sejarah ringkas negeri kedah
DESCRIPTION
folio sejarahTRANSCRIPT
SEJARAH RINGKAS NEGERI TANAH MELAYU ||| <Negeri Kedah> (Pengenalan Sejarah Ringkas)November 25, 2010 at 2:51am
(KEDAH DARUL AMAN) Nama negeri Kedah mempunyai persamaan dengan perkataan Kadah atau Khedah yang
bermaksud perangkap gajah. Namun demikian, besar kemungkinan nama Kedah bukan berasal daripada perkataan
tersebut. Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam. Kadaram bermaksud kuali besar dan kalagam pula
bermaksud warna hitam. Pada zaman dahulu, pedagang-pedagang Arab dan Parsi memanggil kawasan yang terletak di
sebelah utara Semenanjung sebagai Kilah, Kalah atau Qalha. Kerajaan Langkasuka yang seringkali dikaitkan dengan
kisah-kisah percintaan di kalangan orang Melayu juga dipercayai terletak di Kedah. Sisa peninggalan ibu negerinya
dijumpai di sebelah tenggara banjaran pergunungan Kedah. Menurut catatan sejarah, Kedah yang dikenali sebagai
Khatarai oleh pedagang-pedagang dari India mula dijadikan sebagai tempat persinggahan mereka seawal Kurun ke-6.
Para ahli-ahli sejarah mempercayai bahawa Lembah Bujang merupakan pusat kerajaan lagenda Langkasuka. Ini
dibuktikan dengan penemuan lebih daripada 50 buah kuil atau candi yang jelas menunjukkan kewujudan tamadun Hindu
di tempat ini.
PAKAIAN
Di Kedah, pakaian tradisional yang terkenal ialah Baju Kedah. Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai. Pakaian
ini dipakai oleh ramai wanita Kedah. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian sehari-hari atau pakaian basahan. Ia
dibuat singkat sampai keparas punggung dan biasanya dipakai dengan kain batik atau pun pelikat tanpa banyak
hiasan.
Orang lelaki Kedah pula gemar memakai Seluar Hitam dan Baju Baba yang juga berwarna hitam. Selain daripada Baju
Baba, dipakai juga baju Melayu Cekak Musang dan Baju Petani Leher Johor, sampingnya Kain Pelikat Tapak Catur dan
setangan dikepala ialah kain batik. Di pinggang sentiasa terselit Golok Kedah. Masing-masing tidak berkasut dan yang
berada Berpayung Cina. Orang-orang yang dihormati pula memakai Kain Bebat di pinggang. Bebat yang baik ialah dari
Sutera Siam atau pun Kain Cindai.
Perhiasan pakaian kepala pula merupakan jenis-jenis pakaian kepala seperti tengkolok, selendang, songkok dan
semutar. Perhiasan diri pula merupakan barang-barang kemas yang terdiri dari rantai, gelang tangan, gelang kaki,
subang dan cincin. Kasut pula terdiri daripada terompah kayu, kasut-kasut yang bertekat dan ditaburi dengan manik.
Kehebatan dan kepelbagaian Pakaian Tradisional Kedah dianggap sebagai satu cabang kebudayaan tradisi Kedah yang
menekankan bentuk-bentuk dan reka corak yang tersendiri.
Baju Kedah
Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai. Baju Kedah selalunya diperbuat daripada kain cita (kapas) yang
berbunga kecil ataupun kain kasa nipis yang jarang dan keras. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian sehari-hari
atau pakaian basahan. Ia dibuat singkat sampai ke paras punggung dan biasanya dipakai dengan kain batik atau pun
pelikat tanpa banyak hiasan.
Baju Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai di mana wanita kini memakai baju yang berleher potongan bujur sireh.
Ianya dikenakan bersahaja ketika bekerja di rumah sebagai pakaian harian.
Baju Kurung Cekak Musang
Baju Kurung Cekak Musang mula diperkenalkan pada tahun 1930an. Baju Kurung Cekak Musang yang lengkap
mengandungi baju, seluar, samping, bengkong dan tengkolok.
Pakaian Lindungan Bulan
Pakaian lindungan bulan dikatakan pakaian puteri Kedah. Pakaian wanitanya terdiri daripada kebaya labuh, kain sarung
dan selendang. Sementara pakaian lelakinya pula, ialah baju belah hadapan, seluar aceh, samping dan tengkolok.
REKA BENTUK RUMAH
Rumah dan Peralatan Pertukangan Tradisional Melayu Kedah- Pengenalan
Pengenalan
Di Kedah, rumah-rumah tradisional begitu berkurangan kerana telah
banyak dirobohkan dan digantikan dengan rumah-rumah yang moden.
Rumah-rumah tradisional lama dihiasi indah dengan ukiran-ukiran. Ini
menyebabkan sukar untuk mendapatkan rumah-rumah seperti ini
sekarang kerana tiada tukang-tukang yang mahir untuk membina
rumah-rumah seperti ini.
Pembinaan rumah tradisional menggambarkan tentang ketinggian
mutu kesenian orang-orang Melayu dahulu. Pembinaan rumah-rumah
mereka dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan juga kebudayaan. Ini
mereka tonjolkan pada ukiran-ukiran yang terdapat pada rumah
mereka seperti tumbuh-tumbuhan, kehidupan dan juga benda.
Rumah orang-orang Melayu Kedah dahulu biasanya mempunyai
serambi, rumah ibu, rumah tengah dan dapur. Bumbung yang
kebiasaannya terdapat ialah bumbung perak dan juga bumbung
panjang.
Jika kita lihat tinggalan warisan ini kita dapat katakan bahawa orang-
orang Melayu dahulu begitu pentingkan kecantikan dan keunikan
rumah mereka. Mereka begitu teliti dalam membina rumah dari segi
pembinaannya mahupun pemilihan tapak rumah supaya mereka akan
hidup aman tenteram sepanjang masa.
