sejarah 1 2006 v2 modified

Upload: zulhilmi-mat-zain

Post on 30-May-2018

309 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    1/75

    SEJARAH 1

    Tema 1: Manusia dan Masyarakat

    Tajuk 1.2: Kemunculan Tamadun

    Kawasan Kajian: Mesopotamia, Mesir, Hwang Ho, Mohenjo Daro dan Harapa, Arab,Yunani,Rom,Melayu dan Barat.

    Tempat-tempat lahirnya tamadun awal ialah :Lembah Tigris - Euphrates : Tamadun

    Mesopotamia atau Sumeria (3500 SM-2000 SM), Lembah Nil : Tamadun Mesir (310SM

    - 1075SM), Lembah Indus : Tamadun Indus ( 2500SM -1500SM), Lembah Huang Ho :Tamadun Shang (1800SM), Di Amerika Selatan : Tamadun Inca, Maya, Aztec, Di

    Yunani: Tamadun Crete, Di Tanah Arab : Tamadun Arab, Di Rom : Tamadun Rom, Di

    Tanah Melayu : Tamadun Melayu, Di Barat ( Eropah) : Tamadun Barat

    1.Petempatan:Tamadun Mesopotamia yang wujud antara tahun 3500 Sm hingga 2000

    Sm itu terletak di antara Sungai Tigris dan Euphrates di negara Iraq. Nama Mesopotamiadiberi oleh orang Greek purba, telah diasaskan oleh orang Sumeria, diteruskan oleh orangBabylonia dan diikuti oleh orang Assyria. Orang Sumeria dipercayai berasal dari dataran

    tinggi Asia Tengah. Lembah Sungai Tigris dan Euphrates membolehkan penduduknya

    mengusahakan pertanian secara besar-besaran.

    Tamadun Mesir (3100SM - 1075SM) terletak di Lembah Sungai Nil, Negeri Mesir.

    Orang Mesir menganggap Mesir adalah hadiah daripada Sungai Nil. Ini adalah keranalebih 90% daripada negara Mesir merupakan kawasan gurun yang tidak subur. Sungai

    yang mengalir sejauh 750 batu dari hulu ke muara membawa tanah hitam yang subur

    apabila airnya membanjiri kawasan tebing sungai. Tanah yang subur ini memboleh

    penanaman 2 atau 3 kali pada satu musim. Dengan tanah subur yang terhad itu orang

    Mesir mengusahan tanaman dan membuat sistem pengairan. Di sebelah utara negeri initerbentang Laut Mediterranean.

    Tamadun yang wujud antara tahun 2500 SM hingga 1500SM ini terletak di Lembah

    Sungai Indus, negara India.. Seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir, tamadun ini juga

    membawa penduduknya terlibat dalam bidang pertanian. Kegiatan pertanian telahdikesan di dataran lanar Sungai Indus sejak tahun 3000SM lagi.

    Tamadun ini wujud pada tahun 1500 SM yang dimulai oleh Tamadun Shang (1500SM -1100SM). Ia bermula di kawasan munculnya kegiatan pertanian iaitu di lembah Sungai

    Kuning atau Sungai Hwang Ho di utara negara China. Dari China Utara ini pertanian

    berkembang, diikuti tamadun dan perluasan politik yang kemudian aspek-aspek iniberkembang ke selatan Tamadun China ini seterusnya tersebar luas ke Jepun, Korea danke Asia Tenggara.

    Tamadun Crete ( 2000SM - 1400SM) mengambil sempena nama Pulau Crete yangmerupakan salah sebuah pulau Greek merupakan tamadun terawal di Eropah. Tamadun

    ini tidak seperti tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan China yang

    kesemuanya wujud di kawasn lembah sungai yang subur. Tanah di kawasan Pulau Creteini tidak subur untuk pertanian. Penduduknya bergantung kepada perdagangan.

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    2/75

    Hubungan lebih kepada laut. Dengan itu aktiviti mereka condong kepada pengembaraan,

    menjelajah, menerokai tanah-tanah baru di samping berniaga. Sebab itulah mereka

    membuat hubungan dengan tempat lain seperti dengan tamadun Nil, Parsi dan Sumeria.

    Rom terletak di atas sebuah bukit kecil di tepi Sungai Tiber, Itali. Di selatannya

    terbentang Laut Mediterranean.Tamadun ini dikembangkan oleh pendatang-pendatangseperti orang-orang Aryan/Latin ( pantai barat Itali), orang-orang Etruscan (sebelah utara

    dari kawasan kediaman orang Aryan) dan orang-orang Yunani ( di selatan Itali dan Pulau

    Sicily). Ia berkambang di negara Arab yang terletak di kawasan Timur Tengah. Konseptamadun Arab ini berbeza antara sarjana Islam dan ahli sejarah Barat. Bagi sarjana Islam,

    negara Arab pasa Zaman Jahiliah hidup dalam kebodohan dan tidak teratur dalam semua

    bidang kerana ketiadaan Rasul dan kitab agama sebagai petunjuk dan panduan hidup.

    P.K.Hitti yang mewakili ahli sarjana Barat berpendapat, masyarakat Arab Zaman Jahiliahhanya jahil dari aspek agama dan moral sahaja tetapi bertamadun dalam aspek politik,

    ekonomi dan ilmu pengetahuan ( tamadun Sabak di Selatan Semenanjung Arab dan

    Mekah di kawasan Tengah Semenanjung Arab).Tamadun ini berkembang di KepulauanMelayu, di Asia Tenggara. Tamadun ini kemudiannya diresapi unsur-unsur Hindu, China

    dan agama Islam.Tamadun ini terletak di Eropah. Ia bermula menjelang tahun 1500 M

    dan dikenali sebagai Zaman Moden Awal Eropah selepas berakhirnya Zaman GelapEropah ( Zaman Gelap bermula selepas kejatuhan Rom) Benua Eropah mula menempun

    perubahan dan kemajuan dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Bermula zaman inilah kuasa-

    kuasa Eropah menjelajah, meneroka dan berinteraksi dengan kuasa-kuasa lain di luar

    Eropah.

    Tamadun-tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan China lahir di lembah sungai.

    Kenapa?

    1. Di lembah-lembah sungai terdapat tanah-tanah yang subur dan amat sesuai

    untuk aktiviti pertanian dan penternakan. Kesuburan tanah membolehkantanaman makanan diusahakan dengan banyak dan boleh menampung

    penduduk yang ramai.

    2. Sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan kerana tidak berbukit bukau.

    3. Muka bumi yang landai dan datar serta rendah memudahkan manusia

    membuat kediaman yang selesa.

    4. Mudah dapat sumber makanan di sungai seperti ikan.

    5. Kemudahan belayar, pengangkutan dan perhubungan.

    6. Tanah liat yang ada di situ membolehkan manusia membuat alat-alatkeperluan harian seperti belanga, pasu tempayan, bahan binaan membuat

    tempat kediaman.

    2. Perbandaran:Perbandaran wujud selepas kewujudan kawasan tempat tinggal. Darihidup berkampung dengan bercucuk tanam misalnya akan berkembang menjadi bandar

    dan seterusnya kota. Inilah yang berlaku pada tamadun . Selepas 2500 tahun orang

    Sumeria hidup berkampung dengan bercucuk tanam, kampung-kampung mereka telah

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    3/75

    berkembang menjadi bandar dan seterusnya menjadi kota. Di peringkat inilah orang

    Sumeria dikatakan memperoleh ciri-ciri bertamadun..Dikatakan bahawa masyarakat

    Sumerialah yang telah membina bandar-bandar yang terawal di dunia. Bandar-bandar diSumer disebut kota dan negara kota kerana setiap bandar merupakan sebuah unit politik

    yang bebas dengan raja dan dewanya sendiri. Kota-kota itu sentiasa bermusuh-musuhan

    antara satu sama lain. Contoh bandar dalam tamadun ini ialah , bandar Ur dan Lagash( negara kota yang terpenting), Uruk (Erish) dan Kish. Bandar-bandar Ur, Assur dan

    Nippur kategorikan sebagai bandar-bandar metropolis yang dibina secara terancang. Kota

    Sumeria terletak di tebing sebuah terusan atau sungai berhadapan dengan hutan yangmengandungi rumpun-rumpun pohon kurma, delima, fig dan anggur.Di sebalik hutan ini

    terdapat tanaman gandum dan barli dan seterusnya terdapat padang-padang rumput untuk

    binatang ternakan mereka. Setiap kota mempunyai peraturan dan undang-undang perairan

    yang rumit. Setiap kota mempunyai rumah-rumah yang dibina daripada batu bata danjuga sebuah ziggurat ( piramid dengan sebuah kuil). Kuil/zuggurat dibina untuk memuja

    dewa-dewa. Penduduk bandar membina benteng pertahanan atau kubu untuk melindungi

    mereka daripada serangan musuh.Sebelum tahun 7000 SM telah berlaku revolusi

    pertanian yang pesat. Perkampungan telah membangun dengan pesat. Dari petempatankecil telah berkembang menjadi bandar-bandar besar dan beberapa negara kota muncul.

    Bandar-bandar metropolis dirancang dan dibina. Contohnya, Karnak dan Luxor. Bagitamadun Indus, terdapat sebanyak 60 buah bandar dan yang terbesar ialah Sind dan

    Punjab. Kedua-dua bandar itu merupakan bandar yang dibina dan dirancang dengan

    teratur dan merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah.. Perancangan

    bandar ini dibuat dengan sempurna dan mengikut grid. Umpamanya, dalam pembinaansesuatu bangunan, piawai yang tertentu dikenakan supaya bangunan tersebut tahan lama.

    Di antara ciri-ciri istimewa bandar-bandar tersebut ialah mempunyai sistem parit yang

    tersusun, sistem jalan raya yang lurus dan mempunyai sistem saluran najis di bawahtanah ( sistem pembentungan).Longkang-longkang dan parit bawah tanah dibina dan

    dihubungkan dengan sungai-sungai. Kehidupan penduduk Mohenjo Daro dan Harappa

    sangat sistematik. Di dalam kota-kota itu terdapat kawasan perumahan berpetak-petakyang dipisahkan oleh jalan yang lurus. Tiap kota mempunyai sebuah kubu yang kuat

    untuk melindungi bandar daripada serangan musuh. D tengah-tengahnya bandar terdapat

    sebuah tempat mandi awam (untuk upacara keagamaan). Pembinaan kubu-kubu danbangunan-bangunan besar menunjukkan ketinggian tamadun Indus.

    DI lembah Hwang Ho sama juga seperti tamadun lain iaitu daripada sebuah

    perkampungan, berkembang menjadi bandar-bandar metropolis seperti Shang, Anyang,Loyang dan Changgan kerana penduduk yang bertambah ramai. Anyang merupakan

    bandar yang besar di negara China. Di antara ciri-ciri bandar Anyang ialah merupakan

    bandar pertama di tebing Sungai Hwang Ho, muncul kira-kira pada tahun 1800SM,

    merupakan bandar tertua di negeri China dan menjadi ibu kota Dinasti Shang.

    3. Organisasi Sosial: Masyarakat Mesopotamia terbahagi kepada 3 kelas. Kelas yangtertinggi dikenali sebagai amelu atau kanun bangsawan. Kelas kedua ialah mushkinu(kelas pertengahan) dan yang di bawah sekali ialah hamba abdi. Kelas atasan terdiri

    daripada pegawai-pegawai kerajaan, golongan agama (pendeta, paderi atau rahib) dan

    tentera. Golongan yang paling berkuasa dalam tamadun Mesopotamia ialah golonganagama. Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang-pedagang, guru, juruwang, ahli

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    4/75

    nujum, ahli sains, ahli silap mata, petani dan tukang. Kelas yang paling bawah

    merupakan kelas hamba abdi. Hamba abdi telah wujud di Mesopotamia sejak awal lagi

    tetapi tidaklah dipandang hina. Golongan hamba ini terdiri daripada orang tawananperang, penjenayah, orang yang telah dijadikan hamba abdi sejak kanak-kanak lagi dan

    orang tempatan yang dijual beli. Sekiranya seorang hamba patuh dan setia kepada

    tuannya, dia boleh dibebaskan. Hamba abdi boleh berkahwin dengan orang biasa danapabila ibu bapa mereka meninggal, anaknya akan dibebaskan. Mereka diberi

    keistimewaan tertentu dan boleh membuat rayuan kepada pihak yang berkuasa tetapi

    mereka tidak diberi peluang dalam pentadbiran. Orang dari kelas mushkinu diberikebebasan dalam semua perkara dan tidak diwajibkan berkhidmat dalam tentera kecuali

    bila negeri menghadapi bahaya ancaman luar. Pergerakan dari satu kelas ke kelas lain

    adalah sukar. Orang perempuan tidak dianggap sebagai barang jualan tetapi dianggap

    sebagai seorang individu dan warganegara. Dia mempunyai hak ke atas wangnya sendiri,harta benda suaminya dan ayahnya ddn boleh menjalankan perniagaannya sendiri dan

    mempunyai hamba abdi sendiri. Jika dia menguruskan perniagaan suaminya semasa

    ketiadaan suaminya, dia berhak menerima sepertiga dari keuntungan yang diperolehi.

