sejarah

23
ISI KANDUNGAN

Upload: dhiraj-singh

Post on 22-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

enjoy

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

Penghargaan1. PenghargaanSaya ingin merakam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah menolong dan membantu saya dalam menyiapkan dan menjalankan kajian ini. Bantuan , dorongan dan tunjuk ajar mereka telah membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan jayanya. Sekalung budi kepada ibu bapa saya, pengetua sekolah , guru sejarah Puan Hayati, rakan rakan serta pihak lain yang tidak dapat saya sertakan namanya.

Biodata

Nama: Dhiraj Singh GillKelas: 1ATarikh Lahir: 10 Mac 2001Umur: 13 tahunCita-cita: DoktorHobi: Membaca BukuSekolah: Sekolah Menegah Kebangsaan AndersonDisediakan Untuk: Puan Hayati

PengenalanDato' Maharaja Lela Pandak Lam adalahsalah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalahketurunan Daeng Salili, anak Raja Bugisyang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi.Daeng Salili dating ke Perakketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran DatoMaharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalamperjuangan menentang British di Perak danmerupakan pemimpin yang mengetuaiperjuangan tersebut. Beliau bersama-sama denganpemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato Sagor) danNgah Kandin telah merancang dan membuat pakatanmenentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen Britishiaitu James WhellerWoodfirdBirch(J.W.W.Birch).

Dalam perjuangan ini beliaumendapat restu daripada Sultan Abdullahdan Sultan Ismail sertamendapat sokongan daripada penduduk sekitar PasirSalak danKampung Gajah. Penglibatan Dato Maharaja Lelasebagai tokohutama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusanmesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dandihadiri oleh pembesar atauwakilnya. Namun,perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukumangantung sampai mati pada 20 Januari 1877.Disini dapat disimpulkan bahawaDatoMaharaja Lelaadalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Sebab-sebab Penentangan Dato Maharaja Lela1. Kelemahan Perjanjian PangkorAhli-ahli Sejarah seperti Kennedy, Tregonning dan C.D. Cowan menganggap kelemahan Perjanjian Pangkor adalah sebab utama membawa kepada pembunuhan Birch pada tahun 1875. Perjanjian Pangkor tidak menyelesaikan masalah tentang perebutan takhta Perak antara Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raj Yusof. Pembesar Perak dan ramai rakyat Perak tidak mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan kerana baginda tidak dilantik mengikut adat resam. Di samping itu, Raja Abdullah tidak mempunyai alat-alat kebesaran yang diperlukan dalam perlantikan Sultan. Ramai pembesar dan rakyat Perak masih menganggap Raja Ismail sebagai Sultan kerana baginda dilantik sebagai Sultan Perak pada tahun 1871 selepas kemangkatan Sultan Ali. Selain itu, Raja Ismail masih lagi menyimpan alat-alat kebesaran diraja yang diterima semasa perlantikannya pada tahun 1871.Walaupun Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874, tetapi Birch dilantik sebagai Residen yang pertama pada 1 November 1874, iaitu 10 bulan kemudian. Dalam tempoh tersebut, Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran Perak. Kehadiran Birch dirasai oleh Sultan dan pembesar-pembesar yang British cuba mengambil alih semua kuasa pentadbiran Perak. Perlaksanaan sistem Residen juga mendapat tentangan dari Menteri Larut (Ngah Ibrahim). Beliau tidak lagi bebas mentadbir Larut seperti sebelumnya. Semua urusan pentadbiran terpaksa merujuk kepada Kapten Speedy yang dilantik sebagai Penolong Residen.Bagi British, perlantikan Raja Abdullah sebagai Sultan dianggap sebagai satu kesilapan kerana Raja Abdullah dikatakan tidak mengetahui hal pentadbiran moden. Raja Abdullah dianggap tidak menerima pembaharuan yang cuba dilaksanakan di Perak. Kelemahan Perjanjian Pangkor juga terbukti kerana perjanjian ini tidak mengiktiraf Sultan Ismail kerana beliau amat berpengaruh ketika itu.

