sejarah sekolah smk batu lapan
TRANSCRIPT
PERANCANGAN STRATEGIK 2014 - 2016
SMK Batu Lapan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1985 di Batu Lapan,
Jalan Puchong. Sekolah ini agak dingin kerana dikelilingi hutan dan
terletak di atas bukit. Tujuan penubuhan sekolah ini ialah bagi menampung
kemasukan murid-murid Darjah Enam ke Tingkatan Peralihan dan
Tingkatan Satu. Selain itu, bagi memudahkan para ibu bapa yang tinggal
berdekatan supaya tidak perlu menghantar anak mereka ke satu-satunya
sekolah menengah yang berdekatan pada masa itu yang terletak di Batu
14.
Nama sekolah ini diambil daripada nama tempat letaknya sekolah iaitu di
Batu Lapan Jalan Puchong. Ini memudahkan mana-mana pihak untuk
mencari lokasi sekolah ini. Terdapat syor-syor untuk menukar nama SMK
Batu Lapan Jalan Puchong tetapi terdapat bantahan daripada ibu bapa
dan guru-guru berketurunan Cina kerana dalam kepercayaan orang Cina,
nombor lapan bererti tuah. Diharapkan melalui pengekalan nama ini,
sekolah ini akan terus maju dan progresif menuju ke visi sekolah.
Sekolah ini telah memulakan sesi persekolahan yang pertama pada tahun
1985 dengan 261 orang pelajar dan 14 orang guru. Dalam tempoh 25
tahun, bilangan pelajar dan guru telah bertambah berkali ganda dan
jumlahnya sekarang telah meningkat kepada 1477 dan 97 orang guru
(November 2010).
SMKBL
PERANCANGAN STRATEGIK 2014 - 2016
Bangunan asal iaitu blok A, B, C dan kantin telah dibina dengan kos RM
1.5 juta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan Bank
Dunia. Seterusnya, bangunan tambahan telah dibina untuk menampung
pertambahan pelajar. Disamping itu, sebuah jentera pam air automatik
telah dibekalkan untuk menguatkan tekanan air kerana faktor sekolah ini
terletak di atas bukit.
Perpustakaan, bilik sembahyang dan beberapa prasarana lain telah
ditambah satu per satu mengikut tahun. Padang permainan telah
disediakan di bawah bukit untuk memudahkan para penonton menonton
permainan tersebut dari atas. Persatuan Bahasa Melayu, St. John
Ambulans dan Pasukan Bola Sepak merupakan antara persatuan dan
kelab pertama yang tubuhkan.
Pada tahun 2006, satu blok iaitu blok G dibina untuk memulakan kelas
Tingkatan 6 Sains dan 6 Sastera telah dibuka buat julung-julung kalinya.
Bagi aliran Sains, subjek Pengajian Am, MUET, Fizik, Biologi, Kimia dan
Matematik ditawarkan manakala bagi aliran Sastera subjek Pengajian Am,
MUET, Prinsip Akaun, Ekonomi, Pengajian Perniagaan dan Matematik
ditawarkan.
SMKBL