    Sebaliknya, seseorang yang berhutang boleh menyuruh isterinya menjadi hamba kepadaorang yang memberi hutang tetapi hanya dalam jangka waktu 3 tahun sahaja.

    Susun lapis masyarakat Mesir terbahagi kepada 3 kelas iaitu Kelas Atasan, Kelas

    Pertengahan dan Kelas Bawahan. Firaun diletakkan pada kedudukan tertinggi dalam

    hiraki masyarakat Mesir kerana beliau dianggap sebagai tuhan. Kelas atasan terdiri

    daripada pendeta dan golongan bangsawan. Golongan pendeta diberi kedudukan yangtinggi kerana agama merupakan unsur penting dalam kehidupan orang Mesir.Tugas

    pendeta ialah melakukan kerja-kerja sembahyang dan pengkebumian. Golongan

    bangsawan dianggap penting kerana mereka membantu Firaun dalam pentadbiran.Mereka memegang jawatan sebagai gabenor daerah, pemungut cukai dan pegawai istana.

    Kelas pertengahan terdiri daripada pedagang, artisan dan kumpulan profesional seperti

    guru, artis, doktor dan jurutulis. Kelas bawahan yang merupakan golongan terbesar terdiridaripada petani dan hamba abdi. Para petani menyerahkan sebahagian daripada hasil

    mereka kepada kerajaan sebagai cukai. Hamba abdi yang merupakan golongan terendah

    terdiri daripada tawanan perang dan orang yang dijual beli. Kebanyakan mereka bekerjadi projek pengairan, kuari kerajaan dan kuil. Terdapat mobiliti sosial dalam masyarakat

    Mesir. Seseorang yang berbakat boleh bergerak dari peringkat bawah ke peringkat yang

    lebih tinggi. Kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Mesir adalah tinggi/ penting

    kerana harta tanah diturunkan dari ibu kepada anak perempuan. Wanita juga bolehmenaiki takhta kerajaan. Mereka juga mempunyai hak membeli dan menjual harta.

    Mereka juga dipandang mulia jika boleh melahirkan ramai anak.Tidak banyak catatan

    tentang organisasi sosial tamadun awal di Lembah Indus, India. Seperti tamadun

    Mesopotamia dan Mesir, tamadun India juga mempunyai 3 kelas masyarakat. KelasAtasan terdiri daripada golongan pendeta, pendeta raja (golongan bangsawan) dan

    pemilik tanah yang menikmati kehidupan mewah. Kelas pertengahan terdiri daripadagolongan artisann, pedagang, petani ( yang mengusahakan tanaman barli, padi, gandum

    dan kapas) dan penternak binatang (menternak kambing biri-biri, lembu, ayam dan

    khinzir). Kelas terendah sekali terdiri daripada hamba abdi.

    Susun lapis masyarakat China pada zaman pemerintahan Dinasti Shang terdiri daripada

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    5/75

    tiga lapisan (tidak termasuk raja). Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi dan

    berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh golongan bangsawan. Golongan bangsawan

    menduduki hiraki yang tertinggi dalam sistem feudal yang diwujudkan oleh DinastiChou. Melalui sistem feudal, Dinasti Chou memberi kuasa kepada golongan bangsawan

    mentadbir sesatu wilayah secara mutlak. Golongan atasan menghabiskan masa lapang

    mereka dengan berburu, mengadakan jamuan besar dan mendengan muzik. Selepasgolongan bangsawan ialah golongan petani. Golongan ini merupakan golongan terbesar

    dalam masyarakat Shang. Semasa pemerintahan Dinasti Chou, sebilangan petani yang

    bekerja di sawah-sawah kecil telah menjadi hamba berhutang kerana gagal mengeluarkanhasil yang mencukupi. Selepas golongan petani terdapat golongan artisan, peniaga dan

    askar. Kaum wanita dipandang rendah.

    Masyarakat Sparta terdiri daripada 3 golongan iaitu Golongan Peer (yang terdiri daripadagolongan pemerintah dan pemilik tanah), Golongan Perioeci ( orang bebas yang

    menjalankan kegiatan perdagangan dan perusahaan) dan Golongan Helot ( petani dan

    hamba abdi yang mengerjakan tanah golongan Peer). Golongan Peer diwajibkanmengikuti latihan ketenteraan kerana mereka sering menghadapi pemberontakan dari

    golongan Helot. Hanya bayi golongan Peer yang sihat sahaja dibenarkan hidup. Ibunya

    memelihara anaknya selama 7 tahun dan selepas itu kerajaan mengambilnya untuk diberilatihan ketenteraan. Setiap lelaki harus berkorban untuk negaranya. Anak perempuan

    diberilatihan gimnastik dan ditanamkan dengan fahaman bahawa mereka mesti

    berkhidmat untuk negara dengan menjadi isteri yang setia. Di Athens, masyrakatnya

    dibahagikan kepada 2 golongan iaitu golongan bangsawan dan golongan orang biasa( terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara). Golongan bangsawan memiliki

    kawasan tanah terbaik dan menguasai bidang politik. Golongan petani yang gagal

    membayar hutang golongan bangsawan telah menjadi hamba kepada golonganbangsawan. Masyarakat Athens lebih mementingkan kebebasan dan hak indiviidu.

    Masyarakat Rom dibahagikan kepada 3 kelas iaitu:

    1. Golongan Patrisian : golongan bangsawan yang merupakan pemilik tanah yang

    kaya, memonopoli jawatan Konsul dan keahlian Senet.

    2. Golongan Plebeian : rakyat jelata yang terdiri daripada petani kecil ( masyarakat

    Rom terbesar), artisan dan peniaga. Mereka dipaksa membayar cukai yang tinggi

    serta berkhidmat dalam angkatan tentera Rom. Dari segi politik, pada tahap awalmereka hanya dibenarkan menjadi ahli Perhimpunan Centuriate. Hinggatahun

    445SM mereka dilarang berkahwin dengan golongan Patrisian.

    3. Golongan hamba :kebanyakan golongan ini terdiri dari orang tawanan. Mereka

    bekerja diladang, kilang atau pembantu rumah golongan atasan.

    Kaum wanita Rom mempunyai status yang lebih baik daripada wanita Athens. Mereka

    membantu mengasuh anak-anak dan memberi nasihat dalam soal peribadi. Wanita kelas

    atasan Rom menerima pendidikan tinggi dan boleh memperoleh harta.

    Organisasi Sosial masyarakat Arab zaman sebelum kedatangan Ialam ( Zaman Arab

    Jahuliah) menampakkan pengamalan sistem kelas dan kasta. Di kawasan Arab Tengah

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    6/75

    atau Hijaz umpamanya, kelas tertinggi dipegang oleh golongan aristokrat keturunan

    Quraisy. Meeka merupakan kelas pemerintah, bukan sahaja kerana keturunan mereka

    bahkan juga kerana kekayaan mereka. Walau bagaimanapun terdapat juga di kalanganmereka yang tidak berada tetapi masih berpengaruh seperti Abu Talib, bapa saudara Nabi

    Muhammad. Selepas kaum Quraisy barulah diikuti oleh kabilah-kabilah lain yang tinggal

    berdekatan dengan Kaabah. Pada zaman Qusai bin Kilab menjadi pemerintah Mekah,martabat sesatu kabilah diukur berdasarkan jauh dekatnya kediaman mereka dari kaabah.

    Kabilah Bani Zohrah merupakan kabilah yang lebih mendekati kabilah Quraisy. Sebagai

    suatu sistem sosial ala feudalisme, terdapat kelas hamba abdi yang besar bilangannya.Mereka tidak mempunyai apa-apa hak hingga batang tubuh sendiri dapat dijual belikan.

    Kebanyakan mereka orang Arab juga tetapi sesetengahnya bukan berbangsa Arab.

    Tentang kedudukan kaum wanita, pada umumnya nilai mereka sangat rendah pada

    pandangan masyarakat Jahiliah. Mereka merasa malu apabila mendapat anak perempuandan kerana itu telah menjadi kebiasaan mereka menanam hidup-hidup anak perempuan

    mereka. Kaum wanita hanya layak menjadi pemuas seks kaum lelaki. Walau

    bagaimanapun, kedudukan sosial yang berkelas-kelas dan memandang rendah kepada

    kaum wanita itu telah dihapuskan apabila agama Islam menyinari bumi Arab. Semuamanusia dianggap satu ummah yang tidak dibeza-bezakan melalui pangkat, harta

    mahupun jantina di sisi Allah. Kayu ukur kemuliaan seseorang manusia itu dinilai darisegi ketakwaannya.

    Keruntuhan Empayar Rom pada sekitar abad ke-5 M telah memulakan zaman

    pertengahan Eropah( selama 1000 tahun). Peringkat awal zaman pertengahan itudianggap sebagai zaman gelap kerana Eropah melalui satu peringkat yang kurang maju

    perpecahan politik, kemersotan ekonomi dan kongkongan agama Kristian terhadap

    masyarakatnya). Masyarakat Eropah masa itu terbahagi kepada 2 golongan iaitupemimpin ( terdiri daripada raja dan bangsawan/ vassal) dan yang dipimpin ( rakyat biasa

    / serf ) Raja berada pada kedudukan tertinggi, diikuti lapisan kedua iaitu golongan

    bangsawan/vassal dan ahli agama. Golongan rakyat biasa itu terdiri daripada petani danrakyat biasa. Mereka bukanlah hamba tetapi mereka tidak bebas sepenuhnya. Mereka

    bekerja untuk tuan mereka iaitu golongan pada lapisan kedua tadi. Mereka terikat kepada

    pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ketempat lain. Kedudukan mereka adalah di antara hamba dengan orang bebas. Sistem

    begini dipanggilsistem feudal. Apabila zaman pertengahan itu berakhir, zaman moden

    Eropahpun bermula pada sekitar tahun 1500M. Organisasi sosial Eropah turut berubah

    dengan kemerosotan sistem feudal. Peningkatan pertanian dagangan, perkembanganbandar dan sektor perusahaan telah memberi peluang kepada golongan serf ini bebas dari

    belenggu tuan tanahnya. Ada di antara mereka yang melarikan diri ke bandar untuk

    menjadi buruh upahan.

    Di Alam Melayu juga menampakkan organisasi sosial yang mementingkan kelas.

    Terdapat 2 kelas manusia. Kelas teratas mengandungi raja dan bangsawan. Kelas keduapula terdiri daripada rakyat jelata yang menjadi hamba kepada golongan pertama tadi.

    Hiraki sosial yang membeza-bezakan taraf manusia ini sebenarnya adalah bertolak dari

    ajaran kasta Hindu. Di Srivijaya misalnya, terdapat dua kelas yang utama iaitu kepas

    pemerintah dan kelas diperintah. Kelas-kelas ini dibahagikan pula kepada 4 golongan( golongan raja, bangsawan, orang merdeka dan hamba abdi). Kedudukan wanita di alam

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    7/75

    Melayu tidak dipandang rendah, malah ada di kalangan mereka berpeluang menjadi

    pemerintah seperti yang berlaku di Majapahit dan di Bali. Apabila Islam mula mengambil

    tempat di alam Melayu, perbezaan taraf manusia mula dikikis tetapi mengambil masayang agak lama.

    4. Kepercayaan dan Agama

    4.1 : Kepercayaan:Antara ciri-ciri tamadun ialah adanya kepercayaan dan agama dalam

    kehidupan manusia. Nilai-nilai kepercayaan dan agama adalah satu ciri penting dalamkemunculan sesuatu tamadun seperti yang terdapat dalam tamadun Mesopotamia, Mesir,

    Lembah Indus dan Hwang Ho. Pemerintah menanggung perbenlanjaan yang tinggi untuk

    perkara-perkara keagamaan. Sejumlah besar kutipan cukai dikhaskan untuk keperluan

    agama dan untuk membina tempat-tempat ibadat seperti kuil dan sebagainya. Masyarakattamadun awal mempercayai kewujudan banyak tuhan atau polytheistic. Unsur alam

    semula jadi dijadikan sesuatu untuk disembah bagi tujuan menjauhkan malapetaka.

    Kepercayaan terhadap unsur alam mempengaruhi setiap aspek kehidupan. Contohnya,dalam bidang pertanian, mereka memuja unsur alam untuk mendapatkan hasl yang

    banyak. Keadaan tersebut telah membawa kepada penyembahan berhala untukmendapatkan perlindungan.