2. Kelemahan BirchKelemahan Birch juga merupakan faktor yang penting yang membawa kepada berlakunya Perang Perak pada 1874-1875. British menganggap perlantikan Birch sebagai Residen lebih-lebih lagi sebagai Residen Pertama sebagai satu kesilapan. Birch tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu serta tidak memahami dan menghormati adat resam orang Melayu. Birch merupakan seorang yang degil dan tidak berganjak dari kemahuannya. Beliau tidak berdiplomasi dan tidak bertolak-ansur. Birch mahu melaksanakan pembaharuan secara tergesa-gesa tanpa memikirkan kepentingan Sultan dan pembesar. Kelemahan peribadi Birch ternyata dari peristiwa Ogos 1875 bila Sultan Abdullah serta pembesar-pembesar mengunjungi tempat kediaman dengan tujuan untuk mendapat ganti rugi akibat penghapusan beberapa keistimewaan. Birch dengan biadap menegaskan ganti rugi akan dibayar sekiranya Sultan dan pembesar berhenti memungut cukai di kawasan masing-masing. Kelemahan peribadi Birch lebih ternyata pada Disember 1874 bila beliau membakar rumah Raja Ngah dan Tengku Panglima Besar kerana mereka terus memungut cukai walaupun ditegah oleh Birch. Kennedy dalam bukunya: History of Malaya menganggap Birch sebagai an idealist in a hurry kerana mahu melaksanakan pembaharuan secara terburu-buru tanpa memikirkan itu dianggap radikal oleh Sultan dan para pembesar.3. Pembaharuan-pembaharuan BirchPembaharuan-pembaharuan yang cuba dilaksanakan oleh Birch telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial.a. PolitikDari segi politik, Sultan dan pembesar kehilangan kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Birch. Keadaan ini menunjukkan Residen lebih berkuasa dari Sultan. Sultan Abdullah yang menganggap kehadiran Birch sebagai Penasihat mendapati Birch bukan menasihatinya tetapi mengeluarkan arahan-arahan yang perlu dipatuhi oleh Sultan dan pembesar-pembesar. Sultan Abdullah yang tidak berpuas hati dengan tindakan Birch telah menulis surat kepada Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir Andrew Clarke meminta kuasa Residen dihadkan ataupun ditukar. Jawapan yang diterima amat mengecewakan Sultan Abdullah kerana bukan sahaja suratnya tidak mendapat layanan, malah Andrew Clarke telah arahkan bahawa hubungan antara Sultan dan pembesar dengan Gabenor mesti dibuat melalui Residen. Keadaan ini menunjukkan bahawa Residen lebih berkuasa dari Sultan. Kehadiran Birch menjejaskan kuasa-kuasa pembesar daerah kerana Birch telah melantik pegawai-pegawai British untuk menjalankan pentadbiran daerah. Selain itu, Sultan dan pembesar dilarang menjatuhkan hukuman, lebih-lebih lagi hukuman mati, lebih-lebih lagi kepada orang-orang Melayu. Arahan ini mendapat bantahan Sultan dan pembesar-pembesar kerana ini menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan mereka serta kuasa tradisional. Kerajaan British telah mengarahkan bahawa hukuman hanya boleh dijatuhkan oleh hakim-hakim yang dilantik oleh British.

b. EkonomiDari segi ekonomi, pembaharuan British juga telah menjejaskan kepentingan Sultan dan pembesar. Sultan dan pembesar dilarang memungut cukai seperti sebelumnya. Arahan ini menjejaskan pendapatan Sultan dan pembesar kerana Birch tidak membayar ganti rugi akibat penghapusan keistimewaan tersebut. Dalam masyarakat tradisional Melayu, cukai adalah penting bagi Sultan dan pembesar-pembesar. Birch telah mengarahkan bahawa kutipan cukai hanya boleh dijalankan oleh pegawai-pegawai yang dilantik oleh Residen. Kemarahan Sultan Abdullah bertambah apabila Birch membatalkan pajakan memungut cukai kastam bernilai $26 ribu setahun yang diberikan oleh Sultan Abdullah kepada seorang saudagar Cina dari Singapura iaitu Lee Cheng Tee. Sebaliknya, Birch telah memberikan pajakan baru ke atas minuman keras dan candu bernilai $6 ribu sebulan kepada Lee Cheng Tee dan rakan-rakannya kerana salah seorang rakannya telah memberi hutang dengan jumlah yang besar kepada Birch. Tindakan Birch bukan sahaja mendapat tentangan Sultan dan pembesar, tetapi juga gabenor dan pedagang-pedagang Negeri-negeri Selat kerana ia bertentangan dengan arahan.

