sejarah 940-2

Upload: mala-visuanathan

Post on 06-Jul-2015

2.464 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEJARAH

Bertujuan membantu calon STPM yang gagal atau berprestasi lulus sebahagian ke arah meningkatkan pencapaian agar mencapai tahap LULUS PENUH Digubal oleh tenaga pengajar STPM berpengalaman di Johor Darul Takzim

PANEL PENGGUBAL1. TN. HJ.MOHD NORDIN BIN SALAMON

Sekolah Tinggi Segamat, Segamat2. EN. RIDZUAN BIN HJ. SAYANI

SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang3. EN. ISMAIL BIN BAKAR

SMK Tun Ismail, Batu Pahat4. PN. JAYALATCHUMY A/P SUBRAMANIAM

Sekolah Tinggi Segamat, Segamat5. PN. ASMAH BINTI TAAT

Seolah Tinggi Batu Pahat, Batu Pahat6. PN. TEO LAY CHOO

Sekolah Tinggi Batu Bahat, Batu Pahat

SKEMA JAWAPAN MODUL PROGRAM LULUS PENUH STPM 2007 SEJARAH 940/2

SENARAI SOALAN MODUL LULUS PENUH STPM TEMA 1 ( BAHAGIAN A) SEJARAH MALAYSIA 1. Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British Tanah Melayu. 2. Huraikan pengertian konsep daulat dan derhaka dalam sistem beraja masyarakat Melayu tradisional. 3. Terdapat perbezaan antara hukum adat Temenggong dengan hukum adat Pepatih. Bincangkan. 4. Undang-undang diamalkan untuk menjaga keharmonian rakyat. Huraikan amalan undang-undang dalam masyarakat Melayu sehingga abad ke 20. 5. Bincangkan kepercayaan dan agama masyarakat Melayu di Tanah Melayu sehingga abad ke 20. 6. Bincangkan pengaruh agama Islam dari segi politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Tanah Melayu sebelum campurtangan British 7. Bincangkan peranan golongan pemerintah yang terdapat dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional sebelum kedatangan barat. 8. Corak pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu mempengaruhi pembentukan susun lapis masyarakatnya. Bincangkan 9. Bincangkan pengaruh agama Islam dari segi politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Tanah Melayu sebelum campurtangan British, 10. Huraikan kesan kedatangan Islam terhadap masyarakat Melayu sehingga abad ke 20. Masyarakat Melayu masih terikat dengan amalan dan kepercayaan tradisional setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu kepercayaan masyarakat Malaysia. Jelaskan. di

11. Mengapakah sistem ekonomi sara diri menjadi amalan masyarakat Melayu sebelum 1870an..

SENARAI SOALAN MODUL LULUS PENUH STPM TEMA 1 ( BAHAGIAN B) SEJARAH ASIA TENGGARA, ASIA TIMUR, DAN ASIA SELATAN 1. Bincangkan sistem beraja dan sistem pentadbiran di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. 2. Bincangkan sistem beraja di negara-negara Asia Tenggara pada abad ke-19. 3. Bincangkan peranan Raja Thai dan Raja Burma dalam menangani kemaraan Barat? 4. Terangkan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan beraja di Negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat 5. Huraikan peranan golongan pembesar di Vietnam, Burma, Thailand dan Jepun sebelum kedatangan Barat. 6. Bandingkan peranan samurai dan uleebalang Acheh serta perubahan yang berlaku terhadap golongan ini pada abad ke 19 dan ke 20 7. Bincangkan perbezaan sistem perundangan yang membawa kepada antara kuasa Barat dengan Negara China pertikaian

8. Terangkan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan beraja di Negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat 9. Huraikan elemen-elemen kepercayaan dan keagamaan yang sistem beraja dan maharaja di Asia Tenggara dan Asia Timur 10. Bincangkan Hukum Adat dalam masyarakat tradisional di sebelum kedatangan kuasa2 barat. dikaitkan dengan China dan India

11. Bincangkan Hukum Adat dalam masyarakat tradisional di China dan India serta Siam sebelum kedatangan kuasa2 barat. 12. Huraikan sistem ekonomi tradisional di Asia Tenggara sebelum campur tangan kuasa barat. 13. Bincangkan Dasar Buka Pintu di Negara China dan Jepun

14. Bincangkan kepentingan Perjanjian Nanking 1842 dan Perjanjian Kanagawa 1854 dengan kuasa-kuasa Barat. 15. Dasar ekonomi tertutup pernah dijalankan oleh negara Siam dan Jepun. Mengapakah ia dijalankan dan apakah kesannya. 16. Bincangkan sebab-sebab dan kesan-kesan Dasar Buka Pintu di Siam, Jepun dan Cina. Soalan No 1 Huraikan bentuk pentadbiran masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu. Pengenalan Pentadbiran di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British dibahagikan kepada pentadbiran peringkat negeri, daerah dan kampung. Isi A Peringkat Negeri 1. Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar 2. Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ yang di Pertuan Besar 3. Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri. Pembesar diberi gelaran tertentu.Contohnya di Perak dibantu oleh Pembesar Berempat dan di Negeri Sembilan Yang Di Pertuan Besar dibantu oleh 4 orang Undang. 4. Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota 5. Perlantikan sultan/raja sistem perwarisan takhta dikebanyakan negeri-negeri Melayu a. Sistem penggantian bergilir di Perak b. dilantik oleh Undang Berempat di Negeri Sembilan 6. Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan terkena tulah - Diperkukuh dengan

a) penggunaan bahasa dalam,warna, alat-alat kebesaran, b) alat muzik dan cop mohor.

B Peringkat Daerah 1. 2. Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada Daerah ditadbir oleh pembesar.Pembesar terbahagi kepada 2 golongan a) b) Pembesar yang bekerja dalam istana tetapi ada kawasan pegangan Pembesar yang bekerja atau mentadbir daerah di luar istana. Mereka Dato Maharaja Lela beberapa buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran

diberi surat tauliah oleh sultan dan merupakan individu yang paling taat setia kepada sultan/ raja - contoh Long Jaafar ( Larut ) ( Pasir Salak ) 3. Tugas-tugas pembesar daerah a) b) c) d) e) f) 4. Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada Menyediakan tentera Menyediakan kerahan tenaga Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya. Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya. Pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan pusat sebagai taat setia pembesar.

yang melakukann jenayah.

masyarakat yang tinggal di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang pembesar. C Peringkat Kampung 1. 2. 3. a) b) c) Unit pentadbiran paling kecil Ditadbir oleh pembesar yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga Tugas-tugas penghulu Memungut cukai Menjaga keamanan kampung Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul

baik-baik iaitu Penghulu atau Tok Kweng. Dianugerahkan surat tauliah oleh sultan.

d) e) f)

Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan Mendapatkan tenaga buruh. Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.

Kesimpulan Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu sistem pentadbiran yang sistematik Sistem pentadbiran masyarakat Melayu mengalami perubahan drastik selepas campurtangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja dan pembesar-pembesar Melayu.

Soalan No 2 Huraikan pengertian konsep daulat dan derhaka dalam sistem beraja masyarakat Melayu tradisional. Pendahuluan Isi A. Erti daulat 1. merupakan suatu sifat kekuasaan atau hak tertinggi yang dikhaskan kepada golongan raja sahaja. 2. daulat dalam institusi kesultangan dan sosial politik masyarakat Melayu mempunyai maksud yang lebih luas 3. daulat yang berasal daripada perkataan Arab iaitu daulah tidak hanya bermaksud negeri atau kerajaan tetapi berkait dengan kesempurnaan, kuasa politik tertinggi, kebolehan dan keistimewaan serta kebahagiaan kepeda seseorang raja yang memerintah. 4. raja berdaulat yang mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah dengan berkesan 5. tujuan daulat adalah untuk memberi kuasa tertinggi kepada raja serta untuk mengawal para pembesar dan rakyat konsep raja bermula daripada 2 nilai utama iaitu daulat dan derhaka. Konsep ini bermula apabila wujudnya perjanjian antara Demang Lebar Daun (mewakili rakyat ) dengan Sang Sapurba ( mewakili raja) Rakyat tidak akan menderhaka dan berjanji taat setia kepada raja Raja menjaga kebajikan , tidak menzalimi dan mencela rakyat

6. daulat meliputi tanggapan undang-undang, budaya dan agama. 7. tanggapan ini ada hubung kait dengan diri raja itu sendiri. 8. memberi banyak hak dan kemudahan serta meletakkan diri raja di tempat yang mulia. 9. daulat menyebabkan raja didak boleh ditegur atau dicela 10. wujudnya kesetiaan mutlak daripada rakyat kepada raja dan seterusnya membawa anggapan bahawa raja mempunyai kuara luar biasa secara turun-temurun B. Erti derhaka 1. dianggap sebagai melanggar atau ingkar perintah atau suruhan raja 2. seorang yang mengingkari perintah raja akan ditimpa tulah rajadan akan dikenakan hukuman bunuh. 3. seorang yang melakukan kesalahan seperti tidak bertutur menggunakan bahasa diraja semasa menghadap raja akan mendapat tulah akibat kekuasaan yang dimilik raja. C Kekuasaan raja 1. kekuasaan raja dalam pemerintahan Melayu tradisional merupakan satu bentuk kuasa yang unggul yang terpelihara melalui unsur-unsur kebendaan dan kerohanian . 2. unsur kebendaan adat istiadat, peruntukan hak keistimewaan raja, penggunaan warna, perhiasan diri termasuk pakaian dan senjata dan lambing kebesaran serta penggunaan nobat diraja. 3. unsur kerohanian system nilai dan tanggapan masyarakat terhadap raja seperti menganggap raja sebagai wakil Allah serta konsep daulat dan derhaka. 4. kedua-dua unsur ini saling berkaitan mempertahankan kedudukan institusi raja. 5. konsep ini menjadi asas penting dalam kehidupan masyarakat Melayu di mana mereka percaya dengan pengaruh peribadi atau tulah raja boleh mendatangkan mala petaka/ bencana dan menjejaskan hasil pengeluaran serta bergabung bagi mengekal dan

6. pepatah Melayu Adat orang Melayu tidak boleh menderhaka kepada raja menjelaskan perbuatan menderhaka satu perkara yang dilarang dan dianggap sebesar-besarnya jenayah yang dilakukan . 7. konsep ini adalah peraturan yang memastikan raja bukan sahaja sebagai pemerintah tetapi juga pelindung dan penaung kepada rakyat. 8. rakyat pula harus tunduk dan taat setia tanpa berbelah bahagi kepada raja. 9. seorang raja itu akan dihormati dan ditakuti oleh rakyat. Kesimpulan Konsep ini menjadi amalan masyarakat Melayu tradisional sehingga kedatangan Barat kehadiran Barat telah mengubah sedikit sebanyak perubahan dalam perlaksanaan konsep daulat dan derhaka.

Soalan No 3 Terdapat perbezaan antara hukum adat Temenggong dengan hukum adat Pepatih. Bincangkan. Pengenalan Adat Pepatih dan Adat Temenggung sebagai hukm adat di negeri-negeri Melayu berasal dari utara Sumatera Adat Pepatih digubal oleh Datuk Pepatih Pinang Nan Sebatang, manakala Adat Temengung digubal oleh Datok Ketemenggungan Adat Temenggung diamalkan di semua negari Tanah Melayu kecuali di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka yang mengamalkan Adat Pepatih Adat ini meleputi semua aspek kehidpunan, aturan hidup, adat istiadat dan hidup bermasyarakat Walaupun berasal dari tempat yg sama namun terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua adat ini Ciri-ciri Perbezaan Pepatih Pelantikan Temenggong pembesar-pembesar Pelantikan sultan dalam adat ini

dibuat secara suara terbanyak, seperti melalui sistem warisan. Anak sulong pelantikan Yang Dipertuan Besar dibuat lelaki akan dipilih untuk menggantikan secara suara terbanyak antara undang bapanya yang meninggal dunia. Jika luak Sri Menenti, Rembau, Johol, dan tidak dilantik waris-waris kerabat yang Jelebu. Pelantikan Undang pula dipilih rapat dengan sultan, dan seterusnya jika oleh Lembaga, Lembaga dipilih oleh tiada Bendahara boleh dilantik menjadi Buapak, dan Buapak dipilih oleh Perut. sultan sehingga ada waris yang rapat

Hal ini boleh disamakan dengan sistem yang undi

menuntut

takhta

kesultanan.

demokrasi, iaitu individu yang mendapat Pelantikan pembesar pula mengikut budi terbanyak akan dipilih sebagai bicara sultan. Biasanya ia turun-temurun ketua atau pemimipn. Dalam sistem dari satu keturunan ke satu keturunan. pembesar-pembesar ini perlu beramping Jika tidak mereka yang berjasa kepada dengan mendapat rakyat dan boleh dipecat sultan dan negara boleh dilantik dan daripada kuasa yang ada pada sultan ada yang pembesar tidak daripada jawatannya jika mereka tidak diperkenankan sultan. Umumnya dengan kepercayaan golongan bawahan. Dengan kata lain, beranggapan ia bersifat autokratik, iaitu para pembesar ini tidak menganggap pelantikan jawatan itu sebagai warisan keturunan. mencerminkan kehendak rakyat.

