seberang perai _ 1

7
Analisis pembangunan ekonomi di kawasan setempat di Seberang Perai Pulau Pinang. a) Tempat kajian - (Seberang Perai Pulau Pinang) Gambar A

Upload: kymwong

Post on 20-Nov-2015

66 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

USM Assignment

TRANSCRIPT

Analisis pembangunan ekonomi di kawasan setempat di Seberang Perai Pulau Pinang.

a) Tempat kajian - (Seberang Perai Pulau Pinang)

Gambar A

Kajian ini dijalankan di Seberang Perai, Pulau Pinang. Gambar A menunjukkan lokasi kawasan kajian. Kawasan ini terletak di Utara Semenanjung Malaysia. Pemilihan kawasan ini dilakukan kerana ianya merupakan salah satu kawasan yang pesat membangun dan dirancang untuk berperanan sebagai pusat wilayah bagi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.

b) Permulaan Seberang PeraiPada tahun 1800, Seberang Perai atau Province Wellesley dahulunya menjadi tanah jajahan British. Pentadbiran seberang Perai ketika itu berpusat di Pulau Pinang. Dengan keluasan 489.3 kilometer persegi dan bilangan penduduk seramai lebih kurang lima ribu orang, kawasan yang dipenuhi belukar, paya dan hutan ini kemudiannya bertukar kepada pertanian apabila usaha-usaha penerokaan bermula pada tahun 1850.

Setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, keluasan Province Wellesley bertambah menjadi 740.12 kilometer. Kependudukan pula semakin bertambah khususnya di kawasan pusat perdagangan seperti Butterworth dan Bukit Mertajam. Keluasan Seberang Perai walaubagaimanapun telah dikurangkan kepada 738.41 kilometer persegi kesan daripada perubahan sempadan Sg Muda antara negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Pada tahun 1896, Ordinan Perbandaran diperkenalkan yang membolehkan Kerajaan Negeri membuat Undang-Undang untuk mengendalikan hal ehwal awam. Pada tahun 1913, satu ordinan baru telah dikeluarkan yang mana telah memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri menubuhkan Lembaga Luar Bandar. Majlis Bandaran Butterworth dan Bukit Mertajam serta Majlis Luar Bandar Utara,Tengah dan Selatan telah ditubuhkan.

Pada tahun 1961, pentadbiran Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar telah disatukan dibawah satu kuasa Majlis Daerah dan ditadbirkan oleh Majlis Daerah masing-masing. Pada 30 Jun 1974, Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 telah dikuatkuasakan di seluruh negeri Pulau Pinang. Pada 1 Julai 1974, ketiga-tiga Majlis Daerah Utara, Majlis Daerah Tengah dan Majlis Daerah Selatan, Seberang Perai disatukan dan dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Seberang Perai.

Pada 15 Disember 1976, melalui pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan telah dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran Seberang Perai.b. Perbezaan antara masa kini dan masa dahuluSebelum polisi ini diperkenalkan, hasil ekonomi utama penduduk setempat hanya bergantung kepada hasil pertanian dan penternakan.

Selepas 20 tahun polisi in dilaksanakan, Seberang Perai kini telah muncul sebagai kawasan komersil yang pesat membangun dan menyumbng kepada peningkatan taraf hidup dan ekonomi. Kini , populasi penduduk sekitar Bandar Seberang Perai telah mencecah lebih 80 ribu orang dan menikmati kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti.

Pelbagai peluang pekerjaan telah diwujudkan dengan adanya kawasan industri ringan di Kawasan Perindustrian Jelawat, Seberang Perai serta terbinanya beberapa buah pusat komersil dan beli-belah .Kemudahan rekreasi dan riadah untuk penduduk setempat turut dibangunkan dan antaranya adalah Pusat Rekreasi Safira Sports Planet , Kompleks Sukan MPSP ( dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sony ), Mini Stadium , Taman Burung Pulau Pinang.

Beberapa fasa baru kawasan perumahan turut dimajukan oleh beberapa syarikat pemaju swasta dan agensi kerajaan untuk menampung permintaan penduduk yang semakin bertambah.

Selain itu, dalam usaha menjadikan Bandar Seberang Perai ini sebagai pusat metropolitan Seberang Perai, beberapa buah IPTA dan IPTS turut dibina di dalam kawasan DUN Seberang Jaya ini bagi melahirkan modal insan yang terbilang dan dijadikan produk penghasilan dari kilang DUN Seberang Jaya ini. Antaranya Universiti Teknologi MARA ( UiTM ) Kampus Negeri Pulau Pinang , Politeknik Seberang Perai, dan beberapa buah kolej swasta turut didirikan di kawasan ini.c. Taraf hidup penduduk semakin meningkatPerkembangan ekonomi juga mewujudkan taraf hidup penduduk semakin meningkat. Peningkatan peluang pekerjaan menyebabkan pendapatan seseorang meningkat.Hal ini boleh dibuktikan dari segi kemewahan perumahan, kereta , keperluan fizikal dan lain-lain.

d. Bilangan penduduk di Seberang Perai semakin meningkatPada masa dahulu, para-para penduduk adalah bergantung kepada sektor pertanian untuk menyara hidup keluarga masing-masing. Pada masa kini, disebabkan ekonomi di Seberang Perai semakin meningkat , menyebabkan banyak pelabur datang melabur . Hal ini juga mewujudkan kawasan industri dan banyak peluang pekerjaan .Apabila mereka bekerja di situ , hal ini membolehkan bilangan penduduk semakin .