selama 21 hari doa puasa, kita memohon anda untukcalvary.com.my/booklet/bahasa.pdfsetiap hari ±...
TRANSCRIPT
1
Selama 21 hari Doa Puasa, kita memohon anda untuk:
Meluangkan waktu di dalam doa setiap hari - Khususkan waktu
setiap hari – perkara pertama di awal pagi, di waktu rehat,
makan tengah hari, atau mana-mana waktu yang terbaik bagi
anda.
Cari dan rebut setiap kesempatan untuk berdoa. Carilah waktu
khusus untuk doa peribadi kepada Tuhan. Juga carilah waktu
dan kesempatan untuk berdoa bagi orang lain, cari teman untuk
doa bersama selama 21 hari ini atau hadiri kebaktian doa yang
sudah ditentukan untuk doa bersama.
Belajarlah untuk berpuasa selama 21 hari. Ada beberapa jenis
puasa seperti yang tercatit dibawah ini.
Kita berdoa dan berpuasa untuk
1. Mengatasi dosa – Mematahkan kuasa dan akibat dari dosa di
dalam kehidupan kita dan juga keluarga. Memohon Tuhan
untuk memberi hati yang baru kepada kita, mengubah sikap kita
dan segala sesuatu yang menghindari kita dari panggilan dan
tujuan Tuhan dalam hidup kita.
2. Mencari Tuhan – Kita mahu lebih dekat lagi dengan Dia,
mendengar suaraNya serta menikmati keajaibanNya.
3. Memerdekakan – kita boleh mematahkan sikap serta masalah
yang selalu membawa pengaruh negatif terhadap kita. Kita akan
memusnahkan semua mezbah dan situasi yang memimpin kita
kepada kejahatan. Doa dan puasa adalah cara yang sangat
berkuasa untuk meminta campurtangan Tuhan bagi tujuan
pembebasan. (Galatia 5:1)
4. Membantu dalam membuat keputusan – Waktu doa ini akan
membuat kita lebih jernih dan jelas dalam banyak perkara.
Mintalah petunjuk dari Tuhan ketika membuat keputusan
Berdoalah untuk projek dan rancangan bagi tahun ini.
5. Membangun iman peribadi – Inilah waktu untuk pemulihan
peribadi yang akan membangunkan iman kita, baik secara
peribadi mahu pun sebagai tubuh Kristus. (Yud 1:20)
2
Apa yang Alkitab katakan mengenai puasa?
Ada banyak contoh tentang puasa di dalam alkitab. Di sini ada tiga
contoh…
1. Yesus berkata bahawa orang2 Farisi menunjuk-nunjuk ketika
berpuasa namun tidak memiliki sikap hati yang benar. Yesus
bukan mengutuk atau menegur pengetahuan umum yang salah
mengenai puasa, - kerana kita membaca ada banyak ayat di
mana orang-orang banyak berpuasa bersama. Tetatpi Yesus
menegur apabila tujuan berpuasa itu hanya sekadar untuk
membuat anda kelihatan “rohani” “Dan apabila kamu berpuasa,
janganlah muram mukamu seperti orang munafik. Mereka
mengubah air mukanya, supaya orang melihat bahwa mereka
sedang berpuasa. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya
mereka sudah mendapat upahnya.17Tetapi apabila engkau
berpuasa, minyakilah kepalamu dan cucilah mukamu, 18
supaya jangan dilihat oleh orang bahwa engkau sedang
berpuasa, melainkan hanya oleh Bapamu yang ada di tempat
tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi
akan membalasnya kepadamu" (Matius 6:16-18). Kita akan
mendapat upah dari syurga jika kita berpuasa dengan sikap hati
yang benar.
2. Para rasul berdoa dan berpuasa dan menerima arahan dari
Tuhan untuk rencana pelayanan serta pemilihan para pemimpin.
“Pada suatu hari ketika mereka beribadah kepada Tuhan dan
berpuasa, berkatalah Roh Kudus: "Khususkanlah Barnabas dan
Saulus bagi-Ku untuk tugas yang telah Kutentukan bagi
mereka" KPR 13:2.
3. Di dalam kitab Yesaya, Tuhan meminta umatNya berpuasa
untuk memutuskan rantai belenggu kelaliman. Dia menjanjikan
kesembuhan, perlindungan dan jawapan kepada doa-doa.