Dari aspek pewarisan harta, terdapat Pembahagian harta dalam hukum adat tiga jenis pewarisan harta iaitu harta ini lebih terbuka kerana pembahagiannya bawaan, harta warisan atau pusaka, dan sama ada secara faraid atau wasiat, harta sepencarian. Peluang golongan lelaki dan perempuan golongan asalkan ia Harta bawaan ialah harta yang dipunyai terjamin. Tidak ada kelebihan untuk dan dimiliki oleh seseorang individu satu-satu sebelum penceraian perkahwinan. Jika masing-masing boleh keluarga. berlaku berdasarkan waris yang sah dalam

membawa hartanya . Harta warisan atau pusaka. Dalam hukum adat ini ia hanya boleh diwarisi oleh pihak isteri atau perempuan sahaja, atau saudara sebelah pihak perempuan dan untuk perempuan sahaja. Harta sepencarian ialah harta bersama antara suami dan isteri dan jika berlaku pencarian harta tersebut boleh dibahagikan bersama.

Dari aspek nasab, hukum adat ini lebih Dalam mengutamakan golongan

adat

temenggong

kedua-dua

wanita golongan adalah sama penting. Jika maka tidak akan berlaku

daripada lelaki. Hal ini kerana hukum mereka mematuhi hukum dan syariat adat ini mengandaikan lelaki boleh Islam mencari berusaha nafkah sendiri dan untuk boleh penganiayaan terhadap kaum wanita.

mendapatkan Hukum adat ini melihat kedua-dua

kesejahteraan hidup, jika dibandingkan jantina ini mempunyai kedudukan yang dengan kaum wanita yang terbatas sama. pergerakannya. Bagi melindungi wanita Keadaan ini juga memperlihatkan lelaki daripada teraniaya maka adat ini bukan sahaja menjadi ketua keluarga, memberikan kelebihan kepada wanita tetapi juga menjadi pemutus dalam untuk menjamin kehidupan mereka jika membuat keputusan. berlaku sebarang kecelakaan atau Dalam hukum adat ini tidak ada konsep suku atau kumpulan tertentu dan musibah yang menimpa mereka.

Keadaan ini telah mewujudkan wanita menganggap kesemua manusia sesama seperti lebih berkuasa kerana mereka Islam adalah bersaudara dan tidak ada menjadi pemutus dalam membuat had-had tertentu dalam hubungan keputusan, walaupun ketua keluarga kemasyarakatan. masih lelaki. Wujud konsep suku atau kumpulan , yang memperlihatkan hubungan dan keakraban mereka lebih terserlah jika dilihat dengan suku yang lain. Mereka yang mengamalkan kepada adat ini akan yang mematuhi konsep masuk suku iaitu satu simbolik mereka

memasuki dan menerima adat ini serta peraturan suku-suku ini.

Dari aspek hukuman, hukum adat ini Dalam adat temenggong, hukumannya berorientasikan yang waris didapati atau memulihkan bersalah orang pesalah berkonsepkan pengajaran kesalahan yang dan sama. atau berkonsepkan pemulihan. Pesalah pencegahan supaya orang lain tidak dikehendaki melakukan menebus kesalahannya dan menyara Kesalahan dan hukuman adalah setimpal yang menjadi dengan kesalahan yang dilakukan. Berat kesalahan maka beratlah hukumannya. mangsanya.

Dari aspek perkahwinan, keutamaan Pilihan pasangan perkahwinan dalam dalam pilihan pasangan adalah dalam hukum adat ini tidak memilih manasuku yang sama. Ini bukan bermakna mana puak atau kumpulan asalkan ia perkahwinan ini kerana ia antara suku tidak menetapi kehendak syariat Islam. banyak dibolehkan, tetapi tidak digalakkan. Hal melibatkan peraturan dan adat yang perlu dipatuhi oleh mereka daripada berlainan suku ataupun adat, terutamanya dalam adat pewarisan dan pembahagian harta. Selain daripada ciri-ciri di atas perbincangan boleh juga dilihat dari sudut pemikiran ataupun ideolagi seperti unsur demokrasi dan autokarasi. Ia juga dapat dinilai dari aspek islamisasi yang diamalkan oleh kedua-dua hukum adat ini.

Soalan No 4 Undang-undang diamalkan untuk menjaga keharmonian rakyat. Huraikan amalan undang-undang dalam masyarakat Melayu sehingga abad ke 20. Pengenalan Undang-undang yang diamalkan di Negeri-negeri Melayu berasaskan Adat Temenggung dan menjadi undang-undang bertulis. Antara undang-undang tersebut ialah Undangundang 99 Perak, Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah. Undang-undang bertulis ini juga merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Isi 1. Undang-undang Pahang a) Disusun pada abad ke 16 oleh Sultan Abdul Ghaffar Muhaiyuddin Shah b) Dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Islam c) Dibahagikan kepada 3 bahagian : Adat Lembaga Negeri menerangkan keistimewaan raja dan pembesar, Undang-undang jenayah hukuman kesalahan adalah keras contoh kepada Undang-undang awam merangkumi tanah dan rumah larangan dan tugas pembesar penderhaka

2. Undang-undang 99 Perak a. Disusun pada abad ke17, dibawa ke Perak oleh Sayid Husain Al-Faradz. b. Mengandungi 99 buah undang-undang yang meliputi pelbagai perkara dan ditulis dalam bentuk soal jawab c. Perkara-perkara dalam undang-undang ini ialah :

o Tugas dan tanggungjawab pemerintah o Peraturan adat istiadat mengadap dan melantik raja o Perkara-perkara jenayah o Hal-hal kekeluargaan 3. Undang-undang Kedah a. Menghuraikan 4 perkara umum iaitu Undang-undang Pelabuhan, Undang-undang Adat, Undang-undang Seri Paduka Tuan dan Hukum kanun Datuk Kota Star b. Antara perkara yang terkandung ialah : Undang Pelabuhan menyentuh urusan perdagangan, sukatan, timbangan dan ukiran Undang-undang Seri Paduka Tuan menghuraikan hukum pertanian dan ternakan, tugas-tugas penghulu dan urusan jual beli Perkara adat meminang

4. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor a. Melayu. b. c. Berdasarkan system pentadbiran di Britain. Antara perkara yang terkandung ialah : Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam pentadbiran negeri Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang 5. Undang-undang Islam Berlandaskan Al Quran, hadis dan ijmak. Diperkenalkan pada 1895 oleh Sultan Abu Bakar dan

merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di Semenanjung Tanah

Segala kes jenayah akan dibicarakan di mahkamah syariah Terdapat 2 jenis hukuman iaitu hukuman bunuh dan denda

Kesimpulan Undang-undang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu bertujuan untuk mengawal perlakuan ahli masyarakat bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup. Boleh dijadikan garis panduan bagi setiap orang untuk melakukan sesuatu perkara. Digunakan untuk mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah agar lebih terjamin, dan hak setiap anggota masyarakat dalam kehidupan.

Soalan No 5 Bincangkan pelbagai bentuk kepercayaan dalam kehidupan masyarakat bumiputera Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Pengenalan Bentuk-bentuk kepercayaan dan agama tidak dapat dipisahkan. Amat berkesan ke atas segala tindak-tanduk manusia dalam kehidupan. Sukar untuk dikesan perbezaan yang nyata dalam kepercayaan dan keagamaan masyarakat Melayu. Walaupun Islam telah memberi kesan yang besar kepada masyarakat Melayu dalam semua aspek kehidupan ,tetapi kepercayaan animisme dan pengaruh ajaran Hindu Buddha (HB) masih diamalkan. Isi 1. Kepercayaan Animisme a. Kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus atau kuasa ghaib yang mempunyai semangat b. Benda hidup/ tidak hidup mempunyai roh dan semangat seperti gunung, pokok besar, batu-batu besar, sungai dsbnya. i. Makhluk halus seperti jin ,hantu, penunggu dsb boleh memberi kesan baik seperti rezeki, kesihatan dan keharmonian, sebaliknya seperti malapetaka dan bencana. ii. Mengadakan upacara pemujaan seperti puja pantai, semangat padi, main puteri, main dewa, memutus ubat dan sebagainya untuk mengelakkan bencana atau meminta pertolongan

iii. Ada kaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisional seperti menanam padi, turun ke laut, masuk hutan dan mengubati penyakit iv. Upacara ini dipercayai boleh menjamin keselamatan mereka, kesuburan tanah, hasil tanaman dsb. v. Memerlukan orang perantaraan di antara manusia dengan kuasa ghaib atau makhluk halus kerana manusia biasa tidak mampu berhubung dengan mereka. vi. Orang perantaraan ini ialah bomoh, dukun atau pawing yang berperanan untuk menenteramkan kuasa ghaib daripada mengganggu anak-anak kecil, perempuan bersalin, orang sakit dsb.Mereka percaya kepada keramat ,azimat dan tangkal. vii. Mengamalkan jampi serapah, limau purut, kain kuning, telur, bunga-bungaan ,senjata tradisional dsb. viii. Alat-alat muzik yang mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib diasap dengan kemenyan dan sirih dan disimpan di tempat yang tinggi dan dijaga dengan sempurna. 2. a. penyakit. b. lenguh sendi tangan. 3. Kepercayaan Animisme di Sabah a. Orang Illanun percaya penyakit ada kena-mengena dengan syaitan. b. Percaya ilmu batin dan perkara ghaib seperti ilmu palimun ( ghaib ), kublak (kebal), dualatut (dipukul tidak rasa sakit), mabagar (kuat), pagawang (menakutkan musuh dengan suara. Hantu yang menyebabkan sakit perut dan kejang, hantu langit membawa sakit kepala dan demam, hantu gurun mendatang bengkak dan Kepercayaan animisme di Sarawak Orang Melanau percaya hantu tertentu menyebabkan

c. Percaya adanya jimbaran (orang belaan) atau kemasukan apok-apok (lintasan) d. Terdapat upacara menjamu hantu bagi mengelakkan ditimpa penyakit. e. Orang Murut percaya kepada Aki Kopuno (dipercayai berkuasa dalam segala hal) yang dianggap dapat menolong menyelesaikan masalah. f. Bomoh Babalion menjadi perantaraan antara manusia dengan Aki Kopuno. 4. Pengaruh agama Hindu Buddha a. Pemerintah sebagai wakil tuhan b. Konsep devaraja c. Panggilan Betaraguru , Dewata Mulia Raja dan Maha Vishnu d. Pengaruhnya terdapat dalam perkahwinan, adat istiadat Melayu lama, pantang larang dsb. 5. Pengaruh Islam a. Konsep tauhid, keesaan tuhan dan keimanan. b. Pemerintah merupakan khalifah Allah c. Amalan adat istiadat yang membayangkan pengaruh Islam. Akan dimulakan dan diakhiri dengan bacaan ayat-ayat Al Quran dan doa. d. Pengaruh Islam dalam bidang kesenian seperti ukiran di dinding masjid, kubah, mimbar,mihrab, menara azan dsb. Terdapat tulisan dan ukiran bercorak bunga dan geometri serta ayat-ayat Al-Quran pada bangunan atau rumah Kesimpulan Amalan kepercayaan dan agama telah membentuk sistem sosial mereka. Agama Islam mengubah sebahagian besar amalan kehidupan mereka. Namun masih ada amalan animisme dan pengaruh HB yang masih kekal dan diamalkan sehingga kini.