Rumah Panjang
Rumah panjang di Kampung Kodiang Lama Kedah. Pada bahagian dinding terdapat kelarai yang diperbuat daripada pokok bertam.
Rumah Panjang
Rumah panjang Kedah di Kampung Kodiang Lama yang pada dindingnya terdapat kelarai yang dibuat daripada
pelupuh.
Rumah Beranjung
Rumah beranjung dan mempunyai beranda ini dirakam di Kampung Sungai Ular, Kulim Kedah.
Rumah Tradisional Rumah tradisional ini kepunyaan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok, Kedah.
Rumah Tradisional Salah sebuah rumah tradisional yang terdapat di Langgar, Kedah.
Rumah Beranjung
Rumah beranjung dan mempunyai beranda ini dirakamkan di Yan, Kedah.
KEBUDAYAAN Tarian-tarian di Kedah- Jenis Tarian
Tarian Canggung
Tarian Canggung amat popular di bahagian Utara Semenanjung Malaysia seperti Negeri Perlis dan Kedah. Dalam
bahasa Thai, canggung bermaksud menari. Tarian Canggung biasanya ditarikan pada musim-musim keramaian seperti
selepas musim menuai. Tarian ini bertujuan meghiburkan para petani. Tarian ini disertakan dengan berbalas-balas
pantun oleh pemuda dan pemudi yang menarikannya.
Jikey
Jikey adalah teater rakyat yang berbentuk drama tari yang terkenal dikalangan penduduk-penduduk Utara
Semenanjung terutamanya di Negeri Kedah. Jikey juga berunsur pemujaan Watak India atau Benggali ini berjanggut
dan berbaju merah serta selendang dililitkan di kepala. Watak lawak memakai singlet atau kemeja, seluar serta kain
batik sebagai samping serta topeng. Raja berpakaian dari songket warna biru muda lengkap dengan mahkota serta
memakai rantai leher yang dibuat dari manik. Watak puteri memakai baju maxi. Dalam persembahan Jikey, warna
merah menjadi pilihan utama sama ada dari penggunaan tirai hinggalah kepada pakaian watak-wataknya. Alat-alat
muzik yang digunakan ialah gendang, serunai, cerek yang diperbuat daripada buluh, loceng dan tamborin.
arian Cinta Sayang
Tarian Cinta Sayang merupakan tarian yang terkenal di Negeri Kedah. Tarian ini merupakan sejenis tarian untuk
bersukaria atau penyeri majlis. Penari-penarinya menari berpasang-pasangan iaitu lelaki dan wanita. Penari-penari
lelaki memakai baju Melayu yang lengkap dengan songkok dan kain songket. Penari-penari wanita memakai baju
kebaya labuh dan selendang panjang disangkut di bahu.
Mek Mulung
Mek Mulung adalah drama tari rakyat yang berasal dari Siam tetapi telah diperkenalkan kepada masyarakat Negeri
Kedah iaitu Kampung Perik, Kuala Nerang dan akhirnya ke Kampung Wang Tepus, Jitra. Persembahan Mek Mulung akan
dimulakan dengan 'bertabuh' di mana alat muzik akan dimainkan serentak. Upacara pembukaan akan dimainkan
dengan 'lagu bertabik'. Raja atau Pak Mulung merupakan watak utama. Ia dibantu oleh tiga peranan iaitu Peran Tua,
Peran Muda, Peran Kiau dan ahli nujum yang dipanggil Tok Wak. Pakaian Raja atau Pak Mulung ialah sepasang baju
Melayu, samping songket, tengkolok, sibai, ikat bengkung dan sebilah keris. Manakala Peran memakai kain pelekat,
ikat pinggang, baju singlet serta seluar. Tok Wak pula memakai kain biasa serta topeng. Alat-alat muzik terdiri dari
semborong, ibu semborong, anak semborong, gong, serunai dan cerek.
MAKANANAntara Kuih-muih Tradisional Kedah- Pengenalan
Di kalangan masyarakat Kedah, kuih-muih dan cucur mempunyai tempat yang istimewa dalam budaya makanan.
Daripada kuih-muih dan cucur utara ini dapat dilihat keperibadian masyarakat yang umumnya mengutamakan segala
yang seni dan halus. Di samping itu, ketelitian, kesusahan dan kesungguhan diutamakan.
Pada masa kini, kuih-muih tradisional ini terdapat dengan banyaknya di Pekan Rabu, Alor Setar.
Baulu (Bualu)
Bahan-bahan:
1 mangkuk telur ayam
1 mangkuk gula
Tepung gandum (digoreng)
Minyak secukupnya
Cara membuatnya:
1. Telur dipukul dengan gula hingga naik. Adunan ini dicampur dengan tepung. Acuan disapu dengan minyak.
Kemudian dipanaskan menggunakan bara api di atas dan di bawah seperti yang dilihat dalam gambar.
2. Adunan dituang ke dalam acuan dan tutup.
3. Bakar atas api yang sederhana.
4. Untuk melekangkan baulu, terbalikkan acuan dan ketuk belakangnya.
1 2
3 4
5
"Penimbuk" Baulu
Cucur Peniram
1 2
3 4
KUEH KARAS
2 3
4 Karas dilipat dalam pelbagai bentuk
KUIH KAPAL TERBANG
KUIH LOYANG
CUCUR JAWA
GEDUNG CAK (BENGKAP ATAP)
TEPUNG TORAK
"Kuih ini disebut di dalam "Hikayat Terung Pipit" , Hikayat mengenai Kedah Tua. Ia disaji bersama cucur peniram sebagai hidangan jamuan, kata hikayat itu".