Bukan! Berpuasa yang Kukehendaki, ialah supaya engkau
membuka belenggu-belenggu kelaliman, dan melepaskan tali-
3
tali kuk, supaya engkau memerdekakan orang yang teraniaya
dan mematahkan setiap kuk, 7 supaya engkau memecah-mecah
rotimu bagi orang yang lapar dan membawa ke rumahmu orang
miskin yang tak punya rumah, dan apabila engkau melihat
orang telanjang, supaya engkau memberi dia pakaian dan tidak
menyembunyikan diri terhadap saudaramu sendiri! 8 Pada
waktu itulah terangmu akan merekah seperti fajar dan lukamu
akan pulih dengan segera; kebenaran menjadi barisan depanmu
dan kemuliaan TUHAN barisan belakangmu. 9 Pada waktu
itulah engkau akan memanggil dan TUHAN akan menjawab,
engkau akan berteriak minta tolong dan Ia akan berkata: Ini
Aku! Apabila engkau tidak lagi mengenakan kuk kepada
sesamamu dan tidak lagi menunjuk-nunjuk orang dengan jari
dan memfitnah, Yesaya 58:6-9
Jenis-jenis puasa untuk jangka waktu yang lama
Puasa Makanan Penuh
Tiada makanan sama sekali untuk jangka waktu yang telah
ditentukan – hanya minuman saja. Ini mungkin satu kali makan
bagi tempoh 24 jam atau setiap 2 atau 3 hari. Juga elakkan diri
dari aktiviti-aktiviti yang mengganggu focus doa puasa anda.
Puasa Sebahagian makanan
Digalakkan untuk yang sudah agak tua, ibu mengandung atau
yang menyusukan anak, anak-anak remaja, yang mengambil
ubat yang tidak boleh dimakan dengan perut kosong dan pekerja
yang memerlukan kekuatan fizikal.
Meninggalkan satu atau dua santapan atau tidak makan pelbagai
jenis makanan. Seseorang itu mengorbankan sesuatu seperti
daging, minuman soda, manisan, pencuci mulut, makanan
ringan atau roti dan sebagainya. Seseorang itu boleh memilih
untuk makan buah-buahan atau sayur-sayuran sahaja.
4
Berpuasa Terhadap Kegiatan atau Aktiviti
Disyorkan atau digalakkan untuk anak-anak.
Waktu yang kamu guna untuk beraktivitas gunakanlah waktu itu
untuk mencari Tuhan. Sesetengah orang “berpuasa” menonton
TV/Wayang untuk satu tempoh masa, menggunakan komputer,
atau melakukan hobi dan aktiviti lainnya.
Berpuasa bukanlah satu penghukuman.Ianya adalah untuk
memfokuskan perhatian dan tenaga anda kepada Tuhan. Kami tidak
menyuruh sesiapa pun berpuasa atau berlapar selama 21 hari! Kami
meminta semua orang untuk terlibat dalam 21 hari berdoa dan
berpuasa.
Bagaimana menggunakan buku program ini.Panduan interaktif
ini mengandungi renungan firman setiap hari, bahan-bahan doa,
keterlibatan peribadi, dan seksyen nota untuk mencatit apa yang
kamu dengar daripada Roh Kudus semasa kamu bersama dengan
Tuhan.
5
HARI KE-1 Isnin, 7 Januari 2019
Pentingnya Amanat Agung
Mtius 28:19-20 “Karena itu pergilah, jadikanlah semua bangsa
murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan
Roh Kudus, 20 dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang
telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai
kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman."
Markus 16: 15-16 “Lalu Ia berkata kepada mereka: "Pergilah ke
seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk.
16 Siapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan, tetapi
siapa yang tidak percaya akan dihukum.”
Ayat-ayat ini adalah perintah terakhir dari Yesus Kristus kepada
murid-muridNya ketika Dia masih berada di dunia.
Perintah ini begitu mustahak kerana ianya juga menyatakan tentang
tugas yang perlu dilakukan oleh para pengikutNya bermula dari hari
pengangkatan Yesus ke syurga sehingga kedatangNya kali kedua.
Kisa Para Rasul 1:8...kamu akan menerima kuasa kalua Roh
Kudus turun ke atas kamu”
Bahan Doa:
1. Mencari hikmat Tuhan kenapa kita harus memberitakan Injil?
2. Berdoa untuk otoritas bagi mengkhabarkan injil.
Tuliskan apa yang Roh Kudus nyatakan kepada anda tentang
peranan anda di dalam Amanat Agung:
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan : Roma 3:23
Tuiskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
6
HARI KE-2 Selasa, 8 Januari 2019
Betapa Seriusnya Amanat Agung
1 Korintus 9:16 "Karena jika aku memberitakan Injil, aku tidak
mempunyai alasan untuk memegahkan diri.Sebab itu adalah
keharusan bagiku. Celakalah aku, jika aku tidak memberitakan
Injil "
Inilah denyutan dan irama hati Tuhan Yesus dan ianya masih
berlaku. Dan apakah kerinduan hati anda?
Kita diperintahkan untuk mentaati perintahNya yang terakhir
kerana Yesus adalah Tuhan kita.
Perintah untuk menjadikan semua bangsa muridNya adalah satu
tugasan yang berterusan dan ianya harus diteruskan.
Ianya merupakan panggilan paling agung dari tuan kita, maka
segala sesuatu yang lain seharusnya menjadi nombor dua.
1 Tim 1:15… "Kristus Yesus datang ke dunia untuk
menyelamatkan orang berdosa,"
Bahan Doa:
1. Berdoa supaya Roh Kudus memimpin kita untuk memahami
hatiNya dan betapa seriusnya Amanat Agung ini.