Soalan No 6 Bincangkan kepercayaan dan agama masyarakat Melayu di Tanah Melayu sehingga abad ke 20. Pengenalan Masyarakat Melayu tradisional sudah mempunyai anggapan tentang hakikat hidup dan mati dalam alam semesta. Perlakuan manusia menunjukkan adanya kepercayaan kepada satu tenaga yang lebih berkuasa daripada mereka. Berbanding aspek-aspek politik dan ekonomi, sukar untuk dikesan perbezaan dalam kepercayaan dan keagamaan masyarakat Melayu. Isi 1. Kepercayaan Animisme a. Merupakan kepercayaan kepada kuasa-kuasa ghaib yang dipercayai mempunyai b. semangat. Semangat ialah jiwa atau roh yang terdapat pada sesuatu benda sama ada bernyawa atau tidak. c. Masyarakat Melayu menganut fahaman ini sebelum kedatangan agama Hindu d. Semangat ini ditakuti dan dipuja seperti pokok-pokok besar. e. Percaya kuasa-kuasa ghaib ini boleh membawa kebaikan atau mala petaka.

f. Mengadakan upacara-upacara tertentu untuk mengelak bencana, menjamin keselamatan dan menambah hasil tanaman g. Kepercayaan ini amat tebal dan beransur-ansur hilang setelah kedatangan Islam. Agama Hindu Buddha a. b. c. d. Bertapak di TM pada abad ke 4 berikutan wujudnya 2 buah Disebar oleh pedagang dan mubaligh Hindu Buddha (HB) Turut menyebarkan kebudayaan mereka Ditambah dengan perkahwinan campur antara orang asing kerajaan Hindu seperti Langkasuka dan Kedah Tua.

dan tempatan. Kesannya banyak adat dan budaya Melayu dipengaruhi oleh HB seperti dalam adat istiadat dan perkahwinan. e. masyarakat. f. g. Vishnu h. Pengaruhnya terdapat dalam perkahwinan, adat istiadat Melayu lama, pantang larang dsb. 3. Agama Islam a. Datang ke Nusantara pada abad ke 7. Disebar oleh pedagang dan pendakwah Islam dari Asia Barat b. Berkembang berikutan wujudnya Kerajaan Islam Pasai dan Perlak sekitar abad ke 13. c. Pengaruh Islam berkembang luas hingga abad ke 16. Telah menghakis sebahagian amalan atau kepercayaan HB yang telah lama bertapak. d. Mempunyai 3 perkara penting iaitu iman, ehsan dan syariah. Pemerintah mempunyai kedudukan istimewa kerana Panggilan Betaraguru , Dewata Mulia Raja dan Maha dianggap sebagai wakil tuhan di muka bumi. Konsep devaraja Mengangkat darjat golongan pemerintah dalam hierarki

e. Mewajibkan tiap-tiap umatnya mempercayai Rukun Islam dan Rukun Iman. ( huraikan ) f. Raja diberi gelaran sultan dan berperanan sebagai khalifah Allah atau pemegang amanah di muka bumi. g. Pembesar agama adalah Imam Maharaja, Maharaja Khadi, Dato Mufti dan Seri Utama. h. Undang-undang syarak digunakan berlandaskan Al Quran. i. Amalan adat yang diterapkan seperti berzanji, marhaban, talkin dan doa. j. Sistem pendidikan Islam seperti pelajaran Bahasa Arab, Al Quran, Sirah, Fardu Ain. Wujudnya sekolah pondok dan tokoh pendidik seperti ustaz, imam dsb. Kesimpulan Agama Islam kemudiannya berkembang luas dan menjadi agama anutan sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu. Walaupun Islam adalah agama yang diwarisi tetapi terdapat unsur-unsur penyesuaian dengan pengaruh tradisional seperti keramat, azimat dan tangkal. Soalan No 7 Bincangkan peranan golongan pemerintah yang terdapat dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional sebelum kedatangan barat. Pengenalan Corak pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu telah mempengaruhi pembentukan susun lapis masyarakat. Setiap lapisan masyarakat mempunyai kedudukan dan fungsinya yang tersendiri. Secara umum, masyarakat Melayu tradisional dapat dibahagikan kepada dua golongan utama iaitu golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah. Golongan yang memerintah ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan istimewa daripada golongan yang diperintah. Isi-isi penting

a) Raja atau sultan Raja atau sultan merupakan asas terpenting dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam piramid organisasi sosial. Mempunyai kuasa dan wibawa yang paling tinggi bagi memerintah seluruh negeri dan jajahan taklukannya. Dianggap sebagai dewa raja. Merupakan tonggak menyatupadukan rakyat dan merupakan orang yang bertanggungjawab memelihara keamanan dan memajukan negeri. Seseorang raja dilantik melalui pertabalan di atas persetujuan semua pembesar. Biasanya putera sulong atau adik lelaki raja yang akan menggantikan raja yang mangkat. b) Kerabat raja Raja sebagai seorang pemimpin, maka dirinya serta keluarganya akan dihormati oleh masyarakat Dianggap sebagai suci dan amat berbeza dengan golongan rakyat biasa. Mempunyai hak-hak istimewa, namun tidak boleh melebihi hak istimewa seseorang sultan yang memerintah. Antara keistimewaan yang dinikmati oleh kerabat raja ialah menggunakan payung berwarna kuning dan penggunaan bahasa dalaman. c) Bangsawan Turut dikenali sebagai anak baik-baik. Menggunakan bahasa dalaman untuk mengekalkan identiti mereka. Terdiri daripada kerabat diraja dan bukan kerabat raja. Berpengaruh di kalangan pemerintah dan pentadbir. Bertanggungjawab mengendalikan jentera pemerintahan dan pentadbiran negeri.

d) Pembesar Golongan yang mempunyai kedudukan yang hampir sekali dengan sultan.

-

Biasanya terdiri daripada bukan kerabat raja. Dianugerahkan pendapatannya Pembesar dibenarkan mengutip cukai dan mengawal tenaga manusianya di kawasan pegangannya. Biasanya mereka dilantik secara turun-temurun. suatu kawasan yang menjadi pegangannya dan sumber

e) Golongan pemimpin agama Termasuk dalam golongan bangsawan. Golongan cerdik pandai yang memegang jawatan mufti dan kadi. Terdapat pemimpin agama yang dianugerahkan gelaran kebesaran seperti Maharaja Kadi, Dato Mufti Seri Utama dan Dato Mufti Imam Maharaja. Menjadi penasihat raja dan kerajaan dalam hal-hal tentang hukum syarak dan selok-belok agama termasuk mengeluarkan fatwa tentang isu agama. Pakar dalam hal-hal kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, adat-istiadat dan salasilah raja-raja. Menjadi pakar perujuk kepada raja serta menjadi penulis dan perawi diraja. Golongan ini biasanya berketurunan Arab. Menggunakan panggilan yang berlainan mengikut negeri seperti Tokku di Terengganu. Kesimpulan Perbezaan antara kelas pemerintah dengan kelas diperintah adalah dibezakan dengan aturan-aturan tertentu. Perkahwinan antara dua kelas ini adalah dilarang dan hampir mustahil dalam masyarakat Melayu. Mustahil bagi seseorang dari rakyat biasa hendak mengangkat dirinya sebagai golongan raja yang memerintah. Namun begitu masih terdapat rakyat yang dapat mengangkat diri daripada golongan yang diperintah kepada golongan pemerintah, melalui jasa kepada pemerintah.

Soalan No 8 Corak pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu mempengaruhi pembentukan susun lapis masyarakatnya. Bincangkan Pengenalan Sistem pemerintahan dan pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan awal di Tanah Melayu telah mempengaruhi kepada pembentukan susun lapis masyarakat. Setiap lapisan masyarakat ini mempunyai peranan masing-masing. Secara amnya, susun lapis masyarakat Melayu lama ini dapat dikategorikan kepada dua kumpulan, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Isi-isi penting Golongan pemerintah menduduki bahagian teratas susun lapis masyarakat. Raja atau Sultan merupakan orang yang menduduki tempat yang tertinggi dalam kategori ini. Baginda di pandang mulia. Baginda mempunyai kuasa mutlak bagi melakukan apa-apa sahaja. Sebagai contoh, baginda berkuasa menggubal undang-undang untuk memperkukuhkan kedudukannya. Baginda merupakan tunggak menyatupadukan rakyat. Mengikut konsep dewa raja, segala perintah haruslah diikuti oleh rakyat jelata tanpa dipersoalkan. Baginda juga berhak memiliki hak-hak keistimewaan seperti penggunaan bahasa dalaman, penggunaan warna kuning dan sebagainya. Baginda juga dianggap sebagai seorang yang daulat dan apabila baginda mangkat, tempatnya akan diwarisi oleh puteranya melalui adat pertabalan. Kerabat diraja pula menduduki tempat selepas raja. Mereka merupakan ahli daripada keluarga diraja yang mempunyai pertalian darah dengan raja yang sedang memerintah. Golongan kerabat diraja ini dibenarkan menggunakan bahasa dalaman, warna kuning dan sebagainya. Semuanya ini merupakan hak istimewa mereka tetapi hak istimewa yang dimiliki oleh mereka, tidak boleh melebihi hak istimewa yang dimiliki oleh raja yang sedang memerintah. Golongan bangsawan, pembesar dan ulama menduduki tempat selepas golongan kerabat diraja. Golongan ini dikenali sebagai anak baik-baik. Mereka boleh terdiri daripada kerabat

diraja dan juga kerabat raja. Taraf mereka adalah sentiasa kekal. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan pembesar dan rakyat. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran. Bagi mengekalkan identiti mereka, golongan bangsawan dibenarkan menggunakan bahasa dalaman. Pembesar pula merupakan orang yang memainkan peranan yang penting dalam sektor pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Mereka merupakan golongan yang paling hampir dengan raja atau Sultan yang memerintah. Jawatan pembesar ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Sebagai contoh, Bendahara Melaka di negeri Melaka diwarisi oleh keluarga Tun Perak secara turun-temurun. Golongan ulama pula merupakan orang yang menjadi pemimpin agama. Mereka merupakan orang mahir atau pakar dalam bidang keagamaan, kesenian, kesusasteraan dan sebagainya. Mereka juga menjadi penasihat atau perujuk kepada Sultan khasnya dalam soal keagamaan. Biasanya, golongan ulama ini menjadi penulis atau perawi diraja juga. Mereka dikenali sebagai khatib, mufti dan kadi dan memakai gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan seperti Maharaja Kadi dan sebagainya. Golongan diperintah pula terdiri daripada dua golongan utama manusia. Salah satunya ialah rakyat. Golongan rakyat ini pula dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu rakyat biasa dan orang asing. Rakyat biasa merupakan rakyat yang bermastautin secara tetap dalam kerajaan itu. Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan. Biasanya, aktiviti perniagaan atau perdagangan yang dijalankan oleh mereka merupakan milikan para pembesar. Mereka yang terlibat ini dikenali sebagai orang kiwi. Selain itu, terdapat juga orang yang mahir dalam sesuatu bidang seperti tukang kayu, tukang jahit dan mereka dikenali sebagai orang menderhaka. Golongan rakyat biasa ini juga menjadi pengikut atau penyokong kepada seseorang pembesar yang memegang kawasan mereka menetap. Orang asing pula merupakan sebahagian daripada golongan rakyat. Mereka ini lebih dikenali sebagai orang dagang. Selain itu, penerokawan juga merupakan orang asing. Biasanya, orang asing datang ke sini untuk menuntut, berniaga dan sebagainya. Selain itu,

terdapat juga mereka yang menjadi tentera upahan di kerajaan-kerajaan Melayu awal. Orang asing ini dapat dibahagikan kepada dua golongan, iaitu mereka yang mengunjungi sekali-sekala dan mereka yang menetap terus di kawasan kerajaan tersebut. Dari golongan yang menetap terus, ada di kalangan mereka telah menukarkan identiti mereka supaya sama dengan masyarakat tempatan. Ada juga di kalangan mereka yang masih mengekalkan identiti asal mereka. Walaupun begitu, mereka tetap tidak terlepas daripada hukum adat seperti Hukum Kanun Melaka. Golongan hamba pula merupakan golongan yang menduduki tempat paling rendah dalam hierarki organisasi sosial. Golongan hamba ini juga dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu hamba diraja, hamba berhutang dan hamba biasa. Hamba diraja ini merupakan orang yang secara sukarela menjadi hamba bagi raja yang memerintah. Mereka bertanggungjawab melakukan apa-apa saja yang dititah oleh Sultan. Mereka juga mempunyai status yang lebih tinggi daripada golongan hamba yang lain. Hamba berhutang pula terdiri daripada mereka yang tidak mampu membayar hutang kepada pemiutangnya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka ini disebut sebagai masuk hulan. Mereka ini terpaksa bersama isteri dan anak-anaknya tinggal dengan si pemiutang dan bekerja sehingga hutangnya dibayar. Mereka boleh diperjual beli kepada/ daripada pembesar-pembesar lain. Walau bagaimanapun, mereka boleh menjadi rakyat biasa semula setelah selesai berkhidmat kepada si pemiutang dalam tempoh yang dijanjikan. Hamba biasa pula menjadi hamba seumur hidup kepada pemiliknya secara turun-temurun. Mereka ini dapat digolongkan kepada tiga jenis iaitu hamba abdi yang membuat kerjakerja berat dan kasar, hamba yang dibeli dan biduanda iaitu orang suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja. Kesimpulan Setelah British hadir ke Tanah Melayu, struktur atau organisasi sosial telah mengalami perubahan yang mendadak. Kini, golongan raja tidak lagi berkuasa seperti dahulu, kuasa

mereka telah diambil alih oleh Residen. Sistem perhambaan juga mengalami kemerosotan dan akhirnya pupus. Akhirnya, satu struktur organisasi sosial yang lebih unik telah diwujudkan dan hak-hak setiap orang telah diperakui dan dilindungi

