor Setar, Kedah
Gred Bilangan Peratus
1A 0 0.00
2A 1 1.88
3B 1 1.88
4B 5 9.43
5C 6 11.32
6C 11 20.75
7D 19 35.85
8E 10 18.86
9G 0 0.00
Jumlah 53 100
Analisis peperiksaan dalam Jadual 1.2 menunjukkan seramai 53 orang pelajar
telah menduduki peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Fizik di Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Alor Setar, Kedah. Didapati hanya 3.76% pelajar
berada di atas aras penguasaan terendah manakala 96.24% daripada mereka gagal
berbuat demikian. Berdasarkan keputusan peperiksaan ini, jumlah pelajar yang
mendapat gred A, gred B, gred C, gred D dan gred E masing masing 1.88%, 11.31%,
32.07%, 35.85% dan 18.86%. Walaupun didapati tidak terdapat pelajar yang gagal
namun pelajar lebih ramai mendapat gred C dan gred D berbanding gred A dan gred
B. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan KS dalam kalangan pelajar di sekolah
ini adalah lemah dan perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak sekolah.
Berdasarkan analisis di atas, penyelidik berpendapat masalah penguasaan KS
dalam kalangan pelajar di kedua-dua buah sekolah ini mungkin disebabkan oleh
beberapa faktor. Antaranya ialah penglibatan pelajar dalam amali Fizik, kurang
aktiviti hands-on dalam pembelajaran Fizik, sikap guru Fizik dalam kelas amali Fizik
dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Fizik.
22
1.1.1 Penglibatan Pelajar Dalam Amali Fizik
Jadual 1.3 di bawah menunjukkan dapatan kajian Zaiton (2005) mengenai
taburan kekerapan penglibatan pelajar dalam aktiviti amali Fizik berdasarkan empat
peringkat iaitu sebelum, semasa, selepas dan penyoalan.
Jadual 1.3
Taburan Kekerapan Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Amali Fizik
Peringkat Penglibatan Jumlah
Aktif Pasif
Kekerapan Peratus, % Kekerapan Peratus, %
Sebelum 51 16.30 261 83.65 312
Semasa 56 17.95 256 82.05 312
Selepas 60 19.23 252 80.77 312
Penyoalan 56 17.95 256 82.05 312
Berdasarkan dapatan kajian Zaiton (2005) ini, peringkat sebelum merujuk
kepada peringkat mereka bentuk eksperimen manakala peringkat semasa merujuk
kepada peringkat mengeksperimen. Berdasarkan dapatan kajian ini, didapati pelajar
yang terlibat secara aktif dan pasif dalam aktiviti amali Fizik adalah masing-masing
17.13% dan 82.85%. Didapati juga peratusan pelajar yang aktif adalah 65.72% lebih
rendah berbanding pelajar yang pasif. Sehubungan itu, dapatan kajian ini
menunjukkan penglibatan yang pasif pelajar dalam aktiviti amali Fizik mungkin
membawa kepada masalah penguasaan KS. Terdapat beberapa aspek yang boleh
mempengaruhi penglibatan pasif pelajar ini. Antaranya ialah tidak faham
menjalankan eksperimen, tahap pengetahuan yang cetek dalam kemahiran mereka
bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen, tahap penguasaan konsep Fizik
yang lemah, tidak yakin pada diri sendiri dan interaksi yang tidak aktif antara guru
dan pelajar semasa aktiviti amali.
23
1.1.2 Kurang Aktiviti ‘hands-on’ Dalam Pembelajaran Fizik
Pembelajaran secara hands-on dititikberatkan dalam amali Fizik. Melalui
aktiviti hands-on, pelajar dapat mengenal pasti KPS yang diperlukan untuk
melakukan eksperimen bermula dari aktiviti menginferens sehingga mengambil
ukuran ke atas pembolehubah yang diukur. Namun begitu, sekiranya aktiviti hands-
on tidak kerap dilakukan dalam pembelajaran Fizik, pelajar berkemungkinan tidak
mempunyai pengalaman yang secukupnya untuk menguasai konsep Fizik dan KS.