    Agama orang Sumeria bersifat politeisme. Mereka menyembah banyak tuhan atau dewa

    dewi yang mempunyai ciri-ciri bentuk manusia. Dewa dewi ini dipercayai mendatangkan

    kebaikan atau keburukan. Mereka tidak menyembah raja mereka tetapi menganggap rajasebagai wakil tuhan di dunia.Tuhan utama orang Sumeria ialah Anu (dewa/tuhan langit),

    Enlil (tuhan bumi),Enki (tuhan air). Menurut kepercayaan orang Sumeria, nasib negara,

    rakyat dan kejadian alam ditentukan oleh dewa-dewa. Contohnya, dewa Dumumi dandewa Inanna menentukan musim bungaan danmusim salji. Orang Sumeria tidak percaya

    kepada kehidupan selepas mati. Menurut orang Sumeria, tuhan-tuhan mereka tidak

    pernah berkuasa ke atas kehidupan di akhirat. Penyembahnya berddoa meminta rahmatkebendaan dan dipanjangkan umur. Mereka percaya bahawa bencana alam seperti banjir

    dan kebuluran merupakan hukuman yang ditimpa ke atas mereka. Mereka juga percaya

    bahawa jika mayat tidak dikebumikan, si mati akan bangkit merayau-rayau di lorong-lorang untuk mencari makanan. Mereka sangat takut kepada hantu orang mati.Sebab

    itulah mereka sangat mengambil berat tentang pengkebumian orang mati. Mayat yang

    ditanam dibekalkan dengan makanan yang diisi dalam takar. Mayat lelaki dibekalkan

    dengan kail dan senjata, mayat perempuan pula dibekalkan cermin yang dibuat daritembaga. Barang-barang lain yang dibekalkan ialah seperti kereta kuda, barang perhiasan

    dan barang-barang lain yang dimiliki olehnya temasuk orang gaji. Mereka

    mengkebumikan mayat di bawah lantai rumah supaya roh simati tidak berasa diketepikan

    dan dapat bersama dengan keluarganya ketika menyembah tuhan keluarga mereka. OrangSumeria menyembah tuhan yang dipercayai turun ke bumi untuk melindungi negara kota

    mereka. Dengan itu mereka membina ziggurat ( kuil yang berbentuk piramid yangbertingkat-tingkat setinggi 6 atau 7 tingkat). Ziggurat ini berbentuk menara dan lebih

    tinggi dari bangunan-bangunan lain yang ada di dalam kota. Kuil ini biasanya dibina di

    atas bukit. Oleh kerana ziggurat itu tinggi, ia boleh kelihatan berbatu-batu jaraknya. Kuil

    merupakan bangunan yang paling penting di dalam sesebuah bandar. Pejabat-pejabatperniagaan dan pentadbiran dan gudang terletak di dalam perkarangan kuil. Tempat

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    8/75

    pemujaan merupakan tempat paling penting dalam kuil. Mereka menjalankan upacara

    pemujaan tuhan bagi mengelakkan malaa petaka yang dianggap sebagai hukuman tuhan.

    Ziggurat pertama telah dibina di kota Nippur untuk tuhan Enlil. Ketua sami jugamerupakan ketua bandar. Ini kerana dasar pemerintahan Sumeria berbentuk teokrasi

    ( agama sebagai dasar pemerintahan). Setiap kota di Sumeria mempunyai sebuah kuil.

    Setiap negara kota mempunyai dewa penaung (patron deity).Mereka percaya, tuhan yangdipuja oleh sesebuah bandar menetap di menara kuil. Di antara upacara agama yang

    dijalankan ialah pemujaan dan pengorbanan. Upacara pemujaan dijalankan di dalam

    ziggurat. Pengorbanan dibuat hanya apabila raja-raja meninggal dunia. Apabila raja-rajameninggal dunia, pengiring-pengiringnya turut mengiringi kematian itu ( mati

    bersama/dibunuh). Dalam tugu-tugu diraja dijumpai bersama mayat itu ialah barang-

    barang hiasan seperti emas dan perak. Mayat raja/permaisuri dipakaikan pakaian yang

    lengkap dan serba indah, lengkap dengan barang kemas yang bertatahkan permata.

    Di Mesir, masyarakatnya mempercyai bahawa alam dikuasi oleh tuhan-tuhan yang

    menetukan hidup atau mati segala benda yang wujud di muka bumi ini. Antara namatuhan atau dewa orang Mesir ialah Amon-Re (tuhan matahari), seth, Isis (tuhan bulan),

    Osiris (tuhan Sungai Nil), Thoth, Horus, Bast, Anubis, Khnum, Nepthys, Nut (tuhan

    langit), Shu (tuhan udara) dan ptah. Mereka juga menyembah tuhan tanaman dan tuhanbinatang.. Tuhan yang paling penting dan dianggung-agungkanoleh mereka ialah Amon

    re dan Osiri..Menurut kepercayaan mereka, seth ialah tuhan jahat yang selalu

    menyebabkan tanaman rosak. Firaun Amenhotep IV atau Akhenaton 9 kira-kira tahun

    1375-1360SM) pernah cuba memperkenalkan idea satu tuhan tetapi ditentang oleh sami-sami. Akhirnya beliau terpaksa juga membenarkan pemujaan ramai tuhan. Orang Mesir

    juga percaya tentang kehidupan roh selepas mati. Oleh itu mereka mengawet mayat

    (mumia) untuk menghalangnya dari menjadi reput. Mereka percaya bahawa tuhan Osirisakan memberi kehidupan selepas seseorang itu mati. Mayat ditanam bersama-sama

    dengan makanan, pakaian, perkakas rumah dan barang kemas supaya hidup bahagia di

    akhirat. Selain dari itu, mayat juga dibekalkan dengan patung-patung kecil dan model-model kapal sebagai simbul kekayaan yang akan dimilki oleh si mati itu.dalam dunia

    akhirat kelak. Papyrus bergulung yang tertulis di atasnya mentera turut ditanam bersama

    dengan tujuan bagi mengelakkan rohnya menceritakan kejahatan seseorang di duniasemasa tuhan-tuhan mengadilinya. Kadang-kadang ilmu sihir, buku-buku nyanyian dan

    sajak juga ditanam bersama untuk menjadi hiburan kepada seseorang itu di akhirat kelak..

    Mereka percaya bahawa tiap-tiap amalan baik atau jahat akan diadili di akhirat dengan

    berbagai-bagai ujian. Jantung orang mati akan ditimbang. Mereka yang lulus ujian ituakan masuk ke syurga, manakala yang gagal akan ditelan raksaksa. Orang Mesir

    menyediakan badan yang yang telah dimumiakan( awet) sebagai tempat roh bersemadi.

    Piramid dibina untuk menyimpan harta Firaun yang telah mati dan mayat yang telah

    dimumiakan. Piramid yang terkenal ialah piramid raja Khufu (Cheops) yang dibina olehGiza.

    Masyarakat tamadun Lembah Indus juga percaya kepada banyak tuhan

    (politeisme).Mereka menyembah dewa dewi. Salah satu tuhan atau dewa yang mereka

    sembah ialah Tuhan Bermuka Tiga (Mother - Goddess). Ada ahli sejarah yang

    berpendapat bahawa Tuhan Bermuka Tiga itu adalah Siva. Bagi masyarakat LembahIndus, dewi yang paling utama ialah Dewi Alam atau Tuhan Ibu. Bilangan patung yang

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    9/75

    banyak dijumpai menunjukkan bahawa penduduk di Lembah Indus menyembah binatang

    dan pokok. Kehadiran simbol swastika ( ) dan roda membuktikan orang Indus

    menyembah tuhan matahari. Terdapat juga tanda-tanda bahawa mereka memuja alatkemaluan lelaki sebagai pembawa benih atau zuriat yang dinamakan linga yang

    kemudian dikaitkan dengan Dewa Hindu Siva. Sebutir batu hitam yang menyerupai

    Sivalingam telah ditemui di Lembah Indus. Selepas kedatangan orang-orang Aryan padatahun 1500 SM, mereka membawa kepercayaan menyembah pelbagai tuhan. Antaranya

    ialah tuhan Indra (tuhan perwira), Vayu, Agni ( tuhan api), Dyaus (tuhan langit) dan

    varuna (tuhan hujan). Orang Aryan percaya bahawa tuhan mereka akan melindungidaripada segala kejahatan dan menghukum sesiapa yang bersalah. Ahli-ahli arkeologi

    belum menemui kuil-kuil pemujaan. Ini menunjukkan upacara pemujaan dijalankan di

    rumah kediaman. Mereka menjalankan upacara mengorbankan binatang tetapi tidak

    termasuk lembu kerana lembu dianggap suci terutama lembu jantan. Sebab itulah lembujantan disembah. Pemujaan terhadap batu bata, pokok dan sungai atau boleh jadi roh juga

    diamalkan. Kepercayaan animisme ini merupakan penyembahan terhadap Nages,

    Yaksoas yang dianggap penjelmaan roh. Bukti-bukti menunjukkan kepercayaan ini

    diamalkan di Mohenjo Daro. Masyarakat Indus juga menjalankan upacara pengkebumiandan pembakaran mayat. Orang yang mati akan ditanam bersama-sama dengan alat-alat

    tembikar dan barang-barang perhiasan. Air dianggap suci dan mandi adalah satu upacarayang penting. Di bandar besar terdapat tempat mandi awam untuk menjalankan upacara

    agama.

    Masyarakat tamadun awal China di Lembah Hwang Ho ( masyarakat Shang) percayabahawa tuhan-tuhan mereka menguasai semua kehidupan manusia. Sebab itulah mereka

    menyembah banyak objek seperti bulan, matahari, bumi, sungai, angin dan juga arah iaitu

    timur, barat dan selatan. Tuhan utama adalah Shang Ti yang dianggap mempunyai kuasake atas seluruh alam.. Objek-objek itu dianggap sebagai tuhan. Mereka percaya bahawa

    objek-objek itu mempunyai kuasa yang boleh menyebabkan banjir, kemarau, wabak

    penyakit dan serangan belalang ke atas tanaman. Bagi mengelakkan mala petaka, merekamenjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan-tuhan itu. Masyarakat Shang juga

    mengasaskan pemujaan nenek moyang yang telah lama mati (ancestral worship).

    Kepercayaan ini merupakan kepercayaan yang tertua di negeri China. Pemujaan inidilakukan kerana mereka percaya nenek moyang mereka yang telah mati itu mempunyai

    pengaruh ke atas kehidupan sehari-hari. Pendeta China telah menggunakan tulang nujum

    (oracle bones) untuk mendapatkan nasihat atau ramalan daripada nenek moyang

    ataudewa dewi tentang sesuatu tindakan yang dicadangkan.. Caranya adalah denganmenulis beberapa soalan di atas tulang nujum itu, kemudian menghempaskannya

    sehingga retak atau memanaskannya hingga retak. Ahli nujum akan membuat ramalan

    berdasarkan retak-retak yang terdapat pada tulang tersebut. Masyarakat China

    mempercayai bahawa tuhan-tuhan tinggal di syurga dan dapat melindungi pemuja-pemujanya dari perkara-perkara yang buruk. Penyembahan dengan binatang yang

    dibunuh dilakukan untuk mencapai hajat tertentu. Bila raja meninggal dunia, orang gajidan orang tawanannya akan dibunuh dan dikebumikan bersama-samanya. Barang-barang

    seperti kereta kuda, jed, sutera, bahan gangsa dan alat-alat muzik ditanam bersama.

    Orang Yunani mempercayai tuhan-tuhan/ dewa dewi seperti Zeus, Apollo, Athena danlain-lain lagi yang dipercayai menetap di Gunung Olympus. Di situlah mereka tinggal

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    10/75

    sebagai satu keluarga di bawah seorang dewa utama iaitu Zeus ( bapa dewa-dewa dan

    manusia). Mengikut kepercayaan mereka, Zeus menguasai guruh, kilat dan taufan dan

    membuat alam bergoncang apabila sahaja rambutnya bergerak. Dewa Poseidondigambarkan sebagai dewa yang berambut biru tua, menguasai laut dan dewa kepada

    kuda-kuda. Apollo pula berambut perang membawa lyre dan menjadi penaung segala

    muzik dan desa penyembuh. Ares merupakan dewa peperangan, bergerak pantas danmenakutkan. Athena bermata kelabu tetapi bersinar - dewi segala pertukangan dan

    kemahiran.Pendekata, bagi orang-orang Achaean setiap dewa dewi itu mempunyai

    gelarannya serta sifat-sifatnya yang tertentu dan menjalankan sesuatu tugas yangdikhaskan kepada mereka. Dewa dewi ini dipercayai serupa orang lelaki dan perempuan

    tetapi boleh hidup kekal abadi. Dewa dewi itu dianggap mempunyai cara berfikir dan

    hawa nafsu seperti manusia tetapi mempunyai kuasa lebih dari manusia. Orang-orang

    Achaean percaya bahawa dewa-dewa ini pada keseluruhannya mementingkan keadilandan belas kesihan sungguhpun mereka tersinggung jika diketepikan. Mereka marah hanya

    kepada orang-orang yang mengeji penyembahan dan pemujaan dan mereka yang

    menyakitkan hati orang lemah dan tidak berdosa dan berbangga di atas kezalimannya itu.