Soalan No 9 Bincangkan pengaruh agama Islam dari segi politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Tanah Melayu sebelum campurtangan British, Pengenalan 1. Agama Islam merupakan agama yang menjadi anutan masyarakat Melayu di Tanah Melayu sejak abad ke-15. 2. Sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, masyarakat di Tanah Melayu menganuti agama Hindu Dan Buddha. Islam telah berjaya mengubah masyarakat Melayu dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Isi. 1. Pengaruh agama Islam kepada Masyarakat Melayu dari segi politik a. Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem pemerintahan yang berasaskan agama Islam. Gelaran raja telah ditukar dengan gelaran yang bermaksud Sultan adalah khalifah allah di muka bumi. Sultan adalah pelindung kepada agama Islam dan ketua agama Islam. b. Dalam pentadbiran, sultan menggunapakai sistem pentadbiran berteraskan Al-quran dan hadis. Sultan mendapat nasihat daripada pemimpin agama yang berperanan memberi nasihat kepada sultan dalam hal yang berkaitan dengan hukum syarak mazhab Shafie. Mereka adalah terdiri daripada Maharaja Kadi, Dato Mufti dan sebagainya. Di Terengganu menggunakan gelaran Tokku. c. Dalam bidang perundangan, negeri-negeri Melayu menggunakan sistem perundangan Islam berasaskan hukum syarak mazhab Shafie yang terdapat di Perak, Johor dan Terengganu. Hukum syarak yang digunakan termasuklah undangundang jenayah, undang-undang muamalat. Contohnya Undang-Undang Terengganu yang melaksanakan undang-undang syarak. d. Dalam pertabalan sultan terdapat upacara menjunjung Al-Quran yang memberi signifikan yang besar kepada pemerintahan sultan di negeri-negerinya.Sultan wajib memerintah dengan adil dan saksama.

e. Sistem penggantian sultan yang mengutamakan kaum lelaki

menjadi Sultan.

Upacara pertabalan pengganti Sultan dilakukan sebelum almarhum dimakamkan. f. Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan banyak merujuk kepada ulama-ulama dalam hal yang berkaitan hukum-hakam Islam. 2. Pengaruh Agama Islam dari Segi Sosial a. Islam membawa perubahan yang besar dari segi akidah iaitu konsep Allah Yang Maha Esa dan konsep ibadat yang lebih luas. b. Islam membawaq fahaman akliah atau rasional. Islam mengubah car aberfikir masyarakat Melayu daripada tahyul kepada bercorak akliah. c. Kedatangan Islam juga mengubah pandangan masyarakat tempatan daripada tokoh agama Hindu seperti sami, ahli sihir, bomoh kepada tokoh-tokoh dan alim ulama Islam. d. Adat dan undang-undang tempatan juga telah disesuaikan dengan ajaran Islam dan hukum syarak. Adat Pepatih dan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat tempatan menggunakan sumber dari al quran dan hadis disamping berpandukan sumber hukum dari mazhab Shafie. e. Amalan harian yang dilakukan oleh masyarakat tempatan juga telah diubahsuai dengan unsur-unsur Islam. Contohnya doa-doa dan bacaan al-quran digunakan dalam upacara berkenaan. Upacara atau perayaan yang diadakan di istana juga banyak menggunakan unsur Islam seperti bacaan doa. f. Kedatangan Islam juga mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat tempatan. Masyarakata tempatan didedahkan dengan pendidikan al-quran. Sekolah-sekolah pondok banyak didirikan oleh alim ulama yang didatangakan khas dari Arab ataupun di sekitar Asia Tenggara. Mata pelajaran tauhid, fekah, tajwid mula diperkenalkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti sekolah pondok g. Tulisan jawa mula diperkanalkan kepada masyarakat tempatan. Pelbagai buku telah ditulis dengan menggunakan tulisan jawi, Istilah-istilah dari bahasa Parsi dan Arab telah dibawa masuk ke dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. h. Dari aspek seni bina pula, terdapat pengaruh Islam seperti bangunan, mimbar, menara, azan, bati nisan, tulisan khat dan sebagainya.

3. Pengaruh agama Islam dari segi ekonomi 1. Islam mengharamkan amalan riba dan sebarang bentuk penindasan dalam urusan jual beli disamping memperkenalkan konsep halal dan haram. Masyarakat tempatan bergiat dalam urusan perdagangan 2. Peniaga-peniaga tempatan menggunakan sistem timbangan dan sukat yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa. Terdapat undang-undang yang berkaitan dengan hukum jual beli, hutang piutang, sewa tanah dan hukum berhuma, berladang, berternak dsb. Contohnya Undang-Undang Terengganu. 3. Amalan zakat dan fitrah menjadi sebahagian daripada amalan hidup dalam masyarakat tempatan di Tanah melayu. 4. Penggunaan sistem mata wang dinar emas yang tercatat tulisan jawi yang mencatat nama sultan dan negeri. c. Kesimpulan 1. Agama Islam mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat tempatan di Tanah Melayu dari segi poliotik, ekonom dan sosial. 2. Kedatangan penjajah Britiah pada akhir abad ke-19 gagal mengubah akidah masyarakat tempatan tetapi dari aspek sosial dan ekonomi pengaruh Islam semakin terhapus.

Soalan No 10 Huraikan kesan kedatangan Islam terhadap masyarakat Melayu sehingga abad ke 20. Pengenalan : Datang ke Nusantara pada abad ke7. Disebar oleh pedagang dan pendakwah Islam dari Asia Barat. Berkembang berikutan wujudnya Kerajaan Islam Pasai dan Perlak sekitar abad ke 13. Pengaruh Islam berkembang luas hingga abad ke 16. Telah menghakis sebahagian amalan atau kepercayaan Hindu Buddha yang telah lama bertapak. Mempunyai 3 perkara penting iaitu iman, ihsan dan syariah. Mewajibkan tiap-tiap umatnya mempercayai Rukun Islam dan Rukun Iman. Isi 1. Politik a. Sistem politik di mana konsep devaraja digantikan dengan raja dianggap sebagai pemegang amanah dan khalifah di muka bumi. Gelaran raja digantikan dengan gelaran sultan - Shah b. Pembesar di kalangan ulama Islam yang digelar Imam, Maulana, Makhdum dan Khadi yang dijadikan sebagai pakar rujuk dan penasihat sultan. Konsep musyawarah dalam pentadbiran. c. Hukum Syarak berlandaskan Al Quran dan Sunnah digunakan sebagai perundangan d. negeri-negeri Melayu seperti di Perak, Johor, Terengganu dan Pahang. Antaranya undang-undang jenayah seperti liwat, berzina, samun, curi, undang-undang muamalatseperti berladang, menternak , peraturan jual beli, larangan melakukan kerja mungkar dan sebagainya

e. Sosial a. b. Membawa konsep tauhid dengan mempercayai Tuhan yang Kepercayaan tahyul digantikan dengan bercorak rasional sebagainya. satu. Mula meninggalkan kepercayaan animisme atau politisme dan mengandungi unsur keislaman seperti upacara berkhatam Al Quran, berkhatan, berzanji dan c. Moral dan akhlak tidak dipisahkan dari aspek kehidupan

yang lain. Semua pegawai raja dan istana, panglima dan rakyat jelata diingatkan tentang pentingnya moral yang tinggi dan akhlak yang mulia. d. Amalan adat istiadat yang membayangkan pengaruh Islam. Akan dimulakan dan diakhiri dengan bacaan ayat-ayat Al Quran dan doa. Pegawai istana seperti imam sangat penting di majlis-majlis perayaan di istana e. Pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid lelaki akan menerima 2/3 bahagian berbanding perempuan yang akan mendapat 1/3 bahagian selaras dengan hukum syarak yang memberi keutamaan kepada pihak pemimpin iaitu lelaki. f. Sistem pendidikan berteraskan ilmu Islam seperti Al berkaitan agama. Pusat Quran, Hadis, Fardu Ain, Sirah, Nahu, Fekah dan sebagainya dapat meningkatkan lagi pemahaman masyarakat Melayu serta sekolah pondok menjadi pusat pendidikan g. Pengaruh Islam dalam bidang kesenian seperti ukiran di dinding masjid, kubah, mimbar, mihrab, menara azan dsb. Terdapat tulisan dan ukiran bercorak bunga dan geometri serta ayat-ayat Al-Quran pada bangunan atau rumah h. Kesusasteraan buku-buku, hikayat dan puisi yang diambil daripada Tanah Arab dan diterjemahkan seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah. Kemunculan tokoh-tokoh ilmuan Nusantara seperti Nuruddin Al Raniri, Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel dan Shamsudin Al Sumaterani. pengajian di peringkat rendah, menengah dan tinggi dan istana, surau, masjid

Ekonomi a. timbangan b. c. miskin. KESIMPULAN Pengaruh agama Islam banyak diterapkan salam system pemerintahan TM. Hal ini membantu pemerintah menjalankan pemerintahan dengan baik. Demikian juga dengan soal sosial , Islam dapat menyatukan masyarakat TM dan meningkatkan nilai moral dan akhlak. Mewajibkan zakat harta, tanaman, haiwan, emas perak dan konsep sedekah dalam kehidupan untuk membantu orang zakat Fitrah. Menekankan Mengamalkan muamalat yang diterapkan oleh Islam seperti melarang riba, penipuan, dan penyelewengan dalam sukatan dan

Soalan No 11 Masyarakat Melayu masih terikat dengan amalan dan kepercayaan tradisional setelah kedatangan Islam ke Tanah Melayu kepercayaan masyarakat Malaysia. Jelaskan.

Pengenalan: Definisikan kepercayaan dan aspek-aspek kepercayaan yang diamalkan. Jelaskan konsep berikut: Pawang, konsep mana, tulah, dan daulat serta benda-benda ghaib, semangat dan roh, hantu/jembalang, adat perkahwinan/kematian, sihir. Sebab: 1. Penerimaan orang Melayu tentang konsep ketuhanan yang ada pada sultan. Ia menyentuh kosep daulat dan derhaka serta tulah. Kepercayaan yang sultan mempuunyai kekuasaan luar biasa dan selalunya dikaitkan dengan aspek ketuhanan. Maka timbul unsur hak sultan dalam agama. 2. Pensenyawaan (Sinkritisme) unsur Islam dan Hindu Unsur-unsur yang menjadi amalan agama Hindu diberi nafas baru dalam Islam. Sebagai contoh: Dalam majlis perkahwinan disenyawakan amalan seperti tepung tawar, berinai, bersanding, dan lenggang perut. Kalau dalam Hindu ia berkaitan dengan agama, tetapi diubah konsep menjadi adat dan budaya kepada masyakarat Melayu. Majlis Kematian: Diadakan kenduri 3,7,40 dan 100 hari. Dengan tujuan untuk mengingati jenazah. Dalam kepercayaan Hindu hari-hari tersebut ada bahagianbahagian mayat yang pecah.

Majlis perayaan: Memasang pelita. dengan harapan malaikat akan berkunjung ke rumah dalam hindu dewa. Walaupun begitu kesedaran agama Islam menyebabkan konsep ini ditukar kepada kemeriahan dan sebagai satu adat dan budaya. 3. Cara pendakwahan Cara dakwah disebarkan dan kerelaan anutan agama Islam. Pendakwahan menggunakan aspek hiburan seperti dalam wayang kulit, mak yong, main puteri dan lain-lain hiburan tradisi yang masih mempunyai unsur kehinduaan. Dalam menentukan ia tidak ke arah syirik maka istilah dan bentuk upacara ditukarkan kepada unsur-unsur Islam seperti bacaan ayat suci dan tujuan diadakankan agar mendapat rahmat daripada Allah swt. Penerimaan Islam oleh masyarakat Melayu bukan kerana kefahaman mereka, tetapi kerana ikutannya dengan wibawa Sultan. Oleh sebab itu, proses pendakwahan dan pengembangan ajaran dan sebaran agama ini banyak dilakukan di istana-istana. Proses melambatkan proses mengubah konsep Hindu untuk digantikan dengan konsep dan amalan Islam. 4. Konsep agama dan kepercayaan yang dicampuradukan. Konsep agama dan kepercayaan yang bercampur aduk hingga mengelirukan masyarakat. Masyarakat menganggap seolah-olah kepercayaan itu adalah sebahagian daripada agama sedangkan ia berbeza. Mohd Taib Othman mendefinisikan agama sebagai satu amalan cara hidup yang berorganisasi dan bermatlamat, dan kepercayaan sebagai satu pernyataan tentang sesuatu perkara untuk dipercayai.Masyarakat Melayu tidak memisahkan konsep ini hingga kelihatan agama dan kepercayaan itu sama. 5. Pengaruh adat dan budaya masyarakat. Masyarakat Melayu amat berpegang kepada konsep biar mati anak jangan mati adat. Oleh sebab adat-adat Melayu banyak bertentangan dengan Islam maka proses menukarkan adat ini perlu dijalankan dengan hati-hati. Oleh itu adat yang dirasakan tidak bertentangan dengan Islam secara langsung masih diterima cuma aspek kepercayaan keagamaan disishkan secara berhati-hati dengan amalan Al Quran dan sunnah Nabi saw.

