sebut harga perkhidmatan kafeteria bagi … sebutharga b… · jalan college 93200 kuching. ......
TRANSCRIPT
1 |
KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KAFETERIA BAGI TEMPOH 24 BULAN MULAI 01
JANUARI 2014 HINGGA 31 DISEMBER 2015 DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
BATU LINTANG, KUCHING SARAWAK
DOKUMEN SEBUT HARGA NEGERI SARAWAK
DAERAH KUCHING
NAMA ZON SARAWAK
NO. SEBUT HARGA IPGKBL/S/13/17
TEMPOH KONTRAK 24 BULAN
TARIKH TUTUP 12 NOVEMBER 2013
MASA TUTUP 12.00 tengahari
DOKUMEN Cetakan melalui www.ipgkbl.edu.my
PERINGATAN:
1. Penyebutharga-Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir Dokumen Sebut harga sebelum mengemukakan tawaran.
2. Penyebutharga adalah diwajibkan untuk memastikan Dokumen Sebut harga adalah
lengkap kesemua muka surat dan sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab Penyebutharga untuk mendapatkan penjelasan daripada IPGKBL.
3. Kerajaan tidak melantik mana-mana individu atau syarikat yang bertindak sebagai orang ketiga di dalam sebut harga dan/ atau perjanjian ini. Sekiranya Penyebutharga mempunyai sebarang permasalahan berkaitan sebut harga dan/ atau perjanjian ini hendaklah dirujuk
terus kepada pihak Kerajaan. 4. Keputusan sebut harga ini adalah MUKTAMAD dan sebarang surat menyurat tidak akan
dilayan.
2 |
ISI KANDUNGAN
Dokumen Sebut harga ini mengandungi perkara-perkara berikut:
BIL SENARAI DOKUMEN SEBUT HARGA MUKA SURAT
I KENYATAAN TAWARAN 3
II ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA 5
III SYARAT-SYARAT TAMBAHAN SEBUT HARGA 13
IV PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA 14
Lampiran 1 Contoh Surat Setuju Terima 17
Lampiran 2 Spesifikasi (Penentuan Skop Perkhidmatan) 20
Lampiran 3 Notis Kepada Penyebutharga 24
LAMPIRAN SENARAI DOKUMEN (TAWARAN KEWANGAN) MUKA SURAT
Lampiran A Lampiran Q 2-3
Lampiran A1 Arahan Kepada Penyebutharga 7-8
Lampiran A2 Jadual Tawaran Harga 9
Lampiran B Senarai Semak 10-11
Lampiran C Keterangan Mengenai Penyebutharga 12-14
Lampiran D Surat Akuan Penyebutharga 15-16
Lampiran E Surat Akuan Pembida 17
Lampiran F Surat Perwakilan Kuasa 18
LAMPIRAN SENARAI DOKUMEN (TAWARAN TEKNIKAL) MUKA SURAT
Lampiran G Senarai Harga 20-24
Lampiran H Skim Perkhidmatan Pekerja 25
3 |
I. KENYATAAN TAWARAN
KERAJAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KAFETERIA BAGI TEMPOH 24 BULAN MULAI 01
JANUARI 2014 HINGGA 31 DISEMBER 2015 DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
BATU LINTANG, KUCHING SARAWAK
1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan di bawah kod bidang 040103 - Makanan Bermasak Islam.
2. Sebut harga ini adalah bagi sekolah/Insititusi seperti Jadual di bawah:
BIL. NAMA ZON TEMPOH
KONTRAK PEMBELIAN DOKUMEN
TARIKH TUTUP DAN TEMPAT HANTAR DOKUMEN
1
IPG KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING. SARAWAK
24 BULAN
Percuma, melalui cetakan ke laman www.ipgkbl.edu.my
Tarikh
12 November 2013
Jam
1200 Tengah hari
Tempat
IPG Kampus Batu Lintang, Jalan College, 93200 Kuching. Sarawak
3. Penyebutharga-Penyebutharga yang ingin menyertai sebut harga ini hendaklah mendaftar di IPG Kampus Batu Lintang, Kuching. Sarawak, Kementerian Pelajaran Malaysia pada waktu yang berikut:-
01 November 2013 (Jumaat) : 9.00 pagi
4. Semasa pendaftaran, penyebutharga-penyebutharga hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL
(untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) dokumen-dokumen berikut:
a. Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dari Kementerian Kewangan; dan
b. Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera dari Kementerian Kewangan.
4 |
5. Sekiranya penyebutharga tidak mempunyai Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor dan
mempunyai Sijil Virtual, penyebutharga hendaklah mengemukakan Nombor Pendaftaran
Syarikat dengan Kementerian Kewangan kepada Urus Setia bagi penyemakan dan
pengesahan status pendaftaran syarikat.
6. Setiap penyebutharga yang hendak memasuki sebut harga adalah DIWAJIBKAN HADIR KE
TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK SEBUT HARGA. Hanya penyebutharga yang menghadiri
taklimat/lawatan tapak sebut harga sahaja dibenarkan mengemukakan tawaran. Lawatan tapak
adalah DIWAJIB. Penyebutharga dikehendaki membawa bersama Cop Rasmi syarikat.
7. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dimasukkan ke dalam sampul yang berasingan dan berlakri serta dicatatkan Nombor Sebut harga (IPGKBL/S/13/17 pada penjuru atas sebelah kiri sampul surat bagi kedua-dua sampul surat. Kedua-dua sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul besar beralamat seperti berikut:-
Tawaran sebut harga hendaklah dihantar sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari pada
atau sebelum 12 NOVEMBER 2013.