    Mereka tidak sengaja hendak menurunkan bala ke atas manusia. Punca segala keburukanialah terkandung dalam hati manusia sendiri. Upacara utama dalam dalam penyembahan

    mereka ialah pengorbanan lembu dan kambing biri-biri; satu upacara pembakaran yangindah dan penuh istiadat diiringi dengan bacaan doa oleh padri, nyanyian hymn dan

    tarian. Korban-korban ini dibuat bukanlah merupakan pemberian rasuah kepada dewa-

    dewa tetapi merupakan satu perhimpunan suci dan mesra dengan makan minum bersama

    dan dapat merapatkan lagi perhubungan manusia dengan dewa-dewa. Itu anggapanmereka. Kota-kota yang memuja tuhan-tuhan yang sama biasanya membentuk sebuah

    majlis agama. Majlis ini mewujudkan pertalian di antara negara-negara kota. Mereka juga

    percaya kepada orakel iaitu tempat atau perkara-perkara suci yang pada kepercayaanmereka tuhan-tuhan akan memberitahu manusia tentang masa depan.

    Seperti tamadun Yunani dan lain-lain tamadun, masyarakat Rom juga mempercayai dewadewi terutama dewa pertanian. Mereka juga telah menerima tuhan-tuhan jiran-jiran

    mereka. Mereka percaya bahawa tuhan mereka tidak cemburu dan menganggap bukan

    satu penghinaan terhadap tuhan-tuhan mereka apabila mereka menerima tuhan-tuhanbaru. Mereka melakukan pembaharuan dalam menerima tuhan-tuhan baru dari negara-

    negara jiran mereka kerana sebab-sebab tertentu. Contohnya, bila berlaku wabak hawar

    di negeri mereka, mereka pun mula menyembah tuhan penyembuh Greek. Meeka juga

    menyamakan tuhan-tuhan mereka dengan tuhan-tuhan orang Greek yang menjalankantugas yang sama. Contohnya, dewi cinta Greek yang bernama Aphrodite disamakan

    dengan Venus orang Rom dan cara baru untuk menyembahnya diperkenalkan. Orang

    Rom menganggap tuhan adalah makhluk ghaib yang mereka takuti. Mereka tidak

    memikirkan mengenainya. Mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang agama.

    Terdapat berbagai kepercayaandi Tanah Arab sebelum kedatangan Islam sepertikepercayaan kepada telahan nujum, animesme (penunggu), mengaitkan arah burung

    terbang dengan nasib perjalanan, pemakain cincin dan sebagainya.

    Sebelum pengaruh Hindu berkembang di Alam Melayu, orang-orang Melayu berpegangkepada faham animesme. Malah apabila ajarah Hindu, Buddha dan Islam meresap ke

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    11/75

    dalam kehidupan orang-orang Melayu, kepercayaan animesme masih lagi diamalkan.

    4.2: Agama:Agama yang paling terkenal di India ialah agama Hindu. Hinduismedianggap sebagai agama yang tertua di dunia. Ia berusia lebih dari 3000 tahun yang

    muncul pada Zaman Veda (2000SMhingga 1000SM) di India.Ia muncul hasil dari

    percampuran orang di Lembah Indus dengan orang-orang Aryan. Orang-orang Aryan dariAsia Tengah telah membawa bersama-sama kebudayaan dan kepercayaan mereka apabila

    mereka pergi ke India. Asimilasi antara orang-orang Aryan dan orang-orang di Lembah

    Indus itu telah mencetuskan agama Hindu ini. Agama ini tidak mempunyai pengasas dankitab suci tetapi setengah-setengah penganut agama ini menganggap Bhagavadgita

    sebagai kitab suci mereka. Walau bagaimanapun buku yang tertua tentang agama Hindu

    ialah Veda ( yang bermaksudBuku Pengetahuan) yang ditulis sekitar tahun 1500 SM

    oleh orang-orang Aryan dalam bahasa sanskrit. Ia terdiri dari 4 kitab iaituSamhita/RigVeda, Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva Veda. Bandar suci penganut agama ini ialah

    Benares/ Varanasi, manakala sungai yang dianggap suci ialah Sungai Ganges. Hinduisme

    merupakan satu sistem kepercayaan dan upacara. Ia lebih berbentuk satu cara kehidupandari agama. Penganut agama ini memuja 3 dewa iaitu Brahma ( Dewa Pencicpta), Vishnu

    (Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah). Bentuk Hinduisme yang terawal ialah

    Brahmanisme yang diwujudkan oleh golongan Brahmin/sami. Hinduisme juga memberiperaturan-peraturan dan undang-undang tertentu sebagai petunjuk kepada tingkah laku

    penganut-penganutnya. Matlamat utama penganutnya ialah untuk mencapai Nirvana atau

    Moksha yang membolehkan mereka bersatu dengan tuhan/Dewa Brahma. Ia boleh

    dicapai melalui kehidupan yang sederhana. Sebab itulah mereka percaya kepadakelahiran semula. Sistem kasta atau varna adalah unsur yang dipentingkan dalam agama

    ini. Ia dibawa oleh orang Aryan. Melalui sistem ini manusia dibahagikan kepada kelas

    perwira atau aristokrasi ksyatriya), kelas sami (brahmin) dan kelas rakyat biasa (sudra).Kemudian kelas itu menjadi 4 pula iaitu ksyatriy, brahmin, Vaisya (pedagang) dan sudra.

    Kelas pariah adalah kelas yang terkeluar dari 4 kelas tersebut dan amat dipandang hina.

    Agama yang kedua yang dianut di India ialah agama Buddha yang lahir pada kurun ke-6SM. Ia lahir di India. Pengasasnya ialah Siddhartha Gautama. Ia sebenarnya dilahirkan

    dalam kelas ksyatriya dan dibesarkan sebagai seorang Hindu tetapi apabila beliau melihat

    kematian, penyakit dan kehidupan seorang pendita,timbul satu kesedaran dalam diribeliau iaitu kebahagiaan boleh dicapai hanya melalui pertapaan dan agama. Beliau

    dikatakan memperoleh kebenaran setelah bertapa selama 45 hari di bawah pokok bodi di

    Beneres.Selepas itu beliau diberi gelaran Buddha ( yang bererti Pemberi Cahaya). Hari

    Wesak merupakan upacara penting agama ini. Beliau menyebarkan agama ini selama 45tahun sebelum meninggal dunia.

    Buddha telah memperkenalkan sangha (masyarakat biara). Sami-sama dalam sangha

    hidup dengan derma penganut-penganutnya. Ajaran ini tidak mementingkan kasta dalamkehidupan. Pengikut-pengikut Gautama telah meletakkan Gautama sebagai tuhan

    walaupun Gautama tidak pernah menganggap dirinya seperti itu. Pengikut-pengikutnyatelah menyebarkan ajarannya selepas kematiannya. Ajarannya telah banyak diubahsuai

    hingga timbul beberapa aliran seperti Hinayana (lebih asli dan dipraktikkan oleh

    penganut di India) dan Mahayana (aliran yang disebarkan ke seberang laut).Menurut

    Buddha, seseorang itu perlu memahami 4 Kebenaran Mulia untuk memahami kehidupaniaitu:

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    12/75

    1. Kehidupan adalah berkenaan dengan kesengsaraan dan kesakitan.

    2. Kesakitan dan kesengsaraan adalah akibat daripada perasaan iri hati.

    3. Kesakitan dan kesengsaraan akan hilang jika manusia menghapuskan

    hawa nafsu mereka.

    4. menerangkan cara-cara untuk menghapuskan hawa nafsu iaitu dengan

    mengikuti 8 Bahagian dalam Jalan-Jalan Kesucian iaitu:

    i.. Kepercayaan yang benar

    ii. Usaha yang benar

    iii. Ingatan yang benar

    iv. Perbuatan yang benar

    v. Ketekunan yang benar

    vi. Fikiran yang benar

    vii. Kehidupan yang benar

    viii. Pertuturan yang benar

    Agama ini juga percaya kepada kelahiran semula dan nirvana (peringkat yang paling

    bahagia) menjadi matlamat penganut-penganutnya. Buddha juga mengajar tentang

    ahimsa ( tidak boleh memusnahkan/merosakkan segala benda hidup. Asoka dari EmpayarMaurya adalah raja India yang paling bertanggungjawab menyebarkan agama ini ke luar

    India iaitu ke Sri Lanka dan dari Sri Lanka disebarkan ke Asia Tenggara, Tibet, Jepun

    dan China.

    Agama Buddha merupakan satu daripada agama yang dianut oleh masyarakat China yang

    telah dibawa masuk ke China dari Sri Lanka Faham kedua yang tersebar luas di negara

    China ialah Confuciusnisme. Ia berdasarkan ajaran Confucius/Kung Fu Tze (551-479SM)yang hidup pada zaman Dinasti Chou. Ajaran Confucius terdapat dalam buku klasik

    berjodol Analekta yang ditulis oleh pengikut-pengikutnya. Ajaran Confucius memberi

    penekanan tentang harga diri dan perasaan kemanusiaan (ada 5 kebaikan di dunia iaituamanah, rajin, bersifat mulia, berbudi bahasa dan bermurah hati). Rukun kemasyarakatan

    yang diajar Confucius ni kemudian telah menjadi falsafah rasmi negara China. Confucius

    juga menekankan 5 jenis hubungan yang baik iaitu hubungan pemerintah dengan rakyat,

    Ibu bapa dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan.Di negara China juga tersebar faham Taoisme. Ajaran ini diasaskan oleh Lao Tzu dan

    Chuang Tzu yang hidup dalam Dinasti Chou. Ia dapat diperolehi dalam buku Tao Te

    Ching dan Chuang Tzu. Tao bermaksud cara atau jalan untuk seseorang individumencari kedamaian dan keharmonian dalam dunia. Ajaran ini menyarankan manusia

    supaya tidak mementingkan dunia. Taoisme mementingkan kesederhanaan,

    perdampingan dengan alam semula jadi dan amalan meditasi. Bagi ajaran ini, raja dankerajaan tidak penting kerana manusia boleh menjalani kehidupan mengikut undang-

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    13/75

    undang alam. Ajaran ini tidak mendapat sambutan dari kalangan terpelajar. Ia

    berpengaruh di kalangan rakyat di luar bandar. Sumbangan penting ajaran ini ialah sami-

    saminya telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional,mencipta ubat bedil, jarum magnetik dan herba-herba asli. Selain dari ajaran-ajaran tadi,

    tersebar juga faham Mohisme oleh Mo Ti atau Mo Tzu yang hidup sezaman dengan

    Confucius. Doktrin utama falsafahnya ialah kasih yang sempurna untuk setiap manusia.Satu lagi faham yang tersebar ialah Legalisme yang muncul serentak dengan Mohisme. Ia

    dipengaruhi oleh idea dan falsafah Hsun Tzu. Faham ini lebih mementingkan masyarakat

    dari individu. Falsafah ini menganggap semua individu adalah jahat. Faham ini amatberpengaruh pada zaman Dinasti Chin terutama pada masa pemerintahan Shih Huang Ti.

    Agama Kristian telah tersebar di Yunani oleh pengikut Nabi Isa bernama Paul. Perkataan

    Kristian berasal dari perkataan Greek, Christosyang bermaksud penyelamat. Pengikutagama ini mengangap Nabi Isa sebagai penyelamat untuk membela orang Kristian.

    Ajaran ini sebenarnya diasaskan di Asia Barat (Baitul Laham, Palestin). Nabi Isa telah

    diutus oleh Allah untuk menyebarkan ajaran kepercayaan kepada Tuhan yang satumelalui kitab Injil.Ajaran ini telah berkembang sejak lebih 2000 tahun yang lalu.

    Rom juga menerima ajaran Kristian melalui pengikut Nabi Isa yang bernama Paul. OrangRom mudah menerima agama ini kerana ia mudah difahami berbanding dengan

    kepercayaan yang mereka anuti selama ini iaitu banyak tuhan yang amat

    mengelirukan.Zaman Pax Romana telah membenarkan agama ini disebarkan. Keadaan

    yang aman membolehkan mubaligh-mubalighnya menyebarkan agama ini ke tempat-tempat lain. Jalan-jalan yang dibina oleh Empayar Rom membolehkan agama ini

    berkembang ke tanah-tanah jajahannya..Terdapat juga Maharaja Rom yang menindas

    penganut agama ini. Peter yang menjadi pengikut Nabi Isa telah dibunuh oleh MaharajaRom tahun 65M. Walau bagaimanapun ketakwaan dan ketabahan mereka menggagalkan

    usaha maharaja tersebut untuk menyekat penyebaran agama ini. Persidangan Bishop yang

    dijalankan mulai kurun ke-3 membolehkan penyebaran agama ini terus berjalan lancar.Pada tahun 800M Charlemagne telah dilantik menjadi Maharaja Holy Roman Empire.

    Beliau telah menggalakkan pertumbuhan gereja-gereja dan biara-biara. Beliau juga

    meluluskan undang-undang mengizinkan gereja mengutip zakat.

    Mesir menerima agama Kristian melalui pengikut Nabi Isa yang bernama Peter. Apabila

    Islam berkembang di Madinah, Islam juga tersebar ke Mesir iaitu pada zaman Khalifah

    Umar al-Khattab.