Keadaan ini adalah berikutan berlakunya proses pensenyawaan, reintperetation dan rearrangement. 6. Proses pemberian makna baru ( reintepretation ) dan pengaturan dengan cara baru ( rearrangement ). Apabila wujud konflik antara amalan, adat dan agama masyarakat Melayu menggunakan proses-proses ini untuk diteruskan amalannya. Ini seterusnya berlaku pensenyawaan terhadap alan dan kepercayaan.Sebagai contoh: Konsep penunggu ditukar kepada konsep keramat.Konsep hantu ditukar kepada konsep syaitan Istilah Dewata Raya ditukar kepada Allah swt.

Kesimpulan: Walaupun agama Islam telah tersebar luas di Malaysia, tetapi cara penyebaran dan pemahaman tentang Islam masih dipengaruhi oleh kepercayaan dan amalan agama hindu/buddha/tantrik. Oleh demikian bagi mengatasi permasalahan ini pemahaman tentang Islam mesti dipertingkatkan dan unsur-unsur bidaah yang bertentangan dan menjadi adat dalam kehidupan orang-orang Melayu perlu disisihkan.

Soalan No 12 Mengapakah sistem ekonomi sara diri menjadi amalan masyarakat Melayu sebelum 1870an. Pengenalan

D

ari aspek sistem kerja, petani yang menggerakkan kerja pertanian berasaskan sistem kekeluargaan. Ia tidak melibatkan orang lain. Dengan sistem ini sebuah

keluarga mengusahakan pertanian mereka sahaja. Mereka tidak melibatkan orang lain. Dengan kata lain mereka boleh mengusahakan tanah mereka atau tanah tuan mereka dengan keluarga mereka sahaja. Sebagai kesan daripada konsep ini mereka tidak perlu memikirkan untuk membayar upah kepada orang lain. Melalui cara ini mereka sekadar memuaskan hati dengan keperluan bagi keluarga mereka. Oleh itu, konsep lebihan untuk mencari untung tidak pernah difikirkan ( Amarjit Kaur. 1991; Ishak Shaari. 1991). Isi Keadaan sistem kerja ini diberatkan lagi dengan cara sistem pemilikan tanah. Dalam sistem pentadbiran Melayu tradisi sistem pemilikan tanah berpusatkan sultan. Hal ini berasaskan pendapat Maxwell yang menghubungkan kekuasaan raja dalam sistem Hindu yang digunapakai oleh kesultanan Melayu yang mempunyai konsep pemilikan tanah. Dalam hal ini Maxwell menyatakan bahawa Raja mempunyai hak dalam semua wilayah jajahannya. Hak-hak tersebut adalah seperti hak kekuasaan tanah, cukai, hasil bijian dan hak membahagikan tanah yang belum diterokai. Kesimpulan daripada itu para petani hanya boleh mengerjakan tanah jika mereka membayar sebahagian daripada hasil keluarannya. Biasanya ialah satu persepuluh. Dengan hak ini, para petani memikirkan apakah mereka berkesanggupan untuk

membayarnya. Hal ini kerana jika mereka tidak dapat melunaskan bayaran tersebut berkemungkinan mereka akan menjadi hamba berhutang. Oleh itu sebagai mencari jalan keluar daripada masalah ini maka mereka lebih rela mencari hasil-hasil huitan bagi menyara kehidupan mereka. Hal pemilikan tanah ini lebih jelas seperti di Kelantan. Clifford menyatakan bahawa rakyat Kelantan tidak mempunyai hak dalam pemilikan tanah. Mereka dianggap sebagai golongan yang memberi sumber dan hasil untuk golongan pemerintah. Walaupun kedua-dua kenyataan ini menggambarkan seolah-olah sistem pentadbiran Melayu tidak mempunyai sistem pemilikan tanah yang teratur, ia dibantah oleh Jomo dan Wan Hashim. Walaupun jika adapun sistem pemilikan tanah dalam pentadbiran Melayu tetapi ia mungkin tidak menjamin hak miliknya kerana sultan masih lagi berkuasa dalam menentukan pemilikan secara hakiki ( Ishak Shaari.1991 ). Hal seperti ini sedikit sebanyak telah menjejaskan konsep mengkomersialkan pertanian di negeri-negeri Melayu. Dalam aspek sistem kenegaraan ia melibatkan sistem serah dan sistem kerah. Kita ketahui bagaimanakah caranya sultan berperanan dalam mengketengahkan kekeramatan dan kemuliaan. Ia ditunjukkan melalui ilmu yang dimiliki, alatan, restu mahupun lambang-lambang kekuatan lain dan selalunya dihubungkan dengan ketuhanan. Oleh itu ia dapat menggerakkan rakyat untuk menyatakan kesetiaan dan ketaatannya. Untuk menunjukkan kesetiaan dan ketaatan inilah para petani terutama orang lelaki dipaksa bekerja untuk sultan mahupun pembesar. Selalunya kerja-kerja dalam sistem ini bukan sahaja melibatkan bidang pertanian, tetapi merangkumi pelbagai bidang lain. Ia pula dilakukan tanpa mempunyai ketetapan yang tetap. Oleh itu, jangka masa yang tidak tentu menyukarkan kerja-kerja pertanian yang hendak dijalankan. Selain daripada menunjukkan ketaatsetiaan dalam corak menyerahkan diri untuk kerja-kerja sultan, para petani juga diikat dengan sistem serah. Dalam hal ini para petani perlu menyerahkan sama ada lebihan hasil, barangan, keperluan dan lainlain bahan untuk sultan. Ini bagi menunjukkan kesetiaan dan ketaatan. Ishak Shaari (1991) menyatakan sistem serah ini lebih teruk daripada sistem kerah. Ia membuatkan rakyat berasa bimbang bahawa lebihan mereka akan dirampas oleh sultan atau

pembesar tempatan. Hal ini dapat dikuatkan lagi dengan kenyataan Munsyi Abdullah seperti yang berikut:Maka katanya ( seorang rakyat biasa yang ditemui oleh Abdullah) Dan lagi baik perahu atau tanaman-tanaman dan hidup-hidupan sahaja sekalian, jikalau dikehendaki raja diambilnya sahaja dengan tiada berharga. Dan lagi, kalau ada berharta dan anak perempuan yang baik-baik, jikalau berkenan raja, diambilnya juga, tiada ditahankan kehendak raja; dan jikalau ditahankan atau tiada diberi, disuruhnya tikam mati-mati sahaja.

Dengan keadaan sistem kenegaraan yang diamalkan serta teknologi yang digunakan sebenarnya ia tidak menjanjikan satu pulangan yang menguntungkan. Rata-rata petani yang mengusahakan tanah pertanian masih menggunakan teknologi pertanian kuno. Mereka masih menggunakan tulang empat kerat dengan beralatkan cangkul, parang, penyabit, dan penajak. Walaupun begitu, masih ada petani yang tidak mempunyai alatan yang mencukupi. Seperti kata Ishak Shaari. ( 1991 ), ada petani yang tidak mempunyai kerbau untuk membajak tanah. Jika tidak mempunyai peralatan yang mencukupi bagaimanakah para petani hendak mengubah teknologi pertanian ke arah sistem komersial. Keadaan ini sama juga berlaku kepada para petani di England sebelum wujudnya zaman revolusi pertanian di mana para petani di sana mengamalkan aspek yang diamalkan di Tanah Melayu. Hanya apabila ada gerakkan dalam menggerakkan revolusi pertanian maka wujudlah satu bentuk pemikiran pertanian ke arah sistem komersial. Keterbatasan hubungan antara petani dengan dunia luar boleh menyumbangkan kemampuan petani untuk mengubah corak pertanian mereka. Biasanya hubungan dagangan hanya dilakukan oleh para pembesar dengan tidak memberi peluang kepada petani untuk menjalankan urusan perdagangan. Sebab itulah kalau dilihat daripada aktiviti kerja yang dijalankan oleh masyarakat Melayu sebahagian besarnya adalah berteraskan sektor pertanian. Mereka tidak dapat melihat peluang-peluang yang ada dalam aspek perdangan. Biasanya aspek ini dibolot oleh pembesar-pembesar atau sultan. Keterbatasan ini jugalah yang menyebabkan orang-orang Melayu tidak dapat melihat kebaikan sistem-sistem yang cuba dilaksanakan oleh orang-orang Inggeris. Kita harus akui ada sistem yang dibawa Inggeris boleh memecahkan kebuntuan dan kemiskinan orang Melayu. Hal ini boleh dilihat daripada mengasingkan konsep

ketuhanan yang ada pada sultan dan mengendurkan ketaatan yang membabi buta. Ini didasarkan sebenarnya konsep komersial telah lama dijalankan, cuma ia diboloti oleh orang-orang yang mempunyai hubungan dengannya. Keadaan ini jauh berbeza dengan sikap petani dan orang barat yang mengamalkan sikap keterbukaan dan menerima revolusi sama ada revolusi pertanian dan industri. Hal ini kerana pada waktu itu mereka menjuruskan pemikiran mereka ke arah pemikiran inkuiri dan sentiasa ingin tahu berkenaan alam dan memangkinkan ilmu untuk kesejahteraan hidup. Inilah sebenarnya yang menjayakan Islam dan akhirnya hal ini jugalah yang ditinggalkan oleh Islam. Selain itu, hak petani ke atas harta yang dicari mereka tidak terjamin. Ini berikutan daripada sistem pemilikan tanah yang menyaksikan petani tidak mempunyai hak ke atas tanah tesebut ( Clifford ). Ini menjadikan hasil yang didapati oleh petani menjadi sumber kepada golongan bangsawan. Ini dapat dilihat daripada kenyataan Graham yang menyatakanKenyataan bahawa semua tanah pada asasnya menjadi milik pemerintah seperti yang terdapat di India dan Indonesia, wujud juga di Kelantan.... pada hakikatnya tidak terdapat tanah yang dimiliki secara bebas di negeri ini.

