sekolah menengah kebangsaan puchong utama 1-geografi folio

29
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 1 PENCEMARAN ALAM SEKITAR TAMAN PUCHONG UTAMa,PUCHONG, SELAGOR Nama: Ganeshwara Shanmugam Kelas: 2 Hebat Guru Matapelajaran: Pn.Ee Chai Fong

Upload: gnesh-wara

Post on 15-Feb-2015

321 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

teachers scanned copy

TRANSCRIPT

Page 1: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 1

PENCEMARAN ALAM SEKITAR TAMAN PUCHONG UTAMa,PUCHONG,

SELAGOR

Nama: Ganeshwara Shanmugam

Kelas: 2 Hebat

Guru Matapelajaran: Pn.Ee Chai Fong

Page 2: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

Senarai Kandungan

NO.

Tajuk

Muka Surat

 1  Penghargaan

 2  Pendahluan

 3 Objektif Kajian

 4 Kawasan Kajian

 5 Kaedah Kajian

6 Dapatan Kajian

 8.1 Konsep pencemaran alam sekitar

 8

8.2 Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

 8.3 Punca pencemarandalam sekitar di kawasan kajian

 8.4 Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

 8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

 9 Rumusan

 10 Lampiran

Page 3: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

 11  Rujukan

1.Penghargaan

Saya Ganeshwara Shanmugam dari kelas 2 Hebat ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan

Page 4: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

dan terima kasih kepada beberapa pihak yang menolong saya dalam projek KGT ini .

Terutamanya kepada Pengetua sekolah saya iaitu Encik Mahmudi bin Bakri atas segala nasihat , dorongan serta panduan dalam projek ini

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana telah memberi

saya dorongan kepada saya dalam melaksanakan kerja khusus ini

Tidak dilupakan lagi guru Geografi saya iaitu , Pn. Ee Chai Fong yang membimbang dan

memberi nasihat saya dalam melaksanakan kerja khusus ini .

Akhir sekali , saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya . Komiten yang

diberi oleh mereka akan saya kenang sepanjang hayat .

2.Pendahuluan

Nama saya Ganeshwara Shanmugam . Saya murid kelas Dua Hebat di Skolah Menengah

Page 5: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

Kebangsaan Puchong Utama 1 . Saya telah menjalankan kajian tempatan ini dan memperolehi

maklumat yang secukupnya . Tajuk Kajian Geografi Tempatan (KGT) adalah Pencemaran Alam

Sekitar di Taman Puchong Utama .

Saya memilih kawasan ini kerana terdapatnya pelbagai jenis tempat di Puchong yang

mempunyai pencemaran .

3.Objektif Kajian

Antara objektif kajian yang digunakan dalam projekini adalah seperti berikut :

Page 6: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

• Mengenal pasti konsep pencemaran alam sekitar .

• Mengkaji dan mengenal pasti jenis pencemaran alam sekitar di Taman Puchong Utama .

• Mengkaji dan mengenal pasti punca pencemaranalam sekitar di Taman Puchong Utama .

• Mengenal pasti dan mengenal pasti kesan pencemaran alam sekitar di Taman Puchong Utama .

• Memberi cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar .

• Menerapkan nilai atau unsur atriotism dalam dapatan kajian .

4.Kawasan Kajian

Kawasan kajian dalam projek Kajian Geografi Tempatan ini adalah Taman Puchong Utama .

Page 7: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

Saya telah memilih Taman Puchong Utama kerana ia merupakan tempat tinggal saya . Ini lebih

memudahkan kajian saya .

Taman Puchong Utama merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di Puchong,

Selangor, Malaysia. Ia dibangunkan pada awal 90an dan merangkumi perbandaran seluas 600

ekar. Terdapat beberapa sekolah kebangsaan dan sebuah sekolah menengah disini. Ia

bersempadan dengan Taman Tasik Prima dan Bandar Bukit Puchong 1. Komposisi kaum disini

adalah sekata.

Terdapatnya beberapa Bandar yang berdekatan dengan Taman Puchong Utama .

Taman Puchong Utama terletak 25 Kilometer dari Metropolis Kuala Lumpur , 12 Kilometer dari

Kelana Jaya dan Petaling Jaya dan 8 Kilometer dari Serdang .

• Peta

Ini adalah peta daearah Taman Puchong Utama

Page 8: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio
Page 9: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

5.Kaedah Kajian

Page 10: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

Dalam projek Kajian Geografi Tempatan(KGT) ini , terdapat beberapa jenis kaedah kajian

yang digunakan untuk mendapat maklumat yang secukupnya . Kaedah kajian yang digunakan

dalam projek ini adalah seperti berikut :

• Kaedah rujukan

• Kaedah ini digunakan untuk mengetahui jenis-jenis pencemaran yang terdapat di

kawasan kajian iaitu Taman Puchong Utama . Bahan rujukan yang digunakan adalah

internet .

• Kaedah pemerhatian

• Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti pencemaran-pencemaran yang

berlaku di sekitar kawasan kajian iaitu Taman Puchong Utama .