8. Tawaran sebut harga tidak akan dipertimbangkan sekiranya:
a. Penyebutharga LEWAT mengemukakan tawaran sebut harga;
b. Penyebutharga GAGAL mengemukakan dokumen wajib seperti yang dinyatakan dalam
Dokumen dan Borang Sebut harga ; dan
c. Penyebutharga GAGAL menghadiri taklimat lawatan tapak sebut harga.
9. Di antara KRITERIA UTAMA yang akan diberi pertimbangan adalah penyebutharga seperti
berikut:
a. Penyebutharga mempunyai keupayaan pembiayaan kewangan untuk menampung kos
operasi bersamaan satu (1) bulan sewaan bulanan kontrak; dan
b. Penyebutharga berdaftar dalam daerah berkenaan.
10. Kementerian Pendidikan Malaysia tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah
atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran
tender.
Nombor Sebut harga : IPGKBL/S/13/17
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KAFETERIA BAGI TEMPOH 24 BULAN MULAI 01 JANUARI 2014 HINGGA 31 DISEMBER 2015 DI INSTITUT PENDIDIKAN
GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING SARAWAK
PENGARAH IPG KAMPUS BATU LINTANG
JALAN COLLEGE
93200 KUCHING. SARAWAK
5 |
11. Syarikat-syarikat yang hendak mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia boleh
mencetak dokumen sebut harga secara atas talian di http://www.ipgkbl.edu.my atau boleh
menghubungi Khidmat Bantuan Pelanggan IPGKBL di talian 082-243501/243502/243513
12. Iklan sebut harga ini juga boleh dirujuk di laman web IPG Kampus Batu Lintang, Kuching.
Sarawak di alamat berikut : http://www.ipgkbl.edu.my.
II. ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA
ARAHAN AM
1. PERIHAL SEBUT HARGA
1.1 Sebut harga ini adalah Sebut harga Perkhidmatan Kafeteria Bagi Tempoh 24 Bulan
Mulai 01 Januari 2014 Hingga 31 Disember 2015 Di Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang, Kuching Sarawak.
1.2 Pelawaan ini adalah terikat kepada Arahan Am dan Syarat-syarat Tambahan Sebut
haarga serta syarat-syarat yang akan dikeluarkan bersama-sama dengan Dokumen
Sebut harga berkaitan.
1.3 Penyebutharga juga diwajibkan mempunyai Medium Akses ePerolehan sebagai
kemudahan mengakses sistem ePerolehan bagi tujuan membuat tawaran secara atas
talian (online) Perkhidmatan Penyediaan Jamuan.
1.4 Pelawaan adalah terikat kepada Arahan dan Syarat-Syarat Am serta Arahan dan
Syarat-Syarat Tambahan Sebut harga yang dikembarkan bersama-sama dokumen
sebut harga ini.
1.5 Semua Penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila
menyertai sebut harga. Penyebutharga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat
serta menyemak kandungan dokumen sebut harga dengan teliti sebelum membuat
tawaran. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan menyebabkan
tawaran tender tersebut tidak dipertimbangkan.
1.6 Kos penyertaan sebut harga dan penyediaan dokumen sebut harga ditanggung sendiri
oleh Penyebutharga. IPGKBL tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa jua kos yang
terlibat.
1.7 Semua dokumen yang diserahkan oleh Penyebutharga hendaklah dalam Bahasa
Malaysia.
1.8 Kerajaan boleh membatalkan sebut harga ini tanpa memberikan sebarang alasan
kepada semua penyebutharga dan kos-kos yang terlibat semasa penyediaan sebut
harga ini tidak akan ditanggung oleh Kerajaan.
6 |
2. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
2.1 Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 26 SK. 7 (3) bertarikh 28 Februari 2009.
i) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694);
ii) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa–apa suapan
kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694);
iii) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor atau Petender boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694); dan
iv) Mana-mana Kontraktor atau Petender yang membuat tuntutan pembayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694).
3. INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN
3.1 Perkara ini adalah merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan
S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 29 SK. 6 (11) bertarikh 16 Disember 2010.
3.1.1 Kesemua petender yang menghantar dokumen tender / sebut harga hendaklah
menandatangani Surat Akuan Pembida (Lampiran D) bahawa petender tidak
akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan
kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah
melampirkan Surat Perwakilan Kuasa (Lampiran E) yang telah ditandatangani
bagi pihak syarikat sebagai tanda bahawa beliau adalah individu yang diberi
kuasa untuk berurusan dengan pihak Kerajaan bagi urusan perolehan/perjanjian
bagi perkara ini. Kegagalan mengemukakan dokumen-dokumen berikut boleh
menyebabkan tawaran tender tidak akan dipertimbangkan.
3.1.2 Petender yang berjaya dan telah dilantik secara rasmi oleh pihak kerajaan dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa yang telah ditandatangani bagi pihak syarikat. Kegagalan mengemukakan dokumen-dokumen berikut boleh menyebabkan tawaran tender akan dibatalkan.
7 |
4. BORANG SEBUT HARGA
4.1 Penawaran sebut harga hendaklah dibuat di atas borang-borang yang telah disediakan
dalam Borang Sebut harga seperti berikut:
BIL SENARAI DOKUMEN SEBUT HARGA
I KENYATAAN TAWARAN
II ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA
III SYARAT-SYARAT TAMBAHAN SEBUT HARGA
IV PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA
Lampiran 1 Contoh Surat Setuju Terima
Lampiran 2 Spesifikasi (Penentuan Skop Perkhidmatan)
Lampiran 3 Notis Kepada Penyebutharga
LAMPIRAN SENARAI DOKUMEN (TAWARAN KEWANGAN)
Lampiran A Lampiran Q
Lampiran A1 Arahan Kepada Penyebutharga
Lampiran A2 Jadual Tawaran Harga
Lampiran B Senarai Semak
Lampiran C Keterangan Mengenai Penyebutharga
Lampiran D Surat Akuan Penyebutharga
Lampiran E Surat Akuan Pembida
Lampiran F Surat Perwakilan Kuasa
LAMPIRAN SENARAI DOKUMEN (TAWARAN TEKNIKAL)
Lampiran G Senarai Harga
Lampiran F Skim Perkhidmatan Pekerja
4.2 Penyebutharga hendaklah menggunakan Dokumen dan Borang Sebut harga ini sahaja. .
Penyebutharga tidak boleh membuat sebarang pindaan atau tambahan maklumat dalam
Borang Sebut harga dan Dokumen Sebut harga tanpa kebenaraan pihak Kerajaan.
