sejarah awal sandakan

11
Asal-usul nama Sandakan Mengikut catatan Sejarah, nama Sandakan berasal daripada perkataan Sulu iaitu “SANDAK” bererti “pajak gadai”. Jadi pengertian keseluruhannya adalah "bandar yang di pajak gadai". Catatan sejarah mengenai bandar ini bermula pada abad ke- 15 hinggalah kini. Bandar ini pernah dikuasai oleh Kesultanan Sulu dan di buka oleh suku kaum Taosug (Suluk), pedagang dari Austria, German dan Scotland. Ia menjadi bandar di bawah kuasa British sejak tahun 1879 hingga 1969 sebelum Sabah menyertai Malaysia. Zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1942-1945 telah meninggalkan banyak peristiwa pahit di kalangan penduduk Sandakan terutamanya golongan peniaga bangsa Cina. Bandar Sandakan merupakan bandar yang cukup unik dengan tinggalan sejarahnya yang masih dikekalkan sehingga kini. SEJARAH AWAL SANDAKAN

Upload: laguna-guna

Post on 01-Jul-2015

2.646 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH AWAL SANDAKAN

Asal-usul nama SandakanMengikut catatan Sejarah, nama Sandakan berasal daripada perkataan Sulu iaitu “SANDAK” bererti “pajak gadai”.  Jadi pengertian keseluruhannya adalah "bandar yang di pajak gadai". Catatan sejarah mengenai bandar ini bermula pada abad ke-15 hinggalah kini.  Bandar ini pernah dikuasai oleh Kesultanan Sulu dan di buka oleh suku kaum Taosug (Suluk), pedagang dari Austria, German dan Scotland. Ia menjadi bandar di bawah kuasa British sejak tahun 1879 hingga 1969 sebelum Sabah menyertai Malaysia. Zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1942-1945 telah meninggalkan banyak peristiwa pahit di kalangan penduduk Sandakan terutamanya golongan peniaga bangsa Cina. Bandar Sandakan merupakan bandar yang cukup unik dengan tinggalan sejarahnya yang masih dikekalkan sehingga kini.

SEJARAH AWAL SANDAKAN

Page 2: SEJARAH AWAL SANDAKAN

Bandar Sandakan sememangnya unik kerana ia terdiri daripada pelbagai kaum justeru itu menghasilkan pelbagai kebudayaan mengikut kebudayaan suku kaum masing-masing. Antara kaum yang telah lama menetap di Bandar Sandakan adalah kaum Cina, Suluk, "Bajau Simunul", Bisaya dan suku kaum Sungai dan beberapa suku kaum yang lain.

SENI dan KEBUDAYAAN SANDAKAN

Ini merupakan pakaian tradisi suku kaum Sungai dari daerah Sandakan dan lazimnya di pakai dalam persembahan tarian Titika.

Pakaian ini merupakan salah satu pakaian tradisi suku kaum Sungai. Pada amnya ia di pakai dalam pertunjukan tarian saputangan dalam majlis-majlis tertentu.

Page 3: SEJARAH AWAL SANDAKAN

Ini adalah pakaian tradisi suku kaum Kadazan Labuk dari daerah Sandakan. Di pakai dalam majlis-majlis perayaan tertentu.

Pakaian ini adalah pakaian tradisi suku kaum Bajau

Simunul.

Ini adalah pakaian tradisi suku kaum Bajau. Pada masa ini lazimnya pakaian ini di pakai untuk persembahan tarian Mengiluk.

Page 5: SEJARAH AWAL SANDAKAN

Di seberang Pulau Libaran, 40 kilometer dari Timur-Utara Sandakan dan berhampiran dengan Sempadan Malaysia dan Filipina, terdapat sekelompok pulau-pulau yang terdiri daripada tiga pulau kecil yang berhampiran iaitu Pulau Selingan, Pulau Gulisan dan Pulau Bakkungan Kecil. Pulau-pulau ini merupakan pulau-pulau yang terutama di timur-selatan Asia di mana penyu-penyu mendarat dan bertelur di pantainya

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

Page 6: SEJARAH AWAL SANDAKAN

PULAU BERHALA

Pulau Berhala terletak di luar pintu masuk Teluk Sandakan berdepan dengan perkampungan Sim-Sim. Antara yang unik di pulau ini adalah dua buah bukit batupasir yang bercantum dengan ketinggian 600 kaki. Di atas bukit terdapat rumah api

Pusat Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok yang terletak 25 kilometer dari Bandar Sandakan, mempunyai keluasan 43 kilometer persegi.  Pusat Pemuliharan Orang Utan Sepilok merupakan sebuah hutan asli yang terpelihara.

PUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN SEPILOK

LABUK BAY PROBOSCIS MONKEY SANCTUARY

menawarkan satu lagi kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis Monkey) untuk pelancung yang ingin melihat haiwan ini secara dekat tanpa perlu pergi lebih jauh lagi. Santuari ini terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan. Ia terletak sejauh 38 km dari Lapangan Terbang Sandakan dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke pusat ini.

Page 7: SEJARAH AWAL SANDAKAN

TAMAN BUAYA

Taman Buaya ini terletak di Batu 8, Jalan Labuk,

Sandakan. Taman Buaya merupakan pusat pemeliharaan buaya berlesen yang tunggal di Sabah. Pemilik Pusat ini, merupakan keluarga yang memiliki beberapa buah kapal ikan yang besar. 