2. Berdoa supaya Roh Kudus memberikan anda hikmat dan
menerima bahawa Amanat Agung ini ialah panggilan kita yang
terpenting.
Tuliskan apa yang Roh Kudus bicarakan kepada anda tentang Amanat
Agung :
-------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan : Matius 28:18-20
Tuliskan ayat ini setelah dihafal.
-------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------
7
HARI KE-3 Rabu, 9 January 2019
Kenapa Anda Perlu untuk Mengenapi Amanat Agung? Yesus
Memerintahkan Kita untuk Melakukannya.
Mark 8:34-38….“Setiap orang yang mau mengikut Aku,.........
Mark 10:29-30 Jawab Yesus: "Aku berkataa kepadamu,
sesungguhnya setiap orang yang karena Aku dan karena Injil
meninggalkan rumahnya.......
Yoh 14:21 Barangsiapa memegang perintah-Ku & mlakukannya,
Yesus sudah memberi perintah untuk “Pergi” dan setiap orang
percaya perlu mengambilnya dengan serius.
Masalah di dalam dunia hanya boleh diatasi dengan iman
kepada Yesus.
Untuk memenuhi Amanat Agung, ianya perlu lahir dari cinta
kita kepada Tuhan dan apa yang telah Dia lakukan bagi kita
bukan hanya kerna tanggungjawab atau kewajiban semata-mata.
Bahan Doa:
1. Berdoa supaya Kasih Tuhan menyedarkan anda tentang Kasih
Karunia dan PengorbananNya supaya amanat agung Tuhan
menjadi nyata di dalam kelahiran baru kita.
2. Berdoa bagi jiwa yang hilang supaya mereka juga diselamatkan.
Bagaimana Kasih Tuhan mempengaruhi hidup anda dan Amanat
AgungNya menjadi nyata dalam hidup anda?
-----------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------- Ayat Hafalan : Kisah Rasul 1:8
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
---------------------------------------------------------------------------------
8
HARI KE-4 Khamis, 10 Januari 2019
Kenapa Anda Perlu untuk Meenggenapi Amanat Agung?
Manusia sesat tanpa Yesus
Rom 10:13-15 Sebab, barangsiapa yang berseru kepadanama
Tuhan, akan diselamatkan. Tetapi bagaimana mereka dapat
berseru kepada-Nya, jika mereka tidak percaya?
Yoh 14:6 Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran
dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau
tidak melalui Aku..
Kita semua memerlukan Yesus secara peribadi.
Tidak seorang pun boleh menemukan Tuhan tanpa Yesus.
Bahan Doa:
1. Berdoa bagi mereka yang belum mengenal Tuhan :
a. Keluarga terdekat
b. Saudara mara
c. Para sahabat
d. Rakan di tempat kerja
e. Jiran @ tetangga
2. Berdoa supaya anda diberi kasih karunia untuk menyemaikan
benih kebenaran melalui perkataan dan perbuatan anda.
Jadilah teladan. Yesus berkata “Akulah jalan dan kebenaran
dan hidup”
Apakah anda sudah menemukan seseorang yang Roh Kudus letak di
dalam hati anda untuk dijangkau?
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan : Roma 10:13-15
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
9
HARI KE-5 Jumaat, 11 Januari 2019
Kenapa Anda Perlu untuk Memenuhi Amanat Agung?
Di mana-mana, manusia begitu haus akan Tuhan.
Mark 2:17Yesus mendengarnya dan berkata kepada mereka:
"Bukan orang sehat yang memerlukan tabib, tetapi orang sakit;
Aku datang bukan untuk memanggil orang benar, melainkan
orang berdosa.".
Rom 6:23 Sebab upah dosa ialah maut; tetapi karunia Allah ialah
hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.
Di seluruh dunia, manusia begitu haus akan Tuhan Yesus.
Jutaan manusia menerima Yesus melalaui penginjilan umat
Kristus adalah tanda dan bukti bahawa dunia begitu haus akan
Injil.
Bahan Doa:
1. Berdoa bagi semua penginjil @ misionari di seluruh dunia .
2. Berdoa supaya setiap khotbah berpusatkan Kristus dan
menyentuh setiap jiwa orang yang belum percaya.
Pernahkan anda menghadiri mana-mana kebantian penginjilan?Dan
apakan kesannya terhadap anda?
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Siapakah peribadi yang anda ingin bawa pada kebaktian penginjilan
akan datang? Mulailah berdoa untuk dia hari ini.
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan : Mark 16:15-16
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
10
HARI KE-6 Sabtu, 12 Januari 2019
Situasi yang mendesak untuk menyelesaikan tugas sementara
pintu kesempatan masih terbuka.
Matius 9:37 Maka kata-Nya kepada murid-murid-Nya: "Tuaian
memang banyak, tetapi pekerja sedikit;
1 Peterus 4:7 Kesudahan segala sesuatu sudah dekat. Karena itu
kuasailah dirimu dan jadilah tenang, supaya kamu dapat berdoa.