• Kaedah temu bual

• Kaedah ini digunakan untuk mengetahui masalah pencemaran dialami di

Taman Puchong Utama . Seramai 20 orang penduduk tempatan telah di temu

bual .

6.Dapatan Kajian

Page 11: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

6.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia,

hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan

yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia , mengancam

sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kenggunaan halal

alam sekitar .

Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti

Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang

perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik ,

kimia , biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan

melepaskan , mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan

keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya

atau mungkin berbahaya kepada kesihatan , keselamatan atau kebajikan awam

atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan .

6.2 JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN PUCHONG UTAMA.

Page 12: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

6.2.1 Pencemaran Udara

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam

kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan,

binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk, asap,

kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon,

Sulfur Oksida, bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap

kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

Kebanyakan jalan-jalan utama di sekitar Bandar Puchong Utama dicemari oleh

asap-asap kenderaan. Kilang-kilang terutama dari kawasan berhampiran seperti

Bandar Bukit Puchong juga menyumbangkan kepada pencemaran udara.

6.2.2 Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan yang dihasilkan oleh

mesin, haiwan atau manusia sehingga menyakitkan telinga. Bunyi ini mengganggu

aktiviti dan keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Di Puchong Utama,

kebanyakan pencemaran bunyi berpunca daripada sistem pengangkutan seperti

kenderaan dan kerja-kerja pembinaan rumah dan bangunan.

Page 13: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

6.3 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

6.3.1 Pembakaran terbuka

Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka.

Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan

orang lain dengan membakar kawasan semak samun. Kegiatan seumpama ini juga

berlaku di kawasan kilang-kilang dan tapak pembinaan berdekatan dengan

kawasan ini. Asap yang dibebaskan oleh pembakaran terbuka menjadi salah satu

punca pencemaran alam sekitar.

6.3.2 Sampah sarap

Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata

terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan rumah pangsa. Bilangan

penduduk yang semakin bertambah memburukkan lagi keadaan. Sampah

dilonggokkan di tepi jalan dan kawasan lapang yang terbiar. Sampah ini pula tidak

diambil oleh pihak yang berkenaan dan dibiarkan berminggu-minggu sehingga

mengeluarkan bau yang sangat busuk. Ini menimbulkan rasa tidak selesa di

kalangan penduduk yang tinggal di sini.

6.3.3 Kenderaan

Page 14: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

Pembangunan yang pesat di kawasan Taman Puchong Utama telah

menyebabkan bilangan kenderaan yang terdapat di kawasan ini semakin bertambah.

Pertambahan bilangan kenderaan telah menyumbang kepada pelepasan asap yang

mengandungi bahan pencemar seperti sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen

oksida dan plumbum. Hal ini telah menyebabkan keadaan udara di kawasan ini

mengalami pencemaran dan memberi kesan terhadap penduduk di kawasan ini.Selain

itu, bilangan kenderaan yang semakin bertambah juga menyumbang kepada

berlakunya pencemaran bunyi. Kenderaan tersebut mengeluarkan bunyi bising yang

mengganggu kehidupan penduduk di kawasan ini.

6.3.4 Pembinaan

Pembangunan yang pesat di kawasan Taman Puchong Utama menyebabkan

kerja-kerja pembinaan rumah dan bangunan banyak dijalankan di kawasan ini.

Pembinaan yang dilakukan ini menghasilkan bunyi bising kesan daripada penggunaan

peralatan dan mesin. Di samping itu, pembinaan juga telah menyebabkan udara

tercemar kerana habuk yang dikeluarkan semasa pembinaan dijalankan.

6.4 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Page 15: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

6.4.1 Hujan asid

Pencemaran udara yang berlaku di kawasan Taman Puchong Utama telah menyebabkan

berlakunya hujan asid di kawasan ini. Peningkatan bilangan kenderaan bermotor dan kilang-

kilang yang mengeluarkan asap dan habuk telah mencemarkan alam sekitar. Bahan-bahan

tercemar yang terdapat di atmosfera ini akan bercampur dengan air hujan dan menghasilkan

hujan asid. Hujan asid akan menyebabkan tanih menjadi berasid dan tidak subur untuk pertanian.

Hujan asid juga boleh merosakkan dinding bangunan dan menambahkan paras keasidan air

larian. Kajian menunjukkan air hujan di sini mempunyai nilai pH kurang 5.6.

6.4.2 Jerebu

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun

wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap

pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul

dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan

menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan

menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah

terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak

nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal

dan terasa sakit dada.

6.4.3 Suhu meningkat

Pembakaran terbuka dan penggunaan kenderaan bermotor telah menyebabkan kandungan

Page 16: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

karbon monoksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida bertambah di atmosfera. Pertambahan

gas rumah hijau ini telah menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan seterusnya meningkatkan suhu di kawasan ini.

6.4.4 Bau busuk

Pembuangan sampah di tepi jalan raya dan di kawasan lapang oleh penduduk yang tidak

bertanggungjawab telah menyebabkan bau busuk di sekitar kawasan Taman Puchong Utama.