    Zaman sebelum Nabi Muhammad diutus menjadi Rasul bagi menyebarkan agama Islam

    di bumi Arab, terdapat berbagai agama. Agama di situ terbahagi kepada dua iaitu agamaIlahi/Wahyu (agama Hanif, Nasrani dan Yahudi) dan agama ciptaan manusia

    ( menyembah berhala, menyembah cakrawala, menyembah padang pasir, menyembah

    api/majusi. Apabila Islam disebarkan di Mekah pada tahun 610M agama Islam mulamengambil tempat agama-agama yang sedia ada di situ dan selepas kira-kira 23 tahun

    Islam disebarkan ( selepas pembukaan Kota Mekah) seluruh bumi Arab menerima agama

    Islam. Agama-agama Yahudi dan Nasrani mula lenyap dari bumi Arab.

    Agama yang mula-mula sekali meresap masuk ke alam Melayu ialah agama Hindu

    ( sebelum abad pertama Masihi lagi), diikuti oleh agama Buddha. Setelah lebih dari 7

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    14/75

    abad, Alam Melayu mula menerima ajaran Islam yang disebarkan oleh pedagang-

    pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam dari Arab dan Gujerat. Apabila kuasa-kuasa

    Barat seperti Portugis ( abad ke-16M), Belanda dan Inggeris menjajah negeri-negeri diAlam Melayu, agama Kristian pula mula disebarkan.

    Tema 2 : Pemerintahan dan Pentadbiran

    Tajuk 2.1 : Pembentukan Negara Kota

    Kawasan Kajian : Yunani, Rom, Arab dan Melayu

    Kandungan kajian : Ciri-ciri Negara Kota Dan Proses dan perkembangannya.

    Maksud Negara Kotaialah bandar yang juga merupakan negeri yang berdaulat dan merdeka.Selain daripada Yunani, Rom, Arab dan Kepulauan Melayu ( kawasan kajian kita), Negara Kota

    juga terdapat di negara-negara lain seperti di Memphis (Mesir), Ur, Urech, Kish, Babyon

    (Mesopotamia), Mohenjo Daro dan Harappa (India) dan Anyang ( China).

    Tamadun Yunani:Dalam tamadun Yunani, Negara Kotanya dikenali sebagaiPolis (dari bahasa

    Greek) yang merupakan sebuah pusat berkubu dan menjadi ibu kota bagi Yunani. Ia merupakansebuah pusat yang sangat dihormati. Ia menjadi pusat komuniti Acropolis pula merupakan kota

    berkubu di bahagian tengah. Sebenarnya yang dimaksudkan bahagian tengah itu ialah bahagian

    hulu sesebuah bandar dan yang termasyhur sekali ialah bandar Athens.Sebelum sesebuah negara

    kota itu muncul, asalnya bermula daripada kampung-kampung yang bersebaran. Lama kelamaan

    penduduk setiap lembah atau dataran bergabung menjadi satu komuniti politik dan bersam-sama

    menyembah dewa-dewa, berjual beli, menjaga pertahanan dan menjalankan pemerintahan. Pusat

    komuniti itu biasanya terletak di satu kawasan berbatu yang tinggi di tengah-tengah dataran dan

    dari situ dapat dilihat seluruh kawasan sekitar. Kebanyakan lembah-lembah Greek berbentuk

    piring terbalik. Pusat komuniti inilah kota berkubu dan ibu kota (polis). Luas tiap-tiap kota ialah

    antara 80 hingga 800 km persegi dengan purata penduduk seramai 5000 orang.

    Negara-negara kota di Yunani ini kecil-kecil dan berbeza dari jirannya yang terdapat di sebalikbanjaran gunung. Warganegara sesebuah negara kota tinggal begitu dekat dengan pusat

    pemerintahan dan sebab itulah mereka terlibat dalam pemerintahan. Dalam usaha/percubaan

    memerintah sendiri, mereka telah memecat raja-raja dan pembesar-pembesarnya satu demi satu.

    Orang Greek amat menyayangi negara kota mereka. Dalam peperangan yang sering berlaku

    antara negara-negara kota, warganegaranya rela mati berjuang bagi mempertahankan kota mereka

    itu. Malah sepanjang hidup mereka dari mula lahir hingga ke akhir hayat, jiwa raga mereka

    tercurah kepada negara kota mereka. Antara negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani ini

    ialah Athens, Sparta,Thebes, Corinth, Olympia dan Argos. Athens merupakan salah sebuahnegara kota dalam tamadun Yunani yang paling terkenal. Sehingga pertengahan abad ke-8 SM,

    Athens seperti negara kota lain di Yunani menjalankan pemerintahan secara monarki (beraja).

    Kira-kira pada tahun 750SM raja Athens telah digulingkan kerana rakyat inginkan suara yang

    lebih dalam pentadbiran dan juga kerana penindasan yang telah dilakukan oleh raja.Pemerintahan telah diambilalih oleh sekumpulan bangsawan yang digelar eupatrid. Mereka telah

    melakukan aktiviti perlanunan dan merampas tanah untuk menambahkan kekayaan mereka.

    Golongan ini telah mengambilalih kuasa politik dengan menguasai Majlis dan tentera. Mereka

    memerintah Athens menerusi Majlis Bangsawan (Council of Nobles). Zaman ini dikenali sebagai

    Zaman Kebangsawanan/Aristokrasi. Pegawai awam utama ialah Ketua Majistret yang dipilih

    setiap tahun dari golongan bangsawan. Petani tertindas dalam pemerintahan ini dan menjadi

    hamba abdi bila hutang tidak terbayar. Pada tahun 594SM golongan bangsawan telah memilih

    Solon sebagai ketua majistret dan memberikannya kuasa mutlak untuk membuat perubahan.

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    15/75

    Perlantikan itu dibuat kerana rasa bimbang jika seseorang ketua yang berkebolehan tidak dilantik,

    mereka mungkin akan digulingkan oleh seseorang yang zalim. Solon telah menubuhkan Majlis

    Empat Ratus (Council of Four Hundred) yang terdiri daripada golongan bangsawan dan pemilik

    harta yang kaya.Majlis ini kemudian bertukar menjadi Majlis Lima Ratus. Beliau telah

    menubuhkan semula Perhimpunan Agung ( berfungsi sebagai badan perundangan). Solon jugamenubuhkan sebuah Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa untuk menimbangkan rayuan

    terhadap keputusan majistret. Tahap kegemilangan sistem demokrasi di Athens dicapai di bawahpimpinan Pericles (495-429SM). Pericles telah menubuhkan sebuah Lembaga yang bertindak

    sebagai badan eksekutif tertinggi. Ahlinya terdiri daripada 10 orang jeneral yang dilantik oleh

    Perhimpunan Agung untuk satu tahun. Pericles juga membuat perubahan terhadap kuasa

    membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman iaitu tidak lagi oleh majistret tetapi oleh

    sekumpulan juri. Sparta adalah negara kota yang terkuat di Yunani. Kerajaan ini berbentuk

    militeri. Rakyatnya terdiri daripada kaum Dorian yang berhijrah dari utara. Tenteranya terdiri

    daripada tentera darat dan laut. Kanak-kanak Sparta akan menjalani latihan ketenteraan bila

    berusia 7 tahun dan memasuki tentera bila berumur 20 tahun dan terpaksa tinggal di berek tentera

    sehingga berumur 30 tahun. Melalui sistem ini, kanak-kanak yang lemah dibunuh sebaik sahaja

    dilahirkan. Kerajaan Sparta diketuai oleh 2 raja ( dari keluarga Agiadac dan Eurypontidac) dan 5

    orang Ephor. Ephor dilantik oleh Majlis Perhimpunan. Rakyat dari kelas homoioi yang

    berketurunan Dorian merupakan golongan pemimpin di Sparta

    Tamadun Rom:Rom telah didatangi orang-orang Etruscan yang agresif ( di utara Itali). Di

    sebelah pinggir laut yang subur tinggal penduduk yang agak primitif. Pada abad ke-8 datang pula

    orang Greek yang lebih mencintai kedamaian ( mengusahakan tanah). Di sebelah selatan kawasan

    orang Etruscan iaitu di dataran Sungai Tiber tinggal orang Latin ( satu dari puak Itali). Mereka

    membentuk komuniti yang berasingan. Walau bagaimanapun, mereka telah bersatu ketika

    mempertahankan diri dari serangan orang Etruscan. Penyatuan inilah yang menjadi asas

    pembentukan bandar Rom kira-kira padatahun 753SM. Bertahun-tahun lepas itu Rom

    berkembang menjadi ibu kota dunia Barat. Rom terletak di tengah-tengah jalan selatan ke utara

    dan ditebing Sungai Tiber.Kuala sungai itu menjadi pelabuhan yang terbaik di pantai barat.

    Dengan itu, ia menjadi kunci masuk ke Itali. Rom adalah gabungan kampung-kampung yang

    terletak di atas bukit-bukit kecil . Dari atas bukit-bukit itu mereka boleh nampak angkatanEtruscan yang bengis, lengkap dengan senjata yang pada bila-bila masa sahaja akan menyerang

    mereka. Penduduk Rom ini pada hakikatnya adalah bersifat tentera dan semua institusi mereka

    mencerminkan kelakuan mereka yang suka berperang, sementara bakat mereka ditunjukkan

    dengan sepenuhnya dalam usaha-usaha ketenteraan. Pada mulanya Rom diperintah oleh seorang

    raja yang juga menjadi padri besar, jeneral dan penggubal undang-undang. Baginda menentukan

    peraturan-peraturan dalam perhubungan mereka dengan dewa-dewa, orang asing dan antara satu

    sama lain. Penduduk di bawah pemerintahannya tidak dianggap setarafdengan baginda. Antara

    penduduknya terdapat golongan bangsawan (Patrician) dan yang lain-lain dipanggil Plebeian..

    Golongan Plebeian ini bekerja untuk mereka dan berharap akan mendapat perlindungan daripada

    mereka. Golongan Patrician inilah yang menjadi ahli Senat ( badan penasihat yang mengandungi

    orang lelaki yang tua dan berpengalaman). Senate ini berhak ke atas pelantikan raja baru. Apa

    yang jelas tentang Rom ini ialah Rom hampir sepanjang masanya berperang dan rajanyamembuktikan diri mereka sebagai pemimpin yang sesuai. Orang Rom telah menunjukkan bahawa

    mereka merupakan pahlawan-pahlawan yang hebat walaupuntidak pernah mampu menentang

    orang Etruscan.Pada awal abad ke-6 Rom jatuh ke tangan raja-raja bangsa Etruscan yang terkenal

    dengan pemerintahan yang zalim itu. Orang-orang Rom menggelar mereka sebagai TarquinSombong. Walau bagaimanapun mereka telah berjasa dalam membuat tembok melingkungisemua komuniti dan dianggap sebagai pengasas bandar itu. Mereka mengadakan sistem saliran

    dan mencantikkan bandar itu dengan membina rumah-rumah berhala. Mereka menyusun semula

    angkatan tentera, membesarkannya dan membahagikan warganegara mengikut kekayaan mereka.

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    16/75

    Mereka hanya sempat memerintah Rom tidak sampai 100 tahun kerana orang-orang Rom telah

    bangkit menentang dan menghalau mereka.Tragedi ini dianggap sebagai satu revolusi Pengusiran

    Raja-Raja. Pemerintahan Etruscan yang zalim itu telah menghantui perasaan orang-orang Rom

    untuk tidak menerima pemerintahan beraja. Selepas itu orang Rom telah menubuhkan

    pemerintahan berbentuk republik.

    Tamadun Arab:Di Semenanjung Tanah Arab, negara kotanya didirikan oleh penduduk bandaratau dikenali sebagai Hadhari. Negara kotanya terdapat dalam kerajaan-kerajaan Selatan, Tengah

    dan Utara. Di kawasan selatan terdapat kerajaan Yaman, di kawasan tengah ialah kerajaan

    Hijaz/Makkah manakala di sebelah utara terdapat kerajaan-kerajaan Anbat/Nabatean,

    Tadmor/Palmyra, Hirah dan Ghassan. Berbeza dari negeri-negeri bahagian utara dan tengah,

    Yaman menyaksikan suatu tingkat kemajuan yang terawal sekali dalam sejarah tamadun Arabpurba. Hal ini berkait rapat dengan kedudukan alamnya yang sesuai sebagai tempat pertemuan

    bagi para pedagang. Di sini air hujan sentiasa turun di samping kesuburan tanahnya sendiri. Saba

    (955SM - 115SM) adalah kerajaan yang paling terkenal di Yaman. Kerajaan ini mengamalkan

    sistem pemerintahan beraja demokrasi. Kemasyhuran kerajaan Saba adalah kerana ratunya yang

    bernama Balqis dan rakyatnya yang (walaupun kuat dan berani namun) mementingkan

    perdamaian. Kerajaan ini runtuh kerana kecuaian rakyatnya sendiri terutama pemimpinnya,

    sehingga akhirnya berlakulah banjir yang besar yang menghancurkan Empangan Maarib (nadipertaniannya). Rakyatnya telah menyelamatkan diri ke bahagian tengah dan utara tanah Arab.

    Kerajaan ini diganti oleh kerajaan Himyar yang dapat mengembalikan kegemilangannya.