Salah satu contoh pembelajaran Fizik ialah mempelajari konsep tekanan dengan
menggunakan aktiviti hands-on. Setelah pelajar mempelajari teori berkaitan dengan
konsep tekanan di dalam kelas, ia perlu difahami dengan melakukan aktiviti hands-on
dengan memanipulasikan pembolehubah-pembolehubah yang boleh mempengaruhi
tekanan seperti daya, F dan luas, A. Sebagai contohnya, aktiviti hans-on dilakukan
dengan menekan mata pen ke atas permukaan tapak tangan dengan memanipulasikan
daya tolakan yang menekan mata pen ke arah permukaan tapak tangan. Apabila daya
yang dikenakan bertambah, tapak tangan akan berasa sakit. Sekiranya, aktiviti seperti
ini kurang diamalkan dalam pembelajaran Fizik, pelajar berkemungkinan tidak dapat
menguasai konsep Fizik dan seterusnya gagal menjalankan aktiviti amali dengan baik.
Pendapat ini turut disokong oleh petikan laporan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia
iaitu:
“... namun masih terdapat calon yang lemah dalam menguasai kemahiran
proses sains terutama membuat infererens terhadap situasi yang diberikan
pada soalan menyebabkan calon gagal mengenalpasti pembolehubah yang
terlibat dalam merekabentuk eksperimen berkaitan (Lembaga Peperiksaan
Malaysia, 2004: 9)”.
Proses yang pertama dalam mereka bentuk eksperimen ialah mencari
persoalan dan membina inferens dari situasi yang diberikan. Merujuk kepada contoh
di atas, inferens yang mungkin boleh dibina ialah tekanan, P mungkin dipengaruhi
oleh daya atau luas. Pelajar dijangka tidak dapat menyatakan inferens seperti ini
24
sekiranya mereka tidak melakukan aktiviti hands-on iaitu seperti mengubah nilai-nilai
daya atau luas untuk mendapatkan perubahan tekanan. Melalui aktiviti menginferens,
pelajar dijangka akan dapat menyatakan hipotesis. Kegagalan berbuat demikian
mungkin menyebabkan pelajar tidak dapat mengenal pasti pembolehubah yang
terlibat eksperimen. Melalui kemahiran memerhati dan meramal bahan yang
digunakan sebagai pembolehubah, pelajar boleh menyatakan hipotesis dengan betul.
Salah satu hipotesis yang mungkin boleh dibina ialah apabila daya bertambah,
tekanan juga bertambah. Berdasarkan hipotesis ini, pelajar dijangka akan dapat
mengenal pasti pembolehubah yang terlibat di mana pembolehubah manipulasi
(PUM), pembolehubah bergerak balas (PUB) dan pembolehubah dimalarkan adalah
masing-masing daya, tekanan dan luas. Sekiranya mereka tidak dapat melakukan
aktiviti ini, mereka dijangka tidak dapat mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah
yang terlibat. Seterusnya, mereka juga dijangka tidak dapat menjalankan eksperimen
dengan baik seperti pernyataan di bawah.
“... calon tidak faham sesetengah bahagian soalan. Oleh itu jawapan yang
diberi adalah terpesong dari kehendak soalan. Penguasaan terhadap kaedah
pengukuran amat lemah. Begitu juga dengan kemahiran menjadual dan
melukis graf. Tidak dapat membuat kesimpulan tepat dari graf”. Calon tidak
boleh membuat inferens, seterusnya tidak dapat merekabentuk eksperimen
yang dikehendaki (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004: 10)”.