IPGKBL berhak menolak tender yang melanggar syarat ini.
5. CARA-CARA MENGISI BORANG SEBUT HARGA
5.1 Penyebutharga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam Dokumen
Sebut harga serta menyemak kandungan Dokumen Sebut harga dengan TELITI
sebelum mengisi Borang Sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang
telah ditetapkan mengakibatkan tawaran sebut harga tersebut tidak akan
dipertimbangkan.
8 |
5.2 Semua lampiran dalam Borang Sebut harga hendaklah diisi dengan LENGKAP DAN
JELAS serta MEMATUHI ARAHAN. Lampiran-lampiran tersebut adalah seperti berikut:
BIL. PERKARA TINDAKAN/ARAHAN
1 LAMPIRAN A2 Jadual Harga Tawaran
Mengisi salinan dengan maklumat dan harga yang sama tanpa sebarang perbezaan.
Mengisi semua maklumat di ruangan yang disediakan. Menandatangani di ruangan PEMILIK / PENGARAH / WAKIL SYARIKAT serta DICOP SYARIKAT
2 LAMPIRAN B Senarai Semak
Mengisi semua maklumat yang disertakan dalam sebut harga
3 LAMPIRAN C Keterangan Mengenai Penyebutharga
Mengisi semua maklumat mengenai penyebutharga dan pengalaman. Sekiranya tiada maklumat sila isikan “TIADA”
Menandatangani di ruangan ruangan PEMILIK / PENGARAH / WAKIL SYARIKAT dan SAKSI serta DICOP SYARIKAT
4
LAMPIRAN D Surat Akuan Penyebutharga
Mengisi semua maklumat di ruangan yang disediakan
Menandatangani di ruangan ruangan PEMILIK / PENGARAH / WAKIL SYARIKAT dan ruangan SAKSI serta DICOP SYARIKAT
5 LAMPIRAN E Surat Akuan Pembida
Mengisi semua maklumat di ruangan yang disediakan
Menandatangani di ruangan TANDATANGAN serta DICOP SYARIKAT
Ditandatangani Oleh PEMILIK / PENGARAH / WAKIL SYARIKAT Yang Diwakilkan Kuasa (Rujuk Lampiran E)
6 LAMPIRAN F Surat Perwakilan Kuasa
Mengisi semua maklumat di ruangan yang disediakan
Menandatangani di ruangan PEMILIK SYARIKAT serta DICOP SYARIKAT
Ditandatangani oleh PEMILIK SYARIKAT SAHAJA
7. LAMPIRAN G: Senarai Harga
Mengisi kepatuhan harga
Petender DILARANG mencatat maklumat syarikat di lampiran ini
8. LAMPIRAN H: Skim Perkhidmatan Pekerja
Mengisi maklumat dengan LENGKAP dan JELAS
Petender DILARANG mencatat maklumat Syarikat di lampiran ini
5.3 Pada peringkat penyediaan Cadangan Kewangan, Penyebutharga dikehendaki
melangkapkan cadangan Jadual Harga Tawaran (Lampiran A2).
5.4 Pada peringkat penyediaan Cadangan Tawaran Teknikal, Penyebutharga dikehendaki
melengkapkan cadangan Jadual Harga (Lampiran G) dan Skim Perkhidmatan
Pekerja (Lampiran H). ; dan
5.5 Penyebutharga dinasihatkan menyerahkan Cadangan Kewangan (Lampiran A2) dan
Teknikal (Lampiran G dan H) secara manual.
9 |
5.6 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan
ditandatangani ringkas oleh individu yang menandatangani Dokumen Sebut harga.
PENGGUNAAN SEBARANG PEMADAM CECAIR ADALAH TIDAK DIBENARKAN.
Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan membolehkan sebut
harga tersebut tidak akan dipertimbangkan / ditolak.
10 |
SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA
Penyebutharga-penyebutharga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai
tender :
1. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI SEBUT HARGA
1.1 Semua penyebutharga yang ingin menyertai sebut harga di IPGKBL hendaklah berdaftar
dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang Makanan Bermasak
Islam di bawah Kepala dan Sub-Kepala 040103 dan mempunyai taraf Syarikat
Bumiputera yang masih sah dan berkuatkuasa.
1.2 Penyebutharga hendaklah mengemukakan penyata bank/ salinan penyata bank yang
disahkan bagi tiga (3) bulan terkini berturut-turut bagi bulan Julai, Ogos dan
September 2013 seperti berikut:
a) Penyata bank asal bagi setiap bulan MESTI disahkan oleh pihak bank; atau
b) Salinan penyata bank asal yang telah disahkan oleh pihak bank boleh disahkan
semula oleh pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional /
Pesuruhjaya Sumpah / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Parlimen / Jaksa
Pendamai / Penghulu atau setaraf.
1.3 Sekiranya penyebutharga mempunyai kemudahan kewangan dari bank / institusi
kewangan, penyebutharga hendaklah mengemukakan surat pengesahan daripada bank /
institusi yang berkaitan.