    Kerajaan ini lebih menekankan perluasan jajahan takluk. Kerajaan ini kemudian jatuh ke tangan

    Rom dan Parsi yang sekian lama memerhati kemakmuran Yaman. Kedua-kedua kuasa besar itu

    sentiasa bersaing bagi meluaskan pengaruh dan menyebar agama masing-masing. Keruntuhan

    kerajaan Yaman telah memuncukan sebuah kerajaan di kawasan tengah iaitu Hijaz atau Makkah.

    Kedudukan geografinya di tengah-tengah tanah Arab menjadi kawasan pertemuan di kalangan

    saudagar-saudagar dari utara dan selatan. Apatah lagi setelah kaabah dibina, bandar Makkah telah

    menjadi pusat pertemuan berbilang bangsa dari seluruh pelusok dunia bagi mengerjakan ibadah.

    Suatu yang amat unik bagi kota Makkah ini ialah ia tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa

    penjajah walaupun ada yang pernah mencuba. Sistem pentadbirannya dijalankan oleh kabilah.

    Yang terkenal ialah kabilah Quraisy di bawah Qusai bin Kilab. Qusai telah mengatur sistempentadbiran yang sistematik dan berjaya menyatukankabilah-kabilah Arab. Di sebelah utara Arab,

    muncullah beberapa buah kerajaan seperti kerajaan Anbat/Nabatean, Tadmor/Palmyra, Hirah dan

    Ghassan. Kerajaan-kerajaan utara ini merupakan kerajaan penampan bagi kuasa Rom dan Parsi.

    Tamadun Melayu:Di kawasan Alam Melayu telah memunculkan beberapa buah negara kota

    seperti Langkasuka, Chieh-Cha ( Kedah), Kalah ( dipercayai terletak di utara Kedah) dan lain-lainlagi.Langkasuka terletak di Patani, Thailand. Langkasuka dikatakan muncul sebagai negeri

    bebas pada awal abad ke-2M ( tahun 100 M). Langkasuka menjalankan perdagangan dengan

    kerajaan-kerajaan di Asia Barat, India, China dan kerajaan-kerajaan di Gugusan Kepulauan

    Melayu. Kerajaan ini dipengaruhi oleh pengaruh Hindu Bagaimanapun, pada abad berikutnya,iadilanggar oleh Funan. Sejak itu Langkasuka tidak putus-putus dijajah oleh kuasa luar dan maju

    mundurnya ditentukan oleh faktor ini. Meskipun kedudukannya yang terletak di jalan

    perdagangan antarabangsa antara India dan China dan juga kekayaan hail buminya itu merupakan

    faktor dalaman yang membawa kemajuannya, namun faktor luarlah sebenarnya yang lebih

    dominan dalam menentukan semuanya itu. Bagaimanapun pada abad ke-5M, Langkasuka dapat

    memulihkan kemerdekaannya dan apabila Funan mengalami kemunduran pada abad ke-6M,

    Langkasuka mencapai zaman keagungannya. Pada ketika inilah dikatakan wilayah taklukannya

    meliputi Songkla, Kelantan dan Terengganu. Namun dengan kebangkitan Srivijaya pada abad ke-

    7M, Langkasuka tertakluk di bawahnya pula. Kemudian menjadi jajahan Majapahit dan apabila

    Melaka ditawan Portugis (1511) kerajaan Langkasuka turut lenyap dalam sejarah kerana diserang

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    17/75

    oleh Raja Chola, Rajendra 1 dari India Selatan..Kerajaan Kedah ( Kedah Tua) wujud dari kurun

    ke-5M hingga kurun ke-14M di Lembah Bujang. Kerajaan ini muncul sebagai sebuah pusat

    perdagangan dan pelabuhan entrepot yang penting pada kurun ke-5M. Pelabuhannya disinggahi

    kapal dagang dari India, China dan Asia Barat. Pusat pentadbirannya terletak di Kampung Sungai

    Emas (kurun ke-5 hingga 10M) dan Pangkalan Bujang (kurun ke-10 hingga 14M). Penduduknyadipengaruhi agama Hindu dan Buddha. Menjelang tahun 695M kerajaan ini menjadi tanah

    jajahan kerajaan Srivijaya. Kerajaan ini mula merosot pada abad ke-11 kerana diserang oleh RajaChola, Rajendra 1 pada tahun 1025M.

    Tamadun Mekah : Negara Kota Arab (Kerajaan Arab Tengah/Hijaz):Mekah terletak di satu

    lembah yang tandus, dikelilingi oleh banjaran gunung dan bukit-bukit batu. Ia merupakan ibu

    kota bagi daerah Hijaz (Arab Tengah). Kedudukannya ialah di tengah-tengah persimpangan jalanantara kota-kota di Syam dan Hirah (di utara Arab), Yaman (di selatan Arab) dankota-kota di

    pinggir pantai Laut Merah. Kedudukannya di tengah-tengah jalan perdagangan antara Utara dan

    Selatan itu menjadikannya sebagai tempat persinggahan bagi saudargar-saudagar dari utara ke

    selatan dan dari selatan ke utara. Dengan itu Mekah menjadi pusat perdagangan yang penting.

    Pasar banyak didirikan dan yang terkenal ialah Pasar Zul Majaz, al-Majinnah dan Ukaz.

    Sejarahnya bermula apabila Nabi Ibrahim membawa isterinya (Siti Hajar) dan anaknya (Ismail)

    ke Mekah. Mekah ketika itu tidak ramai didiami orang. Puak yang mula-mula tinggal di situ ialahpuak Amaliqah, kemudian datang pula puak Jurhum dan menjadi penguasa Mekah. Apabila air

    zamzam dijumpai oleh Nabi Ismail, Mekah mula didatangi orang. Apabila Nabi Ibrahim bersama

    anaknya Ismail mendirikan kaabah, Mekah telah menjadi pusat ibadat dan mengerjakan Haji.

    Mekah bertambah maju di bawah suku Jurhum. Kemudian kekuasaan .Mekah berpindah kepada

    suku Khuzaah dari Yaman. Perubahan berlaku, ajaran Nabi Ibrahim telah dicampuradukkan

    dengan penyembahan berhala (tahun 207SM). Tahun 440M kabilah Quraisy di bawah pimpinan

    Qusai bin Kilab bin Murrah dari Bani Qudaah (moyang Nabi Muhammad) mengambilalih

    kekuasaan Mekah dari puak Khuzaah. Di bawah pentadbiran Qusai, Mekah menjadi maju dan

    terkenal dan menjadi tumpuan seluruh tanah arab.Negara kota Mekah berfungsi sebagai pusat

    perdagangan, pusat ibadat, pusat kebudayaan, dan pusat pentadbiran. Sebagai pusat perdagangan,

    kota ini sentiasa sibuk terutama pada musim haji bila seluruh penduduk tanah Arab berkumpul di

    sana. Sebagai pusat ibadat, Mekah dikunjungi kerana mengerjakan ibadat, mengerjakan haji dandan menjadi pusat penyembahan berhala. Sebagai tempat pertemuan berbagai kaum, ia turut

    memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan. Setiap tahun Mekah menganjurkan

    pesta/pertandingan seni pidato, syari, falsafah, kata-kata hikmat, bercerita). Karya yang menang

    dutuliskan dengan warna emas dan digantung dikaabah untuk tatapan umum. Pentadbiran yang

    baik juga menjadi tarikan orang mengunjungi Mekah. Berbagai jabatan diwujudkan bagi

    melicinkan pentadbiran terutama pada musim haji. Apatah lagi Mekah telah diiktirafsebagai kota

    aman kerana terdapat beberapa bulan yang dipanggil bulan haram (bulan Zulkaedah, Zulhijjah,

    Muharram dan rejab diharamkan berperang, membunuh dan sebagainya). Mekah juga

    mempunyai pasukan tentera yang cukup baik, terdiri daripada askar dan hamba-hamba Negro.

    Sejarah telah membuktikan bahawa Mekah merupakan kawasan yang bebas dari sebarang

    penjajahan ( berbanding dengan jiran-jirannya iaitu Arab Selatan dan Arab Utarayang dijajah oleh

    Rom dan Parsi). Pernah ada cubaan dari kuasa asing untuk menjajah Mekah (seperti cubaan yangdibuat oleh Abrahah , di bawah kuasa Rom) tapi Allah telah melindungi kota ini kerana kota ini

    telah ditakdirkan menjadi kota Ibadat orang-orang Islam dan terbukti sampai ke hari ini!Tajuk 2.2: Pembentukan Empayar

    Kawasan Kajian : Mesopotamia, Yunani, Rom, India, China dan Melayu

    Kandungan kajian: i. Ciri-ciri empayar ( bagaimana muncul, motif, lokasi, pemimpin

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    18/75

    yg Masyhur, keruntuhan)

    ii..Proses dan perkembangannya.

    Apakah maksud empayar?:Empayar dapat ditakrifkan sebagai sebuah

    kerajaan( pemerintah) yang tertinggi dan berdaulat yang menguasai daerah yang luas atau

    beberapa buah daerah dengan diketuai oleh seorang maharaja.

    Tamadun Mesopotamia:Pertumbuhan dan perkembangan tamadun telah membawakepada konflik untuk merebut kuasa dan kekayaan di kawasan Mesopotamia. Konflik

    tercetus di antara Ur dan Urech untuk menguasai hilir Sungai Euphrates. Konflik yang

    kerap berlaku menyebabkan pertukaran pemerintah dan telah memjadi kebiasaan,

    golongan yang kuat akan mengambil alih pemerintah yang tewas. Pada kira-kira tahun2750SM, seorang ketua puak Semitik yang bernama Sargon yang menjadi pemerintah

    daerah Akkad ( Akkad terletak di utara dataran Shinar) telah cuba memperluaskan

    empayarnya dengan menyerang orang-orang Sumeria di kawasan Mesopotamia. Beliautelah berjaya mengalahkan orang-orang Sumeria melalui beberapa peperangan dan

    menjadi raja di kawasan orang Sumeria itu. Pada mulanya orang Sumeria engganmenerima Sargon sebagai pemerintah baru mereka tapi demi keselamatan perdagangan,akhirnya orang Sumeria sanggup menerimanya. Dapatlah dikatakan di sini bahawa

    Empayar Mesopotamia yang pertama telah didirikan oleh seorang Arab berbangsa Semite

    dari Akkad yang bernama Sargon Agung. Sargon menyerang Mesopotamia kerana

    tertarik dengan kekayaan Sumer. Sargon terus meluaskan kuasanya yang akhirnya beliaumenjadi pemerintah sebuah empayar yang terbentang luas dari Elam( di sebelah timur)

    hingga ke Laut Mediterranean dan ke utara hingga meliputi Sungai Tigris dan Euphrates.

    Kedua-dua puak iaitu Sumeria dan Semitik hidup bersama di bawah pemerintah Sargon.Lama kelamaan orang Semetik lebih berpengaruh dari orang Sumeria dalam bidang

    politik kerana orang Semetik cepat mempelajari cara pemerintahan orang Sumeria. Pada

    kira-kira tahun 2200SM sekumpulan orang nomad iaitu Amorites telah membuatpetempatan di sekitar kampung Babylon. Kaum Amorites ( dari suku Semite) dan puak-

    puak bukit dari kawasan pergunungan Zagros telah menyerang Mesopotamia. Babylon

    telah ditawan. Ketika itu air bawah tanah di Sumer menjadi masin yang menyababkantanaman dan penduduk menjadi berkurangan. Kaum Semite mengambil kesempatan bagi

    mengukuhkan kedudukan mereka di Mesopotamia. Di bawah pemerintah yang bernama

    Hammurabi, Babylon telah muncul sebagai sebuah negara kota yang sangat cantik.

    Hammurabi terkenal dengan kanun undang-undangnya (yang menekankanperikemanusiaan dan hak indiividu). Hammurabi merupakan seorang pemerintah yang

    agung. Semasa pemerintahannya, negara menjadi lebih aman (kurang peperangan). Oleh

    kerana Hammurabi berasal dari keturunan nomad, beliau sangat mengambil berat

    terhadap penternakan kambing biri-biri dan penanaman jagung. Unta dan lembudigunakan oleh rakyatnya sebagai alat pengangukutan darat bagi membawa barang-

    barang dagangan.Kapal digunakan sebagai alat pengangkutan laut. Beliau membinasebuah terusan yang luas, menyusun semula sistem pengairan dan membaikinya Berbagai

    jenis sayuran ditanam pada zamannya. Selepas Hammurabi meninggal dunia,

    Mesopotamia telah diserang oleh Kerajaan Assyria. Di bawah raja Chaldea iaitu

    Nebuchadnezzar, negara kota Babylon telah dibina semula hingga menjadi negara kotayang amat kuat. Selepas kematian Nebuchadnezzar, Babylon telah jatuh ke tangan orang

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    19/75

    Parsi dan kemudian Parsi menjadi kuasa yang kuat di Timur Tengah.. Akibat dari

    penjajahan yang silih berganti oleh berbagai puak itu, Mesopotamia dimasuki berbagai

    kebudayaan yang menjadikannya bertambah agung. Perkembangan yang berlaku dalamempayar Mesopotamia itu menampakkan bahawa Mesopotamia sering diserang oleh

    kumpulan-lumpulan dan puak-puak baru. Apabila tamadun Mesopotamia terbentuk,

    Mesopotamia telah diserang. Tamadun itu runtuh.. Puak yang menyerang dan berjayamenawan Mesopotamia itu telah membina semula tamadun Mesopotamia yang baru. Bila

    tamadun itu terbina semula, ia diserang lagi. Begitulah proses perkembangan empayar

    Mesopotamia.Walau bagaimanapun, empayar-empayar kemudian yang terkenal ialah:

    Empayar Babylonia 1 ( Raja Hammurabi: 1792 SM 1750 SM)

    Empayar Assyria (746 SM 630 SM). Ketika ini ibu kota Mesopotamia terletakdi Nineveh. Empayar Mesopotamia diperluaskan sehingga meliputi hampir semua

    kawasan Timur Dekat/ Asia Barat ( Syria, Phoenicia, Israel, Mesir).