Ladang sudah menguning untuk di tuai.
Kita tidak boleh melepaskan kesempatan untuk memberitakan
khabar baik kepada sebanyak mungkin jiwa-jiwa.
Bahan Doa:
1. Berdoa untuk menjangkau jiwa-jiwa di sekitar anda.
2. Berdoa supaya Roh Kudus meletakkan beban yang mendesak
bagi menjangkau jiwa-jiwa.
Yoh 4:35 Bukankah kamu mengatakan: Empat bulan lagi….
Apakah pengalaman anda ketika memberitakan Injil?
-----------------------------------------------------------------------------------
Apakah respon yang anda pernah terima?
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Apakah yang anda pelajari setakat ini dari perkongsian anda?
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan : Lukas 19:10
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
11
HARI KE-7 Ahad, 13 Januari 2019
7 Alasan kita Mengambil Berat tentang Amanat Agung
1. Mengalami kuasa Tuhan - Maius. 28:18 Yesus mendekati
mereka dan berkata “kepadaKu telah diberikan segala kuasa
di syurga dan di bumi.
2. Kemuliaan Tuhan ada di dalam peribadi Yesus - Matt. 28:18
3. Penyataan akan ketaatan dan kasih - Mat. 28:19Kerana itu
pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah
mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus,
4. Untuk kekekalan –Rom 6:23Sebab upah dosa ialah maut;
tetapi karunia Allah ialah hidup yang kekal dalam Kristus
Yesus, Tuhan kita.
5. Untuk kemegahan dan kebanggaan semua - 2 Cor. 1:24seperti
yang telah kamu pahamkan sebagiannya dari kami, yaitu
bahwa pada hari Tuhan Yesus kamu akan bermegah atas
kami seperti kami juga akan bermegah atas kamus.
6. Kehadirandan penyataan Yesus bersama- Matt. 28:20dan
ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah
Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai
kamu senantiasa sampai kepada akhir Zaman.
7. Sebab Tuhan pedulia - Matius. 28:18-20
Bahan Doa:
1. Pilih tiga daripada point di atas, dan mulai renungkan ayatnya
Apakah yang Roh Kudus nyatakan kepada anda ketika anda
merenungkan Firman Tuhan dari 3 point di atas?
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan : Matthew 9:37-38
Tuliskan ayat ini setelah di hafal
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
12
HARI KE-8 Isnin, 14 Januari 2019
Tuaian adalah “sekarang”
Yohanes 4:35 Bukankah kamu mengatakan: Empat bulan lagi
tibalah musim menuai?....
Matius 24:42 Kerana itu berjaga-jagalah, sebab kamu tidak tahu
pada hari mana Tuhanmu datang.
Kita sedang hidup di hari hari yang terakhir.Waktu nya adalah
sekarang. Yesus akan datang segera.
Matius 24:14 Dan Injil Kerajaan ini akan diberitakan di seluruh
dunia menjadi kesaksian bagi semua bangsa, ….
Bahan Doa:
1. Berdoa supaya anda dapat menjangkau seramai mungkin orang
yang belum percaya, kerana Penggenapan Pengharapan dan
penyataan kemuliaan pasti terjadi.
Titus 2:13 dengan menantikan penggenapan pengharapan
kita yang penuh bahagia dan penyataan kemuliaan Allah
yang Mahabesar dan Juruselamat kita Yesus Kristus.
2. Berdoa supaya anda menanam benih Kristus di dalam hati
mereka. Tugas anda bukan untuk membuat mereka bertukar
agama, tetapi untuk menyampaikan Berita Baik itu kepada
mereka. Tuhan akan mengambil alih dari situ. Peperangan itu
adalah milik Tuhan.
Apakah maksud Penggenapan Pengharapan dan kedatanganNya yang
penuh mulia itu kepada anda? Dan bagaimanakah hal ini penting
bahawa penuaian itu sepatutnya sekarang?
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan : Matius 24:14
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
13
HARI KE-9 Selasa, 15 Januari 2019
Tuaian sudah Menguning
2 Petrus 3:9 Tuhan tidak lalai menepati janji-Nya, sekalipun ada
orang yang menganggapnya sebagai kelalaian, tetapi Ia sabar
terhadap kamu, ……..
Yoel 3:13 Ayunkanlah sabit, sebab sudah masak tuaian, marilah,
iriklah, sebab sudah penuh tempat anggur; tempat-tempat
pemerasan kelimpahan, sebab banyak kejahatan mereka!"
Apa yang diperlukan iblis untuk muncul adalah apabila orang
percaya tidak melakukan apa-apa.
Jika buah sudah masak dan tidak dipetik, ia akan jatuh dan
dimusnahkan. Di seluruh dunia, manusia adalah lapar akan Injil.
Jika kita lambat, kita akan kehilangan jiwa-jiwa kepada kepercayaan
yang lain. Dan kita tahu:
Yohanes 14:6Kata Yesus kepadanya, Akulah jalan dan kebenaran
dan hidup.Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalua
tidak melalui Aku.