Berdasarkan pernyataan di atas, pelajar didapati lemah dalam kemahiran
mengukur, menjadual, melukis graf dan gagal membuat kesimpulan. Ini
menyebabkan mereka tidak memahami kehendak soalan. Jawapan mereka terpesong
dari kehendak soalan kerana mungkin disebabkan oleh kelemahan menguasai
kemahiran mereka bentuk eksperimen seperti menginferens, menyatakan hipotesis
dan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat. Seterusnya, pelajar dijangka tidak
dapat mengeksperimen dengan baik kerana didapati lemah dalam mengukur,
menjadual dan melukis graf. Sebab itu aktiviti hands-on penting diamalkan dalam
pembelajaran Fizik terutamanya aktiviti mengukur. Melalui aktiviti ini pelajar
dijangka mampu mengenal pasti simbol dan unit yang sesuai bagi pembolehubah-
25
pembolehubah yang terlibat untuk dimasukkan ke dalam jadual. Sebagai contohnya,
unit yang sesuai bagi tekanan, daya dan luas dalam eksperimen yang mengkaji konsep
tekanan ialah Nm-2, N dan m2. Salah satu lagi sebab mengapa pelajar didapati lemah
dalam kemahiran mengukur ialah mereka mungkin kurang mahir menggunakan alat
perngukuran seperti tolok skru mikrometer, angkup vernier, jam randik, ammeter,
volmeter dan sebagainya. Justeru, gaya pembelajaran yang menitikberatkan
kemahiran mengukur harus diamalkan dalam kalangan pelajar supaya penguasaan
dalam kemahiran mengeksperimen dapat ditingkatkan lagi. Pendapat ini telah
disokong oleh Lilia et al. (2002) seperti berikut.
“Pembelajaran Fizik berkesan apabila murid didedahkan dengan aktiviti
‘hands-on’ di mana mereka dapat memperolehi pengalaman dan ilmu baru
dalam membuat penyiasatan. Ini bermakna aktiviti penyiasatan di makmal
diintegrasikan dalam pembelajaran teori. Sesungguhnya pemisahan aktiviti
makmal dan pembelajaran Fizik terutamanya pada peringkat menengah atas
adalah tidak memenuhi aspirasi pengajaran pembelajaran Fizik sebenar (Lilia
et al., 2002: 48).”
Berdasarkan pernyataan ini, salah satu cara menguasai pembelajaran Fizik
ialah dengan mempelajari teori dan konsep Fizik serta diperkukuhkan dengan aktiviti
hands-on. Pembelajaran seperti ini tak semestinya dilakukan di makmal sahaja malah
boleh dilakukan di dalam kelas teori juga. Sebagai contohnya ialah konsep pecutan
suatu objek di bawah pengaruh daya graviti. Aktviti hands-on boleh dilakukan oleh
semua pelajar dengan cara memanipulasikan beberapa objek yang berlainan jisim
yang terdapat sekeliling pelajar seperti buku teks, pen, beg sekolah dan kertas untuk
memahami konsep tersebut. Dalam aktiviti ini, objek yang berjisim besar akan jatuh
lebih cepat ke permukaan lantai berbanding dengan objek yang berjisim kecil.
Berdasarkan contoh pembelajaran di atas, pelajar dijangka dapat mengaplikasikan
konsep yang telah dikuasai tadi ke dalam kehidupan seharian seperti mengetahui
bahawa semua objek dilepaskan dari suatu kedudukan tinggi akan jatuh ke permukaan
bumi.
26
“Ibrahim (2006) menyatakan pencapaian pelajar gred 8 meningkat dalam ujian
berkaitan KPS apabila mereka didedahkan dengan aktiviti ‘hands-on’ dan
pembelajaran koperatif.”
KS dalam kalangan pelajar boleh ditingkatkan melalui pendedahan aktiviti
hands-on dan pembelajaran koperatif dalam amali Fizik di mana pelajar bekerjasama
dalam satu kumpulan menjalankan eksperimen. Mereka dijangka akan mudah
memahami teori Fizik sekiranya selalu didedahkan dengan aktiviti hands-on.
1.1.3 Sikap Guru Fizik Terhadap Kelas Amali Fizik
“Kaedah amali juga melibatkan penglibatan dua hala iaitu antara guru dengan
pelajar dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan. Dalam kaedah ini,
penyertaan dan pemerhatian secara langsung pada sesuatu objek ataupun
proses diutamakan. Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada
pelajar sepanjang pengajaran melalui kaedah amali ini. Setelah latihan amali
dilakukan, mereka akan membuat sendiri kesimpulan di sebalik kerja itu, sama
ada yang membawa kepada peningkatan pengetahuan ataupun kemahiran
(Tengku Sarina Aini & Yusmini, 2006: 53).”
Pernyataan ini menerangkan bahawa guru memainkan peranan yang penting
dalam membimbing pelajar supaya mereka dapat menguasai KS dari aktiviti amali.