Melalui keadaan ini petani tidak merasai akan terjamin usaha yang diljalankan oleh mereka dan berkemungkinan juga kurniaan yang diberikan itu boleh ditarik balik dan menjadikan mereka sebahagian daripada kerahan yang dilakukan untuk sultan dan pembesar ataupun tanah tersebut diberikan kepada orang lain. Kesimpulan Keadaan ini telah menyebabkan para petani menjalankan ekonominya secara kais pagi makan pagi, dan kais petang makan petang dengan menjalankan pertanian secara kecil-kecilan khususnya dalam penanaman padi dengan padi huma dan sawah, mencari hasil hutan seperti buah-buahan hutan ,rotan serta akar kayu bagi ubatan tradisi, perternakan ayam itik, menangkap ikan di sungai dengan cara memancing ataupun memasang lukah yang tidak begitu produktif untuk hasil ekspot, dan pelombongan dengan cara mendulang. Usaha-usaha ini dijalankan hanya bagi menampung kehidupan dan tidak wujud satu pengkhususan kerja serta matlamat pengeluaran bagi tujuan

eksport. Oleh itu, petempatan masyarakat Melayu banyak terdapat di pinggir-pinggir hutan dan sungai kerana di situlah banyak sumber bagi mereka menampung kehidupan seharian. Soalan 1 Bincangkan sistem beraja dan sistem pentadbiran di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Institusi pemerintahan di Asia secara umumnya berasaskan sistem beraja atau sistem bermaharaja. Di negara-negara Asia Tenggara, kebanyakan sistem beraja dipengaruhi oleh sistem beraja di India. Bagi negara Indo-China, sistem berajanya menerima pengaruh dari China. Menjelang abad ke-18 dan 19, hampir semua negara mengamalkan sistem ini. Mengikut sistem ini, raja menjadi ketua negara. Baginda berkuasa mutlak dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran. Baginda juga dibantu oleh sekumpulan pembesar yang berkaliber. Sistem beraja di Asia Tenggara berasaskan pengaruh sistem politik di India. Sistem ini digelar kerajaan bercorak keindiaan. Ia merupakan gabungan unsur-unsur keindiaan dengan unsur-unsur tempatan tetapi unsur-unsur keindiaan mengatasi unsur-unsur tempatan. Mengikut kepercayaan Hindu-Buddha, konsep orde kosmos diumpamakan kepada satu negara: satu negara itu melambangkan satu alam semesta dan pusatnya ialah ibu kota dan raja sendiri menjadi pusat alam. Raja akan membina masyarakat selaras dengan peraturan-peraturan alam semesta atau dharma. Raja juga dianggap sebagai dewa raja. Mengikut kepercayaan, raja itu dianggap sebagai wakil tuhan di bumi atau god shadow on earth, rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak-tanduk raja-raja. Di Myanmar, Kanun India Manu telah meletakkan taraf separuh ketuhanan ke atas raja: tiada seorang un yang berani mencabar manu. Mengikut Cady dalam bukunya South East Asia: Its Historical Development: tiada orang Myanmar yang berani mempersoalkan hak raja bagi menguasai kehidupan, harta dan kewajibannya kecuali kalau orang itu sanggup dikatakan sebagai penderhaka. Sifat ketuhanan ini diberi oleh sami-sami Brahmin kepada raja apabila mereka memegang payung putih yang menunjukkan simbol kedaulatan dan

ketuhanan dan mengurniakan raja-raja dengan alat kebesaran yang mempunyai sifat-sifat sakti. Raja dianggap sebagai pelindung ketidakadilan dan pencerobohan. Baginda juga merupakan pelindung penganjur agama Buddha. Bilangan gajah albino yang dimiliki oleh raja merupakan satu tanda pasti kuasa raja Myanmar. Istana pula menjadi satu simbol yang mewakili Gunung Meru iaitu tempat kediaman tuhan-tuhan dan pusat alam menurut kosmologi orang India. Prinsip kosmologi ini memberi kuasa yang sungguh besar kepada raja dan juga menolong meninggikan anggapan diri mereka dan kebanggaan mereka. Kegagalan raja mempertahankan ibu negeri daripada ditawan bermakna kehilangan takhta kerajaan. Bagi mempertahankan istana dan ibu negeri, tembok telah dibina. Di Thailand, rakyat di sana tidak boleh melihat muka raja dan adat menyembah bersujud atau menyiarap mesti dilakukan semasa mengadap raja. Seseorang yang hendak mengadap raja harus merangkap masuk dan berada dalam keadaan meniarap. Apabila rombongan raja tiba di suatu kawasan, rakyat jelata terpaksa melarikan diri dari tempat tersebut. Di Vietnam pula, seseorang maharaja itu mempunyai kuasa mutlak. Tugas maharaja sering dipenuhi dengan upacara amal resam (tradisional). Kesejahteraan rakyat dan negara bergantung kepada kebijaksanaan maharajanya. Pengabaian upacara amal resam menyebabkan negara ditimpa kecelakaan. Seseorang maharaja memberikan contoh yang baik terhadap rakyatnya. Mengikut Confucius seseorang maharaja samalah seperti angin. Sifat rakyat seperti rumput. Rumput akan tunduk mengikut arah angin bertiup. Andaikata kalau maharaja tidak bertindak adil, mandat dari alam kudus yang dimilikinya akan lenyap sendirinya. Penentangan rakyat terhadap maharaja yang sedemikian dikatakan sangat wajar Di Asia Timur, kalau ditinjau dari China, maharaja dianggap sebagai son of heaven (anak tuhan). Baginda mendapat mandat dari Tuhan untuk memerintah. Kalau negara maju, rakyat menganggap maharaja masih mendapat mandat Tuhan dan disebaliknya, maka boleh menggulingkannya sehingga dapat mandat Tuhan. Rakyat tidak boleh pandang wajah maharaja. Sesiapa yang pandang wajah maharaja akan ditimpa kecelakaan. Rakyat jelata juga perlu kowtow sebanyak 9 kali semasa mengadap raja.

Di Jepun pula, sistem berajanya dipengaruhi oleh fahaman Shintoisme (kesetiaan rakyat kepada raja dan maharaja). Mengikut fahaman ini, maharaja adalah ketua agama, ketua negara dan rakyat perlu amat setia pada negara dan maharajanya. Dari segi pentadbiran, di Myanmar, raja dan permaisuri pertama adalah penting. Dibawahnya, terdapat sami-sami Brahmin. Tugas-tugas sami Brahmin ialah memberi penghormatan rakyat kepada raja, mengadakan upacara adat-istiadat dan mengetuai semua amalan-amalan yang penuh tahyul. Selain itu, Raja Muda (Einshemin) juga menduduki tempat yang sama. Einshemin ini mempunyai istananya dan pegawai sendiri serta pengawal peribadi. Kaum bangsawan pula terdiri daripada keluarga diraja yang mempunyai hak turun-temurun. Kuasa mereka adalah dari kuasa mutlak raja. Mereka memegang jawatan di pentadbiran awam. Pendapatan mereka adalah cukai-cukai yang dikumpulkan di kawasan Myosa. Selepas bangsawan, terdapat 4 orang Wungyi (menterimenteri diraja). Mereka menguasai pusat pentadbiran Hlutdaw (Dewan Kerja). Mereka terdiri daripada orang yang cekap dan boleh dipercayai. Mereka dibantu oleh menterimenteri kelas dua (Windauk). Selepas Wungyi, terdapat 4 atau 8 orang Atwinwun yang menjalankan pentadbiran dalam istana. Myowun yang berkuasa tentera pula menjadi gabenor di wilayah. Terdapat 4 orang Myowun di Myanmar. Akunwun pula merupakan pengutip cukai dan penyelia. Cukai yang dikutip oleh beliau akan diserah 60-80% kepada raja. Bakinya disimpan olehnya. Pegawai polis pula dikenali sebagai Sitke. Myothugyi pula menjadi ketua bandar dan bertanggungjawab di peringkat kampung dan daerah juga. Di Thailand, pentadbirannya terbahagi kepada 2 iaitu pentadbiran pusat dan wilayah. Kedua-duanya menguasai tenaga manusia sepenuhnya. Di Thailand, terdapat 3 jenis wilayah, iaitu wilayah kelas pertama yang terdiri daripada kawasan strategik, bandar besar yang mampu menentang ancaman musuh; wilayah kelas kedua dan ketiga ialah kawasan bandar yang agak besar, tiada termasuk di bawah kuasa penyeliaan kerajaan pusat dan wilayah kelas keempat ialah bandar-bandar di sekitar ibu kota dan dibawah penguasaan kerajaan pusat. Setiap wilayah ini diserah kepada pembesar bergelar Chao Phraya. Beliau dibantu oleh Yok-Krabat. Yok-Krabat ini boleh menjadi pengganti Chao Phraya apabila

Chao Phraya mati. Pegawai ini dilantik menerusi surat tauliah dan biasanya dilantik dari keluarga Kunnang. Dalam pentadbiran Thailand, terdapat juga 3 jabatan utama iaitu Krom Mahatthai yang diketuai oleh Samuha Nayok yang mengawal wilayah Thai Utara; Krom Kalahon yang diketuai oleh Samuha Phra Kalahon yang mengawal Selatan Thai dan Krom Khlang yang diketuai oleh Chao Phraya Phra Khlang yang mengawal persisiran pantai dan Teluk Siam. Selepas jabatan utama, terdapat 4 jabatan kanan iaitu Krom Maung (Jabatan Ibu Kota), Krom Na (Jabatan Tanah), Krom Wang (Jabatan Istana) dan Krom Khlang (Jabatan Kewangan, Perniagaan dan Perhubungan Luar). Di Vietnam, Maharaja dianggap sebagai puncak kekuasaan, mempunyai kuasa mutlak. Pembesar Mandarin merupakan pegawai yang terdiri daripada orang yang paling alim, menjalankan kehendak raja. Mereka merupakan kumpulan orang yang mendapat kuasa dari raja. Peluang yang besar dimiliki oleh mereka untuk mempengaruhi Maharaja. Jawatan ini tidak boleh diwarisi. Tidak mempunyai bangsawan yang menguasai tanah. Dalam sastera Vietnam, ada dinyatakan bahawa kaum Mandarin dan raja melakukan penyeksaan: Raja memaksa rakyat bekerja tanpa makan dan bayar gaji. Kaum ini mencuri, merampas seberapa banyak yang dapat. Di India, raja dinasihati oleh Mantri Parishad. Mantri Parishad pada awal dilantik kemudian menjadi hak warisan pada akhirnya. Ada kalanya, ia lebih berkuasa daripada raja. Di Kerajaan Maratha, terdapat satu golongan pembesar yang dipanggil Peshwa yang lebih berkuasa. Di bawahnya ada Mantrin. Purohita sangat berpengaruh, rapat dengan raja, raja menerima nasihat darinya dalam segala hal. Purohita ini adalah seperti tukang tilik. Selepasnya terdapat satu barisan menteri-menteri. Dalamnya terdapat Sanidhatar, Samahartar dan sebagainya. Selepas kedatangan Islam, Mansabdar menjadi pembesar kanan. Sistem pemerintahannya dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pengurusan kerajaan, pengurusan tentera dan pengurusan empayar. Setiap bahagian mempunyai ketuanya masing-masing. Pentadbiran awam diketuai oleh Perdana Menteri (Vakil). Pengurusan cukai diserahkan kepada Wazir. Setiap wilayah di India diketuai oleh Subahdar. Qazi menjadi hakim.

Di negeri China, Maharaja dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi yang terdiri daripada 6 orang pembesar kanan. Terdapat beberapa jabatan seperti Jabatan Awam, Jabatan Dalam Negeri, Jabatan Perang dan sebagainya. Setiap jabatan ini diketuai oleh seorang pegawai dilantik. Ada satu jabatan khas yang dipanggil Jabatan Penapis yang terdiri daripada 24 orang di Peking dan 56 orang di wilayah menjadi mata dan telinga bagi Maharaja untuk mengintip tingkah laku pegawai wilayah. Ibu kota dan kawasan sekitar terletak di bawah kawalan kerajaan pusat. Manakala kawasan lain dibahagikan dan dikuasai oleh seorang pembesar feudal. Kuasanya seperti seorang raja tetapi dasar umum dibentuk di Peking, tetapi pembesar-pembesar wilayah boleh membubarkan dasar umum dengan kebenaran adat-istiadat dan keadaan tempatan. Wilayah-wilayah merupakan kerajaan sendiri yang diketuai oleh Gabenor. Tanggungjawab gabenor ialah mengekalkan keamanan, mewujudkan ketenteraman dan memastikan kemakmuran wilayah masingmasing. Gabenor ini dibantu oleh pembesar wilayah seperti bendahari, hakim, pengawal garam dan sebagainya. Semua pembesar kerajaan dilantik dan wajib lulus peperiksaan awam. Hal ini adalah dikecualikan daripada kemasukan tentera. Di Jepun, Maharaja dibantu oleh 2 jabatan iaitu Jabatan Pemujaan (Jingikan) dan Jabatan Negara (Dajokan). Kerajaan dibahagikan kepada kerajaan wilayah dipanggil Kuni, ditadbir oleh Kami (gabenor). Pegawai ini dilantik mengikut kelahiran dan keturunan. Selepas Maharaja ialah Shogun. Shogun dibantu oleh Tairo (Majlis Penasihat Agung) dan Roju (Majlis Tertua). Tairo bertanggungjawab menasihati raja dalam dasar-dasar negara penting dan Roju bertugas membentuk Majlis Negara menguruskan perkara-perkara yang berhubungan dengan istana raja, golongan bangsawan iaitu Daimyo. Daimyo pula dibantu oleh Samurai dan Karo (orang suruhan pentadbir tanah). Terdapat 3 kumpulan Daimyo iaitu Shimpon (ahli keluarga Tokugawa), Fudali (orang yang menerima kepimpinan Tokugawa Iyeyasu) dan Tozama (bangsawan yang setanding dengan Iyeyasu). Selepas Maharaja Meiji menjalankan pemodenan (1868), sistem pentadbiran telah berubah. Maharaja kini dibantu oleh ketua yang agung (Putera Mahkota), Majlis Kelas Pertama (Gijo) dan Majlis Kelas Kedua (Sanyo). Maharaja Meiji juga menubuhkan satu dewan yang dikenali sebagai Daijokwan. Daijokwan ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Rakyat. Dewan Pertuanan ini dibantu oleh 8 lembaga

pentadbir, ahlinya dari golongan pembesar dan ia diketuai oleh ketua menteri yang bertanggungjawab kepada Maharaja. Menjelang akhir abad ke-19, kuasa-kuasa asing mula campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran setempat. Kuasa-kuasa asing ini adalah seperti British, Perancis, Sepanyol dan sebagainya. Akibatnya, sistem beraja yang diamalkan selama ini semakin luntur pengaruhnya dan digantikan dengan sistem pentadbiran birokrasi yang diperkenalkan oleh kuasa Barat. Sistem birokrasi baru telah menjejaskan kepentingan pembesar tempatan lalu banyak penentangan terhadap kuasa Barat telah berlaku, khasnya di negara Asia Tenggara. Soalan No 2 Bincangkan sistem beraja di negara-negara Asia Tenggara pada abad ke-19. Pengenalan Negara-negara Asia Tenggara seperti Myanmar, Indonesia, Siam dan Indo-China mengamalkan sistem beraja. Ianya adalah gabungan daripada sistem tempatan dan pengaruh agama Hindu-Buddha. Kerajaan-kerajaan ini digelar kerajaan bercorak keindiaan. Mengikut kepercayaan Hindu-Buddha, negara digambarkan sebagai satu alam semesta (orde kosmos) dan raja dan ibu kotanya sebagai pusat alam dan raja akan membina masyarakat selaras dengan peraturan alam semesta ataupun dharma. Isi-isi Raja dianggap sebagai Tuhan di bumi dan rakyat tidak bebas mempersoalkan tindaktanduk raja. Misalnya istana, rakyat tidak dibenarkan melihat muka raja kerana dianggap sebagai dewa. Apabila raja keluar istana, rakyat tidak dibenarkan mengangkat muka dan memandang raja. Dalam sistem beraja ini, raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.