1.4 Taklimat dan Lawatan tapak adalah DIGALAKKAN bertujuan penawaran harga sebut
harga.
1.5 Penyebutharga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat serta menyemak
kandungan dokumen sebut harga dengan teliti sebelum membuat tawaran. Dokumen-
dokumen lain tidak diterima kecuali dokumen-dokumen yang mesti dikemukakan.
Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan membolehkan sebut
harga tersebut tidak dipertimbangkan.
2. HARGA TAWARAN
2.1 Harga Tawaran penyebutharga hendaklah diisi dalam Jadual Tawaran Harga (Lampiran
A2). Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos berkaitan dengan
Perkhidmatan Kafeteria seperti pengangkutan, perkhidmatan dan peralatan.
2.2 Harga yang ditawarkan dalam tawaran ini adalah tetap, harga bersih dalam Ringgit
Malaysia (RM) sahaja dan tidak boleh dipinda selepas penawaran sebut harga ini ditutup
serta akan berkuatkuasa dalam tempoh sah laku sebut harga. Harga yang ditawarkan
oleh penyebutharga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa kontrak
berkuatkuasa dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan KECUALI atas persetujuan
bersama oleh kedua-dua pihak.
11 |
3. SPESIFIKASI
3.1 Spesifikasi (Penentuan Senarai Harga) adalah seperti mana yang dinyatakan dalam
Lampiran G. Penyebutharga hendaklah membaca dengan teliti supaya tidak timbul
masalah setelah menerima tawaran daripada pihak IPGKBL., penyebutharga
DIGALAKKAN membuat lawatan ke IPGKBL.
4. PERLANGGARAN SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA / KONTRAK
4.1 Penyebutharga yang tidak mematuhi syarat-syarat sebut harga / Kontrak boleh
dikenakan tindakan seperti berikut;
4.1.1 Kesalahan Melanggar Syarat Sebut Harga.
i) Menarik diri
ii) Pakatan harga
iii) Memalsukan maklumat dengan tujuan menyertai sebut harga.
iv) Lain-lain kesalahan yang dinyatakan dalam dokumen dan borang sebut
haraga serta peraturan-peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa.
4.1.2 Kesalahan Kerana Melanggar Syarat Kontrak
i) Perkhidmatan tidak menepati spesifikasi
ii) Bilangan pekerja yang dibekalkan tidak mengikut penentuan
iii) Tidak mencagarkan prestasi berjumlah tiga (3) bulan sewaan bulanan dalam
tempoh yang ditetapkan 30 hari daripada tarikh penyerahan Surat Setuju
Terima
iv) Sub Kontrak; dan
v) Lain-lain kesalahan yang dinyatakan dalam dokumen kontrak serta
peraturan-peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa.
4.1.3 Jenis-Jenis Tindakan / Hukuman
i) Amaran
ii) Denda
iii) Penamatan Kontrak
v) Batal Tajuk Pendaftaran
vi) Gantung Pendaftaran
vii) Senarai Hitam Syarikat
5. HAK KERAJAAN APABILA PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN TIDAK MENGIKUT TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT
5.1 Jika Perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut atau jika berlaku pelanggaran mana- mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara-perkara yang berikut:
a) menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya; (Pesanan Kerajaan
Sahaja) b) menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya dan meminta Kontraktor
menggantikan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Kerajaan. Jika Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya tidak digantikan dalam masa yang ditentukan, Kerajaan boleh
12 |
mendapatkan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya daripada lain-lain punca dan Kontraktor dikehendaki membayar amaun yang dikenakan kepada Kerajaan; (Pesanan Kerajaan Sahaja)
c) menamatkan Perjanjian ini dan melantik pihak lain untuk melaksanakan
Perkhidmatan;
6. SURAT SETUJU TERIMA
6.1 Kerajaan adalah berhak menyetujuterima sebut harga tersebut sama ada kesemuanya
ataupun sebahagiannya daripadanya. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran
yang paling murah atau sebarang tawaran.
6.2 Keputusan Kerajaan adalah muktamad. Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat
menyurat yang berupa rayuan daripada penyebutharga-penyebutharga mengenai sebab-
sebab tawaran mereka tidak berjaya.
6.3 Penyebutharga-penyebutharga yang berjaya dikehendaki menandatangani satu
Perjanjian Kontrak dengan Kerajaan Malaysia dan adalah terikat dengan syarat-syarat
yang terkandung dalam perjanjian tersebut. Contoh Surat Setuju Terima adalah seperti
dalam Lampiran 1.
6.4 Surat Setuju Terima (SST) hendaklah ditandatangani dan diserahkan kepada Kerajaan
dalam tempoh 14 hari dari tarikh SST tersebut diterima. Kegagalan menyerahkan
kembali SST dalam tempoh tersebut akan menyebabkan tawaran sebut harga
TERBATAL.
7. CAGARAN PRESTASI
7.1 Penyebutharga-penyebutharga yang berjaya dikehendaki mengemukakan bayaran
cagaran prestasi berjumlah tiga (3) bulan sewaan dan bayaran pengunaan elektrik
dan air sebanyak RM 1,500.00
7.2 Cagaran Prestasi hendaklah dikemukakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh
Surat Setuju Terima (SST) tawaran dikeluarkan. Kelewatan penyerahan Bon
Pelaksanaan akan menyebabkan SST dibatalkan dan seterusnya perjanjian
ditamatkan. Kerajaan adalah berhak untuk berbuat demikian bagi mengelakkan
kelewatan demi memastikan perlaksanaan tender ini berjalan seperti yang dirancang.
8. MENARIK BALIK TAWARAN / MENOLAK TAWARAN
8.1 Penyebutharga tidak boleh menarik balik tawaran sebelum sebut harga dipertimbangkan
atau menolak tawaran setelah tawaran dibuat. Jika penyebutharga menarik diri atau
menolak tawaran, nama penyebutharga akan dikemukakan kepada Kementerian
Kewangan Malaysia untuk tindakan/disenaraihitamkan.