c. SosialDari segi sosial, Birch telah campur tangan dalam adat resam orang Melayu. Apabila beliau cuba menghapuskan perhambaan yang merupakan adat tradisional orang Melayu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, perhambaan merupakan lambing status yang menentukan kekuasaan dn kewibawaan Sultan dan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Birch hanya membebaskan hamba-hamba perempuan sahaja. Tindakan beliau melindungi hamba-hambaperempuan di kemudiannya yang terdapat ramai tentera telah mencurigakan Sultan dan para pembesar. Perasaan curiga mereka bertambah apabila Birch menyeludup 2 orang hamba perempuan berketurunan Melayu, berpakaian Cina ke Pulau Pangkor. Hubungan Sultan Abdullah dan Birch bertambah runcing apabila Birch enggan memulangkan 2 orang hamba perempuan Sultan Abdullah yang malarikan diri ke kediaman Birch pada Oktober 1875..

4. Tindakan Sir William JervaisTindakan Sir William Jervais yang menggantikan Andrew Clarke sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat pada Mei 1875 juga membawa kepada berlakunya Perang Perak 1875. Beliau mahukan pentadbiran British dijalankan secara langsung di Perak di mana pentadbiran dijalankan oleh pegawai-pegawai British. Beliau mahukan Sultan dan pembesar dibayar wang persaraan supaya menyerahkan kekuasaan kepada British. Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah telah dipaksa untuk menandatangani perjanjian menyerahkan pentadbiran kepada British. Beliau telah mengugut sekiranya beliau enggan menandatangani perjanjian tersebut, Sultan Abdullah akan disingkirkan dan Raja Yusof akan dilantik sebagai Sultan. Akibatnya, Sultan Abdullah terpaksa menandatangani persetujuan tersebut.

Kesan Penentangan Dato Maharaja LelaPeristiwa Pembunuhan J.WW. BirchKemarahan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar sampai kemuncaknya menjelang akhir tahun 1875 dan keputusan diambil untuk membunuh Birch. Pada 20 Julai 1875, satu perjumpaan telah diadakan di Durian Sebatang yang dihadiri oleh pembesar-pembesar Perak atau wakilnya kecuali Raja Yusof. Dalam pertemuan itu, Dato Maharaja Lela dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut. Raja Ismail menyatakan persetujuannya untuk membantu Dato Maharaja Lela. Sebagai persiapan, Raja Abdullah dan Raja Ismail telah menyediakan alat-alat senjata yang dibeli dari Pulau Pinang.Selepas beberapa hari dari peristiwa perjumpaan di Durian Sebatang, hubungan Sultan Abdullah dengan British menjadi genting. Pada 24 Julai 1875, pihak British mengugut Raja Abdullah jika baginda tidak mengikut arahan mereka.

Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah dipaksa untuk menyerahkan kuasa pentadbiran kepada British. Birch ditugaskan untuk mengumumkan perubahan sistem pentadbiran tersebut. Beberapa hari selepas persetujuan itu, Sultan Abdullah memerintah Dato Maharaja Lela membunuh Birch.Sungguhpun telah diketahui adanya komplot membunuh Birch, namun rancangan tetap dilaksanakan. Swettenham ditugaskan untuk membantu Birch dan beliau bertolak dari Singapura pada 23 Oktober 1875. Swettenham ditugaskan di bahagian Hulu Perak sementara Birch di Hilir Perak. Mereka bertolak dari Bandar Bahru dan akan bertemu di Pasir Salak pada 30 November 1875.Pada 27 Oktober 1875, Birch telah menampal pengisytiharaan itu di rumah dan kemudian belayar ke Pasir Salak. Pada 1 November 1875, Birch bersama keraninya Mat Arshad telah tiba di Pasir Salak. Ketibaan beliau mendapat tentangan hebat daripada Dato Maharaja Lela. Pada 2 November 1875, Birch ditikam oleh orang suruhan Dato Maharaja Lela, iaitu Pandak Induk dan Seputum ketika Birch mandi di Sungai Pasir Salak.4 November 1875, Swenttenham di Blanja menerima peristiwa pembunuhan. Dengan pertolongan beberapa orang Melayu, beliau berjaya menyelamatkan diri.Perang Perak 1875-1876Pembunuhan Birch telah mengemparkan pihak British.15 November 1875, tentera British dari Pulau Pinang menyerang Pasir Salak. Dato Maharaja Lela mengundurkan diri ke Blanja. Kemudian, tentera tambahan British dari Hong Kong di bawah perintah Major Jeneral Calalborne menawan Pasir Salak. Dari India, tentera di bawah Brig. Jeneral J. Rose menawan Kuala Kangsar.Sebelum tentera British menawan Blanja, Dato Maharaja Lela dan Raja Ismail berundur ke Kinta. Dari Kinta mereka bergerak menuju Kota Lama. British menawarkan hadiah kepada sesiapa yang menangkap orang yang dikehendaki iaitu $6 ribu untuk Maharaja Lela dan $3 ribu untuk Dato Sagor dan Pandak Induk.Pada pertengahan Januari 1876, Raja Ismail meminta bantuan dari Kedah. Pada akhir bulan Mac, baginda menyerah diri dan dihantar ke Singapura kemudian Johor. Dalam bulan yang sama, Dato Sagor ditawan di Bandar Bahru sementara pada Julai 1876, Dato Maharaja Lela menyerah diri. Dengan ini semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Birch ditangkap.Dengan itu, suatu perbicaraan diadakan dan keputusannya ialah:a. Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Induk dan Seputum dihukum gantung sampai mati di Matang pada 20 Januari 1877.b. Cik Gondoh, Ngah Ahmad Ngah Jabbar, Panjang Nur dan Cik Ali dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.c. Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato Laksamana dan Dato Syahbandar dibuang ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi.d. Raja Ismail dipindah ke Johor.e. Raja Yusof dilantik sebagai Sultan.Perang Perak ini akhirnya berkesudahan dengan kemenangan British. Kemenangan ini membolehkan British meneruskan sistem Residen dan memajukan ekonomi Perak tanpa halangan.Peristiwa perjuangan

Dato' Maharaja Lela bersama-sama Orang Kaya Kaya Seri Agar Diraja Ngah Kamdin (Dato' Sagor) dan pembesar-pembesar negeri lain telah bermesyuarat di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 untuk merancang perjuangan dan pembunuhan JWW Birch. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Raja Abdullah sendiri.Pada 15 Oktober 1875 Gabenor Negeri Selat William Jervois telahmengishtiharkan pemerintahan ke atas negeri Perak. Dato Maharaja Lelatelah membina kubu di Pasir Salak dan bersedia untuk berperang. JWWBirch dan askar-askar termasuk jurualih bahasa iaitu Mat Arshad telah kePasir Salak pada 1 November 1875 untuk melaksanakan pengishtiharantersebut. Mat Arshad dan pengikutnya yang diarahkan oleh JWW Birchuntuk menampal pengishtiharan di Pasir Salak telah membangkitkankemarahan penduduk Pasir Salak dan Kampung Gajah. Pandak Indut telah membunuh Mat Arshad danseterusnya penduduk Pasir Salak telah mengamuk dan menyerang JWWBirch dan askarnya. Melalui serangan tersebutJWW Birch telah ditetak Si Puntung Berikutan peristiwa tersebut Dato' Maharaja Lela telah diburu dan setelah setahun akhirnya Dat' Maharaja Lelaberjaya ditangkap oleh British.Dato Maharaja Lela telah di jatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 keranamerancang pembunuhantersebut.