    Babylonia II/ Empayar Chaldea Raja Nabopulasser: 626 SM 606 SM yang

    diganti oleh anak Nebuchadrezzar II : 605 SM 562 SM.) Pada masa inilahMesopotamia diserang oleh Parsi. Dengan itu berakhirlah empayar Mesopotamia.

    Tamadun Yunani:Raja Greek mula menghantar rakyatnya ke negara lain di seberang

    laut sebagai peneroka kerana bilangan penduduknya yang kian bertambah sedangkan

    Greek kekurangan tanah yang subur dan kebimbangan pemerintahnya terhadappenentangan rakyat terhadap golongan pemerintah (golongan minoriti yang terdiri

    daripada orang kaya). Pembukaan tanah-tanah jajahan Greek itu adalah bermatlamatkan

    perdagangan. Walau bagaimanapun Greek tidak pernah menubuhkan satu kuasa yangagung, yang kuat dan berpadu di Mediterranean kerana negara-negara kotanya di tanah

    besar Greek sendiri sentiasa bersaing antara satu sama lain.. Tetapi menerusi beratus-

    ratus buah tanah jajahan itu Greek telah meresapkan pengaruhnya di kalangan bangsa-bangsa lain dan dipusaki turun temurun. Dalam pada kota-kota di Greek asyik

    bercakaran, satu kuasa besar telah muncul di kawasan pergunungan utara Semenanjung

    Balkan iaitu kerajaan purba Makedonia. Pada tahun 359SM, Philip II telahmengisytiharkan dirinya sebagai raja Makedonia. Beliau bercita-cita untuk menguasai

    seluruh Greek yang berpecah belah itu. Pada tahun 338 SM berlakulah peperangan

    Chaeronea dengan kemenangan tentera Makedonia mengalahkan tentera Athens dan

    Thebes. Zaman negara kotapun berakhir. Seorang raja Makedonia berkuasa di Greek.Semua kota kecuali Sparta menghantar wakil menemui Philip. Philip membentangkan

    rancangannya untuk menyatukan Greek bagi menentang Parsi. Rancangannya tidak

    sempat dilaksanakan kerana telah terbunuh semasa kesibukan menyambut perkahwinananak perempuannya.Philip II digantikan oleh anaknya Iskandar Zurkarnain / Iskandar

    Agung ( 356 SM 323 SM) . Usianya ketika itu ialah 20 tahun.. Athens dan beberapa

    buah negara kota lain bangun memberontak menentang Iskandar tapi telah dikalahkanoleh Iskandar. Iskandar telah berjaya menawan Asia Kecil (jajahanParsi), Parsi ( Parsi

    diserang tahun 334 SM yang ketika itu diperintah oleh Darius II dan pada tahun 331 SM

    Parsi ditawan), Mesir ( 332 SM), Lembah Tigris dan Euphratesdan juga Lembah

    Indus(326 SM). Beliau menggalakkan penaklukan Greek ke atas Asia secara besar-besaran untuk mempraktikkan rancangan utamanya iaitu menyatyukan Eropah dengan

    Asia berdasarkan kebudayaan Greek. Iskandar telah berusaha selama 13 tahun dengan

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    20/75

    mengembara sejauh 32,000 km dan telah berjaya mengasaskan sebanyak 70 buah kota.

    Tiada penakluk Eropah yang dapat menandingi Iskandar dalam kempennya merentasi

    gunung ganang tinggi dan gurun Asia Tengah. Iskandar telah meninggal dunia padatahun 323 SM di Babylon dalam usia 33 tahun selepas mengidap demam.Cita-citanya

    untuk menubuhkan sebuah empayar dunia yang terbentang luas dari India ke Sepanyol

    yang berdasarkan kebudayaan Greek lenyap dengan kematiannya. Pengganti-penggantibeliau gagal menyatukan kawasan-kawasan yang ditakluki walaupun telah berusaha

    sedaya upaya melalui peperangan yang bertahun-tahun lamanya. Dunia Graeco-

    Makedonia telah berpecah kepada 3 bahagian. Selepas kematian Iskandar, negara-negarakota Greek berperang cuba membebaskan Greek dari pemerintahan Makedonia tetapi

    gagal. Usaha-usaha penaklukan Iskandar telah membawa banyak kesan. Bandar

    Iskandariah (sempena namanya) di Mesir telah muncul sebagai pusat ilmu pengetahuan

    yang penting. Perdagangan telah berkembang. Begitu juga dengan penyelidikan saintifik.Beliau menggalakkan persaudaraan manusia. Satu lagi peninggalan beliau ialah

    mewujudkan era Hellenistik ( percampuran budaya Yunani dengan bukan Yunani).

    Tamadun Rom:Rom mula meluaskan empayarnya apabila ia memerlukan lebih banyak

    tanah dan makanan akibat pertambahan penduduk. Pada peringkat permulaannya Rom

    berjaya menakluki negeri-negeri jirannya dan memperbesarkan empayarnya. Menjelangtahun 270 SM seluruh Semenanjung Itali kecuali Lembah Po telah ditakluki Rom dan

    akhirnya orang-orang Rom berjayamenyatukan seluruh Itali. Orang-orang Rom ingin

    menguasai kawasan-kawasan sekitar Itali untuk meluaskan perdagangan dan

    menambahkan kemewahan. Untuk itu, Rom terpaksa berhadapan dengan orang Greek(dari Itali Selatan, Sicily (tanah jajahan Greek) dan orang cvarthage (di seberang laut)

    yang lebih berpengalaman dalam peperangan dan bertamadun. Rom berjaya mengalahkan

    orang-orang Greek setelah menentangnya selama kira-kira 8 tahun. Beberapa buahbandar Greek ditawan. Dengan itu Rom berkuasa di seluruh kawasan Itali yang terletak di

    Selatan Sungai Po dan beberapa kawasan yang terletak jauh darinya. Saingan Rom yang

    paling hebat ialah dari orang Carthage (kerajaan Carthage terletak di Afrika Utara) yangjuga mempunyai motif dalam perdagangan. Akibatnya, tercetuslah perang Punic di antara

    Rom dengan Carthage). Ada 3 Perang Punic:

    Perang Punic 1 (264-41 SM):Perang yang berlaku selama 23 tahun ini berpunca

    kerana hendak merebut Pulau Sicily.Rom ingin mengusir keluar orang Carthage

    dari Pulau Sicily. Rom mendapat sokongan kota-kota Greek. Kemenangan Rom

    dalam pertempuran di laut menyebabkan Rom terus mara mendarat di Afrikatetapi dapat ditewaskan oleh Carthage.Rom membina semula angkatan lautnya

    dan menyerang Carthage di Afrika. Kekalahan Carthage menyebabkan Carthage

    terpaksa keluar dari Sicily dan membayar ganti rugi .Rom seterusnya merampas

    Sardinia dan Corsica

    Perang Punic II atau Perang Hannibal (218 - 201 SM).:Tentera Carthage dibawah Hannibal ( tentera Hannibal terdiri daripada penunggang kuda Barber,

    pengembara Greek, askar upahan dari Bahagian Timur Mediterranean dan

    pahlawan-pahlawan bengis dari puak Sepanyolk yang terlatih. Kesemuanya

    dianggarkan seramai 26,000 orang) telah menyerang Itali melalui Banjaran Alpsdan telah berjaya menawan beberapa buah bandar. Pada tahun 202 SM pula

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    21/75

    tentera Itali telah bertempur dengan tentera Hannibal dan Carthage dikalahkan.

    Carthage mengaku kesetiaannya kepada Rom.

    Perang Punic III ( 149-146SM):Tentera Rom menyerang Carthage dan

    memusnahkan bandar ini. Tawanan Carthage dijual sebagai hamba

    abdi.Akhirnya, kawasan Afrika Utara menjadi taklukan Rom.

    Tentera Rom juga telah menyerang Yunani dan mengalahkan tentera Makedonia yang

    menguasai Yunani itu. Penaklukan Greek oleh Rom (tidak lama selepas kekalahanHannibal) bolehlah dianggap sebagai pembebasan kota-kota Greek daripada raja-raja

    pengganti yang telah memecahbelahkan Empayar Iskandar. Pada tahun 146 SM

    Makedonia menjadi wilayah Rom. Seterusnya Rom menyerang dan menakluki

    Syria( Syria diperintah oleh Antiochus III) dan Mesir (168 SM). Rom telah dapatmenguasai hampir semua kawasan di sekitar Mediterranean. Tujuan perluasan kuasa

    Rom itu bukanlah untuk meluaskan pentadbirannya tetapi kerana Romsering terancam

    oleh pemerintah-pemerintah daerah-daerah tersebut. Proses perluasan empayar Romsebenarnya bermula pada abad ke-6 iaitu selepas mereka berjaya menggulingkan kuasa

    Etruscan. Proses penaklukan ini mengambil masa hampir 200 tahun. Orang-orang Rombanyak mempelajari taktik peperangan, urusan pentadbiran dan keselamatan daripadakawasan yang ditaklukinya.Perluasan Empayar Rom secara besar-besaran dilakukan oleh

    Julius Caeser pada kurun ketiga dan kedua SM). Ketika itu Rom muncul sebagai kuasa

    besar di Mediterranean. Empayarnya meliputi Syria, Makedonia, Yunani, Mesir, Timur

    Tengah, Gaul ( Perancis dan Belgium) dan Britain. Beliau juga merupakan pentadbiryang agung, negarawan yang pintar di samping terkenal sebagai seorang ketua tentera

    yang handal. Kata-katanya yang masyhur iaitu veni, vidi dan vici (yang bererti aku

    datang, aku lihat, aku takluk) dibuat dalam kempennya di Asia Kecil. Beliaumemperkenalkan beberapa pemodenan dalam bidang ekonomi, sosial dan politik dalam

    Empayar Rom. Antara lain, beliau telah memecat gabenor yang rasuah, memberi hak

    kewarganegaraaan kepada penduduk wilayah Rom, membahagikan tanah kepadapenduduk miskin, merancang sistem perairan, menyelesaikan masalah kewangan,

    mengalakkan imigrasi ke tanah jajahan baru di seberang laut bagi mengurangkan

    kesesakan di bandar dan mengatur sistem cukai yang lebih baik. Bagi mewujudkansistem politik yang stabil, beliau memperkenalkan pemerintahan secara individu ( negara

    diperintah oleh seorang pemerintah sahaja dan bukan oleh beberapa orang gabenor).

    Sebab itulah beliau digelar diktator. Beliau mati dibunuh oleh sekumpulan orang yang

    tidak puas hati dengan tindakannya/dasarnya. Usaha-usaha Julius Caesar diteruskan olehcucu saudaranya, Augustus ( era Pax Romana atau Keamanan Rom). Beliau memakai

    gelaran Maharaja. Kuasanya sebagai seorang Maharaja ialah mengawal penuh seluruh

    empayarnya. Beliau telah berjaya mewujudkan sebuah empayar (beliau memulakan

    zaman empayar di Rom tahun 31 SM menggantikan zaman Republik) yang stabil yangbelum pernah wujud sebelum ini. Zamannya menyaksikan peerkembangan yang pesat

    dalam perdagangan, kebudayaan Graeco-Roman, perkembangan kejuruteraan, bidangperundangan dan seni bina. Empayar Rom merosot pada tahun 476. Maharajanya yang

    terakhir ialah Romulus Augustus yang digulingkan oleh ketua suku Vandal ( salah satu

    suku gasar Jerman).

    Tamadun India:Di India terdapat sebuah empayar yang besar di bawah Dinasti Maurya.