13 |
9. TEMPOH SAH LAKU TAWARAN
9.1 Tempoh sah laku sebut harga adalah selama 90 hari bermula daripada tarikh sebut
harga ditutup. Tempoh ini boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama secara bertulis
oleh kedua-dua belah pihak jika dan apabila perlu.
10. PINDAAN 10.1 Kerajaan berhak untuk membuat pindaan ke atas tempoh kuat kuasa kontrak
III. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN SEBUT HARGA
Syarat-syarat tambahan ini adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat perjanjian. Penyebutharga yang berjaya hendaklah memastikan syarat-syarat tambahan seperti berikut dipatuhi:
1. Perbincangan dengan pihak IPGKBL hendaklah dilakukan bagi tujuan seperti berikut:
i) Menentukan kawasan yang terlibat; ii) Mengatur program kerja; iii) Taklimat mengenai peraturan-peraturan IPG; iv) Lain-lain perkara yang berkaitan; dan v) Senarai pekerja yang akan dibekalkan.
2. Penyebutharga adalah bertanggungjawab membuang semua sampah-sarap dan bahan-bahan buangan di tapak pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan;
3. Penyebutharga menanggung kos/saman/denda yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan di atas kesalahan berhubung pembuangan sampah sarap yang dikendalikan oleh penyebutharga;
4. Pekerja hendaklah berdisiplin dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak IPGKBL dari masa ke masa;
5. Semua pekerja hendaklah memakai pakaian seragam yang disediakan dengan sempurna dan mempunyai kad pengenalan diri yang dibekalkan oleh penyebutharga;
6. Penyebutharga adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan setiap pekerja dan juga harta benda Sekolah / Institusi Pendidikan;
7. Penyebutharga adalah dikehendaki membaiki atau mengganti apa-apa kerosakan yang berlaku kepada harta benda Sekolah / Institusi Pendidikan akibat daripada kelalaian pihak pekerja penyebutharga semasa mengendalikan perkhidmatan berkenaan;
8. Penyebutharga adalah dikehendaki meletakkan tanda AMARAN ketika kerja-kerja sedang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan kepada pelajar-pelajar dan juga kakitangan Sekolah / Institusi Pendidikan berkenaan;
9. Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pekerja-pekerja yang dibekalkan dari hal : i) Pembayaran Gaji dan Upah ii) Caruman PERKESO dan KWSP
14 |
iii) Pakaian Seragam iv) Kemudahan Perubatan v) Disiplin vi) Kebajikan vii) Keselamatan
10. Jabatan/Institusi adalah bebas daripada sebarang tuntutan pihak Kontraktor.
IV. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA
1. BORANG SEBUT HARGA
1.1 Petender hendaklah mengemukakan dokumen yang telah lengkap diisi seperti berikut:
SAMPUL TAWARAN
PERKARA
LAMPIRAN TAWARAN
KEWANGAN (Dimasukkan
ke dalam sampul
Tawaran Kewangan)
LAMPIRAN TAWARAN
KEWANGAN (Dimasukkan
DOKUMEN WAJIB
LAMPIRAN A – Lampiran Q
LAMPIRAN A2 – Jadual Tawaran Harga
LAMPIRAN B – Senarai Semak
LAMPIRAN C – Keterangan Mengenai Penyebutharga
LAMPIRAN D – Surat Akuan Penyebutharga
LAMPIRAN E – Surat Akuan Pembida
LAMPIRAN F – Surat Perwakilan Kuasa
Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera
Penyata Bank bagi bulan Julai, Ogos dan September 2013 (Dokumen wajib) hendaklah DIAKUI SAH oleh Pegawai Bank berkenaan dan salinannya memadai diakui oleh Pegawai
Kerajaan dalam Pengurusan dan Profesional / Pesuruhjaya Sumpah / ADUN / Ahli Parlimen / Jaksa Pendamai. Penyata Bank yang dikemukakan selain daripada bulan-bulan yang dinyatakan tidak akan diambil kira.
DOKUMEN TAMBAHAN (Jika Ada)
Salinan Laporan Tahunan Syarikat bagi Tahun 2011/2012 yang diaudit oleh Juruaudit Bertauliah bagi Syarikat Sdn. Bhd. / Berhad dan DIAKUI SAH oleh SETIAUSAHA SYARIKAT (jika ada).
15 |
SAMPUL TAWARAN
PERKARA
ke dalam sampul
Tawaran Kewangan)
Salinan dokumen/surat pengesahan/perakuan yang menunjukkan syarikat mempunyai sumber kewangan lain seperti kemudahan pembiayaan daripada bank/institusi kewangan (contoh: Over Draft (OD), Simpanan Tetap (FD), Tabung Haji, Akaun Simpanan, ASB, ASN dan sebagainya yang diakui sah oleh pihak institusi berkenaan Nota : Semua dokumen berkenaan hendaklah dikemaskini dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh tutup tender
Salinan Surat Setuju Terima (SST)/Surat Perlantikan bagi syarikat yang mempunyai pengalaman dalam membersih bangunan dan kawasan
Salinan Surat Pengesahan Prestasi Syarikat yang dikeluarkan agensi-agensi lain selain KPM
Salinan sijil kursus/seminar berkaitan yang disertai oleh pemilik/pekerja
LAMPIRAN TAWARAN TEKNIKAL
(Dimasukkan ke dalam sampul
Tawaran Teknikal)
DOKUMEN WAJIB
LAMPIRAN G – Senarai Harga
LAMPIRAN H – Skim Perkhidmatan Pekerja
1.2 Kegagalan menyertakan dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan dalam para 1.1 membolehkan sebut harga tersebut tidak dipertimbangkan/ditolak.