Raja berkuasa ke atas segala-galanya dan rakyat jelata tidak boleh mengingkari perintah raja. Raja mempunyai kuasa untuk menjalankan hukuman, membuat undang-undang dan kuasa sebagai ketua tentera dan agama. Perlantikan pembesar yang akan membantu raja dalam menjalankan dan melicinkan pentadbiran adalah di bawah kuasa raja. Untuk memperkukuhkan kedudukan dan kedaulatan raja, banyak upacara-upacara seperti upacara pertabalan diadakan. Penggunaan pakaian istimewa, adat istiadat dan sebagainya juga memperkukuhkan kedudukan dan kedaulatan raja-raja. Perlantikan bakal raja adalah secara monarki (diwarisi). Bakal raja mestilah telah dilahirkan oleh seorang permaisuri raja. Sekiranya raja tiada waris, bakal raja akan dilantik daripada kerabat diraja (mesti lelaki). Raja akan memastikan keamanan dan kemakmuran negara sentiasa terkawal manakala rakyat pula akan taat setia kepada raja. Selain daripada tugasnya sebagai pemerintah, raja turut melibatkan diri dalam bidang ekonomi kerana kekuasaan dan kemakmuran kerajaan biasanya akan ditentukan oleh sumber ekonomi.

Raja berkuasa memungut cukai, mengerahkan rakyat jelata memberi perkhidmatan atau sebagai buruh paksa. Raja juga memastikan agar tidak terputusnya bekalan hasil dari kawasan pedalaman kerana kawasan pedalaman merupakan kawasan pengeluaran hasil.

Kesimpulan Kedudukan politik dan ekonomi raja-raja dan kerabat raja mula terjejas apabila kuasakuasa asing telah campur tangan di negara-negara Asia Tenggara seperti Myanmar, Indo-China dan Indonesia dan akhirnya lupus. Namun demikian, terdapat juga negara-negara seperti Thailand dan Brunei yang dapat mengekalkan institusi beraja sehingga hari ini.

Soalan no 3 Bincangkan peranan Raja Thai dan Raja Burma dalam menangani kemaraan Barat? ATAU Bincangkan cara-cara Raja Thai dan Burma mengekalkan kedaulatan Negara daripada kemaraab kuasa barat.PENDAHULUAN

-

Thailand di bawah Mongkut dan Burma di bawah Raja Mindon telah mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu. Thailand dan Burma tidak mahu menerima nasib yang sama seperti China. Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Perdagangan Inggeris-Burma 1862 dan 1867 merupakan titik permulaan pembaratan dan permodenan di Thailand dan Burma.

-

Kebijaksanaan raja-raja Thai dan Raja Mindon Burma menyebabkan Thailand dan Burma berada dalam keadaan aman dan tidak memberi peluang kepada kuasakuasa Eropah untuk menjajah Thailand dan Burma.

ISI: a. Thailand: i). Pembaharuan luar negeri Rama IV mengubah dasar tutup pintu kepada buka pintu Baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan kuasa Eropah agar tidak menerima nasib yang sama seperti China dan Burma. Raja Thai mengadakan perjanjian perdagangan dengan Inggeris

Thailand

(1855),ekoran daripada itu perjanjian yang sama ditandatangani di antara Siam dengan Amerika dan Perancis(1856),Denmark(1858),Portugal(1859) dan sebagainya. Mongkut juga telah memberikan hak wilayah asingan kepada Barat.

ii).Pembaharuan dalam negeri

Mongkut menggaji pakar-pakar Barat dalam pelbagai bidang untuk berkhidmat sebagai penasihat dan ketua-ketua dalam pelbagai jabatan.Contoh, Rolin Jaequemins sebagai penasihat umumdan Ann Leonowens sebagai pendidikan.

Raja Mongkut menjalankan dasar pembaharuan dan pembaratan negara Thailand melalui pendididkan, pentadbiran,perundangan,dan sebagainya. Pembaharuan Raja Mongkut dalam bidang ekonomi,sosial,serta agama dan pentadbiran dapat membantu Thailand bagi menjadi negara yang bebas daripada penjajahan.

Memansuhkan sistem mengadap dengan menyembah raja kepada orang asing,mereka dibenarkan menunjukkan hormat dengan cara mereka sendiri. Raja Mongkut juga cuba menghapuskan sistem perhambaan. Mubaligh Kristian dibenarkan menyebarkan agama Kristian di Thailand. Layanan yang sama diberikan kepada semua kuasa Eropah. Raja Chulalongkorn meneruskan dasar perdagangan ayahandanya pembaratan, persahabatan, dan

iii).Penyerahan wilayah naungan Thai kepada Inggeris dan Perancis: Raja Mongkut menyerahkan wilayah naungan (Kemboja) kepada Perancis pada tahun 1867. Raja Chulalongkorn juga melepaskan wilayah naungan, 1888 daerah Tongking Utara, 1893 seluruh daerah di I Timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang, 1904 daerah di sempadan Laos-Thailand dan 1907 wilayah Angkor, Battambang dan Siemreap. b. Burma: i).Pembaharuan dalam negeri: Mengukuhkan kerajaan kerajaan pusat dan menghapuskan unsur-unsur feudal, seperti pada tahun 1861 menghapuskan sistem Myosa. Raja Chulalongkorn juga melepaskan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Inggeris pada tahun1909 demi mengekalkan kemerdekaan Thailand.

Mengambil beberapa pegawai Eropah, Perancis, dan Itali untuk berkhidmat di Burma. Memperkenalkan cukai pendapatan Thathameda ke atas tiap-tiap keluarga. Mewujudkan sepuluh jawatan Kayaigwun yang baru bagi menyelaraskan Myowun.

ii).Ekonomi: Memperkenalkan mata wang syiling, 1861. Menubuhkan kira-kira 50 buah kilang kecil yang diselenggarakan oleh orang Barat, membangunkan perusahaan perlombongan arang batu dan besi. Menggalakkan perdagangan dengan Burma Hilir yang berada di bawah pemerintahan British. iii).Hubungan Luar: Raja Mindon Min benci peperangan, baginda menjalankan dasar berbaik-baik dengan Britain dan kuasa-kuasa Barat yang lain. Baginda menandatangani dua perjanjian perdagangan Inggeris-Burma pada 1862 dan 1867. Antara isi perjanjian ialah pedagang British dan Burma diberi kebebasan berdagang di Burma Hulu dan Burma Hilir, membenarkan seorang ejen british menetap di Mandalay. Baginda bersetuju memansuhkan hak-hak monopolinya kecuali ke atas kayu jati, petroleum, dan batu permata; mengurangkan duti kastam kepada 5% daripada jumlah nilai setiap konsignasi barang-barang; bersetuju membenarkan seorang lagi ejen British menetap di Bhamo dan sebagainya. Pada akhir pemerintahan Raja Mindon Min, hubungan diplomatic BurmaInggeris mulai merosot kerana Inggeris enggan memulangkan wilayah-wilayah Burma yang telah ditawan terutamanya Pegu. Layanan buruk terhadap perwakilan Burma yang dihantar ke London. Mengarahkan wakil Inggeris dan orang asing menanggalkan kasut mereka sebelum masuk ke dalam istana.

KESIMPULAN: Usaha-usaha pembaharuan dan pemodenan yang dijalankan oleh Raja Mongkut dan Chulalongkorn yang terkenal dalam sejarah Thailand dan Raja Mindon terkenal dalam sejarah Burma telah berjaya menahan atau mengekang kemaraan kuasakuasa Barat ke atas Thailand dan Burma pada abad ke 19. Soalan No 4 Terangkan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan beraja di Negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat Pendahuluan 1. timur. 2. 3. Sistem ini berasaskan campuran sistem tempatan dengan Maharaja di China dan Jepun memainkan peranan penting pengaruh agama Buddha dan Confucius di China dan Shinto di Jepun. dalam kerajaan sehinggalah pemantapan kuasa barat. Isi-isi A. CHINA (221 210 S.M) dari Dinasti Chin 2. maharaja menduduki tonggak kerajaan dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di peringkat pusat 3. maharaja memberikan kuasa autonomi kepada pentadbir awam dan gabenor di peringkat wilayah 4. tradisi masyarkat China menganggap maharaja sebagai Son of Heavan iaitu maharaja dikatakan mendapat mandat dari syurga untuk memerintah dunia 5. maharaja mempunyai kedudukan yang paling tinggi dan berpengaruh di dunia dan - bertanggungjawab penuh ke atas keamanan dan kemakmuran rakyat dan Negara 1. gelaran maharaja mula diguna pakai semasa pemerintahan maharaja Shih Huang Ti Sistem beraja merupakan satu bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kebanyakan negara di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia

6. sebarang bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh maharaja akan menyebabkan baginda kehilangan mandat dari syurga dan dan Negara akan mengalami kemusnahan dan bala bencana 7. sebagai balasan ,wujud kebangkitan menentang sistem pemerintahan maharaja seperti dalam Dinasti Manchu pada akhir abad ke 19

B.

JEPUN 1. sistem pemerintahan maharaja agak berbeza dibandingkan dengan negara 2. maharaja di Jepun tidak mempunyai kuasa khususnya selepas tahun 1192M 3. kekuasaan sebenar dalam pemerintahan terletak di tangan golongan bangsawan yang dikenali sebagai daimyo i. bagi mengukuhkan kuasa, daimyo akan membentuk satu pasukan tentera yang kuat di bawah pimpinan golongan samurai ii. dengan ini daimyo mampu meluaskan pengaruh dengan menguasai wilayah2 lain di samping mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah mutlak iii. pada masa pemerintahan Shogun Tokugawa tahun 1603 beliau menerajui pemerintahan dengan kuasa penuh iv. golongan Shogun merupakan pentadbir daerah yang menduduki kelas kedua selepas maharaja v. maharaja hanya menjadi boneka di istana vi. pemerintahan sebenar dilakukan oleh Shogun Tokugawa yang dianggap sebagai maharaja Jepun vii. setelah maharaja Meiji menaiki takhta pada tahun 1868 menggantikan Keshogunan Tokugawa, negara Jepun mengalami satu proses peralihan dari zaman tradisional kepada era pemodenan viii. Kesimpulan Meiji memperkenalkan pemerintahan pusat dengan menghapuskan sistem feudal yang dikuasai oleh daimya dan samurai

1. 2.