Bahan Doa:
1. Berdoa supaya kewajiban sosial dan perbezaan budaya tidak
akan menghalang kita untuk menjadi “penuai”.
2. Kita mesti keluar, tuaian sudah menguning dan kejahatan begitu
banyak. Renungkan lah ayat di atas, satu persatu.
Apakah makna kejahatan dalam Yoel 3:13 kepada anda dan
bagaimana ia berkaitan dengan Yohanes 14:6.
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan : Yohanes 14:6
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------
14
HARI KE-10 Rabu, 16 Januari 2019
Tuaian akan dimusnahkan
Yoel 1:11 Para petani menjadi malu,tukang-tukang kebun anggur
meratap kerana gandum dan kerana jelai, ……..
Wahyu 14:15-19 ….“Ayunkanlah sabit-Mu itu dan tuailah, kerana
sudah tiba saatnya untuk menuai; sebab tuaian di bumi sudah
masak.”…..
Bercakap tentang tuaian sudah masak dan pengadilan yang akan
berlaku. Tuaian akan dimusnahkan.
Bahan Doa:
1. Memikirkan orang yang terdekat tidak termasuk dalam tuaian
dan akan dimusnahkan amat mendukakan malah memilukan
sekali. Berdoa lah dengan tekun supaya mereka akan dijangkau
secepat mungkin. Jangan menyalahkan diri anda sekiranya
mereka degil. Bahagian kita adalah untuk menanam benih
Berita Baik itu.
2. Berdoa supaya keinginan kita untuk mengkongsikan Injil bukan
kerana kewajiban, tetapi kerana kita mahu mengkongsikan
Kasih Yesus dengan semua orang, sebelum ianya terlambat.
3. Berdoalah sekarang untuk mereka yang anda inginkan agar
mengenal Yesus lebih dalam lagi. Jangan berdoa secara am
tetapi berdoa khusus untuk orang-orang yang tertentu.
Memang sukar untuk berbicara dengan orang, tetapi lebih sukar
apabila kehilangan mereka semuanya.Mulailah dgn langkah kecil.
2 Korintus5:7- sebab hidup kami ini adalah hidup kerana percaya,
bukan kerana melihat
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan : Wahyu 5:9
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
15
HARI KE-11 Khamis, 17 Januari 2019
Tuaian harus kelihatan.
Yohanes 4:35tetapi Aku berkata kepadamu: Lihatlah sekelilingmu
dan pandanglah ladang-ladang yang……..
Kita tidak dapat melihat kerana kita melihat dengan mata dan bukan
dengan hati kita.
Ramai di antara kita terlelap (kita tidak melihat) atau tidak peduli
(kita tidak ambil berat).
Doa mengizinkan Tuhan untuk mengubah hati dan membuka mata
kita terhadap tuaian.
Yohanes 9:4 Kita harus mengerjakan pekerjaan Dia yang
mengutus Aku, selama masih siang; akan datang malam, di mana
tidak ada seorang pun yang dapat bekerja.
Bahan Doa:
1. Berdoa supaya kita mengubah hati tentang bagaimana kita boleh
“melihat” Tuhan. Bahawa Dia sangat baik.
2. Berdoa supaya kita tidak lalai atau tidak ambil berat tentang
menjangkau mereka yang belum percaya.
Dapat kah kita membayangkan dengan mata tertutup, keceriaan di
wajah orang yang kita tahu, setelah mereka mendengar Berita Baik.
Habakuk 2:2Lalu TUHAN menjawab aku, demikian: “Tuliskanlah
penglihatan itu dan ukirkanlah itu pada loh-loh, supaya orang
sambal lau dapat membacanya.
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan : Mat 5:13-14
Tuliskan ayat ini setelah di hafal
-----------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------
16
HARI KE-12 Jumaat, 18 Januari 2019
Para pekerja harus diutus
Yesaya 6:8 “Siapakah yang akan Ku utus, dan siapakah yang mau
pergi untuk Aku?” Maka sahutku: “Ininaku, utuslah aku!”.
Roma 10:14b, 15 “Bagaimana mereka mendengar tentang Dia,
jika tidak ada yang memberitakan-Nya? Dan bagaimana mereka
dapat memberitakan-Nya, jika mereka tidak diutus………..Betapa
indahnya kedatangan mereka yang membawa kabar baik”
Bahan Doa:
1. Berdoa untuk mereka yang belum dijangkau atau mereka yang
tidak terjangkau, walau apa pun rintangan yang ada
2. Kita sering berdoa untuk mereka yang terdekat dengan kita.
Dapatkah kita berdoa untuk mereka yang kelihatan tak
terjangkaukan?
2 Kor 5:20 Jadi kami ini adalah utusan-utusan Kristus, seakan-
akan Allah menasihati kamu dengan perantaraan kami: dalam
nama Kristus kami meminta kepadamu: berilah dirimu
didamaikan dengan Allah.