1.3 Dokumen wajib dalam Borang Sebut harga yang telah diisi perlu dikembalikan beserta dokumen sokongan (jika ada).
1.4 Semua tawaran sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang
telah ditentukan pada waktu pejabat di alamat seperti di atas tidak lewat daripada tarikh
dan waktu yang ditetapkan.
1.5 Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan borang-borang
penyertaan sebut harga akibat daripada kesilapan peti yang dimasukkan atau sebut
harga yang dihantar melalui pos. Sekiranya terdapat kemusykilan, penyebutharga boleh
merujuk kepada IPGKBL.
Borang Sebut harga ASAL hendaklah dimasukkan ke dalam satu (1) bungkusan / sampul yang
ditanda pada bahagian tengah sampul surat seperti mana berikut:
16 |
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KAFETERIA BAGI TEMPOH 24 BULAN
MULAI 01 JANUARI 2014 HINGGA 31 DISEMBER 2015
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG,
KUCHING SARAWAK
NEGERI : SARAWAK DAERAH : KUCHING NAMA ZON : SARAWAK
KOD TENDER : IPGKBL/S/13/17
Dialamatkan kepada:
PENGARAH IPG KAMPUS BATU LINTANG JALAN COLLEGE 93200 KUCHING. SARAWAK
1.6 Semua tawaran sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga yang
telah ditentukan pada waktu pejabat di alamat seperti di atas tidak lewat daripada tarikh
dan waktu yang ditetapkan.
1.7 Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan borang-borang
penyertaan sebut harga akibat daripada kesilapan peti yang dimasukkan atau sebut
harga – sebut harga yang dihantar melalui pos. Sekiranya terdapat kemusykilan,
petender boleh merujuk kepada IPGKBL.
17 |
LAMPIRAN 1
CONTOH SURAT SETUJU TERIMA
“1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
Ruj. Kami : ............................................................ Tarikh : ............................................................
Pengurus SYARIKAT XXXXX .................................. .................................. .................................. (Kontraktor/ Syarikat) Tuan,
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KAFETERIA BAGI TEMPOH 24 BULAN MULAI 01
JANUARI 2014 HINGGA 31 DISEMBER 2015 DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
BATU LINTANG, KUCHING SARAWAK
NO. SEBUT HARGA : IPGKBL/S/13/17
Merujuk kepada sebut harga tuan untuk perkhidmatan yang tersebut di atas, Kerajaan Malaysia dengan sukacitanya memberitahu bahawa Kerajaan telah bersetuju menerima sebut harga tuan, tertakluk kepada syarat-syarat berikut: 1.1 Kadar harga tawaran tuan seperti di Lampiran A2;
1.2 Nilai Kontrak yang disetujuterima (termasuk kos-kos yang berkaitan) ialah RM..................
sebulan x 24 bulan = RM.........................;
1.3 Tempoh kontrak : 1 JANUARI 2014 hingga 31 Disember 2015 (24 bulan);
1.4 Syarat-syarat dalam dokumen tender; dan
1.5 Tuan tidak boleh memajakkan mana-mana bahagian daripada Kontrak ini atau membuat apa-apa Kontrak Kecil (Sub-contract) bagi melaksanakan Kontrak ini dan mana-mana bahagiannya dengan tidak terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis Kerajaan.
2. Dengan penerimaan sebut harga tuan oleh Kerajaan, tuan adalah dimaklumkan bahawa satu ikatan Kontrak wujud di antara Kerajaan dengan tuan. Suatu Kontrak Rasmi akan disempurnakan kemudiannya dengan memasukkan semua terma-terma sebut harga sebagaimana yang diubahsuaikan. Tuan akan diberitahu oleh Kerajaan apabila Dokumen Kontrak siap sedia untuk ditandatangani oleh tuan.
3. Tuan adalah diingatkan bahawa mengikut syarat-syarat sebut harga, tuan adalah dikehendaki menyempurnakan perkara berikut: 4. Membayar cagaran prestasi berjumlah tiga (3) bulan sewaan dan bayaran pengunaan elektrik dan air sebanyak RM 1,500.00
18 |
5. Sila ambil perhatian bahawa cagaran prestasi berjumlah tiga (3) bulan sewaan dan bayaran
pengunaan elektrik dan air sebanyak RM 1,500.00 hendaklah dihantar terus kepada Pengarah IPGK
Batu Lintang, Kuching. Sarawak.
5. Surat ini dihantar kepada pihak tuan dalam tiga (3) salinan. Sila kembalikan salinan kedua dan salinan ketiga setelah ditandatangani dan disaksikan dengan sempurna, di ruang yang berkenaan kepada pejabat ini dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat ini dan salinan asal untuk simpanan tuan. Kegagalan menyerahkan kembali surat ini dalam tempoh tersebut akan menyebabkan tawaran tender TERBATAL. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, ( PEGAWAI YANG DIBERI KUASA ) Pengarah IPGKBL
19 |
Ruj. Kami :
Dengan yang bertandatangan di bawah ini mengakui penerimaan surat tersebut di atas, salinannya yang mana telahpun disimpan dan mengesahkan bahawa tiada apa-apa terma, syarat atau stipulasi tambahan kepada yang terkandung dalam Jadual Dokumen Kontrak telah dikenakan dengan keluaran surat tersebut / kandungan para 1 di atas adalah merupakan keseluruhan sebut harga yang bertandatangan di bawah ini. ................................................ .................................................. (Tandatangan Kontraktor) (Tandatangan Saksi) Nama Penuh : ……………………………………….
Nama Penuh : ……………………………………….