Di Negara China , sistem beraja tamat apabila tercetusnya Kejatuhan Dinasti Manchu Februari 1912 menjadi simbol

Revolusi China tahun 1911 kehancuran pemerintahan bercorak dinasti di China yang kemudiannya diganti dengan sistem republik 3. 4. Soalan no 5 Huraikan peranan golongan pembesar di Vietnam, Burma, Thailand dan Jepun sebelum kedatangan Barat. Pendahuluan Isi A Peranan pembesar di Thailand 1. membentuk sebahagian penting dalam keseluruhan sistem pemerintahan 2. pembesar terdiri daripada kalangan bangsawan yang digelar kunnang dan anakanak raja 3. pembesar dibahagikan kepada beberapa krom ( jabatan ) 4. jabatan paling berprestj krom mahattai(jab. Hal Ehwal Pentadbiran Awam) ,krom kalahon (jab,Pertahanan) dan krom khlang (jabatan kewangan dan hubungan luar) 5. pembesar yang mengetuai ketiga-tiga krom ialah pembesar kanan yang berhubung terus dengan raja sistem pembesar diwujudkan bagi membantu raja atau maharaja melaksanakan tugas-tugas pentadiran. Pembesar menduduki lapisan kdua selepas raja atau maharaja dalam sistem feudal. Pembesar dibahagikan kepada wilayah, daerah dan kampong. Mereka mempunyai tugas dan peranan masing-masing . beberapa tahap iaitu peringkat pusat, peringkat Di Jepun pula kerajaan berparlimen diperkenalkan bagi Maharaja Meiji memerintah sebagai raja berperlembagaan. menaikkan imej negara Jepun Setanding dengan negara barat

6. ketua krom kalahon memakai gelaran Samuha Phra kalahon(ketua menteri).. Beliau mentadbir bahagian selatan dan menjaga aspek pertahanan. 7. Ketua krom mahattai pula memakai gelaran Samuha Nayok dan bertanggungjawab mengawal wilayah utara selatan 8. ketua krom khlang memakai gelaran Chao Phraya khlang dan bertanggungjawab mengawal kawasan-kawasan pesisiran pantai dan Teluk siam 9. terdapat dua peringkat pentadbiran pembesar di Siam iaitu pembesar pusat dan pembesar daerah. 10. matlamat pembesar adalah menguasai sumber tenaga manusia penting bagi menjamin kedudukan politik, ekonomi dan sosial mereka . B. Pembesar di Jepun. 1. Shogun Tokugawa wujudkan sisem pembesar untuk mengukuhkan kedudukannya dan mengelakkan daripada berlakunya sebarang ancaman. 2. Shogun pemerintah di peringkat pusat. 3. Pembesar wilayah atau daimyo pentadbir peringkat wilayah. 4. Daimyo dibahagikan kepada tiga kelas iaitu Shimpan, Fudai dan Tozama 5. Shimpan sama keturunan dengan Shogun ditempatkan di wilayah-wilayah strategik supaya menjadi barisan pertahanan pertama Shogun 6. Fudai adalah keluarga yang dinaikkan Shimpan dengan wilayah daimyo shogun 7. Tozama diberi wilayah-wilayah yang jauh iaitu wilayah yang baru ditewaskan. C, Pembesar di Vietnam 1. Semasa pemerintahan Maharaja Gia Long, hak-hak istimewa golongan bangsawan dihapuskan. 2. Maharaja sebagai ketua kerajaan dibantu oleh golongan mandarin kelulusan ajaran Confucius. 3. Mandarin mengetuai jabatan-jabatan yang dibentuk untuk membantu maharaja. Mereka ini menjadi pembesar di Vietnam. pangkat ke taraf daimyo oleh shogun Iyeyasu atau penggantinya. Daimyo jenis ini berselerak antara wilayah daimyo

4. Mandarin memiliki keistimewaan dalam sistem pemerintahan kerajaan 5. Pembesar di peringkat di daerah berperanan mengutip cukai, melatih tentera, menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat serta menguruskan hal kehakiman. 6. pembesar paling rendah pangkatnya ialah pembesar di peringkat kampung.

D. Pembesar di Burma 1. Wungyi selaku menteri kanan dalam kerajaan mempunyai taraf yang tertinggi dan menjalankan kuasa raja. 2. Wungyi dibantu oleh Wundauk (menteri muda) 3. Atinwun mempunyai darjat lebih rendah daripada wundauk. Atinwun lebih berkuasa kerana mereka bertugas di istana dan lebih rapat dengan raja. Atinwun bertanggungjawab mengendalikan petugas-petugas istana. 4. sistem pembesar daerah berpusat di pusat-pusat daerah yang tertentu. 5. Gabenor atau Myowun bertanggungjawab ke atas sistem pentadbiran daerah. 6. Myosa atau tuan-tuan tanah juga terlibat dalam system pentadbiran daerah 7. ketua kampung atau Myothugyi memainkan peranan memungut cukai dan menjalankan pentadbiran undang-undang. E. Kesimpulan 1. peranan pembesar sebagai pembantu dan pelaksana arahan daripada raja dan maharaja mulai berubah apabila pemerintahan bercorak barat diperkenalkan. 2. peranan pembesar telah digantikan dengan pegawai penjajah.

Soalan No 6 Bandingkan peranan samurai dan uleebalang Acheh serta perubahan yang berlaku terhadap golongan ini pada abad ke 19 dan ke 20 Pendahuluan : Golongan samurai dan uleebalang merupakan pegawai yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk membantu menjalankan tugas Golongan ini mempunyai pengaruh yang kuat dan mempunyai pengikut yang ramai. Merupakan pahlawan yang menjunjung perintah raja/ maharaja Isi-isi penting A. Peranan golongan samurai 1. golongan pahlawan menjunjung kuasa pemerintahan shogun dan daimyo mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat dan dalam keadaan aman. Mengikut G.B. Sansom dalam bukunya Japan A Cultural History Dalam masa aman kehidupan golongan Daimyo dan Samurai ditanggung oleh petani. Petani adalah jentera untuk menghasilkan beran bagi mengisi perut golongan samurai Manjalankan / melaksanakan fungsi sebagai tentera yang penting semasa 2. kemunculan Ieyasu Semasa keamanan golongan ini tinggal di Edo dan Bandar-bandar istana serta mengubah cara hidup seperti suka kepada kemewahan dan boros Mereka menjadi lemah dan bergantung kepada orang lain Apabila pendapatan shogun dan daimyo terjejas mereka telah mengurangkan gaji

samurai atau menahan sebahagian daraipada gaji golongan ini 3. Golongan Samurai menghadapi masalah ekonomi yang serius Kesetiaan golongan ini merosot secara beransur-ansur kepada shogun dan daimyo Mereka menjadi ronim atau samurai yang tidak bertuan

Perubahan a. 1876 - kerajaan mengharamkan pemakaian pedang oleh golongan samurai b. Gaji yang di beri dalam bentuk beras ditukar kepada wang tunai begitu juga elaun c. Elaun tahunan digantikan dengan pembayaran sekaligus dalam bentuk bon-bon kerajaan yang akan matang dalam masa 14 tahun dengan kadar faedah 7% d. Samurai diserap sebagai pegawai kerajaan dan di bayar pencen tetapi tidak mencukupi e. Golongan ini juga terpaksa menjalankan kerahan tenaga walaupun dianggap tidak layak f. tekanan ini menyebabkan golongan samurai melakukan penentangan seperti pemberontakan Saigo Takamori di Kyushu 1877. Akibatnya samurai hilang kuasa dan kedudukan tradisi mereka Peranan Uleebalang di Acheh 1. 2. 3. 4. merupakan tunjang kekuatan kerajaan Acheh Sewaktu upacara-upacara rasmi uleebalang akan duduk di Bertanggung jawab menjaga keselamatan raja sewaktu raja Mengikut William Marsden dalam bukunya The History of

sebelah kanan raja berada di luar istana Sumatra Uleebalang di Acheh dilengkapi dengan kelengkapan ketenteraan terbaik setanding dengan tentera barat

5. 6. 7. 8.

Muncul

sebagai golongan yang di hormati dan dianggap

pemimpin dalam masyarakat Acheh Ada yang dilantik sebagai pembesar daerah spt Teungku Raja Mempertahankan wilayah daripada dikuasai oleh kuasa asing Golongan ini terus memberi penentangan melalui perang gerila Pakeh Dalam yang memegang daerah Pidie cth mempertahankan Kotaraja daripada dikuasai Belanda pada tahun 1873 mulai tahun 1874 apabila Belanda menguasai Kotaraja dan ini menyebabkan kedudukan Belanda di Acheh tidak selamat Perubahan 1. 2. 3. Menjelang abad ke 20 pembabitan golongan uleebalang Golongan Belanda ulama bertindak mengambil alih peranan golongan semakin berkurang uleebalang. Cth Teungku Cik mengisytiharkan perang jihad ke atas Belanda meneutralkan dengan menyerapkan golongan ini ke dalam birokrasi dengan melantik mereka sebagai pembesar daerah. Ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya dan mengawal keadaan diAcheh 4. Belanda mengadakan perjanjian dengan golongan ini dan melalui perjanjian ini Belanda berjaya menghapuskan peranan dan kedudukan tradisi golongan uleebalang di Acheh Penutup Walaupun golongan samurai dan uleebalang memainkan peranan penting dan menjadi tonggak kepada kerajaan tetapi dengan perubahan-perubahan yang berlaku menyebabkan kedudukan ini terhapus Soalan No 7 Bincangkan perbezaan sistem perundangan yang membawa kepada antara kuasa Barat dengan Negara China pertikaian

Pengenalan ; Peraturan dan undang-undang merupakan Negara Di negara China undang-undang dikawal oleh pemerintah dan undang-undang digunakan untuk megawal kesetiaan golongan pembesar dan rakyat. Bagi orang-orang barat undang-undang China tidak boleh diterima kerana dianggap zalim dan keterlaluan Isi-isi penting 1. Perundangan China terbahagi kepada 2 bahagian. i. Bahagian pertama - Undang-undang Maharaja atau Dikri Maharaja. Tujuan untuk menyelesaikan masalah negara dari sudut politik dan ekonomi ii. Bahagian kedua Undang-undang yang dikeluarkan oleh pembesar wilayah. Bersifat tempatan dan dikendalikan oleh Pesuruhjaya. 2. Konsep undang-undang China mengikut Doktrin Tanggungjawab secara kumpulan i. Ahli kumpulan bertanggung jawab secara kolektif untuk menerima hukuman yang setimpal ii. Tidak ada kesalahan yang tidak mempunyai pesalah dan tidak dihukum iii. Cth : Seorang pekerja memukul orang dan melarikan diri, majikan akan bertanggung jawab. iv. Ini tidak boleh diterima oleh Barat kerana perundangan Barat menekankan bahawa setiap kesalahan merupakan tanggungjawab individu. Orang lain tidak harus menerima hukuman terhadap kesalahan orang lain. 3. Undang-undang China menekankan prinsip seseorang yang dituduh bersalah akan dianggap bersalah sehingga dia membuktikan kebenaranya. Mengikut pndapat orang barat pula, seseorang yang melakukan jenayah itu tidak boleh disabitkan kesalahannya jika tidak ada bukti yang menunjukkan dia bersalah garis panduan yang diamalkan oleh sesebuah Negara untuk menjaga keamanan dan keharmonian masyarakat dan

4. Hukuman yang dikenakan adalah derdasarkan budi bicara pemerintah atau golongan yang diberikan kuasa menjalankan hukuman. Tidak ada badan penasihat untuk menasihati jenis-jenis hukuman yang patut dikenakan : Hukuman yang dikenakan spt cekik sampai mati, belasah dengan buluh, memotong tubuh pesalah dan membenarkan membunuh diri menggunakan ugutan dan penyeksaan yang kejam bagi membolehkan pesalah mengaku kesalahan. Bagi orang-orang barat konsep perundangan China ini dianggap tidak bertamadun, tidak adil dan penuh dengan rasuah. Terdapat pesalah yang terlepas setelah hakim menerima rasuah 5. Undang-undang China turut mengenakan hukuman yang sama kepada warga asing. Apabila warga asing dituduh membunuh dan diserahkan kepada pemerintah China mereka akan dihukum gantung tanpa mendapat perbicaraan yang adil : Cth ; Kes Terranova - Seorang warga Itali yang bekerja diatas kapal Amerika dituduh membunuh seorang wanita China telah diserahkan kepada pihak berkuasa China dan beliau dihukum cekik sampai mati walaupun pihak berkuasa Amerika di China mengetahui yang tertuduh tidak bersalah. Keadaan ini bertentangan dengan perundangan barat kerana pada orangorang barat setiap kesalahan perlu dibicarakan dengan adil sebelum menjatuhkan hukuman Penutup Kehadiran kuasa barat telah membawa bersama sistem politik, ekonomi malah dapt dan perundangan. Sejajar dengan itu perundangan tempatan juga mengalami perubahan dan bersifat lebih kebaratan. Soalan no 8 Terangkan peranan maharaja dalam sistem pemerintahan beraja di Negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa barat Pendahuluan

-

Sistem beraja merupakan satu bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kebanyakan negara di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia timur. Sistem ini berasaskan campuran sistem tempatan dengan pengaruh agama Buddha dan Confucius di China da