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    22/75

    Dinasti ini wujud apabila Chandragupta Maurya berjaya menggulingkan empayar

    Magadha ( sebuah empayar Aryan) pada tahun 321 SM. Empayar Maurya ini wujud

    ekoran daripada usaha-usaha Chandragupta Maurya menyatukan beberapa buah kerajaankecil di Utara India bagi menghadapi ancaman Yunani. Penyatuan ini membentuk

    Empayar Maurya yang terbentang luas dari Teluk Benggala ke pergunungan Hindu Kush

    dengan ibu kotanya di Pataliputra.. Kuasa Chandragupta pada masa itu tiada siapa yangberani mencabar. Kuasa Maurya tegak dengan sokongan 700,000 orang tentera. Tentera

    kerajaannya sangat cekap dan tiada belas kesihan. Petani-petani dikenakan cukai yang

    berat dan penduduk bandar sentiasa diganggu oleh pegawai-pegawai, inspektor dan talibarut pemerintah. Kezalimannya jelas apabila kesalahan mencuri yang kecil dikenakan

    hukuman mati dan selalunya disiksa terlebih dahulu. Empayar Maurya mengamalkan

    sistem pemerintahan monarki dan pemerintahan mutlak. Raja-raja Maurya terus

    meluaskan pengaruhnya ke seluruh India kecuali India Selatan (India.Selatan diperintaholeh orang Dravidian yang berbahasa Tamil). Anak Chandragupta telah menambah

    sebahagian dari Decca ke dalam empayarnya. Empayar yang besar ini seterusnya diwarisi

    oleh pemerintah ketiganya iaitu Asoka pada tahun 273 SM (ada ahli sejarah berpendapat

    pada 269 - 232 SM), seorang raja yang terkemuka dan berperikemanusiaan. Beliaumemerintah selama 40 tahun. Sistem pemerintahannya berbentuk kerajaan pusat

    (sentralisasi). Dinasti Maurya mencapai kemuncak perluasannya di bawah Asoka.. Diawal pemerintahannya, beliau menyerang wilayah Orissa. Melihat penderitaan penduduk

    menjadikan beliau insaf dan menghentikan peperangan sebagai senjata yang agresif.

    Selepas itu beliau menggunakan kekayaan untuk mengurangkan penderitaan rakyat dan

    penyebaran agama Buddha.Kematian Asoka menandakan kemerosotan Dinasti Maurya.Lima puluh tahun selepas kematian Asoka iaitu pada tahun 232 SM, empayar yang

    semakin lemah itu akhirnya terlepas dari tangan pengganti-penggantinya yang lemah

    ( 185 SM). Untuk 5 abad kemudiannya, India kehilangan kesatuan politiknya yangselama ini diberikan oleh keturunan Maurya. India mula berpecah.Dalam keadaan

    perpecahan ini, India terdedah dengan serangan asing seperti orang Aryan dari Asia

    Tengah dan orang Kushan dari China. Selepas 5 abad India berada dalam kekacauan danperpecahan, empayar agung kedua muncul di tebing Sungai Ganges dan dapat

    menyatukan semula bahagian utara India. Ibu kotanya di Pataliputra dan pengasasnya

    mengambil nama Chandragupta sebagai penghormatan kepada Chandragupta dari DinastiMaurya dulu. Baginda adalah raja Magadha. Walau bagaimanapun orang India lebih

    menyanjung pemerintah keduanya yang bernama Samudragupta(300-375M). Beliau

    digelar Nepoleon India.Beliau meluaskan empayarnya ke barat menghala ke Sungai

    Indus dan ke selatan sampai ke Deccan. Walaupun kuasa dan pengaruhnya lebih keciljika dibandingkan dengan Asoka tetapi pemerintahannya sangat kukuh. Pengganti-

    penggantinya menguasai empayar itu lebih dari satu abad. . Zaman ini telah mencapai

    kegemilangan dalam bidang seni, sains dan agama. Perkembangan empayar di wilayahIndia Selatan tidak mempunyai banyak catatan oleh pengkaji sejarah kerana ahli-ahli

    sejarah lebih menumpukan perhatian kepada wilayah utara India. Wilayah selatan India

    terdiri daripada Pandyas (di selatan sekali yang beribu negerikan Madura), Cheras danChola. Negeri-negeri di selatan India ini telah disatukan di bawah empayar sekurang-

    kurangnya 2 kali. Di bawah kerajaan Pallava (pertengahan kurun ke-6 hingga

    pertengahan kurun ke-8) semua negeri-negeri tua di situ berjaya ditundukkan di bawah

    kekuasaannya. Di bawah kerajaan Pallava, sejarah seni bina dan seni ukir selatan India

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    23/75

    bermula. Kerajaan Pallava telah dikalahkan oleh kerajaan Chola dan kerajaan Chola telah

    menawan empayar kerajaan Pallava.Kerajaan ini telah menyerang Ceylon. Orang-orang

    Chola memasuki zaman gemilangnya semasa diperintah leh Raja-Raja Agong ( 985-1018) iaitu terdiri daripada anak Asoka dan pengganti beliau. Mereka telah menawan

    seluruh bahagian timur India, Ceylon, Pulau-pulau Andaman dan Pulau-pulau Nicobar,

    Pegu (Burma), Kedah (1025), Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan GanggaNegara( Perak). Kerajaan Chola jatuh pada kurun ke-14.

    Tamadun China:Zaman kegemilangan China dicapai pada masa dinasti Chin di bawahpemerintahan Shih Huang Ti. Beliau telah berjaya menyatukan seluruh wilayah-wilayah

    China di bawah satu pemerintahan pusat (221 SM). Beliau telah menyusun semula

    pentadbirannya. Beliau telah menghapuskan sistem pemerintahan negeri-negeri

    diperintah oleh putera-putera raja (sistem feudal) dan digantikan dengan sistem chunatau provinsi. Terdapat 36 provinsi semasa pemerintahan dinasti ini. Beliau memerintah

    secara otokrasi/mutlak. Beliaulah yang bertanggungjawab membina tembok besar negeri

    China untuk melindungi China dari serangan puak gasar dari utara. Semasa Dinasti Han,empayar China diperluaskan lagi. Wilayah Korea, Manchuria, Panir dan Khokhand di

    Asia Tengah ditakluk oleh Maharaja Han Wu Ti (141 - 87 SM), pemerintah Han yang

    teragung. Dasar perluasan kuasa Maharaja Han Wu Ti adalah bertujuan bagimendapatkan kekayaan. Beliau juga menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan-

    kerajaan di Eropah, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Tenggara.

    Tamadun Melayu:Di Alam Melayu juga terdapat beberapa buah kerajaan yangmembentuk empayar seperti kerajaan Srivijaya dan Majapahit. Cara empayar di Alam

    Melayu mewujudkan empayar ialah melalui beberapa cara seperti peperangan ( seperti

    yang dilakukan oleh empayar Srivijaya dan Funan), perkahwinan politik, penerimaan ufti9 seperti yang dilakukan oleh beberapa kawasan sekitar Srivijaya kepada Srivijaya) dan

    menggunakan metos dan legenda (seperti yang dilakukan oleh kerajaan Srivijaya bagi

    menunjukkan kebesarannya dan menggerunkan negeri-negeri sekitar). Kerajaan-kerajaanawal Asia Tenggara membina empayar atas motif memperluaskan politik dan

    mengukuhkan kedudukan ekonomi masing-masing. Kerajaan Srivijaya yang terletak di

    Sumatera berpusat di Palembang(Abad ke-7 - ke-14 M) muncul selepas kejatuhanempayar Funan. Srivijaya merupakan sebuah empayar Melayu awal yang sangat

    bergantung kepada perdagangan. Kedudukannya di Selat Melaka dan Selat Sunda

    menjadikannya pengawal lalu lintas di kawasan itu yang selama ini dipegang oleh

    Kerajaan Kantoli dan Melayu.Bagi mengukuhkan penguasaannya dalam bidang ekonomi,Srivijaya telah menawan kerajaan-kerajaan Jambi (671-685)di Sumatera, Kedah (682-

    685M)hingga ke Ligor di Tanah Melayu, Bangka, Tulang Bawang dan Minanga di

    Sumatera, Tarumanaga di Jawa Barat. Penguasaan tersebut menjadikan Srivijaya amat

    berkuasa mengawal laluan perdagangan China-India selama 3 abad. Pada abad ke-8M,Mataram di Jawa Tengah di bawah Dinasti Sailendra telah mengancam Srivijaya

    hinggakan sejak tahun 775M kerajaan Srivijaya mula diperintah oleh keturunan Sailendradari Jawa itu.. Pada abad ke-8 hingga ke-10 M empayar Srivijaya telah berpecah menjadi

    negeri-negeri kecil. Pada akhir abad ke-10M Srivijaya muncul kembali sebagai pusat

    perdagangan. Pada tahun992M inilah Srivijaya menyerang Jawa untuk menguasai Selat

    Sunda. Srivijaya telah berjaya menyekat kapal-kapal daripada singgah di Jawa. Denganitu Srivijaya dapat mengembalikan kuasanya ke atas bekas tanah jajahannya. Kejayaan

  • 8/9/2019 Sejarah 1 2006 v2 Modified

    24/75

    Srivijaya menguasai kerajaan-kerajaan lain memudahkannya menguasai perdagangan di

    Asia Tenggara. Dasar perluasan kuasa telah memberi keuntungan kepada Srivijaya

    kerana ia telah dapat memungut hasil cukai daripada kapal-kapal yang belayar melaluiSelat Melaka dan Selat Sunda. Srivijaya juga menerima ufti daripada tanah jajahannya

    serta mengawal/menguasai hasil keluaran dari kawasan pedalaman Sumatera dan Tanah

    Melayu.Dengan barangan dagangan yang banyak, Srivijaya mampu menarik ramaipedagang singgah di pelabuhannya. Untuk memantapkan keselamatan negara dan

    kepentingan ekonominya, Srivijaya telah menjalin hubungan baik dengan China dan

    India Selatan (Kerajaan Chola). Satu aspek yang patut juga disentuh di sini yangmenjadikan Srivijaya menjadi tumpuan masyarakat Nusantara ialah kemunculannya

    sebagai pusat agama Buddha yang bertaraf antara bangsa dan pusat bahasa sanskrit di

    Nusantara.Kerajaan Srivijaya nampaknya tidak dapat bertahan selama-lamanya apabila

    kerajaan ini tidak putus-putus dicabar dan digugat oleh kuasa-kuasa luar. Serangan dariKerajaan Chola di Selatan India pada tahun 1025M telah melemahkan Srivijaya. Jajahan

    Srivijaya di Kedah, Panei, Langkasuka dan Jambi telah dikuasai Raja Chola. Dengan

    kenaikan kerajaan Sukhotai , orang-orang Thai memperluaskan kuasanya dengan

    menawan jajahan Srivijaya di utara Semenanjung Tanah Melayu. Kebangkitan empayar-empayar Singhasari dan Majapahit di Jawa Timur turut mengancam kegemilangan

    Srivijaya. Palembang yang menjadi pusat pemerintahan Srivijaya telah ditawanMajapahit pada tahun 1377M. Pukulan muktamad yang mempercepatkan kehancuran

    Srivijaya ialah dengan perkembangan Islam di Nusantara. Menjelang akhir abad ke-13 M

    kebesaran Srivijaya hanya tinggal sebagai tinggalan sejarah sahaja.Kerajaan Majapahit

    (1292 -1528M) pada zaman kegemilangannya (1293 -1389) telah mewujudkan satuempayar yang penting, luas dan berpengaruh di Nusantara. Motif perluasan empayarnya

    adalah untuk menguasai perdagangan Nusantara. Gajah Mada adalah Perdana Menteri

    kepada pemerintah Hayam Wuruk (1350-1398M) yang berjasa dalam perluasan kuasaMajapahit. Kuasanya meliputi Bali, Makasar, sebahagian Borneo, Temasik, Pahang,

    Selatan Sumatera (termasuk Srivijaya) dan Sunda di Jawa Barat. Kejatuhan Srivijaya ke

    tangan Majapahit membolehkan Majapahit menguasai jalan perdagangan di SelatMelaka. Pedagang-pedagang dari Asia Tenggara, China, India dan Asia Barat bertumpu

    ke Majapahit. Kematian Gajah Mada menjadi titik tolak keruntuhan kerajaan Majapahit.

    Di samping faktor dalaman (ketiadaan pemimpin sehebat Gajah Mada, rebutan kuasa),kebangkitan Melaka dan perkembangan Islam di Nusantara khususnya kebangkitan Islam

    di Demak ( Jawa)turut membantu kemerosotan Majapahit. Kerajaan Melayu Melaka yang

    sedang berkembang mula menguasai jajahan Majapahit di Sumatera. Jajahan takluknya

    yang lain mula membebaskan diri daripada kuasa kerajaan Majapahit. Kerajaan islamDemak mula mengambilalih kekuasaan Majapahit di Jawa.Kerajaan Funan Kerajaan ini

    dikatakan telah wujud sejak abad pertama Masihi lagi di Kemboja.Ia didirikan oleh

    seorang Brahmin yang bernama Kaundinya ( ada pendapat mengatakan bahawaKaundinya adalah orang luar, mungkin datang dari India, Tanah Melayu atau pulau-pulau

    di sebelah selatan)). Inilah negeri kuasa besar yang pertama dalam sejarah Asia Tenggara

    yang mempunyai beberapa daerah taklukan dalam masa keagungannya (kerajaan TunSun, Tu-kun