No. Kad Pengenalan : ………………………
No. Kad Pengenalan : ………………………
Jawatan : ………………………………………
Alamat: ………………………………………. Alamat: ……………………………………….
…………………………………………………. …………………………………………………
………………………………………………… …………………………………………………
Meteri / Cop Syarikat :
Tarikh: ....................................... Tarikh: ...................................................
3
20 |
LAMPIRAN 2
SPESIFIKASI (PENENTUAN SKOP PERKHIDMATAN)
Menjalankan dan menguruskan perkhidmatan Kafeteria di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak.
SYARAT-SYARAT / PENENTUAN
1. HARGA SEWA
a. Harga dan kadar sewa ruang yang ditawarkan hendaklah mengambil kira perbelanjaan buruh, pengangkutan alat kelengkapan memasak, hidangan, bekalan api dan air dan apa-apa perkara lain yang terlibat dalam menguruskan Kafeteria.
b. Harga makanan dan minuman telah ditetapkan oleh IPGKBL kecuali lain-lain jualan mengikut harga pasaran.
c. Kontraktor hendaklah mendapat kelulusan pihak Pengurusan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang sebelum menaikkan harga makanan.
d. Kadar sewa ruang yang ditawarkan hendaklah termasuk masa luar sesi/praktikum dan (masa cuti perkuliahan). Sebarang rayuan untuk mengurangkan sewa tidak akan dilayankan.
e. Kadar sewa ruang yang ditawarkan hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia.
2. PERATURAN / ARAHAN
Kontraktor dikehendaki sentiasa mematuhi kehendak-kehendak kontrak, peraturan yang
berkuatkuasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, dari semasa ke semasa.
3. JENIS MASAKAN
a. Makanan dan minuman yang disediakan hendaklah dari jenis yang halal di sisi Agama Islam.
b. Makanan pilihan seperti anika masakan mi/mihoon, masakan cina dan sebagainya hendaklah disediakan.
c. Tawaran menyediakan makanan lain hendaklah dinyatakan pengalaman dan kemampuan kontraktor hendaklah disebut dengan jelas.
21 |
4. MASA URUSNIAGA
Kontraktor diwajibkan membuka perniagaan Kafeteria pada setiap hari sepanjang tempoh
kontrak. Masa urusniaga adalah seperti berikut:
ISNIN – JUMAAT DAN AHAD - 6.30 PAGI – 10.30 MALAM
SABTU DAN CUTI AWAM - PILIHAN SENDIRI TETAPI
TIDAK LEWAT DARI PUKUL
11.00 MALAM
5. ALAT-ALAT
Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan alat-alat masakan,
hidangan, tempat makanan, kenderaan, tenaga buruh dan lain-lain perkara yang berkaitan
dengan secukupnya bagi menguruskan kerja-kerja di bawah kontrak ini, kecuali kemudahan yang
disediakan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Barang/Alat tersebut hendaklah
sentiasa berada di dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan.
6. KEBERSIHAN
a. Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk menentukan kebersihan ruang bangunan yang digunakan dan keadaan di sekelilingnya dan juga alat-alat kelengkapan dan bahan makanan yang digunakan.
b. Semua sisa makanan hendaklah dibuang dengan mengunakan karung/bungkusan plastik atau tin dan tidak menggangu pengguna.
7. ALAT-ALAT DAPUR
Kelengkapan dapur seperti periok, belanga, kuali, dapur gas, bekalan gas dan lain-lain hendaklah
diperolehi sendiri oleh kontraktor.
8. PENGGUNAAN BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK
Kontraktor adalah bertanggungjawab membayar dan menjelaskan sepenuhnya apa-apa bayaran
bagi bekalan air dan tenaga elektrik yang digunakan di Kafeteria.
9. PEKERJA / BURUH
Kontraktor hendaklah mempastikan pekerja-pekerja sentiasa bersih, berpakaian bersih dalam
keadaan yang sihat dan tidak mengidap penyaki berjangkit. Mereka hendaklah diperiksa oleh
pegawai kesihatan untuk menentukan kesihatannya. Semua pekerja Kafeteria diwajib
menggunakan uniform semasa bertugas.
22 |
10. HARTA BENDA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG.
a. Segala harta benda Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang yang digunakan oleh Kontraktor untuk menguruskan kontrak ini akan tetap mengjadi milik Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dan penggunaannya adalah dihadkan kepada kerja-kerja di bawah kontrak ini sahaja.
b. Kontraktor dikehendaki mengembalikan semua perkakas / barang-barang kepunyaan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dalam keadaan yang baik, sempurna dan lengkap setelah perkhidmatannya tamat.
c. Gantirugi akan dikenakan jika berlaku kehilangan dan kerosakan.
d. Segala urusan membaiki kerosakan adalah ditanggung oleh kontraktor.
11. LARANGAN MENJUAL DAN MEMPAMER
a. Kontraktor adalah dilarang menjual minuman keras dengan apa cara sekalipun, serta
dilarang mempamerkan apa-apa alat benda atau gambar larangan.
b. Kontrakor dilarang membuat sebutharga semula (sub-kontrak) ruang kepada mana-mana
orang/syarikat dengan tujuan mempelbagaikan perkhidmatan. Larangan ini dikecualikan
jika gerai tambahan dibina oleh kontraktor untuk tujuan keindahan dan kemudahan
pengguna membeli belah makanan yang disediakan oleh kontraktor.
c. Kontraktor dilarang menjual rokok dan alat/benda lain melainkan jenis makanan yang
dinyatakan.
d. Kontraktor dilarang membuat pindaan ruang melainkan setelah mendapat kelulusan
pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching.
e. Kontraktor dilarang memindah peralatan terpasang dari tempat asalnya melainkan
dengan kebenaran pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching.