Pengetahuan dan kemahiran pelajar juga akan meningkat sekiranya guru
menggunakan sepenuh tanggungjawab dan waktu pengajarannya bersama-sama
dengan pelajar dengan memberikan penerangan berkaitan jenis aktiviti yang perlu
dilakukan dan perkara yang berkaitan dengan aktiviti seperti peralatan, masa, kesan
dan jangkaan uji kaji. Berdasarkan masalah-masalah yang dilaporkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (2004) menunjukkan pelajar didapati melakukan kesilapan
27
dalam mata pelajaran Fizik kerana gagal menguasai KS dengan baik. Salah satu
punca yang mungkin menyumbang kepada masalah ini ialah sikap negatif guru Fizik
terhadap kelas amali Fizik. Terdapat tiga aspek yang dijangka boleh mewujudkan
sikap negatif dalam diri guru Fizik iaitu motivasi yang lemah terhadap pengajaran
amali Fizik, tahap penguasaan mata pelajaran Fizik yang lemah dan interaksi guru-
pelajar yang lemah . Pendapat ini turut disokong oleh pernyataan yang dipetik dari
laporan Lembaga Peperiksaan Malaysia (2004) iaitu:
“Masalah tidak faham konsep Fizik ini timbul di kalangan pelajar apabila
guru tidak dapat menguasai sesuatu hukum, prinsip dan teori Fizik dengan
baik. Maka pelajar tidak dapat mengaitkan aplikasi Fizik dengan baik.
Penyampaian idea dalam penyelesaian masalah adalah logik disokong dengan
penjelasan konsep Fizik yang tepat (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004:
1)”.
Berdasarkan pernyataan di atas, kelemahan guru Fizik menguasai teori,
konsep dan hukum Fizik dengan baik mungkin boleh menyebabkan pelajar tidak
dapat memahami konsep Fizik yang dipelajari dan seterusnya juga akan gagal
mengaplikasi ketiga-tiga perkara di atas dengan baik ke dalam pembelajaran amali.
Sebagai contohnya ialah berkaitan dengan konsep jisim dan berat. Berikut adalah
salah satu contoh ayat yang mungkin tidak betul dinyatakan oleh guru Fizik mengenai
konsep jisim dan berat: “... manakala berat bongkah yang dimasukkan ke dalam air
ialah 5 Kg.”. Unit pengukuran bagi berat dan jisim ialah masing-masing Newton (N)
Kilogram (Kg). Berat bongkah yang sebenar ialah 50 N dan bukannya 5Kg. Bagi
menyokong penerangan di atas, Abu Hasaan (2004) menyatakan:
“... masih ramai lagi di kalangan guru Sains yang tidak dapat menguasai KS
dengan baik (Abu Hasaan, 2004: 8).”
28
Kegagalan guru Fizik menguasai KS dengan baik juga mungkin disebabkan
oleh sikap negatif mereka terhadap kelas amali Fizik. Justeru, perkara seperti ini
dijangka akan membawa kepada masalah mereka bentuk eksperimen dan
mengeksperimen dalam kalangan pelajar. Pendapat ini disokong oleh pernyataan dari
laporan Lembaga Peperiksaan Malaysia (2004) seperti berikut:
“Pada umumnya jawapan calon tidak tepat mengenai hipotesis dan inferens di
mana hipotesis dianggap sebagai inferens atau sebaliknya. Dalam
menghuraikan rangka kerja eksperimen terdapat calon yang tersilap menulis
pembolehubah seperti “pembolehubah dimanipulasikan ialah jarak, kedudukan
calon dan pembolehubah bergerak balas adalah masa gerakan dan juga
pembolehubah dimalarkan ialah jisim (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004:
11).”
Berdasarkan pernyataan di atas, kelemahan pelajar dalam memahami konsep
inferens, hipotesis dan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam amali Fizik
mungkin disebabkan oleh kurangnya bimbingan daripada guru Fizik semasa amali
dijalankan. Salah satu contoh ialah guru gagal membantu pelajar mengenal pasti
ketiga-tiga perkara tersebut dengan baik dalam eksperimen yang dijalankan. Apabila
pelajar gagal menyatakan inferens dan hipoitesis, mereka juga dijangka gagal
mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah dengan betul.