Baca cerita-cerita yang berinspirasi mengenai orang percaya yang
telah mengembara ke tempat-tempat yang belum pernah dilawati
atau yang terlarang untuk mengkhabarkan Injil (Sila Google kan!).
Nyatakan beberapa nama di antara mereka.
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan : 2 Kor 5:20
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
17
HARI KE-13 Sabtu, 19 Januari 2019
Resepi Tuaian Jiwa yang Hebat – Bahagian 1
1 Korintius 3:9; Matius 13:8; Yohanes 15:16; Yohanes 15:8
1. Persiapkan Tanah dengan baik
Pengantara Doa! Roma 10:1 Saudara-saudara, keinginan hatiku
dan doaku kepada Tuhan ialah, supaya mereka diselamatkan.
2. Semai banyak Benih yang Baik
Lukas 8:4-5, 11 ...[Yesus] berkatalah Ia dalam suatu
perumpamaan: “Adalah seorang penabur keluar untuk
menaburkan benihnya.... Benih itu ialah Firman Allah.”
Wahyu 12:11Dan mereka mengalahkan dia oleh darah Anak
Domba, dan oleh perkataan kesaksian mereka.Kerana mereka
tidak mengasihi nyawa mereka sampai ke dalam maut.
Bahan Doa:
1. Renungkan 2 perkara di atas. Teruskan dengan doa
pengantaraan.
2. Libatkan diri anda dengan jiran-jiran, teman-teman dan rakan
sekerja yang belum diselamatkan. Tunjukkanlah kasih Kristus
kepada orang lain melalui pelbagai perbuatan baik, bergaul
dengan masyarakat dan, bila kesempatan telah terbuka dalam
lingkungan yang baru ini, kongsikan kesaksian peribadi anda.
Apakah anda punya sesuatu untuk dikongsikan dalam ruangan
kosong di bawah?
3. Adakah saya seorang saudara yang bertanggungjawab terhadap
suadara yang lain?
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan : Roma 8:13
Tulis ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
18
HARI KE-14 Ahad, 20 Januari 2019
Resepi Tuaian Jiwa yang banyak – Bahagian 2
1 Korintius 3:9; Matius 13:8; Yoh 15:16; Yoh 15:8
3. Sebarkan Baja Yang Secukupnya
Matius 4:4 Yesus menjawab, “Ada tertulis: ‘Manusia hidup
bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari
mulut Allah.’ ”
4. Menyediakan Air yang banyak
Yoh 7:37-39a ...“Barangsiapa haus, baiklah ia datang
kepada-Ku dan minum. Barangsiapa percaya kepada-Ku,
seperti yang dikatakan oleh Kitab Suci: Dari dalam hatinya
akan mengalir aliran-aliran air hidup.”
Kisah Para Rasul 1:5, 8; Yohanes 15:16
5. Kuburkan manusia lama yang berdosa
Matius 28:19-20a; Efesus 4:22-24 yaitubahawa kamu,
berhubung dengan kehidupan kamu yang dahulu, harus
menanggalkan manusia lama, yang menemui kebinasaannya
oleh nafsunya yang menyesatkan, supaya kamu dibaharui di
dalam roh dan pikiranmu, dan mengenakan manusia baru,
yang telah diciptakan menurut kehendak …………
Bahan Doa:
1. Jangan menganggap dirimu lebih benar daripada mereka yang
belum percaya. Berdoa untuk mereka, seperti domba tanpa
gembalanya, dan agar mereka akan mengenali Sang Gembala.
2. Punca banyak orang terhalang kerana tidak mahu melepaskan
kehidupan yang lama. Bagaimanakah 2 Korintius 5:17 menjadi
relevan.
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan: 1 Kor 3:6
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
19
HARI KE-15 Isnin, 21 Januari 2019
Setiap orang Kristian adalah pemenang jiwa.
Tuhan Yesus telah memberikan amanat kepada kita untuk
menjadi pemenang jiwa
Matius 4:19Yesus berkata kepada mereka: "Mari, ikutlah Aku, dan
kamu akan Kujadikan penjala manusia."
Setiap orang Kristian harus menjadi alat di tangan Tuhan untuk
memenagi jiwa yang sangat berharga bagiNya (Luk 19:10, jiwa yang
hilang; Ef 2:1, jiwa yang mati) kepada pengetahuan tentang Tuhan
Yesus Kristus yang menyelamatkan (Luk 5:10; KPR 5:14)
Hanya Tuhan yang dapat melakukan karya penyelamatan ini (Ef2:8);
menyelamatkan (Kol 1:13); dan menyucikan (1 Yoh 1:7), kita
diperlukan untuk mencari jiwa yang sangat memerlukan Tuhan
(Yoh 1:41), agar mereka juga dibawa kepadaNya (Yoh 1:42).
Kita tidak seharusnya merasa lemah semangat jika melihat hasil yang
sedikit dari usaha yang telah dibuat, selagi kita melakukan pekerjaan
dan kehendakNya dalam kesetiaan.(Yoh 1:41).