12. INVENTORI
a. Kontraktor hendaklah membuat pemeriksaan bulanan inventori Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang yang diserahkan dalam jagaannya dan melaporkan segala kerosakan dan kehilangannya untuk maklumat Bahagian Pentadbiran, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
b. Kontraktor hendaklah membuat pemeriksaan bulanan inventori yang rosak dan hilang dalam tempoh tidak lewat dari dua bulan daripada tempoh dilaporkan.
13. DEKORASI DAN SISTEM PANDANG DENGAR
a. Kontraktor boleh menambah kemudahan dan membuat tarikh pengguna dengan membeli dan membekal sebarang dekorasi dan sistem alat dengan yang sesuai.
23 |
b. Kesemua pemasangan dekorasi dan alat pandang dengan perlu dirujuk kepada Bahagian Pentadbiran, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang bagi mendapatkan kelulusan dan tujuan rekod.
14. PEMERIKSAAN
Penyebutharga hendaklah membenarkan Pengarah, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang atau wakilnya atau wakil bagi pihak Kerajaan Malaysia membuat
pemeriksaan ke Kafeteria pada bila-bila masa untuk menjamin kebersihan dalam menyediakan
makanan dan penyelenggaraan Kafeteria serta untuk menentukan syarat-syarat lain kontrak
dilaksanakan.
15. PERTIKAIAN
Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan kontraktor mengenai pentafsiran,
pengertian atau kuatkuasa, kontrak atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-
apa perkara yang terbit darinya atau yang berhubungan dengannnya hendaklah, kecuali jika
selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Kerajaan dan Kontraktor,
dirujukkan kepada penimbangan antara dua orang. Seorang dilantik oleh Kerajaan dan seorang
dari Kontraktor. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang
membuat kontrak.
16. KONTRAKTOR
a. Penyebutharga makanan yang berjaya akan dikehendaki menandatangani satu kontrak dengan Kerajaan Malaysia. Kerajaan berhak untuk menamatkan kontrak dengan memberi notis dua bulan kepada Penyebutharga/Pemborong tanpa memberi apa-apa sebab.
b. Jika sekiranya kontrak yang berjalan tidak dipatuhi dengan cara yang memuaskan, Kerajaan akan menamatkan kontrak ini tanpa memberi notis terlebih dahulu dan kontraktor tidak berhak mendapat atau menuntut sebarang pampasan.
17. UNDANG-UNDANG
Kontraktor hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia.
24 |
LAMPIRAN 3
NOTIS KEPADA PENYEBUTHARGA
1. Tawaran adalah dipelawa daripada Kontraktor Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia/Pejabat Kewangan Persekutuan Sarawak di Bawah Kepala 040103 untuk mengendalikan Perkhidmatan Kafeteria di:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
JALAN COLLEGE
93200 KUCHING
NO. SEBUTHARGA : IPGKBL/S/13/17
2. Tawaran hendaklah dimeterikan dan dialamatkan kepada :
PENGARAH,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
JALAN COLLEGE
93200 KUCHING
Tawaran Sebut harga hendaklah sampai ke peti sebutharga, Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Kuching pada 12 November 2013 sebelum jam 12.00 tengah hari. Sampul surat
hendaklah bertanda ”SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAFETERIA DI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING”.
3. Penyebutharga dikehendaki mengemukakan satu salinan surat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia/Pejabat Kewangan Persekutuan Sarawak bersama-sama dengan borang tawaran.
4. ”Tawaran Sewa” hendaklah mengikut kadar sewa secara bulanan.
5. Penyebutharga yang berjaya adalah dikehendaki membayar cagaran prestasi yang berjumlah tiga (3) bulan sewa dalam bentuk Jaminan Bank dan juga dikehendaki mengambil polisi insuran kebakaran.
6. Penyebutharga yang ingin memasuki tawaran adalah dikehendaki mengisi semua borang yang diarahkan.
7. Penyebutharga adalah digalakkan untuk memeriksa bangunan kafeteria tersebut pada waktu pejabat untuk memastikan perkhidmatan yang diperlukan sebelum mengisi borang.
8. Jika sekiranya penyebutharga menolak tawaran atau enggan menandatangani kontrak perjanjian selepas diterima atau pun menarik balik tawarannya sebelum keputusan dibuat, syarikat beliau boleh dikenakan tindakan penggantungan pendaftaran mengikut tempoh dan syarat-syarat yang berkuatkuasa sekarang.
25 |
9. Sehingga surat perjanjian formal ditandatangani, borang tawaran ini bersama surat setuju terima tawaran adalah dianggap surat kontrak yang sah ( bagi penyebutharga yang berjaya).
10. Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran.
11. Perkhidmatan menyediakan jamuan - Penyebutharga adalah tidak terikat untuk menyediakan perkhidmatan membekal dan menghantar makanan dan minuman untuk mesyuarat-mesyuarat/kursus-kursus di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
12. Bekalan elektrik dan air khas untuk kafeteria dibayar sendiri oleh kontraktor.
13. Bilangan staf dan pelajar di Institut Pendidikan Kampus Batu Lintang, Kuching (Anggaraan)
Pelajar - 2000 orang
Staf - 250 orang
Jumlah 2250 orang
14. Kadar kelayakan jamuan adalah seperti berikut:
14.1. Aktiviti IPGKBL - RM3.50-RM4.00 (minuman pagi)
Aktiviti Latihan Dalam Perkhidamtan - RM7.00-RM8.00 (makan tengah hari)
Aktiviti Pelajar / Lain-lain - RM3.50-RM4.00 (minuman petang)
- RM7.00-RM8.00 (makan malam)
15. Butiran-butiran lain dan keterangan lanjut boleh didapati daripada pihak Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang, Kuching
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang
Kuching