1.1.4 Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Fizik
Sikap merupakan aspek yang sangat penting dalam menentukan kesediaan
mental pelajar menerima pembelajaran. Memiliki sikap positif dalam pembelajaran
Fizik akan dapat meningkatkan KS dalam kalangan pelajar. Namun begitu, masih ada
segelintir pelajar bersikap negatif terhadap mata pelajaran Fizik.
29
“Murid sering beranggapan mata pelajaran Sains sukar dan membebankan”.
Ini merujuk kepada penyelesaian masalah dalam mata pelajaran Fizik banyak
menggunakan formula. Sikap negatif ini wujud dalam diri pelajar kerana guru
tidak memberi penekanan kepada KPS dan KB dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga kurang memberi motivasi yang secukupnya kepada
calon serta menerangkan peluang kerjaya dalam bidang Fizik (Azizah, 1999).”
Merujuk kepada pernyataan di atas, beberapa aspek dijangka berpotensi
mewujudkan sikap negatif dalam kalangan pelajar terhadap mata pelajaran Fizik.
Antaranya ialah kurang kesedaran diberikan kepada pelajar tentang kepentingan
bidang Fizik dalam kehidupan, strategi pengajaran yang tidak bersesuaian dengan
topik dipelajari dan kurangnya penekanan terhadap penguasaan KS dalam
pembelajaran Fizik. Ketiga-tiga aspek ini mungkin berpunca dari sikap guru Fizik
yang kurang perhatin terhadap objektif dan hasil pembelajaran sesuatu topik yang
diajar. Dengan kata lain, guru itu gagal mencapai objektif pemebelajaran yang telah
digariskan dalam Huraian Sukatan Mata Pelajaran Fizik. Akibatnya, pelajar mungkin
merasai mata pelajaran Fizik itu susah kerana guru gagal membimbing mereka
memahami isi kandungan pelajaran terutamanya penggunaan formula dalam
penyelesaian masalah. Berikut merupakan pernyataan yang mungkin berkaitan
dengan sikap negatif pelajar terhadap mata pelajaran Fizik sehingga menyebabkan
mereka gagal menjalankan eksperimen dengan baik.
“Calon juga gagal menyatakan kaedah untuk mengawal pemboleh ubah
dengan betul dan membuat eksperimen yang tidak mencukupi. Ada juga calon
tidak mengulangi eksperimen dengan melakukan eksperimen untuk
menunjukkan fenomena pembiasan gelombang air (Lembaga Peperiksaan
Malaysia (2004: 12).”
30
1.2 Pernyataan Masalah
Penyelidik sangat mengambil berat tentang masalah kurang fahamnya pelajar
dalam KS dalam amali Fizik sebagai masalah yang perlu diatasi oleh semua pihak
terutamanya dalam kalangan guru dan pelajar. Cara mengatasinya harus bermula
diperingkat akar umbi. Misalnya, penekanan terhadap kepentingan menguasai KS
perlu disampaikan kepada pelajar tingkatan empat melalui aktiviti hands-on supaya
mereka dapat membuat hubungkait setiap kemahiran dalam KS dengan konsep Fizik
yang dipelajari. Guru Fizik memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar
yang boleh menguasai KS dengan baik dan mengamalkan sikap saintifik dalam
kehidupan mereka. Peranan ini juga turut digalas oleh pelajar tahun empat
Pendidikan Fizik di UTM selaku bakal guru Fizik.
1.3 Ojektif Kajian
Penyelidikan ini bertujuan untuk:
1. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen
dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat Pendidikan
Fizik.
2. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen
dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat Pendidikan
Fizik merentas program pengajian.
3. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen
dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat Pendidikan
Fizik merentas jantina.
31
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian dalam kajian ini adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap kefahaman dalam kemahiran mereka bentuk eksperimen dan
mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat Pendidikan Fizik?
2. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk
eksperimen dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat
Pendidikan Fizik merentas program pengajian?
3. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk
eksperimen dan mengeksperimen dalam kalangan pelajar tahun empat
Pendidikan Fizik merentas jantina?