Udara busuk ini boleh mengganggu aktiviti harian penduduk. Keadaan ini diburukkan lagi

dengan kedatangan lalat yang menghurungi sampah-sampah tersebut. Selain itu, terdapat juga

sampah yang dibiarkan selama berminggu-minggu dan tidak diangkat oleh pihak yang

berkenaan. Hal ini telah menyebabkan sampah tersebut mengeluarkan bau yang sangat tidak

menyenangkan.

6.4.5 Penyakit

Pencemaran alam yang berlaku di kawasan ini boleh memberi kesan buruk terhadap

kesihatan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan penduduk di kawasan ini menghidap

penyakit yang berkait dengan pernafasan akibat menghidu udara yang tercemar. Antara penyakit

yang sering terjadi ialah asma dan gangguan pernafasan. Pencemaran bunyi pula boleh

menyebabkan gangguan psikologi, pekak dan kesan buruk kepada ibu yang mengandung..

6.5 CADANGAN MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Page 17: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

6.5.1 Menguatkuasakan Undang-undang

Undang-undang perlu dikuatkuasakan bagi mengawal kegiatan pihak yang melakukan

pencemaran. Jabatan Alam Sekitar perlu menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada

dengan lebih tegas bagi memastikan alam sekitar kita terjaga. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,

Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Asap dan Gas) 1977 dan Arahan Kualiti Alam Sekitar

(Penilaian Impak Alam Sekitar) 1987 hendaklah dilaksanakan dengan tegas dari semasa ke

semasa dan individu atau syarikat yang terlibat dengan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar

perlu dikenakan hukuman yang lebih berat.

6.5.2 Kempen Kempen ialah aktiviti mempengaruhi orang ramai supaya mempercayai, mempelajari dan

mengamalkan sesuatu amalan yang baik di samping meninggalkan amalan yang buruk. Kempen

dijalankan untuk mengingatkan orang ramai supaya jangan mencemarkan alam sekitar,

menerangkan kesan pencemaran dan menunjukkan cara-cara mengurangkan pencemaran seperti

menjalankan kitar semula. Aktiviti kempen boleh dilaksanakan oleh badan sukarela dan

organisasi bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan

Penyelidikan Alam Sekitar (ENSEARCH). Kempen boleh dilakukan melalui radio, televisyen,

akhbar, poster dan laman web. Antara kempen yang boleh dijalankan ialah kempen kitar semula,

Cintai Sungai Kita dan Bumi Hijau.

6.5.3 Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam

pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku

Page 18: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada

berlarutan.

6.5.4 Penggunaan Alat Catalyc Converter

Penggunaan alat Catalyc Converter pada kenderaan membantu mengurangkan pembebasan

gas karbon dioksida dan karbon monoksida di udara. Alat ini bertindak sebagai penapis supaya

gas dan asap yang dibebaskan oleh ekzos kenderaan kurang mencemarkan alam sekitar.

6.6 Bahan Grafik

Carta 1

Page 19: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

Carta 2

7. RUMUSAN

Kajian yang saya jalankan menunjukkan Taman Puchong Utama adalah sebuah kawasan

yang pesat membangun dan keadaan ini telah menyebabkan pencemaran berlaku kesan daripada

Page 20: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

peningkatan bilangan penduduk di kawasan ini. Antara jenis pencemaran yang berlaku di

kawasan ini ialah pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Antara punca yang menyebabkan

berlakunya pencemaran ini ialah pembakaran terbuka, pembuangan sampah sarap, pembinaan

dan bertambahnya bilangan kenderaan yang terdapat di kawasan ini. Pencemaran yang berlaku di

kawasan ini telah memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dan penduduk yang tinggal di

kawasan ini. Antara kesan yang disebabkan oleh pencemaran di kawasan ini ialah kejadian

hujan asid, jerebu, serangan penyakit, peningkatan suhu dan bau busuk. Keadaan ini mestilah

dibendung dengan segera supaya alam sekitar kita dapat dijaga demi generasi yang akan datang.

Antara langkah yang boleh dijalankan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar ialah

dengan menguatkuasakan undang-undang, mengadakan kempen, menggunakan petrol tanpa

plumbum dan kenderaan di kawasan ini digalakkan menggunakan alat catalyc converter untuk

menapis asap kenderaan. Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, sikap prihatin

dan sayangkan alam sekitar perlu ditanam dalam diri masing-masing supaya masalah

pencemaran yang berlaku di negara kita dapat diatasi.

Page 21: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

8

LAMPIRAN

9. Rujukan

9.1 Chong Mui Sen dan Azizan Bin Hj. Abu Samah , Buku Teks Geografi Tingkatan 2 . Percetakan Saufi . Tahun 2003

Page 22: Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Utama 1-geografi folio

9,2 Internet -

http://site.hillcrest.com.my/main/3117/index.asp?pageid=82292&t=taman- puchong-utama

http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Khas %3AGelintar&redirs=1&search=+penggunaan+ayat+catalyic+contents&fulltext=Search&ns4=1&ns12=1

9.3 Ng Ah Kiah . Longman Esensi Geografi . Tingkatan 2. Terbitan 2011 Pearson Longman .