Petikan selanjutnya tentang amanat Tuhan untuk memenangi jiwa dan
janjiNya: Mat 28:18-19; Mark 16:15; Luk 2:49; 4:18-19;
Yoh 17:18-21
Bahan Doa:
1. Renungkan KPR4:13 Ketika sidang itu melihat keberanian
Petrus dan Yohanes dan mengetahui, bahwa keduanya orang
biasa yang tidak terpelajar,….Bagaimana rahmat dan kasih
Tuhan menggerakkan orang biasa untuk mampu bertindak.
2. Tuliskan apa yang dikatakan Roh Kudus kepada anda Setelah
merenungi ayat ini..
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan: Luk 4:18-19
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
20
HARI KE-16 Selasa, 22 January 2019
Janji Tuhan mendorong kita untuk menjadi Pemenang Jiwa.
Roh Kudus memberi kuasa kepada kita untuk menjadi
Pemenang Jiwa
Mark 1:17-18 Yesus berkata kepada mereka: "Mari, ikutlah Aku
dan kamu akan Kujadikan penjala manusia."Lalu mereka pun
segera meninggalkan jalanya dan mengikuti Dia.
Janji-janji Tuhan: Ayub 22:29; Maz 50:23; 126:6; Pengkhotbah 11:1
dan 6; Luk 5:10.
Diberi kuasa:Luk 24:49 dan KPR 1:8 Tetapi kamu akan menerima
kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan
menjadi saksi-Ku di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan Samaria
dan sampai ke ujung bumi."
Bahan Doa:
1. Renungkan janji Tuhan dalam ayat di atas. Pastinya ia akan
mendorong kita untuk memenangi jiwa yang hilang bagiNya.
2. Berdoa untuk membuang ketakutan untuk bersaksi tentang hal
yang kekal selamanya.
3. Berdoa mengucap syukur kepada Tuhan dan Roh Kudus yang
diam dalam kita, untuk memberikan hikmat, keberanian serta
segala yang diperlukan untuk memenangi jiwa.KPR 1:8
Sejauh mana janji dan kuasa dari Tuhan mendorong anda untuk
menjadi pemenang jiwa? Berdoalah dan tuliskan jawapan yang
ikhlas bagi diri anda dan Tuhan.
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan: Luk 24:49
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------
21
HARI KE-17 Rabu, 23 January 2019
Tangan yang bekas berlunag paku telah mentahbiskan kita
sebagai pemenag jiwa
PengorbananNya di kayu salib mendorong kita untuk menjadi
pemenang jiwa
Kita harus sentiasa mahu menyenangkan hatiNya.
2 Kor 5:14-15 dan 20 Sebab kasih Kristus yang menguasai kami,
karena kami telah mengerti, bahwa jika satu orang sudah mati
untuk semua orang, maka mereka semua sudah mati.Dan Kristus
telah mati untuk semua orang, supaya mereka yang hidup, tidak
lagi hidup untuk dirinya sendiri, tetapi untuk Dia, yang telah mati
dan telah dibangkitkan untuk mereka.Jadi kami ini adalah utusan-
utusan Kristus, …….
Pastinya Yeh 33:7-8; Dan 12:3; Yes 53:11, mengkehendaki kita
untuk memenangi jiwa yang hilang.
Bahan Doa:
1. Renungkan ayat yang indah ini Yoh 15: 16.
2. Kita telah dipilih dari alam keabadian (Ef 1:4), oleh Raja
Kemuliaan, dan dikhaskan untuk memenangi jiwa yang hilang
(Ef 2:10). Berdoa agar kita dapat memenuhi panggilan yang
mulia ini kerana kita sendiri telah diselamatkan.
2 Kor 5:14-15 dan20, Dia telah memberikan segalanya kepada
kita……mengapakah kita memberikan kurang daripada yang
sepatutnya kepada Dia? Tuliskan renungan anda:
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan: Yeh 33:7-8
Sila tulis ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------
22
HARI KE-18 Khamis, 24 January 2019
Jiwa yang hilang ini dalam keadaan yang sangat terdesak,
mencabar kita untuk menjadi pemenang jiwa
Kesempatan adalah disekeliling kita dan menekan kita untuk
menjadi pemenang jiwa
Betapa besarnya keterdesakan itu!
Luk 15:4, 8, 17, 24; Yoh 3:18,36; Ef 2:12; 4:18.
Maz 142:4 Pandanglah ke kanan dan lihatlah, tidak ada
seorangpun yang menghiraukan aku; …
Mereka inilah insan tersayang dan teman yang bukan Kristian.
Tuhan sentiasa bercakap kepada kita
Why 3:8 Aku tahu segala pekerjaanmu: lihatlah, Aku telah
membuka pintu bagimu, yang tidak dapat ditutup oleh seorangpun.
Aku tahu bahwa kekuatanmu tidak seberapa, namun engkau
menuruti firman-Ku dan engkau tidak menyangkal nama-Ku.
Bahan Doa:
1. Berdoa supaya tuhan menempatkan kita di tempat dan masa
yang sesuai untuk melayani jiwa itu Maz 142:4. Biar ia segera
terjadi.