Taman Perikanan Jaya dirancang dan direka khas untuk memberi pengalaman memancing ikan-ikan segar terus dari kolam ikan yang disediakan. Ia terletak di Batu 11, di kawasan Hutan Hujan Tropika dengan keluasan 5.24 ekar. Ini merupakan tempat untuk berehat dan bergembira di samping melakukan aktiviti memancing bersama keluarga pada hujung minggu atau hari cuti.

TAMAN PERIKANAN JAYA

Semasa Perang Dunia ke Dua, Sandakan telah di pilih oleh orang Jepun sebagai pusat khemah tahanan iaitu ‘Penjara Masa Perang’ untuk menahan orang-orang tahanannya. Satu daripada khemah ini terletak di belakang Taman Rimba, Batu 8, Jalan Labuk. Kebanyakan orang-orang tahanannya adalah terdiri daripada orang Australia. Tinggalan bangunan dan peralatan-peralatan yang lama masih boleh dijumpai di kawasan ini. Pada tahun 1986 melalui sumbangan derma dan sokongan dari keluarga-keluarga serta kawan-kawan orang-orang tahanan Australia, tempat ini telah dibersihkan dan sebuah batu peringatan telah didirikan untuk memperingatkan jasa-jasa mereka semasa penjajahan Jepun.

AUSTRALIAN MEMORIAL

Page 8: SEJARAH AWAL SANDAKAN

AGNES KEITH’S HOUSE

Agnes Keith adalah seorang rakyat Amerika yang tinggal di Sandakan dari tahun 1934 hingga 1952 bersama suaminya Harry Keith, seorang konservator  pengarah pertanian. Mereka tinggal di dalam sebuah rumah papan yang cantik letaknya di Jalan Istana, Bukit Merah. Rumah ini telah musnah semasa perang dunia kedua dan dibina semula oleh kerajaan mengikut reka bentuk Harry Keith. Beliau telah menulis tiga buah buku yang mengambarkan keadaan dan kehidupan di Sandakan pada masa itu, tajuk-tajuk buku yang dikarangnya ialah ‘Land below the Wind’, ‘Three came home’ dan ‘White man returns’. Buku bertajuk "Land Below The Wind" telah mempopularkan Negeri Sabah sebagai sebuah negeri di bawah bayu di peringkat antarabangsa. Rumah Agnes Keith akan dijadikan Muzium Cawangan Sandakan.

ST. MICHAEL AND ALL ANGELS CHURCH

St. Michael merupakan sebuah bangunan batu teguh yang pertama di Sandakan. Bangunan ini di reka oleh seorang New Zealand, Encik B W Mountfort, kerja pembinaan dimulakan pada tahun1893. Pada mulanya kayu belian digunakan dan diikuti batu-bata, yang dipercayai dari kampung Sim Sim. Pembinaan bangunan gereja ini telah mengambil masa lebih kurang 20 tahun dibuat daripada batu batan. Gereja Saint Michael masih kekal sebagai antara satu daripada beberapa buah bangunan batu yang tinggal dan

merupakan antara pembinaan yang terbaik di Sandakan.

Kuil Puu Jih Shih merupakan kuil yang terbesar di Sandakan. Letaknya di atas sebuah bukit di Tanah Merah. Kedudukan Kuil Puu Jih Shih yang cantik dan sifatnya curam dan kemewahannya membuatnya begitu mudah ternampak di Bandar Sandakan.

PUU JIH SHIH

Page 9: SEJARAH AWAL SANDAKAN

Selepas perang dunia kedua, Masjid Bandar di bina di atas sebuah bukit berhampiran ‘Old Slipway’. Masjid ini kecil dan tidak dapat memuat ramai orang. Keperluan untuk mendapat sebuah masjid yang lebih besar dan tapak yang sesuai mula ketara pada tahun 1970. Sehingga tahun 1984 keperluan untuk mendapatkan sebuah masjid baru, iaitu Masjid Besar Sandakan telah menjadi kenyataan, pembinaan telah dimulakan sehingga tahun 1988 pembinaan ini siap. Walaupun Masjid Besar Sandakan ini sederhana tetapi ia kelihatan anggun dan tetap menarik perhatian dengan lokasinya yang terletak di Teluk Sandakan.

Kuil Sam Sing Kung merupakan salah sebuah kuil yang tertua di Sandakan. Pada tahun 1887, dengan usaha bersama Persatuaan Kantonis, Teochew, Hakka dan Hainanese, Kuil Sam Sing Kung telah di bina di bahagian kaki bukit berdekatan dengan Kuil Kuan Ying. Kuil ini merupakan kuil yang terletak berdekatan dengan Padang rekreasi Sandakan

MASJID BESAR SANDAKAN

SAM SING KUNG

Page 10: SEJARAH AWAL SANDAKAN

EKONOMI SANDAKAN

Bandar Sandakan merupakan bandar yang kaya dengan pelbagai sumber sejak awal abad ke 18 lagi. Keistimewaan dan kekayaan sumbernya telah menarik ramai pelabur asing untuk menjalankan perniagaan. Kayu balak merupakan hasil yang telah banyak membawa keuntungan kepada pelabur asing. Selepas perniagaan balak merosot timbul kelapa sawit yang merupakan ekonomi utama Sandakan. Selain dari itu perikanan, pelancongan dan sarang burung juga merupakan kegiatan ekonomi penting Sandakan.

Pembalakan

pertanian

Perikanan

pelancongan

sarang burung

Page 11: SEJARAH AWAL SANDAKAN

SEKIAN TERIMA KASIH