2. Kita diberikan banyak kesempatan untuk bersaksi dengan
pelbagai cara seperti saling mendoakan dan ramah.
3. Mahukah anda berdoa supaya kita terus diberikan kesempatan
ini?
Bagaimanakah anda bersaksi selama ini?
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan: Eph 2:8-9
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------
23
HARI KE-19 Jumaat, 25 Januari 2019
Memenangi Jiwa Dengan Berkesan
1Kor 9:22-23Bagi orang-orang yang lemah aku menjadi seperti
orang yang lemah, supaya aku dapat menyelamatkan mereka yang
lemah……
Kita sendiri harus sesungguhnya pasti dengan keselamatan kita
sendiri.
Kita harus menjadi kesaksian yang hidup yang mencerminkan
kebaikan Tuhan.
Yoh 4:39 Dan banyak orang Samaria dari kota itu telah menjadi
percaya kepada-Nya karena perkataan perempuan itu, yang
bersaksi:……
Kita harus memiliki semangat yang berkobar-kobar untuk
memenangi jiwa.
Bahan Doa:
1. Berdoalah agar Roh Kudus memberikan hati yang penuh belas
kasihan dengan semangat yang berkobar-kobar.
Sejauh mana kita mengambil berat terhadap mereka yang tiada
pengetahuan tentang Penyelamat Dunia?
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Adakah kita gagal memenangi jiwa kerana kita tidak turut merasakan
terdesaknya keperluan mereka?
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan : Mazmur 126:3-4
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
24
HARI KE-20 Sabtu, 26 January 2019
Bagaimanakah kita dapat melihat semangat yang berkobar-
kobar itu?
Yoh 9:4 Kita harus mengerjakan pekerjaan Dia yang mengutus
Aku, selama masih siang; akan datang malam, di mana tidak ada
seorangpun yang dapat bekerja.
Jika kita memiliki semangat ini, memenagi jiwa akan menjadi
perkara paling penting dalam hidup kita.
Luk 5:10; Yoh 3:14; 4:4; Luk 19:5; Yoh 9:4
Jika kita memiliki semangat ini, pelayanan kita akan tetap disirami
air mata.Maz 126:6; Luk 19:41; Rom 9:1-3; 10:1.
Jika kita memiliki semangat ini, keadaan jiwa yang hilang ini yang
begitu terdesak hilang akan menggerakkan kita.
Mat 9:36; Rom 9:1-3; Fil 1:8; Yer 9:1; Mar 2:3-4; Luk 10:33-35
Jika kita memiliki semangat ini, kita akan sanggup menyerahkan
nyawa kita untuk keselamatan jiwa orang lain.
Gal2:20; Mar 1:17; Mat 10:39; 16:25; Luk 9:24,39; Yoh 12:24-25
Jika kita memiliki semangat ini, kita akan bersukacita saat Tuhan
menyelamatkan mereka. Luk 15:6, 9, 23-24; Maz 126:6; 1 Tes 2:19-
20;KPR 11:23.
Bahan Doa:
1. Berdoa agar kita sungguh menyedari keadaan jiwa yang hilang
ini yang begitu terdesak tanpa Kristus!
2. Apakah perasaan kita apabila seseorang menerima Tuhan?
Adakah kita bersukacita, untuk sendiri atau untuk mereka?
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan: Gal 2:20
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
25
HARI KE-21 Ahad, 27 January 2019
Bagaimanakah kita dapat dipenuhi semangat untuk memenangi
jiwa?
Keabadian yang nyata.2 Kor 5:18 Dan semuanya ini dari Allah,…
Jika kita sungguh mempercayai kesaksian kitab suci tentang keadaan
orang yang belum bertaubat, kita akan didorong untuk menjangkau
mereka agar diselamatkan.
Yoh 3:18;Yoh 3:36; Yoh 8:21 dan 24; Luk 16:19-31;Mat 25:46.
Kita harus benar-benar merenungi pengorbanan Tuhan Yesus yang
amat besar di kayu salib untuk menebus dosa kita dan dosa seluruh
dunia.
1 Yoh 2:2; Yes 53:11; 2 Kor 5:19
Kasih dan belas kasihanNya yang membuat kita mahu mengambil
berat.
Mat 28:19; KPR 1:8; 2 Pet 3:9; Why 22:17
Kita dipenuhi dengan Roh Kudus
Ef 5:18; 2 Kor 5:14; Yoh 7:37-39; Rom 5:5.
Bahan Doa:
1. Renungkan tentang kebenaran keabadian itu, destinasi masa
depan orang yang diselamatkan dan juga jiwa yang hilang.
Setelah berdoa dan berpuasa selama 21 hari, mahukah anda bertekad
untuk melakukan Amanat Agung dalam 3 bulan yang akan datang? 2
Kor 12:9 'Cukuplah kasih karunia-Ku bagimu…’ -----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------
Ayat Hafalan: 2 Pet 3:8-9
Tuliskan ayat ini setelah dihafal
-----------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------